JEJAK LANGKAH
KE HARAMAIN
(30 OKT 10 - 12 DIS 10)
Ini adalah lanjutan dari Bab 'Panggilan ke Baitullah' sebelum ini. Dalam bab ini, aku lebih memfokuskan kesah perjalananku bermula dari masa berangkat dari rumah hinggalah waktu aku tiba di rumah semula setelah menyelesaikan ibadah haji dan pulang ke tanah air.
Semoga pengalaman ini akan dikongsi bersama oleh rakan-rakan dan saudara mara yang bakal menuruti perjalanan ini di masa akan datang.
BAHAGIAN 1
MAKKAH AL MUKARRAMAH
Jumaat, 29hb Oktober 2010.
Hari ini mengukir sejarah tersendiri dalam kehidupanku sebagai seorang islam dan sebagai manusia. Berpuluh tahun bergelumang dengan dosa dan pelbagai kelalaian- sama ada disedari atau tidak, yang nyata atau secara tersembunyi - terlalu lewat rasanya untuk aku mencuci segala dosa-dosaku yang lampau. Namun Allah Maha Berkuasa, memberikan aku peluang untuk menyempurnakan Rukun Islam ke 5 semasa aku masih sihat, lebih bersyukur lagi sebelum nayawaku tiba di halkum.
Seminggu sebelum itu, aku telah pulang ke kampung menemui saudara mara terdekat terlebih-lebih lagi sujud memohon ampun kepada kedua ayahanda dan bondaku. Dengan cucuran air mata aku memohon halal makan dan minum, mohon halal air susu ibuku yang telah membesarkan aku. Mereka telah mendidik aku dan meneydiakan aku untuk menjadi manusia. Segala dosa dan kesalahanku adalah tanggungan aku sendiri. Allah Maha Berkuasa kerana mereka masih hidup ketika aku diberi hidayah dan inayah untuk ke Tanah Suci.
Malam 29hb Oktober 2010 itu, aku bersolah Jemaah isyak bersama anak-anak dan menantuku di rumah. Selepas bersolah dan berdoa aku menyampaikan pesanan dan wasiah mana-mana yang perlu kepada anak-anakku yang bakal ku tinggalkan selama 44 hari. Emosi sungguh.
Selepas solat Isyak, rumahku mula didatangi tetamu dari kalangan jiran, sahabat-handai dan sedara-mara. Antara yang datang ialah Ajim sekeluarga, Aminin sekeluarga (dgn ayah, mak mertua dan Farahwan), Lt Kol Zainal Manaf dan isteri, PW Azmi bersama 2 PW lagi, serta jiran tetangga, jam 1030H aku dan isteri bertolak dari rumah untuk melapor diri ke Kompleks TH Kelana Jaya.
Walaupun telah terpasang niat untuk ke Tanah Suci, namun malam itu jiwaku masih kosong- 'blank'- Suasana menjadi sungguh sayu apabila Ajim mengalunkan azan mengiringi pemergianku.

Persediaan sebelum berangkat
Bersedia Untuk Berangkat
Kami bertolak dengan 2 buah kereta, sebuah Proton Waja dipandu oleh Kpl Shukri dan sebuah van dipandu LU Azman. Semua anak-anak dan menantuku turut menghantar ke Kelana Jaya.
Di Kelana Jaya pula ada anak saudara Adib Fauziah dan suami sekeluarga telah sedia menunggu kami. Turut berada di sana ialah sepupuku Hj Noor Kamal sekeluarga, dan Hj Rohan Abd Manap (kebetulan dia berniaga di KTH), dan juga Fakharuddin (kawan Hafeez di DQ) & isteri.
Yang menghantar ke Kelana Jaya
Tanda Pengenalan diambil di kaunter di KJH Kelana Jaya
(kad ini perlu dipakai oleh Jemaah haji ke mana sahaja kita pergi)
bersedia untuk check in
Sabtu, 30hb Oktober 2010 (1)
Waktu perpisahan 'sementara' telah sampai (untuk kami meninggalkan segala harta dan keluarga). Kami anak beranak berpeluk-pelukan sebelum memasuki ruang berangkat. Kami check in pada jam 0100H dan waktu ini, aku tak dapat menahan airmata melihat wajah anak-anak melambai-lambai buat kali terakhir, makin lama makin jauh sebelum hilang dari pandangan. Apa yang bakal berlaku di Tanah Suci nanti hanya Allah yang maha mengetahui. Ya Allah, lindungi anak-anakku dari segala perkara yang tidak diingini.
Waktu itu dalam fikiranku ialah, ada kemungkinan ini adalah lambaian terakhir dari mereka kerana apa yang berlaku selepas ini, hanya Allah yang Maha Mengetahui. Mungkin aku akan pulang ke tanah air atau mungkin dikuburkan di Tanah Suci. Jemaah dikumpulkan di sebuah dewan di KTH menunggu untuk dipanggil untuk menaiki bas mengikut giliran. Sementara menunggu giliran dipanggil, aku bertukar pakaian ihram dan bersolat sunat ihram di surau berhampiran dewan berkenaan.
Kami dan rombongan jemaah haji lain bertolak dengan bas secara konvoi ke KLIA jam 0300H, jemaah haji di bawah Kumpulan KT71 menaiki penerbangan SV 5515 Saudi Airlines.
Penerbangan SV 5515 mendarat di Jeddah pada jam 0930H waktu Saudi. Sebenarnya dugaan telah bermula di sini. Waktu menunggu di balai ketibaan (yang hanya satu kantin menjual minuman dan roti) dengan beratus-ratus jemaah menunggu arahan selanjutnya. Bilik air amat sedikit, berbaris menunggu giliran. Tiada air pulak tu?. Aduhai. Mineral water je nampaknya. Ada juga jemaah yang sudah tak dapat menahan (pastinya orang tua), melepas dalam 'diaphers' dan meletakkan di tepi sinki. Aduhaiiii.
.

Pemeriksaan kastam begitu membosankan. Mereka tak efisyen langsung. Tapi aku sudah mengagak kerana itulah perangai mereka, menurut cerita anak aku yang belajar di Riyadh. Walaupun mereka tahu kami ni jemaah haji, passport pun sama, visa pun serupa, tapi tetap di belek sana belek sini, entah apa-apa. Kene terima hakikat, itulah sikap manusia bernama Arab ni. Itu sebab banyak Rasul turun di Tanah Arab. Walaupun barisan tinggal seorang belum selesai, kalau mereka nak berhenti, masa tu dia berhenti. Maka kawan yang tinggal seorang tadi terpaksa masuk barisan belakang barisan ang yang lain.. Termasuklah aku yang jadi mangsa.
Setelah selesai pemeriksaan imigresen dan pelbagai pemeriksaan lagi, kami bersolat Zohor dan Asar -jamak tamam di Jeddah Airport. Kami mengambil rehat sambil menunggu barang-barang diangkut menaiki bas. Sebauk sahaja bas memulakan perjalanan, kami diberi makanan pek nasi beriani (nasi mandy) lauk ayam, sekotak air minuman dan sebiji pisang untuk dimakan di dalam bas. Sedapppp..... Kami bertolak ke Makkatul Makarramah jam 1230H.
