IMAM MAZHAB
IKUTAN
UMAT ISLAM DI DUNIA
.
Mazhab (مذهب) ialah bahagian pemikiran atau fiqah dalam
Islam. Dalam Islam sebenarnya ada banyak mazhab. Hal ini
kerana ulama yang berkemampuan dari kalangan sahabat Nabi, tabiin dan tabi’
Al-Tabiin yang mempunyai cukup syarat dan keperluan berijtihad adalah ramai. Bagaimanapun, mengikut pendapat ulama Sunni,
mazhab muktabar yang boleh dibuat pendapat dan beramal untuk umum cuma empat
mazhab, mengikut qaul yang rajih.
Bagi
Islam Sunah,
terdapat 4 mazhab iaitu Syafie, Maliki, Hanafi dan Hanbali. Keempat-empat mazhab
ini mempunyai peraturan, kaedah dan panduan yang sempurna lagi lengkap yang
ditulis oleh mereka dalam kitab masing-masing. Ia menjadi bahan tidak ternilai
dalam perbendaharaan undang-undang Islam. Mazhab lain, tidak mempunyai kaedah
cukup yang dibukukan untuk dijadikan panduan dalam bidang perundangan
sebagaimana yang empat tadi. Umat Islam di Malaysia, Brunei, Filipina, Thailand
dan Indonesia kebanyakannya mengikuti mazhab Syafie.
Bagi Islam Syiah pula, ada tiga mazhab utama
iaitu Jaafari, Ismaili dan Zaidi.
AHLUL SUNNAH WAL JAMAAH
Sangatlah bermanfaat bagi kita untuk membaca
perkataan para Imam madzhab yang empat (Madzhab Hanafi, Madzhab Maliki, Madzhab
Syafi’,i dan Madzhab Hambali), Agar kita selalu mengikuti Sunnah dan
meninggalkan perkataan serta pendapat-pendapat yang menyelisihi Sunnah walaupun
bersumber daripada mereka sendiri (Para Imam Madzhab). Hal ini merupakan
bantahan terhadap orang-orang yang jauh dari ilmu agama dan selalu taqlid buta
(mengikut tanpa melihat hujah), dimana mereka sering berkata ” Kalau bukan
pendapat Imam Syafi’i, maka aku akan menolaknya” atau “Aku hanya akan mau
memakai pendapat Imam Hambali, yang selainnya aku enggan.”
Sedangkan Imam Syafi’i dan Imam Hambali juga Imam-imam yang lain, tidak pernah sekalipun mengajarkan kepada para pengikut-pengikutnya, untuk fanatik buta kepada mereka. Semoga dengan mendengar perkataan-perkataan daripada mereka, kita akan semakin Istiqamah dalam menegakkan Sunnah dan meninggalkan pendapat yang menyelisihinya

Mazhab Hanafi (Imam Abu Hanifah)
Mazhab
Hanafi diasaskan oleh Nu’man bin Tsabit. Beliau lahir pada tahun 80 Hijrah.
Beliau adalah seorang berjiwa besar dan berakhlak tinggi. Beliau seorang yang
bijak dalam ilmu pengetahuan. Cekap memberikan satu-satu keputusan bagi masalah
yang dihadapi.
Oleh kerana beliau seorang berpengetahuan,
bijak dan berakhlak mulia, maka dapat membuat perhubungan rapat dengan pembesar
negara. Beliau mendapat tempat baik dalam masyarakat
dan berjaya menyandang jawatan tinggi dalam pemerintahan. Imam Abu Hanifah terkenal sebagai seorang
alim dalam ilmu fiqh di Iraq. Beliau juga sebagai ketua ahli fikir (ahli ra’u).
Golongan cerdik pandai pada masa itu menyifatkan beliau sebagai "akal
dalam ilmu pengetahuan."
Ketika hayatnya, beliau dapat mengikuti
pelbagai perkembangan ilmu pengetahuan, baik di bidang ilmu dan politik mahupun
ilmu agama. Zaman beliau dikenali sebagai zaman pertumbuhan politik, agama
serta ideologi dan ism yang pelbagai. Beliau dapat hidup dalam dua zaman
pemerintahan Umaiyyah dan Abbasiyah. Sesungguhnya Abu Hanifah seorang yang luas
pemikiran dan banyak ilmu. Tetapi beliau sangat merendah diri. Beliau tidak
terpedaya dengan fikirannya sendiri. Mazhab Hanafi turut digelar mazhab yang
sangat rasional.
