SHE IS MY MOTHER
Sejak aku kenal emak selepas aku dilahirkan, emak memang jarang sakit, kecuali demam sedikit. Hanya pernah sekali emak rasanya emak di bawa ke hospital kerana diserang darah rendah dan pitam semasa berkebun.
Emak memang tak tau rehat,ada saja kerja yang dibuatnya. Kalau masa aku kecil, pagi dia dengan bapak akan menoreh di kebun getah, petang memetik kopi dan sebagainya.
16 JULAI 2011 - pada jam 0525, aku menerima SMS dari adik aku Man (Rakhiman) yang tinggal di Kemaman dan kebetulan balik kampung mengatakan emak kurang sihat, malam tadi bawa ke klinik, dan doktor nasihatkan supaya rujuk ke hospital kerana suspek ada masalah jantung.
Pagi itu, aku sedang bersiap-siap untuk berangkat ke Alor Setar menaiki pesawat C130 kerana menghadiri Perbarisan Pentauliahan Pegawai Kedet Kolej Tentera Udara. Aku hanya memberitahu isteriku tentang berita itu dan tidak menyangka keadaan akan lebih serius, kerana jangkaku emak demam atau sakit biasa.
Semasa di Alor Setar aku menerima SMS lagi dari Man yang mengatakan emak telah di bawa ke Hospital Pantai, Batu Pahat dan beberapa minit kemudian memberitahu bahawa emak terpaksa dimasukkan ke wad ICU untuk rawatan rapi dianogsis. Wah gawat niiii.
Malam itu, aku sepatutnya hadir Majlis Makan Malam HUT TUDM ke 53 di Hotel Oriental Mandarin.
Kemudian aku terima SMS dari isteriku pula yang mencadangkan untuk balik kampung kerana keadaan emak yang tidak menentu. Aku setuju dan mengarahkan isteriku serta anak-anak supaya bersedia berkemas untuk balik ke Batu Pahat sebaik sahaja aku pulang ke KL pada tengahari tersebut. Aku menghubungi PENGSEK (melalui SMS) memberitahu bahawa aku tidak akan hadir majlis makan malam kerana terpaksa pulang ke kampung petang itu juga.
Petang itu juga aku sekeluarga (kecuali Fazeera dan Atikah) pulang ke Batu Pahat, dan terus ke hospital. Kami sampai lebih kurang jam 2030.
Keesokan harinya diberitahu bahawa ibuku mengalami komplikasi jantung kerana salah satu dari 4 saluran utama telah 100% blockage.
Setelah kebenaran lawatan (tidak melebihi 2 orang dalam satu masa) ditutup pada jam 10 malam, aku ulang ke kampung.
Keseokan paginya aku ke hospital semula- tengahari itu emak dipindahkan ke wad 606 untuk menerima rawatan sehingga doktor membuat laporan lengkap. sehingga 1630 petang, baru balik ke kampung dan malam itu juga lebih kurang jam 2030 aku pulang ke KL.
Memang ramai saudara mara yang ziarah kerana ibuku memang sejak muda lagi, adik beradiknya, dan ramai anak-anak saudaranya yang dibelanya. Jadi bila mendengar emak ada masalah kesihatan, apalagi masuk ICU, semuanya memang terkejut dan berpusu-pusu untuk datang menziarah.
Memang ramai saudara mara yang ziarah kerana ibuku memang sejak muda lagi, adik beradiknya, dan ramai anak-anak saudaranya yang dibelanya. Jadi bila mendengar emak ada masalah kesihatan, apalagi masuk ICU, semuanya memang terkejut dan berpusu-pusu untuk datang menziarah.
Emak keluar hospital pada tengahari 18 Jul 11.
YA ALLAH engkau anugerahilah kekuatan kepada emak untuk menghadapi ujian ini. Lanjutkan usianya dengan diberikan ksihatan yang baik.
