Memoir Putera Lapis Mahang

Memoir Putera Lapis Mahang

Wednesday, December 30, 2015

PLM 114 REUNION STMI 1972-1976

REUNION KELAS 72-76

MAJLIS PERKAHWINAN 
ANAK PUAN SITI FATIMAH BINTI BAAI
DI DEWAN MUAFAKAT SEMARANG
PARIT LAPIS SEMARANG, BATU PAHAT
pada 26 Dis 2015

Setelah pertemuan kali pertama (secara kumpulan) dalam sejarah pada 26 Sep 2015 sempena Malam Semarak Budi (Jubli Emas STMI), hubungan rakan seangkatan kami (masuk Tingkatan 1 tahun 1972) semakin erat.

Kami berhubungan melalui kumpulan watsapp, keahlian juga semakin bertambah. Sehingga awal November 15, jumlah ahli telah meningkat seramai 48 orang. 

Namun pertemuan pada 26 Sep 15, amat terbatas. Masa singkat dan melibatkan ratusan pelajar dari pelbagai batch. Masa terpaksa dibahagikan untuk pentadbiran, pertemuan dengan mantan guru dan rakan-rakan dari batch lain. Dua atau 3 jam sahaja memang tidak mencukupi.

Siti Fatimah binti Baai (SFB) telah menjemput kami ke majlis perkahwinan anak keduanya pada 26 Disember 2015. SFB adalah rakan sekelas kami dari Tingkatan 1 hingga tamat Tingkatan 5. Beliau berasal dari kampung Parit Kemang, selang dua kampung dengan kampungku (Parit Lapis Mahang). Jalan Pt Kemang ini selalu kulalui semasa menaiki basikal atau motorsikal ke pekan Senggarang. 

Selain dari Siti Fatimah, ramai kawan-kawan sekelasku yang berasal dari Pt Kemang; seperti Zaini Ahmad (almarhum), Adam Sani, Jaafar Saion, Yasman Tamsir, Rosminah Rasul (almarhumah) dan Montiah Taib.

Kebetulan, minggu itu adalah cuti hujung minggu yang panjang. Bermula pada hari Khamis (24hb) MaulidurRasul, Jumaat (25hb, Krismas), Sabtu dan Ahad. Aku mengambil cuti tahunan pada 28 dan 29hb (Isnin dan Selasa), jadi kesemuanya 6 hari cuti. Aku memang merancang untuk pulang ke kampung menziarahi ibuku kerana baru dua minggu ayahku meninggal dunia (10 Dis).

Pada pagi 24hb, isteriku menguruskan pendaftaran sekolah anak bungsuku yang masuk Tingkatan 4 tahun 2016. Selepas Zohor ada jemputan ke majlis Aqiqah di rumah skot Shohemi di Taman Koperasi Polis F2, Batu Caves. Aku mengabaikan satu jemputan majlis pernikahan anak lelaki seorang lagi skotku Azmi di Port Dickson. Tak apalah kerana aku akan hadir di majlis sebelah lelaki pada 16 Jan tahun hadapan.

Aku pulang ke kampung pada pagi 25hb Dis dan bertolak dari rumah di KPTOJ lebih kurang jam 1100H. Kami berempat; aku, isteri dan dua orang anak. Perjalanan melalui Lebuhraya PLUS dari KL ke selatan berjalan lancar.

Oleh kerana kami keluar bermusafir selepas Subuh maka kami masih diwajibkan solat Jumaat. Kebetulan ketika azan masuk Zohor kami sudah keluar (exit) Plaza Tol Jasin/Merlimau. Kami singgah solat Jumaat di Masjid AsSajidin, Kampung Simpang Kerayong, Jasin, Melaka. Seperti kebanyakan masjid kampung di beberapa tempat lain, khatib dan imamnya adalah adalah golongan tua yang melebihi 70 tahun. Bacaan pun dah banyak yang lari dari alignment.

Masjid As sajidin, Simpang Kerayong, Jasin
(mula dibina pada tahun 1910 )

Sampai kampung lebih kurang jam 1700H. Malam itu aku berpeluang azan dan bersolat jemaah di surau kampung. Aku rasa Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) atau Jabatan Agama islam Johor (JAIJ) kena buat audit ke atas semua imam di surau dan masjid negeri Johor. Aku sendiri telah hilang keyakinan untuk bermakmumkan imam surau ini. Walaupun beliau adalah pesara guru sekolah agama, namun tahap tajwid (makhraj) bacaannya amat mendukacitakan.

Pada 26hb Dis, aku bertolak ke majlis perkahwinan anak SFB selepas solat Zohor. Lebih kurang 14 km sahaja dari rumahku. Ini adalah majlis perkahwinan anak kedua (bungsu) sahabatku SFB melalui perkahwinan dengan bekas suaminya Almarhum Harun bin Abdullah. Puteri beliau bernama Nina Wahida binti Harun dan pasangannya Mohd Noraman bin Mohd Yatim.


  
Dewan Muafakat Semarang

  
 
 


Hj Yasman dan isteri Hjh Fatimah turut menyumbangkan lagu
(Miswan adalah DJ hari itu)

Pasangan Hj Yasman Tamsir (Pt Kemang) dan Hjh Fatimah Jamil (Pt Seri Dalam) serta Hj Ayub Misman (Pt Lapis Berong) dan Hjh Ngatijah Miskam (Pt Kadir) merupakan dua pasangan sekelas yang mengekalkan persahabatan hingga ke alam perkahwinan. Yasman dan Fatimah telah memadu cinta sejak di alam persekolahan, manakala Ayub dan Ngatijah bertemu jodoh setelah masing-masing mempunyai kerjaya.
  
