Friday, July 20, 2012

TAJUK 76: ULAR PEMBUNUH TERPANTAS

ULAR: HAIWAN PEMBUNUH TERPANTAS

Tengok gambar ular teringat masa latihan pegawai kedet di SPK tahun 1980 dulu.  Dalam salah satu program subjek survival (ikhtiar hidup), kami di bawa melawat 'Survival Village'- kalau hari ini diminta tunjuk jalan ke village itu pun aku dah lupa.  Tapi yg aku pasti lokasinya di Kem Sebatang Karah bukan di Kem Segenting.

Semasa lawatan itu, kami ditunjukkan dengan pelbagai demonstrasi seperti membuat perangkap binatang dihutan, memasak makanan tanpa dapat dihidu oleh musuh, membuat senjata, dan pelbagai kaedah ikhtiar hidup di dalam hutan.  Pertunjukkan terakhir ialah cara macamana nak sembelih dan melapah ular sawa (python).  Kebanyakan staf demo di survival village merupakan orang Iban (Renjer) yang lazimnya amat mahir dalam Ilmu Medan Perang dan Ikhtiat Hidup dalam hutan.

Setelah selesai dilapah dan dipotong-potong, daging ular sawa tersebut dimasak 'sup'.  First time dalam hidup melihat masakan sup ular. Apabila telah masak, semua kedet dipaksa mengambil dan makan sepotong seorang- termasuk........ macam nak terkeluar semua isi perut.  Tengok ular tu pun dah geli gelemen, ini pula nak makan dagingnya!



Personally, aku amat geli dan takut dengan ular. Nasib baik aku tak jadi pegawai Tentera Darat, khususnya infantri yang pada awal tahun lapan puluhan (keluar SPK) terpaksa melakukan operasi dalam hutan belantara memburu atau diburu oleh pengganas komunis.  Kalau tidak, pastinya aku juga akan merasai keadaan sebenar survival.

Semulajadi kehidupan seekor ular (semua ular) di dalam hutan, menyusur dengan senyap dan tiba-tiba menyerang sama ada melepaskan semburan berbisanya atau menyerang dengan membuat patukan maut.  Itulah yang paling ditakuti oleh manusia. Hanya segelintir kecil manusia yang tidak takutkan ular contohnya seperti Steve Robert Irwin (mendiang) - pakar binatang liar yang juga terkenal sebagai 'Crocodile Hunter' yang akhirnya maut ditangan seekor pari (stingray) pada 4 Sep 2006.


Steve Irwin

Ular adalah reptilia tidak berkaki, berdarah sejuk yang berkait rapat dengan mengkarung (lizard), yang berkongsi aturan biologi Squamata. Sub-aturan ular ialah Serpentes. Terdapat juga beberapa mengkarung tidak berkaki yang kelihatan seperti ular, tetapi tidak berkait dengan ular. Peminat ular dikenali sebagai ofiofilia, takut akan ular dikenali sebagai "ofidiofobia" (bahasa Inggeris:snakephobia). Pakar ular dikenali sebagai ahli ofiofilia (bahasa Inggeris: ophiologist).

Antara jenis ular yang paling biasa didengar namanya di kalangan masyarakat Malaysia ialah ular sawa, ular senduk, ular tedung, ular tedung selar, ular lidi dan ular daun.  Sebenarnya terdapat beratus jenis ular di dalam hutan Malaysia.

Ular merupakan spesies haiwan reptilia yang paling ditakuti, mendapat reputasi yang buruk pada pandangan manusia. Merupakan haiwan yang terkenal sejak sekian lama. Secara asasnya terbahagi 2 jenis iaitu mempunyai venom atau bisa dan satu lagi tidak mempunyai bisa tetapi mampu mengigit dan membelit yang sebenarnya turut berbahaya, Apa yang pasti ular yang paling berbisa sudah tentunya ialah ular yang mempunyai bisa atau venom yang paling tinggi dan mampu membunuh dengan kadar yang sangat pantas.


SENARAI ULAR PALING BAHAYA
.
Ular Taipan darat (inland Taipan), paya dan sebagainya merupakan ular paling berbisa di dunia. Dengan hanya 110mg bisanya mampu membunuh 110 manusia dewasa. Namun begitu ular yang berasal dari benua Australia ini sangat pemalu,dan selalunya mengelak dari bertemu muka dengan haiwan lain atau manusia, kecuali jika diancam. Berwarna perang kehitaman, ular ini dilaporkan kurang menyerang manusia, malahan kematian dicatatkan semakin berkurangan apabila spesies ular ini diketahui termasuklah antivenom dari bisanya. Ular Taipan mempunyai 50 kali ganda toksinnya berbanding Tedung Selar (King Cobra)! Bisanya direkodkan paling berbisa di dunia.Mempunyai pelbagai jenis spesies,dan kesemunya sangat berbahaya kerana mengandungi bisa yang sangat tinggi.Dengan hanya 0.025mg/kg LD atau lethal dos,sudah cukup menjadikan ular ini sebagai ular paling berbisa di dunia. 0.025mg.