Apakata Imam Abu Hanifah:
1. “Apabila hadits itu shahih, maka hadits itu
adalah madzhabku.” (Ibnu Abidin di dalam Al-Hasyiyah 1/63)
2. “Tidak dihalalkan bagi seseorang untuk berpegang kepada perkataan kami, selagi dia tidak mengetahui dari mana kami mengambilnya”. (Ibnu Abdil Barr di dalam Al-Intiqa’u fi Fadha ‘ilits Tsalatsatil A’immatil Fuqaha’i, hal. 145)
3. Di dalam sebuah riwayat dikatakan: “Adalah haram bagi orang yang tidak mengetahui alasanku untuk memberikan fatwa dengan perkataanku”.
4. Di dalam sebuah riwayat ditambahkan: “Sesungguhnya kami adalah manusia yang mengatakan perkataan pada hari ini dan menariknya balik di esok hari”.
5. “Jika aku mengatakan suatu perkataan yang bertentangan dengan kitab Allah dan khabar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka tinggalkanlah perkataanku”. (Al-Fulani di dalam Al-lqazh, hal. 50)

Mazhab Maliki (Imam Malik bin Anas)
Pengasas mazhab Maliki ialah Malik Bin Anas. Beliau lahir di kota Madinah pada tahun 93 hijrah. Imam Malik dilahirkan 13 tahun selepas kelahiran Imam Abu Hanifah. Sewaktu hidupnya, Iman Malik mengalami dua corak pemerintahan iaitu Ummaiyah dan Abbasiyah, di mana pertelingkahan sengit dua pemerintahan sering berlaku.Pada masa itu juga pengaruh ilmu pengetahuan Arab, Parsi dan Hindi tumbuh dengan suburnya di kalangan masyarakat. Iman Malik menghafaz al-Quran dan hadis Rasulullah. Ingatannya sangat kuat. Beliau mendengar hadis daripada guru. Kemudian terus disimpulkan tali bagi menyenangkan perhitungan bilangan hadis yang pelajarinya.
Pada permulaan hidupnya, Imam Malik bercita-cita menjadi biduan tetapi ibunya
menasihatkan supaya beliau memadam hasrat itu. Ibunya kemudian mahukan anaknya
mempelajari ilmu fiqh. Beliau menerima nasihat ibunya dengan baik. Iman Malik
adalah seorang guru miskin. Pernah suatu hari, kayu bumbungnya rumahnya roboh.
Beliau kemudian menjual kayu itu untuk mendapat sedikit wang untuk perbelanjaan
hidupnya. Namun, Allah murahkan rezekinya hingga menjadi kaya. Dengan kedudukan
itu, beliau memakai pakaian mahal dan bau-bauan yang baik. Imam Malik adalah
seorang yang cergas dalam menuntut ilmu.
Beliau banyak membuat hubungan dengan ahli hadis dan ulama. Imam Malik dianggap
sebagai ketua atau imam bagi ilmu hadis. Sanad (sandaran) yang dibawa oleh
beliau, termasuk salah satu sanad terbaik dan benar. Imam Malik adalah seorang
yang dipercayai, adil dan kuat ingatannya serta cermat dan halus memilih
rawi-rawi hadis. Pendek kata, Imam Malik adalah orang yang tidak diragui dalam
konteks ini. Imam Malik tetap berpegang teguh pada ajaran Rasulullah bahawa
hadis itu petunjuk dan penyuluh kepada manusia. Seseorang tidak harus meninggal
dan membelakangkannya.
Sebelum Imam Malik menjadi guru, beliau terlebih dahulu mendalami ilmu yang
dipelajarinya hingga kadang-kala tidak tidur. Selepas fikirannya matang dan
benar-benar berkebolehan, barulah beliau mengajar. Hukum fiqh yang diberikan
oleh Imam Malik berdasarkan al-Quran dan hadis. Imam Malik menjadikan hadis
sebagai pembantu bagi memahami al-Quran. Beliau juga sangat cermat dalam
memberi penerangan dan hukum. Imam Malik berfikir panjang sebelum memberi
satu-satu hukum atau fatwa.