Sesampainya Di Jeddah
Ya ALLAH Ya Tuhanku, aku telah sampai ke tanah Sucimu. Bagaikan mimpi, perjalanan bas kini telah mula memasuki kawasan Tanah Haram Makkah. Lalu kubacakan doa ini:
Jemaah dari pakej TMTT check in di Hotel 'Dar al Kaaki' (Bilik 103), Jalan Ajyad. Jarak antara hotel dengan Masjidil Haram lebih kurang 100 meter sahaja. keluar dari lobbi hotel lebih kurang 10-15 meter, keluar ke jalan besar (Syari' Ajyad), toleh kiri boleh nampak Bab al Malik Abdul Aziz (iaitu Pintu No 1 Masjidil Haram). Berbanding dengan jemaah haji yang lain, tempat penginapan kami adalah antara yang terdekat dengan Masjid.
'Bismillahirrahmanirrahim'
"Ya Allah, kurniakanlah tempat tinggal yang tetap dan rezeki yang halal.
Ya Allah, sesungguhnya Tanah Haram ini, negeri ini,
ketenteraman yang ada di dalamnya
dan hamba yang ada padanya semuanya kepunyaanMu.
HambaMu ini telah datang menyahut
panggilanMu dari negeri yang jauh,dengan
membawa DOSA yang banyak dan amalam-amalan yang buruk,
aku pohonkan kepadaMu sebagai permohonan yang sangat
berhajat kepadaMu dan takut daripada azabMu.
Engkau terimalah aku,
Engkau terimalah aku,
dengan limpahan kemaafanMu
dan masukkanlah aku ke kawasan SyurgaMu,
dan masukkanlah aku ke kawasan SyurgaMu,
JannatunNaim. Ya Allah, sesungguhnya ini
adalah tanah haramMu, maka haramkanlah dagingku,
darahku dan tulang sendiku dari api neraka.
gambar-gambar di perkarangan hotel dar al Kaaki
Hlagi pandangan di halaman Hotel Dar al Kaaki
pandangan di lobi hotel
Ustaz Che Kob, Hj Osman Ibrahim dan Tuan Hj Redzuan (MD TMTT)
Ustaz Che Kob, Hj Osman Ibrahim dan Tuan Hj Redzuan (MD TMTT)
LABBAIKALLAHUMMA LABBAIK
PENGALAMAN DI MAKKATUL MUKARRAMAH
Setelah sampai di hotel penginapan (sebenarnya rumah tumpangan sahaja) kami diberi masa untuk berehat dan diberikan taklimat untuk mengerjakan umrah pada sebelah malam. Kami menyempurnakan Umrah Wajib (membuat tawaf, saei dan bercukur) pada jam 2300H dan tamat lebih kurang jam 130100H Okt.
Aku duduk di Bilik103 di Dar Al Kaaki. 7 orang sebilik. Room mates aku ialah bakal-bakal haji Mustapha, Pasuzi, Che Hassan, Mat Nawi, Che Kasim (semuanya berusia 60-75 tahun, orang Kelantan) dan Azman Zainal (dari JB). Kecuali Mustapha dari KT11 (yang telah selesai ziarah ke Madinah), yang lain adalah dari KT71.
Dewan makan, Tingkat 4, Hotel Dar al Kaaki
selain dari tempat makan ia juga dijadikan tempat taklimat, mesyuarat dan tazkirah
Ahad, 31hb Oktober 2010 (2)
Hari kedua lebih untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran Masjidil Haram. Pagi tu solat Subuh di bilik kemudian ke Masjidil haram untuk Solat Dhuha (aku tidak dapat menahan air mataku ketika berdoa kerana terlalu gembira (amat bersyukur kepada Allah) dapat menjejakkan kaki ke dalam Masjid ini) dan selepas selesai solat Dhuha membuat tawaf sunat.
keadaan di dataran Masjidil haram dalam 3 hari pertama ketibaan, agak lega
Hari pertama merasai aktiviti kehidupan di kota suci Makkah (orang sini panggil Haram). Cabaran paling utama di sini ialah untuk mendapat tempat di dalam masjid. Setiap waktu solat perlu untuk mencari saf yang ruang kosong untuk diselit.
PEMERHATIAN PERTAMA
Kalau di Malaysia, nak masuk masjid, dah azan pun saf pertama masih kosong, tapi kat sini, sejam sebelum azan, nak masuk pintu masjid pun berebut, sesak (masa keluar lebih-lebih lagi). Sebesar-besar masjid yang terbesar di dunia ini, penuh sesak. Kalau setengah jam sebelum azan, halaman masjid pun penuh. PA system di Masjidil Haram yang amat besar itu juga 'excellence' dan menakjubkan. Yang pelik tu, waktu selesai solat, dalam keadaan jemaah bersesak-sesak untuk keluar, pada masa yang sama, ramai pulak jemaah yang tadi bersolat di luar berebut-rebut merempuh masuk ke masjid (mungkin mereka mahu melakukan tawaf, tapitakboleh ke tunggu dalam 10 minit selepas pintu masuk dah agak reda). Menjadikan keadaan bertambah kalut-malut.
AZAN MASJIDIL HARAM
Isnin, 1hb November (3)
Hari ini aku membuat tawaf sunat selepas solat Subuh, selepas habis pusingan ke7 aku pun merapat ke arah Kaabah dan setelah bergelut dengan ombak manusia akhirnya aku berjaya mencium Hajaral Aswad. Syukur kepada Allah.
Keadaan Berebut Untuk Mencium Hajaral Aswad
Selain mendapat pahala yang banyak, bertawaf dikatakan sebagai satu 'exercise' yang baik untuk kesihatan badan kita. Dalam keadaan sekarang (2 minggu sebelum Wukuf) untuk menghabiskan satu pusingan tawaf mengambil masa 7-10 minit. Tertakluk kepada dibahagian mana kita bertawaf. Oleh itu satu tawaf akan mengambil masa lebih kurang 45 hingga sejam lebih. Selepas solat maghrib,sementara menunggu waktu isyak, aku buat tawaf sunat lagi. Dan akan dapat bersolat di hadapan Kaabah apabila masuk waktu Isyak. Tapi untuk mendapat saf depan (belakang imam) terlalu amat sukar, sesukar mencium hajaral aswad.
Suasana Tawaf
PEMERHATIAN KEDUA
Di Makkah kita dapat melihat pelbagai kerenah dan karakter manusia yang dinamakan islam ini. Walaupun semua mengaku Nabi Muhammad (saw) adalah nabi kita,rasul kita,tapi setelah 1431 tahun, semua amalan nabi dilaksanakan berbeza-beza. Cara bersolat, perbuatan semasa solat, kaedah menutup aurat dan kaedah bertawaf dipertikaikan, tapi tiada siapa yang berani berkata itu salah (disisi islam) kerana kita ibayangi dengan kepercayaan bahawa mungkin mazhab mereka kata boleh!. Disamping terdapat amalan mengikut 4 Mazhab yang utama iaitu Maliki, Hanafi, Hanbali dan Syafie namun secara realitinya kita lihat banyak amalan dibuat mengikut tradisi, kelompok, kesesuaian dan sikap kebangsaan. Toleransi dan lemah lembut diletak di tahap terakhir. Berebut-rebut, berkasar, tidak menjaga kebersihan dan sebagainya adalah satu pemandangan yang amat biasa.
Selasa, 2hb November (4)
Pagi ini jemaah di bawah TMTT mengadakan lawatan ke Ji'ranah, Jabal Rahmah dan Arafah. lalu di Mina dan Muzdalifah. Sebahagian jemaah mengambil kesempatan niat ihram/umrah di Ji'ranah ( tempat miqat). pagi itu aku tidak menyertai jemaah membuat umrah.
