DUNIA TELAH TERLALU TUA
.Kiamat adalah merupakan titik noktah atau penutup kepada Bab atau Episod duniawi. Ia adalah hari terakhir kepada semua makhluk ciptaan Allah. Suasana hari qiamat digambarkan secara ringkas dalam surah Infitar.
[1] Apabila langit terbelah;
[2] Dan apabila bintang-bintang gugur bertaburan;
[3] Dan apabila lautan pecah bercampur-baur;
[4] Dan apabila kubur-kubur dibongkarkan, -
[5] (Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan ditinggalkannya.
[6] Wahai manusia! Apakah yang memperdayakanmu – (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu yang Maha Pemurah? -
[7] Tuhan yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan yang kerananya anggota itu diadakan), serta menjadikan (binaan tubuh badanmu) sama padan dengan kekuatannya;
[8] Dalam bentuk dan rupa apa sahaja yang dikehendakiNya, Ia menyusun kejadianmu.
[9] Sebenarnya tidak ada yang memperdayakan kamu (hai golongan yang ingkar)! Bahkan kamu sendiri tidak percayakan adanya hari pembalasan.
[10] Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu,
[11] (Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu);
[12] Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan.
[13] (Gunanya catitan malaikat-malaikat itu ialah: untuk menyatakan siapa yang berbakti dan siapa yang bersalah) – kerana sesungguhnya: orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada dalam Syurga yang penuh nikmat;
[14] Dan sesungguhnya orang-orang yang bersalah, bertempat dalam neraka yang menjulang-julang.
[15] Mereka menderita bakaran neraka itu pada hari pembalasan,
[16] Dan mereka (sentiasa berada dalam azab seksanya), tidak ghaib daripadanya.
[17] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu?
[18] Sekali lagi, apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu?
[19] (Hari itu ialah) hari seseorang tidak dapat memberikan pertolongan sedikitpun kepada orang lain, dan segala urusan pada hari itu tertentu bagi Allah.

Itu gambaran Hari Qiamat yang disebut dalam Al Qur'an. Setelah itu segala makhluk yang bernama MANUSIA akan dihidupkan dan dihimpunkan di padang mahsyar. Semua manusia sejak Nabi Allah Adam hinggalah manusia terakhir yang dilahirkan sebelum saat Qiamat.
Hari Qiamat juga disebut sebagai Hari Akhir, Hari Pembalasan, Hari Pengadilan, Hari Perhitungan, Hari Keluar, Hari Pengumpulan, Hari Keputusan dan beberapa nama lagi yang juga disebut dalam al Qur'an.
Itu Hari Qiamat. Bagaiamana kita nak tau Hari tersebut telah hampir tiba. Antara tanda-tanda Hari Qiamat telah hampir ada disebut dalam banyak hadis ialah:
- Penaklukan Baitulmaqdis.
- Zina berleluasa- manusia yg hina melakukan tanpa segan silu seperti binatang.
- Banyak anak luar nikah (anak haram) yang dilahirkan.
- Alat alat muzik menjadi kebanggan dan di gilai, sabda Nabi "Apabila telah bermaharajalela muzik (bunyi bunyian) dan ramainya peyanyi wanita"Riwayat Ibnu Majah.
- Menghias masjid untuk jadi kebanggaan. (Masjid dibina besar dan cantik tetapi tiada orang yang bersolat di dalamnya).
- Munculnya kekejian, memutuskan persaudaraan dan bersikap buruk dengan jiran.
- Ramai orang soleh meninggal dunia.
- Orang yang hina mendapat kedudukan dan terhormat. Orang fasik dan jahil menjadi pemimpin.
- Mengucapkan salam pada orang yang di kenali sahaja.
- Ramai wanita berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
- Bulan sabit kelihatan besar.
- Banyak dusta dan tidak tepat dalam meyampaikan berita.
- Banyak saksi palsu dan meyimpan kesaksian yang benar.
- Negara Arab menjadi padang jarak padang terkukur.
- Banyak berlaku bencana alam seperti gempa bumi, letusan gunung berapi, banjir besar (tsunami), taufan dan sebagainya.
- Anak menjadikan ibu sebagai hamba (kuli atau orang gaji).
