.
REUNION PERTAMA
ALUMNI LOWER SIX 1977
SEKOLAH ALAM SHAH, JALAN CHERAS
16 SEP 2010
REUNION PERTAMA
ALUMNI LOWER SIX 1977
SEKOLAH ALAM SHAH, JALAN CHERAS
16 SEP 2010
Banyak perkara yang dirancang tidak menjadi dan banyak perkara yang tidak dirancang malah tidak terlintas di fikiran untuk dibuat tetapi ianya berlaku.
Semasa di sekolah menengah aku menyenaraikan TIGA cita-cita utama; pertama: Peguam, kedua: Arkitek dan ketiga: Juruterbang. Aku mempunyai peluang dan jalan yang baik (selepas lulus SPM) untuk mencapai cita-cita itu namun dengan kehendak Allah, aku gagal mencapai ketiga-tiga impian tersebut.
- Aku berpeluang melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6 Rendah di Sekolah Berasrama Penuh yang berprestij, iaitu Sekolah Alam Shah, Jalan Cheras Kuala Lumpur. Jika aku lulus peperiksaan STP dengan baik, aku boleh melanjutkan pengajian dalam jurusan Undang-undang di UM untuk menjadi seorang Peguam. TETAPI aku meninggalkan Tingkatan 6R (L6 SAS) dan memasuki UTM untuk mengejar cita-cita kedua.
- Aku berpeluang mengikuti kursus Diploma Senibina di UTM Jalan Gurney (Semarak) mulai Jun 1977. Ini adalah jalan terbaik untuk membolehkan aku mencapai cita-cita menjadi seorang Arkitek. TETAPI telah ditaqdirkan aku gagal menamatkan pengajianku di UTM atas sebab-sebab kelemahan diriku sendiri. Lalu aku terkeluar dari landasan untuk mencapai cita-cita kedua.
- Setelah gagal di UTM aku menyertai angkatan tentera melalui latihan di Sekolah Pegawai Kedet, Port Dickson. Setelah melepasi latihan yang keras selama 9 bulan aku diterima untuk menjalani latihan asas penerbangan di Pusat Latihan Terbang 2, TUDM Kluang pada bulan Januari 1981. Aku gagal menamatkan latihan untuk mencapai cita-citaku menjadi seorang juruterbang.
Namun tempoh singkatku di Sekolah Alam Shah (SAS) dan tidak memberikan apa-apa sijil dan kelayakan bukan lah satu kerugian sama ada dari segi masa dan kualiti. Mungkin dari segi 'kuantiti' usia, aku telah kerugian selama 3 tahun, dari Mei 1977 hingga Apr 1980. Kata orang kalau aku masuk TUDM sebaik sahaja aku tamat SPM, aku sudah berkhidmat selama 35 tahun- mungkin sudah berpangkat Brig Jen???. Itu perkiraan manusia yang serba kekurangan dari segi ilmu. Allah lebih mengetahui dan lebih tahu mana yang baik untuk diri kita. Ramai lagi rakan seperjuang dalam TUDM yang memasuki TUDM lebih 3 tahun lebih awal dari aku kini berada di belakang aku. Bukan sesekali aku takbur atau sombong atau riak...TAPI seperti aku tulis tadi, perkiraan Allah dan perkiraan manusia jauh berbeza.
Dari perjalanan hidupku yang berliku, kini aku punya ratusan rakan yang bergelar 'alumni'. Biarpun perjalanan aku bersama mereka terlalu singkat dan aku rasa tidak layak untuk bergelar alumni dari kalangan mereka, namun mereka menerima aku dengan hati terbuka tanpa sedikitpun melihat 'my failure' sebagai satu handicap. Lihat, hari ini aku punya keahlian dalam alumni (plural of alumnus) berikut:
- Alumni Lower Six 1977- Sekolah Alam Shah, Jalan Cheras, KL.
- Alumni First Year Architecture 1977/78/79, UTM, Jalan Gurney, KL.
- Alumni TJP37, Sekolah Pegawai Kedet, Port Dickson
- Alumni DBS 1986/1989, ITM Shah Alam.
- Alumni BBA(Hons)(HRM), UiTM Shah Alam.
- Alumni MTAT Haigate (Course 28/1999).
- Alumni MBA, UKM
.
Setelah 35 tahun berpisah dan bertempiaran di merata tempat di seluruh negara dan mungkin ada yang bertugas di luar negara. Kini mereka telah memegang pelbagai jawatan dan profession di daalam pelbagai organisasi awam dan swasta.
