Memoir Putera Lapis Mahang

Memoir Putera Lapis Mahang

Thursday, October 27, 2016

PLM 117 MY 8TH AND 9TH GRANDCHILDREN



Tahun 2015 aku menerima 3 cucu sekali..... dan tahun 2016, sekali lagi Allah mengurniakan aku dengan dua orang cucu lagi. Kali ini lebih menarik sebab kelahirannya dalam jarak 2 hari sahaja.
  • Muhammad Hadeef Asfa bin Muhammad Noor Hafiz  (ibunya: Aisyahnur binti Toharudin) dilahirkan pada 11 September 2016 bersamaan dengan 9 Zulhijjah 1437H iaitu sehari sebelum Hari Raya Eidul Ad-ha (Raya Haji)
  • Putri Maisya binti Muhammad Asyafiq (ibunya: Atikah Nur Ezzaty binti Toharudin) dilahirkan pada 13 Sep 2016 bersamaan dengan 11 Zulhijjah 1437H  iaitu sehari selepas Hari Raya Eidul Ad-ha (Raya Haji).

Cucunda Hadeef lahir di Hospital ATM Tuanku Mizan pada 11 Sep dan di bawa balik pada 12 September. Manakala Maisya dilahirkan pada 13 Sep 16 dan di bawa pulang pada 15 Sep 2016. Pada 14hb Sep aku berangkat ke Lubnan untuk tugasan selama seminggu. Aku hanya melihat Maisya pada 22 Sep 16 setelah pulang dari Lubnan.

Berikut adalah 6 cucu-cucuku yang terdahulu:
  1. Muhammad Aqeef Waqas bin Mohd Farihan dilahirkan pada hari Isnin, 26 Zulqaedah 1432 bersamaan 24 Oktober 2011. (ibunya: Nur Fairiz Fazeera binti Toharudin)
  2. Wafa Firdaus binti Muhammad Hafeez Firdaus dilahirkan pada hari Rabu, 4 Syawal 1433 bersamaan dengan 22 Ogos 2012. Wafa meninggal dunia pada hari  9 Jun 2013 dalam satu kemalangan jalan raya di Wangsa Maju. (ibunya: Musfirah binti Kader)
  3. Auny Humayra binti Muhammad Nor Hafiz dilahirkan pada hari Sabtu 11 Muharram 1434 bersamaan dengan 24 November 2012. (ibunya: Aisyahnur binti Toharudin)
  4. Muhammad Aariq Waqas bin Mohd Farihan dilahirkan pada hari Jumaat 23 Zulqaedah 1434 bersamaan 27 September 2013. (ibunya: Nur Fairiz Fazeera binti Toharudin)
  5. Sayf bin Muhammad Hafeez Firdaus dilahirkan pada hari Ahad, 28 Rabiul Awal 1436 bersamaan 18 Januari 2015. (ibunya: Musfirah binti Kader)
  6. Nur Aralyn Raisya binti Mohd Farihan telah dilahirkan pada 1 Ramadhan 1436 bersamaan dengan 18 Jun 2015. (ibunya: Nur Fairiz Fazeera binti Toharudin)
  7. Putra Afi bin Muhammad Asyafiq telah dilahirkan pada 26 Ogos 2015 bersamaan dengan 11 Zulqaedah 1436H. (ibunya: Atikah Nur Ezzaty binti Toharudin)

Semoga Allah memeliharamu dan melindungimu wahai zuriatku daripada godaan syaitan yang membawa kehancuran.

Jadilah insan yang taat kepada Allah, RasulNya dan kedua ibu bapamu. AaMiinn




Sunday, October 16, 2016

PLM 116 MY MARRIAGE: FIRST SIGHT LOVE

my
first sight luv


Setiap kali berlangsungnya acara sukan seperti Sukan Olimpik, Sukan Asia, Sukan SEA atau SUKMA, otakku akan mengimbau kenangan lama yang menjadi titik penting dalam sejarah hidupku.

Dalam hidup aku langsung tiada pencapaian dalam acara sukan. Paling terer wakil sekolah ke MSSD. Itu pun hangcaiiii luncai....berkecaiiii. Peringkat pusingan pun dah kecundang.

Pernah terbaca kata-kata Prof Diraja Ungku Aziz..."budak kampung (Melayu) dulu lemah/mundur dalam akademik dan sukan bukan kerana mereka bodoh, lemah atau malas tapi mereka tidak diberikan makanan berzat dan berkhasiat".


