Sunday, April 1, 2012

TAJUK 63: TOK AMAN BALI

TOK AMAN BALI 
RESORT
PASIR PUTIH


Pada 26 Mac 2012 aku bersama beberapa staf MLU telah bertolak ke Kota Bharu dengan menaiki pesawat MAS dari KLIA.  Flight MH 1396 berlepas dari KLIA pada jam 1435 dan tiba di LT Sultan Ismail Petra pada jam 1530.


Dari KB kami dijemput oleh kenderaan dari Pangkalan Udara Gong Kedak (PUGK) yang membawa kami ke lokasi penginapan kami di Tok Aman Bali Resort, Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan.  Perjalanan melalui jalanraya dari KB ke Tok Balimengambil masa lebih kurang sejam lebih.




Kami cheque in di Tok Aman Bali pada jam 1700H.  ini adalah kali pertama aku sampai di Tok Bali.  Tok Bali Resort merupakan satu resort yang baru sahaja 3 bulan siap dibina.  Senibina dan rekabentuk lansekapnya amat indah.  Ia terletak di tepi Pantai Bisikan Bayu.  T.apak resort ini merupakan bekas paya bakau yang ditebustanah dan direkabentuk begitu indah sekali sehingga memperlihatkan resort tersebut dikelilingi oleh tasik yang indah membiru.


Di Resort inilah kami berkampung selama 3 hari mulai 26 hingga 29 Mac 2012.  Kami mengadakan mesyuarat Technical Coordination Group (TCG), Component Improvement Programme (CIP) dan Logistic Support Meeting (LSM) pesawat MiG29 dan SU30MKM dengan pihak ATSC Sdn Bhd dan delegasi dari Russia yang terdiri dari wakil-wakil PJSC RAC MiG, PJSC Rosoboronexport, Sukhoi dan Irkutsk Company.  Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg Panglima Logistik Udara.

Jambatan Tok Bali

Replika bot nelayan- landmark Tok Bali

Tok Bali Resort

Hari pertama mesyuarat pada 27hb sebelah pagi dan petang.  Hari kedua, 28hb sebelah pagi sahaja manakala sebelah petang delegasi MLU membuat lawatan ke STC ATSC di PUGK.  Mesyuarat hari ketiga pada 29hb merupakan majlis menandatangani deklarasi antara TUDM-ATSC-RAC MiG dan Rosoboronexport.



Rosoboronexport logo.png 


Setelah menamatkan mesyuarat pada 29hb Mac jam 1230 dan makan tengahari, kesemua delegasi TUDM bertolak ke Kota Bharu untuk menaiki pesawat pulang ke KL.  Manakala aku dengan Lt Kol Ruszali terpaksa menyambung tugas di PU Kuantan pada 30hb Mac.


Kebetulan pada 29hb itu DYMM Al Sultan Kelantan datang ke Tok Aman Bali Resort untuk berehat tengahari setelah mencemar duli merasmikan Pelabuhan Tok Bali pada pagi hari tersebut.



PASIR PUTEH 29 Mac - Projek pembinaan pelabuhan antarabangsa di Tok Bali dekat sini akan menjadi pemangkin baru perkembangan ekonomi negeri ini selain bakal menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, sebagai permulaan Kementerian Kewangan telah meluluskan lesen untuk pangkalan bekalan bagi tujuan industri minyak dan gas luar pantai kepada East Coast Terminal Sdn. Bhd. untuk beroperasi di Tok Bali.

Beliau berkata, pelabuhan tersebut akan memberi kemudahan kepada kapal-kapal dagang dari Laut Cina Selatan mengeskport produk mereka ke negara-negara ASEAN, Jepun dan Korea pada masa akan datang di samping menggalakkan peningkatan eksport barangan tempatan ke negara luar.

"Projek pelabuhan Tok Bali yang diusahakan oleh East Coast Terminal Sdn. Bhd. membuktikan Kerajaan Persekutuan tidak pernah meminggirkan Kelantan dalam menyediakan infrastruktur bagi membantu pertumbuhan ekonomi negeri yang menyediakan peluang pekerjaan dan perdagangan dalam pelbagai sektor," katanya.

Beliau berucap pada upacara pecah tanah di tapak Pelabuhan Tok Bali, dekat sini hari ini.
Majlis tersebut disempurnakan oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang turut berkenan melancarkan Pesta Air Tok Bali 2012 pada sebelah pagi. Hadir sama, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan timbalannya, Datuk Ahmad Yaakob.

Mustapa berkata, Kerajaan Persekutuan juga merancang dan telah membina pelbagai kemudahan infrastruktur untuk kemudahan rakyat di negeri ini. 

"Sebagai contoh, Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) turut merancang untuk membina pelbagai kemudahan infrastruktur seperti menaik taraf lapangan terbang domestik kepada antarabangsa dan membina lebuh raya di negeri ini sebagai pemangkin pembangunan ekonomi pada masa akan datang.

"Selain itu, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) turut membina pelabuhan perikanan bernilai RM90 juta menerusi tiga fasa pembangunan perikanan di Tok Bali," katanya.

Selain itu, katanya, Jabatan Parit dan Saliran (JPS) Kelantan telah membina Terusan Semerak bagi tujuan tambatan banjir dan pengaliran air bagi tujuan pertanian di Tok Bali.
Katanya, mengikut perancangan ECER, sejumlah RM3.2 bilion akan dibelanjakan untuk beberapa aktiviti peneraju utama di projek Pelabuhan Tok Bali selain pelaburan Kerajaan Persekutuan sebanyak RM230 juta dan pelaburan syarikat swasta sebanyak RM3 bilion.




TAPI, selama 3 hari di sini, aku tak sempat untuk merayau menikmati keindahan persekitaran Tok Bali.


Mungkin, suatu hari nanti, aku akan bawa family ke sini lagi untuk menikmati keindahan pantai Bisikan Bayu.


Kami bertolak ke Kuantan dengan menaiki kereta milik Mej Ashaari Shafie (B), jurutera ATSC.  Perjalanan melalui darat dari Tok Bali Resort sejauh 400 km lebih amat memenatkan.  Dengan melalui sedikit bahagian lebuhraya LPT yang belum siap dari Ajil (Kuala Brang) ke Bukit Besi yang lainya melalui jalan raya lama yang amat menyakitkan pinggang.


gerai buah-buahan di simpang ke Kuala Brang yangsemuanya dikendalikan oleh wanita berusia lebih 50an
(perniagaan mereka akan terkubur apabila LPT siap sepenuhnya nanti)

Bandar Kuala Brang


Perjalanan melalui Kuala Besut- Kampung Raja- Bandar Permaisuri - Setiu- Kuala Brang - Ajil - Bukit Besi - Muktafi Billah- Jabor dan Kuantan memperlihatkan pemandangan kampung-kampung tradisi, Tanah Felda, ladang kelapa sawit dan juga hutan belukar.


Lebuhraya Jerangau-Jabor

Landmark Bandar Muktafi Billah


Kami sampai di Kuantan pada jam 1835 (4 jam lebih sedikit perjalanan).  Aku menginap di Vistana Hotel.

No comments:

Post a Comment

IKTIROF

←  PLURALISME GUS DUR, GAGASAN PARA SUFI Biografi KH Hasyim Asy’ari Pendiri NU Tebuireng Jombang  → Syair Doa Abu Nawas – Al I’tira...