Cetusan rasa untuk memulakan reunion apabila aku menjemput mana-mana yang ada contact untuk menghadiri majlis perkahwinan anak-anakku pada 19 Nov 2011 di Dewan Seroja, MinDef. Hanya Kamdani sekeluarga dan Malek Azman sahaja yang hadir. Aku tidak jemput Malek secara langsung. Aku jemput Ahmad Noh melalui sms dan Ahmad Noh panjangkan kepada Malek. Mungkin itulah tali persaudaraan yang lahir dari hati yang luhur. Demi sahabat. Aku tiada ayat untuk mengucapkan terima kasih. Marjuni pula kutemui dalam facebook. Bermula dari situ aku mendapat banyak contact number yang lain. Dari Marjuni aku dapat beberapa contact number lagi. Yang pertama menelefon aku ialah Yasman. Selepas itu, aku menghubungi Abdul Talib melalui facebook.
Engku Hamzah aku dapat kesan semula secara kebetulan juga. Aku membuka websait Kedutaaan Malaysia di Washington dalam tahun 2008 atau 2009. Terlihat namanya dalam senarai pegawai kedutaan, aku pun menghantar emel kepada beliau. Sekali dua beremel, terus terhenti. Kemudian pada tahun 2012 salah seorang staf aku di MLU membawa kad nama beliau bersama pesan supaya menghubunginya. Kebetulan staf aku menghadiri satu majlis memakai uniform TUDM dan beliau (Engku) bertanyakan staf itu berkaitan diriku.
Pertemuan yang agak 'membesar' ialah semasa hari perkahwinan anak Hj Misro Jerut di Dewan Tun Abdullah Salleh, UKM Bangi pada bulan 15 Julai 2012. Kali ini aku hanya mendapat sms dari makluman dari Malek berkaitan jemputan Misro. Aku menghantar sms kepada Misro untuk memohon hadir dalam majlis berkenaan. Dalam majlis tersebut aku dapat bertemu beberapa orang ex-classmate seperti Abu Bakar Katar, Sapini Mat Saman, Malek Azman, Ahmad Noh Jeni, Marjuni Suradi, Adam Sulong dan Zakaria Bokhari.
pertemuan terkini ex-Lower Six, SAS 1977 (15 Julai 2012)
semasa menghadiri Majlis Perkahwinan anak lelaki Hj Misro bin Jerut di Dewan Tun Abdullah Salleh UKM.
Dari kiri: Abu Bakar Kattar, Ahmad Noh Jeni, Abd Malek Azman, Marjuni Suradi dan penulis
DARI KIRI: Zakaria Bokhari, Malek Azman, Sapini Mat Saman, Marjuni Suradi, x/x, Adam Sulong, Abu Bakar Katar, Misro Jerut, Ahmad Noh Jeni dan Toharudin.
"Nostalgic- setelah 34 tahun (1977-2012)"
Pertemuan rasmi kali pertama kami dalam Majlis Eidil Fitri yang dihostkan oleh salah seorang rakan sekelas kami, Engku Hamzah bin Tuan Mat di Sungai Ramal Dalam, Kajang pada malam 16 September 2012.
.
Rancangan untuk mengadakan reunion (gathering) bersama keluarga mula dirancang semasa pertemuan di Majlis Perkahwinan anak lelaki Misro di UKM Bangi. 'Master mind'nya ialah Malek Azman. Dari awal meletakkan 16 Sep, malam sebagai tarikh sasaran, kerana long weekend sempena cuti Hari Malaysia. Lokasi pertemuan yang asal ialah di D'Float Restaurant Bangi. Mulanya aku mengambil keputusan tidak hadir kerana tarikh itu aku baru sehari pulang dari Bandung, kepenatan. Tapi semasa di Bandung, aku menukar fikiran. Aku menghantar 'sms' kepada Malek bahwa aku ingin hadir. Pastinya amat dialu-alukan.
Maka, tibalah hari yang dirancangkan. Majlis bermula selepas waktu Maghrib. Aku bertolak dari rumah ke Sungai Ramal Dalam selepas solat Maghrib. Aku bawa isteri dan 4 anak-anakku; Aisyahnur, Atikah, Heikal dan Nurul. Semasa aku sampai, yang telah berada di sana ialah Misro dan Abu Bakar. Aku sampai bersekali dengan Marjuni.
Daripada 34 orang dalam satu kelas hanya 10 yang hadir:
- Engku Hamzah Tuan Mat (EPU, JPM- host)
- Abdul Malek Azman (Prasarana Selangor, organizer) - bersama isteri dan anak.
- Toharudin Abd Rasid (TUDM)- bersama isteri dan 4 anak.
- Hj Marjuni Suradi (Guru Besar di Pontian, Johor)- bersama isteri, anak, menantu, cucu dan adik ipar.
- Hj Yasman Tamsir (Pegawai Pendidikan Daerah Mersing, Johor)- bersama isteri dan 2 anak
- Fathurrahman (persendirian)- bersama isteri.
