KU PUNYA KERETA & MOTORSIKAL
PUNYA CERITA
Hari ini kalau seorang yang telah bekerja sebut pasal "saya ada Honda Cup 100cc" adalah satu statement yang tidak membawa apa-apa makna. Kecuali kalau anak-anak sekolah menengah bercakap pasal motorsikal, mungkin rakan2 sekelas (yang tak ada) yang terbeliak mata. Tapi tetap tak mengkagumkan juga sebab mereka tahu ayah dia yang belikan. Macam masa aku sekolah dulu, basikal aku pun bapak aku yang belikan.
Kalau masa tu, aku mintak motor untuk kenderaan ke sekolah, aku rasa jawapan bapak aku, senang je, "berenti sekolah, kerja kebun, boleh beli motor". Itu jawapan yang paling lembut la. Kalau dia tak jawab, mungkin penampo dia je yang aku dapat sebagai jawapan.
Zaman kanak-kanak aku (1966-1976), motorsikal adalah satu aset mewah untuk sebuah keluarga. Dalam satu kampung cuma ada beberapa buah motorsikal. Kira-kira, pada awal tahun 70an itu, mana-mana rumah yang ada motorsikal, consider keluarga mewah la.
Dari aku lahir sampai aku berusia 13 tahun, aku hanya kenal kenderaan bernama BASIKAL. Ke kebun, ke sekolah, ke kedai, merayau-rayau di pekan (Senggarang atau Parit Raja). Kenderaan berenjin pertama muncul di rumahku ialah pada tahun 1971 apabila ayah aku membeli sebuah motorsikal Honda Cup 70cc. Nombor plat JL 7840. Maka dari situ lah kami adik beradik belajar membawa motorsikal.
Buat diriku,
Aku bukan jenis penggila kereta. Bagi aku, kereta bukan sebagai kemewahan tetapi satu keperluan asas. Kalau sapa-sapa nak bersembang pasal kereta, jenis itu jenis ini, jangan sembang dengan aku. Aku tak tahu dan kurang berminat dengan model-model kereta sama ada buatan dalam atau luar negara.
MOTORSIKAL PERTAMA
SUZUKI CUP 70CC
Kali pertama aku mempunyai kenderaan sendiri ialah ketika aku bertugas di TUDM Kuching antara tahun 1981 hingga 1983. Dengan gaji RM700 pada masa itu, selepas tolak sana tolak sini, tinggal 400 je. Tu belum kira nak bayar mess bill, hutang PERNAMA (masa tu tak de KESUMA yang potong gaji). Rasanya tiap2 bulan ada la dalam 200 lebih je.
Motorsikal pertama ini aku beli dalam tahun 1982 (second hand- harga aku tak ingat) dari Lt M Mohamad Nazri bin Dashah yang bertukar keluar ke KL. Nombornya KH xxxx (aku lupa). Jadi itu kenderaan aku untuk pergi kerja dan merayau-rayau di sekitar Kuching. Setelah aku ditukarkan keluar dari TUDM Kuching pada April 1983, aku jual motorsikal ini kepada Sjn Minhad (my staff di Air Movement Section).
Motorsikal ini mengenangkan bagaimana aku mendapat lesen JPJ untuk kali pertama tanpa melalui prosedur biasa. Terima kasih kepada PW Hussein (Ketua Kerani di Kompeni Angkut Kem Semenggok) dan Sjn Ang (Juruuji (QTO) yang membantu aku. PW Hussein ini pertama kali aku jumpa ialah ketika menghadiri temuduga Pegawai Kedet di Johor Bahru pada tahun 1979. Masa itu dia berpangkat FSjn dan bertugas di TKC Mindef.
Aku cuba cari gambar motorsikal ini dalam album lama aku, tapi tak jumpa.
