Monday, September 10, 2012

TAJUK 80: AKU JADI OGHANG NOGHOGI


aku jadi
oghang  nogoghi

JALAN CHENGAL 28, TAMAN AMPANGAN
70400 SEREMBAN


PENCARIANKU selama beberapa tahun untuk mencari rumah sebagai destinasi terakhir 'riwayat hidupku' telah berakhir. Cerita lanjut mengenai usaha pencarian 'tanah kubur' telah aku ditulis sebelum ini.

Negeri Sembilan juga mempunyai sejarah nostalgik kepada diriku sendiri.  Di Kem Seginting dan Kem Sebatang Karah, Port Dickson taqdir Allah swt telah mengubah penghidupanku dari seorang remaja kampung yang kurang berpotensi dan berharapan rendah kepada seorang pemuda yang bergelar Pegawai Tentera.

Perjanjian pembelian rumah telah ditandatangani pada 4 Sep 2011.  Setelah segala urusan susulan selepas menandatangani S&P Agreement, pada 10 April 2012 aku mengambil kunci rumah dari Tetuan Arizal Jailani, syarikat guaman yang menguruskan pinjaman perumahanku.

Pandangan hadapan rumah ketika pada bulan Nov 2011 semasa aku menemui di dalam website mudah.my



Lebuhraya LEKAS- hanya 500 meter dari belakang rumah aku- boleh keluar dari Taman Margosa atau Taman Telawi

Untuk datang dari KL. kalau melalui hiway LEKAS dari Kajang, beberapa puluh meter dari simpang empat (traffic light) Kuala Pilah/Seremban/Senawang- ada jalan masuk ke Taman Ampangan melalui Taman Margosa

untuk keluar ke KL- dari Taman Ampangan masuk ke Taman Panchor Jaya dan Taman Sri Telawi dan terus keluar ke hiway LEKAS arah ke KL. untuk membeli belah barangan harian- ada rumah kedai di simpang masuk ke Taman Panchor Jaya- sebuah taman perumahan yang cantik dan tersusun.  Masjid kariah Taman Ampangan berada di  sempadan antara Taman Panchor Jaya/Taman Seri Telawi

Masjid Taman Panchor Jaya

signboard terakhir sebelum masuk ke kawasan rumah


rumah yang sama bentuk/design  di kawasan Taman Ampangan Fasa 3



Alhamdulillah, keadaan rumah yang aku beli dalam keadaan baik dan bersih. Walaupun En Sobri sudah lama mengosongkan rumah tersebut namun ia dijaga oleh bapa mertuanya Pak Cik Thani yang tinggal di Taman Margosa.

Di belakang rumah ditanami dengan pokok serai. Banyak- boleh buat bisnes.


 
 
 
 
  
Keadaan rumah ketika baru dimasuki pada pertengahan tahun 2012.

APA TARIKAN NEGERI SEMBILAN?

Sebagai persediaan untuk mempromosikan Homestay aku, dan sebagai bakal warga 'NS' yang bertanggungjawab, marilah kita mengenali Negeri Sembilan dengan lebih dekat. Sebagai permulaan aku telah menceritakan sedikit mengenai latar belakang sejarah dan pentadbiran negeri ini dalam TAJUK 136. 

Dulu (masa muda-muda) bila cakap pasal kawin, kawan-kawan nasihat, "engko jangan kawin dengan orang Negeri (maksudnya Negeri Sembilan), nanti kena masuk SUKU, lagi satu pompuan negeri ni queen control".  Itu masa dulu la.... aku pun tak berani nak komen, sebab aku tak pernah kawin dengan orang Negeri. Hahaha. Rasanya kalau queen control tu, kawin pompuan negeri mana pun sama. Ada orang kata kawin perempuan Kelantan pun macam itu. Itu hal individu. Aku tak mau masuk campur. Kira nasib la kan, sendiri yang cari, sendiri yang pilih..kalau dah sangkut yang jenis itu. Sendiri cari, sendiri dapat sendiri tanggung.  

Ada satu joke Mat Salleh yang pernah aku baca.  Apa bila telah berkahwin, seorang lelaki terpaksa memberikan 3 cincin- dua untuk isteri, satu suami simpan: yang pertama: engagement RING, kedua:  marriage RING dan yang ketiga: suffeRING'.

