Tuesday, May 28, 2013

TAJUK 88: SURVIVAL

SURVIVAL
(IKHTIAR HIDUP)

Perkataan survival atau dalam bahasa Melayu ialah Ikhtiar Hidup merupakan satu perkataan yang agak sinonim dengan kehidupan seorang anggota tentera, khususnya anggota pasukan Komando ATM (RGKM, PASKAL dan PAKAL).  Bagi Pegawai Kedet dan Perajurit Muda (Pramuda) atau Rekrut, latihan survival adalah sebahagian dari silibus latihan asas ketenteraan.

Apa itu survival?. 

Dalam Bahasa Inggeris, survival bermaksud 'the will to live, to outlive, state of continuing to live'. Ia juga didefinisikan sebagai 'the state or fact of continuing to live or exist, typically in spite of an accident, ordeal, or difficult circumstances'.

Manakla dalam bahasa Melayu, ia dikenali sebagai 'ikhtiar hidup' yang bermaksud 'keupayaan atau keadaan sesuatu itu untuk terus hidup'. Ia merupakan keupayaan, ketahanan atau keadaan sesuatu itu untuk terus hidup. Ia juga juga boleh diertikan sebagai usaha atau ikhtiar yang harus dilakukan oleh seseorang itu supaya dia terus boleh hidup ketika menghadapi sesuatu ancaman.

Terdapat juga petua atau garis panduan yang diperkenalkan menggunakan perkataan 'SURVIVAL' itu sendiri. 

                                                S - Size up the situation
                                                U - Use all your senses
                                                R - Remember where you are
                                                V - Vanquish fear and panic
                                                I - Improvise
                                                V - Value living
                                                A - Act like native
                                                L - Live by your wits


Situasi bagaimana yang meletakkan seseorang itu dalam keadaan 'SURVIVAL'?
  • Survival sebenar - antara hidup dan mati, kehabisan bekalan makanan dan minuman. Antara situasi berlakunya ikhtiar hidup ialah apabila seseorang atau sekumpulan orang yang sesat dalam hutan, hanyut di permukaan lautan (sama ada akibat dari kapal/bot yang karam atau kemalangan pesawat terbang), atau pun tersesat di gurun pasir.  Kita terpaksa berikhtiar dan bersedia untuk meneruskan kehidupan sehingga diselamatkan. Antara ancaman ialah ancaman binatang buas, berhadapan dengan bahaya lain. Seterusnya ialah situasi di mana kita menghadapi masalah perlindungan.


     
    Antara kesah Nor Umaisarah bt Sameon (penuntut UITM Kampus Arau) yang hilang dan sesat dalam hutan Gunung Tahan selama 19 hari pada tahun 2008

    BATU MAUNG: “Kami hanya mampu berdoa ke hadrat Allah Taala supaya dilindungi daripada kejadian tidak diingini selain mengharapkan pertolongan segera tiba,” kata seorang tekong warga Indonesia yang hanyut 12 hari bersama tiga rakannya di laut apabila bot dinaiki kerosakan enjin.
    Irwan Shah Putra Ridzuan, 27, berkata ketika kejadia, dia bersama tiga lagi rakannya, Sulaiman Alias, 17, Adi Shah Putra Samsudin, 17, dan Suhaimi Syahputra, 21, masing-masing berasal dari Belawan, Medan, Indonesia.

    Irwan Shah berkata, dia keluar menangkap ikan kira-kira jam 6 pagi, 24 Mac lalu di kawasan perairan negaranya sebelum hari keenam bot mereka mengalami kerosakan enjin.
    Katanya, pelbagai usaha dilakukan termasuk membaiki enjin itu, namun masih gagal sehingga mereka dihanyutkan di laut dan berbekalkan beras dan air masak serta sedikit roti, ia menjadi bekalan mereka sepanjang tempoh itu.

    “Pelbagai dugaan dan cabaran kami tempuhi termasuk angin kencang, hujan lebat serta kehabisan bekalan makanan,” katanya.

