Thursday, October 27, 2016

PLM 117 MY 8TH AND 9TH GRANDCHILDREN



Tahun 2015 aku menerima 3 cucu sekali..... dan tahun 2016, sekali lagi Allah mengurniakan aku dengan dua orang cucu lagi. Kali ini lebih menarik sebab kelahirannya dalam jarak 2 hari sahaja.
  • Muhammad Hadeef Asfa bin Muhammad Noor Hafiz  (ibunya: Aisyahnur binti Toharudin) dilahirkan pada 11 September 2016 bersamaan dengan 9 Zulhijjah 1437H iaitu sehari sebelum Hari Raya Eidul Ad-ha (Raya Haji)
  • Putri Maisya binti Muhammad Asyafiq (ibunya: Atikah Nur Ezzaty binti Toharudin) dilahirkan pada 13 Sep 2016 bersamaan dengan 11 Zulhijjah 1437H  iaitu sehari selepas Hari Raya Eidul Ad-ha (Raya Haji).

Cucunda Hadeef lahir di Hospital ATM Tuanku Mizan pada 11 Sep dan di bawa balik pada 12 September. Manakala Maisya dilahirkan pada 13 Sep 16 dan di bawa pulang pada 15 Sep 2016. Pada 14hb Sep aku berangkat ke Lubnan untuk tugasan selama seminggu. Aku hanya melihat Maisya pada 22 Sep 16 setelah pulang dari Lubnan.

Berikut adalah 6 cucu-cucuku yang terdahulu:
  1. Muhammad Aqeef Waqas bin Mohd Farihan dilahirkan pada hari Isnin, 26 Zulqaedah 1432 bersamaan 24 Oktober 2011. (ibunya: Nur Fairiz Fazeera binti Toharudin)
  2. Wafa Firdaus binti Muhammad Hafeez Firdaus dilahirkan pada hari Rabu, 4 Syawal 1433 bersamaan dengan 22 Ogos 2012. Wafa meninggal dunia pada hari  9 Jun 2013 dalam satu kemalangan jalan raya di Wangsa Maju. (ibunya: Musfirah binti Kader)
  3. Auny Humayra binti Muhammad Nor Hafiz dilahirkan pada hari Sabtu 11 Muharram 1434 bersamaan dengan 24 November 2012. (ibunya: Aisyahnur binti Toharudin)
  4. Muhammad Aariq Waqas bin Mohd Farihan dilahirkan pada hari Jumaat 23 Zulqaedah 1434 bersamaan 27 September 2013. (ibunya: Nur Fairiz Fazeera binti Toharudin)
  5. Sayf bin Muhammad Hafeez Firdaus dilahirkan pada hari Ahad, 28 Rabiul Awal 1436 bersamaan 18 Januari 2015. (ibunya: Musfirah binti Kader)
  6. Nur Aralyn Raisya binti Mohd Farihan telah dilahirkan pada 1 Ramadhan 1436 bersamaan dengan 18 Jun 2015. (ibunya: Nur Fairiz Fazeera binti Toharudin)
  7. Putra Afi bin Muhammad Asyafiq telah dilahirkan pada 26 Ogos 2015 bersamaan dengan 11 Zulqaedah 1436H. (ibunya: Atikah Nur Ezzaty binti Toharudin)

Semoga Allah memeliharamu dan melindungimu wahai zuriatku daripada godaan syaitan yang membawa kehancuran.

Jadilah insan yang taat kepada Allah, RasulNya dan kedua ibu bapamu. AaMiinn




Sunday, October 16, 2016

PLM 116 MY MARRIAGE: FIRST SIGHT LOVE

my
first sight luv


Setiap kali berlangsungnya acara sukan seperti Sukan Olimpik, Sukan Asia, Sukan SEA atau SUKMA, otakku akan mengimbau kenangan lama yang menjadi titik penting dalam sejarah hidupku.

Dalam hidup aku langsung tiada pencapaian dalam acara sukan. Paling terer wakil sekolah ke MSSD. Itu pun hangcaiiii luncai....berkecaiiii. Peringkat pusingan pun dah kecundang.

Pernah terbaca kata-kata Prof Diraja Ungku Aziz..."budak kampung (Melayu) dulu lemah/mundur dalam akademik dan sukan bukan kerana mereka bodoh, lemah atau malas tapi mereka tidak diberikan makanan berzat dan berkhasiat".


Tapi......, Sukan ada kesah nostalgik tersendiri dalam riwayat hidupku.


Image result for stadium batu pahat johor
Stadium Batu Pahat

CINTA PANDANG PERTAMA

Dari mana datangnya lintah
Dari sawah turun ke kali
Dari mana datangnya cinta
Dari mata turun ke hati

Stadium Daerah Batu Pahat, Jalan Ampuan. Di situlah aku menemui jodoh yang berputik dari cinta pandang pertama. Semasa menyertai olahraga MSSD di Stadium ini (semasa aku belajar dalam Tingkatan 4 tahun 1975), aku berkenan dengan seorang gadis pelajar ayu Tingkatan 3 dari Sekolah Menengah (Perempuan) Temenggong Ibrahim (TIGS) yang bernama Adibah binti Taha. Pelajar tersebut merupakan peserta dan jaguh pecut 100 meter dan 4 x 100 meter yang mewakili TIGS.

Aku mewakili sekolah dalam acara Lempar Cakera.