MOTORSIKAL KEDUA
SUZUKi CUP RC80
Motorsikal kedua aku beli semasa aku mengikuti kursus asas Pegawai Logistik di ITU, TUDM Kinrara pada tahun 1983. Kat KL ni kalau tak ada kenderaan, susah nak bergerak. Aku beli sebuah motorsikal baru di kedai motor Pekan Batu 7, Kinrara (berhadapan dengan kem TUDM. Masa itu, itulah sahaja sebaris rumah kedai di Kinrara ini. Aku lupa nombor kenderaan ini, tapi ia plat Wilayah Persekutuan. Mungkin WQ.......
Pengalaman motorsikal ini amat nostalgik dalam kehidupan aku. Inilah motrosikal/ kenderaan yang paling berjasa kepada aku sepanjang hayatku. Malang, aku tidak mempunyai gambar motorsikal ini. Semasa di Kinrara (Apr- Okt 1983) tiap bulan aku balik kampung (Batu Pahat) dengan motorsikal ini. Pernah satu kali, kebuk motorsikal aku Jammed di dalam perjalanan balik kampung. Nasib baik dah dekat dengan kampung aku. Aku tinggalkan di kedai Mansor, Parit Kadir untuk dibaiki. Pada minggu hadapannya aku balik mengambilnya semula.
Seminggu selepas aku melangsungkan perkahwinan pada 16 Okt tahun 1983, aku melapor diri ke unit baru, TUDM Kuantan. Dengan motorsikal inilah aku membuat perjalanan 'misteri' kali pertama dari Batu Pahat (selepas dzohor) ke TUDM Kuantan melalui jalan Air Hitam - Yong Peng - Chaah - Segamat - masuk ke Lebuhraya Tun Razak dari Segamat ke Gambang. Satu perjalanan yang amat panjang, mencabar dan juga membosankan. Sepanjang jalan lebih 200km hanya belukar dan simpang-simpang jalan masuk ke Felda.
Aku tak membuat persediaan, sampai di satu tempat rasanya selepas kawasan Felda Keratong. Minyak motor aku sudah sampai ke tahap 'reserved'. Aku jadi panik kerana selepas dari Segamat tadi memang tak jumpa satu pekan atau rumah kedai tepi jalan sepanjang hiway. Cuma signboard Felda yang masuk berpuluh km ke dalam. Yang ada di simpang jalan masuk hanyalah warung-warung kecil sahaja.
Dengan kuasa Allah, aku terjumpa satu jalan masuk ke sebuah kampung, dan di situ ada sebuah kedai kecil yang menjual minyak petrol dalam botol. Allah Akbar.
Dalam bulan Feb 1984, aku terpilih mengikuti kursus di Sekolah Kor Ordnans, Kem Batu Kantonmen selama 3 bulan. Isteriku bersendirian di Taman TAS, Kuantan. Mulanya aku dapat pertolongan nenekku (aruah Embah Suminah- meninggal tahun 1995) menemani Adibah. Namun hanya sebulan sahaja. Lepas itu embah terpaksa balik kampung kerana ada keperluan yang lebih penting. Jadi, setiap dua minggu, aku akan balik ke Kuantan. Bayangkan waktu itu, aku bertolak dari KL jam 5 petang (biasanya Jumaat), melalui jalan KL- Bentung - Karak - Lancang - Mentakab - Temerloh - Maran dan Kuantan. Naik motorsikal. Biasanya jam 10 atau 11 malam aku sampai rumah di Kuantan. Sehingga ahari ini aku masih tak dapat membayangkan betapa tinggi risiko yang aku pernah lalui.
Sepanjang 4 bulan itu, Allah melindungi aku. Tidak pernah motorsikal aku bermasalah seperti rosak, pancit, habis minyak atau putus rantai dan sebagainya. Bayangkan kalau ia berlaku di kawasan jalan berliku di hiway dari Gombak ke Karak yang hanya hutan tebal di kiri kanan jalan. Allah Akbar.
Motorsikal ini aku jual (aku tidak ingat tahun berapa dan kepada siapa - mungkin aku) semasa aku mengikuti kursus di ITM antara tahun 1986 - 1989.