Jabal Rahmah dikatakan sebagai tempat nabi Allah Adam diketemukan dengan Hawa setelah keduanya dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi. Menjadi kepercayaan sebahagian umat islam yang menganggap Jabal Rahmah ini mempunyai kiramah. Sesiapa yang ingin berdoa untuk mendapatkan jodoh bolehlah berdoa di sini.
PEMERHATIAN KETIGA
Semasa anda tawaf atau selepas tawaf dan sedang berusaha untuk mendekati dan mendekati Hajaral Aswad, (pasti) akan ada pemuda-pemuda Indonesia yang menghampiri anda untuk membantu anda merapati dan mencium hajaral aswad. Bagi yang ingin sangat mencium, pasti akan menerima tawaran kerana menyangka, mereka ikhlas untuk membantu. Bila anda terima tawaran itu, dia akan membantu, bersungguh-sungguh memecah dan mengepung diri anda supaya dapat merapati kaabah dan merapati hajaral aswad. Memang satu tugas yang sukar dan mencabar. Bila selesai mencium, pemuda itu akan membawa anda keluar dari 'crowd' tawaf ke arah kawasan yang agak lapang. Masa tu akan ada satu atau dua lagi pemuda Indonesia akan duduk di tepi anda. Mereka menagih upah (macam peras ugut laa).Merayu dan meminta tak berhenti-henti hinggaanda give up. Apalagi anda telah terhutang budi maka anda akan beri juga. Berapa jumlahnya.....? kadang ada yang kena sehingga SR1000 lebih. Tertakluk kepada berapa jumlah wang yang anda bawa dan mereka tahu anda bawa jumlah wang banyak.
Pengajaran: anda jangan sekali-kali membawa atau tunjuk banyak wang bernilai besar (melebihi SR100). Kalau dia tau anda ada bawa banyak wang, dia akan terus menerus memujuk (peras) anda.

Kalut
Hari itu Mekah menerima hujan yang sangat lebat, betul-betul sebelum masuk waktu Maghrib. , suasana di Masjidil Haram jadi kalut dan kelam kabut. Semua pintu masjid di tutup kerana di khuatiri masjid banjir dan basah kuyup. Aku yang masa tu dah hampir dengan masjid jadi kelam kabut, basah lecun mencari pintu. Semua tutup. Cari perlindungan di tepi2 masjid. Akhirnya dapat mencelah masuk juga, tapi masjid dah sesak, saf semua dah penuh. Waktu solat dah sampai (qamat). Berdiri mencari tempat tapi gagal, sehinggalah imam dah angkat takbiratul ihram. Ada jemaah yang halau aku kerana menghalang ruang mereka.
Bagainmanapun,akhirnya ada insan (Pak Arab) yang berhati mulia, menggapai tangan memanggilku supaya ambil tempat di sebelah dia. Walaupun dah rapat,selit juga. Alhamdulillah. Syukur pada Allah.

Masjid Ji'ranah
(Arafah senyap sunyi sebelum Wukuf)
Rabu, 3hb November (5)
Pagi itu aku membuat tawaf sunat selepas solat Subuh. Pagi itu juga aku bersolat Dhuha dan berdoa di hadapan Kaabah Baitullah.
kesesakan di kawasan Masjidil haram di waktu puncak.
Malam itu ada ceramah agama oleh Ustaz Che Kob di dewan makan tingkat 4. Oleh kerana hotel (cokia) itu tiada dewan atau bilik mesyuarat, maka dewan makan yang kecil itu sesak. Kerusi tak cukup dan sebahagian duduk di atas tikar sahaja. Ceramah mengenai fadhilat dan kaifiah Qiamullail.
Khamis, 4hb November (6)
Pada jam 2.30 pagi kumpulan jemaah TMTT mengadakan Qiamullail di Masjidil Haram (Tkt 3) diketuai oleh Ustaz Hj Che Kob. Tingkat 3 ini agak lengang berbanding dengan tingkat 1 dan 2, khususnya sebelum masuk waktu solat Subuh. Bila majlis qiamullail hampir tamat pada jam 4 pagi, jemaah lain mula memenuhi ruang tingkat 3 masjid ini. Selepas sarapan, kami berehat di hotel sahaja sementara menunggu waktu Zohor.
Aku membuat tawaf sunat sejam sebelum masuk waktu Asar, dan oleh kerana tidak dapat dihabiskan semasa azan Asar, aku sambung semula baki pusingan selepas waktu Asar.
Hari ini Adibah mula demam. Kami ke klinik TH di Hunain Firdaus, jenuh juga berpusing mencari hotel itu. Bila sampai sana, terlalu ramai jemaah yang menunggu giliran, jadi kami tidak meneruskan hasrat berjumpa doktor. Aku hanya belikan ubat di farmasi.
Malam itu aku membuat tawaf sunat sebelum Isyak dan sambung selepas Isyak.
Jumaat, 5hb November (7)
Pengalaman pertama bersolat Jumaat di Masjidil Haram. Keadaanhari Jumaat adalah berbeza. Mulai jam 10 pagi,manusia telah mula membanjiri Masjidil Haram. Waktu khutbah jumaat,jemaah telah melimpah-limpah di atas jalan raya di sekitar masjid.
Penuh sesak, solat Jumaat di atas jalan raya dan di lorong-lorong depan kedai
Malam itu jemaahTMTT membuat lawatan di Tanaim (miqat) sefepas waktu Isyak, dan berniat ihram dan umrah dan melaksanah Umrah sunat (saya menyelesaikan tawaf, saei dan gunting rambut pada jam 0115H).
Lawatan ke Masjid Tanaiem
PEMERHATIAN KEEMPAT
Di Masjidil Haram memang ada ruang yang disediakan untuk jemaah wanita, iaitu di bahagian belakang, biasanya berhampiran dengan pintu masuk dan juga ruang basement masjid. Tapi, wanita juga berebut-rebut untuk solat di saf hadapan. Jadi kita akan lihat di celah-celah saf lelaki ada wanita duduk. Walaupun pihak berkuasa masjid telah berusaha menasihat, menyuruh dan mengarahkan mereka berpindah ke belakang, ada yang buat bodoh je, tak nak ikut arahan. Mereka akan buat-buat bersolat bersambung-sambung untuk mengelakkan diarah berpindah. Mereka tahu pegawai masjid tidak akan menggunakan kekerasan. Oleh kerana bilangan wanita seperti ini ramai, dan berada di merata-rata masjid, manakala pegawai masjid terhad, maka jadi tidak terkawal. jadi, mana-mana jemaah lelaki yang kurang bernasib baik, akan duduk di sebelah kaum wanita. Biasanya kaum wanita dari Turki, Afrika, Asia Tengah (bekas Rusia), India dan Indonesia yang buat perkara seperti ini.
Sabtu, 6hb November (8)
Subuh tak ke masjid, keletihan buat umrah malam tadi.
Lawatan ke sekitar Masjidil Haram- tempat lahir Rasulullah saw, Jabal Abu Qubais, Masjid Abu Hurairah, Masjid Jin, Perkuburan Maala, singgah di Dar Bin Aziz.
Perkarangan Masjidil Haram
Lawatan Berjalan Kaki Sekitar Mekah
Masjid Abu Hurairah (Kucing)
Perkuburan Maala
Masjid Jin
Ahad, 7hb November (9)
Pagi itu tiada airdihotel (masalah kebocoran paip di hotel). jadi aku mengambil wudhul dengan menggunakan air mineral dalam botol sahaja. Dalam pukul 9 lebih aku bawa isteri pergi bersarapan di Restoran D,Saji (makan lontong), kemudian kami ke Hotel Hunain Firdaus, penempatan pejabat dan klinik TH. Adibah nak jumpa doktor dan dapatkan ubat batuk. Ramai sungguh jemaah yang 'report sick', Klinik penuh, kami tak jadi jumpa doktor. Di situ aku jumpa kawan lama (geng surau Al Amin Shah Alam) Hj Rashid Abdullah (abang kepada skot aku, Lt Kol Shuairi TUDM) dan Prof Madya Dr Siti Halijah Sharif (pensyarah UITM yang dikenali semasa aku student 1994/96).