    Dia bersama rakannya diselamatkan Agensi Penguat kuasa Maritim Malaysia (APMM) kira-kira 11 batu nautika barat Pulau Pinang jam 12 tengah hari semalam.
    Sementara itu, Ketua Penguat Kuasa Daerah Maritim (DM) Dua, Komander Maritim Robert Teh Geok Chuan berkata, pihaknya menerima maklumat dari Bilik Operasi DM 2 jam 9.45 malam kelmarin.
    Artikel ini disiarkan pada : 2011/04/06



  • Survival dalam latihan  tentera.  Mengikut kata rakan-rakan, semasa mengikuti fasa survival dalam latihan komando, seorang pelatih hanya diberi mancis api dan pisau sahaja. Ada yang kata diberi garam.  Ada fasa survival dalam hutan, dalam paya dan atas air.  Mereka akan makan apa sahaja yang wajar dimakan dalam keadaan 'survival'. Ular? Monyet?

 
Latihan komando- monyet, ungka, lotong, berok, kera adalah antara hidangan yang exclusive

  • Survival dalam peperangan.  Tujuan utama latihan fasa survival dalam latihan ketenteraan adalah untuk melatih anggota tentera menghadapi situasi sebenar (jika berlaku) dalam peperangan.  Semasa insurgensi anggota ATM melawan pengganak komunis di dalam hutan, mereka kerap menghadapi situasi ini apabila bekalan makanan telah habis dan ulangbekal tidak dapat diberikan oleh pesawat (helicopter) kerana berada di lokasi yang bahaya.
  • Survival dalam pelajaran. Biasa berlaku kepada pelajar di pusat pengajian tinggi (IPTA/IPTS) yang dalam kategori MALAS dan buat persediaan di saat akhir. Esok nak exam tapi satu hapeh tak baca, mula pinjam nota kawan sana sini, bukan untuk dibaca tetapi untuk buat toyol. Orang macam ni kadang nota kawan pun dia curi janji boleh survive. Yang lebih survival ialah golongan students yang telah berada di tempoh maksima semester dan jika gagal semester ini akan keluar IPT tanpa apa-apa gulung diploma atau ijazah. Yang elok panggil dia naik ke stage masa convo dan beri dia segulung sejadah supaya dia insaf.
  • Survival dalam kesihatan. Pesakit kronik yang duduk di wad ICU yang mengidap penyakit kronik juga dikatakan sebagai dalam keadaan survival.  Semangat yang kuat serta bantuan perubatan sahaja yang menjadi talian hayat.
  • Survival dalam politik. Banyak contoh ahli politik yang mengalami tahap ini.  Dia akan buat apa sahaja untuk menghidupkan hayat politiknya.  Dia akan sanggup menipu, membelit, membohong, memfitnah, berjanji berbumbungkan langit untuk mendapatkan sokongan. Dia menjaja dirinya sebagai pejuang bangsa dan negara untuk menarik sokongan. Contohnya: carilah sendiri.  Tapi harus difahami, ahli politik seperti Nelson Mandela tidaklah tergolong dalam kategori ini. Dia benar-benar pejuang bangsa yang tulin.

    Situasi ikhtiar hidup dapat dicegah daripada berlaku melalui:

    - Perancangan dan persiapan kegiatan secara teliti.
    - Kekuatan mental: pengetahuan tentang ikhtiar hidup.
    - Kekuatan fizikal: kecergasan dan ketahanan tubuh badan.
    - Pengetahuan teknikal dan kemahiran ikhtiar hidup.
    - Persediaan material seperti peralatan, pakaian dan bekalan makanan.

    Punca situasi ikhtiar hidup

    Akibat kelalaian manusia itu sendiri sama ada diperingkat perancangan, persiapan dan pelaksanaan kegiatan luar ataupun aktiviti luar. Seterusnya kurang pengetahuan dan kemahiran dalam bidang yang diceburi iaitu bidang mengenai hutan dan cara untuk menyesuaikan diri dalam hutan. Kurang pengetahuan dan kemahiran adalah kelemahan yang sepatutnya tidak berlaku jika ingin melakukan aktiviti luar.

    Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ikhtiar hidup adalah merupakan salah satu perkara terpenting yang harus diketahui oleh setiap individu yang ingin melibatkan diri dalam kegiatan rekreasi luar. Ini kerana, kegiatan luar itu sentiasa terdedah kepada pelbagai cabaran dan risiko.