Tapi......, Sukan ada kesah nostalgik tersendiri dalam riwayat hidupku.


Image result for stadium batu pahat johor
Stadium Batu Pahat

CINTA PANDANG PERTAMA

Dari mana datangnya lintah
Dari sawah turun ke kali
Dari mana datangnya cinta
Dari mata turun ke hati

Stadium Daerah Batu Pahat, Jalan Ampuan. Di situlah aku menemui jodoh yang berputik dari cinta pandang pertama. Semasa menyertai olahraga MSSD di Stadium ini (semasa aku belajar dalam Tingkatan 4 tahun 1975), aku berkenan dengan seorang gadis pelajar ayu Tingkatan 3 dari Sekolah Menengah (Perempuan) Temenggong Ibrahim (TIGS) yang bernama Adibah binti Taha. Pelajar tersebut merupakan peserta dan jaguh pecut 100 meter dan 4 x 100 meter yang mewakili TIGS.

Aku mewakili sekolah dalam acara Lempar Cakera.

Aku tahu namanya Adibah melalui pengacara sukan yang mengumumkan nama peserta dan mengumumkan pemenang.  Bila sudah ada perasaan tertentu terpahat di hati, apabila nama Adibah di panggil atau diumumkan, jantungku turut berdebar-debar.



Image may contain: outdoor  
Image may contain: sky, outdoor and nature  
Image may contain: outdoor  
Sekolah Menengah Perempuan Temenggong Ibrahim, Batu Pahat
,
Sejak itu...walaupun tidak pernah lagi bersua, apalagi nak bertemu, hatiku tidak pernah melupai gadis itu...aku menyimpan tekad, satu hari nanti Adibah adalah milikku. Dari sumber tertentu, aku dimaklumkan bahawa Adibah juga telah mewakili Daerah Batu Pahat di peringkat MSSJ dan mewakili Johor di peringkat MSSM.

Tapi, perasaan tinggal perasan sahaja.  Tiada 'follow up'.  Bukan apa, zaman itu mana ada handphone.  Nak approach memang tak mampu lagi.  Maklumlah, aku budak sekolah kampung, dia pulak gadis bandar.  Sekolah orang putih pulak tu. Bukan takut tidak dilayan, mungkin dia tak pandang pun. 

Nak tulis surat, ehem... mana aku nak cari alamat rumah dia? nak tanya kat sapa?... Maka, separuh dari  perasaan tersebut aku tinggalkan di Stadium Jalan Ampuan setelah tamat sukan.  Namun separuh lagi aku bawa pulang.

Teringin juga nak tulis surat ke alamat sekolah, tapi pasti (gerenti) tak kan sampai....masa tu kalau ada surat (persendirian) di alamatkan ke sekolah akan dibuka oleh cikgu, kena tapis. Kalau ada yang kena tangkap 'berutus surat' dengan mana-mana girl friend atau boy friend akan mengadap guru disiplin. Kadang-kadang pihak sekolah akan buat operasi mengejut memeriksa beg sekolah, jika terdapat pelajar yang disyaki.

Aku juga teringat kesah masa aku sekolah rendah dulu. Kakak aku Rahimah kena belasah setengah mati oleh bapak aku kerana tertangkap menerima surat cinta dari seorang lelaki yang tidak dikenali.

Tahun berikutnya (1975), aku dalam Tingkatan 5 dan sekali lagi mewakili sekolah dan begitu juga dengan Adibah.  Bila terpandang wajahnya, perasaan lama berbunga kembali. Emmm...dah setahun tak nampak, dia semakin cantik.  Masalahnya, budak kampung ini tetap penakut dan pemalu, tak berani juga nak approach.

Bila acara sukan tamat, kali ini perasaanku semakin kuat untuk mencari jalan untuk menghubunginya.  Kebetulan, sepupuku Shamsiah yang belajar dalam Tingkatan 4 Sains di SDBL tinggal di asrama TIGS.  So, bila dia balik week-end, aku cuma berani kirim salam sahaja. Lama-lama berani kirim surat.  Walaupun setiap bulan aku menulis surat (aku pun tak ingat apa yang aku tulis dulu), dia tak pernah balas pun, tapi dari tindakbalas yang tidak membantah atau menolak, maka aku anggap sebagai 'silence agreement'. 

Akhirnya aku mendapat alamat rumahnya.