Isnin, 8hb November (10)
Tiada aktiviti lain hari ini. Selain bersolat di Masjid, aku berehat sahaja di bilik.
Selasa, 9hb November (11)
Hari ini aku membuat tawaf sunat sebelum waktu asar. Agak malang, selipar aku hilang (uncang kasut ada tapi isinya tiada). Selipar itu adalah hadiah dari TH dan baru pertama kali aku pakai. Lebih malang, dalam perjalanan pulang ke hotel berkaki ayam itu, entah mangkok mana punya kerja meludah selepuk atas kaki aku. Banyak pulak tu. Tak perasan dalam keadaan ramai-ramai macam tu. Aku anggap itu sebagai penghapus dosa sahaja.
PEMERHATIAN KELIMA
Pihak masjid memang menyediakan 'pigeon hole' untuk meletak kasut di dalam atau di luar masjid. Tapi hanya di ground floor sahaja. Kita hanya perlu ingat, nombor pintu kita masuk, dengan nombor 'pigeon hole' berkenaan. Bila nak keluar nanti cari lah jalan asal kita masuk tadi. Tapi, ramai jemaah yang malas nak cari kasut bila habis solat, jadi mereka (majoriti) membawa kasut ke saf solat dengan diletakkan di atas tempat sujud. Kalau ada uncang atau plastik okay lah juga. Tapi yang ramainya mereka meletakkan kasut tanpa berbungkus. Dalam hal ini jemaah Malaysia terkenal dengan disiplinnya, sentiasa membawa uncang kasut setiap kali ke masjid.
Rabu, 10hb November (12)
Pagi ini aku berjalan-jalan sekitar Masjid dan pergi ke Hotel Hunain Firdaus (penempatan jemaah pakej Andalusia) untuk menguruskan penghantaran air zamzam melalui pos (Nationwide).Di situ aku jumpa Kol Zakaria TUDM (B) dan isteri. Kol Zack adalah bekas fighter pilot TUDM.
Khamis, 11hb November (13)
Rutin solat di Masjid. Malam itu aku sakit gigi dan tak dapat tidur sampai lewat pagi dan tak dapat pergi solat Subuh di Masjid.
powwow didewan makan hotel Kaaki, Dato' Che Omar (Kastam) memberi penerangan
Hari itu aku berjumpa dengan rakan Shamsul Jamaludin (Dinson Enterprise) semasa keluar dari masjid selepas waktu Asar. Kami berjanji akan jumpa semula untuk breakfast nanti. Sham merupakan orang yang rakan yang pertama aku temui.
Jumaat, 12hb November (14)
Hari Jumaat di Mekah, seperti biasa, mulai jam 1030 Masjid telah penuh sesak. Lebih sesak dari minggu lepas kerana jumlah jemaah haji semakin bertambah dari sehari ke sehari khususnya seminggu sebelum wukuf. Aku keluar hotel sejam sebelum azan terpaksa bersolat di dataran berhadapan dengan Pintu Al Malik Abdul Aziz.
Sewaktu azan dilaungkan, saf telah melimpah ke jalan-jalan raya sekeliling Masjidil Haram, dan apabila solat bermula, saf semakin jauh ke belakang sehingga hampir 1km dari Masjid. Masya' Allah. Semua jalan dan ruang-ruang dicelah bangunan dipenuhi manusia.
Suasana Jalan di hadapan Hotel Selepas Waktu Solat
Khutbah yang dibacakan sungguh bersemangat dan sewaktu doa dibacakan, aku tak dapat menahan air mataku dari mengalir keluar. Sedih dan menyayukan.
Ada lagi yang lebih menyedihkan dalam diari hari ini. Malam itu aku bermimpi berjumpa dengan arwah Embah Suminah (nendaku sebelah emak). Aku bermimpi berpelukan dengannya dan air mataku bercucuran. Aku terjaga dari tidur dan aku dapati memang aku benar-benar menangis. Dan apabila aku tidur selepas itu, aku bermimpi lagi sekali berpelukan sekali lagi tapi dalam keadaan dan suasana berbeza.
Esoknya aku bersolat Ghaib di Masjid khas untuk almarhumah dan berdoa dengan cucuran air mata mendoakan kesejahteraan ruh almarhumah. (Almarhumah Embah Suminah menunaikan Haji pada tahun 1968 ketika aku dalam Darjah 3 dan meninggal meninggal dunia pada tahun 1995, 2 minggu selepas Muhammad Heikal dilahirkan).
Sabtu, 13hb November (15)
Aku dapat menghubungi Shamsul Jamaluddin (Dinson) yang duduk di Hotel Dar el Iman (pakej TH Travel) dan kami pun berpakat untuk minum teh tarik di Restoran d'Saji. Isterinya, isteriku dan seorang rakannya turut serta.
Ahad, 14hb November (16)
Jemaah bertolak dari hotel ke Arafah selepas waktu Zohor. Perjalanan agak lancar, dalam masa 2 jam kami sampai ke Mina. Memasuki khemah yang telah disediakan. Ada karpet sahaja, tiada bantal. Kalau nak bantal kena extra-charge, maka kami ambil keputusan tak perlukan bantal. Berbantalkan beg sandang sahaja. Bagi aku seorang 'sojar' sudah cukup selesa, macam camping pengakap je. Jemaah wanita di khemah berhampiran. Malam itu dalam waktu berbual-bual, aku berkenal lebih rapat dengan salah seorang jemaah dari KL iaitu Kapt Jasmi Arbain. Beliau adalah juruterbang helikopter di MHS. Perbualan kami jadi seronok kerana beliau kenal ramai bekas juruterbang TUDM yang berkhidmat dengan MHS.
Malam itu, semasa solat Magrib (dan jamak isyak) aku telah diamanahkan untuk mengimami jemaah di khemeh jemaah haji wanita TMTT. Ini kerana jemaah di khemah mereka agak jauh di belakang dan tidak dapat mengikuti imam di surau pusat.

Isnin, 15hb November (17)
Khutbah dibacakan selepas solat zohor 9 Zulhijjah di Padang Arafah. Khutbah yang bersemangat dan hujungnya menyayukan. Khususnya doanya. Hampir semua jemaah akan menangis tersedu-sedu mengaminkan doa tersebut.
Di Arafah aku berjumpa dengan En Johari Ismail, SB BADSA MINDEF. Dialah orang yang aku kenal yang paling kerap aku jumpa. Selepas ini kami berjumpa lagi di Muzdalifah, Mina dan Madinah. Di Arafah juga aku bertemu dengan bekas pegawai TUDM, Lt Kol (B) Ibrahim Nasron. Kawan-kawan/kenalan lain yang dicari seorang pun tak dapat jumpa.
