Monday, November 7, 2011

TAJUK 44: HARI RAYA KORBAN 1432



RAYA KORBAN 1432

HARI INI, 10 ZULHIJJAH 1431, PAGI ITU AKU MASIH BERADA DI MUZDALIFAH, MENUNAIKAN SOLAT SUBUH DI SANA DAN MENUNGGU BAS UNTUK BERTOLAK KE MINA UNTUK MELONTAR JUMRAH.  GAMBARAN YANG MASIH JELAS DI MATAKU.

Hari Raya Haji atau Hari Raya Qurban atau Eidil Ad'ha 1432 Hijriyah jatuh pada hari Ahad 5hb November 2011.  Raya Haji tahun ini aku rasakan yang paling meriah dan aktif seumur hidup aku.  Selalunya Raya Haji di kampung kurang meriah kerana ramai yang tak balik kampung.   Bukan tak nak balik, tapi biasanya cuti Raya Haji tak panjang.


Kebetulan aku melaksanakan qurban untuk diriku dan isteriku di kampung. Manakala di Surau Luqman Hakim (SLH) terdapat 5 ekor lembu yang ditumbangkan.  Bagaimanapun AJK SLH telah memutuskan supaya majlis qurban di SLH dilaksanakan pada hari kedua, iaitu hari Isnin, 6hb Okt 2011.


Aku sekeluarga pulang ke Batu Pahat pada hari Sabtu, 4hb Okt. Kami bertolak pada jam 11 pagi.  Fazeera dan suami balik ke Seremban, manakala Hafeez tidak ikut balik kerana sibuk dengan tugas-tugas sekolah.  Dari KL, perjalanan agak lancar, tetapi trafik mula menjadi sesak (bergerak perlahan) apabila melepasi Bangi.  Berdasarkan pengalaman lepas, kesesakan ini akan berlanjutan hingga ke Seremban maka aku mengambil keputusan keluar dari laluan PLUS melalui exit Bukit Mahkota, melalui jalan Nilai keluar ke laluan LEKAS hingga ke Seremban dan keluar semula ke PLUS di exit Senawang.


Berhenti rehat, solat dan makan di R & R Jejantas Air Keroh dan meneruskan perjalanan ke kampung. Singgah beli sup kambing di R & R Parit Hamid untuk di bawa ke kampung. Sampai destinasi lebih kurang jam 4 petang. 


Seperti aku sebut tadi, raya kali ini agak meriah kerana ramai yang pulang. Masa aku sampai, Ajim. Yah dan Minin dan pun sampai. Hanya Amim dan Man sahaja yang tak balik kampung.  Ngah (Im) berada di tanah suci bersama anaknya Mohammad Rahmat.  Long sampai pada keesokan harinya, selepas solat raya.


Lembu korban disembelih lebih kurang jam 10 pagi oleh Imam Masjid Kampong, Ustaz Hj Maalom yang juga jiran aku. Kali ini bahagian korban adalah keluarga aku, Yah dan Minin.


GAMBAR-GAMBAR KERJA-KERJA KORBAN DI KAMPUNG



















.


Aku pulang ke KL lebih kurang jam 5 petang melalui PLUS Ayer Hitam.


Episod kedua adalah hari kedua.  Jam 8 pagi aku dan isteri ke SLH kerana ada 4 ekor lembu perlu ditumbangkan.  Kumpulan-kumpulan penyembelih, pelapah dan masak memasak telah ditetapkan. Aku dilantik mengetuai kumpulan menimbang dan membungkus daging untuk diagihkan. Kerja-kerja selesai lebih kurang jam 1130, dan majlis pengagihan disempurnakan sendiri oleh YB Datuk Seri Zulhasnan Rafique (Ahli Parlimen Setiawangsa).



GAMBAR-GAMBAR KERJA-KERJA KORBAN DI SURAU LUQMAN HAKIM







.

.

Wednesday, November 2, 2011

TAJUK 42: DUNIA TELAH TERLALU TUA

  DUNIA TELAH TERLALU TUA 
.
Kiamat adalah merupakan titik noktah atau penutup kepada Bab atau Episod duniawi. Ia adalah hari terakhir kepada semua makhluk ciptaan Allah.  Suasana hari qiamat digambarkan secara ringkas dalam surah Infitar.