Fierce Snake
Inland Taipan - Australia


Ular Eastern Brown merupakan ular kedua terbisa di dunia.Namun hanya terdapat di benua Australia,serta sedikit di Papua New Guine dan Indonesia. Dengan sifatnya seperti Black Mamba, ianya ular yang agresif. Mampu mencapai sehingga 2 meter panjang. Berwarna coklat dan sangat berbahaya kerana bisanya mengandungi neurontoksin yang kuat.Jadi sila jauhi diri anda jika anda terserempak dengan ular ini jika melancong di Australia seperti di bahagian New South Wales.


brown snake
Eastern Brown Snake - Australia


Lain-lain ular yang amat terkenal bisanya ialah:

Russel Viper merupakan ular pembunuh yang popular. Banyak kematian direkodkan akibat patukan ular berbisa ini. Habitatnya merupakan kawasan yang kering dan dikenal pasti sebagai ular yang banyak terdapat di Afrika, Timur Tengah, Pakistan, India dan Sri Lanka. Selalunya membunyikan bunyi berdesir sebagai amaran kepada sesiapa yang menghampirinya. Ia merupakan jenis ular yang agresif dan menyerang jika terancam.


Russells
Russell's Viper


Antara ular yang paling berbisa di dunia ialah Black Mamba yang berasal dari benua Afrika.  Ular ini merupakan ular yang paling agresif, menyerang tanpa amaran serta mampu membesar sehingga 14 kaki. Ia merupakan ular berbisa paling panjang di Afrika serta paling pantas di dunia. Jarang mangsa termasuk manusia yang terselamat dari ular ini kerana sifatnya yang agresif serta kepantasannya. Rekod setakat ini membuktikan Black Mamba mencatatkan rekod 100% kematian tanpa rawatan kecemasan segera. Black Mamba merupakan gelaran bagi ular ini yang mempunyai bahagian dalam mulutnya berwarna hitam. Ia mendiami hampir semua jenis hutan di Afrika, antara habitat popular seperti di ladang tebu dan hutan Savana.

Black Mamba 
Black Mamba Dendroaspis Polylepis
Black Mamba

puff adder
Puff Adder

Forest Cobra
Forest Cobra

Tiger Snake

Russels Viper
Desert Horned Viper

Common Krait
Common Krait - India

Boomslang
boomslang
Bloomslang

Tiger rattlesnake
Tiger Rattlesnake - India

beaked sea snake
Sea snake


King Cobra- South East Asia


Ular tedung selar atau King Cobra merupakan ular berbisa paling panjang di dunia (direkodkan sehingga 18 kaki). Ia merupakan ular berbisa yang cukup terkenal di Asia Tenggara serta membawa nama 'cobra' sebagai satu nama gerun yang cukup sinonim bagi masyarakat antarabangsa. King Cobra merupakan pemburu yang hebat, mampu mengesan makanannya seperti tikus dengan jarak sehingga 300 meter. Ular Tedung Selar yang sudah dijinakkan menjadi sahabat kepada manusia. Namun awas kerana racunnya sama seperti Mamba atau Taipan walaupun tidak sekuat seperti mereka, patukan tanpa rawatan kecemasan akan megundang padah. Jika diancam ular ini akan menjadi sangat agresif dan boleh 'berdiri' ,dan kawasan serangan boleh sehingga 2 meter dari ular ini. Namun paling berbisa di dalam kelasnya ialah Ular Tedung Filipina.

PELBAGAI SPESIES ULAR BISA

  
 

   
 
  
 
  
  
  
    
  
  
  
  
   




 
















Asia Selatan- Lubuk Ular Berbisa


Kira-kira 20,000 orang mati dipatuk reptilia setahun. Sebut saja ular pasti ramai yang bukan saja berasa geli, tetapi tidak kurang yang gerun dengan reptilia ini, khususnya yang jenis berbisa kerana mampu membunuh dengan cuma satu patukan saja. Namun, tahukah anda di pelusuk mana dunia yang menjadi lubuk maut reptilia ini? Pasti ramai yang menuding ke arah Amerika Selatan, khususnya di hutan belantara Amazon yang diketahui antara hutan tertua dengan pelbagai spesies berbisa menjadikan kawasan ini habitatnya. 