Aku tahu namanya Adibah melalui pengacara sukan yang mengumumkan nama peserta dan mengumumkan pemenang.  Bila sudah ada perasaan tertentu terpahat di hati, apabila nama Adibah di panggil atau diumumkan, jantungku turut berdebar-debar.



Image may contain: outdoor  
Image may contain: sky, outdoor and nature  
Image may contain: outdoor  
Sekolah Menengah Perempuan Temenggong Ibrahim, Batu Pahat
,
Sejak itu...walaupun tidak pernah lagi bersua, apalagi nak bertemu, hatiku tidak pernah melupai gadis itu...aku menyimpan tekad, satu hari nanti Adibah adalah milikku. Dari sumber tertentu, aku dimaklumkan bahawa Adibah juga telah mewakili Daerah Batu Pahat di peringkat MSSJ dan mewakili Johor di peringkat MSSM.

Tapi, perasaan tinggal perasan sahaja.  Tiada 'follow up'.  Bukan apa, zaman itu mana ada handphone.  Nak approach memang tak mampu lagi.  Maklumlah, aku budak sekolah kampung, dia pulak gadis bandar.  Sekolah orang putih pulak tu. Bukan takut tidak dilayan, mungkin dia tak pandang pun. 

Nak tulis surat, ehem... mana aku nak cari alamat rumah dia? nak tanya kat sapa?... Maka, separuh dari  perasaan tersebut aku tinggalkan di Stadium Jalan Ampuan setelah tamat sukan.  Namun separuh lagi aku bawa pulang.

Teringin juga nak tulis surat ke alamat sekolah, tapi pasti (gerenti) tak kan sampai....masa tu kalau ada surat (persendirian) di alamatkan ke sekolah akan dibuka oleh cikgu, kena tapis. Kalau ada yang kena tangkap 'berutus surat' dengan mana-mana girl friend atau boy friend akan mengadap guru disiplin. Kadang-kadang pihak sekolah akan buat operasi mengejut memeriksa beg sekolah, jika terdapat pelajar yang disyaki.

Aku juga teringat kesah masa aku sekolah rendah dulu. Kakak aku Rahimah kena belasah setengah mati oleh bapak aku kerana tertangkap menerima surat cinta dari seorang lelaki yang tidak dikenali.

Tahun berikutnya (1975), aku dalam Tingkatan 5 dan sekali lagi mewakili sekolah dan begitu juga dengan Adibah.  Bila terpandang wajahnya, perasaan lama berbunga kembali. Emmm...dah setahun tak nampak, dia semakin cantik. Masalahnya, budak kampung ini tetap penakut dan pemalu, tak berani juga nak approach.

Bila acara sukan tamat, kali ini perasaanku semakin kuat untuk mencari jalan untuk menghubunginya.  Kebetulan, sepupuku Shamsiah yang belajar dalam Tingkatan 4 Sains di SDBL tinggal di asrama TIGS.  So, bila dia balik week-end, aku cuma berani kirim salam sahaja. Lama-lama berani kirim surat.  Walaupun setiap bulan aku menulis surat (aku pun tak ingat apa yang aku tulis dulu), dia tak pernah balas pun, tapi dari tindakbalas yang tidak membantah atau menolak, maka aku anggap sebagai 'silence agreement'. 

Akhirnya aku mendapat alamat rumahnya.

Setelah tamat SPM aku ke Alam Shah dan UTM, aku terus menghubunginya dengan surat hampir setiap bulan.  Agaknya bila status aku naik jadi mahasiswa, maka saham aku turut naik. Atau, dia ada sedikit kebebasan apabila tidak lagi belajar di TIGS. Kali ini dia mula membalas walaupun 3-4 bulan sekali.  

Di penghujungnya, aku dapat bercakap melalui telefon.  Tetapi sekali sahaja. Aku pinjam telefon di rumah Ayong (jiran rumah sewa aku di Bukit Keramat).

Aku tak ingat tahun berapa, tapi mungkin 1977 atau 78, masa raya aku dengan kawan-kawan sekolah memberanikan hati beraya ke rumah Adib di No. 33, Jalan Dato' Wan Idris, Kampung Merdeka. Pertama kali tenguk wajah dia secara berhadapan (sebelum ni tengok dia dari jauh di padang stadium) dan berkenalan dengan emak dia. Walaupun pertama kali datang, emak dia melayan kami dengan baik dan mesra.

Kebetulan semasa aku di UTM (1978/79), aku tinggal di rumah sewa di Lorong Bukit Keramat 4, salah seorang housemateku bernama Abdul Shukor bin Abdul Aziz (juga coursemate Architecture).  Dia berasal dari Jalan Ros, Kg Istana, Batu Pahat. 

Satu malam, kami berdua berbual-bual di beranda rumah tentang kesah dirinya dan kampung halamannya. Katanya, dia selalu bermain dengan adik kepada tuan rumah di depan rumah dia.  Nama tuan rumah tersebut ialah Cikgu Ismail dan isterinya Kak Chom. Adik lelaki Kak Chom yang bernama  Aman dan Zul sebaya dengannya dan selalu datang ke situ dan bemain bersama-sama.  Shukor juga bercerita, Kak Chom ada adik perempuan yang cantik bernama Adibah.  Dia kata lagi, Adibah bersekolah di TIGS dan terkenal dengan kehandalannya dalam bidang  sukan olahraga. Berderau darah aku mendengarnya. Tapi aku dapat menyembunyikan perasaanku dan membiarkan dia terus bercerita.  Dari situlah aku baru tau yang ayah Adib seorang yang bertitle Dato'.