Beliau pernah berkata: “Kadang-kala aku berjaga satu malam suntuk untuk mencari
jawapan bagi satu-satu soalan yang dikemukakan kepada aku.” Apabila beliau
ditanya satu-satu hukum, beliau terus berkata kepada penanya : “Pulanglah
dulu supaya aku dapat berfikir.” Ramai manusia merendah-rendahkan Imam Malik
kerana beliau melewat-lewatkan menjawab sebarang pertanyaan. Imam Malik
menangis dan berkata “Aku bimbang kerana aku akan disoal satu hari nanti (hari
kiamat)”. Mazhab Maliki turut digelar sebagai mazhab
yang terlalu tradisional.
Imam Malik berkata:
1. “Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang manusia yang salah dan benar. Maka perhatikanlah pendapatku. Setiap pendapat yang sesuai dengan Kitab dan Sunnah, ambillah dan setiap yang tidak sesuai dengan Al Kitab dan Sunnah, tinggalkanlah”. (Ibnu Abdil Barr di dalam Al-Jami’, 2/32)
2 “Tidak ada seorang pun setelah Nabi Shallallahu alaihi wa sallam, kecuali dari perkataannya itu ada yang diambil dan yang ditinggalkan, kecuali Nabi Shallallahu alaihi wa sallam”. (Ibnu Abdil Hadi di dalam Irsyadus Salik, 1/227)
3. Ibnu Wahab berkata, “Aku mendengar bahawa Imam Malik ditanya tentang menyelang-nyelangi jari di dalam berwudhu, lalu dia berkata, “Tidak ada hal itu pada manusia”. Dia berkata, “Maka aku meninggalkannya hingga manusia berkurangan, kemudian aku berkata kepadanya. Kami mempunyai sebuah sunnah di dalam hal itu, maka dia berkata: “Apakah itu”? “Aku berkata: Al Laits bin Saad dan Ibnu Lahi’ah dan Amr bin Al-Harits dari Yazid bin Amr Al ¬Ma’afiri dari Abi Abdirrahman Al-Habli dari Al Mustaurid bin Syidad Al-Qirasyi telah memberikan hadist kepada kami, dia berkata, ”Aku melihat Rasulullah Shallallahu AlaihinWaSallam menunjukkan kepadaku dengan kelingkingnya apa yang ada diantara jari-jari kedua kakinya”. Maka dia berkata, “sesungguhnya hadist ini adalah Hasan, aku tidak pernah mendengarnya sama sekali kecuali kali ini. Kemudia di hari lain, saya mendengar beliau ditanya tentang hal yang sama lalu beliau menyuruh orang itu untuk menyela-nyela jari kakinya.
Mazhab Syafie (Imam Syafie)
Mazhab Syafie diasaskan oleh Muhamad bin Idris Al-Syafie. Beliau dilahirkan pada tahun 150 hijrah di sebuah bandar yang bernama Ghizah di Palestin. Inilah tarikh paling masyhur dikalangan ahli sejarah. Imam Syafie adalah keturunan Bani Hashim dan Abdul Mutalib. Keturunannya bertemu dengan keturunan Rasulullah di sebelah datuk Baginda iaitu Abdul Manaf. Beliau seorang miskin, tetapi kaya dengan semangat dan bercita-cita tinggi dalam menuntut ilmu. Beliau banyak mengembara dalam menceduk dan menimba ilmu.
Imam Syafie dianggap seorang yang dapat
memadukan antara hadis dan fikiran serta membentuk undang-undang fiqh. Pada
permulaannya beliau cenderung dalam bidang sastera dan syair, tetapi mengubah
pendiriannya kepada mempelajari ilmu fiqh dan hadis hingga ke tahap paling
tinggi.
Imam Syafie ialah imam ketiga mengikut
susunan tarikh kelahiran mazhab empat serangkai.