[1] Apabila langit terbelah;
[2] Dan apabila bintang-bintang gugur bertaburan;

[3] Dan apabila lautan pecah bercampur-baur;
[4] Dan apabila kubur-kubur dibongkarkan, -
[5] (Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan ditinggalkannya.
[6] Wahai manusia! Apakah yang memperdayakanmu – (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu yang Maha Pemurah? -
[7] Tuhan yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan yang kerananya anggota itu diadakan), serta menjadikan (binaan tubuh badanmu) sama padan dengan kekuatannya;
[8] Dalam bentuk dan rupa apa sahaja yang dikehendakiNya, Ia menyusun kejadianmu.
[9] Sebenarnya tidak ada yang memperdayakan kamu (hai golongan yang ingkar)! Bahkan kamu sendiri tidak percayakan adanya hari pembalasan.
[10] Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu,
[11] (Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu);
[12] Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan.
[13] (Gunanya catitan malaikat-malaikat itu ialah: untuk menyatakan siapa yang berbakti dan siapa yang bersalah) – kerana sesungguhnya: orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada dalam Syurga yang penuh nikmat;
[14] Dan sesungguhnya orang-orang yang bersalah, bertempat dalam neraka yang menjulang-julang.
[15] Mereka menderita bakaran neraka itu pada hari pembalasan,
[16] Dan mereka (sentiasa berada dalam azab seksanya), tidak ghaib daripadanya.
[17] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu?
[18] Sekali lagi, apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu?
[19] (Hari itu ialah) hari seseorang tidak dapat memberikan pertolongan sedikitpun kepada orang lain, dan segala urusan pada hari itu tertentu bagi Allah.

Itu gambaran Hari Qiamat yang disebut dalam Al Qur'an.  Setelah itu segala makhluk yang bernama MANUSIA akan dihidupkan dan dihimpunkan di padang mahsyar. Semua manusia sejak Nabi Allah Adam hinggalah manusia terakhir yang dilahirkan sebelum saat Qiamat.

Hari Qiamat juga disebut sebagai Hari Akhir, Hari Pembalasan, Hari Pengadilan, Hari Perhitungan, Hari Keluar, Hari Pengumpulan, Hari Keputusan dan beberapa nama lagi yang juga disebut dalam al Qur'an.

Itu Hari Qiamat.  Bagaiamana kita nak tau Hari tersebut telah hampir tiba.  Antara tanda-tanda Hari Qiamat telah hampir ada disebut dalam banyak hadis ialah: 
  • Penaklukan Baitulmaqdis.
  • Zina berleluasa- manusia yg hina melakukan tanpa segan silu seperti binatang.
  • Banyak anak luar nikah (anak haram) yang dilahirkan.
  • Alat alat muzik menjadi kebanggan dan di gilai, sabda Nabi "Apabila telah bermaharajalela muzik (bunyi bunyian) dan ramainya peyanyi wanita"Riwayat Ibnu Majah.
  • Menghias masjid untuk jadi kebanggaan.  (Masjid dibina besar dan cantik tetapi tiada orang yang bersolat di dalamnya).
  • Munculnya kekejian, memutuskan persaudaraan dan bersikap buruk dengan jiran.
  • Ramai orang soleh meninggal dunia.
  • Orang yang hina mendapat kedudukan dan terhormat.  Orang fasik dan jahil menjadi pemimpin.
  • Mengucapkan salam pada orang yang di kenali sahaja.
  • Ramai wanita berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
  • Bulan sabit kelihatan besar.
  • Banyak dusta dan tidak tepat dalam meyampaikan berita.
  • Banyak saksi palsu dan meyimpan kesaksian yang benar.
  • Negara Arab menjadi padang jarak padang terkukur.
  • Banyak berlaku bencana alam seperti gempa bumi, letusan gunung berapi, banjir besar (tsunami), taufan dan sebagainya.
  • Anak menjadikan ibu sebagai hamba (kuli atau orang gaji). 
  • Homoseksual menjadi kegemaran(seperti zaman Nabi Allah Lut)
  • Suami takutkan isteri tetapi menderhakai ibunya
  • dan banyak lagi

Inilah antara tanda tanda kiamat yang banyak tertulis dalam kitab-kitab.  Ia dinamakan sebagai qiakmat kecil. Dan....tanda tanda ini sedang berlaku dengan banyaknya.