KERETA PERTAMA
NISSAN PULSAR
Kereta pertama yang aku miliki ialah jenis Nissan Pulsar dengan nombor daftar CQ 5300. Kereta ini dibeli di Kuantan pada tahun 1984 dengan harga RM6.5k (loan dengan Supreme Finance) - INILAH kereta pertama yang aku miliki - kereta ini aku jual (trade-in) pada tahun 1999).Masa itu kalau ikut kemampuan, seorang pegawai berpangkat Lt dengan komitmen yang ada, memang aku tidak mampu untuk memiliki kereta. Namun mengenangkan aku sudah mempunyai anak (Hafeez), sukar untuk bergerak terutama kalau ada keperluan balik kampung atau kes-kes kecemasan.
Atas bantuan isteri aku, dengan sedikit wang simpanan, dia bagi pinjamkan aku RM2k untuk menambah bayaran down payment. Bayaran bulanan dalam RM230.
Kereta ini masih digunakan semasa aku bertukar keluar ke ITM Shah Alam (1986). Kereta lama, macam-macam masalah- pernah eksos reput dan jatuh di tengah jalan (di Shah Alam). Pernah juga rosak di Batu Pahat (waktu balik kampung). Aku terpaksa pinjam kereta ayah mertua aku untuk balik ke Shah Alam.
Peristiwa yang paling pahit pernah ku alami dengan kereta ini ialah dalam tahun 1987/88, kurang ingat sangat. Tapi aku masih belajar di ITM. Sehari dua sebelum peristiwa itu, tayar belakang kereta aku terlanggar divider batu di parking slot di ITM lalu bocor. Aku tukar dengan tayar spare- dan simpan tayar yang bocor dalam bonet. Tangguh untuk hantar tampal.
Petang di hari peristiwa itu aku bersama 2 anak aku yang masih kecil (Hafeez dan Fazeera) pergi ke Kem Sg Besi untuk mengambil barang di rumah kakak ipar aku (Kak Nab). Kebetulan isteriku tidak ikut kerana tidak sihat. Aku bertolak balik selepas waktu Maghrib. Sesampainya di selekoh masuk ke Lebuhraya Persekutuan dari Lebuhraya KL Seremban dari arah Sg Besi (sekarang ini ada Desa Water Park) tayar belakang kereta aku terlanggar paku lalu pancit.
Aku berhenti untuk menukar tayar. Malangnya tayar spare aku juga bocor akibat peristiwa 2 hari lepas. Masa itu mana ada handphone, nak minta tolong dengan sesiapa pun tak boleh. Nak tinggal kereta kat situ nak cari bantuan, macam mana dengan dua anak aku yang masih kecil itu. Aku tiada pilihan. Aku lanyak sahaja tayar pancit itu dengan bawa kereta gear satu dan dua sahaja. Bayangkan. Sampai di kawasan perindustrian Petaling jaya (berhampiran dengan kilang Guiness Stout), tayar tersebut telah hancur lunyai tinggal bebenang sahaja.m
Aku pun berhenti menukar tayar yang pancit lagi satu. Aku teruskan perjalanan yang menyiksakan itu. Bagaikan ingin menangis. Aku menyumpah diri sendiri kerana menangguhkan untuk menampal tayar yang bocor kelmarin. Aku lanyak lagi hingga sampai ke rumah di Shah Alam, rasanya dah hampir jam 10 malam. Ya Allah Ya Tuhanku. Terima kasih kerana aku dan anak-anak aku sampai dengan selamat. Tayar yang kedua ini juga hancur luluh tinggal besi rim sahaja.
Kereta ini aku jual (trade -in dengan kereta Proton Saga 1.3) pada tahun 1990 dengan sebuah kedai kereta terpakai di Kelana Jaya.
Nissan Pulsar 1.3 - CQ5300
KERETA KEDUA
PROTON SAGA 1.3S
Kereta Proton Saga 1.3 berwarna Zamrud Green ini dibeli semasa aku tinggal di Shah Alam tahun 1990. Ia dibeli di sebuah kedai kereta terpakai di di Kelana Jaya pada tahun 1990 dengan harga RM23k untuk menggantikan CQ5300 yang laku dijual dengan harga RM6k. Masa ini aku bertugas di MPPU, KL Base.
