SAMBUNGAN DARI TAJUK 91
BAHAGIAN 2
MADINAH AL MUNAWWARAH
Jumaat, 3hb Disember (HARI KE 35). Selepas menunaikan solat Subuh terakhir di Masjidil Haram kami melaksanakan Tawaf Wada' yang wajib dilakukan sebelum meninggalkan Kota Suci Makkah. Kami diberi taklimat bahawa selepas Tawaf Wada', jemaah tidak lagi dibenarkan untuk melakukan aktiviti lain seperti membeli belah atau melawat-lawat sekitar Makkah lagi. Semua jemaah kena bersegera berkemas untuk menaiki bas yang akan tiba pada bila-bila masa sahaja.
Seperti mana dimaklumi, bas di sini sukar untuk diramal. Boleh cepat dan boleh lambat tapi 90% lewat.
Selepas selesai pusingan terakhir, aku dan isteriku bersolat sunat tawaf dan kemudian kami duduk berdoa di hadapan Kaabah dengan penuh syahdu. Dalam doaku (yang aku karang sehari sebelum aku tawaf wada'), aku tidak dapat menahan air mataku dari bercucuran, berderai-derai membasahi wajahku. Terbayang gumpalan dosa-dosa besar dan kecil yang pernah aku lakukan. Entah mendapat kemaafan Allah entahkan tidak.
Namun sebagai hamba yang lemah dan kerdil ini hanya mampu memohon ikhsanNya. Sayu sungguh hati ini untuk meninggalkan Kota Suci Mekah. Tempat megah berdiri Kaabah Baitullah. Entah bila kami akan dapat ke sini lagi. Kami akan terus merinduimu wahai Baitullah.
SELAMAT TINGGAL WAHAI KOTA SUCI MAKKATUL MAKARRAMAH
perjalanan tersangkut dilokasi ini (depot transport)- masih dalam kawasan Makakh selama hampir 2 jam untuk menguruskan pas perjalanan ke Madinah
Kami bertolak ke kota suci Islam kedua iaitu Madinatul Munawarah pada jam 0900H. Dalam perjalanan ke Madinah ini aku dan isteri terpisah bas dengan kumpulan KT 71 yang lain. Bas yang kami naiki dipenuhi oleh jemaah dari KT 63 (TMTT). Jemaah KT 71 yang ada dalam bas ini hanya Hj Ghazali dan isteri serta Hj Jami dan isteri sahaja.
Perjalanan dari Mekah ke Madinah sejauh 424 km terasa amat panjang sekali. Selain dari itu, walaupun jalannya lurus, besar dan rata serta tiada langsung kesesakan (sepanjang perjalanan jumlah kenderaan yang berselisih boleh dikira) tetapi penuh dengan cabaran, mengambil masa hampir 10 jam kerana masalah teknikal seperti pemeriksaan paspot dan kerenah pentadbiran di 'checkpoint'. Sepanjang perjalanan hanya kelihatan bukit-bukit batu dan padang pasir sahaja. Di pertengahan jalan (210km dari Madinah) kami berhenti di satu R & R untuk bersolat jamak Zohor/Asar dan makan tengahari (nasi briyani ayam)- macam nasi mande juga la rasanya. Sungguh enak sekali. Aku dah lupa nama tempat (R&R) itu, kalau tidak salah Abu Rubayq atau al Yitmah.
Perjalanan dari Mekah ke Madinah sejauh 424 km terasa amat panjang sekali. Selain dari itu, walaupun jalannya lurus, besar dan rata serta tiada langsung kesesakan (sepanjang perjalanan jumlah kenderaan yang berselisih boleh dikira) tetapi penuh dengan cabaran, mengambil masa hampir 10 jam kerana masalah teknikal seperti pemeriksaan paspot dan kerenah pentadbiran di 'checkpoint'. Sepanjang perjalanan hanya kelihatan bukit-bukit batu dan padang pasir sahaja. Di pertengahan jalan (210km dari Madinah) kami berhenti di satu R & R untuk bersolat jamak Zohor/Asar dan makan tengahari (nasi briyani ayam)- macam nasi mande juga la rasanya. Sungguh enak sekali. Aku dah lupa nama tempat (R&R) itu, kalau tidak salah Abu Rubayq atau al Yitmah.