Aku lupa bila masa aku bagi tau Shukur yang aku 'ada hati' dengan Adibah.  Tapi lepas tu, dia memang baik dengan aku dan selalu kata aku bertuah dapat girl friend macam Adibah. Bila cuti raya, aku beraya ke rumah dia... tapi tak pulak pernah nampak Adibah datang ke rumah Kak Chom.

Setelah gagal UTM dan aku masuk kedet di SPK Port Dickson, hubungan kami berterusan. Malah Adib adalah insan yang membakar semangatku untuk 'kuat' menempuh cabaran getir menjalani latihan di SPK. Dia tetap bangga, walaupun aku gagal dari UTM aku mempunyai semangat untuk menjadi pahlawan negara. Masa itu, dapat boy friend Leftenan Muda dikira gadis yang bertuah.

Pernah di satu hari (mungkin tahun 81), dia dan Fauziah (anak Kak Chom) datang ke rumahku di kampung,  itu lah kali pertama ayah ibuku melihat wajah 'girl friend' ku. Tapi nampak kerisauan di wajah kedua ibu-bapaku kerana girl friend aku anak orang besar, anak Dato'.  Tau je lahh.. orang kampung. Sudah tentu takut untuk berbesan Orang Besar (VIP) nanti. 

Tamat SPK aku ke TUDM Kluang menjalani latihan penerbangan dan kemudian ke TUDM Kuching. Hubungan kami semakin intim.  Surat tetap penghubung utama.  Telefon hanya sesekali sahaja. Semasa menjalani latihan kedet memang tiada peluang nak telefon, begitu juga masa latihan penerbangan.  Semasa aku bertugas di TUDM Kuching lah aku buat keputusan untuk meminta orangtuaku menghantar pinangan.  

Majlis Pertunangan
16 Ogos 1982

Sepanjang aku berkenalan dengan Adibah pada tahun 1976 kami hanya berutus surat sahaja dan sesekali bertelefon.   Kali pertama kami 'dating' ialah beberapa bulan sebelum keluargaku menghantar cincin pinangan kerana nak berbincang tentang tarikh peminangan.

Aku bercuti dari Kuching.  Tunggu dia di Jalan Rogayah (dekat kedai kopi sebelah stesen bas Batu Pahat).  Patutnya nak dating, boy friend la yang jemput girl friend.  Tapi dalam kes ni, boy friend haprak, lesen memandu pun tak ada, apa lagi kereta. Jadi, girlfriend la yang datang jemput.  Itulah kelebihan ada girl friend orang berada. Dia dah ada lesen memandu.  Aku tak ingat kereta jenis apa, mungkin Mini Cooper.

Kami 'dating' di Tasik Merdeka, Batu Pahat. KAKU. 

Rombongan peminangan ke rumah ibu bapa Adibah pada 16 Ogos 1982.  Masa tu keluarga Adib dah berpindah dari Kampung Merdeka ke Taman Broleh.  Pinangan diterima, tempoh satu tahun, wang hantaran RM2000 serba satu.

Selepas bertunang, aku kembali ke Kuching sehingga balik ke Semenanjung pada bulan April 1983 untuk berkursus di Kinrara. Kami dinikahkan pada 16 Oktober 1983 di rumah No 4, Jalan Seladang, Taman Broleh, Batu Pahat.

Maka kekallah perkahwinan kami hingga ke hari ini.

Keluarga Adibah

Isteriku bernama Adibah binti Haji Taha  atau lebih mesra dengan panggilan  'Adib' sahaja. Adib dilahirkan pada 16 Disember 1960 di Hospital Batu Pahat, Johor.

Ayahandanya bernama Dato' Haji Taha bin Haji Zakaria (1917 - 1989) dan ibunya Datin     Hajah Habibah binti Hj Abd Hamid (1925 - 2009). Almarhum ayahandanya pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Johor (N17- Rengit antara tahun 1955 - 1964) dan Ahli Majlis Mesyuarat (EXCO) Kanan (Pengerusi Jawatan Kuasa Pertanian) Negeri Johor. Almarhum juga  pernah menjawat Timbalan Menteri Besar Johor (semasa Allahyarham Tan Sri Hassan Yunus sebagai MB Johor).  Sebelum menyertai politik dan terlibat dalam perjuangan untuk mencapai kemerdekaan Tanah Melayu, almarhum adalah seorang guru agama dan peniaga kecil.
  

Setelah bersara dari politik, selain dari menjalankan perniagaan, almarhum mengajar (memberi) kuliah agama di masjid-masjid di Kluang dengan menggunakan kitab. Ayahanda mertuaku meninggal dunia di Batu Pahat dalam tahun 1989 semasa aku duduk di Shah Alam manakala bonda mertuaku meninggal dunia pada tahun 2009 di Johor Bahru. Semoga Allah merahmati ruh kedua-nya.







Adibah mempunyai 7 adik beradik seibu sebapa iaitu Daud, Omi Kalsom, Zainab, Abdul Rahman Putra, Zulkifli dan Khalidah.  Selain dari itu Adib mempunyai seorang abang dan lima lagi adik dari ibu yang berlainan. Kakak-kakak isteriku, membahasakan diri mereka sebagai 'abang'- sama seperti yang lelaki.  