Setelah tamat SPM aku ke Alam Shah dan UTM, aku terus menghubunginya dengan surat hampir setiap bulan.  Agaknya bila status aku naik jadi mahasiswa, maka saham aku turut naik. Atau, dia ada sedikit kebebasan apabila tidak lagi belajar di TIGS. Kali ini dia mula membalas walaupun 3-4 bulan sekali.  

Di penghujungnya, aku dapat bercakap melalui telefon.  Tetapi sekali sahaja. Aku pinjam telefon di rumah Ayong (jiran rumah sewa aku di Bukit Keramat).

Aku tak ingat tahun berapa, tapi mungkin 1977 atau 78, masa raya aku dengan kawan-kawan sekolah memberanikan hati beraya ke rumah Adib di No. 33, Jalan Dato' Wan Idris, Kampung Merdeka. Pertama kali tenguk wajah dia secara berhadapan (sebelum ni tengok dia dari jauh di padang stadium) dan berkenalan dengan emak dia. Walaupun pertama kali datang, emak dia melayan kami dengan baik dan mesra.

Kebetulan semasa aku di UTM (1978/79), aku tinggal di rumah sewa di Lorong Bukit Keramat 4, salah seorang housemateku bernama Abdul Shukor bin Abdul Aziz (juga coursemate Architecture).  Dia berasal dari Jalan Ros, Kg Istana, Batu Pahat. 

Satu malam, kami berdua berbual-bual di beranda rumah tentang kesah dirinya dan kampung halamannya. Katanya, dia selalu bermain dengan adik kepada tuan rumah di depan rumah dia.  Nama tuan rumah tersebut ialah Cikgu Ismail dan isterinya Kak Chom. Adik lelaki Kak Chom yang bernama  Aman dan Zul sebaya dengannya dan selalu datang ke situ dan bemain bersama-sama.  Shukor juga bercerita, Kak Chom ada adik perempuan yang cantik bernama Adibah.  Dia kata lagi, Adibah bersekolah di TIGS dan terkenal dengan kehandalannya dalam bidang  sukan olahraga. Berderau darah aku mendengarnya.  Tapi aku dapat menyembunyikan perasaanku dan membiarkan dia terus bercerita.  Dari situlah aku baru tau yang ayah Adib seorang yang bertitle Dato'.

Aku lupa bila masa aku bagi tau Shukur yang aku 'ada hati' dengan Adibah.  Tapi lepas tu, dia memang baik dengan aku dan selalu kata aku bertuah dapat girl friend macam Adibah. Bila cuti raya, aku beraya ke rumah dia... tapi tak pulak pernah nampak Adibah datang ke rumah Kak Chom.

Setelah gagal UTM dan aku masuk kedet di SPK Port Dickson, hubungan kami berterusan. Malah Adib adalah insan yang membakar semangatku untuk 'kuat' menempuh cabaran getir menjalani latihan di SPK. Dia tetap bangga, walaupun aku gagal dari UTM aku mempunyai semangat untuk menjadi pahlawan negara. Masa itu, dapat boy friend Leftenan Muda dikira gadis yang bertuah.

Pernah di satu hari (mungkin tahun 81), dia dan Fauziah (anak Kak Chom) datang ke rumahku di kampung,  itu lah kali pertama ayah ibuku melihat wajah 'girl friend' ku.  Tapi nampak kerisauan di wajah kedua ibu-bapaku kerana girl friend aku anak orang besar, anak Dato'.  Tau je lahh.. orang kampung. Sudah tentu takut untuk berbesan Orang Besar (VIP) nanti. 

Tamat SPK aku ke TUDM Kluang menjalani latihan penerbangan dan kemudian ke TUDM Kuching. Hubungan kami semakin intim.  Surat tetap penghubung utama.  Telefon hanya sesekali sahaja. Semasa menjalani latihan kedet memang tiada peluang nak telefon, begitu juga masa latihan penerbangan.  Semasa aku bertugas di TUDM Kuching lah aku buat keputusan untuk meminta orangtuaku menghantar pinangan.  

Majlis Pertunangan
16 Ogos 1982

Sepanjang aku berkenalan dengan Adibah pada tahun 1976 kami hanya berutus surat sahaja dan sesekali bertelefon.   Kali pertama kami 'dating' ialah beberapa bulan sebelum keluargaku menghantar cincin pinangan kerana nak berbincang tentang tarikh peminangan.