Berhenti rehat, makan dan solat Zohor/Asar di R & R. Adib bersama Hjh Suryati dan Hjh Faridah Hanim
Masjid tempat kami bersolah jamak Zohor/Asar
Kami tiba di Madinah lebih kurang jam 7.30 malam. 10 jam perjalanan, sesuatu yang membosankan. Nasib baik di tengah jalan ada berhenti satu tempat di mana ada beberapa ekor monyet padang pasir yang mengiburkan hati. Di Madinah kami tinggal di Hotel Mawaddah asSafwa yang terletak hanya 50 meter di luar pagar belakang Masjid anNabawi. No bilik kami ialah 1117.
Hotel di Madinah ini jauh lebih selesa dari di Dar al Kaaki. Aku membayar tambahan sebanyak RM1600 kepada pihak TMTT untuk mendapatkan bilik untuk dua orang. Demi keselesaan. Ye la, dah tak ada pantang larang lagi. Lagi pun isteri aku asyik sakit sahaja, teruk batuk selsema dia. Bawak dari Makkah, masih belum elok lagi.
Hotel di Madinah ini jauh lebih selesa dari di Dar al Kaaki. Aku membayar tambahan sebanyak RM1600 kepada pihak TMTT untuk mendapatkan bilik untuk dua orang. Demi keselesaan. Ye la, dah tak ada pantang larang lagi. Lagi pun isteri aku asyik sakit sahaja, teruk batuk selsema dia. Bawak dari Makkah, masih belum elok lagi.
Sabtu, 4hb Disember (1- 36)
Subuh di Masjid an Nabawi, solat pertamaku di Masjid Nabawi. Jam 8 pagi membuat lawatan di sekitar Masjid Nabawi termasuk Makam Rasulullah (saw), Perkuburan Baqi'. Tapi tiada peluang memasuki dalam kawasan pagar Baqi'. isteriku dapat masuk ke Raudhah pada pagi itu bersama kumpulan jemaah wanita. Keadaan di tempat lelaki alat sesak, ramai yang tidak berpeluang masuk. Masih ada 7 hari lagi untuk mencari peluang. hari itu kami dapat bersolat semua 5 waktu di Masjid Nabawi.
Makam Rasulullah dahulu (sebelum tahun 80an) , terbuka dan boleh di lawati
Makam Rasulullah sekarang- berpagar hanya boleh lalu sahaja. Itu pun kena berasak-asak.
Punca dipagar logam ini pun sebab untuk menghindar dari jemaah/penziarah yang 'over' atau melampauhingga menyukarkan kawalan.
Punca dipagar logam ini pun sebab untuk menghindar dari jemaah/penziarah yang 'over' atau melampauhingga menyukarkan kawalan.
Ahad, 5hb Disember (2 - 37)
Selepas sarapan, kami di bawa melawat kesekitar beberapa lokasi bersejarah diluar kota Madinah seperti Masjid Quba' (dapat bersolat Tahyatul masjid, Hajat dan Dhuha), Ladang Khurma, lalu Masjid Qiblatain, Kilang alQur'an, Bukit Uhud dan pasar Khurma.hari ini kami dapat bersolat 5 waktu di Masjid Nabawi.
Nota: bersolat sunat di Masjid Quba' adalah bersamaan dengan satu Umrah (Hadith Nabi).
Pemerhatian 1
Sedikit perbezaan di Masjid an Nabawi ini berbanding dengan Masjidil Haram, Makkah. Disini, tidak rushing seperti Makkah. Sebab utamanya- di sini tiada Kaabah dan lagi satu, perjalanan masuk dan keluar serta kedudukan pintu di sini yang ada menyediakan laluan dan ruang khas untuk jemaah wanita- keadaan mudah dikawal.
Di Masjid Nabi yang sungguh besar ini, semua berpermaidani, ruang solatnya luas. Di sini apabila masuk waktu, dan azan, masa yang diberi amat panjang sebelum memulakan solat fardhu. jadi peluang untuk solat sunat atau membaca al Qur'an juga panjang. Purata, antara azan dan qamat ialah antara 15 hingga 20 minit.
Oleh itu, andainya kita bergerak dari bilik hotel semasa azan sedang dilaungkan, kita masih boleh mendapat tempat di dalam ruang masjid.
Masjid Quba' kilang al Quran
aku bergambar berlatarbelakangkan Bukit Uhud
Lawatan ke ladang Khurma- mahal harga kalau beli di sini- biasalah, tumpuan orang ziarah- serupa macam di Malasyia juga. Jemaah dinasihatkan supaya beli di pasar khurma.