Dato' Hj Daud bin Dato' Hj Taha @ Bang Atan (almarhum).  Panggilan keluarga untuk almarhum ialah Abang Atan. Almarhum Daud adalah Ahli Parlimen Batu Pahat dari 1982 hingga  1995 dan pernah menduduki jawatan Pengerusi J.Kuasa Kira-kira Wang Awam (PAC), Timbalan Menteri Perusahaan Awam (1984-1990) dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (1990-1995) sebelum bersara dari politik. Menjadi Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat dari 1984-1993. Meninggal dunia pada 19 April 2013 (73 tahun). Balu almarhum ialah Datin Hajjah Kamariah binti Hj Mahmud. Mempunyai 9 orang anak; Andrina, Azahari, Afidah, Athira, Amira, Mohd Ariffin, Mohd Abduh, Ani Zamariah dan Zuriati.

Hajjah Omi Kalsom binti Hj Taha. Panggilan keluarga adalah Kak Chom atau Ba Chom. Suaminya Tuan Haji Ismail bin Abd Rahim telah meninggal dunia pada tahun 20xx. Mempunyai 4 orang anak; Fauziah, Ghazali (meninggal dunia- 1985), Fizwani dan Dalila.

Hajjah Zainab binti Hj Taha. Panggilan keluarga ialah BeNab. Beliau berkahwin dengan Haji Mohd Abu bin Hj Ali (Kolonel bersara), bekas seorang pegawai Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan mempunyai tiga orang anak; Maniza, Mohd Azani dan Mazila.

Datuk Hj Abdul Rahman Putra bin Hj Taha.  Abdul Rahman berkelulusan ijazah Undang-undang dari University of Auckland.  Beliau pernah menjadi Penasihat Undang-undang (LA) Negeri Melaka, Ketua Pendakwa di Perak, Penolong Pengarah di Jabatan Peguam Negara, Penasihat Undang-undang di Suruhanjaya Sekuriti, Penasihat Undang-undang Negeri Johor dan Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia. Berkahwin dengan Datin Hajjah Narimah binti Hj Iwan dan dikurniakan 4 orang anak; Abdul Hakeem Putra, Abdul Haleeq Putra, Nur Fahimah dan Nurul Aiman.

Zulkifli bin Hj Taha. Berkahwin dengan Norliza binti Muhammad dan dikurniakan 6 orang anak; Zulfahraida (Fara), Muhammad Zulhilmi, Nurul Hanan, Umie Nazurah,  Muhammad Fadhly, Ahmad Haidir dan Nur Alya.

Hajjah Adibah binti Hj Taha.  isteriku

Khalidah @ Yan binti Hj Taha.  Kini menetap di Holland. Telah berumahtangga dan dikurniakan 3 orang anak; Sara, (meninggal dunia) dan Zariff.

Selain dari itu, Adib juga mempunyai beberapa lagi adik beradik berlainan ibu.  Antara maklumat ini aku perolehi dari buku catatan ayahanda mertuaku.

Abd Jalil bin Hj Taha (almarhum (dari ibu bernama Khadijah). Meninggal dunia pada tahun 2016.
Jalilah binti Hj Taha (juga dari ibunya Khadijah).  Dicatatkan bahawa Jalilah ini meninggal semasa kecil.
Abd Razak bin Hj Taha (dari ibu bernama Rahmah binti Hj Idris) - bertugas sebagai guru di Sarawak. Meninggal dunia di Kuching pada bulan Julai 2014 akibat penyakit barah.
Azahana binti Hj Taha (dari ibunya Rahmah). Ana meninggal dunia semasa berusia 19 tahun akibat kemalangan jalan raya.
Siti Aisyah binti Hj Taha (dari ibunya Rahmah).  
Baharudin bin Hj Taha (dari ibunya Rahmah).
Rasyidah binti Hj Taha (dari ibunya Rahmah).
Nur Izzaty binti Hj Taha (dari ibunya Rahmah).  

Adibah juga mempunyai seorang adik angkat bernama Siti Salwa. Salwa telah berumahtangga dengan Salleh Ahmad (bekas tentera) dan kini menetap di Johor Bahru.

Makcik Rahmah menetap di No 51, Jalan Masjid, Kampong Baharu, 86000 Kluang. Semoga Allah memberi kesihatan dan ketabahan kepada Mak Cik dan anak-anak menempuh segala cabaran.

Aku mohon maaf kepada abang-abang dan adik-adik ipar/tiriku yang berlainan ibu kerana tidak berjaya merapatkan keluarga kami.  Aku telah berusaha biarpun tanpa direstui.  Aku gembira kerana anakku (Hafeez) mempunyai hati yang lebih terbuka dan tidak terpengaruh dengan krisis domestik.  Dia berusaha sendiri mengesan, menjejaki dan merapatkan diri dengan keluarga nenek/atuk (tiri) dan makcik-cik tirinya. Akhirnya dapat juga bertemu dan beraya di rumah Mak Cik Rahmah pada tahun 2009 (biarpun menggunakan jalan helah dan paksa).  Mak Cik dan anak-anak juga datang semasa perkahwinan anakku Fazeera pada 25hb Sep 2010 dan juga perkahwinan Aisyahnur pada 19 Nov 2011.

Zaman Kanak-kanak

Aku tidak banyak mengetahui cerita Adib di zaman kanak-kanak kerana dia tidak suka bercerita perihal dirinya di zaman tersebut.  Begitu juga zaman persekolahannya.

