Memoir Putera Lapis Mahang

Memoir Putera Lapis Mahang

Monday, October 24, 2011

TAJUK 40: MENERIMA GELARAN DATUK




"GELARAN DATUK"

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, adalah diisytiharkan, pada hari ini 24 Zulqaedah 1432 bersamaan dengan  24 Oktober 2011, aku mengisytiharkan diriku dengan gelaran "DATUK".


Pada jam 11.29 pagi tadi puteriku Nur Fairiz Fazeera telah selamat melahirkan cucuku yang pertama. Dia melahirkan seorang putera dan dinamakan "Muhammad Aqeef Waqas".  


Syukur kepada Allah subhanahu wa taala.


Nurfairiz Fazeera dilahirkan pada 23 Oktober 1985 di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan  dan dinikahkan dengan Mohd Farihan pada 25 Sep 2010 (lihat Tajuk 24 dan 67).  Masa itu aku bertugas di TUDM Kuantan. Aku target dia dilahirkan pada 24 Oktober 1985 sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang ke 55.  TAPI dia nak keluar cepat sangat, sampai-sampai hospital terus dilahirkan.  Kalau lahir pada 24hb, pagi tu Tengku Ampuan datang bagi hadiah.  Hahaha.


Berbeza dengan kelahiran cucuku ini.  Fazeera dimasukkan ke hospital pada 23hb jam 12.30 tengah malam.  Aku pun tak sedar menantu aku telefon malam tu kerana aku set hp aku 'silent mode'.  Dah bangun pagi baru sedar.  Dia set baby akan dilahirkan pada hari itu sebelum 2 malam supaya dapat sama tarikh lahir dengan ibunya.  Namun masuk hari kedua (24hb) baby masih belum dilahirkan dan doktor memaklumkan mungkin tidak boleh dilahirkan cara biasa, perlu melalui caecarean. Kami sekeluarga dah mula risau. Bagaimanapun pagi itu, dapat petanda ia boleh melahirkan cara biasa. 


Kalau dulu, ibunya mencari tarikh 24hb Oktober, tapi tak berjaya dan dapat 23hb, kini anaknya pulak yang tidak mahu lahir 23hb tapi dapat 24hb Okt.  Maka, pada tarikh itu,  ketika ramai yang berada di Istana Pekan Pahang untuk menerima Darjah Kebesaran dan gelaran 'Datuk' dari KDYMM Sultan Pahang, aku juga dikurniai gelaran 'datuk' oleh Allah subhanahu wataala.





23 OKT 2011







24 OKT 2011






November 2011

 
 
Dis 2011

 
Jan 2012

Mac 2012

 
 
  
 
Mac/April 2012



dengan gaya seorang Siekh Haji (2012)- jubah hadiah dari auntienya


 
Ogos 2012

 
 
 
November 2012

 
 
Dis 2012

  
  
 
Oktober 13

 
 
Nov 13

  
 
 
Disember 13

 
7 Jan 14

 
15 Jan 14

 
 
5 Feb 2014
bersama adiknya Muhamamd Aariq Waqqas

 
20 Mac 2013
bersama sepupu yang juga saudara sesusuan, Auny Humaira


Semoga Allah mengurniakan Muhammad Aqeef Waqas bin Mohd Farihan  dengan kelapangan hati menerima nur Qur'an, menjadi anak yang beriman dan bertaqwa, taat kepada kedua ibu bapanya. Amin.



TAJUK-TAJUK BERKAITAN

Saudara-saudari yang dikasihi,


TAJUK 204 ini adalah berkaitan langsung dengan hal ehwal kehidupan dan perjalanan diri dan keluarga aku. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan lebih banyak maklumat tentang didiku dan keluargaku, anda boleh terus melayari blog ini dan membuka tajuk-tajuk berikut:
  • TAJUK 2: AKU DILAHIRKAN
  • TAJUK 3: KAMPONG BOY
  • TAJUK 4: MY SIBLING
  • TAJUK 6: MY HOME TOWN
  • TAJUK 18: PERKAHWINAN DAN ISTERI
  • TAJUK 24: ANAK-ANAKKU SIRI 1
  • TAJUK 32: ANAK-ANAKKU SIRI 2
  • TAJUK 33: ANAK-ANAKKU SIRI 3
  • TAJUK 67: PERKAHWINAN FAIRIZ FAZEERA
  • TAJUK 77: ALBUM PERKAHWINAN FAZEERA
  • TAJUK 78: SEPUPU SEPAPATKU
  • TAJUK 206: PERKAHWINAN HAFEEZ FIRDAUS
  • TAJUK 209: PERKAHWINAN AISYAHNUR
  • TAJUK 213: ALBUM PERKAHWINAN AISYAHNUR

Thursday, October 20, 2011

TAJUK 39: SOALAN DARI WANITA ISLAM

SOALAN DARI WANITA ISLAM

Tulisan ini yang dipostkan oleh Lt Kol Mahamad Sobri bin Abdul Aziz TUDM dalam facebook, menarik perhatian aku.  Aku ciplak untuk diabadikan dalam blog aku semoga ia boleh menjadi bacaan dan peringatan kepada generasi wanita islam.  Aku ubah suai sikit-sikit je dan ditambah dengan gambar hiasan.

Tujuh Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab.

Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.

1.  Keluhan A:

“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”


 

2.  Keluhan B:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”

3.  Keluhan C:
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”

4.  Keluhan D:

“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”


 
gambar hiasan: ibu mengandung yang mana yang lebih manis dipandang?


5.  Keluhan E:

"Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”


6.  Keluhan F:

“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

7.  Keluhan G:

“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan.

Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”

Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.


gambar hiasan: pengorbanan seorang ibu bakal mendapat ganjaran yang sungguh tinggi di sisi Allah swt


“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”


 
gambar hiasan: mana lebih anggun dan kelihatan sopan?

4.  Menjawab Keluhan B:
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”


gambar hiasan:  suami yang akan tanggung dosa isteri

gambar hiasan: yang begini, bapak dan emak yang tanggung dosa sebab sampai baligh tak tutup aurat- bila dah baligh, sendiri tanggung tetapi bapak tetap meneruskan share sampai dia berkahwin

3.  Menjawab Keluhan C:

“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”




2.  Menjawab Keluhan D:

“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”


5.  Menjawab Keluhan E:

“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”

6.  Menjawab Keluhan F:


“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”

7.  Menjawab Keluhan G:

“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”

Lelaki beriman bertanya, “Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum Hawa?”

Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata,
“MasyaAllah, rupanya Allah amat sayang kepada kaum wanita, dan memberi jalan yang lebih mudah untuk masuk syurga, namun kami sendiri yang mengheret diri sendiri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”

Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.

Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.

Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti...



 

Siapakah yang lantang membuat persamaan gender didunia? Siapakah yang lantang di Malaysia? Renungkan sejenak konspirasi tersebut.
.