PRINSIP IKHTIAR HIDUP

1. Keselamatan.  
Keutamaan kepada keselamatan nyawa pada setiap masa. Selain itu, kita mestilah menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membahayakan keselamatan. Sebagai  contoh – memakan tumbuh-tumbuhan yang tidak diketahui sama ada boleh dimakan atau tidak kerana anda terlalu lapar. Di samping itu, Situasi ikhtiar hidup akan menjadi lagi rumit jika anda tidak menghiraukan soal keselamatan diri. Ini kerana sewaktu berada dalam keadaan ikhtiar hidup, kita tidak mengetahui tentang keadaan keselamatan diri kita. Oleh itu kita mestilah sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan. keutamaan hendaklah diberikan kepada soal keselamatan nyawa. Ini dapat dilakukan dengan menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membahayakan keselamatan. Sebagai contoh, elakkan memakan tumbuh-tumbuhan yang tidak diketahui sama ada boleh dimakan atau tidak.walaupun anda berasa sangat lapar. Masalah ikhtiar hidup akan menjadi lebih rumit jika soal keselamatan tidak diambil kira.


2. Usaha.  Berbagai-bagai usaha hendaklah dilakukan dari semasa ke semasa sebagai ikhtiar bagi mengatasi masalah yang dihadapi. Sikap berdiam diri dan berserah kepada nasib semata-mata adalah sikap yang tidak membantu. Selain itu, jika satu usaha gagal, berusaha mencuba cara yang lain tanpa menjejaskan keselamatan anda. Lebih banyak usaha yang dilakukan, lebih cerah peluang seseorang itu untuk mengharungi situasi ikthiar hidup mereka. Akhir sekali, kebolehan mereka ganti (improvisation) amatlah membantu sewaktu berada dalam hutan ataupun dalam keadaan ikhtiar hidup. dalam stuasi ikhtiar hidup,pelbagai usaha hendaklah dilakukan  dari semasa ke semasa sebagai ikhtiar bagi mengatasi masalah yang sedang dihadapi. Sikap berdiam diri dan berserah kepada nasib semata-mata adalah satu sikap yang tidak akan membantu. Jika suatu usaha itu gagal, maka usaha yang lain hendaklah dilakukan asalkan tidak menjejaskan keselamatan. Lebih banyak usaha yang dilakukan maka lebih cerahlah peluang sesorang itu mengatasi situasi ikhtiar hidup yang sedang dihadapinya.

3. Kawalan Diri. Kawalan diri sangat penting dilakukan supaya segala keputusan dan tindakan dapat memberikan hasil yang positif. Tanpa kawalan diri, perasaan panik, hilang perhitungan akan menyebabkan seseorang itu bertindak terburu-buru. Kes kecelakaan diri semasa ikhtiar hidup banyak berpunca dari kurangnya kawalan diri. dalam situasi ikhtiar hidup, kawalan diri sangat penting dilakukan supaya segala keputusan dan tindakan dapat memberikan hasil yang positif. Tanpa kawalan diri,perasaan panik,hilang perhitungan akan menyebabkan seseorang itu bertindak terburu-buru. Keadaan ini sudah pasti akan merumitkan lagi masalah yang dihadapi.

4. Kerjasama. Jika menghadapi situasi ikhtiar hidup di dalam berkumpulan, kerjasama erat amatlah penting. Kerjasama juga akan mewujudkan suasana dan peluang yang lebih terjamin. jika dalam kumpulan, kejasama yang erat dan berterusan amatlah penting supaya kumpulan itu dapat mengatasi sesuatu masalah atau kesulitan. Jika ahli kumpulan tidak sepakat, keadaan akan bertambah rumit.