  LIMA PERKARA 


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud 'rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara, iaitu :


1. MUDA SEBELUM TUA
2. SIHAT SEBELUM SAKIT
3. KAYA SEBELUM MISKIN
4. LAPANG SEBELUM SIBUK
5. HIDUP SEBELUM MATI

Siapa dan apa yang boleh diharapkan setelah nyawa kita terpisah dari badan?

Nabi Muhammad s.a.w pula telah bersabda bahawa apabila seseorang yang telah mati, sama ada para nabi, para rasul atau para wali maka semua tangungjawab dan segala urusannya dengan persoalan dunia telah tamat, selesai dan terputus sehingga tiada kaitan dan hubungannya lagi dengan dunia dan para penghuninya kecuali tiga perkara sebagaimana sabda baginda:

اِذَا مَاتَ اْلاِنْسَـان اِنـْقـَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ اِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ : صَدَقَـةٍ جَارِيَةٍ ، اَوْعِلْمٍ يـُنـْتـَفَعُ بـِهِ ، أوْوَلـَدٍ صَالحٍ يـَدْعُـوْلَهُ
"Apabila mati anak Adam, putuslah semua amalannya kecuali tiga perkara:  Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya."   

Walaupun hadis di atas hanya menyebut doa dari anak yang soleh untuk ibu bapanya, namun permohonan doa kaum muslimin di dunia yang masih hidup untuk mereka yang sudah mati juga diharuskan.  Walau bagaimanapun,  doa dari anak yang soleh adalah berpanjangan dan tidak terputus kerana anak termasuk hasil usaha seseorang semasa di dunia yang keluar dari tulang sulbinya.

Anak yang soleh disebut oleh Nabi di dalam sabdanya sebagai penyambung amal jariah setelah kematian orang tuanya. Sebab itulah Nabi Muhammad s.w.t. menggalakkan orang-orang beriman supaya mengahwini perempuan-perempuan yang solehah, yang subur dan pandai memelihara anak-anaknya agar anak-anak yang ditinggalkan akan menjadi penyambung amal jariah dan mendoakannya. Sehingga tidak dipertikaikan oleh kalangan para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj Salaf as-Soleh bahawa amalan ibu-bapa yang terputus sewajarnya disambung oleh anak-anak yang ditinggalkan oleh orang tuanya.  Apa yang perlu diberi perhatian:  "Hanya anak-anaknya sahaja, bukan orang lain" yang dibolehkan menyambung amal orang tuanya yang terputus sebagaimana yang dapat difahami dari dalil-dalil yang berikut:


عَنِ ابْنِ عَبَّاسِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ : جَاءَ رَجُلٌ اِلَى النَّبِيِّ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ : يَا رَسُوْلَ اللهِ اِنَّ اُمِّيْ مَاتَتْ وَعَلَيْهَا صَوْمُ شَهْرٍ اَفَاَقْضِيْهِ عَنْهَا ؟ فَقَالَ : لَوْ كَانَ عَلَى اُمِّكَ دَيْنٌ اَكُنْتَ قَاضِيْهِ عَنْهَا ؟ قَالَ : نَعَمْ . قَالَ : فَدَيْنُ اللهِ اَحَقُّ اَنْ يُقْضَى.
Dari Ibn Abbar radiallahu ‘anhu berkata:  Seorang lelaki datang kepada nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bertanya:  Ya Rasulullah!  Ibuku telah meninggal sedangkan dia masih berhutang puasa sebulan belum dibayar, apakah boleh aku membayarnya untuk ibuku?  Baginda menjawab:  Andaikata ibumu menanggung hutang apakah engkau yang membayarnya?  Beliau menjawab: Ya.  Maka baginda bersabda:  Hutang kepada Allah lebih patut dibayarnya”. 

SOALAN KUBUR
  • Siapa Tuhan Kamu?
  • Siapa Nabi Kamu?
  • Apa Ugama Kamu?
  • Siapa Imam Kamu?
  • Siapa Saudara Kamu?

  KEUTAMAAN SELAWAT 

Setiap orang Islam wajib percaya kepada hari Akhirat. Apabila berlakunya Kiamat, segala-galanya musnah dan hancur, serta tidak ada yang tinggal termasuklah jasad manusia. Apabila manusia dibangkitkan di Padang Mahsyar, kita akan dibangkitkan mengikut amalannya di dunia. Jika amalan baiknya banyak, ia akan dibangkitkan dalam keadaan yang lebih baik dan sempurna. Jika amalan buruknya banyak, dia akan dibangkitkan dalam keadaan yang lebih teruk dan hina.