 
Kami duduk berdua semasa Tingkatan 3P1, 4A dan 5A.
 
 
Hj Abd Halim dan Miswan 

Hj Halim dan Salamun
 
 
 
 
 
 
 
Rosesidah Roslan adalah jiran sekampungku. Jarak rumah lebih kurang 300 meter sahaja. Kami satu kelas sejak Darjah satu hingga Darjah 6, kemudian dari Tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Masa kami di sekolah rendah, dialah RIVALku untuk tiga tempat terbaik dalam kelas kami. Tapi sejak aku meninggalkan sekolah, aku tak pernah jumpa dia. Ketika balik kampung pun tak pernah bertemu. Inilah juga kali pertema dia berkenalan dengan isteriku.
 
  
  
 
 


  

Supaat, Ayub, aku, Salamun dan Halim

Fauziah (atas), Rosesidah dan Fatimah Jamil
 
Montiah dan Fatimah bersama isteri Halim
  
 
Ayub, Halim dan aku
 
.
Alhamdulillah, ramai sekali yang hadir. Mengumpulkan 24 orang yang kesemuanya berusia 56 tahun, setelah 39 tahun berpisah bukan satu perkara yang mudah. Ramai yang telah pergi alam barzah selepas kami meninggalkan sekolah pada tahun 1976 seperti Sanusi Jaafar, Razali Basir, Sayono Wagiron, Saat Dimon, Misnah Taibon, Siti Masamah Salikin dan lain-lain lagi.

Beberapa kawan sekelas lagi yang amat teruja untuk datang tetapi terhalang oleh urusan yang lebih penting ialah Adam Sani, Ahmad Noh Jeni, Kamisan Suja', Nordin Omar, Faridah Munafaat, Faridah Nuralhadi, Jaafar Saion, Samin Sumadi dan Rosmah Dikon.

Ramai juga yang memandu dari jauh untuk ke majlis ini. Selain dari aku, Halim dari Seremban, Rosesidah dari Serdang, Ismail dari Kajang, Kalthom dan Muntaha dari Melaka. Manakala kawan yang menetap di JB ialah Ishak, Rayain, Salamun dan Norjaai.
.
Aku keluar dar dewan lebih kurang jam 1530H. Mantan classmates yang hadir dalam majlis di atas ialah:
  1. Abdul Halim Sulaiman dan isteri
  2. Ayub Misman
  3. Fatimah Jamil (isteri Yasman)
  4. Fauziah Naim
  5. Hamzah Misdi
  6. Ismail Lohang dan isteri (datang lewat tidak dapat bertemu)
  7. Ishak Boon dan isteri
  8. Ismail Ahmad
  9. Kamdani Md Saleh (datang awal tidak dapat bertemu
  10. Kalthom Misri dan anak-anak
  11. Miswan Mohamed
  12. Montiah Taib dan suami
  13. Muntaha Marjan
  14. Ngatijah Miskam (isteri Ayub)
  15. Norjaai Amin
  16. Norman Dimin
  17. Normah Sairi dan suami
  18. Rayain Sapuan dan anak
  19. Rosesidah Roslan dan anak
  20. Ruminah Hj Alias
  21. Sabirah Osman (datang awal tidak dapat bertemu)
  22. Salamun Baruh
  23. Supaat Salikin
  24. Toharudin Ab Rasid dan isteri
  25. Yasman Tamsir

TAHNIAH kepada SITI FATIMAH BAAI serta ahlia keluarga, semoga pasangan pengantin akan kekal hingga ke jannah.

Hingga bertemu kembali.

Hari ketiga di kampong (27hb), pagi itu aku hanya berehat sahaja di rumah emak, dalam jam 1000 aku ke kebun bahagian belakang rumah membersihkan daun-daun pisang kering dan mencari jantung pisang untuk bawa balik KL dibuat ulam. Standan pisang lilin juga.

Selepas Zohor, anak-anak aku mengajak ke JPO, JB untuk membeli belah. Kami ke JB melalui jalan Rejo Sari ke Simpang Renggam dan keluar Lebuhraya PLUS ke exit Senai Utara. Ini adalah kali pertama aku menziarahi JPO yang selalu disebut-sebut namanya oleh anak-anakku.


  
  

Kami keluar JPO lebih kurang jam 1800H. Kami balik melalui jalan JB-Pontian. Singgah solat Maghrib/Isyak di Masjid Jamek Kg Seri Bunian di tepi jalan besar selepas bandar Pekan Nanas.

Lama sungguh aku tak melalui jalan ini, mungkin lebih 10 tahun. Dalam tahun 1974 (semasa menunggu keputusan SRP) aku pernah berkerja sebagai buruh kasar (gaji RM5 sehari) dengan kontraktor China di kawasan ini. Antara lokasi projek yang pernah aku sertai ialah pasar Pekan Nanas, klinik desa Parit Selangor, tembok pantai bandar Pontian, klinik desa Sg Boh dan Tok Kong China Kg Karu Ara Pasong.

Sampai di pekan Benut aku singgah di rumah bekas rakan sekelasku di Tingkatan 6 Rendah, SAS Jalan Cheras (1977), Tuan Hj Marjuni Hj Suradi (pesara Guru Besar SK Seri Bahagia, Benut). Kebetulan ketika aku sampai selepas waktu Isyak, rumah ibu mertuanya (di Sg Pinggan) ada majlis tahlil arwah. Aku pulang ke Pt Lapis Mahang lebih kurang jam 1030 malam.


n  




No comments:

Post a Comment