PEMERHATIAN KEENAM
Solat jemaah jadi kelam kabut. sistem 'Imam' yang tak terkawal. Di kawasan khemah Malaysia sahaja terdapat lebih dari 3 imam. Masing-masing guna PA System. Jadi Imam dan makmum bersolah berlainan khemeh. Jadi ada makmum yang tidak nampak siapa dan di mana imamnya. Bila solat boleh dengar suara 3-4 imam dengan jelas, bersimpang siur. Tak tau mana satu nak diikut. ulang solat, haru biru jadinya. Contohnya saya sendiri duduk di saf no 2, saf no 1 ikut Imam khemah A, saya ikut imam khemah B sebab saya dengan Imam khemah B lebih jelas. Nampaknya, walaupun dah berpuluh tahun melalui situasi sebegini, tiada solusi terbaik setakat ini supaya keadaan lebih terkordinasi. Mungkin inilah yang dikatakan ujian Allah.
Semasa di Arafah jemaah banyak masa terluang untuk duduk bersama jemaah yang lain. Dengan kedudukan tempat tidur yang tidak selesa (berpakaian ihram baring di atas karpet), jadi, ruang masa untuk berkenalan sesama jemaah ada banyak. Di Arafah aku dapat berjumpa semula dengan Sdr Mazlan Ayop, jemaah dari JB. Beliau adalah bekas student UTM 1977/78 (satu batch dengan aku). Beliau ambil kursus Sains Pendidikan dan sekarang menjadi Pensyarah di MPTI JB.
PEMERHATIAN KETUJUH
Keadaan yang paling mencabar di Arafah (juga di Mudzalifah dan Mina) ialah untuk menggunakan tandas. Kadar sebuah tandas untuk 2,000 pengguna. Bayangkan. Terpaksa kawal circulation dalam perut kita. Jangan meragam di waktu puncak contohnya sebelum Subuh, selepas sarapan pagi, selepas Maghrib atau mana-mana waktu sebelum solat. Kita perlu bijak mencari masa yang agak kurang seperti antara jam 0900-1100 pagi, antara jam 1200 mlm hingga 3 pagi.
Penghujung waktu berwukuf dan perpisahan (lepas asar hari itu) suasananya sungguh menyayukan. Jemaah kami berkumpul di tanah lapang di belakang khemah, membaca doa dan berpelukkan bermaaf-maafan. Tapi bagi pasangan suami isteri masih terlarang (dari berpelukan) kerana masih dalam ihram.
Mengikut rancangan, kumpulan akan bergerak ke Muzdalifah selepas asar tapi (seperti biasa, masalah bas) lepas isyak (1730) baru betolak ke Muzdalifah. Setelah menghampiri Muzdalifah, jalan jammed. Bas bergerak terlalu perlahan. Kiri kanan jalan dipenuhi manusia. Kami sampai Muzdalifah 1030 mlm. Suasana di kawasan Maktab 82 di mana kami ditempatkan sungguh sesak. Nak berjalan ke dalam kawasan pun susah- apalagi untuk mencari tempat duduk. Setiap inci tanah ada penghuninya. Berasak-asak. Kalau antara lelaki dan wanita hanya dipisahkan dengan beg sahaja. Itulah antara ujian yang menggugat kesabaran kita.
PEMERHATIAN KELAPAN
Walaupun amat jauh beza untuk dibandingkan dengan Padang Mahsyar tetapi gambaran orang-orang yang resah gelisah, tau mana nak pergi tapi entah bila, bersesak-sesak bersama orang yang tidak dikenali, lelaki dan wanita hanya dipisahkan dengan beg-beg pakaian sahaja. Pandai-pandailah nak hidup. Yang ada hanya pasir dan batu. Ada alas pun macam tak ada. Nak pergi toilet pun takut tempat diambil orang (kecuali dah terdesak), atau tak tau arah nak balik semula ke tempat asal. Nak melangkah orang yang sedang tidur dan duduk pun satu kerja juga. Sampai ke tandas, nak kena baris lagi. Ya Allah, mesti ada hikmahnya Allah meletakkan syarat-syarat ini dalam Haji. Orang yang biasa susah pun tergugat. Sesusah-susah orang miskin/susah di Malaysia tak akan duduk berasak-asak seperti ini. Apalagi orang kaya yang biasa dengan keselesaan.
Keadaan hanya beransur lega ketika menghampiri subuh kerana jemaah bertolak ke Mina secara berperingkat-peringkat. Kumpulan kami bersolat Subuh di Muzdalifah dengan diimamkan oleh Ustaz Dato Hj Daud Che Ngah, pemilik Andalusia Travel and Tours. Iaitu aku lihat antara tavel agency yang terbaik dalam menguruskan jemaah haji.

Keadaan yang sungguh mencabar ketika bermabit di Muzdalifah
Selasa, 16hb November (18)
Plan asal untuk bergerak ke Mina ialah jam 0230 tapi bas hanya sampai jam 0730. Namun, hikmahnya kami dapat Solat Subuh di Muzdalifah. Rasulullah juga bersolat Subuh di sini sebelum bertolak ke Mina. Sampai Mina (jemaah Malaysia (SEA) ditempatkan di perkhemahan Maktab 82 Moasem) lebih kurang jam 1030. Keadaan agak kecoh sikit kerana kekurangan tempat dalam khemah yang diperuntukkan kepada TMTT. Satu lagi suasana yang dapat kita lihat apabila ada di kalangan jemaah yang LUPA diri dan hilang kesabaran.
Pergi melontar Jumratul Aqabah (lebih kurang 3.5km dari melalui terowong Moasem) lepas Maghrib selesai jam 2100.
Sebaik sahaja menghabiskan Jumrah Aqabah 11 Zulhijjah (kini)
Dalam terowong Moasem (on the way untuk melontar ke Mina) (kanan)
kawasan keliling perkhemahan yang kotor
Dalam terowong Moasem (on the way untuk melontar ke Mina) (kanan)
kawasan keliling perkhemahan yang kotor
Rabu, 17hb November (19)
Waktu siang untuk ketiga-tiga hari di Mina/Moasem dihabiskan dengan berehat sahaja kerana semua jemaah perlu menyimpan tenaga untuk pergi melontar waktu malam (bergerak jam 9 malam).Jarak antara khemeh di Moasem ke tempat melontar ialah 3.5 km pergi dan 3.5 km balik, melalui terowong Moasem sepanjang 2km. Walaupun malam (tidak panas) dan ada extractor, tapi kepadatan habuk dalam lorong amat tinggi, menyumbang kepada peningkatan kes batuk di kalangan jemaah. Ditambah dengan jarak berjalan yang jauh (kepenatan), khususnya orang tua, ia sungguh mencabar.
.
Dalam khemah di Moassem
mendengar tazkirah
Petang hingga Maghrib hujan lebat di Mina dan Makah. dikhabarkan Makkah banjir kecil.
Melontar 3 jumrah (Syugra, Wusta dan Kubra) hari pertama (11 Zulhijjah) selepas isyak. jalan agak sesak.
Keadaan di perkhemahan Moasem yang sesak dan kotor dengan sampah sarap, serta peniaga di atas jalan
Khamis, 18hb November (20)
Hari ini sekali lagi Mina dilanda hujan lebat, hingga menyebabkan banjir di kawasan yang rendah. Keadaan menjadi kecoh kerana banyak kasut yang hilang dilarikan air. Dengar berita, berlaku banjir di dataran Kaabah. Kasut aku dan Adub juga hilang sebelah, tapi bernasib baik dapat jumpa di hujung lorong kawasan perkhemahan itu.
Pintu masuk ke Maktab 82 di Moassem,
Hari itu aku dermakan kasut (capal) yang aku pakai sejak dari hari pertama di Mekah kepada rakan jemaahku (Alang Wahi) kerana kedua-dua kasutnya hilang dilarikan air deras. Kebetulan, aku ada kasut baru (spare) dalam beg yang masih belum di pakai.
