Saturday, October 2, 2010

TAJUK 22: PERNIKAHAN NUR FAIRIZ FAZEERA


  PENGALAMAN PERTAMA  
  MENIKAHKAN ANAK  

MAJLIS AKAD NIKAH

24 SEPTEMBER 2010 merupakan tarikh yang bersejarah dalam kehidupanku dan keluargaku.  Pada hari ini, anakku yang kedua (puteri sulung),Nur Fairiz Fazeera telah selamat diakad-nikahkan.  Sebagai Wali, aku sendiri telah menikahkan anakku lebih kurang pada jam 0930H di Surau Luqman al Hakim, Kompleks Perumahan Tunku Osman Jewa.

Fairiz yang ditunangkan dengan Mohd Farihan bin Md Ridzuan pada 20 Februari 2010 dinikahkan dengan maskahwin berjumlah RM200.00.

Ada cerita lucu dalam majlis pernikahan ini.  Semasa akad nikah, aku telah tersilap sebut ayat akadnya "Daku nikahkan dikau Mohd Farihan bin Md Ridzuan dengan anakku Nur Fairiz Fazeera dengan maskahwin RM2 ringgit, tunaiiii".  Alamak! DUA RINGGIT?, Terpaksa ulang sekali lagi, "RM200, TUNAIIII....."


KU NIKAHKAN DIKAU MOHD FARIZAN BIN MD RIDZUAN DENGAN ANAKKU.....

MAJLIS RESEPSI

Majlis Resepsi perkahwinan diadakan di Dewan Angkasaraya, Pangkalan Udara KL pada hari Sabtu, 25 September 2010 bersamaan 16 Syawal 1431 dari jam 1200 hingga 1630.

Aku ingin menyampaikan penghargaan kepada semua saudara mara dan sahabat handai, para jemputan (khususnya jemputan VIP) yang telah meluangkan masa yang amat berharga untuk memenuhi undangan kami sekeluarga.

Hari itu, Sabtu, hari raya ke 16, masih dipenuhi dengan majlis-majlis Rumah Terbuka Hari Raya dan juga majlis perkahwinan, malah ada tetamu yang mempunyai 12 jemputan pada hari tersebut.  Kebetulan petang hari itu hujan lebat (dalam pukul 2.30), trafik keluar masuk KL jadi sesak.  

Walaupun ramai jemputan yang tidak dapat hadir, namun kehadiran juga di luar jangkaan. 100% adik beradikku dan keluarga juga hadir; Long (dari Kluang), Ngah (BP), Amim (JB), Ajim (P.Indah), Man (dari Terengganu) dan Yah (B.Pahat) Saudara-mara dari Johor ramai sekali yang hadir, antaranya Pak Cik Hj Razikan, Abang Hj Supian (BP), Abang Ali (Melaka), Abang Hj Muhammad & Kak Normah (Melaka), anak-anak Wak Sham (Kak Wynn & Kak Anne sekeluarga). Anak-anak Lek Kalimah hanya Sham sahaja yang tidak hadir.

Akak-akak/adik angkat juga hadir, Ayong, Kak Jah & suami, Kak Piji (Norashikin), Enal/ Zahid sekeluarga, Gee (Ruzita)  Maybank Bangsar & suaminya Huzly juga datang.

Antara tetamu VIP yang hadir ialah, Jen Tan Sri Azizan (PAT), Jen Tan Sri Rodzali (PTU), Lt Jen Datuk Seri Bashir (TPTU), Lt Jen Dato' Roslan (PANGOP), Lt Jen Dato Seri Ahmad Hasbullah (Panglima Medan TD), Mej Jen Dato' Ackbal, Mej Jen Dato' Bakar Said dan begitu juga Jeneral-jeneral TUDM yang masih berkhidmat.  Lebih-lebih bertuah lagi ialah ketika ketibaan Y.Bhg PAT, kebetulan pasangan pengantin baru turun dari pelamin untuk Majlis Makan Beradab.  Kedua-dua abang iparku yang dirancang untuk duduk bersama pengantin telah pulang awal.  Maka, hari itu dapatlah pengantin duduk bersama Tan Sri.  Kita merancang, Allah yang menentukan.

Aku juga amat terharu dan gembira sekali kerana ramai juga pesara TUDM yang telah hadir seperti Jen Tan Sri Nik Ismail (mantan PTU), Mej Jen Dato' Razak, Lt Jen Datuk Nawi, Mej Jen Dato' Malek Sahar, Mej Jen Dato' Hj Yahya, BG Dato Ali Karwi, BG Dato' Robless, BG Dato' Marzuki, BG Dato' Mior Azam dan BG Dato' Othman Majid.

Kehadiran rakan UTM (Architecture 78/79) amat membanggakan.  Ramai yang hadir; Ar Noorhisham Yatim, Ar Kahar Ghaffar, Ar Hjh Samini Omar, Ar Hj Fadzilah, Ar Ramly Abu Bakar (ex-roomate), Ar Rahim Ahmad, Ar Saifudin dan Ar Kamisan.

Rakan HRM (1994/96) hanya Roshiza dan Anuar sahaja yang dapat datang. Tabik kepada Anuar yang datang dari Pulau Pinang hanya untuk majlisku.

Rakan MBA (2001-2003), hanya Raswanizam yang dapat datang walaupun agak lewat kerana tersangkut dalam kesesakan trafik. 