Isnin, 6hb Disember (3 - 38)
Tiada aktiviti lain hari ini. Berehat sahaja. Dapat bersolat 5 waktu di Masjid Nabawi. Satu-satunya suasana yang agak tidak selesa di Madinah ialah,setiap lepas solat Zohor, Asar dan Isya.. sebaik sahaja keluar dari pintu masjid, suasana jadi hingar-bangar, penuh sesak kerana peniaga (illegal) membuka perniagaan di ruang-ruang luar pintu masjid, di hadapan deretan hotel. Bagusnya mereka tidak mengganggu langsung koridor pintu kedai di hotel-hotel. Letih juga nak melepasi kebingaran/kesesakan itu. Macam pasar lambak di Malaysia. Tapi jauh lebih bingar dans esak lagi.
Selasa, 7hb Disember (4 - 39)
Tiada aktiviti lain hari ini, berehat sahaja. Aku dapat bersolat di Raudhah hari ini setelah mencuba dalam pukul 10 pagi. Keadaan sungguh sesak. Kebetulan pada pagi itu pihak polis Saudi membuat kawalan dan mengatur keadaan supaya setiap orang dapat masuk dalam keadaan teratur.
Bila raudhah dibuka selepas dicuci, jemaah menyerbu macam ombak besar menghempas pantai. namun masa itu pihak pengawal dengan tegas menghalang dan membahagikan kepada kumpulan demi kumpulan. Kebetulan aku termasuk dalam kumpulan hadapan untuk masuk.
Hari itu aku dapat bersolat 5 waktu di Masjid Nabawi.
Rabu, 8hb Disember (5 - 40)
Hari ini ada lawatan lagi tapi aku tidak pergi kerana Adibah tidak sihat. Bawa dia ke Klinik TH di Moven Pick Hotel. Dapat bersolat 5 waktu di Masjid Nabawi. Jemaah lain melawat Masjid Quba' lagi, Bukit Magnet, Burqan, perkampungan Yahudi dan pasar khurma.
Malam, Naim dan Nasrullah ajak makan malam di luar. Nasi Mande lauk daging kambing, ayam dan unta di sebuah restoran di Jalan Salam bersama sepasang lagi suami isteri dari Kuantan (kawan kepada bapa Nasrullah)
Khamis, 9hb Disember (6 - 41)
Jumaat, 10hb Disember (7 - 42)
Pagi itu ada perkara yang menggelihatikan semasa solat Subuh. Kedudukan imam jauh di hadapan, makmum yang di bahagian belakang cuma dengar suara sahaja. Dalam rekaat pertama Imam membaca Surah Sajadah. Bila sampai ke ayat 15 (untuk sujud tilawah), semua makmum buat ruku' (sebab semua makmum (beribu) di barisan hadapan buat ruku'. Bila bangun balik, Imam sambung ayat 16. Rupanya tadi tu imam buat sujud tilawah. Sudah habis satu surah baru Imam sujud yang sebenarnya. Apa sudah jadi???. "Morale of the story" makmum tidak percaya diri sendiri,tidak konfiden dengan ayat Allah.
Selepas Isyak ada taklimat pentadbilan (urusan pergerakan pulang) dan ceramah agama oleh ustaz Abdullah mengenai ziarah wadak. Dapat bersolat 5 waktu di Masjid Nabawi
Sabtu, 11hb Disember (8 - 43)
Hari terakhir di Madinah. Selepas solat Maghrib aku melaksanakan Ziarah Wada' ke Maqam Rasulullah (saw)' juga Maqam Saiyidina Abi Bakr (ra) dan Saiyidina Umar ra. Meleleh air mataku semasa berdoa berhampiran Maqam rasulullah saw untuk meninggalkan Kota Madinah, kota pilihan Allah untuk rasulnya. Kami dapat menyempurnakan Solat Isyak malam itu, iaitu solat wajib ke 40 di Masjid Nabawi.
Ziarah Wada'. Sukar sekali untuk merapati Maqam Rasulullah.
luggage siap untuk dipunggah ke dalam bas
Walaupun kami sudah turun ke lobi hotel lebih kurang jam 2.30 pagi untuk pemunggahan dan pengaturan menaiki bas, namun bas hanya bertolak pada jam 4.00 pagi. Kami diberikan sarapan nasi lemak dan sebiji pisang di perkarangan hotel dan bersarapan di situ.
bersarapan di kaki lima hotel- sambil menunggu bas ke lapangan terbang
rakan jemaah - Brig Jen Dato' Hj Abdul Nasser
Ahad, 12hb Disember (9 - 44)
Jam 0400 bertolak dari Hotel Mawaddah Sofwah ke Lapangan Terbang Madinah. Departure time: 0815 (lewat 45 dari yang dijangkaan).. Sungguh sedih untuk meninggalkan kota kesayangan Rasulullah. Entah bila aku dapat ke sini lagi.
