Salam Bro and Sis. This BLOG is not a platform for criticizing anybody. This is purely my memories, life stories PLUS some personal views. Hence, you are politely invited to read and comment (my kampung English) and if you find any wrong statement, untrue story OR any of my words had touched OR encroached your privacy OR cross your personal boundary, PLEASE do not hesitate to email me at "toharudinrasid@gmail.com". Maaf Zahir dan Batin.
Wednesday, December 11, 2013
TAJUK 98: BUKIT MERAH LAKE TOWN RESORT
BERCUTI
BUKIT MERAH
LAKE TOWN RESORT
Pada 111115H Dis 13, aku bertolak ke Bukit Merah Laketown Resort (BMLR) untuk bercuti bersama keluarga. Aku dan isteri bersama anak-ana kami Hafeez, Aisyahnur dan Nurul Azyan. Turut serta ialah menantu (Musfirah) dan cucu, Auny Humayra (anak Aisyahnur). Kami sampai jam 1530. Dalam perjalanan singgah makan tengahari dan solat Zohor di R & R Sg Perak. Di BMLR kami menginap di Homestay di Jalan Waterfront View. Sebuah rumah Semi-D. Keadaan perumahan di sini agak menyedihkan. Banyak rumah yang cantik-cantik tetapi terbiar tiada penghuni. Walaupun BMLR menjadi tumpuan ramai orang berrekreasi bersama keluarga, namun tidak ramai yang menetap di sini kerana lokasinya jauh dari tempat yang menawarkan pekerjaan.
Bukit Merah Laketown Resort atau 'Bukit Merah Water Park' adalah sebuah pusat rekreasi bertema
taman tasik yang menarik dan indah yang terletak di Tasik Bukit Merah, Gunung
Semanggul, daerah Bagan Serai/Selama dalam negeri Perak. Syarikat Emkay / MK
Land Hotels & Resorts yang dipunyai Tan Sri Mustapha Kamal bin Abu
Bakar telah membangunkan kawasan ini dengan kerjasama kerajaan negeri
Perak sebagai kawasan pelancongan. Pengunjung boleh tidur di hotel-hotel
dan apartmen dengan harga yang menarik.
Pusat rekreasi ini menyediakan banyak permainan
termasuk gondola,
taman air dan pulau Orang Utan. Terdapat juga mini zoo dengan pelbagai s pesies
haiwan liar yang jarang dijumpai seperti temburung. Taman tema air seluas 4.4
hektar itu mempunyai 14 jenis permainan seperti gelongsor, kolam ombak, 'Giant
Wet Bubble', 'Lazy River' dan 'Giant Tube Slides' serta taman air kanak-kanak
'Kids Adventure River' serta 'Kids Perak Mining Pool'. Pengunjung pasti
terhibur dengan pertandingan boling kelapa, 'hula hoop', 'limbo rock', 'telaga
ping-pong', 'fear factor', aktiviti menyelam, 'chicken dance' serta
pertandingan mencari harta karun.
Pulau Orang Utan
Pelan pemeliharaan Orang Utan di Pulau Orang Utan,
Bukit Merah Laketown Resort (BMLR) dibangunkan sejak tahun 2000. Spesies itu
mampu hidup di luar kepulauan Borneo yang menjadi habitat asalnya. MK Land
menubuhkan Yayasan Pulau Orang Utan Bukit Merah (YPOUBM) bagi menyediakan dana
penyelidikan dan pembangunan orang utan.
Orang utan ini akan dipindahkan pula ke 'Pulau BJ'
dengan bantuan penyelidik Orang Utan dari Universiti Kyoto, Jepun bagi
memantau pelepasan spesies terbabit di pulau seluas 5.6 hektar itu.
Pada petang hari Khamis itu (hari kedua di BMLR) tetiba aku mendapat mesej dari skot aku yang tinggal di Taiping iaitu Shazarina Abdullah (Monica Mathilda Mowe) yang menyatakan bahawa beliau akan datang ke Bukit Merah kerana menghadiri majlis doa selamat di rumah rakan suaminya. Oleh itu dia berhasrat untuk mengambil kesempatan menziarahim aku dan isteri di homestay. Tambahan dia ingin berkenalan dengan isteriku Adibah kerana belum pernah bertemu lagi.
Monica dan suaminya (Mej Mat Husni (B)) tiba lebih kurang jam 1815. Mereka berada di rumah persinggahanku lebih kurang sejam. Terima kasih Monica kerana sudi menziarahi kami.
KESAH LAIN BERKAITAN BUKIT MERAH
Sisa yang berwarna putih ini basah dan lembut, tiada bezanya dengan lumpur, namun berbau masam jika dihidu. Pihak kilang memberitahu Ng bahawa sisa ini boleh dijadikan baja. Jadi Ng bersama pekerjanya mengangkut sisa tersebut dari kilang untuk dibuang ke ladang kebun yang berdekatan, termasuk kebun sayur pakciknya untuk dijadikan "baja", atau membuang begitu sahaja di tepi kawasan perumahan dan jalan raya.
Dalam kes mahkamah di mana penduduk Bukit Merah memohon untuk menutup kilang tersebut, Ng Toong Foo pernah tampil untuk memberi keterangan. Beliau mengisahkan cerita yang "ngeri" ini. Menurut laporan Nanyang Siang Pau pada 30 Oktober 1986, pakar radioaktif dari Jepun Sadao Ichikawa mengesahkan bahawa paras radioaktif di lokasi yang mana Ng membuang sisa tersebut adalah lima kali ganda lebih tinggi dari paras selamat, setelah kajian dilakukan di situ.
Sisa thorium dibuang di kawasan yang mana orang berulang-alik. Kawasan ini adalah paya ketika sisa dibuang, dan kini sudah ditumbuh rumput. Sukar untuk dikesan melalui mata kasar apakah yang pelik dengan rumpun tersebut. Seandainya Ng tidak menunjukkan kami kawasan di mana lokasi pembuangan sisa itu berdasarkan ingatannya, tiada orang yang tahu bahawa sisa buangan itu berada di situ.
Dalam satu wawancara bersama MR, profesor kolej swasta yang pernah terlibat dalam perjuangan penduduk Bukit Merah, Tan Ka Kheng (gambar kiri) berkata, separuh hayat untuk thorium-232 adalah 14.05 bilion tahun. Dengan kata lain, keradioaktifannya hanya akan berkurang separuh dari asal selepas 14 bilion tahun. Maknanya, keradioaktifan sisa yang dibuang Ng tidak berkurang dari tahun itu!
Ketika mengimbas peristiwa 28 tahun yang lalu, "sisa ketakutan" masih terpendam dalam hati. Menurut Ng Toong Foo, tiga daripada empat orang pekerjanya telah meninggal dunia pada usia yang muda, iaitu beberapa tahun selepas bekerja dengannya. Ng pernah mengadu di mahkamah bahawa terdapat bintik merah pada tubuhnya. Kini, terdapat pula bintik putih pada tangan, kaki, tepi bibir, dan tepi matanya.
Tapak buangan radioaktif Asian Rare Earth pada awalnya dibina di Papan (gambar kanan), namun tidak digunakan lantaran protes dari penduduk tempatan. Pengerusi Jawatankuasa Anti-Radioaktif Perak (PARC) Hew Yoon Tat memberitahu Merdeka Review, kerajaan mengumumkan pada tahun 1986 untuk membina tapak pembuangan sisa radioaktif di Keledang Hill, kira-kira tiga kilometer dari Papan. Tapak ini siap dibina pada tahun 1990, dan sisa buangan radioaktif hanya dipindah ke sana pada tahun 1991.