Antara beberapa perkara yang perlu diketahui umum kenapa wajib kita berselawat ke atas Nabi SAW berbanding Nabi-Nabi yang lain.

  • Apabila seseorang itu berselawat ke atas Rasulullah SAW kerana menurut perintah Allah SWT sedang Allah juga berselawat ke atas baginda maka selawat Allah SWT bermaksud pujian dan kemuliaan baginda berbanding Rasul dan Nabi yang lain. Manakala selawat manusia ke atas baginda bermaksud doa supaya Allah SWT mengangkat kedudukan baginda ke tempat yang lebih terpuji.
  • Sebagai mentaati perintah Allah SWT ke atas hamba-hambanya agar berselawat ke atas baginda SAW. Dalam surah al-Ahzab Allah SWT berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SWT); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (al-Ahzab: 56).  Dalam ayat ini Allah SWT menjelaskan bahawa berterusan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Juga bermaksud kedudukan baginda serta kenikmatan yang diperoleh baginda sama ada di dalam alam barzakh mahupun di dalam syurga adalah sentiasa bertambah dan lebih mulia berbanding dengan Nabi-nabi yang lain.  Sekali gus para ulama berpendapat bahawa Allah SWT hanya berselawat ke atas baginda Rasulullah SAW secara khusus berbanding dengan Nabi-nabi yang lain. Adapun Nabi dan Rasul-rasul yang lain menerima ucapan kesejahteraan dengan ucapan salam tanpa selawat. Di dalam sepotong hadis diriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW ditanya oleh sahabat yang bernama Bashir bin Sa'ad: Kami diperintah Allah agar mengucapkan selawat ke atas kamu wahai Rasulullah, maka bagaimana caranya kami harus mengucapkan selawat itu, lalu baginda diam terlalu lama sehingga ada yang mengharap alangkah baiknya kalu dia tidak bertanya soalan itu kepada baginda. Kemudian barulah baginda bersabda bahawa: " Ya Allah selawatlah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana engkau telah memberikan selawat ke atas Nabi Ibrahim dan keluarga Nabi Ibrahim. Dan anugerahi ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana engkau anugerahi Nabi Ibrahim dan ahli keluarga Nabi Ibrahim di dalam alam sekelian, sesungguhnya engkau adalah yang Maha terpuji lagi Maha Mulia. Kemudian ucapkanlah salam sebagaimana yang telah kamu ketahui. (riwayat Muslim, Abu Daud, an-Nasaie, al-Tarmidzi).
  • Berselawat ke atas Rasulullah SAW adalah wajib berdasarkan ayat di atas. Kewajipan ini ditunaikan melalui solat lima waktu yang menjadi selawat itu wajib dalam setiap tasyahud.
  • Baginda Rasulullah SAW adalah penutup seluruh Anbiya, baginda telah menyempurnakan syariat bagi panduan hidup manusia.

  • Baginda Rasulullah SAW adalah pemilik syafaat di mahsyar, bagi mereka yang taat kepada perintah Allah dan Rasulul-Nya juga memperbanyakkan selawat ke atas baginda akan mendapat syafaat.
  • Fadilat selawat yang sangat agung, melalui selawat Allah menjanjikan keampunan, kelapangan, keberkatan, kerahmatan dan banyak lagi kelebihan-kelebihan yang menanti orang yang banyak berselawat.


  TUJUH GOLONGAN 

Mengikut sumber, terdapat 7 golongan yang mendapat naungan Allah di Padang Mahsyar nanti dimana pada waktu itu tiada naungan selain dari naungan Allah swt:

  • Pemimpin yang adil.  Bukan hanya pemimpin negara tetapi merangkumi semua golongan yang disebut atau diamanahkan untuk memimpin seperti ibu-bapa (khususnya bapa), ketua kampung,ketua masyarakat, imam surau/masjid, guru besar, ketua pejabat, pengarah jabatan, panglima tentera,ketua balai polis dan lain-lain.
  • Remaja yang memenuhi masa mudanya dengan beribadat kepada Allah.
  • Lelaki yang hatinya bertaut kepada masjid.
  • Dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah, mereka bertemu kerana Allah dan berpisah juga kerana Allah.
  • Lelaki yang digoda (untuk melakukan maksiat) oleh seorang wanita jelita lalu dia berkata 'sesungguhnya aku takut kepada Allah".
  • Orang yang bersedekah hingga tangan kirinya tidak mengetahuai apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.
  • Orang yang berzikir kepada Allah di tempat yang sunyi hingga mengalir air matanya.