- Homoseksual menjadi kegemaran(seperti zaman Nabi Allah Lut)
- Suami takutkan isteri tetapi menderhakai ibunya
- dan banyak lagi
Inilah antara tanda tanda kiamat yang banyak tertulis dalam kitab-kitab. Ia dinamakan sebagai qiakmat kecil. Dan....tanda tanda ini sedang berlaku dengan banyaknya.
LIMA PERKARA
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud 'rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara, iaitu :
1. MUDA SEBELUM TUA
2. SIHAT SEBELUM SAKIT
3. KAYA SEBELUM MISKIN
4. LAPANG SEBELUM SIBUK
5. HIDUP SEBELUM MATI
Siapa dan apa yang boleh diharapkan setelah nyawa kita terpisah dari badan?
Nabi Muhammad s.a.w pula telah bersabda bahawa apabila seseorang yang telah mati, sama ada para nabi, para rasul atau para wali maka semua tangungjawab dan segala urusannya dengan persoalan dunia telah tamat, selesai dan terputus sehingga tiada kaitan dan hubungannya lagi dengan dunia dan para penghuninya kecuali tiga perkara sebagaimana sabda baginda:

اِذَا مَاتَ اْلاِنْسَـان اِنـْقـَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ اِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ : صَدَقَـةٍ جَارِيَةٍ ، اَوْعِلْمٍ يـُنـْتـَفَعُ بـِهِ ، أوْوَلـَدٍ صَالحٍ يـَدْعُـوْلَهُ
"Apabila mati anak Adam, putuslah semua amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya."
Walaupun hadis di atas hanya menyebut doa dari anak yang soleh untuk ibu bapanya, namun permohonan doa kaum muslimin di dunia yang masih hidup untuk mereka yang sudah mati juga diharuskan. Walau bagaimanapun, doa dari anak yang soleh adalah berpanjangan dan tidak terputus kerana anak termasuk hasil usaha seseorang semasa di dunia yang keluar dari tulang sulbinya.
Anak yang soleh disebut oleh Nabi di dalam sabdanya sebagai penyambung amal jariah setelah kematian orang tuanya. Sebab itulah Nabi Muhammad s.w.t. menggalakkan orang-orang beriman supaya mengahwini perempuan-perempuan yang solehah, yang subur dan pandai memelihara anak-anaknya agar anak-anak yang ditinggalkan akan menjadi penyambung amal jariah dan mendoakannya. Sehingga tidak dipertikaikan oleh kalangan para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj Salaf as-Soleh bahawa amalan ibu-bapa yang terputus sewajarnya disambung oleh anak-anak yang ditinggalkan oleh orang tuanya. Apa yang perlu diberi perhatian: "Hanya anak-anaknya sahaja, bukan orang lain" yang dibolehkan menyambung amal orang tuanya yang terputus sebagaimana yang dapat difahami dari dalil-dalil yang berikut:

عَنِ ابْنِ عَبَّاسِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ : جَاءَ رَجُلٌ اِلَى النَّبِيِّ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ : يَا رَسُوْلَ اللهِ اِنَّ اُمِّيْ مَاتَتْ وَعَلَيْهَا صَوْمُ شَهْرٍ اَفَاَقْضِيْهِ عَنْهَا ؟ فَقَالَ : لَوْ كَانَ عَلَى اُمِّكَ دَيْنٌ اَكُنْتَ قَاضِيْهِ عَنْهَا ؟ قَالَ : نَعَمْ . قَالَ : فَدَيْنُ اللهِ اَحَقُّ اَنْ يُقْضَى.
Dari Ibn Abbar radiallahu ‘anhu berkata: Seorang lelaki datang kepada nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bertanya: Ya Rasulullah! Ibuku telah meninggal sedangkan dia masih berhutang puasa sebulan belum dibayar, apakah boleh aku membayarnya untuk ibuku? Baginda menjawab: Andaikata ibumu menanggung hutang apakah engkau yang membayarnya? Beliau menjawab: Ya. Maka baginda bersabda: Hutang kepada Allah lebih patut dibayarnya”.
SOALAN KUBUR
- Siapa Tuhan Kamu?
- Siapa Nabi Kamu?
- Apa Ugama Kamu?
- Siapa Imam Kamu?
- Siapa Saudara Kamu?