Ketua Kampung Papan Kuan Yuk Lee, 68, memberitahu bahawa terdapat sebatang sungai di tapak pembuangan sisa radioaktif, dan sungai tersebut mengalir ke Kampung Baru Papan. Seandainya berlaku kebocoran, maka kesihatan penduduk Papan akan terancam. Kuan Yuk Lee juga Ketua MCA Cawangan Papan, mendakwa bahawa pihak berkenaan tidak melaporkan maklumat terperinci kepada penduduk kampung.
Berikut adalah kronologi penentangan Asian Rare Earth
(ARE) di Bukit Merah, Ipoh sehingga penutupannya pada 19 Januari, 1994.
November 1979: Syarikat Asian Rare Earth (ARE) dibentuk
untuk mengekstrak itrium ( sejenis unsur nadir bumi) daripada monazit. Pemegang
saham utamanya ialah Mitsubishi Chemical Industries Ltd (35%), Beh Minerals
(35%), Lembaga Urusan dan Tabung Haji (20%) dan beberapa peniaga bumiputera
(10%). Pihak ARE telah mendapatkan pandangan dari Pusat Penyelidikan Atom Tun
Dr. Ismail (Puspati), Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar mengenai
sisa buangan radioaktif yang dihasilkan melalui pemerosesan monazit. Adalah
diputuskan, sisa buangan itu yang menjadi milik kerajaan Negeri Perak akan
disimpan kerana berpotensi sebagai sumber tenaga nuklear.
Jun 1982: Penduduk Parit, Perak mendapat tahu kerajaan
telah memilih kawasan seluas sembilan ekar, kira-kira 6 km dari penempatan
mereka untuk dijadikan tapak penimbunan sisa radioaktif syarikat ARE.
30 Jun 1982: Ekoran bantahan hebat daripada jawatankuasa
penduduk serta lain-lain pertubuhan politik dan sosial, kerajaan membatalkan
cadangan itu dan kemudian mula mencari tapak baru.
11 Julai 1982: Kilang ARE mula beroperasi di KM 7.2, Jalan
Lahat di Bukit Merah.
November 1983: Penduduk Papan (kira-kira 16 km dari Ipoh)
mendapat tahu ARE sedang mengorek lubang berhampiran tempat kediaman mereka
untuk dijadikan tapak buangan sisa radioaktif. Tapak itu merupakan pilihan
kerajaan
24 Mei 1984: Kira-kira 6,700 penduduk Papan dan
pekan-pekan yang berhampiran menandatangani satu surat bantahan dan
menghantarnya kepada Perdana Menteri, Menteri Besar Perak, Menteri Kesihatan
serta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.
31 Mei 1984: Seramai 200 penduduk Papan membantah tapak
pembuangan yang dicadangkan. Mereka menyekat jalan yang menuju ke tapak itu.
5 Jun1984: Perdana Menteri berkata, kerajaan telah
mengambil segala langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatannya dan
menegaskan pembinaan tapak buangan radioaktif di Papan akan diteruskan.
18 Jun 1984: Kira-kira 300 penduduk Papan sekali lagi
mengadakan tunjuk perasaan sebagai membantah tapak buangan yang dicadangkan.
28 Jun 1984: Menteri Sain, Teknologi dan Alam Sekitar,
Datuk Amar Stephen Yong berkata, tapak buangan Papan adalah selamat kerana
dibina mengikut piawaian yang ketat. Beliau mencabar pengkritik supaya
membuktikan tapak itu boleh mengancam kesihatan dan alam sekitar. Sementara
itu, ARE meneruskan operasinya dengan menimbun sisa torium di sebuah kawasan
terbuka dan kolam berhampiran kilang itu.
1 Julai 1984: Kira-kira 3,000 penduduk termasuk wanita dan
kanak-kanak mengadakan tunjuk perasaan secara aman sebagai membantah tapak
buangan tersebut.
4 Julai 1984: Seramai 2,000 orang penduduk terus
mengadakan tunjuk perasaan meskipun Ketua Polis Perak memberi arahan supaya
bersurai.
18 Julai 1984: Pembentukan Jawatankuasa Bertindak Bukit
Merah, terdiri daripada penduduk Bukit Merah, Lahat, Menglembu dan Taman Badri
Shah, sebagai tanda sokongan kepada penduduk Papan. Sahabat Alam Malaysia (SAM)
menghantar satu memorandum kepada Perdana Menteri memaklumkan paras radiasi
yang tinggi telah dikesan dikawasan kolam terbuka berhampiran kilang ARE di
Bukit Merah. Satu bacaan yang dicatat oleh pegawai-pegawai SAM sewaktu
berkunjung ke situ ialah 43,800 milirem/tahun. Paras ini melebihi 88 kali paras
maksimum yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Antarabangsa bagi Perlindungan
Radiologi (ICRP) untuk orang ramai.
29 Ogos 1984: Michael O ‘Riordan dari Lembaga Perlindungan
Radiologi Kebangsaan British dijemput oleh kerajaan untuk memeriksa tapak
buangan toksik di Papan.
19 September 1984: Sekumpulan tiga orang dari Agensi
Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengunjugi
tapak buangan di Papan atas jemputan kerajaan Malaysia. Mereka mengisytiharkan
tapak buangan itu tidak selamat.
5 Oktober 1984: Dr William Cannell, seorang ahli fizik dan
penganalisis kesihatan menerima jemputan penduduk Papan untuk melawat tapak
buangan tersebut. Hasil pemerhatian beliau mendapati kerja-kerja kejuruteraan
yang dijalankan oleh syarikat terbabit sangat buruk.
21 Oktober 1984: Seorang pakar dari Amerika dan bekas ahli
jawatankuasa Akademi Sains Kebangsaan Amerika bagi kesan-kesan Biologi Radiasi
Mengion (BEIR), Dr Edward Radford, atas jemputan penduduk Papan, membuat
tinjauan di tapak buangan sisa itu. Beliau dapati tapak itu tidak sesuai
sementara lubang-lubang yang digali mempunyai dinding yang nipis atau sudah
merekah.
7 November 1984: Seorang pakar buangan sisa industri dari
Jepun, Dr. Jun Ui, menerima jemputan penduduk Papan untuk memeriksa tapak
buangan ARE. Beliau juga mendapati tapak itu tidak sesuai dijadikan kawasan
penimbunan sisa berbahaya.
28 November 1984: Kabinet membincangkan laporan-laporan
yang diserahkan oleh dua badan kawalan. Laporan yang dikemukan oleh Lembaga
Perlindungan Radiologi Kebangsaan British (NRPB) berkata, penduduk hanya akan
selamat jika faktor-faktor tertentu diberi perhatian oleh kerajaan Perak dan
syarikat ARE. Laporan kedua oleh IAEA pula berkata, lubang-lubang yang dibina
tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
9 Disember 1984: Lebih 1,500 penduduk di Papan mengadakan
mogok lapar selama sehari sebagai membantah keputusan kerajaan untuk meneruskan
rancangan menempatkan tapak buangan sisa di Papan. Penduduk Bukit Merah membawa
masuk seorang pakar radiasi dan genetik dari Jepun, Profesor Sadao Ichikawa
untuk mengukur paras radiasi di kawasan terbuka dan kolam berhampiran kilang
ARE. Beliau dapati paras radiasi di situ terlalu tinggi malah paras tertinggi
yang dicatatkan melebihi 800 kali paras yang dibenarkan.
12 Disember 1984: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Musa
Hitam menunjukkan minat secara peribadi terhadap perkembangan isu Papan ini.
Beliau mengunjungi tapak buangan tersebut.
11 Januari 1985: Selepas mesyuarat kabinet yang
dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Musa Hitam,
kerajaan mengambil keputusan memindahkan tapak buangan sisa ke Mukim Belanja di
Banjaran Kledang yang terletak kira-kira 5 km dari Papan dan 3 km dari
Menglembu.