- Minhad (Pegawai Pembangunan Negeri Selangor, Shah Alam)- bersama isteri dan 3 anak.
- Abu Bakar bin Kattar (Hakim Mahkamah Session, Melaka) bersama isteri.
- Hj Misro bin Jerut (Pegawai di UKM Bangi)- bersendirian.
- Ahmad Noh bin Jeni (Naib Presiden Perbankan Islam, BSN KL)- bersama isteri.
- Kamdani Saleh (Guru di Batu Pahat) - Kamdani adalah rakan sekampung dengan aku.
- Khairudin (Pegawai Tadbir KEMENTAH) - tidak dapat dihubungi
- Adam Sulong (PTD- Pengarah Bajet, EPU)- berada di luar negara
- Hj Sapini Mat Saman (Presiden Mahkamah Perusahaan, Johor Bahru - tidak dapat hadir kerana ada urusan kelurga
- Zakaria Bokhari (Guru di Pontian) - ada urusan rasmi
- Abdul Talib bin Hamid (Pegawai Pendidikan Negeri) - ada urusan rasmi di Kuching, Sarawak (kali pertama jumpa Talib di majlis perkahwinan anak Adam di Putrajaya, Mac 14)
- Abd Rashid (Kelantan) - Hakim - tidak dapat dihubungi
- Azman (Muar) - tidak dapat dihubungi
- Dzainal bin Rahman (Senggarang, Johor)- tidak dapat dihubungi
- Sidek bin Jaafar (AADK Johor Bahru) - ada urusan keluarga
- Dato' Simi bin Abd Ghani (SPRM Johor Bahru) - ada urusan keluarga di Kelantan (kali pertama jumpa di majlis perkahwinan anak Noh Jeni)
- Razak Ahmad (Agro Bank)- ada urusan rasmi di Mersing
- Zakaria bin Md Alip (Johor) - tidak dapat dihubungi (kali pertama jumpa di majlis perkahwinan anak Noh Jeni)
- Baharudin bin Abd Kadir (Kelantan)- tidak dapat dihubungi
- Zaki in Muda (Terengganu) - JPS, Besut
- Che Shukri bin Hassan (Kelantan) - tidak dapat dihubungi (kali pertama jumpa di satu majlisdi MINDEF)
- Kamarudin (Melaka) - tidak dapat dihubungi
- Kamaruzaman. (Kamaruzzaman) - tidak dapat dihubungi
- Ali bin Senik (Kelantan) - BERNAS Machang
- Tuan Adnan (Kelantan) - tidak dapat dihibungi
- Johari bin Udar (Johor) - tidak dapat dihubungi
- Abd Hamid bin Abd Rahman - tidak dapat dihubungi
- Fauzi (telah meninggal dunia)
Maknanya hanya ada 5 orang lagi yang aku gagal mengingati nama dan mukanya.
Rupanya bukan aku sahaja yang putus hubungan dengan mereka. Di kalangan mereka pun ramai yang 'lost contact' sejak meninggalkan Alam Shah pada tahun 1978. Selepas mereka menamatkan STPM, hidup mereka 'bagaikan enau melepaskan pucuk masing-masing'. Ada yang masuk universiti (kebanyakannya UM), ada yang masuk Maktab Perguruan, ada yang masuk ITM dan ada yang terus bekerja menggunakan kelulusan STPM. Selepas itu masing-masing membina kerjaya masing-masing ke pelbagai arah. Ada yang laju ada yang perlahan. Pada masa itu pulak, mana ada handphone, jadi mengharapkan telefon dan surat kiriman sahaja, segalanya berakhir dengan berharap kepada kebetulan sahaja. Malah semasa melangsungkan perkahwinan pun tidak terlintas untuk mengesan atau mencari rakan-rakan ini.
Sehinggalah malam tadi, dimana satu pertemuan yang dirancang secara formal.
Pastinya macam-macam cerita lama keluar kembali. Mengenang ke'nakal'an masing-masing. Biasalah anak-anak kampung yang baru pertama kali duduk di asrama penuh setelah berusia 17 tahun. Kebetulan 'Kelas 6R' terdiri dari semua pelajar terpilih dari luar bandar daru negeri-negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Melaka sahaja. Dari kepelbagaian ini tercernalah pelbagai kesah suka dan duka.
Aku tidak mempunyai banyak pengalaman bersama mereka, jadi hanya menyampuk sahaja cerita mana-mana yang perlu sambil ingin mengingat kembali setiap individu yang aku pertama kali temui ini.
.