-
berbaris menunggu giliran masuk tandasdi Moasem
(keadaan seperti ini masih dikira lega)
(keadaan seperti ini masih dikira lega)
Jumaat, 19hb November (21)
Jemaah bertolak melontar untuk 12 Zulhijjah pada jam 3 pagi. Setelah selesai melontar untuk hari ke 2 Tasyriq, jemaah berkumpul menunggu masuk waktu Subuh berhampiran dengan tempat melontar. Beberapa kali beralih tempat kerana diarah oleh polis bertugas. Selepas selesai solat Subuh, jemaah berjalan ke arah Jumrah Sughra untuk melakukan lontaran untuk 13 Zulhijjah (hari ke 3). Setelah selesai melontar ketiga-tiga Jumrah kami menggunting rambut, maka selesailah Tahallul Awal.
Bertolak balik ke Makkah (hotel) jam 930H. Jalan sesak, sampai Mekah jam 1200 sudah masuk waktu solat Jumaat. Tertinggal solat di jalanan. singgah Maktab 78 solat Zohor. Jalan kaki balik hotel meredah menyongsang laluan jemaah pulang dari Masjid, 800 meter.
Sabtu, 20hb November (22)
Hari ini berehat sahaja, mengatur strategi mencari masa yang sesuai untuk membuat tawaf Ifadhah dan Saei kerana keadaan di Makkah ketika ini adalah dalam keadaan kesesakan puncak kerana semua jemaah perlu menyempurnakan tawaf dan saie, terutama jemaah yang akan pulang ke negara masing-masing dalam tempoh terdekat.
Ahad, 21hb November (23)
Hari ini aku dan isteri menyempurnakan ibadah haji kami, selepas Isyak kami melaksanakan Tawaf Ifadhah dan Saei. Hafeez pun ikut serta Tawaf mengiringi kami. Maka selesailah Tahallul Thani kami. Kemerdekaan mutlak bagi jemaah Haji. Kemerdekaan yang bukan untuk dirayakan tetapi perlu disyukuri dengan penuh keinsafan.
Malam itu sebahagian dari khemah di Mina telah dikosongkan oleh jemaah haji yang telah bertolak pulang ke Mekah. Khemah sebelah kami (asalnya didiami olej jemaah dari Thailand) telah kosong. Jadi, apa lagi, setelah 4 hari lebih hidup dalam keadaan berhimpit-himpit, hari ini kami boleh memilih tempat tidur yang paling selesa- boleh tidur berguling. Tetapi tetap atas karpet juga.

Bukit Saffa (permulaan)
Mengerjakan Saei (dari Saffa ke Marwah)
Marwah
Marwah
Isnin, 22hb November (24) - (Hari Ulang Tahun Kelahiranku ke 51)
Hari ini aku rehat sahaja selain dari bersolat di Masjid 5 waktu. Hari ini adalah MY BIRTHDAY. Sebenarnya dalam kesibukan sehari-hari, aku sendiri dan isteriku juga lupa yang hari ini adalah hari lahirku. Apabila terima SMS dari anak-anak di Kuala Lumpur baru aku ingat. Bertuah juga dapat merayakan hari jadi di Makkah.
Pada malam itu, lebih kurang jam 10.30 malam Hafeez datang ke hotel membawa nasi Mande lauk kambing dan kami makan bersama di dewan makan. Oleh kerana banyak sangat aku ajak rakanku Hj Muzarudin dan isteri makan sama (sebab biliknya berdekatan dengan dewan makan. Tapi isterinya Norma tak ikut serta. Mungkin dah tengah malam, dah hilang selera.
Selasa, 23hb November (25)
Hari ini Hafeez datang sekejap (bawakan kapur sirih untuk berubat) sebelum dia bertolak pulang ke Riyadh. Malam ini dinner di dewan makan nasi mande juga. Tapi tidak sesedap nasi Mande yang Hafeez bawa semalam. Malam ini juga aku berubat dengan Hj Azrul Ghul atau kami mesra dengan panggilan 'Tok Ayah', seorang jemaah dari Kulim secara rawatan islam kerana mengikutnya aku ada 'penyakit' dalam badan.
Rabu, 24hb November (26)
Pagi itu aku ke Hotel Hunain Firdaus untuk mengposkan lagi barang-barang untuk souvenir seperti minyak wangi, al Qur'an kecil, madu Yaman dan lain-lain. Aku membuat tawaf sunat sebelum waktu Asar.
Khamis, 25hb November (27)
Pagi itu ketika aku sedang berehat-rehat di bilik, aku menerima panggilan yang mengejutkan dari Klinik TH di Menara Sofwah (Dr Fauzi). Dia memberitahu bawa isteriku Adibah dalam keadaan kritikal, perlu di bawa ke hospital 'sekarang'. Aku pun tak tahu isteriku pergike klinik pag itu. Setahu aku di ke Masjidil Haram untuk bersolat Dhuha. Rupanya dari masjid dia terus pergi ke klinik TH kerana batuk dan kesukaran bernafas. Setelah diperiksa keadaan bertambah serius dan perlu dibawa ke Hospital TH di Syisyah, lebih kurang 5km dari Makkah.
Aku jadi kelam kabut, sehelai sepinggang berlari ke klinik, di mana ambulan sudah sedia menunggu. Aku mengiringi Adibah (yang dipasang alat bantuan pernafasan) menaiki ambulans ke Hospital. Sebak sekali aku waktu itu melihat keadaannya dan dalam hati aku berdoa semoga Allah memanjangkan usianya. Nasib baik, pagi itu trafik tidak teruk kerana baru jam 10 lebih, dalam setengan jam sudah sampai ke Hospital Syisyah. Dia di masukkan ke ICU dan di X-ray. Oleh kerana keadaannya agak serius, dan menunggu laporan x-ray, Adib ditahan di wad.
Tengahari itu, aku bersolat Zohor di Masjid Turki yang jaraknya dalam100 meter dari masjid. Masjid itu hanya dibuka pada waktu solat sahaja.
Aku menghantar SMS kepada Hafeez di Riyadh. Malam itu 3 orang kawan Hafeez (Naim, Nasrullah dan Tuan Badrul) datang menziarahi Adib di wad. Malu itu aku bermalam di surau hospital. Sepanjang tempoh 2 hari itu, aku menumpang makan di dewan makan staf hospital.

kiri: Adibah sedang diperiksa doktor di wad Hospital Syisyah
dilawati oleh Muhammad naem Luqman, kawan Hafeez dari Madinah
dilawati oleh Muhammad naem Luqman, kawan Hafeez dari Madinah
Jumaat, 26hb November (28)
Mulanya Adib dijangkakan dapat pulang sebelum makan tengahari, tapi doktor masih memerlukan perkembangan positif lagi. Adibah masih belum dibenarkan keluar dari wad. Aku juga tidak pulang ke hotel untuk menemaninya di hospital. Tengahari itu aku Bersolat Jumaat di salah sebuah masjid berhampiran dengan Hospital Syisyah (aku lupa nama masjid itu. Masjid Turki yang aku solat Zohor semalam tidakmengadakan solat Jumaat. Apa yang aku lihat, majoriti jemaahnya adalah jemaah haji Indonesia yang tinggal di hotel-hotel yang berhampiran dengan hospital.