Peristiwa Hitam

Setelah bertunang, aku balik bertugas ke Kuching.  Jadi, setiap kali aku balik cuti ke Semenanjung aku akan menziarahi tunangku.  Terus ke rumah je, tak de dating-dating. Dalam salah satu cutiku, dan seperti biasa menziarahi tunang dan bakal mertuaku.  Telah berlaku peristiwa yang mengganggu ketenteraman tunangku.

Adib diserang penyakit ganjil, gangguan rohani.  Tidak sedarkan diri dan meracau.  Kami memanggil seorang jiran (Pak Mail) yang mengetahui perkara-perkara berkaitan untuk mengubatinya (sekarang dipanggil perubatan alternatif). Kalau dipegang untuk dibacakan ayat-ayat suci Al Qur'an, tubuhnya akan menjadi kuat dan melawan.

Seminggu aku 'tersangkut' di rumahnya dan tak sempat memberitahu ibuku dikampung, kerana tiada talian telefon di kampung.  Akhirnya, aku dapat berjumpa salah seorang sahabatku (Ustaz Jamaludin) yang mengajar berhampiran (Kg Kenangan Datuk Onn) untuk menyampaikan pesanan kepada keluargaku tentang peristiwa itu.  Kemudiannya, ibu bapaku datang melawat.

Seminggu selepas itu, apabila keadaan beransur pulih, cutiku pun dah habis, aku pulang ke Kuching.  Alhamdulillah, semuanya OK sehingga hari perkahwinanku.TAPI, OK tu tak la sebenar-benar OK. sampai sekarang, dah masuk hampir 30 tahun (2011), masih ada kesan benda tu dalam dirinya.  Masih banyak yang tak kena.


.
Malam Berinai 
(15 Okt 1983)


x


Majlis Pernikahan
(16 Okt 1983)

Aku dinikahkan dengan isteriku pada 16 Oktober 1983   di alamat No 4, Jalan Seladang, Taman Broleh, Batu Pahat. Majlis akad nikah dilaksanakan oleh jurunikah Haji Zainudin bin Munajat.  Salah seorang saksi nikah di pihak perempuan ialah Dato' Hj Mohd Salleh bin Hassan Farid (Dato' Seri Utama DiRaja, Selangor), bekas Imam Besar Masjid Negara (1966-1974) dan bekas Mufti Kerajaan Negeri Selangor (1974-1976) .  Tak tahu, rupanya beliau (almarhum) ada kaitan persaudaraan dengan keluarga isteriku.





Majlis 'reception' dan persandingan pada petang itu juga. Majlis resepsi dibuat dua kali, sebelah petang memakai pakaian tradisional Melayu dan sebelah malam, memakai pakaian Istiadat Ketenteraan. 'SWORD BEARERS'. Bestman aku ialah rakan sekursus aku, LtM (U) Sulaiman Idris. Di antara tetamu yang hadir pada malam itu ialah Dato' Abdul Ajib bin Ahmad (almarhum), Menteri Besar Johor dan isteri serta beberapa orang kenamaan yang lain.

x


Majlis Perkahwinan (Siang) Di Taman Broleh
16 Okt 1983


Terima kasih sahabat2ku sekursus Asas Peg Logistik Siri 22, ITU Kinrara kerana sudi menyempurnakan Sword Bearer untukku... satu sen pun aku tak bagi. Aku dengar sekarang kalau nak kumpulan sword bearer, mereka demand at least 100-200 seorang, sediakan rumah sewa/bilik hotel dan sebagainya.

Terima kasih....LtM(U) Sulaiman Idris (bestman), LtM (U) Radzali Ratin, LtM(U) Abu Hanifah Hussein, LtM (U) Muhammad Sakir, LtM(U) Razali Rogigan, LtM(U) Borsra Abd Wahab dan LtM(U) Yusnillah Mohd Yunus.

Majlis Perkahwinan (Malam) Di Taman Broleh
16 Okt 1983


Kumpulan pembawa pedang (sword bearers) dari kiri: Lt M (U) Mohd Yusnillah, Lt M (U) Abu Hanipah, Lt M (U) Muhammad Sakir, Lt M (U) Razali A.Rogigan,  LtM (U) Borsra Abd Wahab dan LtM (U) Radzali Ratin.
Pengapit: LtM(U) Sulaiman Idris (tiada dalam gambar)


Majlis Perkahwinan Di Parit Lapis Mahang
17 Okt 1983

x

Melihat gambar-gambar di atas, bukan sahaja nostalgik tapi menyayukan. Rewang atau gotong-royong adalah lambang kerjasama masyarakat kampung. Lebih 30 tahun lalu. Majoriti pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang ada dalam gambar-gambar di atas telah pergi untuk selama-lamanya. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa mereka dan melimpahi ruh mereka hingga ke akhirat kelak.


x


Semoga kedua-dua ibu dan bapa mertuaku dianugerahi rahmah dan keampunan oleh Allah swt, diluaskan dan terangkan ruang alam barzahnya, dipermudahkan urusan Mahsyarnya dan disegerakan perjalanan ke syurga.

Sunday, February 21, 2016

PLM 115 TERKENANG DI MASA LALU

TERKENANG
KEHIDUPAN ZAMAN KANAK-KANAK
.
Tajuk ini mula ditulis pada 21 Feb 2016. Sekejap saja tahun 2016 sudah memasuki bulan Februari (tapi tulisan ini diterbitkan agak lewat kerana penulisannya mengambil masa yang lama).