Aku bercuti dari Kuching.  Tunggu dia di Jalan Rogayah (dekat kedai kopi sebelah stesen bas Batu Pahat).  Patutnya nak dating, boy friend la yang jemput girl friend.  Tapi dalam kes ni, boy friend haprak, lesen memandu pun tak ada, apa lagi kereta. Jadi, girlfriend la yang datang jemput.  Itulah kelebihan ada girl friend orang berada. Dia dah ada lesen memandu.  Aku tak ingat kereta jenis apa, mungkin Mini Cooper.

Kami 'dating' di Tasik Merdeka, Batu Pahat. KAKU. 

Rombongan peminangan ke rumah ibu bapa Adibah pada 16 Ogos 1982.  Masa tu keluarga Adib dah berpindah dari Kampung Merdeka ke Taman Broleh.  Pinangan diterima, tempoh satu tahun, wang hantaran RM2000 serba satu.

Selepas bertunang, aku kembali ke Kuching sehingga balik ke Semenanjung pada bulan April 1983 untuk berkursus di Kinrara. Kami dinikahkan pada 16 Oktober 1983 di rumah No 4, Jalan Seladang, Taman Broleh, Batu Pahat.

Maka kekallah perkahwinan kami hingga ke hari ini.

Keluarga Adibah

Isteriku bernama Adibah binti Haji Taha  atau lebih mesra dengan panggilan  'Adib' sahaja. Adib dilahirkan pada 16 Disember 1960 di Hospital Batu Pahat, Johor.

Ayahandanya bernama Dato' Haji Taha bin Haji Zakaria (1917 - 1989) dan ibunya Datin     Hajah Habibah binti Hj Abd Hamid (1925 - 2009). Almarhum ayahandanya pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Johor (N17- Rengit antara tahun 1959 - 1964) dan Ahli Majlis Mesyuarat (EXCO) Kanan (Pengerusi Jawatan Kuasa Pertanian) Negeri Johor. Almarhum juga  pernah menjawat Timbalan Menteri Besar Johor.  Sebelum menyertai politik dan terlibat dalam perjuangan untuk mencapai kemerdekaan Tanah Melayu, almarhum adalah seorang guru agama dan peniaga kecil.   

Setelah bersara dari politik, selain dari menjalankan perniagaan, almarhum mengajar (memberi) kuliah agama di masjid-masjid di Kluang dengan menggunakan kitab. Ayahanda mertuaku meninggal dunia di Batu Pahat dalam tahun 1989 semasa aku duduk di Shah Alam manakala bonda mertuaku meninggal dunia pada tahun 2009 di Johor Bahru. Semoga Allah merahmati ruh kedua-nya

Adibah mempunyai 7 adik beradik seibu sebapa iaitu Daud, Omi Kalsom, Zainab, Abdul Rahman Putra, Zulkifli dan Khalidah.  Selain dari itu Adib mempunyai seorang abang dan lima lagi adik dari ibu yang berlainan. Kakak-kakak isteriku, membahasakan diri mereka sebagai 'abang'- sama seperti yang lelaki.  


Dato' Hj Daud bin Dato' Hj Taha @ Bang Atan (almarhum).  Panggilan keluarga untuk almarhum ialah Abang Atan. Almarhum Daud adalah Ahli Parlimen Batu Pahat dari 1982 hingga  1995 dan pernah menduduki jawatan Pengerusi J.Kuasa Kira-kira Wang Awam (PAC), Timbalan Menteri Perusahaan Awam (1984-1990) dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (1990-1995) sebelum bersara dari politik. Menjadi Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat dari 1984-1993. Meninggal dunia pada 19 April 2013 (73 tahun). Balu almarhum ialah Datin Hajjah Kamariah binti Hj Mahmud. Mempunyai 9 orang anak; Andrina, Azahari, Afidah, Athira, Amira, Mohd Ariffin, Mohd Abduh, Ani Zamariah dan Zuriati.

Hajjah Omi Kalsom binti Hj Taha. Panggilan keluarga adalah Kak Chom atau Ba Chom. Suaminya Tuan Haji Ismail bin Abd Rahim telah meninggal dunia pada tahun 20xx. Mempunyai 4 orang anak; Fauziah, Ghazali (meninggal dunia- 1985), Fizwani dan Dalila.

Hajjah Zainab binti Hj Taha. Panggilan keluarga ialah BeNab. Beliau berkahwin dengan Haji Mohd Abu bin Hj Ali (Kolonel bersara), mempunyai tiga orang anak; Maniza, Mohd Azani dan Mazila.