Selepas Maghrib baru Adib discharged dari hospital. Aku menghubungi Hj Ridzuan (TMTT) untuk menguruskan (sign out) dan menyediakan kenderaan. Peraturan hospital tidak membenarkan pesakit keluar jika tiada wakil agensi datang mengesahkan. Kami menaiki teksi pulang ke hotel, 5 orang sekereta. Aku, isterku, Hj Ridzuan dan sepasang suami isteri (juga jemaah pakej TMTT dari Kelantan) yang isterinya juga baru discharged dari hospital.
Sebaik sahaja keluar hospital bersama bekas pesakit lain (jemaah dari Kelantan)
Sabtu, 27hb November (29)
Pagi itu ada lawatan keluar Makkah. Walaupun Adib belum betul-betul sihat, kami pergi juga kerana peluang mungkin tiada lagi. Lawatan ke Jeddah di buat selepas waktu Asar sehingga malam. Di jeddah kami di bawa melawat Masjid Terapong dan ke pusat membeli belah (Conniche Shopping Center). Kami solat Maghrib di sebuah masjid berhampiran dengan shopping complex dan solat Isyak di surau di dalam kompleks.
Aku dapati barang-barang seperti pakaian, elektronik, hiasan dan ubat-ubatan di Jeddah jauh lebih murah dari harga di Makkah. Sebagai contoh sebotol ubat batuk di makkah berharga antara SR20 - SR50 (riyal), di Jedddah hanya SR6/SR7 sahaja. Kami sampai Mekah selepas jam 11 malam. Ada juga di kalangan rakan-rakan kami yang mengambil kesempatan berniat ihram untuk mengerjakan umrah.

x
Bersama Hj Mozaruddin & isteri (Hjh Norma) di tepi laut, Jeddah
Ahad, 28hb November (30)
Membuat lawatan ke ladang unta (sempat beli/minumsusu unta),on the way ke Masjid Hudaibiyah untuk niat Umrah di Miqat. Kebetulan tiada air di masjid tersebut, jadi tak dapat solat sunat ihram di masjid itu. Aku melaksanakan Umrah Sunat sebaik sahaja sampai. Selesai saie selepas waktu zuhur.
x
Lawatan ke ladang unta
Tak semua orang Arab berperangai tak baik dan ambil kesempatan. Semasa lawatan di ladang unta, ketika membeli susu unta, duit aku terjatuh (ke tanah) tanpa kusedari, jumlahnya lebih kurang SR3000. Kalau budak Arab tu tak bagi tau yang duit aku jatuh, hari tu aku mungkin akan kehilangan wang itu. Syukur kepada Allah.
Isnin, 29hb November (31)
Hari ini alhamdulillah aku salah seorang dapat membantu 'room mate' aku 'Hj Che Hassan' (dari Kelantan)keklinik TH di Sofwah Tower. Sejak dua hari lepas aku tenguk dia lemah dan asyik baring sahaja. Kawan-kawan lain geng sekampung pun buat biasa saja kerana masing-masing sibuk nak buat ibadat. Masa amat terhad. Dia pun mungkin malu untuk minta tolong. Jadi aku offer dia ajak ke klinik. Aku ajak Adibah yang juga membawa dua tiga lagi jemaah wanita tua yang ingin ke klinik. Memamng agak sukar untuk klinik. Terpaksa naik lift yang tiada 'notice board' naik eskalator dan jalan pun agak berbelok-belok. jadi kalau orang tua-tua, jika tidak dibantu, tak mungkin mampu mencari klinikitu atau mencari jalan pulang ke hotel.
Dalam perjalanan pulang ke hotel aku bertemu dengan 'skot' aku 'Lt Jen Dato Seri Hj Hasbullah' yang aku rasa baru menyempurnakan umrah sunat kerana beliau masih berpakaian ihram.
Malam itu, selepas Maghrib aku dapat membuat tawaf sunat. Selepas makan malam, Tuan Hj Ridzuan (MD TMTT) telah menawarkan kepada aku sebuah bilik iuntuk dua orang. Jadi mulai hari itu duduk sebilik dengan isteri.
Selasa, 30hb November (32)
Melaksanakan tawaf sunat sebelum zuhur. Dinner di Wadi Luqman (jalan ke Taif). Tempat makan ini terletak agak jauh dari jalanraya utama, di satu penempatan persendirian di padang pasir. Satu pengalaman baru. bersolat Maghrib dan Isyak di sana. Selepas solat Isyak makan nasi minyak lauk kambing. Selepas makan malam, pihak pengurusan TMTT menyampaikan sijil kepada jemaah dan juga hadiah Hari jadi kepada jemaah yang tarikh hari lahirnya jatuh antara 24 Okt 2010 hingga 12 Okt 2010.
Aku pun dapat hadiah special sempena hari jadiku.
Aku pun dapat hadiah special sempena hari jadiku.
x
Menunggu waktu Maghrib di Wadi Luqman
x
Menerima cenderamata dari Pengurus TMTT
Rabu, 1hb Disember (33)
Lawatan ke Tanaiem kali kedua untuk berniat ihram/umrah bagi melaksanakan Umrah Sunat ketiga. Kami sepatutnya pergi naik sebuah bas yang telah dikhaskan. namun bas yang ditunggu, tak kunjung tiba. Kemuadian dikhabarkan bahawa abs itu ditahan polis kerana pemandunya tidur dalam bas di tepi jalan. Pihak TMTT mendapatkan kenderaan ganti dan menyewa dua buah mini coach.
x
Masa pulang ke Makkah, pemandu minibus itu menurunkan bas itu di tempat yang jauh dari hotel. Pengurus TMTT menunggu di depan hotel kami untuk membayar sewa kenderaan. Pemandu itu meminta wang tambang dari kami. kami pun buat 'dakkk' je sebab bukan urusan kami. Apalagi dia mengaruk la, membebel dalam bahasa Arab. kami buat-buat bodoh (memamng bodoh punn). Nasib baik ada jemaah yang berinisiatif mengambil no telefon pemandu itu dan memberikan kepada Pengurus TMTT. Kenalah dia cari pengurus itu untuk menuntut bayaran.
PEMERHATIAN KESEMBILAN
Di Makkah, kalau sewa teksi atau kenderaan, jangan bayar sebelum sampai ke destinasi. Kalau dia mintak macam mana pun jangan bagi. Kalau tidak, dia dah dapat duit dia akan turunkan kita di mana-mana saja ikut suka hati dia. Kalau kena macam tu (ramai yang kena), kita akan mengaruk, dan dia pulak buat dakkkkk. Pastikan dah sampai destinasi baru langsaikan bayaran. Kalau kita yang salah,dia aakan kata HARAM, dan kita tak akan tergamak buat benda haram di Mekah. tapi bila dia mungkir janji, dia tak peduli hukum halal haram atau TANAH HALAL ATAU HARAM.
Khamis, 2hb Disember (34)
Selepas zohor ada ceramah oleh YBhg Dato Hj Kamal di dewan makan hotel mengenai kaifiat tawaf wada' dan juga bagaimana memelihara'kehajian' selepas pulang ke negara nanti.
PEMERHATIAN KESEPULUH
Shopping?. bagi sebahagian besar jemaah, Jeddah, Mekah dan Madinah adalah syurga membeli belah. Sampai ada yang buat guruan, selepas selesai melontar jumrah di Mina, jemaah ada acara melontar lagi yang perlu diselesaikan, iaitu melontar Riyal.