Dengan kereta ini aku berjalan jauh sehingga ke Perak, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Pahang selain perjalanan balik kampung. Ia juga berjasa kerana digunakan menghantar, mengambil atau melawat dua anakku yang belajar di Sekolah Pondok Sg Besar setiap bulan.
Dari Shah Alam kereta ini mengikut aku berpindah ke OMQ di Kem MINDEF pada tahun 1993.
Kereta ini tidak pernah mengalami kemalangan tetapi pernah MISHAP sekali di selekoh dekat Kuil Hindu di jalan berliku dari Sg Buloh ke Kuala Selangor. Semasa berselisih dengan sebuah kereta lain, terlalu rapat hingga side-mirror aku terkena side-mirror kereta sebelah, patah.
Pernah sekali dalam perjalanan ke Sg Besar (1999), kerana aircond tidak ok, aku buka cermin tingkap kanan dan kiri. Tiba-tiba pelekat roadtax tercabut dan terbang keluar. Aku berhenti dan buat SAR- namun setelah lama aku cuba mencari, tetap gagal. lau aku buat laporan polis di Balai Polis Kuala Selangor.
Sebenarnya kereta ni pun masih okay lagi, tapi pasal ada kawan offer Wira baru dengan harga staf Proton melalui orang tertentu, maka aku pun ambil keputusan beli kereta baru. sebelum ni semua kereta second hand. Kereta ini aku jual (trade-in) pada 1999 dengan harga RM11k untuk membeli kereta baru.
Dengan kereta ini aku berjalan jauh sehingga ke Perak, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Pahang selain perjalanan balik kampung. Ia juga berjasa kerana digunakan menghantar, mengambil atau melawat dua anakku yang belajar di Sekolah Pondok Sg Besar setiap bulan.
Dari Shah Alam kereta ini mengikut aku berpindah ke OMQ di Kem MINDEF pada tahun 1993.
Kereta ini tidak pernah mengalami kemalangan tetapi pernah MISHAP sekali di selekoh dekat Kuil Hindu di jalan berliku dari Sg Buloh ke Kuala Selangor. Semasa berselisih dengan sebuah kereta lain, terlalu rapat hingga side-mirror aku terkena side-mirror kereta sebelah, patah.
Pernah sekali dalam perjalanan ke Sg Besar (1999), kerana aircond tidak ok, aku buka cermin tingkap kanan dan kiri. Tiba-tiba pelekat roadtax tercabut dan terbang keluar. Aku berhenti dan buat SAR- namun setelah lama aku cuba mencari, tetap gagal. lau aku buat laporan polis di Balai Polis Kuala Selangor.
Sebenarnya kereta ni pun masih okay lagi, tapi pasal ada kawan offer Wira baru dengan harga staf Proton melalui orang tertentu, maka aku pun ambil keputusan beli kereta baru. sebelum ni semua kereta second hand. Kereta ini aku jual (trade-in) pada 1999 dengan harga RM11k untuk membeli kereta baru.
.
MOTORSIKAL KETIGA
SUZUKI CUP 80cc
Motorsikal ketiga bernombor BCP 8299 aku dibeli di sebuah kedai motor di Sek 16, Shah Alam pada tahun 1989. (second hand) setelah aku menamatkan pengajian di ITM Shah Alam. Aku memerlukan motorsikal kerana kos menggunakan kereta untuk berulang alik dari Shah Alam ke MPPU masa itu agak tinggi. Kalau setakat pancit di tengah jalan, beberapa kali kerana perjalanan antara KL-Shah Alam memang terdapat sabotaj meletakkan paku-paku di lorong motorsikal.
Kemudian setelah aku pindah ke OMQ 4502 Lorong Golok, ia digunakan berulang-alik dari KL-Shah Alam kerana aku melanjutkan pelajaran kali kedua ke ITM.