ALAT-ALATAN UNTUK IKHTIAR HIDUP 
(Nota: lebih sesuai bagi ikhtiar hidup di dalam hutan)

1.  Alat.  Sebagai salah satu persiapan bagi menghadapi sebarang kemungkinan situasi ikhtiar hidup. Alat tersebut perlu dibawa setiap kali anda mengadakan kegiatan luar sama ada di darat atau di air. Alat-alat tersebut hendaklah dibungkus dalam satu bungkusan yang khusus serta kalis air. Alatan ini juga mestilah dibungkus kecil supaya tidak menggunakan banyak tempat di dalam beg anda. Sebagai salah satu persiapan bagi menghadapi kemungkinan situasi ikhtiar hidup, maka alat tertentu perlulah dibawa setiap kali anda mengadakan kegiatan luar sama ada di darat atau air. Alat-alat tersebut hendaklah dibungkus dalam bungkusan yang khusus dan kalis air. Saiz bungkusan hendaklah sekecil mungkin supaya tidak banyak menggunakan ruang. Alat-alat ikhtiar hidup itu terbahagi kepada 3 jenis iaitu makanan,perubatan dan alat-alat kegunaan.
  • Makanan.  Makanan ikhtiar hidup hendaklah dari jenis yang ringan dan mudah dimasak serta mempunyai nilai kalori yang tinggi. Kuantiti yang diperlukan kira-kira mencukupi bagi keperluan selama 24 jam. Cadangan: 2 keping coklat, 2 bungkus sup segera, 4 sudu quaker oat, dan sebungkus garam 40gm.
  • Perubatan. Seperti pil anticirit-birit,1 pil antimalaria, 1 set alat khusus patukan ular, 4 pil paracetamol/panadol/ponston,10 biji antibiotic,u bat luka, ubat sapu antibiotic.dll.
  • Alat kegunaan.  Alat-alat kegunaan ini terdiri daripada alat-alat yang boleh membantu usaha-usaha tertentu. Alat-alat ini hendaklah ringan dan bersaiz kecil. Antara alat-alat yang sesuai ialah:
    • 2 utas tali pancing(tiap-tiap satu sepanjang 3 m)
    • 3 bentu mata kail/mata pancing ukuran kecil
    • 2 utas tali untuk membuat jerat(tiap-tiap satu sepanjang 3 m)
    • 1 atau dua batang lilin
    • 1 kotak mancis api/1 pemetik api
    • 1 cermin muka kecil (sebagai isyarat menarik perhatian).
    • pisau/parang/pisau yang dibuat khusus untuk tujuan ikhtiar hidup yang mengandungi alat tertentu yang diisikan dalam bahagian hulunya.
    • lain-lain alat yang mungkin dibawa seperti lastik,kompas kecil dll.

      Parang lebih berkesan berbanding pisau kerana parang boleh berfungsi sebagai pisau belati tetapi pisau tidak boleh berfungsi sebagai parang. Alat-alat makanan ikhtiar hidup hendaklah diganti apabila sudah melebihi tempoh penggunannya. Jika tidak, bahan tersebut boleh menyebabkan keracunan makanan. Alat-alat yang dicadangkan hanyalah sebagai panduan sahaja. Anda boleh mengubahsuai alat-alatan ini jika difikirkan perlu.
2.  Air.  Seseorang itu, mungkin boleh hidup lebih dari 2 minggu dengan hanya meminum air tanpa menjamah makanan.Kekurangan air sebanyak 2% - berlaku 25% kepincangan kepada system otot dan otak. Kekurangan air sebanyak 10% - berada ditahap serius. Kekurangan air sebanyak 20% - fatal stage (maut).
  • Punca air.  Punca air yang senang untuk didapati apabila berada di dalam hutan ialah anak sungai, tasik, dan sungai.  Untuk mencari air, segera turun ke kawasan lurah atau lembah. Susuri lurah yang lebih rendah sehingga berjumpa dengan mata air atau lelehan air. Tanda-tanda terdapatnya punca air, ialah Bunyi, Penglihatan, Binatang
    dan Serangga
    • Bunyi.  Air yang mengalir di celah-celah batu terutamanya dikawasan lata, air terjun, cegar dan jeram, pasti mengeluarkan bunyi. Matikan langkah dan pasang telinga untuk mendengar bunyi tersebut. Jika bunyi air terlalu jauh, gunakan kompas dan bearing untuk ke kawasan air tersebut.
    • Penglihatan.  Lihat jika ada air terjun atau sungai ketika anda berada di tempat yang tinggi. Jika tempat tersebut terlalu jauh, seperti biasa, gunakan kompas dan bearing untuk ke kawasan air tersebut.
    • Binatang.  Jika terdapat banyak binatang dan burung dikawasan tersebut, pasti disekitarnya ada punca air.
    • Serangga.  Kehadiran serangga seperti lalat, kumbang, lebah, tebuan dan nyamuk adalah tanda positif untuk mendapat air.