Andai itu jawapan anda, terbukti sangkaan anda meleset sama sekali. Ini disebabkan lubuk ular itu terletak di kawasan yang amat hampir dengan kita iaitu di kawasan Asia Selatan. Inilah hasil laporan kajian terbaru ke atas 68 negara yang menunjukkan Asia Selatan menjadi lubuk patukan ular tertinggi di dunia iaitu kira-kira 421,000 orang dipatuk setiap tahun!
Lebih menakutkan, patukan itu meragut kira-kira 20,000 nyawa setahun, kata kajian sekumpulan penyelidik Sri Lanka yang disiarkan edisi terbaru Public Library of Science Medicine, media yang berpejabat di Amerika Syarikat. India yang didiami lebih satu bilion penduduk, menjadi negara yang mencatatkan kes patukan maut atau biasa yang tertinggi di dunia iaitu 80,000 kes setahun. Daripada jumlah itu, 11,000 kes menyebabkan maut. Sri Lanka pula menduduki tempat kedua dengan 33,000 orang dipatuk ular setahun.
Anehnya, sebahagian besar mangsa adalah lelaki. Ini mungkin berkaitan dengan faktor golongan itu yang lebih ramai bekerja mencari rezeki berbanding kaum wanita. Saintis Universiti Kelaniya di Sri Lanka, Janaka De Silva yang mengetuai penyelidikan itu bagaimanapun menegaskan bilangan 421,000 kes patukan ular itu hanyalah anggaran kasar dan jumlah sebenar mungkin jauh lebih tinggi. 

Ini disebabkan kes dipatuk ular berbeza mengikut faktor geografi dan bermusim dan tidak ramai yang membuat laporan rasmi apabila menjadi mangsa. “Lebih sukar lagi, rawatan bagi mengatasi kes berkenaan juga berbeza antara perubatan moden, tradisional serta amalan masyarakat setempat itu sendiri,” katanya. De Silva berkata, ancaman dan impak sebenar kesihatan akibat dipatuk ular itu juga tidak diketahui. Ini sekali gus menyukarkan pegawai kesihatan umum memaksimumkan kaedah pencegahan dan rawatan akibat dipatuk ular di negara masing-masing. 

Namun sejauh manakah daripada kita yang benar-benar mengenali reptilia yang pada bila-bila masa dan secara tiba-tiba boleh muncul di kawasan belukar berhampiran rumah atau sama-sama berenang ketika mengharungi banjir? Percaya atau tidak, ada kira-kira 3,000 spesies ular yang menghuni dunia ketika ini dan 600 daripadanya adalah jenis berbisa. Ia boleh wujud di mana-mana di dunia, dari Britain, Afrika hinggalah ke Australia, kecuali di Antartika yang diketahui mempunyai cuaca sejuk yang amat ekstrim. Ini disebabkan haiwan berdarah sejuk itu tidak boleh hidup di kawasan sejuk. 

Ular berkongsi spesies keluarga ‘Squamata’ seperti biawak dan disifatkan reptilia paling muda. Ia melalui proses evolusi yang menyaksikannya kehilangan kaki seperti yang kelihatan sekarang. 

Ular jenis Ananconda Hijau dikatakan yang terbesar iaitu panjangnya mencecah 8.8 meter dan beratnya, 227 kilogram. Lebarnya pula adalah kira-kira 30 sentimeter dan ia hidup di kawasan sekitar lembah Sungai Amazon dan Orinoco. Pada Ogos lalu, dunia dikejutkan dengan penemuan apa disifatkan spesies ular terkecil dunia di Kepulauan Barbados. Saiznya tidak melebihi cacing tanah dengan panjangnya kira-kira 10 sentimeter. Ular berwarna perang itu bagaimanapun memakan mangsa dan disenaraikan sebagai tidak berbisa. 

Hakikatnya, baik ular tedung yang diketahui paling berbisa dan anaconda si gergasi ular sama ada yang boleh dilihat hinggalah ke dalam filem, reptilia ini terlalu rapat dengan manusia.
Ada yang menjadikannya peliharaan, tidak kurang yang menganggapnya sebagai musuh berikutan patukan bisa serta kuasa belitan si ular sawa yang boleh membawa maut. Apa yang pasti, setiap kali ada berita mengenai ular, ia pasti menarik minat ramai yang mahu mengenali reptilia yang gaya gerakannya kelihatan menarik tetapi mampu meragut nyawa dengan hanya satu patukan. (artikel ini disalin dari ulautedung.blogspot.com)
.

No comments:

Post a Comment

IKTIROF

←  PLURALISME GUS DUR, GAGASAN PARA SUFI Biografi KH Hasyim Asy’ari Pendiri NU Tebuireng Jombang  → Syair Doa Abu Nawas – Al I’tira...