1 Februari 1985: Lapan orang penduduk, bagi pihak diri mereka
sendiri dan penduduk Bukit Merah membuat satu permohonan di Mahkamah Tinggi
Ipoh menahan ARE daripada mengeluar, menyimpan atau menimbun sisa radioaktif di
sekitar kampung tersebut. Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 dikuatkuasakan. Ia
memastikan pengendali bahagian pemasangan nuklear (termasuk kerajaan)
bertanggungjawab terhadap ancaman nuklear. Lima ahli Lembaga Perlesenan Tenaga
Atom (AELB) dibentuk di bawah Akta itu, dengan perwakilan dari Puspati,
Kementerian Kesihatan serta Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.
14 Oktober 1985: Hakim Anuar Datuk Zainal Abidin di
Mahkamah Tinggi Ipoh memberikan kepada penduduk Bukit Merah perintah menahan
dan menghentikan ARE daripada mengeluar dan menimbun bahan sisa radioaktif
sehingga langkah-langkah keselamatan yang secukupnya diambil. Lebih daripada
1,500 penduduk Bukit Merah hadir di mahkamah untuk mendengar keputusan itu.
22 September 1986: ARE mendakwa ia telah membelanjakan
lebih RM2 juta untuk meningkatkan langkah-langkah keselamatan (sepertimana yang
dikehendaki oleh perintah mahkamah), diikuti oleh piawaian IAEA. Ia menjemput
pakar tenaga atom dari Amerika, Dr E.E. Fowler (Bekas kakitangan IAEA) untuk
mengunjungi kilang berkenaan. Menurut beliau, paras radiasi berhampiran kawasan
pembuangan yang disediakan oleh ARE memenuhi piawaian ICRP dan beliau dapati
kilang itu selamat untuk beroperasi.
5 Oktober 1986: Kira-kira 3,000 penduduk Bukit Merah dan
kawasan sekitarnya mengadakan tunjuk perasaan terhadap rancangan ARE untuk
menimbun sisa radioaktif di tapak kekalnya di Banjaran Kledang.
28 Oktober 1986: Profesor Sadao Ichikawa dalam kunjungan
kali keduanya ke Bukit Merah mendapati paras radiasi di sekitar kilang ARE
masih melebihi paras yang dibenarkan. Beliau dilarang masuk ke dalam kilang
itu.
16 November 1986: Sekumpulan penyiasat dari AELB memeriksa
beberapa buah tapak buangan sisa torium yang dilonggokkan secara haram di Bukit
Merah. Mereka dibantu oleh bekas kontraktor ARE, Ng Toong Foo yang pernah
membuang sisa di situ. Bacaan di salah sebuah tapak ialah 0.05 – 0.10
milirem/jam (iaitu 438 - 876 milirem/tahun) melebihi paras keselamatan maksimum
0.057 milirem/jam yang ditetapkan oleh ICRP.
26 November 1986: Perwakilan dari tujuh kawasan (Bukit
Merah, Lahat, Taman Badri Shah, Menglembu, Papan, Falim dan Guntong) membentuk
sebuah jawatankuasa Anti-Radioaktif Perak (PARC).
8 Disember 1986: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Encik
Kasitah Gadam berkata hasil pemeriksaan AELB di dua tapak buangan haram Bukit
Merah mendapati paras radiasi di situ adalah selamat. Menurutnya, sungguhpun
AELB mendapati paras radiasi di situ melebihi paras normal, ini tidak membahayakan
kerana tapak-tapak itu sangat sedikit bilangannya.
6 Februari 1987: Tanpa mempedulikan perintah Mahkamah
Tinggi Ipoh kepada ARE supaya menghentikan operasi, AELB Malaysia memberikan
lesen kepada ARE supaya meneruskan operasinya.
10 April 1987: PARC menjemput 14 pakar asing untuk datang
ke Bukit Merah-pengasas-pengasas Institut Antarabangsa bagi Kepentingan Awam di
Kanada, Dr Rosalie Bertell; Setiausaha Pusat Keselamatan Industri dan
Kepentingan Alam Sekitar di India, V.T. Pathmanaban; dan Presiden Institut
Kesihatan dan Tenaga di Amerika Syarikat, Kathleen Tucker merupakan antara
mereka yang dilarang memasuki kawasan ARE. Dalam satu forum yang berlangsung di
Bukit Merah, pakar-pakar itu membuat kesimpulan bahawa ARE mendedahkan pelbagai
ancaman kesihatan yang serius.
12 April 1987: Kira-kira 10,000 orang penduduk berarak di
Bukit Merah sebagai membantah operasi yang dijalankan semula oleh ARE.
24 Mei 1987: Kira-kira 300 orang penduduk diperintahkan
bersurai oleh anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) berhampiran ARE. Lebih 20
orang, termasuk tiga wanita mengalami kecederaan dalam dua pertelingkahan pada
hari itu. Seramai 60 orang ditahan oleh pihak polis. Semua kecuali enam
dibebaskan kemudian selepas disoal-siasat. Keenam-enam pemuda itu dibebaskan
seminggu kemudian di mana pihak polis tidak mengenakan sebarang tuduhan.
Penduduk menghalang kerja-kerja membina jalan yang menuju ke tapak buangan kekal
di Banjaran Kledang yang dicadangkan.
23 Julai 1987: Seorang doktor Kanada, Bernie Lau, diupah
oleh PARC untuk meletakkan alat pengesan gas radon di luar kilang ARE. Beliau
berjaya mengesan sejumlah gas radon dibebaskan daripada kilang itu.
Terdahulu dari itu, Menteri Sains, Teknologi dan Alam
Sekitar Datuk Amar Stephen Yong berkata, kerajaan berpuas hati dengan laporan
penilaian kesan alam sekitar bagi tapak buangan kekal yang dicadangkan itu.
Penilaian itu dijalankan oleh ARE bersama beberapa orang pegawai Kementerian.
7 September 1987: Perbicaraan saman yang dikemukakan oleh
lapan orang penduduk Bukit Merah terhadap ARE bermula di hadapan Hakim Peh Swee
Chin di Mahkamah Tinggi Ipoh. Sebagai mengetengahkan nasib mereka, para
penyokong PARC berjalan sejauh 8 km dari Bukit Merah ke Ipoh. Polis menyuraikan
tunjuk perasaan mereka berhampiran Menglembu. Sembilan orang ditahan tetapi
dibebaskan setelah diikat jamin. Kira-kira 1,000 orang hadir di mahkamah
sebagai menunjukkan sokongan mereka.
11 September 1987: Para penduduk berarak dari Bukit Merah
ke Mahkamah Tinggi Ipoh pada hari terakhir perbicaraan. Jumlah mereka yang
hadir dianggarkan 3,000 orang.
18 Spetember 1987: Penduduk Bukit Merah mengemukakan
permohonan perbicaraan kerana menghina mahkamah terhadap ARE memandangkan ia
melanggar perintah menahan operasi yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh
kepada mereka pada tahun 1985.
27 Oktober 1987: Lebih 100 orang yang ditahan di bawah
Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Di antaranya termasuklah pengerusi PARC,
Hew Yoon Tat; timbalannya, Hiew Yew Lan; (bekas) setiausaha PARC, Lee Koon Bun;
ahli jawatankuasa, Phang Kooi Yau dan peguam Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang
mewakili plaintif Bukit Merah, Meenakshi Raman. Merek dibebaskan selepas dua
bulan.
November 1987: ARE mula membina tapak buangan kekal sisa
toksik di Banjaran Kledang.
25 Januari 1988: Perbicaraan disambung semula.
13 Februari 1990: Perbicaraan tamat selepas berlansung
selama 65 hari dan berlanjutan lebih 32 bulan.