Di Mekah, Jeddah atau Madinah, yang nampak sangat kuat berbelanja ialah jemaah Asia Tenggara. Sampai peniaga (sama ada dalam shopping centre atau yang di tepi jalan) semua tau jemaah Malaysia banyak duit dan suka berbelanja (kalau jemaah Indonesia bershopping, itu kira kumpulan yang kaya melalui pakej). Kebanyakan jurujual adalah berbangsa Bangla. Semuanya tau berbahasa Melayu untuk menarik pembeli dari Asia Tenggara. Perkataan seperti 'LEHAT DULU' dan "MALAYSIA BAGUSsss' jadi bahan ajukan...."Hajji, hajji, lehat dulu, lehat dulu...."
Aku pun yang berniat dari rumah tak nak shopping, terpaksa mengeluarkan duit tabung haji. Nasib baik sekali sahaja, tu pun cuma RM2500. Mata rambang dan tangan pun gatai.
Aku beli souvenir seperti alQur'an kecil (satu SR15), minyak wangi, tasbih mutiara (beli kat Quba'), khurma ajwa, kismis dan buah tin (beli kat Madinah). Sebahagiannya aku poskan dari Mekah dan sebahagian lagi (yang beli di Madinah), tak sempat pos. Masalah timbul bila nak balik, beg berat berlebihan.
PENGHUJUNG PERJALANAN
Jumaat, 3hb Disember (35)
Selepas solat Subuh terakhir di Masjidil Haram kami melaksanakan Tawaf Wada'. Selepas selesai pusingan terakhir, aku dan isteriku bersolat sunat tawaf dan kemudian kami duduk berdoa di hadapan Kaabah dengan penuh syahdu. Dalam doaku (yang aku karang sehari sebelum aku tawaf wada'), aku tidak dapat menahan air mataku dari berderai-derai membasahi wajahku.
Sayu sungguh hati ini untuk meninggalkan Kota Mekah. Entah bila kami akan dapat ke sini lagi. Kami akan terus merinduimu wahai Baitullah. SELAMAT TINGGAL MAKKATUL MAKARRAMAH.
Ya Allah, Ya Rahman, ya Rahim,
Hambamu ini adalah insan yang selalu lalai,
kerap mengingkari perintahmu,
kerap melanggari laranganmu,
Ya Allah,
Sungguh besar dosa-dosaku,
Sungguh banyak dosa-dosaku,
Ya Allah,
Ampuni segala dosa-dosaku,
kerap mengingkari perintahmu,
kerap melanggari laranganmu,
Ya Allah,
Sungguh besar dosa-dosaku,
Sungguh banyak dosa-dosaku,
Ya Allah,
Ampuni segala dosa-dosaku,
Dosaku yang yang dan yang kecil,
Dosa yang ku buat secara sengaja atau tidak ku sedari,
Dosa perbuatan, percakapan,
dan sama ada secara terang atau yang tersembunyi di hatiku.
Ya Allah,
ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku,
dosa nenda-nendaku,
dosa isteri dan anak-anakku,
dosa saudara-saudaraku,
dosa guru-guruku,
dosa guru-guruku,
dosa sahabat handaiku,
kaum muslimin dan muslimat, sama ada yang hidup atau yang telah mati.
Ya Allah,
engkau peliharalah, senangkanlah hati kedua ibu bapaku,
permudahkanlah kehidupan mereka,
sesungguhnya, aku tidak dapat membalas segala jasa dan kasih sayang mereka.
Andainya kau ambil nyawanya, permudahkanlah ia,
dan ambillah dalam keadaan keimanan,
jauhilah mereka dari seksaan kubur dan api nerakaMu,
Ya Allah,
engkau jadikanlah isteriku, isteri yang solehah, yang mentaatiku di jalan kebenaran,
ampunkanlah aku, jika selama ini aku selalu menyakiti hatinya,
tidak memberi kasih sayang yang sewajarnya kepadanya.
Ya Allah,
kurniakanlah anak-anaku nur dan hidayahMu supaya mereka
menjadi anak-anak yang bertaqwa dan beriman,
taat dan kasih kepada ibubapa,
terang hati menerima ilmu-ilmuMu,
berjaya dalam hidup di dunia dan di akhirat.
Ya Allah,
aku bermohon kepadamu dengan penuh hina dan keinsafan,
lindungilah aku dari sifat-sifat yang engkau keji,
jauhkanlah aku dari perbuatan maksiat,
lindungilah aku dari perbuatan jahat sesama manusia,
berilah aku kekuatan untuk melangkah ke depan dan menghadapi cabaran,
kurniakanlah aku pangkat dan darjat jika ia memberi kebaikan kepadaku,
keluargaku, masyarakatku dan negaraku.
Ya Allah,
di hadapan Kaabahmu ini,
aku bermohon dengan limpah rahmatmu,
bukakanlah dan lembutkanlah
hati orang-orang yang aku telah berbuat dosa kepada mereka,
agar mereka mengampunkan dosa-dosaku.
Sesungguhnya aku insan yang amat lemah untuk
menghadapi godaan syaitan yang kau laknat.
Ya Allah,
Tip doa ini diberi oleh Ustaz Dato Kamal (bekas Pengurus TH) - untuk bakal haji, kalau nak tambah apa-apa lagi, tak jadi masalah.... mungkin ada doa yang bersifat peribadi seperti minta sembuhkan penyakit ke, amankan rumahtangga yang retak ke, kalau yang bujang nak minta dijodohkan dengan wanita yang soleh ke, atau yang berhasrat nak tambah kuota ke...... doa depan Kaabah ni.... insyaAllah maqbul.aku bermohon kepadamu dengan penuh hina dan keinsafan,
lindungilah aku dari sifat-sifat yang engkau keji,
jauhkanlah aku dari perbuatan maksiat,
lindungilah aku dari perbuatan jahat sesama manusia,
berilah aku kekuatan untuk melangkah ke depan dan menghadapi cabaran,
kurniakanlah aku pangkat dan darjat jika ia memberi kebaikan kepadaku,
keluargaku, masyarakatku dan negaraku.
Ya Allah,
di hadapan Kaabahmu ini,
aku bermohon dengan limpah rahmatmu,
bukakanlah dan lembutkanlah
hati orang-orang yang aku telah berbuat dosa kepada mereka,
agar mereka mengampunkan dosa-dosaku.
Sesungguhnya aku insan yang amat lemah untuk
menghadapi godaan syaitan yang kau laknat.
Ya Allah,
Sampaikanlah hajat saudara-saudara dan sahabat-sahabatku
untuk dapat sama menjejaki tanah sucimu ini,
Mereka semua mendoakan aku dan kesejahteraanku,
untuk mendapat Haji yang MABRUR.
Ya Allah
aku bakal merindui KaabahMu, Masjidil haram ini,
Tanah Suci yang sungguh mencabar kekuatan diriku ini,
aku bermohon kepadamu,
Engkau perkenankanlah pemintaanku untuk datang lagi ke sini
Menziarahi RumahMu dan
Tanah Tumpah darah kekasihmu Nabi Muhammad (s.a.w) ini.
Ya ALLAH, ampunkanlah dosa-dosaku
Perkenankanlah doaku Ya Allah
Perkenankanlah doaku Ya Allah
Perkenankanlah doaku Ya Allah
Sayu sungguh hati ini untuk meninggalkan Kota Mekah. Entah bila kami akan dapat ke sini lagi. Kami akan terus merinduimu wahai Baitullah. SELAMAT TINGGAL MAKKATUL MAKARRAMAH.
UNTUK PERJALANANKU DI KOTA SUCI KEDUA, MADINATUL MUNAWWARAH
KOTA TEMPAT LAHIRNYA KERAJAAN ISLAM
KOTA KESAYANGAN RASULULLAH
No comments:
Post a Comment