Begitu pantasnya masa berjalan. Usia semakin pendek. Satu demi satu kelahiran cucuku sendiri, cucu-cucu dari anak-anak saudara, perkahwinan anak-anak saudara menambah lagi petanda bahawa usia semakin tua. Pada 7 Feb 16, anak saudaraku (anak perempuan kepada Khairiah) yang bernama Fatin Fadhwana binti Mohd Safingi telah selamat diijabqabulkan dengan Mohd Arif bin Mohd Yunus.

Ditambah lagi dengan berita kematian saudara mara dan sahabat handai terdekat dan juga kenalan semasa bertugas. Juga melambangkan bahawa aku juga sedang menuju ke tarikh tersebut yang hanya diketahui oleh Allah swt. Baru sebulan lebih yang lalu (9 Dis 15), aku kehilangan ayahanda tercinta.

Semoga Allah swt terus menghapuskan sifat-sifat burukku dan mengakhiri dengan semua yang baik (khusnul khotimah).

Dalam beberapa hari di awal Februari ini, satu persatu kenalanku yang meninggalkan dunia yang fana ini. Antaranya:
  • Lt Kol (B) Mohd Amin Hj Suradi TUDM (bekas juruterbang helikopter) pada 3 Feb 16.
  • Lt Kol Hj Tofroweh bin Mohd Amin (JLJD), rakan sejemaah yang sangat aktif di Surau Luqman Hakim pada 4 Feb 16. Almarhum merupakan juniorku satu intake di SPK Port Dickson. Aku TJP37 dia TJP38. Satu Batalion Kasturi. Beliau telah mengalami penyakit barah usus atau perut dan telah menerima rawatan pakar sejak lebih 2 tahun. Tugasnya yang terakhir dalam ATM ialah sebagai Pegawai Teknikal dalam Tim Projek Kenderaan Armor 4 x 4 di Ankara, Turki. Setelah menghidapi penyakit berkenaan beliau diberi cuti sakit selama setahun untuk rawatan pakar. Kami jemaah Surau Luqman Hakim memang terasa kehilangan beliau.
  • Dato' Seri Mohd Khalid bin Shariff (mantan TKSU MINDEF, mantan KSU KDN).
  • Ar Haji Mohamad Yusuf Purnawarman bin Haji Mohamad Hasan di Jakarta (8 Feb). Almarhum Mohamad Yusuf (panggilan Pak Yus) merupakan rakan sekelasku Jun tahun 1977 hingga Mei 1979) semasa mengikuti kursus Senibina di UTM Jalan Sultan Yahya Petra (dulu Jalan Gurney, kemudian ditukar jadi Jalan Semarak). Pak Yus merupakan anak kepada mantan Ketua POLRI (Jen Mohamad Hasan). Kalau di Malaysia, IGP. Apabila aku meninggalkan UTM pada tahun 1979, kami terus terpisah. Tetapi dihubungkan semula melalui facebook dan grup whatsapp lebih kurang tahun 2010/2011. Kemudian kami bertemu sekali untuk sessi teh tarik dan roti canai di sebuah kedai mamak di Jalan Yap Kwan Seng pada 22 Sep 2012. Itulah kali terakhir kami bertemu. Semoga Allah swt merahmati ruhmu wahai sahabatku Mohamad Yusuf.


terakhir bersama almarhum Pak Yus (22 Sep 12)


Manusia ini sentiasa dan tak pernah berpuas hati dengan apa yang dimilikinya. Termasuk juga kehidupannya. Manusia itu termasuklah diriku.

Jangan cakap pasal harta benda yang kita cari dan usaha sendiri. Yang nikmat pemberian Allah pun kadang tak pernah berpuas hati. Masa zaman kanak-kanak dulu, rasa macam lambat sangat nak besar, nak kerja, nak kawin, nak ada anak. Masa terus berjalan.

Bila dah tua, anak dah besar-besar, dah ada cucu, mulalah berasa cepat sangat masa berjalan. 50 tahun macam baru beberapa tahun lepas sahaja.

Pada malam 6 Feb 16 itu, aku dapat menghubungi beberapa orang rakan sekelas di SRS dan STMI untuk minum teh/kopi di warung Parit Mahang.
.

bertemu rakan sekelas (1966-1976)
dari kiri: Hj Adam Sani, Sarip Rosman, aku, Hj Khir Sarikin dan Johari Ekak.
(yang depan tu anak Johari)

Terkenang zaman kanak-kanak, enjoy bersama kawan-kawan. Bila hujung minggu, naik basikal beramai-ramai ke pekan (Parit Raja/Rengit/Senggarang), pasar malam, memancing kuala sungai Pt Botak atau Punggur, menonton wayang gambar - Jabatan Penerangan di Balai Raya atau filem Indonesia di kampong-kampong jiran (secara terbuka, biasanya di padang-padang sekolah)- anjuran Persatuan Belia tempatan.

Itulah hiburan waktu itu. TV adalah satu peralatan yang ekslusif/mewah bagi masyarakat kampong waktu itu. Mobile phone masih belum wujud lagi.  Malah istilah itu tidak pernah terlintas pun akan wujud. Pondok telefon berdail pun sukar ditemui. Hanya ada satu atau dua dalam satu Mukim??. Perkataan teknologi pun masih belum pernah didengari waktu itu.