11 Julai 1991: Penduduk Bukit Merah memenangi kes saman
terhadap ARE. Mahkamah mengarahkan penutupan kilang ARE dalam tempoh 14 hari.
Pihak ARE pula mengumumkan ia akan membuat rayuan di Mahkamah Agung.
23 Julai 1991: ARE mengemukan rayuan di Mahkamah Agung
berhubung perintah Mahkamah Tinggi Ipoh supaya operasinya dihentikan. Pengerusi
PARC Hew Yoon Tat dan salah seorang plaintif dalam saman terhadap ARE, Lau Fong
Fatt menemui kakitangan atasan Mitsubishi Chemical di Jepun. Mereka diberitahu
ARE mengemukan rayuan tanpa kebenaran syarikat itu.
24 Julai 1991: Berikutan permohonan ex-parte oleh ARE,
Hakim Besar Mahkamah Agung menahan (sehingga perintah selanjutnya) perintah
Mahkamah Tinggi Ipoh kepada ARE supaya menghentikan operasinya.
3 Ogos 1991: Lebih 2,000 orang dari Bukit Merah hadir di
Mahkamah Agung untuk mendengar rayuan ARE terhadap perintah Mahkamah Tinggi
Ipoh yang menggantung operasinya. Bagaimanapun, hakim-hakim Mahkamah Agung
Menangguhkan perbicaraan kepada 5 Ogos kerana ‘tekanan oleh mereka yang
berpiket di luar mahkamah.’
5 Ogos 1991: Mahkamah Agung membenarkan permohonan ARE
untuk menolak perintah Mahkamah Tinggi yang meminta ARE menghentikan operasinya
berikutan rayuan syarikat berkenaan. Menurut hakim-hakim itu, penutupan tersebut
akan menyulitkan kilang dan 183 pekerjanya.
15 Mac 1993: Perbicaraan rayuan yang dikemukan oleh ARE di
Mahkamah Agung ditangguhkan pada 7 Jun.
7 Jun 1993: Perbicaraan mendengar rayuan ARE sekali lagi
ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.
19 Januari 1994: Pengumuman syarikat ARE untuk
menghentikan operasi.
.
KES MAHKAMAH TELAH SELESAI..NAMUN ANCAMAN TOKSIK DAN RADIOAKTIF MASIH BELUM SELESAI
Pada 28 tahun yang lalu, Ng Toong Foo, seorang peniaga berusia 38 tahun ketika itu, menerima tawaran projek pengendalian sisa kilang daripada Asian Rare Earth, kerana tertarik dengan harga tawaran yang tinggi. Beliau mengupah empat orang pekerja, termasuk tiga orang pemandu lori dan seorang pemandu jentolak untuk mengangkut sisa buangan dari kilang.
Sisa yang berwarna putih ini basah dan lembut, tiada bezanya dengan lumpur, namun berbau masam jika dihidu. Pihak kilang memberitahu Ng bahawa sisa ini boleh dijadikan baja. Jadi Ng bersama pekerjanya mengangkut sisa tersebut dari kilang untuk dibuang ke ladang kebun yang berdekatan, termasuk kebun sayur pakciknya untuk dijadikan "baja", atau membuang begitu sahaja di tepi kawasan perumahan dan jalan raya.
Cecair sisa itu mengalir sepanjang proses pengangkutan, namun tidak dipeduli oleh sesiapapun.
Sehinggalah pada tahun 1984, apabila penduduk Bukit Merah, Papan, Menglembu dan lain-lain tempat bangkit menentang Asian Rare Earth kerana menghasilkan sisa yang toksik ketika pemprosesan rare earth, barulah Ng sedar. "Baja" yang dimaksudkan rupa-rupanya thorium yang mempunyai radioaktif!
Dalam kes mahkamah di mana penduduk Bukit Merah memohon untuk menutup kilang tersebut, Ng Toong Foo pernah tampil untuk memberi keterangan. Beliau mengisahkan cerita yang "ngeri" ini. Menurut laporan Nanyang Siang Pau pada 30 Oktober 1986, pakar radioaktif dari Jepun Sadao Ichikawa mengesahkan bahawa paras radioaktif di lokasi yang mana Ng membuang sisa tersebut adalah lima kali ganda lebih tinggi dari paras selamat, setelah kajian dilakukan di situ.
Apa yang mengejutkan, pihak yang berkenaan tidak memanggil Ng untuk menunjukkan lokasi di mana sisa itu dibuang, selepas pendedahan ini pada tahun 1985. Justeru itu, sebahagian sisa tersebut masih berselerak di sekitar kawasan kilang Asian Rare Earth. Menurut laporan akhbar ketika itu, Ng berkata sisa thorium itu bertaburan di kawasan bekas lombong, kebun, tepi kawasan perumahan dan jalan raya di sekitar Menglembu, Lahat, Jelapang, Pengkalan, Buntong, Simpang Pulai dan lain-lain lagi.
Lokasi buangan sisa
Merdek Review (MR) telah berjaya menemui Ng Toong Foo di Menglembu, untuk mengimbas pengalamannya 20 tahun yang lalu. Bagaimanapun, beliau enggan diambil gambar oleh wartawan. Ng membawa wartawan ke lokasi di mana beliau membuang sisa tersebut. Sepanjang perjalanan, beliau berkata, "situ ada", "sana pun ada"... nampaknya taburan sisa kimia tersebut agak meluas.
Salah satu lokasi pembuangan sisa tersebut berada di tepi jalan Bandar Lahat Baru. Beliau membawa kami menyusuri lorong kecil ke lokasi itu. Dua orang budak yang berbasikal sedang menuju ke arah kami. Ng menuding jarinya ke arah rumpun di tepi lorong, "Situ!"
Sisa thorium dibuang di kawasan yang mana orang berulang-alik. Kawasan ini adalah paya ketika sisa dibuang, dan kini sudah ditumbuh rumput. Sukar untuk dikesan melalui mata kasar apakah yang pelik dengan rumpun tersebut. Seandainya Ng tidak menunjukkan kami kawasan di mana lokasi pembuangan sisa itu berdasarkan ingatannya, tiada orang yang tahu bahawa sisa buangan itu berada di situ.
Paling mengejutkan, walaupun Ng telah mendedahkan di mahkamah bahawa pihak kilang tidak menetapkan tempat buangan sisa tersebut, dan beliau hanya membuang di merata-rata, namun tiada pihak yang berkenaan menghubungi Ng untuk meminta agar beliau menunjukkan lokasi buangan tersebut - sepanjang 25 tahun ini. Lantaran daripada itu, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dan pihak berkenaan yang lain nampaknya tidak memandang berat masalah sisa yang mempunyai radioaktif ini.
Menurut laporan Sin Chew Jit Poh pada 30 Oktober 1986, pakar radioaktif dari Jepun, Sadao Ichikawa ketika membuat kajian di kawasan pembuangan sisa muatan dua lori itu, mendapati paras radioaktif adalah lima kali ganda lebih tinggi dari paras selamat. Selain itu, beliau berkata sisa thorium itu tidak akan hilang walaupun dibasahi air hujan, sukar dikesan apabila sebati dengan tanah, malah akan mengeluarkan bau. Jadi ia belum terjamin bahawa kesihatan manusia tidak akan terancam jikapun disimpan dalam "gedung" tertentu.
Dalam satu wawancara bersama MR, profesor kolej swasta yang pernah terlibat dalam perjuangan penduduk Bukit Merah, Tan Ka Kheng (gambar kiri) berkata, separuh hayat untuk thorium-232 adalah 14.05 bilion tahun. Dengan kata lain, keradioaktifannya hanya akan berkurang separuh dari asal selepas 14 bilion tahun. Maknanya, keradioaktifan sisa yang dibuang Ng tidak berkurang dari tahun itu!