Beliau adalah penyokong kepada ilmu hadis dan
pembaharuan agama (mujaddid) bagi abad yang ke-2 hijrah. Imam Ahmad Bin Hanbal
pernah berkata: “Diceritakan kepada Nabi Muhamad bahawa Allah menghantar kepada
umat ini seorang pembaharu kepada agama, Umar Bin Abdul Aziz dihantar untuk
abad yang pertama dan aku harap Imam Syafie adalah mujadid abad yang kedua.”
Ketika muda, Imam Syafie, hidup dalam
kemiskinan, hingga beliau terpaksa mengumpul batu-batu, belulang, pelepah tamar
dan tulang untuk ditulis di atasnya. Beliau kadang-kala terpaksa ke tempat
perhimpunan orang ramai meminta kertas untuk menulis pelajarannya.
Imam Syafie menghafaz al-Quran dengan mudah iaitu
ketika masih kecil lagi. Beliau menghafaz dan menulis hadis. Beliau sangat tekun mempelajari kaedah dan
nahu bahasa Arab. Untuk itu, beliau pernah mengembara ke kampung dan tinggal
bersama puak Hazyal selama 10 tahun. Hal ini kerana puak Hazyl terkenal sebagai
kabilah yang paling baik bahasa Arabnya.
Imam Syafie banyak menghafaz syair dan
qasidah daripada puak Hazyl. Beliau juga banyak menumpukan masa dan tenaganya
kepada sastera dan sejarah pada masa mudanya. Namun, Allah menghendaki dan
melorongkan kepadanya dalam bidang ilmu fiqh. Antara sebabnya, pada suatu hari Imam Syafie
bersyair sambil menunggang kuda bersama seorang lelaki. Lalu berkata lelaki
itu : “Tidak sesuai engkau bersyair kerana itu boleh menjatuhkan maruah.
Alangkah baiknya belajar ilmu fiqh?” Kata-kata itu sangat memberi kesan kepada
Imam Syafie. Sejak itu beliau menumpukan masa dan tenaga kepada ilmu fiqh.
Salah seorang guru Imam Syafie dalam
pelajaran ilmu fiqh dan hadis ialah Imam Malik. Antara guru Imam Syafie selain
Imam Malik ialah mufti dan faqih Mekah iaitu Muslim bin Khalid az-Zanji, dan
Syaikhul Muhaddisin Sufyan bin Uyaynah. Ilmu fiqh yang dibawa oleh Imam Syafie adalah
satu zaman perkembangan ilmu fiqh dalam sejarah perundangan Islam. Hal ini
kerana beliau yang menghimpun atau menyatukan ilmu fiqh ahli akal dan fikir
dengan ilmu fiqh ahli akal dan hadis.
Ilmu fiqh Imam Syafie adalah ikatan sunnah
dan qias serta pemikiran dengan beberapa pertimbangan dan sekatan. Hal ini
demikian kerana ilmu fiqh yang menetapkan cara atau peraturan untuk memahami
al-Quran dan hadis. Ia juga menetapkan kaedah pengeluaran hukum dan
kesimpulannya. Lantaran itulah beliau berhak dianggap penaja
bagi ilmu usul fiqh.
Mazhab Syafie merupakan jalan tengah bagi
Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki. Imam Syafie sendiri pernah berfahaman Maliki
dan Hanafi.
Adapun perkataan-perkataan yang diambil dari
Imam Syafi’i di dalam hal ini lebih banyak dan lebih baik, dan para pengikutnya
pun lebih banyak mengamalkannya. Di antaranya:
1. “Tidak ada seorangpun, kecuali dia wajib bermadzab dengan Sunnah Rasulullah dan mengikutinya. Apapun pendapat yang aku katakan atau sesuatu yang aku katakan itu berasal daripada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam tetapi bertentangan dengan ucapanku. Maka peganglah sabda Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam. Inilah ucapanku.” (Tarikhu Damsyiq karya Ibnu Asakir,15/1/3)
2. “Kaum muslimin telah sepakat baahwa barang siapa yang telah terang baginya Sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka tidak halal baginya untuk meninggalkannya, hanya kerana mengikut perkataan seseorang.”