Pernah juga rantai putus dalam perjalanan balik dari ITM (dah maghrib) di Sg Way. Nasib baik ada woksyop masih dibuka. Duit dalam poket pulak abis, minta tolong budak India woksyop itu hantar ke emsin ATM berdekatan. Sebenarnya dalam bank pun dah tiris juga. Waktu itu, sebagai student memang agak pokai.
Aku dua kali mengalami kemalangan dengan motrosikal ini. Pertama kali di Subang Jaya, melanggar belakang kereta yang tetiba membrek. Tiada kecederaan kerana aku tercampak di belakang bonet kereta tersebut. Kali kedua dalam Kem KEMENTAH di Jalan Badek (Jalan itu sekarang telah tiada)- dalam perjalanan ke kedai, waktu malam. Waktu menuruni bukit, tergelincir dan jatuh. Syukur Allah memelihara aku, hanya sedikit calar balar tergeser jalan.
Setelah membeli Kriss dan Jaguh, motorsikal ini terbiar, kurang digunakan kerana kerap mengalami kerosakan (sukar di'start). Akhirnya semasa aku berpindah dari Blok OMQ 4501 ke OMQ Desa Wangsa Keramat, aku berikan motro itu kepada PTBK aku, Sjn Azhar pada tahun 2007.
MOTORSIKAL KEEMPAT
MODENAS KRISS 110cc
Apabila motorsikal Suzuki 80 BCP 8269 sudah mula buat kerenah, nampaknya memang perlu ditukar. Aku tak jual dan terbiar di bawah garaj Blok JKR 4501. Lorong Golok untuk beberapa tahun. Aku membeli motorsikal jenis Modenas KRISS (110 cc) pada tahun 2000. Aku lupa no daftar kenderaannya, mungkin WCQ...... Inilah kali pertama aku beli motorsikal bukan jenama Suzuki.
Aku gunakan motorsikal ini untuk bertugas di Perbendaharaan di Kompleks Kerajaan Jalan Duta dan kemudian ke Putrajaya untuk tempoh masa yang singkat. Pernah mengalami kemalangan kecil semasa hujan di Lorong Kubu (kawasan quarters). Aku terjatuh sendiri kerana jalan licin. Sedikit sahaja kecederaan di tapak tangan.
Motorsikal ini aku jual (trade-in) pada tahun 2002 untuk membeli JAGUH kerana perjalanan harian KL-Putrajaya dengan motorsikal kapcai kurang sesuai dan memenatkan. Ini merupakan motorsikal yang paling singkat berkhidmat kepadaku.
Aku tidak menyimpan gambar motorsikal ini.
Aku gunakan motorsikal ini untuk bertugas di Perbendaharaan di Kompleks Kerajaan Jalan Duta dan kemudian ke Putrajaya untuk tempoh masa yang singkat. Pernah mengalami kemalangan kecil semasa hujan di Lorong Kubu (kawasan quarters). Aku terjatuh sendiri kerana jalan licin. Sedikit sahaja kecederaan di tapak tangan.
Motorsikal ini aku jual (trade-in) pada tahun 2002 untuk membeli JAGUH kerana perjalanan harian KL-Putrajaya dengan motorsikal kapcai kurang sesuai dan memenatkan. Ini merupakan motorsikal yang paling singkat berkhidmat kepadaku.
Aku tidak menyimpan gambar motorsikal ini.
MOTORSIKAL KELIMA
JAGUH MODENAS 179cc
Motorsikal Modenas JAGUH. dibeli tahun 2002 ini aku beli di kedai motor China di Setiawangsa pada tahun 2002 dengan harga RM7k+). Untuk Jaguh ini aku mendapat keistimewaan untuk mendapat nombor pendaftaran PUTRAJAYA kerana aku bertugas di sana (2002-2004). Aku berurusan terus dengan JPJ Wilayah dan lebih bertuah kerana mendapat nombor yang sama dengan tahun kelahiranku, 1959.
Motorsikal ini amat berjasa semasa aku bertugas di Putrajaya (2002-2004) dan pernah mengalami beberapa kali kerosakan seperti tali clutch putus, tayar pancit di parking slot pejabat. Aku terpaksa tunggu China bengkel dari Seri Kembangan yang hanya sampai pada jam 9 malam. Sambil menunggu, aku lepak di rumah officemate aku Azizan (isterinya Adena juga pegawai di Perbendaharaan).