Ibu
Ibu…
adalah wanita yang telah melahirkanku
merawatku
membesarkanku
mendidikku
hingga diriku telah dewasa
ibu..
adalah wanita yang selalu siaga tatkala aku dalam buaian
tatkala kaki kakiku belum kuat untuk berdiri
tatkala perutku terasa lapar dan haus
tatkala kuterbangun diwaktu pagi ,siang , dan malam
ibu..
adalah wanita yang penuh perhatian, dikala.
bila aku sakit
bila aku terjatuh
bila aku menangis
dan bila aku kesepian
ibu..
telah kupandang wajahmu diwaktu tidur
terdapat sinar yang penuh dengan keridhoaan
terdapat sinar yang penuh dengan kesabaran
terdapat sinar yang penuh dengan kasih sayang
terdapat sinar kelelahan karena aku.
aku yang selalu merepotkanmu
aku yang selalu menyita perhatianmu
aku yang telah menghabiskan air susumu
aku yang selalu menyusahkanmu hingga muncul tangismu.
ibu..
engkau menangis karena aku
engkau menderita karena aku
engkau kurus pun karena aku
engkau korbankan segalanya untukku
ibu..
jasamu tiada terbalas
jasamu tada terbeli
jasamu tiada akhir
dan jasamu terlukis indah didalam surga
ibu..
hanya doa yang bisa kupersembahkan untukmu
hanya tangisku sebagai saksi
atas rasa cintaku padamu..
adalah wanita yang telah melahirkanku
merawatku
membesarkanku
mendidikku
hingga diriku telah dewasa
ibu..
adalah wanita yang selalu siaga tatkala aku dalam buaian
tatkala kaki kakiku belum kuat untuk berdiri
tatkala perutku terasa lapar dan haus
tatkala kuterbangun diwaktu pagi ,siang , dan malam
ibu..
adalah wanita yang penuh perhatian, dikala.
bila aku sakit
bila aku terjatuh
bila aku menangis
dan bila aku kesepian
ibu..
telah kupandang wajahmu diwaktu tidur
terdapat sinar yang penuh dengan keridhoaan
terdapat sinar yang penuh dengan kesabaran
terdapat sinar yang penuh dengan kasih sayang
terdapat sinar kelelahan karena aku.
aku yang selalu merepotkanmu
aku yang selalu menyita perhatianmu
aku yang telah menghabiskan air susumu
aku yang selalu menyusahkanmu hingga muncul tangismu.
ibu..
engkau menangis karena aku
engkau menderita karena aku
engkau kurus pun karena aku
engkau korbankan segalanya untukku
ibu..
jasamu tiada terbalas
jasamu tada terbeli
jasamu tiada akhir
dan jasamu terlukis indah didalam surga
ibu..
hanya doa yang bisa kupersembahkan untukmu
hanya tangisku sebagai saksi
atas rasa cintaku padamu..
Author: Ikbal Oktaviansyah
Bapak yang sekarang kesihatannya sudah begitu merosot (banyak lupa), memang tidak pernah berpisah dengan emak. Walaupun bapak amat garang dan sikap dengan emak juga agak keras, tapi amat jelas dia amat merasai kehilangan ibu dari sisinya walaupun sekejap.
Dia tidak berhenti bertanya-tanya ke mana emak pergi, walaupun telah diberitahu emak masuk hospital, sekejap sahaja dia telah bertanya lagi. malah pada hari pertama emak masuk hospital, bapak menangis mencari emak, dia naik basikal mencari emak di kebun.
Sungguh menyentuh perasaan.
Pada hari cuti hujung minggu pada 22/23 Julai 2011 aku balik kekampung lagi untuk menjenguk emak lagi. Emak kelihatan sihat dan ceria, tetapi perlu dibawa ke hospital sekali lagi pada hari Selasa 26hb.
SHE IS MY MOTHER
THIS IS MY MOTHER.. SHE IS 77 (2012). SHE JUST COULD NOT SIT DOWN WHEN SHE IS WELL
BAPAK, THOUGH HAS MEMORY DISORDER, STILL VERY KEEN TO THE ENVIRONMENTAL ISSUES. HE COULD NOT ACCEPT ANY 'FOREIGN OBJECT LITTERING AROUND', HE WILL ASK MY MOTHER TO CLER IT. HE COULD NOT SEE UNDULATING SURFACE. HE WILL GO TO FLAT IT.