Jadi, penduduk kawasan tersebut masih terdedah kepada ancaman radioaktif. Tan Ka Kheng berkata, mangsa pertamanya adalah petani yang berkebun di situ jikalau sisa thorium tidak dikendalikan dengan baik. Keduanya, radioaktif tersebut akan masuk ke dalam rantaian makanan melalui sayuran, dan seterusnya mengancam kesihatan penduduk.
Tiga daripada empat mati
Ketika mengimbas peristiwa 28 tahun yang lalu, "sisa ketakutan" masih terpendam dalam hati. Menurut Ng Toong Foo, tiga daripada empat orang pekerjanya telah meninggal dunia pada usia yang muda, iaitu beberapa tahun selepas bekerja dengannya. Ng pernah mengadu di mahkamah bahawa terdapat bintik merah pada tubuhnya. Kini, terdapat pula bintik putih pada tangan, kaki, tepi bibir, dan tepi matanya.
Beliau enggan diambil gambar. Ketika ditanya apakah puncanya, beliau berkata, "Tiada pun seorang dalam pertalian keluarga saya mempunyai benda (bintik putih) ini."
Beliau pernah memegang sisa toksik itu dengan tangan sendiri, dan beliau mengesyaki bahawa itulah puncanya bintik putih pada badannya. Malah, beliau kini menghadapi masalah bernafas.
Ng terlupa sejak tahun bilakah beliau menerima tawaran projek pengendalian sisa buangan itu, hanya ingat bahawa dirinya bekerja dengan kilang itu untuk kira-kira tiga atau empat tahun. Namun, mengikut laporan akhbar pada ketika itu, beliau menjadi kontraktor kepada kilang Asian Rare Earth sejak Jun 1983, bertanggungjawab mengangkut sisa dari kilang untuk dibuang ke tempat lain. Beliau hanya berhenti apabila mengetahui bahawa bahan itu bertoksik pada tahun 1984.
Beliau telah bekerja sebagai kontraktor untuk lebih 40 tahun. Beliau berkata dirinya tertarik dengan harga tawaran kilang tersebut, maka terus menerima projek itu. Pihak yang berunding dengannya hanya memberitahu bahawa sisa itu adalah "kek thorium" (thorium cake), tanpa menjelaskan apakah itu sebenarnya, malah juga tidak memberitahu di mana sisa itu harus dibuang.
Selain itu, walaupun kerja pengendalian sisa radioaktif ini di-"outsource", namun Asian Rare Earth tidak merangka kontrak dalam hitam putih (bertulis). Keadaan ini cukup untuk menunjukkan bahawa pihak kilang tidak memandang berat pengendalian sisa ini. Hanya apabila pendedahan Ng diberi liputan akhbar, barulah pihak kilang menjelaskan, "Arahan secara lisan sudah memadai..." (New Straits Times, 25 November 1986)
Ng yang tinggal di Menglembu memberitahu MR, pihak kilang memaklumkannya bahawa sisa ini boleh dijadikan "baja". Jadi, beliau mengangkut sisa ini ke kebun pakciknya yang berhampiran dengan kilang. "Banyak tempat yang saya tuang (sisa itu)... Masih boleh dikorek pada hari ini".
Beliau berkata, sisa thorium itu kelihatan bagai gum, kapur, berair dan ada mendakan, baunya masam. Tikus dan lipas di kawasan buangan sampah hilang begitu sahaja apabila Ng membuang sisa itu ke kawasan itu, malah sayuran yang "dibajai" sisa thorium ini sangat "cantik" (kerana tiada serangga). Namun, manusia akan berasa tidak selesa ketika mendekati bahan sisa tersebut.
Tidak akan terima projek ini kalau sedar ia beracun
Wartawan mengungkit semula peristiwa silam ini. Selepas Ng Toong Foo mengisahkan ceritanya pada ketika itu, Pengurus Asian Rare Earth pernah menjawab bahawa Ng yang mengingkari arahan kilang dan membuang sisa thorium di merata-rata. Menurut laporan New Straits Times pada 25 November 1986, pihak kilang mendakwa Ng menerima tawaran itu pada kemuncak perjuangan penduduk menentang kilang ini, lantas Ng seharusnya sedar akan bahayanya sisa thorium.
Ng Toong Foo dengan nada yang kasar menyoal wartawan, "Jikalau kamu tahu benda itu beracun, adakah kamu masih mahu mengangkutnya?"
"Dia (pengurus) tidak berani untuk berkata sedemikian pada ketika itu. Benda yang beracun adalah merbahaya. Adakah dia akan berkata sesuatu yang benar? Dia tidak mahu menulisnya dalam hitam putih. Dia tahu bahawa kita tidak tahu," Kata Ng.
"Ia memerlukan lesen untuk menghasilkan sesuatu. Kalau produknya beracun, maka kerajaan tidak akan meluluskan lesen kepadanya. Benda yang diluluskan semestinya tidak akan mengancam kesihatan manusia. Jadi, kerajaan yang menipu kami," tuduhnya.
Wartawan memetik kenyataan pihak kilang bahawa lokasi pembuangan sisa toksik ini telah ditetapkan. Ng mempersoalkannya, "Buang di mana? Tunjukkan saya! Manakah lokasi pembuangannya itu? Tunjukkan saya. Kamu tidak tunjukkan saya, di mana lokasi yang diluluskan untuk pembungan sisa? Hanya muncul selepas itu!"
Tapak kilang Asian Rare Earth yang kini dikosongkan |
Kilang Asian Rare Earth dibina pada tahun 1979 di kawasan perindustrian Bukit Merah, untuk mengekstrak itrium (sejenis unsur nadir bumi) daripada monazit, menghasilkan sisa buangan radioaktif sebanyak 2,250 ton setahun. Namun demikian, AELB belum ditubuhkan pada ketika itu, maka pihak kilang tidak perlu memohon lesen khas.
AELB ditubuhkan pada 1 Februari 1985 di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk memantau keselamatan tenaga atom di seluruh negara. Asian Rare Earth mendapat lesennya pada Disember 1986, untuk teruskan pemprosesan kilangnya, sebelum dihentikan pada Januari 1994.
Tapak buangan radioaktif Asian Rare Earth pada awalnya dibina di Papan (gambar kanan), namun tidak digunakan lantaran protes dari penduduk tempatan. Pengerusi Jawatankuasa Anti-Radioaktif Perak (PARC) Hew Yoon Tat memberitahu Merdeka Review, kerajaan mengumumkan pada tahun 1986 untuk membina tapak pembuangan sisa radioaktif di Keledang Hill, kira-kira tiga kilometer dari Papan. Tapak ini siap dibina pada tahun 1990, dan sisa buangan radioaktif hanya dipindah ke sana pada tahun 1991.
Oleh itu, dalam jangka antara binanya kilang pada tahun 1979, hinggalah penggunaan tapak pembuangan sisa radiokatif pada tahun 1991, sisa buangan kilang Asian Rare Earth tidak dikendalikan dengan baik. Kalau bukan pendedahan Ng Toong Foo, kita tidak tahu bahawa sisa buangan radioaktif ini dikendalikan dengan cara yang sambil lewa.
Kerajaan menganggap isu rare earth telah melabuh tirai selepas tutupnya kilang Asian Rare Earth di Bukit Merah. Padahalnya, sisa buangan ini belum dikendalikan dengan sebaik-baiknya, mendedahkan penduduk tempatan kepada ancaman radioaktif. (5 May 2011)
Mungkin ramai yang menganggap bahawa penduduk Bukit Merah telah bebas dari ancaman radioaktif berikutan penutupan loji pemprosesan nadir bumi, namun pada hakikatnya, terdapat 80,000 tong sisa buangan nadir bumi yang merbahaya tetapi masih belum dikendalikan dengan sebaik-baiknya.