  PERJALANAN KE PADANG MAHSYAR 



Suatu ketika, Muaz bin Jabal r. a menghadap Rasullullah s. a. w dan bertanya: "Wahai Rasullullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah s. a. w: "Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris" (Surah an-Naba':18)

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis hingga basah pakaiannya. Lalu Baginda menjawab, "Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri.... Maka dinyatakan apakah 12 barisan berkenanaan iaitu:

  • BARISAN PERTAMA.  Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: " Mereka itu adalah orang-orang yang ketika hidupnya menyakiti hati jirannya, maka in balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

  • BARISAN KEDUADiiringi dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah yang maha pengasih: "Mereka itu adalah orang yang ketika hidupnya meringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembalinya adalah neraka..."
  • BARISAN KETIGAMereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Meraka ini adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

  • BARISAN KEEMPATDiiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka ini adalah orang yang berdusta didalam jual beli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka.."


  • BARISAN KELIMADiiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah s. a. w menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Masyar. "Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah s. a. w, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

  • BARISAN KEENAMDiiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

  • BARISAN KETUJUH. Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Meraka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembalu mereka adalah neraka..."
  • BARISAN KELAPANDiiringi dari kubur dalam keadaan terbalik degan kepala kebawah dan kaki keatas. " Meraka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

  • BARISAN KESEMBILANDiiringi dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara haram, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

  • BARISAN KESEPULUHDiiringi dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."
  • BARISAN KESEBELASDiiringi dari kubur mereka dengan berkeadaan buta, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai kedada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai keperut dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

  • BARISAN KEDUA BELASMereka diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak berbuat baik. Meraka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah yang maha pengasih.

 SYURGA DAN NERAKA

Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! "Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan"

Surah at Tahrim: ayat 6

TAJUK 41: PERKAHWINAN HAFEEZ

MENANTU KEDUA

Rujukan: Tajuk 024 (Anak Pahang)

Segala-galanya berlaku begitu cepat.  Kami telah merancang perkahwinan anak ketiga kami Aisyah sejak bulan Mei 2010 (semasa pertunangan). Setelah beberapa perbincangan dan perubahan tarikh (availability dewan) akhirnya tarikh pernikahan dan majlis keraian Aisyahnur akan dilangsungkan pada 19 Nov 2011.


Bagaimanapun Hafeez yang baru pulang dari pengajian di Riyadh, tiba-tiba menyuarakan hasratnya untuk berumahtangga dengan bekas rakan sekolahnya di Kedah dulu yang bernama Musfirah binti Abdul Kader. Aku agak sangsi kerana dia baru sahaja pulang, belum mempunyai kerja tetap.   bagaimanapun setelah mengambil kira dan mempertimbangkan beberapa faktor, aku tidak dapat menolak hasratnya.  Maka tarikh untuk merisik/meminang pun ditetapkan.


Pada 1 MEI 2011, aku dan isteri bersama Hafeez, Fazeera & suami, Heikal dan Nurul Azyan pun bertolak ke Tg Rambutan membawa cincin peminangan.  Rumah pihak yang dipinang di No 7, Pesiaran Desa Jaya 3, Taman Desa Jaya, Tg Rambutan.


Kami berkenalan dengan ahli keluarga Musfirah; ayahnya Encik Abdul Kadir bin Hassan dan ibunya, Puan Badariah bt Awang.  Mereka berasal dari Kedah. Encik Kader bertugas sebagai angggota polis di Pejabat PGA Ulu Kinta.


Semua berjalan lancar, pihak perempuan bersetuju dan menetapkan hantaran sebanyak RM8888 termasuk mas kahwin sebanyak RM888.  Tarikh pernikahan pada awalnya hanya ditetapkan pada tarikh sebelum 19 Nov 2011 supaya majlis bertandang ke KL dapat diadakan bersekali dengan majlis perkahwinan Aisyahnur.