BAPAK, THOUGH HAS MEMORY DISORDER, STILL VERY KEEN TO THE ENVIRONMENTAL ISSUES. HE COULD NOT ACCEPT ANY 'FOREIGN OBJECT LITTERING AROUND', HE WILL ASK MY MOTHER TO CLER IT. HE COULD NOT SEE UNDULATING SURFACE. HE WILL GO TO FLAT IT.
Kesah kehidupan dan perjalanan hidup emak sejak aku kenal emak amat sukar untuk ditafsirkan dalam ayat atau cerita.
Biarpun emak telah melahirkan aku ke dunia ini sejak 53 tahun yang lalu (1959-2012), namun aku ikhlas mengakui bahawa aku belum kenal benar siapa emak sebenarnya. Maksud aku bukan asal usul atau latar belakang keturunannya. Tetapi apa yang ada tersirat setiap katanya, apa yang tersirat dari pandangan matanya, apa yang tersirat di sebalik senyumannya dan apa yang tersirat di sebalik air matanya.
Untuk membalas jasanya, Ya Allah, aku rasa sayup sekali jaraknya untuk ku capai. Terlalu jauh. Aku terlalu jauh untuk disebut sebagai ANAK kepada emak aku. Tiada kelihatan langsung sumbanganku terhadapnya sama ada dari segi moral atau material. Mungkin sumbanganku hanya menghadiahkan cucu-cucu yang baik itu sahaja. Tapi untuk menjadi cucu yang berjasa belum tentu lagi.
Emak hanya mampu bercerita. Kalau emak berpendidikan, boleh menulis dengan baik tentu sahaja dia akan mencoretkan segala isi perut kehidupannya untuk dibaca oleh anak cucunya.
Emak tidak sekolah. Masa aku kecil-kecil dulu pernah aku nampak emak pergi ke Sekolah Dewasa (terminologi yang digunakan pada masa itu. Kalau sekarang mungkin di bawah KEMAS. Di sekolah itu, emak belajar menulis ABC dan Alif Ba Ta. Masa aku sekolah rendah dulu, pernah emak cuba menulis namanya di atas kertas, dia tulis P pun terbalik. Dia eja nama ayahnya, MOSTAPA sebagai 'MOSTAqA'. Kami gelakkan emak masa itu. Bila aku ingat kesah itu, aku menangis. Maafkan aku mak, Aku memang bodoh masa itu. Tak tahu adat. Tapi aku tahu, mak pun tak kecik hati dengan ketawa kami.
Emak dilahirkan beberapa tahun sebelum Jepun datang menyerang Tanah Melayu. Masa Jepun datang emak baru berusia 7 tahun. Patut masuk Darjah Satu. Tapi dalam usia emak bermain-main dalam suasana dentuman senapang dan bom. Hidup emak tidak tentu arah. Mungkin perkataan BERMAIN pun tiada dalam kamus emak.
Emak seperti juga kanak-kanak sezaman dengannya terpaksa makan nasi bercampur parutan ubi dan pisang. Mungkin berasnya hanya 20-30% sahaja. Boleh ke kita bayangkan? Itu pun kais pagi makan pagi, ubi kena cabut, kupas, potong dan jemur dulu, kemudian ubi dan pisang kena sagat. Masak nasi dulu, dah nak tanak baru masuk ubi dan pisang. Kalau masauk sekali waktu mula masak, lunyai semua ubi dan pisang. Lauk? Ikan kering buatan sendiri dan pucuk-pucuk kayu- ulam sayur kampung. Kalau masa aku belasan tahun pun sebulan sekali baru rasa makan lauk ayam, bayangkan pada awal tahun 1940an. Nak bela ayam pun masalah kerana dalam satu kampung, lebih banyak musang dan ular sawa dari ayam.
Hari ini anak-anak kita mengalami masalah obesity kerana terlalu mewah dengan makanan khsuusnya makanan segera. Bawa duit pegi ke tepi jalan, mana-mana sahaja ada stall burger. Nak ayam?, nak daging? nak arnab? nak ikan? semua ada. Atau pergi sahaja ke KFC atau McD atau yang seaktu dengannya. Bersepah di merata-rata tempat. Yang lebih rajin lagi, tak payah keluar rumah, angkat telefon atau taip sahaja dalam internet atau henfon, sekejap lagi, ting tonnnnggggg, pizza pun sampai. Inilah sebabnya anak-anak kita, anak-anak sedara kita, anak-anak jiran kita kebanyakannya sihat dan bulat, gedebab, gedempol. Muka sembab perut bersimpul.