(Ibnul Qayyim, 2/361, dan Al-Fulani, hal.68)
3. “Apabila kamu mendapatkan di dalam kitabku apa yang bertentangan dengan Sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka berkatalah dengan sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, dan tinggalkanlah apa yang aku katakan.” (Al-Harawi di dalam Dzammul Kalam,3/47/1)
4. “Apabila Hadist itu Shahih, maka ia adalah madzhabku.” (An-Nawawi di dalam AI-Majmu’, Asy-Sya’rani,10/57)
5. “Kamu (Imam Ahmad) lebih tahu dari padaku tentang hadist , dan orang-orangnya (Rijalull-Hadits). Apabila hadist itu shahih, maka ajarkanlah ia kepadaku biar dari manapun orangnya, baik dia dari Kufah, Bashrah mahupun dari Syam, sehingga apabila ia shahih, aku akan bermadzhab dengannya.” ( Al-Khathib di dalam Al-Ihtijaj bisy-Syafi’I, 8/1)
6. “Setiap masalah yang didalamnya terdapat khabar daripada Rasulullah Shalallahu alaihi wa sallam yang shahih …..dan bertentangan dengan apa yang aku katakan, maka aku menariknya balik di dalam hidupku dan setelah aku mati.” (Al-Harawi, 47/1)
7. “Apabila kamu melihat aku mengatakan suatu perkataan, sedangkan hadist Nabi yang bertentangan dengannya shahih,ketahuilah bahawa itu bererti pendapatku tidak berguna lagi).” (Al-Mutaqa, 234/1 karya Abu Hafash Al-Mu’addab)
8. “Setiap apa yang aku katakan bila bertentangan dengan riwayat yang shahih dari Nabi SAW, maka hadith nabi saw lebih utama dan janganlah kalian bertaqlid kepadaku” (ibnu Asakir, 15/9/2)
9. “Setiap hadith yang datang dari nabi saw, bererti itulah pendapatku sekalipun kalian tidak mendengarnya sendiri daripada aku”. (Al-Filani dan Ibn Qayyim di dalam al-I’lam)

Mazhab Hanbali (Imam Ahmad bin Hanbal)
Pengasas mazhab Hanbali ialah Ahmad bin Mohamad bin Hanbal. Beliau lahir di bandar Baghdad pada tahun 164 hijrah. Ibnu Hanbal dari keluarga miskin. Sewaktu bapanya meninggal dunia, keluarganya tidak ditinggalkan harta yang banyak kecuali sebuah rumah kecil yang didiaminya. Untuk menampung kehidupan, beliau terpaksa bekerja di kedai jahit.
Ibnu Hanbal menuntut ilmu sepanjang hayatnya.
Beliau mempelajari hadis hingga menjadi seorang imam.
Seseorang pernah berkata kepadanya: “Sampai
bilakah engkau hendak menuntut ilmu? Padahal engkau sudah mencapai darjat
paling tinggi dan engkau telah menjadi imam bagi seluruh umat Islam?”
Imam Ibnu Hanbal menjawab: “Aku menuntut ilmu
dari hujung dunia hingga ke pintu kubur.”
Memang benar beliau tidak pernah jemu
menuntut ilmu sepanjang hayatnya.
Imam Syafie adalah salah seorang guru beliau.
Ibnu Hanbal bertemu Imam Syafie di Hijaz, sewaktu beliau menunaikan haji. Pada
waktu itu, Imam Syafie mengajar di Masjidil Haram.
Ibnu Hanbal mempelajari ilmu daripadanya.
Mereka kemudian bertemu kali kedua di Baghdad. Imam Syafie menasihatinya supaya
mengikutnya ke Mesir. Imam Ibnu Hanbal bercadang mengikutinya tetapi niatnya
tidak kesampaian.
Imam Ahmad adalah salah seorang imam yang paling
banyak mengumpulkan sunnah dan paling berpegang teguh kepadanya. Sehingga dia
membenci penulisan buku-buku yang memuat cabang-cabang (furu’ ) dan pendapat.
Oleh kerana itu dia berkata:
1. “Janganlah engkau mengikuti aku dan jangan pula engkau mengikuti Malik, Syafi’i, Auza’i dan Tsauri, tetapi ambillah dari mana mereka mengambil.” (Al-Fulani, 113 dan Ibnul Qayyim di dalam Al-I’lam, 2/302)
2. “Pendapat Auza’i, pendapat Malik, dan pendapat Abu Hanifah semuanya adalah pendapat, dan ia bagiku adalah sama, sedangkan alasan hanyalah terdapat di dalam atsar-atsar (hadits-hadits. Red.)” (Ibnul Abdl Brr di dalam Al-Jami`, 2/149)
3. “Barang siapa yang menolak hadits Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka sesungguhnya dia telah berada di tepi kehancuran.” (Ibnul Jauzi, 182).