Terlalu banyak untuk dikenang tentang kehidupan zaman kanak-kanak. Antara permainan dan aktiviti kanak-kanak di tahun 60an dan awal 70an adalah seperti berikut:

Tengok Wayang Penerangan

Ini adalah hiburan yang jarang diperolehi sewaktu dalam zaman kanak-kanak dalam tahun 1960an. Mungkin 3-6 bulan sekali van Jabatan Penerangan Daerah BP akan datang ke balai raya Parit Lapis Mahang. Orang kampung akan datang sekeluarga membawa tikar atau kertas surat khabar untuk dijadikan alas duduk. Ada yang bawa makanan ringan.

Mula-mula akan ditayangkan filem (movie) tahun 50an atau 60an atau filem dokumentari tentang pembangunan negara. Biasanya menunjukkan aktiviti pemimpin negara terutamanya almarhum Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak.

Sampai di tengah-tengah tayanga filem akan dihentikan. Pegawai Penerangan akan memberikan taklimat hal ehwal semasa seperti pendaftaran untuk membuat kad pengenalan, pilihan raya umum, tanam semula getah, tawaran ke tanah rancangan dan sebagainya.

Pada masa itu, penduduk kampung yang mempunyai jiwa intrepeneurship akan menjalankan perniagaan kecil-kecilan seperti menjual kueh mueh, apam balik, air batu dan sebagainya. Antara peniaga kecil yang gigih pada masa itu ialah Lek Yahmin (orang Pt Kadir) yang menjual apam balik. 

Bagi penyangak kampung, masa itu juga mereka mengambil peluang memasuki rumah orang kampung untuk mencuri wang, barang kemas, ayam tenakan, telur atau getah keping.

Masa itu, kes penyalahgunaan dadah ini masih di tahap rendah. Kalau ada pun antara mereka mengambil ganja sahaja. Tapi tidak di tahap serius atau penagihan.


  



Mancing Ikan Parit

Ini bukan aktiviti hobi atau hujung minggu tapi kegiatan mengisi masa semasa menoreh getah. Selepas selesai menoreh kira-kira jam 8.30 pagi dan sementara menunggu getah dalam cawan siap untuk dipungut, lebih kurang sejam, kalau tak ada kerja lain seperti menebas semak atau memetik kopi atau baring-baring berehat kat bawah pokok getah (kena buat unggun api untuk halau nyamuk) kami adik beradik akan memancing ikan di parit sempadan kebun. Lebar parit hanya sekali setengah shaja, dan dalamnya dalam dua kaki. Antara ikan yang ada dalam parit tersebut ialah ikan puyu (Jawa: betik/betuk), ikan pelaga (Jawa: tempolong/polong), ikan sepat, seluang/sisik tebal (Jawa: wader). Umpan yang digunakan ialah cacing.
.

Main Konda Kondi (Ogok Ilit)
.
Satu lagi permainan anak-anak kampung aku (bagi yang di bawah 15 tahun) adalah main ogok ilit. Ogok ilit ini adalah istilah bahasa Jawa yang membawa maksud 'jolok bontot'. Permainan ini boleh dilakukan di halaman rumah atau di bawah pokok (kebun getah) yang lapang. Ia hanya memerlukan sebatang kayu panjang lebih kurang 2 - 3 kaki dan satu lagi potongan kayu sepanjang setengah kaki (6 inci). Kita hanya menggali satu lubang kecil sebesar buah koko.

Permainan ini boleh secara individu mengikut pusingan. Permainannya ialah dengan meletakkan kayu pendek 6 inci tadi melintang atas lubang dan pemain pertama akan mencungkil/menyungkit kayu pendek tersebut dengan kayu panjang tadi. Peserta kedua akan menunggu di hadapan (jarak yang bersesuaian). Pemain akan menyungkit sejauh yang mungkin dan mengelakkan dari ditangkap oleh peserta kedua. Jika peserta kedua dapat menangkap kayu yang disungkit, maka peserta pertama tadi akan dikira mati (kalah) dan giliran akan bertukar kepada pemain kedua. 

Jika pemain kedua gagal menangkap maka pemain pertama akan mula mengira mata dengan mengira jarak dari lubang hingga ke tempat kayu kecil tadi jatuh, Jarak diukur dengan menggunakan kayu pencungkil tadi. Kemudian peerta kedua akan menyungkit dan pemain ketiga menunggu di hadapan. Begitulah seterusnya sehingga beberapa pusingan. Pemenang adalah yang berjaya mengumpulkan jumlah ukuran paling jauh/banyak.





Main Bola Rounders (Rondos)

Main Rounders ini adalah berasal dari negara barat. Istilah Jawa menyebutnya sebagai Rondos. Biasa dimainkan oleh kanak-kanak perempuan. Ada juga kanak-kanak lelaki yang main.

Panjang nak explain cara permainan ini. Sila baca/rujuk di dalam websait berikut:

http://sport.10terbaik.com/2012/11/peraturan-cara-bermain-rounders_27.html

  






Air Batu Bongkah

Zaman aku kanak-kanak tiada peti sejuk atau refrigerator. Hanya di pekan-pekan sahaja ada kilang atau kedai air batu. Jadi kedai-kedai kampung yang berniaga air batu kacang atau cendol akan membeli ais bongkah besar dari pekan. Ais ini dipotong-potong kiub sebesar 6 inci x 6 inci. Air batu bongkah ini disimpan dalam tong kayu bersama habuk kayu gergaji supaya tahan lama. 

Orang kampung yang mahu minum air sejuk akan membeli ais bongkah ini dengan harga 20 sen.