      Elemen Ikhtiar Hidup

      Satu daripada elemen terpenting dalam ikhtiar hidup (survival) ialah yang terletak diantara dua telinga anda, iaitu otak. JANGAN PANIK, gunakan akal dan anda haruslah berlatih menggunakan 5 elemen asas sebelum anda terpaksa bergantung dengannya.

      Api boleh digunakan untuk memasak air, memasak makanan, memberi isyarat kepada penyelamat, memanaskan badan, cahaya dan keselesaan, membantu menghalau binatang liar dan merupakan sahabat ketika bersendirian. Setiap mereka yang melibatkan diri dengan aktiviti luar (Outdoors) harus mempunyai pengetahuan cara untuk menyalakan api sekurang-kurangnya dalam dua keadaan, satu dengan peralatan dan satu lagi tanpa peralatan. Beberapa tompokan unggun api yang kecil lebih banyak menghasilkan haba berbanding satu tompokan unggun api yang besar. Cari dan kumpulkan kayu api untuk diganakan pada sebelah malam dan kemudian kumpulkan lagi dengan jumlah yang sama, kerana sudah pasti anda memerlukannya kemudian. Jimatkan bahan bakar dengan cara membuat "star fire" dimana cuma hujung kayu sahaja yang terletak didalam unggun api, cuma tolak kedalam jika bahan bakar diperlukan lagi. Buat pembalik haba dengan membuat dinding dibelakang ataupun kawasan haba yang berdekatan dengan dinding seperti tembok atau dinding gua. Duduk diantara api dan dinding tersebut supaya anda dapat menerima pemanasan dari belakang.

      Perlindungan bermaksud anda melindungi diri anda daripada terdedah kepada pancaran matahari yang berlebihan, sejuk, angin dan hujan. Apa sahaja yang boleh menambah dan mengurangkan suhu badan anda boleh menjadi musuh anda. Pakaian merupakan cara perlindungan pertama, pakaian yang sesuai untuk keadaan yang sesuai. Sentiasa memakai topi. Cuba dan kekalkan supaya lapisan pakaian yang terdekat dengan badan anda sentiasa kering. Lapisan yang terdekat dengan kulit lebih panas daripada sehelai baju yang tebal. Jangan membazirkan tenaga untuk membuat tempat perlindungan sedangkan alam semula jadi telah menyediakannya (seprti gua dll.). Sentiasalah berlatih untuk membina tempat perlindungan yang mudah sekiranya anda tidak menemui tapak perkhemahan yang sesuai. Jangan tunggu untuk membuat tapak perkhemahan sendiri. Gunakan "SPACE BLANKET" ataupun baju hujan untuk mengelak daripada kelembapan, atau untuk menutup tempat perlindungan anda ataupun digunakan sebagai selimut dengan keadaan duduk mencangkung (squat position) untuk memberi konsentrasi haba didalam badan.

      Isyarat menandakan kehadiran kita dan kebolehan kita menarik perhatian orang lain untuk meminta bantuan. Api, lampu suluh, penanda berwarna cerah, bendera, cermin dan wisel boleh membantu anda untuk diketemui. Tiga tompokan unggun api yang membentuk segitiga menandakan anda dalam kesusahan. Kawal pembakaran anda daripada merebak dan merosakkan persekitaran. Gunakan Cermin Isyarat atau cermin biasa apabila anda terlihat kapalterbang, atau orang pada jarak yang jauh. Gunakan Pemancar Cahaya Kecemasan "EMERGENCY STROBE light" pada sebelah malam untuk menarik perhatian mereka yang mungkin berada dikawasan tersebut. Buat unggun api dengan bahan organic (rumput lembap / getah) untuk menghasilkan asap yang tebal pada sebelah siang. Cari kawasan yang luas untuk membuat isyarat udara seperti S.O.S daripada batu, kayuan atau pakaian berwarna, dan apa sahaja yang boleh membezakan dengan warna permukaan tanah. Kebanyakkan kerja menyelamat menggunakan kapalterbang / helikopter sebagai cara pertama mereka untuk memerhati.