Pasal masuk suku tu, pun tak nak komen sebab itu berkaitan dengan adat. Kena tanya Dato Dr Rais Yatim - pakar Adat Perpatih.  Lagi pun pepatah orang Melayu ada sebut "Biar mati anak, jangan mati adat".  jadi, kalau mereka nak pertahankan adat, itu adalah adat mereka, hak mereka.  Tapi, bekas boss aku (nama tak bole habaq la) kata, dia kawin orang Negeri (yang guna adat perpatih), emak bapak dia dah nak give up nak teruskan perkahwinannya lantaran tak tahan dengan kerenah adat bakal besannya. Emak bapak tak ada kuasa menentukan masa depan anak perempuannya.  Semua keputusan mesti kena refer MakCik atau Nenek.  No komen. Kena belajar dulu adat istiadat mereka baru boleh jawab.

Apa-apa hal, kini aku dah nak jadi warga Negeri pewaris Kerajaan Pagar Ruyung ini.  Walaupun untuk duduk di Negeri Sembilan aku tak perlu masuk SUKU, aku kene memulakan sikap MERASA BANGGA menjadi warga NS.  Dan yang dah nyata sekarang ialah MENANTU pertama aku orang NS, ibunya orang Seri Menanti - pusat segala Dato' Lembago, Buapak, Suku, Juak, Perut, Mamak dan pelbagai istilah lagi. TAPI aku tidak akan tanya besan LELAKI aku, mengenai pengalaman dia berkahwin dengan orang beradat Perpatih ini.

Ada juga orang mengomel mengatakan bahawa adat istiadat Perpatih ini khususnya yang berkaitan dengan pembahagian tanah pusaka adalah bertentangan dengan syariah Islam.  Itu pun aku 'no comment' kerana aku tidak pernah mengkaji mendalam proses dan tatacara. Kalau ada yang sangsi atau rasa tak puas hati, boleh rujuk kepada Mufti Negeri Sembilan.

Kalau nak tahu lebih lanjut, sila buka dan baca website ini: http://nagarinansembilan.blogspot.com

Adat adalah rekaan manusia.  Walaupun Adat Perpatih dikatakan mempunyai struktur yang amat teguh dipatuhi oleh pengamalnya. Adat Perpatih juga amat terkenal dengan pelbagai pepatah, ungkapan yang menunjukkan betapa likatnya pegangan mereka pada adat:

"KALAU DAH SESAT KE HUJUNG JALAN, BALIKLAH KE PANGKAL JALAN, TIADA KERUH YANG TIDAK JERNIH DAN TIADA KUSUT YANG TIDAK SELESAI. BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG, 
BULAT MANUSIA KERANA ADAT"

Namun bila melibatkan KUASA, tetap ada yang tidak mahu mematuhi keputusan adat.  Sama ada keputusan tidak betul atau yang tidak patuh yang tidak betul. Aku pernah mengikuti satu kekalutan pemilihan salah seorang Undang Luak yang tertangguh selama 11 tahun akibat tiada PERMUAFAKATAN. Bila aku cari-cari, dapat juga jumpa isu tersebut. Sila baca http://chegubard.blogspot.com

KOK MENDAPEK SAMO BELABO
KOK HILANG SAMA MARUGI
MENGUKUA SAMA PANJANG
MEMBILAI SAMO LAWEH
BERAGIH SAMO BANYAK
MENIMBANG SAMO BAREK

GADANG KAYU GADANG BAHAN
KETEK KAYU KETEK BAHAN
NAN ANDO SAMO DIMAKAN
NAN INDAK SAMO DICARI
HATI GAJAH SAMO DILAPAH
HATI KUMAN SAMO DICICAH

SESAKIT SESANANG
SEHINO SEMALU
SERASO SEPARESO
SEADAT SELIMBAGO
SEANAK SEKEMANAKAN
SEBAREK SERINGAN
SEADO SEIDAK

SEBUKIT SAMO DIDAKI
SELURAH SAMO DITURUNI
TERTUNGKUIK SAMO MAKAN TANAH
TERTILANTANG SAMO MINUM AMBON
(Hj Mohamed bin Tainu)

Kali ini aku lebih memfokus kepada aspek destinasi pelancongannya. Agar bakal pelanggan homestay aku nanti mempunyai pilihan atau tinggal lebih lama dan mengoptimakan lawatan mereka ke Negeri Sembilan, negeri Tanah Melayu yang masyhur dengan sejarah Adat Perpatih.