Kes Bukit Merah memperlihatkan kita bahawa pengurusan sisa radioaktif adalah satu projek yang menelan kos yang tinggi, malah mengakibatkan pencemaran alam - satu pelaburan yang mungkin lebih mendatangkan kerugian daripada keuntungan.
Pengerusi Jawatankuasa Anti-Radioaktif Perak (PARC) Hew Yoon Tat memberitahu MR, tapak pembuangan sisa radioaktif pertama yang terletak di Keledang Hill adalah untuk menanam kemudahan, perkakas kilang Asian Rare Earth dan sebagainya, namun sisa buangan radioaktif yang paling merbahaya hanya disimpan dalam tong besi, ditempatkan sementara di kawasan yang berhampiran dengan tapak pembuangan.
Hew Yoon Tat menjelaskan, tapak pembuangan sisa radioaktif kedua yang dijadualkan siap dibina pada tahun 2006 oleh Asian Rare Earth Sdn Bhd adalah untuk menanam sisa buangan ini di bawah tanah, namun ditundakan kerana masalah teknikal. Menurut laporan The Star pada 13 Jun 2010, pembinaan tapak pembuangan sisa toksik kedua ini dimulakan sejak Januari 2010, malah New York Times pada 8 Mac tahun ini melaporkan bahawa 80,000 tong sisa buangan ini akan dipindah ke tapak pembuangan pada "musim panas tahun ini".
Menurut Hew Yoon Tat, tempoh waranti selama dua tahun diberikan selepas tapak pembuangan sisa ini siap dibina; dan kerja pengendaliannya akan diambil alih kerajaaan negeri Perak selepas tamatnya dua tahun ini.
MR telah menghubungi syarikat Asian Rare Earth, dan pihaknya menyerah kepada bahagian perhubungan awam syarikatnya untuk menjawab soalan wartawan. Pihaknya mengesahkan laporan New York Times, malah memaklumkan bahawa sisa buangan thorium itu akan dipindahkan ke tapak pembuangan kedua pada Julai atau Ogos, dengan pemantauan wakil daripada Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB). Beliau menambah, keseluruhan proses pembersihan ini dijangka siap antara tahun 2013 hingga 2014.
Wartawan MR cuba memerhati di kawasan tersebut, namun dihalang ketika cuba mengambil gambar di situ. Oleh itu, wartawan hanya boleh menangkap gambar luaran tapak itu dari jarak jauh. Tempat yang hanya tiga kilometer jauhnya dari Papan, mempunyai pemandangan yang indah, dengan tasik ikan, rumpun, sungai malah kambing dan lembu.
Asian Rare Earth yang 35% sahamnya dimiliki Mitsubishi Chemical Holdings telah menutup kilangnya pada 30 April 1994. Namun, 17 tahun kemudian, pembersihan sisa thorium masih belum disiapkan, malah kerja yang paling menyulitkan sedang menunggu di depan.
Pihak kilang telah menanam bahan radioaktif yang muatannya 11 ribu truk, termasuk bumbung dan batu-batan kilang, ke dalam tanah yang 25 kaki dalamnya, setelah kilang itu ditutup. Tapak pembuangan sisa toksik ini terletak di hutan simpanan Keledang Hill.
Menurut laporan New York Times pada 8 Mac, salah satu kontraktor Asian Rare Earth, Penasihat GeoSyntec, Anthony Goh berkata, jurutera meratakan sebuah bukit yang jaraknya tiga batu di dalam hutan, kemudian menanam bahan beradioaktif ke pusat bukit itu, dan seterusnya ditutup dengan 20 kaki tanah dan granit.
Namun demikian, Asian Rare Earth pada ketika itu hanya memasukkan sisa thorium yang beradioaktif ke dalam 80,000 tong besi, dan disimpan di sebelah tapak pembuangan sisa tanpa ditanam ke dalam tanah. Dengan kata lain, penduduk tempatan di sekitarnya masih terdedah kepada ancaman pancaran radioaktif.
Hew Yoon Tat yang menyaksikan sendiri bagaimana sisa radioaktif ini dikendalikan ketika itu berkata, sisa thorium seharusnya disimpan dalam tong keluli, namun pihak kilang hanya menyimpan dalam tong besi "second hand" (terpakai) untuk menjimatkan kos. Beliau berkata tong besi terpakai itu tidak tahan lama, dan bimbang telah rosak setelah sekian lama.
Tan Ka Kheng yang kini mengajar di kolej swasta, ketika dihubungi MR berkata, "Keradioaktifan sisa thorium adalah tinggi. Pada ketika itu, pakar radioaktif dari Jepun Sadao Ichikawa mendapati kadar radioaktif di tempat simpanan sisa buangan mencecah paras 79,000 mrem, iaitu 790 kali ganda lebih tinggi daripada radioaktif alam persekitaran. Saya tidak faham mengapa 80,000 tong ini tidak didahulukan pengendaliannya."
Menurut laporan New York Times, kerja pembersihan yang paling sulit bakal dijalankan pada "musim panas" ini, dan Asian Rare Earth akan menggunakan robot dan petugas yang dibekalkan kemudahan keselamatan untuk mengeluarkan 80,000 tong sisa buangan toksik ini, dan ditanamkan ke dalam tapak pembuangan setelah dibaur de
ngan simen dan kapur.
ngan simen dan kapur.
Mahathir mendakwa ia amat merbahaya
Pengendalian sisa buangan Asian Rare Earth tidak mendapat perhatian untuk sekian lama ini. Malah Tan Ka Kheng yang pernah terlibat dalam perjuangan anti-radioaktif bersama penduduk Bukit Merah tidak menguasai maklumat mengenainya. Sehingga Mei 2010, mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad mendedahkan bahawa masih terdapat "jumlah kecil buangan nuklear" di negeri Perak, barulah The Star melaporkan bahawa masih terdapat 80,000 tong sisa buangan radioaktif yang belum dipindahkan ke tapak pembuangan kekal.
Bagaimanapun, Mahathir (gambar kiri) mendakwa bahawa dirinya tidak tahu di manakah tempat sisa buangan tersebut ditanam, "Mungkin ia rahsia rasmi negara, tapi saya pasti kita telah menanamkan bahan ini." Padahal, maklumat Mahathir silap. Laporan The Star pada 13 Jun 2010 mendedahkan bahawa akhbarnya mendapati 80,000 tong sisa buangan ini belum "ditanam ke dasar tanah" sebagaimana yang dikatakan Mahathir.
Kebimbangan penduduk Papan
Dalam isu Bukit Merah ini, kerajaan dan pihak kilang tidak telus ketika mendedahkan maklumat yang berkenaan. Penduduk yang berhak untuk mengakses kepada maklumat itu tidak dimaklumkan. Lawatan wartawan MR ke Papan mendapati penduduk tempatan masih diselubungi kebimbangan.
Ketua Kampung Papan Kuan Yuk Lee, 68, memberitahu bahawa terdapat sebatang sungai di tapak pembuangan sisa radioaktif, dan sungai tersebut mengalir ke Kampung Baru Papan. Seandainya berlaku kebocoran, maka kesihatan penduduk Papan akan terancam. Kuan Yuk Lee juga Ketua MCA Cawangan Papan, mendakwa bahawa pihak berkenaan tidak melaporkan maklumat terperinci kepada penduduk kampung.
Ketika ditanya sama ada beliau pergi ke kawasan tersebut untuk menjenguk keadaan sebenarnya, Kuan menjawab, "Dia (pihak pengurusan) tak bagi masuk!"
Banyak rumah di kampung Papan yang ditinggalkan usang begitu sahaja, kata Kuan Yuk Lee (gambar kiri). Kini, terdapat kira-kira 100 keluarga di Kampung Baru Papan, dengan jumlah penghuni beberapa ratus orang, yang kebanyakannya warga emas. Isterinya, Chan Swee Yong turut gelisah sisa toksik itu dibawa angin ke tempat mereka.