Emak aku cerita lagi, selepas peninggalan Jepun, kehidupan makin susah kerana Bintang Tiga memburu orang Melayu yang tak sokong perjuangan mereka. Kebanyakan orang Melayu sokong Kerajaan yang kebetulan Kerajaan dipimpin oleh British. Askar Melayu adalah askar Kerajaan. Sokong Askar Melayu maknanya sokong Kerajaan dan pada masa yang sama musuh Bintang Tiga.
Masa emak berusia 9 tahun, bapanya mati dibunuh oleh askar Bintang Tiga di halaman rumah sendiri. Dengan ibunya (embah aku- Embah Suminah) yang mempunyai ramai anak (12 orang tetapi 6 darinya meninggal waktu usia muda). Bertuah Embah, 6 dari 12 anaknya masuk syurga tanpa hisab. Emak aku terpaksa mengikut kakaknya (Wak Besah) berlari keluar kampung ke kawasan pendalaman yang lebih selamat. Mereka berjalan kaki, berkaki ayam berjalan berbatu-batu ke kawasan perkebunan atau rumah saudara mara yang jaraknya melebihi 5 km. 5km sekarang memang kacang. Pejam celik pejam celik dah sampai. Masa itu, jalan raya tiada, jalan tanah merah pun tiada, jalan kampung hanya denak atau batasan yang paling-paling boleh dilalui basikal. Tapi emak dan kakak serta beberapa orang kampung tak berani melalui jalan biasa. Terpaksa meredah kebun dan belukar untuk mengelak dari bertembung dengan askar Bintang Tiga.
Dalam gelap malam, dalam ketakutan. Aku yang nama saja ASKAR, SOJAR, TENTERA boleh bermain senjata, tak boleh bayangkan dalam keadaan sebegitu. Itu antara cerita emak yang boleh aku rekodkan. Emak aku banyak bapak angkat kerana dia singgah merata. Masa aku kanak-kanak bapak ada bawa jalan-jalan jumpa dengan saudara-saudara yang membantu emak masa zaman perang. Tapi bila aku besar, aku kerja aku lupa mereka semua. Kalau aku cari pun, anak cucu mereka pun tak kenal aku siapa. Mereka tak tau apa hubungan keluarga aku dengan keluarga mereka.
No wonder, emak dan bapak aku suka bela anak angkat. Pantang kalau ada program anak angkat dari universiti atau sekolah, bapak akan ambil sorang dua. Semuanya telah berkeluarga dan antaranya masih tetap datang menziarahi emak dan bapak. Yang paling rapat ialah Salehuddin (Din) dari Kahang, Kluang dan Kamaliah dari Muar bila berkesempatan. Din (yang paling akrab dengan keluarga kami) kemudian masuk TUDM dan telah bersara sebagai PWU1. No wonder, aku pun ada jiwa yang sama. Ramai anak angkat walaupun diperolehi melalui internet sahaja.
Kembali cerita tentan emak. Pada usia 15 tahun emak dikahwinkan dengan bapak aku. Aku tak boleh bayangkan bagaimana emak mengharungi kehidupan bersama bapak aku yang amat terkenal dengan garangnya. Tapi segarang-garang bapak, aku tak pernah melihat bapak memukul atau menyentuh emak. Kalau bapak mengamuk, kadang emak menjawab juga. Kami yang ketakutan. Kami anak-anak akan diam seribu bahasa, dan buat sebodoh yang mungkin supaya tak diheret sama. Sebab kalau dengan kami, bapak akan capai apa sahaja benda yang ada dekatnya untuk melibas kami. Rotan (untuk ngajar ngaji), kayu masak, salang (tau tak salang?- gelong rotan untuk menimbang getah secara pikul)....