      Makanan dan air berkait secara langsung dengan ikhtiar hidup. Kawal perpeluhan anda bukannya mengawal pengambilan air. Kalau boleh anda digalakkan untuk hanya meminum air pada sebelah petang yang redup atau dingin. Anda boleh hidup sehingga tiga hari lamanya tanpa meminum air. JANGAN memakan tumbuhan yang anda tidak pasti. Jangan sesekali anda meminum urin (cecair dari tubuh spt. peluh / kencing). Anda seharusnya membawa sejumlah makanan dengan mengandaikan bahawa anda akan memerlukan makanan dan air yang lebih sebelum merancang perjalanan anda. Bawa makanan ringkas yang berprotein, bertenaga dan berglukosa tinggi (coklat, gula-gula) didalam poket anda pada setiap masa, untuk kegunaan ketika perlu. Masaklah air dengan menambahkan 10 minit atau lebih tempoh memasak air setiap kedudukan anda meningkat 1000 kaki dari aras laut. Tapis air menggunakan sapu tangan anda untuk mengasingkan bendasing yang kasar daripada air minuman anda. Jangan tunggu hingga anda betul-betul kehabisan air baru hendak mencari air. Simpan air anda didalam bekas minuman. Jangan memakan mana-mana buah-buahan liar jika anda tidak pasti. Anda boleh mengumpulkan air hujan dengan menggunakan "space blanket" atau baju hujan anda dengan menadahkannya diatas permukaan tanah yang tinggi sedikit dan terbuka.

      Pertolongan Cemas bukan sahaja keperluan perubatan yang asas, ia juga merupakan tindakan asas untuk ikhtiar hidup. JANGAN PANIK, sentiasa tenang dan lakukan apa yang anda harus lakukan serta jangan lupa menjaga keselamatan diri sendiri. "STOP" bermaksud Sit (duduk), Think (fikir), Observe (tinjau), dan Plan (rancang). Ia merupakan tindakan bijak apabila anda dapati anda telah tersesat atau terkandas. Elemen terpenting ialah BERFIKIR SECARA RASIONAL, ini hanyalah petunjuk kecemasan yang asas. Periksa segala keperluan sebelum mengembara, buat catatan perubatan "medical checklist" dan sediakan kit kecemasan peribadi yang kecil dan bawalah ia bersama setiap masa. Kebanyakkan situasi ikhtiar hidup hanya memerlukan alat rawatan untuk luka kecil, bengkak dan keperluan perubatan peribadi. Pastikan anda tahu apa yang anda ada dan tahu cara menggunakannya. Jangan terlebih "muatan", bawa hanya barang yang difikirkan perlu sahaja. Bawa juga gambar keluarga atau orang tersayang dan simpannya bersama peralatan anda untuk mengingatkan anda supaya bertenang dan berusaha untuk terus hidup. Elakkan serangan 'hypothermia' dengan memanaskan badan anda dengan baju panas atau "space blanket".

      Kesimpulan

      Ikhtiar Hidup bukan hanya berusaha untuk terus hidup sahaja, namun berusaha untuk keluar dari keadaan tersebut. Di dalam menjalankan aktiviti pengembaraan di hutan sekiranya tersesat ilmu iktiar hidup adalah perlu digunakan. 

      APA-APA PUN, sekiranya anda tersesat di dalam hutan atau hanyut di lautan atau apa jua situasi SURVIVAL, yang pertama sekali perlu di buat ialah kembali kepada ALLAH. Hanya ALLAH sahaja (tiada yang lain) yang akan melepaskan anda dari apa jua kesesatan. Pertama INGATkan ALLAH, kedua USAHA dengan bantuan ALLAH, ketiga DOA kepada ALLAH, dan akhir sekali TAWAKKAL kepada ALLAH.

Reference:
udienbudakpj-ipik.blogspot.com
lostuniverse.iowoi.org/t17

...


.

No comments:

Post a Comment

IKTIROF

←  PLURALISME GUS DUR, GAGASAN PARA SUFI Biografi KH Hasyim Asy’ari Pendiri NU Tebuireng Jombang  → Syair Doa Abu Nawas – Al I’tira...