Sebenarnya kalau mengikut timbangan barangan, berat barangan yang aku bawa sudah melebihi sebantak 30 kilo. Faham-faham je la, last-last minutes kat Madinah tu, macam-macam nak beli, seperti jubah, khurma, kacang dan lain-lain. Nasib baik tak beli daging unta, niat tu memang ada. Kononya malas nak bawa wang tunai ke Malaysia. Ini bermakna aku kena bayar lebih kurang RM2000 riyal. Aku check dalam poket, jumlah baki wang yang aku ada memang tak cukup. Tetapi dengan izin Allah, berkat doa dan bantuan rakan-rakan, semuanya terlepas.
Biar panas, biar sesak, biar berhabuk, biar penuh dengan pelbagai cabaran yang mencabar kesabaran- dalam hati ini tetap mahu datang lagi.
keadaan di Airport Madinah (berdiri kiri: Dato Hj Che Omar dan kanan (jubah hitam) isterinya)
gambar curi oleh Hj Othman yang duduk di belakang aku
Sampai KLIA jam 0930H. Malangnya proses untuk mendapatkan mengambil masa yang amat panjang, iaitu hampir 2 jam. Sesampainya di luar (ruang ketibaan), kami disambut oleh semua anak-anak yang ada di Malaysia. Air mata kegembiran merembes dimataku. Kami berpelukkan melepaskan rasa rindu yang amat sangat.
disambut oleh anak-anak di KLIA
Sampai rumah lebih kurang jam 1205H (13hb Disember). Ajim, isteri (Arah) dan 4 orang anaknya telah sedia (dah 2 jam lebih) menunggu di rumah. Mereka telah menyediakan masakan istimewa "Lontong Mak" (lontong daun pisang) dengan kuah lodeh dan sambal kacang. Apa lagi, setelah 44 hari tak makan masakan Malaysia (Jawa) aku pun meratahlah lontong mereka. Itulah makanan istimewa keluarga di kampung setiap 1 Syawal. TQ Ajim dan Arah.
Syukur alhamdulillah, aku dan isteri telah selamat menjejakkan kaki ke rumah kami untuk meneruskan kembali saki baki usia kami dengan tugas dan tanggung jawab yang lebih berat, itu memelihara kemuliaan 'HAJI' kami.
Semoga Allah MENGAMPUNKAN DOSA-DOSA KAMI dan MEMAQBULKAN DOA KAMI untuk kembali semula ke Tanah Suci Mekah dan Madinah pada suatu hari nanti.
ALUMNI DAR AL KAAKI
(DI BAWAH PAKEJ TMTT)
Hj Khairudin Khalid (KL)
Hj Azahar bin Zualkefly (KL)
Hj Adnan bin Md Nasir & Hjh Zabedah (Melaka)
Hj Abd Rashid bin Hussin & isteri (Shah Alam)
Hj Mozarudin bin Musa & Hjh Norma bt Ali (Bangi)
Hj Othman bin Ibrahim & Hjh Hafsah bt Ismail (Melaka)
Hj Khairil Anuar bin Mohd Noor & Hjh Rosni bt Juda (KL)
Dato' Hj Che Omar bin Che Lim & Datin Hjh Noraimi bt Alias (KL)
Dato Ir Hj Abdul Nasser bin Ahmad & Datin Hjh Khadijah bt Ali (KL)
Hj Mohd Pasuzi b Awg Daud & Hjh Noor Aizita bt Abd Hamid Kelantan)
Hjh Maziah bt Awang Daud (Terengganu)
Hj Ar Azman bin Bilaji (Kulai, Johor)
Hj Hamim bin Yunus & Hjh Zakiah bt Ithnin
Hj Mat Zaki bin Abd Majid & Hjh Zaliha bt Ahmad (Johor)
Hj Sarlan bin Kasan & isteri (Johor)
Hj Jusoh bin Mat Saman dan Hjh Faridah (Kedah)