Aku masih pakai sehingga sekarang (sudah 10 tahun), harga memang dah turun habis (nak laku RM2k pun susah), tapi aku sayang nak jual, no pendaftaran tu susah nak cari. sentimental value. Walaupun beberapa kali mengalami masalah teknikal seperti tidak boleh start tetapi dapat di atasi. Alhamdulillah setakat ini, aku tidak pernah mengalami kemalangan dengan motorsikal ini.
Jaguh Modenas 175 - PUTRAJAYA 1959
KERETA KETIGA
PROTON WIRA 1.5GLi
Kereta ini dibeli Okt 1999 dengan harga RM44k untuk gantikan WBK 1718. Harga pasaran masa itu ialah RM53k tapi atas bantuan sahabatku (Mej Muhammad Shafiq dan abangnya) ia dibeli melalui staff Proton yang mendapat 'staff price'. Kereta ini dibeli semasa aku berkursus di MTAT. Aku membeli kereta ini menggunakan pinjaman Kerajaan 1999-2005.
Selama berkhidmat dengan keluarga aku selama 11 tahun, kereta ini amat berjasa dan pernah membawa sehingga ke Kuala Perlis dan Kota Bharu seperti kereta WBK 1718 dan tidak pernah mengalami kemalangan.
Pernah sekali, dalam perjalanan untuk bercuti ke Langkawi, selepas melepasi R & R Rawang (PLUS) aku sedari bahawa roahtax telah expired lebih sebulan. Aku jadi kelamkabut. Waktu itu lebih kurang jam 9 pagi. Aku pun pusing balik ke KL, uruskan buat insuran dan roadtax hari itu juga. Selepas zohor baru bertolak semula ke utara.
Sebenarnya aku masih sayangkan kereta ini, dah serasi dan tak banyak problem, tapi isteri aku dah bising, komplen bunyi tak sedap la, tekan minyak berat la, harga turun la, macam-macam.... jadi tukar jugak la. Aku jual (trade-in) kereta ini pada 12 Apr 2011 dengan harga RM8.5k sahaja)
Proton Wira 1.5 GLi - BFR 1544
KERETA KEEMPAT
NAZA CITRA 2.0
Ini adalah kali pertama aku membeli kereta 'kedua' dalam hidupku. Hanya mampu aku lakukan (memiliki 2 kereta) setelah berkerja selama 25 tahun. Itu pun setelah lebih 6 tahun aku selesai membayar hutang Pinjaman Kerajaan kereta pertama (Proton Wira). Kereta ini dibeli dalam bulan Okt 2005 dengan harga RM79,800 dengan menggunakan pinjaman bank (Maybank- 2005-2012).
Motif utama pembelian kereta ini bukanlah untuk kemewahan tetapi kerana keluarga aku yang agak besar (anak 6 orang), semuanya semakin membesar. Bayangkan kalau aku balik kampung atau pergi bercuti (kalau kebetulan semua ada bersama), 8 penumpang dalam Proton Wira. Dah beli Citra ini pun aku masih memerlukan 'luggage box' tambahan diletak di atas bumbung kereta untuk mengusung barang-barang (beg pakaian).
NAZA Citra 2.0 - WNN 1959
KERETA KELIMA
PERODUA KANCIL
Kereta ini di beli Jan 2009 dengan harga RM12,500 (pinjaman Public Bank) untuk membantu anak aku Fazeera yang baru mendapat pekerjaan di Desa Pandan - aku tolong bayar down payment RM5k sahaja- bayaran bulanan dia yang bayar). Nama pun atas nama dia juga.
Perodua Kancil WLX 6857
KERETA KEENAM
PERODUA VIVA 1.3
Kereta Perodua Viva ini dibeli 12 Apr 2011 untuk menggantikan (trade-in) Proton Wira BFR 1544 yang telah mencapai usia melebihi11 tahun. Ia dibeli melalui pinjaman Maybank 2011 - 2018.
