Memoir Putera Lapis Mahang

Memoir Putera Lapis Mahang

Sunday, September 13, 2015

PLM 111 TRAGEDI TANJUNG BIDARA

TRAGEDI 12 SEPTEMBER






120340H Sep 2015, sahabat karibku semasa sekolah menengah (STMI) teah kehilangan seorang anak lelaki berusia 21 tahun. Khairulanwar bin Abd Halim (bin Sulaiman) telah meninggal dunia setelah sekian lama menderita akibat penyakit kanser prostat. Almarhum menghembuskan nafas terakhir di Institut Kanser Negara, Putrajaya dan jasadnya disemadikan di Seremban.


Pada tarikh yang sama sebelah petangnya pula, sahabatku yang juga kariah Surau Luqman Hakim, Lt Kol Syed Islam TUDM pula telah kehilangan dua orang anak sekali gus akibat mati lemas semasa bermandi manda di pantai Tanjung Bidara, Melaka.



 
 
Pantai Tg Bidara pada 12 Sep 15 (gambar ehsan facebook Mohd Asri Hamzah)



Kedua-dua putera itu, Syed Muhammad Shah (19) dan Syed Muhamamd Ali Shah (16) tidak dapat diselamatkan.

Aku catatkan tragedi sedih ini kerana, anak-anak Syed Islam ini amat rapat dengan surau. Tiap-tiap hari mereka solat berjemaah di surau tanpa gagal. Selepas solat maghrib mereka akan membaca Qur'an, yang besar mengajar yang kecik atau mentelaah buku pelajaran. Itu yang membuatkan ahli kariah surau tersentap hati bila mendengar berita kematian mereka. Malah mereka juga sering melaungkan azan sekiranya Muazzin lewat sampai ke surau.

Jenazah kedua-duanya dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk post-mortem dan seterusnya dibawa ke kampung ayahandanya untuk disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Seri Broleh, Batu Pahat. Mereka disemadikan dalam satu liang lahad.






Rumah keluarga Syed Islam, bersebelahan dengan Masjid Jamek Seri Broleh





Setelah berkomunikasi melalui watsapp malam itu, maka persetujuan diambil untuk menghantar wakil Surau Luqman Hakim ke upacara pengkebumian di Batu Ppahat. Aku menyertai Lt Kol Noor Khairudin (S/U Surau) dan Ustaz Lt Kol Hj Azmi berangkat dari KL selepas waktu Subuh (130700H) dan sampai di Masjid Jamek Broleh pada jam 0930H. Ketika itu jemaah baru sahaja selesai Solat Jenazah. Kami terus mengiringi jenazah ke tanah perkuburan yang letaknya kira-kira 500 meter dari masjid itu.



 
 
 
 
 




Kebetulan, aku ada hubungan istimewa dengan ahli keluarga mereka. Tiada pertalian darah. Semasa aku belajar di UTM pada tahun 1978, aku tinggal (rumah sewa) di Jalan Bukit Keramat 4, Dato Keramat. Aku rapat dengan satu keluarga besar keturunan Syed (al Yahya) yang tinggal berhadapan dengan rumah sewa aku.

Tuan rumah berkenaan ialah, Puan Sharifah Zabedah (kakak yang tua). Dia ramai adik beradik yang tinggal dalam rumah itu. Sharifah Nor Akma (Kak Nor), Sharifah Zamzam (Kak Zam), Sharifah Nor Hijjah (Kak Ijah), Sharifah Nor Ashikin (Kak Piji),  Syed Muhammad (Mamat) dan Syed Khalid (Khalid). Turut tinggal di rumah tersebut ialah sepupu mereka, Sharifah Molek. Oleh kerana aku baru berusia 18 tahun, aku bersahabat dengan Syed Muhammad dan Syed Khalid. So yang lain-lain semua tu aku anggap macam kakak. Dua orang anak Sharifah Zabedah (Zainal dan Zahid) aku anggap sebagai adik angkat juga.

Sehingga sekarang, setelah lebih 30 tahun aku keluar dari rumah sewa itu, aku masih mengekalkan hubungan baik dengan keluarga tersebut dan aku telah anggap sebagai keluarga angkat. Hanya Sharifah Zabedah (aku panggil Ayong) sahaja yang masih tinggal di rumah tersebut. Yang lain berpindah setelah berumah tangga. Tiga dari mereka (Sharifah Zamzam, Sharifah Nor Hijjah dan Syed Muhammad) telah meninggal dunia pada usia muda kerana sakit. Sehingga kini aku masih menziarahi Ayong khususnya bila tiba bulan Ramadhan atau Raya Aidil Adha.

Sharifah Molek atau lebih mesra dengan panggilan Kak Merah yang masa itu (1978) berkerja di MINDEF telah berkahwin dengan Syed Abas dan berpindah ke Kem Mahkota, Kluang. Syed Abas adalah abang kepada Lt Kol Syed Islam TUDM, individu yang diceritakan dalam Tragedi 12 Sep 15 ini. Syed Abas meninggal dunia pada tahun 1991 dengan meninggalkan 5 orang anak, hasil perkahwinan dengan Kak Merah), Syed Azam, Syarifah Syahirah, Syarifah Nadzirah, Syed Amar dan Syarifah Nabihah.




Taaziah Syed, kami juga merasai kehilangan mereka

menyampaikan sumbangan dari Surau Luqman Hakim




Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Engkau terimalah kedua-dua ruh anak muda ini dengan husnul khotimah. Sesunggunya kedua anak ini adalah anak-anak yang taat mengerjakan suruhanmu Ya Allah dan anak-anak yang taat kepada kedua ibu-bapanya Ya Allah.

Mereka bukan sahaja anak kesayangan kedua ibu bapa mereka, amlah disayangi oleh seluruh jemaah Surau Luqman Hakim yang mengenali mereka kerana sifat mereka yang lemah lembut, berhemah dan sangat rajin datang ke surau.

Luaskan dan terangilah kubur mereka dengan Nurmu Ya Allah agar mereka tenang dan bergembira sehingga hari Qiamat.


Perjalanan hari ini (13 Sep) juga memberi peluang kepada aku untuk menziarahi kubur persemadian jasad ibu mertuaku, Allahyarhamah Hajjah Habibah binti Abd Hamid yang meninggal dunia pada 1 Mac 2009. Kubur almarhumah hanya beberapa meter sahaja dari pusara kedua remaja ini.


Semoga emak juga aman di sana.



 
 






No comments:

Post a Comment