Hj Zukhairi bin Abdul Wahab dan Hjh Mazlina bt Rhazali (Bangi)
Hj Toharudin bin Ab Rasid dan Hjh Adibah Taha (KL)
Hj Jasmi bin Arbain & Hjh Faridah Hanim bt Haron (Bangi)
Hj Ghazali bin Omar & Hjh Suryati bt Omar (KL)
Hj Alang Wahi & Hj Dahlah Suarno (KL)
Hj Ahmad Rosly bin Ahiar & Hjh Dr Anita Abdul Rahman (Bangi)
Hj Azrul Gul bin Omar Gul (Tok Ayah) & 2 isteri (Kulim)
Hjh Zarina bt Omar Gul (Kulim)
Hj Ibrahim (Kelantan)
Hj Md Yusof bin Ahmad (Melaka)
Hj Che Hassan & isteri (Kelantan)
Hj Mat Nawi (Kelantan)
Hj Che Kasim (Kelantan)
Hj Mustapha & isteri (Kelantan)
Hj Adnan bin Ayup & isteri (Johor)
Hj Norazman bin Hussein (Johor)
Hj Zahisham bin Kamaruzzaman & Hjh Ziana Abd Hamid (Bangi)
Hj Hussein & isteri (Johor)
Hjh Siti Hawa bt Ibrahim & Hjh Zeehan bt Zakaria (Melaka)
Hjh Roziah bt Abu Bakar
Hjh Hayati binti Hussein (KL)
Hj Halim & isteri
Hjh Aminah (Amy) (B.Pahat)
Hj Azman bin Zainal & isteri (Johor Bahru)
Beberapa orang lain jemaah tidak mencatatkan nama dalam buku yang diedarkan.
ANTARA YANG BOLEH DIGAMBARKAN SEPANJANG PERJALANAN DI KOTA HARAMAIN
Lobby Hotel
kiri: Tuan Hj Ridzuan (MD TMTT) & kanan: Pn Hjh Naaimah (Director- isteri Hj Ridzuan)
kiri: keadaan di dalam bilikku di Dar al Kaaki (pakej RM20k!), kanan: main entrance hotel
sehari selepas gunting rambut (selepas saei haji)
INILAH CAPAL YANG PALING BERJASA KEPADAKU SEPANJANG DI
sehari selepas gunting rambut (selepas saei haji)
INILAH CAPAL YANG PALING BERJASA KEPADAKU SEPANJANG DI
MAKKAH DAN MADINAH
(terpaksa aku tinggalkan di Madinah kerana beg yang telah terlalu penuh)
PERINGATAN
Buat rakan-rakan yang bakal menunaikan Fardhu Haji, ini ada BEBERAPA tip untuk mengelakkan dari membawa terlalu banyak barang (memberatkan beg). Ramaijemaah haji yang excited bawa semua barang, kain, makanan, baju, jubah, selipar, banyak kain ihram (yang berat tu), takut tak cukup. Tak payah. Bawa yang minima. Kalau tak ada boleh beli di sana, banyak dan murah. Buat permulaan, bawa cash SR2000 pun dah ok. Yang lain boleh ambil di pejabat Tabung Haji Makah atau Madinah.
- Tunai SR2000 (buat beli keperluan asas, bayar dam tamattuk danbeli ubat-ubatan jika perlu).
- Selipar sepasang.
- kain ihram 3 helai dah cukup.
- Baju Melayu sepasang.
- Kain sarung 2 pasang.
- Jubah bawa satu pasang sahaja. Di Mekah ada banyak dan murah2. Kalau di KL RM60-70, di sana boleh dapat SR25.
- Seluar dalam secukup rasa.
- Seluar panjang dalam (untuk pakai jubah) 2 pasang.
- Kopiah, satu cukup. Di sana ada beribu jenis dan rupa serta murah-murah.
- Uncang kasut (bawa dua, takut hilang)
- Tali ropia/nylon (untuk ampai gantung baju di Arafah/Mina)
- Plastik sampah dan tisu murah untuk lap hingus/luah kahak dalam masjid atau di Arafah/Mina nanti.
- Alatan lain seperti pisau, gunting, benang, jarum dll tu tak payah bagi tau laaa.