Pada hemat Tan Ka Kheng, Asian Rare Earth atau badan pemantau seperti Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) perlu mendedahkan indeks pancaran radioaktif di situ, memandangkan pengendalian sisa buangan ini membawa kesan terhadap kesihatan penduduk. Malah di China, mereka akan mengumumkan indeks buangan air dari kilang setiap bulan, dan jelas Malaysia telah ketinggalan dalam hal ini, kata Tan Ka Kheng.
Selain itu, Tan Ka Kheng berkata, "Menteri Besar Perak pernah berkata, 'Asian Rare Earth adalah syarikat swasta, dan bertanggungjawab kepada AELB. Maka maklumat itu tidak perlu diumumkan'. Tapi, jikalau tapak pembuangan sisa radioaktif itu selamat, mengapa takut diumumkan?"
Beliau menambah, ini pentingnya Akta Kebebasan Maklumat, agar rakyat boleh mengakses maklumat-maklumat sebegini.
Perjuangan penduduk Papan
Hew Yoon Tat mengisahkan perjuangan anti-radioaktif yang dimulakan penduduk Kampung Papan pada tahun 1983, dan kemudian merangsang penduduk di kawasan berhampiran seperti Bukit Merah untuk menyertai perjuangan tersebut. Penduduk Papan mengundang pakar dari Britain dan Jepun untuk membuat kaji selidik di tempat mereka, dan berjaya mendesak agar Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu, Musa Hitam untuk mengumumkan agar tapak baru dicari untuk pembuangan sisa pada tahun 1984.
Pada tahun 1986, kerajaan mengumumkan pembinaan tapak pembuangan sisa di Keledang Hill, namun pembinaannya hanya bermula pada 1989, siap pada tahun 1990 dan dipindahkan sisa itu ke situ pada tahun 1991.
Menurut keratan akhbar pada ketika itu, lapan orang penduduk Bukit Merah membawa kes ini ke mahkamah pada 1 Februari 1985 untuk memohon agar Asian Rare Earth dihalang untuk terus beroperasi. Pada 14 Oktober 1985, Mahkamah Tinggi meluluskan permohonan penduduk. Namun demikian, pada Disember 1986, AELB yang belum genap setahun ditubuhkan, meluluskan lesen kepada Asian Rare Earth, dan kilang ini kembali beroperasi pada Februari 1987. Jawatankuasa Anti-Radioaktif Perak (PARC) menganjurkan demonstrasi 20,000 orang pada 12 April 1987.
Pada 11 Julai 1992, Mahkamah Tinggi Ipoh mengeluarkan perintah agar kilang ditutup,dan penduduk menyambut kemenangan perjuangan ini. Bagaimanapun, Mahkamah Agung menolak penghakiman Mahkamah Tinggi Ipoh pada 22 Disember 1993, dan Asian Rare Earth mendapat lampu hijau untuk kembali beroperasi. Namun, tekanan kerajaan Jepun dan masyarakat sivil di Malaysia akhirnya memaksa kilang ini untuk berhenti pada 30 April 1994.
.
Tuesday, December 10, 2013
Thursday, December 5, 2013
TAJUK 97: KELUARGA CLASSMATE L6 SAS 1977
.
kompleks Sekolah Alam Shah (lama) Cheras
Aku tidak ingat bagaimana pertemuan pertama bermula. Antara puncanya ialah apabila aku mendapat no telefon milik Ahmad Noh Jeni lalu menghantar sms kepadanya untuk mengesahkan. Melaluinya aku mendapat nombor yang lain. Seterusnya aku membuka facebook group untuk rakan L6 SAS pada 8 Nov 2011. Antara yang awal menyertainya ialah Marjuni Suradi, Abd Talib Hamid dan Zakaria Bokhari.
Perhubungan antara aku dengan Marjuni dan Talib boleh dikatakan antara yang terawal, namun aku tidak dapat mengingati bagaimana aku dapat mengenali semula mereka berdua. Marjuni yang mula menghubungi aku melalui telefon manakala Talib hanya berhubung melalui facebook dan sma sahaja.
Pengaktifan kepada usaha mengumpulkan rakan sekelasnini ialah apabila aku mengadakan majlis perkahwinan anakku pada bulan Nov 2011. Tanpa disangka salah seorang rakan sekelasku di SAS, iaitu Abd Malek Azman tiba-tiba muncul. Katanya mendapat maklumat dari Ahmad Noh (yang tidak dapat hadir).
Konteks aku dengan Engku Hamzah bermula apabila salah seorang anggota TUDM yang menghadiri satu mesyuarat di Putrajaya telah ditanya oleh Engku sama ada mengenali Toharudin atau tidak. Seterusnya beliau memngirimkan business cardnya kepadaku.
Selepas itu, aku cuba mencari dan mengesan satu persatu rakan sekelasku. Melalui beberapa pertemuan di majlis perkahwinan berikut adalah antara nama dari 34 rakan sekelas yang dapat dikesan. Yang berwarna PINK adalah yang aku pernah temui manakala berwarna KUNING ialah rakan yang telah berkomunkasi melalui SMS atau WATSAPP.
.
Marjuni bin Hj Suradi
Zakaria bin Md Alip
Zakaria bin Bohari
Yasman bin Tamsir
mengharap pertemuan
dengan rakan-rakan sekelas lower 6, sek alam shah, cheras, kl 1977
Setelah menerima keputusan SPM (STMI) pada awal tahun 1977 dengan mendapat Pangkat 1 (Agg 16) aku meneruskan pengajian ke Tingkatan 6 Rendah, Sekolah Dato Bentara Luar, Aku berada di SDBL hanya 2 minggu sahaja kerana menerima tawaran ke Tingkatan 6 Rendah di Sekolah Alam Shah (SAS) Cheras. Mendapat tawaran yang sama ialah 3 lagi rakan sekelasku dari STMI iaitu; Kamdani Salleh, Yasman Tamsir dan Ahmad Noh Jeni.
Aku melapor diri ke SAS dengan menaiki teksi bersama Kamdani. Waktu itu masih tiada lagi lebuhraya PLUS. Perjalanan ke KL melalui jalan Persekutuan dari kampung melalui bandar Batu Pahat- Muar- Melaka- Alor Gajah- Rembau- Seremban- Mantin- Kajang and Cheras. I could not remember how long to reach KL. Mengambil masa lebih 5 jam.
Itulah pengalaman pertama aku tinggal di asrama. Satu pencapaian yang tidak ternilai pada waktu itu. Apa lagi, asrama sebuah sekolah berasrama penuh (SBP). SAS merupakan salah satu dari kalangan SBP yang berprestij tinggi selain dari Kolej Melayu Kuala Kangsar, STAR Ipoh, SDAR Seremban, KTK Seremban, MTD Sungai Besi, STF Johor Bahru dan SMSAH Jitra. Masa itu Sekolah Menengah Sains masih dianggap baru dan dalam kategori kedua selepas kumpulan 8 SBP di atas.