Kumpulan pertama yang datang- mengambil posisi sementara menanti rakan-rakan yang lain
Seronok bercerita kesah lama waktu muda baru nak mengenal dunia luar
Sebahagian para isteri yang kali pertama bertemu yang tidak pernah mengetahui bahawa suami mereka pernah duduk dalam satu kelas dan satu dormitary suatu ketika duhulu juga begitu cepat menzahirkan kemesraan
semua berdiri dan tolak menolak untuk memegang pisau bagi upacara memotong kek 'reunion'
akhirnya Marjuni dan Malek mengetuai upacara memotong kek 'Reunion'
Haji Marjuni dan Abd Malek telah dipilih untuk mengetuai acara memotong kek 'reunion'. Haji ni lurus orangnya. Buat satu kerja tidak boleh menyambil buat benda lain. Semasa memotong kek, dia memfokus matanya kepada kek yang dipotong. Kawan-kawan kata, mata tu pandang la kamera, pisau tu letak je kat kek tu, simbol je. Dia pun tengok kamera, tapi bila cameraman kata sediaaaa... dia pandang ke arah kek semula. Walaupun diingatkan beberapa kali, dia tetap tidak berjaya memandang ke arah kamera, jadi sampai ke sudah, 3-4 snap, satu pun tak ada yang muka dia tengok kamera.
Kesah sebagai pelajar sekolah asrama penuh tidaklah sehebat kesah kenangan yang dialami oleh seorang Pegawai Kedet Tentera. Namun ia ada cerita dan seni tersendiri. Kesah seperti 'sneaking', 'skodeng', kesah berjumpa hantu ketika pulang lewat malam, kesah mem'bereng' (men'tackle') anak dara cikgu (yang tinggal di rumah guru) atau mengusik anak dara makcik warung tetap menarik untuk diulangbicara. Ada satu cerita, bahawa Kamdani yang 'admire' dengan anak cikgu Yunus (guru sejarah) telah tersasul memanggil cikgu Yunus dengan panggilan 'ayah' di dalam kelas.
Zaman pelajar asrama penuh, khususnya Tingkatan 6 Sastera memang membosankan. Sebab itu pelajar begitu kreatif 'mereka-reka' atau buat hal untuk mencari hiburan. Berbeza dengan pelajar Sains atau Matrikulasi, pelajar Sastera lebih 'relax'. Pelajar Sains dan Matrix terallu sibuk mentelaah pelajaran mereka. 'Excellent result' merupakan nyawa mereka. Oleh itu mereka tidak mempunyai masa untuk berfoya-foya. Sebab jawatan Ketua Satu dibebankan kepada pelajar 6 Atas begitu juga dengan jawatan-jawatan penting lain seperti Ketua Perpustakaan, Ketua Sukan, Ketua-ketua Persatuan.
Pelajar Sastera banyak pilihan. Kalau tak boleh masuk universiti boleh mohon masuk ITM atau Maktab Perguruan. Sijil dari SAS amat berharga dan dihargai. Senior-senior SAS yang lalu telah membuktikan lepasan SAS mampu diberi amanah memegang jawatan utama peringkat nasional. Ramai alumni SAS yang berjaya dalam kemuncak kerjaya mereka sama ada dalam sektor Kerajaan atau swasta.
kelamkabut sikit semasa mengatur tempat untuk bergambar bersama pasangan masing-masing. Aku yang menganjurkan idea utk bergambar dengan pasangan di luar rumah. Hj Misro masih confused nak berdiri belakang isteri siapa???.
isteri-isteri dah okay, tapi ada dua lagi kerusi kosong- so, masing-masing toleh belakang nak pastikan suami yang betul...hahahaha. Misro masih menunggu keputusan!
bersama isteri masing-masing
ada yang dah sedia, ada yang baru nak mengambil posisi
siapppp...tapi lampu atas ni mengganggu focus camera
Bukan sahaja kami bekas pelajar yang enjoy the dinner. The wives were also enjoyed meeting their new friends. Sambil makan hidangan satay, nasi dagang, roti jala dan pelbagai kueh mueh yang disediakan oleh tuan rumah, Engku dan isteri/keluarga, mereka juga rancak bercerita sehingga saat perpisahan.
better angle....
kali ini bergambar bersama ahli keluarga yang hadir
.
Walaupun jumlahnya kecil berbanding jumlah rakan sekelas yang asal ia cukup bermakna sebagai usaha untuk memulakan langkah yang seterusnya. Terima kasih kepada Abdul Malek Azman (orang parit Keroma, Muar) yang bersungguh-sungguh mengusahakan pertemuan ini. Terima kasih Engku Hamzah kerana sudi menjadi tuan rumah untuk reunion untuk pertama kalinya ini.Pertemuan selanjutnya di........
Sembang Teh tarik
Bangi, 05 Dis 14
Majlis Pengkebumian PW Saipul
Ayer Baloi, 29 Jan 14
Majlis Perkahwinan anak Adam Sulong
Putrajaya, 17 Mac 14
Majlis Perkahwinan anak Engku Hamzah
Ramal Suria, Kajang, 5 April 14