- Kalau boleh bawa rendang daging dan sambal ikan bilis lebih2 sikit. Bungkus kecil2 supaya tahan lama. Sebab kalau bawa bungkusan 10 kilo pun, bawa ke dining hall, pass sana sini akan habis...(kecuali kalau memang niat nak derma sehari sekilo). Kalau nak makan dalam bilik sorang-sorang tak apa la... bawa sambal bilis pun baguihhh... kalau tak bawa mende2 ni memang menyesal. Hari-hari atau paling2 selang 2 hari, pusing-pusing akan makan lauk yang sama, macam duduk kat asrama.
Keadaan di Lapangan Terbang Madinah
Sepanjang hayat, aku berpeluang menziarahi banyak tempat dan negara di dunia ini seperti Indonesia, Singapura, Thailand, Brunei, Italy, Amerika Syarikat, Canada, United Kingdom, Rusia, Switzerland dan Sepanyol. namun menziarah ke Haramain (Makkah dan Madinah) adalah sesuatu yang amat berbeza. Terlalu banyak perkara yang ganjil, unik, menyeronokkan, dan mencabar yang tidak boleh diceritakan.
Apa Tugas Kita Selepas Pulang Dari Mekah?
Tugas yang paling berat bagi semua Jemaah Haji ialah untuk mengekalkan HAJI kita.
- adakah kita kekal menunaikan solat waktu (mengikut waktu) seperti mana kita buat di Makkah dan Madinah?
- adakah kita boleh sentiasa memelihara aurat sebagaimana yang kita patuhi sepanjang di tanah suci?
- adakah kita mampu menahan kesabaran atau kemarahan apabila diuji dengan pelbagai kerenah manusia yang boleh menyakitkan badan, mata, telinga dan hati kita?
- adakah kita masih bersolat di masjid atau surau setiap waktu (terutama waktu subuh) setiap hari (kalau pun tidak setiap waktu) apabila berada di tanah air?
- adalah kita suka bercerita yang kita dah buat haji, dah rasa itu, dah rasa ini dan menunjukkan kebanggaan bahawa supaya orang tahu kita sudah ke Mekah?
- kita tahu menutup aurat itu wajib, kita mampu buat walaupun sekadar cukup syarat asas sahaaj, tapi mampukah kita merubah anak-anak kita supaya menutup aurat? kalau tidak kita seronok sorang-sorang dapat ibadah haji, tapi membiarkan anak-anak kita terjun dalam api neraka. kita mengharapkan anak kita sedar sendiri bila mereka ke Mekah nanti.
WAHAI 2 KOTA SUCI
LAMBAI LAH DAKU
PANGGIL LAH NAMAKU
SERULAH ROHKU
AGAR AKU AKAN KEMBALI LAGI MENJEJAKI MU
"AKU AMAT MERINDUIMU"
TAJUK-TAJUK BERKAITAN
Saudaraku dari Jemaah Haji Pakej TMTT (2010) yang dikasihi,
TAJUK 120 ini sebahagian dari pengkesahan (sebelum dan selepas) perjalanan hajiku (Tahun 1431 Hijriyah) bersama rakan-rakan dalam Pakej Haji Swasta TMTT yang dipimpin oleh Tuan Haji Redzuan dan isterinya Hajjah Naemah. Pakej ini mengandungi kumpulan KT 71 (turut mengandungi kumpulan KT 11 dan KT 63). KT 71 bertolak dari KLIA pada 30 Okt 2010 dan kembali ke tanah air pada 12 Dis 2010.
Semoga pertemuan ini akan menjadi asas persahabatan dan persaudaraan kita di dunia dan akhirat. Saudara-saudari boleh terus melayari tajuk-tajuk yang berkaitan dengan perjalanan kita dalam blog ini dengan mencari tajuk-tajuk berikut:
TAJUK 120 ini sebahagian dari pengkesahan (sebelum dan selepas) perjalanan hajiku (Tahun 1431 Hijriyah) bersama rakan-rakan dalam Pakej Haji Swasta TMTT yang dipimpin oleh Tuan Haji Redzuan dan isterinya Hajjah Naemah. Pakej ini mengandungi kumpulan KT 71 (turut mengandungi kumpulan KT 11 dan KT 63). KT 71 bertolak dari KLIA pada 30 Okt 2010 dan kembali ke tanah air pada 12 Dis 2010.
Semoga pertemuan ini akan menjadi asas persahabatan dan persaudaraan kita di dunia dan akhirat. Saudara-saudari boleh terus melayari tajuk-tajuk yang berkaitan dengan perjalanan kita dalam blog ini dengan mencari tajuk-tajuk berikut:
No comments:
Post a Comment