Allah berfirman: “Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa di dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap keputusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya” (An-Nisa:65), dan firman-Nya: “Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah-Nya takut akan ditimpa cubaan atau ditimpa adzab yang pedih. ” (An-Nur:63).
(Di sadur dari Mukaddimah Kitab Shifatu Shalatiin Nabii shallallahu ‘alaihi wa sallam, karya Al-Imam Al-Muhaddits Muhammad Nashiruddin AI-Albani rahimahullah dengan sedikit perubahan oleh Tim Redaksi).

MAZHAB SYIAH
Syi'ah atau lebih dikenal lengkapnya dari kalimat bersejarah Syi`ah `Ali pada awal mula perkembangannya juga banyak memiliki aliran. Namun demikian hanya tiga aliran yang masih ada sampai sekarang, yaitu Itsna 'Asyariah (paling banyak diikuti), Ismailiyah dan Zaidiyah. Di dalam keyakinan utama Syi'ah, Ali bin Abu Thalib dan anak-cucunya dianggap lebih berhak untuk memegang tampuk kepemimpinan sebagai khalifah dan imam bagi kaum muslimin. Di antara ketiga mazhab Syi'ah terdapat perbezaan dalam hal siapa saja yang menjadi imam dan pengganti para imam tersebut.
.
Mazhab Jaafariyyah
Mazhab Ja'fari atau
Imam Dua Belas (Itsna 'Asyariah) adalah mazhab dengan penganut yang
terbesar dalam Muslim Syi'ah. Dinisbatkan kepada Imam ke-6,
iaitu Ja'far
ash-Shadiq bin Muhammad bin Ali bin Husain bin Ali
bin Abi Thalib. Keimaman kemudian berlanjut yaitu sampai Muhammad
al-Mahdi bin Hasan
al-Asykari bin Ali
al-Hadi bin Muhammad
al-Jawad bin Ali
ar-Ridha bin Musa
al-Kadzim bin Ja'far
ash-Shadiq. Mazhab ini menjadi mazhab rasmi Negara Republik
Islam Iran.
.
Mazhab Ismailiyyah
Ismailiyah adalah mazhab dengan
jumlah penganut kedua terbesar dalam Islam Syi'ah, selepas mazhab Imam
Dua Belas (Ithna
'Asyariah). Sebutan Ismailiyah diperoleh pengikut mazhab ini kerana
penerimaan mereka ke atas keimaman Isma'il
bin Ja'far sebagai
pewaris dari Ja'far
ash-Shadiq. Pengikut mazhab Ithna 'Asyariah, di lain pihak menerima Musa
al-Kadzim sebagai Imam mereka.
Baik Ismailiyah mahupun Ithna 'Asyariah sama-sama menerima keenam enam Imam
Syi'ah terdahulu, sehingga memiliki banyak persamaan pandangan atas sejarah
awal mazhabnya
.
Mazhab Zaidiyah
.
Mazhab Zaidi atau
Mazhab Lima Imam berpendapat bahwa Zaid bin Ali merupakan
pengganti yang berhak atas keimaman dari ayahnya Ali
Zainal Abidin, saudara tirinya,Muhammad al-Baqir. Dinisbatkan kepada Zaid bin Ali bin Husain bin Ali
bin Abi Thalib. Setelah kematian imam ke-4, Ali Zainal Abidin, yang ditunjuk
sebagai imam selanjutnya adalah anak sulung beliau yang bernama Muhammad
al-Baqir, yang kemudian diteruskan oleh Ja'far ash-Shadiq. Zaid
bin Ali menyatakan
bahawa imam itu harus melawan penguasa yang zalim dengan pedang. Setelah Zaid
bin Ali syahid
pada masa Bani
Umaiyyah, beliau digantikan anaknya Yahya bin Zaid.
.
.