BANDAR SEREMBAN

 

 

  
 


Stesen Keretapi Seremban
di sinilah aku diturunkan (dari Kluang) sebelum dibawa dengan trak tentera ke Port Dickson untuk memulakan latihan pegawai kedet pada awal April 1980.

Kompleks Belia dan Sukan Paroi, tidak sampai 10 minit pemanduan dari rumahku.

Muzium Negeri dan Taman Budaya

 DESTINASI  MENARIK DI NS 
Berikut adalah beberapa tempat menarik yang perlu di lawati di Negeri Sembilan:

DAERAH SEREMBAN
  • Muzium Negeri
  • Taman Budaya
  • Taman Tasik Seremban
  • Dataran Seremban
  • Perpustakaan Negeri
  • Kompleks Kraftangan
  • Taman Malaysia
  • Taman Rekreasi Seremban 2
  • Pusat Borong Nilai 3
  • Seremban International Golf Club
  • Kampung Pelegong Homestay, Nilai
DAERAH PORT DICKSON
(Nota: Pada 29 sep 2009, Port Dickson telah diisytiharkan sebagai Bandar Tentera Darat oleh YAB Perdana Menteri sebagai mengingati sejarah penubuhan Kompeni Percubaan Askar Melayu pada 1 Mac 1933 yang merintis kepada kewujudan organisasi Angkatan Tentera Malaysia sekarang)
  • Dataran Kemang
  • Hutan Lipur Pasir Panjang
  • Hutan Simpan Sungai Menyala
  • Kelong Memancing Kuala Lukut
  • Kota Lukut
  • Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas
  • Kompleks Ikan Hiasan
  • Ladang Burung Kasawari
  • Muzium Lukut
  • Muzium Tentera Darat
  • PD Mini Zoo
  • PD Water Front
  • Pantai Teluk Kemang
  • Royal Palm Springs Golf Club
  • Tiara Resorts (Man made beach)
Muzium Lukut
Muzium Tentera Darat
lagi, Muzium TD

Hutan Lipur Pasir Panjang

DAERAH REMBAU
  • Adventure Community Center Sukabumi
  • Homestay Batang Nyamor
  • Hutan Lipur Gunung Datuk
  • Muzium Adat Rembau
  • Pangkalan Sungai Timun
  • Rembau Crystal
  • Wet World Air Panas Pedas
  • Replika Istana Raja Melewar
  • Makam Raja Melewar
Replika Istana Raja Melewar
Makam Raja Melewar


DAERAH JELEBU
  • Batu Peringatan Inggeris Kuala Klawang
  • Homestay Klawang
  • Jeram Toi
  • Jeram Gading
  • Lata Kijang
  • Ladang Nenas Titi
  • Muzium Adat
  • Taman Alam Liar Lembah Jemaloi
Muzium Adat

Jeram Toi

DAERAH KUALA PILAH
  • Bandar DiRaja Seri Menanti
  • Batu Megalitik
  • Gunung Angsi
  • Hutan Lipur Ulu Bendul
  • Hutan Lipur Jeram Tengkek
  • Homestay Laman Bangkinang
  • Istana Besar Seri Menanti
  • Ladang Rusa Jemapoh
  • Perkampungan Budaya Terachi (aku terbaca dalam satu blog yang mengatakan di perkampungan ini terdapat sebuah restoran bernama Restoarn Warisan yang menghidangkan juadah tampatan)
  • Taman Ular Sawa Ulu Bendul


Bandar Diraja Seri Menanti

Istana Baru Seri Menanti

Hutan Rekreasi Ulu Bendul

Taman Ular Sawa Ulu Bendul

Ladang Rusa Jemapoh


Restoran Warisan di Perkampungan Budaya Terachi

DAERAH TAMPIN
  • Batu Megalitik
  • Gua Emas
  • Gemas Golf Resort
  • Hutan Lipur Gunung Tampin
  • Homestay Gemas
  • Memorial Perang Dunia Kedua Sungai Kelemah, Gemas
Batu Megalitik

DAERAH JEMPOL
  • Teratak Za'ba
  • Hutan Lipur Serting Ulu
  • Hutan Lipur De Bana
  • Homestay Lonek
  • Ladang Boer Den
  • Era Golf Country Resort
  • Kawasan Penarikan Sungai Muar / Jempol / Pahang
Teratak Zaaba, Jelebu


