Wednesday, January 4, 2012

TAJUK 53: SIGNIFIKAN KEDATANGAN TAHUN 2012

APA SIGNIFIKAN 2012

Apa signifikan kehadiran tahun baru?
  • Umur atau usia bertambah.
  • Banyak kerja-kerja tahun sebelum yang belum selesai - sedang mencari jalan untuk menyiapkan ATAU menangguhkan ATAU melupuskan.
  • Perbelanjaan bulanan naik mendadak kerana anak-anak masuk sekolah - akan bertambah tinggi kos jika anak-anak masuk IPT - lebih-lebih lagi IPTS.  Syukur kepada Allah dapat bonus setengah bulan gaji dalam bulan Disember 2011.
  • Bila usia makin bertambah, kos kesihatan juga bertambah secara perlahan-lahan akan meningkat (walaupun kebanyakannya adalah tangible kerana menggunakan kemudahan Kerajaan) - kos kesihatan tambahan seperti ubat-ubatan sampingan, minyak urut, minyak panas dan bahan-bahan makanan supplement terus meningkat.
  • Bila usia bertambah, tarikh persaraan semakin hampir.  Walaupun baru sahaja ditambah 2 tahun aia tetap semakin hampir.
  • Bila usia bertambah, tarikh kematian juga semakin hampir.  Tidak akan dipercepat atau dilambatkan walaupun sedetik pun mengikut perancangan Allah swt.
.
Selama ini aku telah terlalu lama terlalai dari melakukan perkara yang dilarang oleh Allah, dan tidak melakukan perkara yang disuruh oleh Allah.  Terlalu banyak dosa-dosaku yang telah berpuluh tahun berkumpul dan tinggi menggunung.


Dosa pasti dosa, kebaikan yang aku lakukan tidak pasti mendapat pahala. Walaupun memungut pahala itu terlalu mudah - lebih mudah dari melihat tanah dan rumput di atas muka bumi.  Namun aku amat bimbang pahala itu enggan melekat dalam diri aku kerana syarat untuk mendapat pahala ialah IKHLAS.  TIADA sifat riak, tidak menunjuk-nunjuk, inginkan pujian,inginkan balasan, inginkan perhatian, merasa ada kelebihan, merasa lebih pandai, bangga dan macam-macam.


Adakah baki usiaku yang ada ini, aku dapat membuang dosa-dosaku yang lalu, sempatkah aku mendapat pengampunan dari Allah swt, sempatkan mendapat keampunan dari orang-orang yang telah aku berbuat dosa, sakiti hatinya secara terang atau tersembunyi?.


Ya Allah Ya Rabbi.  Aku sememangnya tidak layak untuk syurgamu.
.
.

No comments:

Post a Comment

IKTIROF

←  PLURALISME GUS DUR, GAGASAN PARA SUFI Biografi KH Hasyim Asy’ari Pendiri NU Tebuireng Jombang  → Syair Doa Abu Nawas – Al I’tira...