Kemudiannya, kami bersetuju supaya majlis pernikahan dilangsungkan pada 30 Oktober 2011.

PERNIKAHAN

Rombongan pengantin lelaki bertolak dari KL pada 29hb Oktober 2011 lebih kurang jam 3 petang terdiri dari 3 kumpulan:
  • Kumpulan 1: Aku bersama isteri dan anak (kecuali Fazeera dan suaminya Farihan yang tidak ikut serta kerana masih dalam pantang -bersalin pada 24 Okt 2011), serta adikku Aminin bersama isteri, anak dan anak saudaraku Wana (anak Yah).
  • Kumpulan 2: Adik aku Nor Adzim bersama isteri dan 2 anak bertolak dari Pelabuhan Klang terus ke Ipoh. Fauzan tiba dari Kuala Kurau pada malamnya.
  • Kumpulan 3: Tengku Rosman dan isteri bersama 3 anak bertolak dari Kg Melayu Subang.
  • Manakala Lt Kol Wahab Enok TUDM telah berada di Ipoh kerana ibu beliau tinggal di Chemor.
  • Zainal (abang angkat Hafeez dari Segamat bersama seorang kawan pun turut hadir)
Kesemua rombongan dari kumpulan 1-3 menginap di Homestay Seri Tanjung berhampiran dengan rumah pengantin perempuan di Taman Desa Jaya.  Terima kasih kepada besanku En Kader serta ahli keluarga yang menguruskan penginapan serta sajian malam dan sarapan pagi.

Majlis pernikahan disempurnakan di Masjid An Nur, Tanjung Rambutan, Perak pada jam 0930 pagi 30hb Oktober 2011 diwalikan oleh Jurunikah Bertauliah (Naib Qadi) bagi kawasan Tanjung Rambutan.


MAJLIS PERNIKAHAN 
DI MASJID AN NUR, TG RAMBUTAN, IPOH

KETIBAAN DI MASJID ANNUR

BARANGAN HANTARAN 5 DULANG










PENGANTIN LELAKI

  

ANTARA KELUARGA PENGANTIN LELAKI

KETIBAAN DI MASJID ANNUR

BERGAMBAR BERSAMA IBU & BAPA PENGANTIN PEREMPUAN

BERSAMA LT KOL WAHAB & ISTERI

BERSAMA KELUARGA



MAJLIS JAMUAN 
DI DEWAN CEMPAKASARI, SIVERITAGE, IPOH










Wahai anakku MUHAMMAD HAFEEZ FIRDAUS yang aku sayangi, 


Sekarang kamu telah bergelar suami, maka tanggungjawab ayah ke atas kehidupan kamu telah selesai.  Bersamaan dengan itu, amanah dan tanggungjawab kamu (DUNIA dan AKHIRAT) yang kamu pikul semakin berat.  Kamu telah berikrar bersedia mengambil tanggungjawab ke atas Musfirah dari ayah dan ibunya. Janganlah mengambil enteng ke atas tanggungjawab kamu itu.


Setelah bersama ayah dan ummi sejak kamu dilahirkan, kini tibalah masanya untuk kamu berdikari.  Belajarlah untuk bertanggungjawab.  Sentiasa berusaha untuk membahagiakan isteri kamu.  Jauhkan dari sifat ego, angkuh dan mementingkan diri sendiri.


Ayah telah berikan kamu pendidikan dunia dan akhirat melebihi dari ilmu yang ayah miliki. Tentu kamu lebih bijak membezakan antara yang baik dan buruk. Ayah dan ummi bukanlah insan yang sempurna.  Ayah mempunyai banyak kelemahan dan kekurangan. Mana-mana sikap dan perbuatan ayah yang baik, ikutilah. Andainya ada perbuatan dan tingkahlaku ayah dan ummi yang tidak baik sepanjang kamu bersama kami, janganlah jadikan ikutan, jadikan ia sebagai sempadan.  


AYAH DOAKAN SEMOGA JODOHMU BERSAMA MUSFIRAH AKAN BERKEKALAN HINGGA AKHIR HAYAT dan DIKURNIAKAN ZURIAT YANG SOLEH DAN SOLEHAH.

IKTIROF

←  PLURALISME GUS DUR, GAGASAN PARA SUFI Biografi KH Hasyim Asy’ari Pendiri NU Tebuireng Jombang  → Syair Doa Abu Nawas – Al I’tira...