Bila bulan Ramadhan (Puasa) terdapat kanak-kanak (yang juga rakan-rakan sekolahku) yang agak berjiwa usahawan (entreprenaurship) menjadi menjaja air batu bongkah dengan menaiki basikal dari kampung ke kampung. Mereka meletakkan tong kayu berisi habuk kayu gergaji dan mengisi dengan air bungkah.  Mungkin boleh mengisi dalam 10 ketul ais.





Ais Kepal

Dulu, cendol memang sudah ada tapi Ayer Batu Campor  (ABC) tidak disediakan seperti sekarang. ABC sudah ada, tapi masa itu warung amat kecil dan tempat duduk amat terhad. Jadi budak2 lebih suka membeli dan terus pergi sambil bermain.

Ia sangat simple. Air batu yang diparut dikepal-kepal menjadi bulat. Kemudian di letak susu pekat, sirap dan air gula merah. Cukup. Sususd an gula tersebut akan meresap dalam kepalan ais tadi. Pegang di tangan dan sedut/hisap sambil berjalan.


.

Mandi Parit

Mandi parit adalah sesuatu yang sukar diperolehi di zaman ini walaupun di kampung-kampung. 


Baling Selipar


c



Campak Congkak

Congkak lebih digemari oleh kanak-kanak perempuan sehingga dewasa. Ia permainan mengisi masa lapang waktu rehat. Ia boleh dimainkan di dalam rumah atau di halaman rumah atau kawasan redup di bawah pokok. Walaupun permainan tradisi ini telah pupus dari aktiviti masyarakat Melayumkampung ia masih wujud dalam situasi berbeza.

Ia masih dikekalkan sebagai acara pertunjukkan kepada pelawat atau pelancung di pusat-pusat kebudayaan.

 


Main Tikam-Tikam


Tikam-tikam tanpa disedari adalah asas atau pendedahan amalan judi yang di ajar kepada kanak-kanak Melayu. Sekali siat untuk membeli satu NOMBOR sama ada berharga 5 sen atau 10 sen. Hadiahnya sama ada duit siling, mercun, permainan, gula-gula dan sebagainya. Namun kemungkinan untuk mengena agak rendah. Mungkin setelah membeli lima atau enam kali baru dapat satu hadiah. Konsepnya seperti membeli NOMBOR EKOR. Ia menjadikan kanak-kanak menjadi ketagih hingga berhabisan duit belanja sekolah hanya untuk menikam.

Biasanya Tikam-Tikam ini dijual dikedai Cina di kampung. Tapi kerana ramai yang minat, kadangkala kedai Melayu pun turut menjual. 





Tekap Gambar atau Peta

9. Tekap lukisan pakai minyak masak


Main Galah (Jelon)

10. Galah panjang

  
  



Teksi Upeh

Inilah antara jenis permainan yang telah pupus dari tradisi kanak-kanak masyarakat Melayu. Punca utama ialah kesukaran untuk mencari pokok pinang dan upehnya serta proses permodenan yang mengubah gaya hidup kanak-kanak masa kini.
.

.


Lastik Burung

Permainan melastik burung juga sudah pupus dari tradisi masyarakat Melayu. Selain dari perubahan gaya hidup hasil dari wujudnya televisyen, telefon bimbit dan komputer, perubahan sikap dan keprihatinan terhadap sikap menyayangi haiwan juga menjadi faktor utama. Melastik burung ertinya membunuh dan menyiksa hidupan liar dan unggas. Selain dari itu, ia juga berkait rapat dengan kesedaran hukum agama  tentang dosa menzalimi haiwan.

Image result for lastik burung  
  



Meriam Buluh




Gasing Pangkah




  
  

. l


Layang-layang

ayang-layang buat pakai surat khabar
  
Image result for orang main layang layang  
Image result for orang main layang layang


Main Teng Teng


xx


  



Main Sembunyi-sembunyi (Delik-delik an)
(Polis Sentri)


police and thief




Main Skipping

x

  
Image result for main galah panjang  



Lastik Getah (Tagen)

vv
 


Main Tolop

vv


Serunya Main Perang-Perangan Pakai 'Ballili'


Main Guli

x

Image result for main galah panjang
Image result for main galah panjang  


Kejar Ayam

x








Tangkap belalang kunyit di rumput



Tanya mentadak macammana orang lain tidur


Tangkap pepatung (kinjeng) guna getah nangka


Tiup belon bueh sabun atau getah pokok jarak





pokok jarak


Minum Oren Raya





Malam Sabtu: Cerita Melayu 

  

Malam Selasa: Combat (Vic Morrow dan Rick Jason)






Autograf


  
Image result for buku autograf


Filem Kodak dan Ubat Gigi Colgate







Aiskrim Malaysia








Main tudung oren (Cepe)
Main batu seremban
Main tengteng (jengkek)


Papan Batu (Papan Tulis)


x






Naik Basikal


x






TV Hitam Putih


x





Radio Transistor


x





Belanja Sekolah


x



  




Air Badak


x




 








Oren Raya


x






Kad Pengenalan


x





Lampu Picit


x






Lampu Gas (Pam)


x





Lampu Sentir


x





Dapur Kayu


x





Serbuk Cap Kaki Tiga


x





Susu Cap Junjung


x



 


Asam Pipih


x





Geometri


x









.
.
.
.
.
.
.


IKTIROF

←  PLURALISME GUS DUR, GAGASAN PARA SUFI Biografi KH Hasyim Asy’ari Pendiri NU Tebuireng Jombang  → Syair Doa Abu Nawas – Al I’tira...