Datuk Hj Abdul Rahman Putra bin Hj Taha.  Abdul Rahman berkelulusan ijazah Undang-undang dari University of Auckland.  Beliau pernah menjadi Penasihat Undang-undang (LA) Negeri Melaka, Ketua Pendakwa di Perak, Penolong Pengarah di Jabatan Peguam Negara, Penasihat Undang-undang di Suruhanjaya Sekuriti, Penasihat Undang-undang Negeri Johor dan Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia. Berkahwin dengan Datin Hajjah Narimah binti Hj Iwan dan dikurniakan 4 orang anak; Abdul Hakeem Putra, Abdul Haleeq Putra, Nur Fahimah dan Nurul Aiman.

Zulkifli bin Hj Taha. Berkahwin dengan Norliza binti Muhammad dan dikurniakan 6 orang anak; Zulfahraida (Fara), Zulhilmi, Nurul Hanan, Umie Nazurah,  Muhammad Fadhly, Ahmad Haidir dan Nur Alya.

Hajjah Adibah binti Hj Taha.  isteriku

Khalidah @ Yan binti Hj Taha.  Kini menetap di Holland. Telah berumahtangga dan dikurniakan 3 orang anak; Sara, (meninggal dunia) dan Zariff.

Selain dari itu, Adib juga mempunyai beberapa lagi adik beradik berlainan ibu.  Antara maklumat ini aku perolehi dari buku catatan ayahanda mertuaku.

Abd Jalil bin Hj Taha (almarhum (dari ibu bernama Khadijah). Meninggal dunia pada tahun 2016.
Jalilah binti Hj Taha (juga dari ibunya Khadijah).  Dicatatkan bahawa Jalilah ini meninggal semasa kecil.
Abd Razak bin Hj Taha (dari ibu bernama Rahmah binti Hj Idris) - bertugas sebagai guru di Sarawak. Meninggal dunia di Kuching pada bulan Julai 2014 akibat penyakit barah.
Azahana binti Hj Taha (dari ibunya Rahmah). Ana meninggal dunia semasa berusia 19 tahun akibat kemalangan jalan raya.
Siti Aisyah binti Hj Taha (dari ibunya Rahmah).  
Baharudin bin Hj Taha (dari ibunya Rahmah).
Rasyidah binti Hj Taha (dari ibunya Rahmah).
Nur Izzaty binti Hj Taha (dari ibunya Rahmah).  
Isteriku, Adibah juga mempunyai seorang adik angkat bernama Siti Salwa. Salwa telah berumahtangga dengan Salleh Ahmad (bekas tentera) dan kini menetap di Johor Bahru.

Makcik Rahmah menetap di No 51, Jalan Masjid, Kampong Baharu, 86000 Kluang. Semoga Allah memberi kesihatan dan ketabahan kepada Mak Cik dan anak-anak menempuh segala cabaran.

Aku mohon maaf kepada abang-abang dan adik-adik ipar/tiriku yang berlainan ibu kerana tidak berjaya merapatkan keluarga kami.  Aku telah berusaha biarpun tanpa direstui.   Aku gembira kerana anakku (Hafeez) mempunyai hati yang lebih terbuka dan tidak terpengaruh dengan krisis domestik.  Dia berusaha sendiri mengesan, menjejaki dan merapatkan diri dengan keluarga nenek/atuk (tiri) dan makcik-cik tirinya. Akhirnya dapat juga bertemu dan beraya di rumah Mak Cik Rahmah pada tahun 2009 (biarpun menggunakan jalan helah dan paksa).  Mak Cik dan anak-anak juga datang semasa perkahwinan anakku Fazeera pada 25hb Sep 2010 dan juga perkahwinan Aisyahnur pada 19 Nov 2011.

Zaman Kanak-kanak

Aku tidak banyak mengetahui cerita Adib di zaman kanak-kanak kerana dia tidak suka bercerita perihal dirinya di zaman tersebut.  Begitu juga zaman persekolahannya.

Peristiwa Hitam

Setelah bertunang, aku balik bertugas ke Kuching.  Jadi, setiap kali aku balik cuti ke Semenanjung aku akan menziarahi tunangku.  Terus ke rumah je, tak de dating-dating. Dalam salah satu cutiku, dan seperti biasa menziarahi tunang dan bakal mertuaku.  Telah berlaku peristiwa yang mengganggu ketenteraman tunangku.

Adib diserang penyakit ganjil, gangguan rohani.  Tidak sedarkan diri dan meracau.  Kami memanggil seorang jiran (Pak Mail) yang mengetahui perkara-perkara berkaitan untuk mengubatinya (sekarang dipanggil perubatan alternatif). Kalau dipegang untuk dibacakan ayat-ayat suci Al Qur'an, tubuhnya akan menjadi kuat dan melawan.