BEBERAPA GAMBAR LOKASI MENARIK


ISTANA HINGGAP

STAR-FRESH AGRO PARK

TAMAN MALAYSIA

 BANDAR DAN
 PEKAN DI NS

Port Dickson- Bandar Tentera Darat


Pekan Rembau

Bandar Tampin

Sempadan Negeri Melaka/NS di tengah bandar yang memisahkan bandar Tampin dengan pekan Pulau Sebang (Melaka)


Pekan Kuala Pilah

Pekan Bahau

Kuala Kelawang (Jelebu)

Pekan Seri Jempol 

Pejabat Daerah dan Tanah Jempol

Pekan Gemas

Pekan Nilai (lama)

Pekan Mantin

Pekan Lenggeng

Pekan Batu Kikir
sebut nama pekan Batu Kikir, aku teringat sebuah lagu berjodol 'Apo Kono Eh Jang' yang dinyanyikan oleh Ally Noor dan Mastura.

Jang oh Jang
Mano pulak poi eh budak bertuah ni, Sonyap yo...
Siaplah jang oi...., Kobau tu tak boghi makan lai

Batu kikir jambatan bosiGulai udang sebelango
Cubo omak fikir dalam hati, Ayo ni bujang sudah lamo aih

Apo kono eh jang kau monong ajo, Orang ke bulan ekau di mano
Muko berpoluh apo teghaso, Carian ubek penawa duko

Poilah mandi hari dah tinggi, Jangan temonung menoman tanggo
Ke sawah kito menuai padi, Apo dikonang pekaro yang sudah

Si milah kau gilokan, Orang dah masuk meminang
Mano den lotak muko, Kondak kau jang diambik orang
Biar omak cari an lain, Ompuk orang jangan diidam

Ha... tu lah, dulu lai den koba kan, Kojo jang... kojo.
Ni.. ke kobun maleh, Ke sawah liat pulak tu

Ah.. Omak ni.., Sekolah tinggi tinggi takkan ke sawah do
Buek malu yo...

Nak kan anak orang tak payah beduit, Apolah nak jadi kau ni jang oi hai...

Abih macano mak, Badan seh ni nak domam yo ghaso eh

Dah den koba an dulu kumpo kan duit, Pinanglah copek ini kau tangguh an
Ke sawah kota mengumpo belanjo, Bekonan den si milah buek menantu

Apo lai kau sosakan, Menghaung tak ado guno
Milah kawin minggu dopan, Melopong kau jang putih mato
Jangan lai dikonang konang, Asik dikonang merano badan

Bekocak air di boting, Limau manih betaruk mudo
Bio becacak koghih dan lombing, Putih kuning den tarik juo

Kau nak apo an milah tu pulak, Jangan jang, malu omak
Kito yang susah nanti

 
Seh tak kiro, Seh nak an jugo milah tu mak, Apo nak jadi, jadilah

Dah di haruk setan ko budak ni, Dunio pun tak nampak layi...

Ke jelobak ke jelobu, Tuai padi tigo tangkai
Kato ombung den..., Kato ongah den...
Kato ocu den, Podih nyo hati menanggung malu
Tak mati badan menghasai... Aih

.

Pekan Lukut
.

Pekan Broga

Pekan Broga- unik kerana pekan kecil ini terbahagia dua, sebahagian dalam Darul Ehsan dan sebahagian lagi dalam Darul Khusus.


Broga mempunyai sejarah tersendiri dalam hikayat diriku.  Di puncak Bukit Broga (gambar bawah) inilah aku bersama hampir 300 Peg Kedet Intake 37 SPK Port Dickson pernah berkampung selama hampir seminggu menjalani latihan peperangan konvensional sebagai kurikulum wajib dalam latihan Pegawai Kedet ATM dalam tahun 1980. Kenangan pahit yang sukar dilupakan.

Setelah meredah kampung dan hutan, mendaki dan menuruni bukit dan lembah, siang dan malam, memikul senjata (lebih-lebih lagi Carls Gustav atau GPMG), fasa terakhir kami mendaki Bukit Broga ini -membawa  gulungan kawat duri, guni, piket besi dan pelbagai alat pertahanan - dan membina kubu di puncak bukit.  Menggali trench siang dan malam dengan bekalan air dan makanan yang amat terhad.
.
PROSES RENOVASI


 
 
 
 
 
   
  

Renovasi terakhir 2014







.






No comments:

Post a Comment

IKTIROF

←  PLURALISME GUS DUR, GAGASAN PARA SUFI Biografi KH Hasyim Asy’ari Pendiri NU Tebuireng Jombang  → Syair Doa Abu Nawas – Al I’tira...