Paling menyeronokkan ialah ramai-nya SKOT TJP 37 yang hadir.  Setelah 30 tahun, jumlah yang hadir amat membanggakan; khususnya Lt Jen Dato Seri Ahmad Hasbullah. dari Army- Lt Kol Benson, Lt Kol Azman, Lt Kol Ahmad, Lt Kol Nordin PTK, Kapt (B) Hazizan, Lt Kol Ajhman, Kapt (B) Hamdan, Mej (B) Marmilah (tak disangka), Mej (B) Siti Zaleha, Mej (B) Sohemi, Mej (B) Suhaimi, Mej (B) Rahim Osman, Lt Kol Roslan Shaari, Lt Kol Badrul Hisham Suda, Mej (B) Mazhar, Kapt (B) Azmi, Lt Kol Yatim, Mej (B) Tahir dan Mej (B) Adnan.  Dari Airforce- Kol Sanusi, Kol Felix,  Kol Suhaimi, Lt Kol Sabri, Lt Kol Asri, Lt Kol Yohanez, Lt (B) Wahid Yusof, Mej (B) Aini dan Lt Kol (B) Khairudin.  Antaranya hanya dijemput melalui emel dan facebook sahaja kurang seminggu dari tarikh majlis.

Terima kasih semua..


ALBUM MAJLIS PERKAHWINAN
PERSEDIAAN
Bilik Pengantin ni aku yang buat sendiri tauuu!

SEKELUARGA SIBUK MEMBUAT PERSEDIAAN BEBERAPA HARI SEBELUM MAJLIS











MAJLIS AKAD NIKAH DI SURAU LUQMAN AL HAKIM

    






bergambar bersama besan: Encik Md Ridzuan dan Puan Noraizah



MAJLIS RESEPSI DI DEWAN ANGKASA RAYA
Pangkalan Udara KL


Mej Jemaat, saya, Lt Kol Aseri dan Mej Ghazali

dengan anak sulong, Muhammad Hafeez

sungguh sibuk tuan rumah...

anak-anak buah (MLU) yang turut membantu)...

Adibah bersama Nora (isteri Lt Kol Zainal Manaf)

ANTARA TETAMU YANG HADIR

Gen Tan Sri Azizan (PAT) dan isteri.

Lt Jen Datuk Seri Bashir (TPTU) dan isteri.

Lt Kol (B) Hj Hamdan (bekas YDP PIBG SKDTHO) dan isteri (aku Timbalannya)

Dato' Hj Che Yahya TUDM dan isteri.

Mej (B) Hj Ismail Hashim dan isteri.

Ketibaan paduka ayahanda dan kekanda Hj Jahrom dari Johor.

Mej (B) Ramli Jonid (AIROD).

anggota BAKAT yang membantu dalam majlis

PA KSS (Azimah), my PA (Fatin) dan suami

pembantu-pembantu lelaki mengambil giliran untuk makan

antara pembantu-pembantu wanita.


keluarga pengantin lelaki

antara skot TJP37 dan isteri 


mengambil masa melayani skot TJP37
(terima kasih Marmilah (no 2 dari kiri) yang hadir setelah 30 tahun tak pernah jumpa)


bergambar dengan sebahagian dari Skot TJP37 & iserti masing-masing
(TERIMA KASIH SKOT-SKOT SEMUA)
dari kiri: Lt Kol Ahmad, Lt Kol Nordin, Lt Kol Ajhman, saya, Lt Jen Dato Seri A.Hasbullah, Mej(B) Hj Adnan, Lt Kol Badrulhisham,Mej (B) Tahir dan Kol Suhaimi TUDM. 

ALHAMDULILLAH, SEGALA-GALANYA BERJALAN LANCAR, TERIMA KASIH TIDAK TERHINGGA KEPADA SEMUA YANG MEMBANTU

ALBUM DI TAJUK 077

Wahai anakku NUR FAIRIZ FAZEERA yang kusayangi, 

Sekarang kamu telah bergelar ISTERI, maka tanggungjawab ayah ke atas kehidupan kamu telah selesai.  Kini kamu akan dipertanggungkan di bawah suami kamu. Bersamaan dengan itu, amanah dan tanggungjawab kamu (DUNIA dan AKHIRAT) yang kamu pikul semakin berat.  Janganlah mengambil ringan tanggungjawab kamu sebagai seorang isteri.

Setelah bersama ayah dan ummi sejak kamu dilahirkan, kini tibalah masanya untuk kamu berdikari.  Belajarlah untuk bertanggungjawab.  Sentiasa berusaha untuk membahagiakan SUAMI kamu.  Jauhkan dari sifat ego, angkuh dan mementingkan diri sendiri.  Taati suami kamu melebihi AYAH dan IBU kamu. Selagi suami kamu masih tidak mengengkari perintah Allah dan segala perintahnya tidak melanggar hukum syarak, maka WAJIB bagi kamu mentaatinya. Sesungguhnya syurga kami adalah di bawah tapak kaki suami kamu.

Ayah telah berikan kamu pendidikan dunia dan akhirat. Kamu mesti bijak membezakan antara yang baik dan buruk. Ayah bukanlah insan yang terbaik. Ayah juga mempunyai banyak kelemahan dan kekurangan. Mana-mana sikap dan perbuatan ayah dan ummi yang baik, ikutilah. Andainya ada perbuatan dan tingkahlaku ayah dan ummi yang tidak baik sepanjang kamu bersama kami, janganlah jadikan ikutan, jadikan ia sebagai sempadan.  

AYAH & UMMI DOAKAN SEMOGA JODOHMU BERSAMA FARIHAN AKAN BERKEKALAN HINGGA AKHIR HAYAT dan DIKURNIAKAN ZURIAT YANG SOLEH DAN SOLEHAH.


No comments:

Post a Comment

IKTIROF

←  PLURALISME GUS DUR, GAGASAN PARA SUFI Biografi KH Hasyim Asy’ari Pendiri NU Tebuireng Jombang  → Syair Doa Abu Nawas – Al I’tira...