Biarpun begitu, di kalangan ahli keluarga yang lain dan orang kampung, reputasi bapak agak tinggi. Dia amat dihormati orang kampung dan selalu dijadikan bahan rujukan apabila ada masalah. Dia juga selalu dijadikan orang tengah bila ada persengketaan. Tau-tau aje la, satu kampung berasal dari Tanah Jawa. Dari berbagai kawasan. Ada Semarang, ada Belora, ada Jeporo, ada Banyuwangi dan lain-lain. Mungkin ada yang bersengketa sejak dari sana, masih di bawa dendamnya. Pantang tercuit atau tersiku, silat akan terbuka. Maklumlah anak-cucu pahlawan Mataram.
Mungkin pusingan dunia. Masa emak kecik, dia ikut Wak Besah kerana embah dalam kesusahan. Walaupun bukan dibela atau ditanggung (kerana emak turut sama-sama kerja berkebun cari makan), tetapi suami Wak Besah (aruah Wak Radiban) tetap bertanggungjawab ke atas keselamatan emak. Bila kami dah senang, beberapa anak Wak Besah telah duduk di rumah kami sebagai anak angkat emak juga kerana kehidupan Wak Besah yang agak susah pada masa itu (tahun 60an). Anak Wak Besah juga ramai- 10 orang). Kang Maarof dan Kak Jah pernah tinggal bersama kami. Emak yang bela.
Hampir keseluruhan baki usia almarhumah Embah Suminah setelah rumahnya dirobohkan, almarhumah tinggal bersama kami. Emak yang bela. Bekas rumah almarhumah embah di belakang rumah kami. Tak mahu embah duduk seorang diri dan anak-anak yang lain agak kurang mampu, maka bapak dan emak jadi sandangan. Walaupun sesekali aruah Embah pernah tinggal di rumah Wak Non (di Simpang 6). Tapi rumah utamanya adalah rumah kami, sehinggalah Embah meninggal dunia pada tahun 1995.
Hari ini, aku berusia 53 tahun (2012). Aku ada 2 anak yang masih bersekolah. Masa bapak berusia yang sama, pada tahun 1980, aku sedang menjalani latihan Pegawai Kedet di Port Dickson. Adik aku yang terkecil Aminin baru berusia 9 tahun, dalam Darjah 3. Khairiah, 12 tahun dalam Darjah 6. Rakhiman, 14 tahun dalam Tingkatan 2. Noradzim, 17 tahun dalam Tingkatan 5. Masih ada empat adik-adik aku yang bersekolah.
Hari ini, bapak berumur 85 tahun dan emak 77 tahun. Mereka berdua sahaja di rumah itu. Emak tak boleh pergi jauh dari rumah, walaupun ke surau kerana bapak tidak boleh tidak berteman. Kami tidak boleh bawak emak ke rumah kami kerana bapak tak mau ikut. Bapak nak duduk rumah sahaja. Perjalanan jauh adalah memanatkan. Dia suka buat apa-apa kerja keliling rumah kemudian balik tidur ikut suka dia. Bapak sudah lupa semuanya. Anak-anaknya pun dia tidak kenal lagi. Kalau kami balik, nampak elok sahaja bersalam, berbual tapi sebenarnya dia tak tau pun dengan siapa dia bercakap.
Emak tetap taat memperhambakan diri. Biarpun kepenatan, keletihan dan tertekan, dia buat sahaja untuk menyenangkan hati bapak. Mahu saja aku berhenti kerja dan duduk kampung bela emak dan bapak. Tapi boleh kah aku berkorban sehingga ke tahap itu. Sampai ke tahap itukah jihad aku sebagai anak??. Aohh Allah, ampunkan dosaku, aku tidak mampu. Oh bapak, oh emak, ampun dosaku, aku tidak mampu.
Tidak sesekali aku tersirat untuk membandingkan kesah ini dengan ibuku, tetapi video ini adalah untuk memberi keinsafan kepadaku agar tidak menyesal apabila ibu telah tiada nanti. Waktu itu segala-galanya hanya
.
Saya mendoakan ibu dan bapa Kolonel akan kembali sihat dan sentiasa dalam rahmat yang maha Esa. Amin
ReplyDeleteterima kasih di atas doa dan keprihatinan saudara.
ReplyDelete