Wednesday, January 4, 2012

TAJUK 54: INNOVASI DAN KREATIVITI


INOVASI & KREATIVITI



Apa itu Inovasi dan Kreativiti




Inovasi adalah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk baru, produk dan perkhidmatan yang lebih baik. ini bermakna, setiap organisasi sama ada berasaskan keuntungan atau tidak akan bersaing untuk menghasilkan idea kreatif bagi manfaat organisasi bersama. Inovasi juga berfikir (deemed) untuk menghasilkan sesuatu yang baru di pasaran yang akan merubah persamaan antara permintaan dan pengeluaran (supply-demand equation). Daripada pengertian di atas dapatlah disimpulkan secara mudah bahawa inovasi sebagai:
  • Penghasilan baru
  • Berdasarkan proses penyusunan semula
  • Menggunakan unsur yang sedia ada
  • Penghasilan sesuatu yang unik, mudah dan bernilai
Perlaksanaan inovasi dilakukan oleh mereka yang berfikiran kreatif dan kritis untuk menjadi peneraju (pioneer) dan meraih peluang yang maksimum.

Kreativiti ditakrifkan sebagai proses pemikiran yang mendorong dalam merealisasikan idea baru juga sebagai penemuan baru di mana ia menuju ke arah yang lebih realiti.

Dalam konteks ini kreativiti boleh ditaksirkan sebagai kombinasi di antara idea baru dan idea lama. Idea baru diperlukan dan idea lama dikaji dan dinilai semula. Ia juga merupakan proses melihat semula, memilih, menukar ganti, gabungan dua maklumat idea baru dan kemahiran. Antara contoh kombinasi idea baru dan idea lama boleh dilihat kepada fungsi penggunaan telefon dahulu dan kini.

Jika dahulu telefon hanya digunakan sebagai alat sebuah komunikasi, namun kini telefon bukan sahaja alat untuk berkomunikasi tetapi juga sebagai peranti hiburan, internet, kamera dan sebagainya.



Sesebuah organisasi yang menuju kearah kreativiti dan inovatif ini perlu mengambil kira beberapa faktor utama dalam perkembangan kreativiti dan inovasi. Antara faktor2 utama menuju ke arah organisasi kreativiti dan inovasi adalah:
  • Pengurusan
  • Kepimpinan
  • Budaya
  • Teknologi
  • Komunikasi Terbuka
  • Penyelesaian Masalah
  • Strategi
Pengurusan yang kreatif dan inovatif perlu dirangka berlandaskan perancangan yang strategik. Perancangan yang dibuat adalah bersifat progresif serta berpaksikan kepada strategi kreatif dan inovatif untuk memperjuangkan visi, misi dan matlamat sesebuah organisasi. Pengurusan organisasi melibatkan:
  • Perancangan perubahan
  • Pengurusan Pengatahuan
  • Pengurusan organisasi yang berkesan
Rujukan: hairilhazlan.com


Ini adalah antara ciptaan yang diklasifikasikan sebagai satu inovasi dan kreativiti. Walaupun nampak 'simple' tapi sungguh menarik dan praktikal.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Terima kasih Azizah Abd Samad, UTM atas emel anda

PSYCHOTHERAPIST
or
PSYCHO-THE-RAPIST








.

No comments:

Post a Comment

IKTIROF

←  PLURALISME GUS DUR, GAGASAN PARA SUFI Biografi KH Hasyim Asy’ari Pendiri NU Tebuireng Jombang  → Syair Doa Abu Nawas – Al I’tira...