Seminggu aku 'tersangkut' di rumahnya dan tak sempat memberitahu ibuku dikampung, kerana tiada talian telefon di kampung.  Akhirnya, aku dapat berjumpa salah seorang sahabatku (Ustaz Jamaludin) yang mengajar berhampiran (Kg Kenangan Datuk Onn) untuk menyampaikan pesanan kepada keluargaku tentang peristiwa itu.  Kemudiannya, ibu bapaku datang melawat.

Seminggu selepas itu, apabila keadaan beransur pulih, cutiku pun dah habis, aku pulang ke Kuching.  Alhamdulillah, semuanya OK sehingga hari perkahwinanku.TAPI, OK tu tak la sebenar-benar OK. sampai sekarang, dah masuk hampir 30 tahun (2011), masih ada kesan benda tu dalam dirinya.  Masih banyak yang tak kena.


.
Malam Berinai 
(15 Okt 1983)


x


Majlis Pernikahan
(16 Okt 1983)

Aku dinikahkan dengan isteriku pada 16 Oktober 1983   di alamat No 4, Jalan Seladang, Taman Broleh, Batu Pahat. Majlis akad nikah dilaksanakan oleh jurunikah Haji Zainudin bin Munajat.  Salah seorang saksi nikah di pihak perempuan ialah Dato' Hj Mohd Salleh bin Hassan Farid (Dato' Seri Utama DiRaja, Selangor), bekas Imam Besar Masjid Negara (1966-1974) dan bekas Mufti Kerajaan Negeri Selangor (1974-1976) .  Tak tahu, rupanya beliau (almarhum) ada kaitan persaudaraan dengan keluarga isteriku.





Majlis 'reception' dan persandingan pada petang itu juga. Majlis resepsi dibuat dua kali, sebelah petang memakai pakaian tradisional Melayu dan sebelah malam, memakai pakaian Istiadat Ketenteraan. 'SWORD BEARERS'. Bestman aku ialah rakan sekursus aku, LtM (U) Sulaiman Idris. Di antara tetamu yang hadir pada malam itu ialah Dato' Abdul Ajib bin Ahmad (almarhum), Menteri Besar Johor dan isteri serta beberapa orang kenamaan yang lain.

x


Majlis Perkahwinan (Siang) Di Taman Broleh
16 Okt 1983


Terima kasih sahabat2ku sekursus Asas Peg Logistik Siri 22, ITU Kinrara kerana sudi menyempurnakan Sword Bearer untukku... satu sen pun aku tak bagi. Aku dengar sekarang kalau nak kumpulan sword bearer, mereka demand at least 100-200 seorang, sediakan rumah sewa/bilik hotel dan sebagainya.


Terima kasih....LtM(U) Sulaiman Idris (bestman), LtM (U) Radzali Ratin, LtM(U) Abu Hanifah Hussein, LtM (U) Muhammad Sakir, LtM(U) Razali Rogigan, LtM(U) Borsra Abd Wahab dan LtM(U) Yusnillah Mohd Yunus.

Majlis Perkahwinan (Malam) Di Taman Broleh
16 Okt 1983


Kumpulan pembawa pedang (sword bearers) dari kiri: Lt M (U) Mohd Yusnillah, Lt M (U) Abu Hanipah, Lt M (U) Muhammad Sakir, Lt M (U) Razali A.Rogigan,  LtM (U) Borsra Abd Wahab dan LtM (U) Radzali Ratin.
Pengapit: LtM(U) Sulaiman Idris (tiada dalam gambar)


Majlis Perkahwinan Di Parit Lapis Mahang
17 Okt 1983

x

Melihat gambar-gambar di atas, bukan sahaja nostalgik tapi menyayukan. Rewang atau gotong-royong adalah lambang kerjasama masyarakat kampung. Lebih 30 tahun lalu. Majoriti pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang ada dalam gambar-gambar di atas telah pergi untuk selama-lamanya. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa mereka dan melimpahi ruh mereka hingga ke akhirat kelak.


x


Semoga kedua-dua ibu dan bapa mertuaku dianugerahi rahmah dan keampunan oleh Allah swt, diluaskan dan terangkan ruang alam barzahnya, dipermudahkan urusan Mahsyarnya dan disegerakan perjalanan ke syurga.