Aku sebenarnya belum berminat untuk menjual Wira tersebut. Selain dari sudah seronok tidak membayar hutang selama 6 tahun, kereta terebut juga tiada banyak kerenah. Tapi kalau dah Tuanku Permaisuri asyik sebut kata kereta tu bunyi lain macam la, rasa berat la.. terpaksa lah jual.
Aku sebenarnya belum berminat untuk menjual Wira tersebut. Selain dari sudah seronok tidak membayar hutang selama 6 tahun, kereta terebut juga tiada banyak kerenah. Tapi kalau dah Tuanku Permaisuri asyik sebut kata kereta tu bunyi lain macam la, rasa berat la.. terpaksa lah jual.
Perodua Viva 1.0 - WVD 1959
MOTORSIKAL KEENAM
HONDA WAVE
Motorsikal HONDA Wave. Motorsikal ini dibeli dengan harga RM5k pada 12 Apr 2011 - untuk digunakan oleh anakku Hafeez yang baru memulakan pekerjaan sebagai Guru di Sekolah Agama Masjid Muaz bin Jabal.
Motorsikal ini telah dua kali menguji diriku. Kali pertama sebulan selepas ia dibeli (Mei 2011), aku menumpang anakku (Hafeez) ke Setiawangsa kerana hendak mengambil motorsikal Jaguh aku yang dihantar untuk servicing. Dalam perjalanan, sebaik sahaja melepasi Masjid Muaz bin Jabal, sebuah van yang keluar dari simpang sebelah kiri tiba-tiba terus merapat ke kanan. Hafez mengelak kekiri dari terlanggar dan membrek. Oleh ekrana waktu itu hujan mula turun, jalan agak licin, motorsikal terjatuh. Kami cedera ringan sahaja.
Kali kedua, pada 30 April 2012, sepulangnya aku dari solat Subuh di Surau Luqman Hakim (bersama isteri), ketika membelok ke Jalan Pertiwi (Handalan 3/4), aku gagal mengawal dan terjatuh. Kali ini cedera teruk sikit kerana muka aku sebelah kanan terseret di jalan raya. Aku dihantar ke hospital HAT Tuanku Mizan oleh jiranku yang kebetulan menaiki kereta berada di belakang kami. Setelah dicuci luka dan dibubuh ubat, menjalani pemeriksaan X-ray dan dimasukkan sebotol air aku dibenarkan pulang. Alhamdulillah tidak perlu ditahan.
Semoga aku lebih insaf lagi.
Motorsikal ini telah dua kali menguji diriku. Kali pertama sebulan selepas ia dibeli (Mei 2011), aku menumpang anakku (Hafeez) ke Setiawangsa kerana hendak mengambil motorsikal Jaguh aku yang dihantar untuk servicing. Dalam perjalanan, sebaik sahaja melepasi Masjid Muaz bin Jabal, sebuah van yang keluar dari simpang sebelah kiri tiba-tiba terus merapat ke kanan. Hafez mengelak kekiri dari terlanggar dan membrek. Oleh ekrana waktu itu hujan mula turun, jalan agak licin, motorsikal terjatuh. Kami cedera ringan sahaja.
Kali kedua, pada 30 April 2012, sepulangnya aku dari solat Subuh di Surau Luqman Hakim (bersama isteri), ketika membelok ke Jalan Pertiwi (Handalan 3/4), aku gagal mengawal dan terjatuh. Kali ini cedera teruk sikit kerana muka aku sebelah kanan terseret di jalan raya. Aku dihantar ke hospital HAT Tuanku Mizan oleh jiranku yang kebetulan menaiki kereta berada di belakang kami. Setelah dicuci luka dan dibubuh ubat, menjalani pemeriksaan X-ray dan dimasukkan sebotol air aku dibenarkan pulang. Alhamdulillah tidak perlu ditahan.
Semoga aku lebih insaf lagi.
Honda Wave -WVE 1959
.
.
Perodua MiVi- W 5960 H
Perodua MiVi- W 5960 H