Saturday, March 17, 2012

TAJUK 62: BALIK KAMPONG 15032012

BALIK KAMPUNG 2012

Cuti sekolah pertengahan penggal pertama sekolah bermula pada pada 11 Mac 2012.  lama dah tak balik kampung.  Yang terakhir aku balik ialah pada 26 Nov 2011 semasa majlis perkahwinan Aisyahnur di rumah pihak lelaki di Kluang.  Rindu nak jumpa emak dan bapak.  Ye lah, bapak dah uzur.  Walaupun masih boleh berjalan-jalan di luar rumah dan membersihkan sampah di keliling rumah, ingatannya sudah hilang.

Kebetulan pulak, anak bungsu aku, ada tuisyen di sekolah Isnin hingga Rabu.  Heikal pulak ada tuisyen di Gombak pada hari Isnin.  Jadi, aku ambik cuti pada hari Khamis dan Jumaat sahaja.  Dapatlah 4 hari rehat.  Malangnya sampai petang Rabu tu, boss tak sign lagi cuti aku.  Rupa-rupanya hilang. Jadi, petang tu juga aku submit permohonan cuti yang baru.

Pada pagi Khamis aku ke pejabat sekejap, nak confirmedkan cuti telah diluluskan.  Aku bertolak dari rumah lebih kurang jam 2.30 petang dan sampai kampung lebih kurang jam 6.45 petang.  Berhenti solat Asar dan minum petang di R & R Pagoh.

Malam itu kebetulan giliran 'Yaasin' untuk rumah bapak.  Emak dah siapkan nasi lemak untuk dibawa ke surau.  Aku bersolat Maghrib dan majlis baca Yaasin dan Tahlil.  Tak macam dulu (waktu aku budak-budak), kalau malam Jumaat, kanak-kanak memang ramai- seronok betul. Ye lah, malam tu ada kan hidangan (masa itu tiap-tiap keluarga akan bawa 'nasi ambeng'. Paling meriah ialah masa Pak Imam baca doa, diaminkan dengan penuh semangat.

Cuma komen aku, ialah pada pendengaran aku, bacaan imam kampung aku ni tak berapa mantap.  Walaupun dia seorang Ustaz (guru agama) tapi aku rasa 'under confident' bermakmumkan beliau. Pak Bilalnya pun lebih kurang juga. Ye la, aku kenal dia sangat, kawan aku sama-sama bermain masa sekolah dulu. Sekolah agama pun sekerat jalan je. Cuma aku respek dia, walaupun tak berapa mahir dalam bacaan ayat-ayat Quran, dia berani ke depan.  Kalau tidak, sapa agaknya yang nak jadi bilal.  Dia juga jadi Bilal masjid.

Pagi itu, aku ke Rengit untuk membayar cukai tanah Simpang Renggam (Mukim Hulu Benut) di Pejabat Tanah Rengit.  Sejak bapak sakit, tak ada sapa yang uruskan bayaran cukai tanah ini.

Sebenarnya aku dah cuba bayar melalui 'online' tapi gagal.  Aku sampai jam 8 pagi, tapi pejabat buka jam 9.00. Ada problem.  Kata kerani Pejabat Tanah tu, apa yang ada dalam sistem- no lot dalam geran tanah itu menyatakan ia terletak di Mukim Ledang, Bukit Serampang, Muar.  Patut lah aku gagal nak bayar melalui online.

Balik dari pekan Rengit, emak ada memberitahu bahawa salah seorang bapa saudara (sepupu bapak) yang bernama Hj Sabirin (kami panggil Lek Birin sedang uzur) kerana diserang angin ahmar.Lek Birin adalah anak kepada almarhumah Nyai Piah yang tinggal di Parit Mahang.  Walaupun usianya melebihi 70 tahun, beliau masih bujang.

Aku pun mengambil keputusan untuk menziarahinya sebelum menunaikan solat Jumaat di masjid kampung. Aku dan isteri pun mengajak emak sekali kerana emak pun belum berpeluang menziarahi sejak dia sakit.  Memang telah uzur, ingatannya menjadi berkurangan, hanya mampu duduk di atas kerusi roda dan terpaksa memakai 'diaphers'.  Beliau dijaga oleh anak saudaranya Siti Aminah (Dah).  Semoga Allah memberikan keringanan kepada penderitaan bapa saudaraku ini.

Selepas itu, aku pergi pula ke rumah Lek Kalimah (seorang lagi emak saudaraku yang juga uzur.  Lek Kalimah ialah isteri kepada almarhum bapa saudaraku (adik bapak).  Malangnya masa aku sampai di rumahnya, Lek Kalimah telah dibawa oleh anaknya ke Hospital BP untuk mendapat rawatan susulan.  Semoga Allah memberikan keringanan kepada kesakitan ibu saudaraku ini.  Lek Kalimah merupakan satu-satunya emak saudaraku yang duduk sekampung dengan emak/bapak aku.

Tengahari ituaku bersolat Jumaat di Masjid Parit Mahang bersama anakku Heikal.  Kami naik motorsikal sahaja.

Aku bertolak balik ke KL pada jam 2.30 petang. Petang itu bapak aku ke Senggarang (di bawa oleh Ngah) untuk mengambil wang bantuan Kerajaan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sebanyak RM500.

Yang terbaharu ialah, rumah bapak telah dibuat renovasi lagi. Tapi bukanlah bapak atau emak yang buat tapi Khairiah, adik aku. Kemungkinan besar dia akan pulang menetap di kampung bila bersara nanti. Sejak aku kecik duduk di rumah itu, entah berapa kali bapak buat renovasi- mungkin dekat 10 kali.  Kerap bertukar rupa- macam-macam design.  Ye la, ikut trend.


rumah terbaru..2010an

rupa rumah bapak sebelum dibuat renovasi (ini adalah gambar renovasi di tahun 90an)

ini pula gambar rumah bapak dalam tahun 1980an

dan ini adalah rumah bapak dalam tahun 70an
.















.

No comments:

Post a Comment

IKTIROF

←  PLURALISME GUS DUR, GAGASAN PARA SUFI Biografi KH Hasyim Asy’ari Pendiri NU Tebuireng Jombang  → Syair Doa Abu Nawas – Al I’tira...