Itulah pengalaman pertama aku tinggal di asrama. Satu pencapaian yang tidak ternilai pada waktu itu. Apa lagi, asrama sebuah sekolah berasrama penuh (SBP). SAS merupakan salah satu dari kalangan SBP yang berprestij tinggi selain dari Kolej Melayu Kuala Kangsar, STAR Ipoh, SDAR Seremban, KTK Seremban, MTD Sungai Besi, STF Johor Bahru dan SMSAH Jitra. Masa itu Sekolah Menengah Sains masih dianggap baru dan dalam kategori kedua selepas kumpulan 8 SBP di atas.
kompleks Sekolah Alam Shah (lama) Cheras
Seperti biasa, kami menjalani minggu orientasi yang dikendalikan oleh pelajar Tingkatan 6 Atas. Antara nama-nama senior yang masih aku ingat ialah:
- Sidek Moh (Ketua 1)
- Nasir (Pengerusi Agama Islam) - dikhabarkan telah meninggal dunia
- Razali (dari Felda Chemplak)
- Mohd Amin
- Zainuddin
- Mohd Zaraai (sekarang Dato)
- Naim Abu Bakar (sekarang Dato')
- Zokples Embong (sekarang Dato').
dalam domitri bersama: Kamarudin (Melaka), Azman (Muar), me, Baharudin (Kelantan) and Malek Azman (Muar)
Tempoh aku berada di SAS juga agak singkat, hanya sebulan sahaja kerana aku memilih untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Senibina di UTM. Oleh kerana waktu itu masih terlalu baru, aku sukar untuk mengimbau dan mengingati setiap rakan sekelasku. Dalam tempoh kurang sebulan itu, kami masih dalam fasa kenel mengenal antara sesama sekelas dan dengan senior.
Keseluruhannya jumlah pelajar dalam Tingkatan 6 Rendah ialah 34 orang. Angka ini pun aku perolehi dari rakan-rakan setelah lebih 30 tahun terpisah. Sebenarnya setelah aku meninggalkan mereka aku boleh dikatakan telah melupakan mereka. Hanya Kamdani sahaja yang pernah aku temui kerana kebetulan dia kawan sekampung dengan aku. Kebetulan dia bertugas sebagai guru di sekolah rendah tempat aku belajar dahulu. Jadi setahun sekali bila aku balik raya aku dapat menemuinya di masjid. Rakan sekelasku di STMI seperti Yasman dan Noh juga tidak pernah aku temui. Aku tidak pernah menemui atau menghubungi mana-mana rakan sekelas aku. Aku tidak ingat bagaimana pertemuan pertama bermula. Antara puncanya ialah apabila aku mendapat no telefon milik Ahmad Noh Jeni lalu menghantar sms kepadanya untuk mengesahkan. Melaluinya aku mendapat nombor yang lain. Seterusnya aku membuka facebook group untuk rakan L6 SAS pada 8 Nov 2011. Antara yang awal menyertainya ialah Marjuni Suradi, Abd Talib Hamid dan Zakaria Bokhari.
Perhubungan antara aku dengan Marjuni dan Talib boleh dikatakan antara yang terawal, namun aku tidak dapat mengingati bagaimana aku dapat mengenali semula mereka berdua. Marjuni yang mula menghubungi aku melalui telefon manakala Talib hanya berhubung melalui facebook dan sma sahaja.
Pengaktifan kepada usaha mengumpulkan rakan sekelasnini ialah apabila aku mengadakan majlis perkahwinan anakku pada bulan Nov 2011. Tanpa disangka salah seorang rakan sekelasku di SAS, iaitu Abd Malek Azman tiba-tiba muncul. Katanya mendapat maklumat dari Ahmad Noh (yang tidak dapat hadir).
Konteks aku dengan Engku Hamzah bermula apabila salah seorang anggota TUDM yang menghadiri satu mesyuarat di Putrajaya telah ditanya oleh Engku sama ada mengenali Toharudin atau tidak. Seterusnya beliau memngirimkan business cardnya kepadaku.
Selepas itu, aku cuba mencari dan mengesan satu persatu rakan sekelasku. Melalui beberapa pertemuan di majlis perkahwinan berikut adalah antara nama dari 34 rakan sekelas yang dapat dikesan. Yang berwarna PINK adalah yang aku pernah temui manakala berwarna KUNING ialah rakan yang telah berkomunkasi melalui SMS atau WATSAPP.
- Abd Malek bin Azman (Muar, Johor) - Syarikat Prasarana Selangor
- Ahmad Noh bin Jeni (B.Pahat, Johor) (Head Security Division, Ibu Pejabat BSN, KL)
- Abd Rashid bin Daud. (Kelantan) - Hakim di Mahkamah Session KL
- Abd Talib bin Abd Hamid (Kelantan)- Pejabat Pelajaran Negeri, Selangor
- Ali bin Senik (Machang, Kelantan) - BERNAS, Machang.
- Abd Razak bin Ahmad (Johor) - Agro Bank, KL
- Adam bin Sulong (Terengganu) - Pengarah Bajet di EPU JPM
- Azman bin ...... (Muar) - tidak dapat dikesan
- Abu Bakar bin Kattar (Batu Pahat, Johor) - Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Alor Setar.
- Baharuddin bin Abd Kadir (Kelantan) tidak dapat dikesan
- Che Adnan bin ....(Kelantan) tidak dapat dikesan
- Che Shukri bin Che Hassan (Kelantan) - SB di MinDef (Dato')
- Dzainal bin Abd Rahman (B.Pahat, Johor) - tidak dapat dikesan
- Engku Hamzah bin Tuan Mat (Machang, Kelantan)- ICU JPM
- Fathur Rahman bin Sahari (Batu Pahat, Johor) - persendirian
- Fauzi bin ...... (meninggal dunia)
- Kamdani bin Salleh (B.Pahat, Johor)- pendidikan - Guru di Batu Pahat
- Kamaruzzaman bin .... (Kelantan) - tidak dapat dikesan
- Khairudin bin Abd Hamid (Pekan, Pahang)- Pegawai Tadbir Awam di PU Kuantan
- Kamarudin bin ..... (Melaka) - tidak dapat dikesan - berpindah sekolah ke Melaka.
- Minhad bin Abu Yamin (Batu Pahat, Johor) - ICU, Pejabat Pembangunan Negeri, Shah Alam
- Misro bin Jerut (Muar, Johor) - Pejabat Bendahari, UTHM, Parit Raja
- Marjuni bin Hj Suradi (Pontian, Johor) - pendidikan - Guru Besar di Pontian
- Simi bin Abd Ghani (Kelantan) Pengarah SPRM Selangor (Dato')
- Sapini bin Mat Saman (Melaka) - Presiden Mahkamah Perusahaan, Johor Bahru
- Sidek bin Jaffar (Kelantan) Pengarah ADK Johor
- Toharudin bin Abd Rasid (Johor) - berpindah ke UTM
- Yasman bin Hj Tamsir (Batu Pahat, Johor) - pendidikan - Pejabat Pendidikan Negeri, Johor Bahru
- Zakaria bin Md Alip (Pontian, Johor) - Putrajaya
- Zakaria bin Bokhari (Pontian, Johor) - pendidian - guru di Pontian
- Zaki bin Muda (Besut, Terengganu) - Jabatan Pengairan dan Saliran, Besut
- x
- x
- x
REUNION PERTAMA
.
KOLEKSI GAMBAR KELUARGA
Khairudin
Zaki bin Muda
Ahmad Noh Jeni
Ahmad Noh Jeni
Adam bin Sulong
Hj Abd Talib bin Hamid
Shukri bin Hassan
Hj Sapini bin Mat Saman
Ali bin Senik
Marjuni bin Hj Suradi
Zakaria bin Md Alip
Zakaria bin Bohari
Yasman bin Tamsir
Subscribe to:
Posts (Atom)
IKTIROF
← PLURALISME GUS DUR, GAGASAN PARA SUFI Biografi KH Hasyim Asy’ari Pendiri NU Tebuireng Jombang → Syair Doa Abu Nawas – Al I’tira...
-
. . AKU ANAK JAWA JOHOR MASA AKU KECIL, aku tak tau pun yang aku ni bangsa Melayu. Aku membesar dalam masyarakat Jawa....
-
LOGISTICS Logistics is the management of the flow of goods between the point of origin and the point of destination in order to me...