KEUTAMAAN SELAWAT
Setiap orang Islam wajib percaya kepada hari Akhirat. Apabila berlakunya Kiamat, segala-galanya musnah dan hancur, serta tidak ada yang tinggal termasuklah jasad manusia. Apabila manusia dibangkitkan di Padang Mahsyar, kita akan dibangkitkan mengikut amalannya di dunia. Jika amalan baiknya banyak, ia akan dibangkitkan dalam keadaan yang lebih baik dan sempurna. Jika amalan buruknya banyak, dia akan dibangkitkan dalam keadaan yang lebih teruk dan hina.
Antara beberapa perkara yang perlu diketahui umum kenapa wajib kita berselawat ke atas Nabi SAW berbanding Nabi-Nabi yang lain.
- Apabila seseorang itu berselawat ke atas Rasulullah SAW kerana menurut perintah Allah SWT sedang Allah juga berselawat ke atas baginda maka selawat Allah SWT bermaksud pujian dan kemuliaan baginda berbanding Rasul dan Nabi yang lain. Manakala selawat manusia ke atas baginda bermaksud doa supaya Allah SWT mengangkat kedudukan baginda ke tempat yang lebih terpuji.
- Sebagai mentaati perintah Allah SWT ke atas hamba-hambanya agar berselawat ke atas baginda SAW. Dalam surah al-Ahzab Allah SWT berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SWT); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (al-Ahzab: 56). Dalam ayat ini Allah SWT menjelaskan bahawa berterusan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Juga bermaksud kedudukan baginda serta kenikmatan yang diperoleh baginda sama ada di dalam alam barzakh mahupun di dalam syurga adalah sentiasa bertambah dan lebih mulia berbanding dengan Nabi-nabi yang lain. Sekali gus para ulama berpendapat bahawa Allah SWT hanya berselawat ke atas baginda Rasulullah SAW secara khusus berbanding dengan Nabi-nabi yang lain. Adapun Nabi dan Rasul-rasul yang lain menerima ucapan kesejahteraan dengan ucapan salam tanpa selawat. Di dalam sepotong hadis diriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW ditanya oleh sahabat yang bernama Bashir bin Sa'ad: Kami diperintah Allah agar mengucapkan selawat ke atas kamu wahai Rasulullah, maka bagaimana caranya kami harus mengucapkan selawat itu, lalu baginda diam terlalu lama sehingga ada yang mengharap alangkah baiknya kalu dia tidak bertanya soalan itu kepada baginda. Kemudian barulah baginda bersabda bahawa: " Ya Allah selawatlah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana engkau telah memberikan selawat ke atas Nabi Ibrahim dan keluarga Nabi Ibrahim. Dan anugerahi ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana engkau anugerahi Nabi Ibrahim dan ahli keluarga Nabi Ibrahim di dalam alam sekelian, sesungguhnya engkau adalah yang Maha terpuji lagi Maha Mulia. Kemudian ucapkanlah salam sebagaimana yang telah kamu ketahui. (riwayat Muslim, Abu Daud, an-Nasaie, al-Tarmidzi).
- Berselawat ke atas Rasulullah SAW adalah wajib berdasarkan ayat di atas. Kewajipan ini ditunaikan melalui solat lima waktu yang menjadi selawat itu wajib dalam setiap tasyahud.
- Baginda Rasulullah SAW adalah penutup seluruh Anbiya, baginda telah menyempurnakan syariat bagi panduan hidup manusia.
- Baginda Rasulullah SAW adalah pemilik syafaat di mahsyar, bagi mereka yang taat kepada perintah Allah dan Rasulul-Nya juga memperbanyakkan selawat ke atas baginda akan mendapat syafaat.
- Fadilat selawat yang sangat agung, melalui selawat Allah menjanjikan keampunan, kelapangan, keberkatan, kerahmatan dan banyak lagi kelebihan-kelebihan yang menanti orang yang banyak berselawat.
TUJUH GOLONGAN
Mengikut sumber, terdapat 7 golongan yang mendapat naungan Allah di Padang Mahsyar nanti dimana pada waktu itu tiada naungan selain dari naungan Allah swt:
- Pemimpin yang adil. Bukan hanya pemimpin negara tetapi merangkumi semua golongan yang disebut atau diamanahkan untuk memimpin seperti ibu-bapa (khususnya bapa), ketua kampung,ketua masyarakat, imam surau/masjid, guru besar, ketua pejabat, pengarah jabatan, panglima tentera,ketua balai polis dan lain-lain.
- Remaja yang memenuhi masa mudanya dengan beribadat kepada Allah.
- Lelaki yang hatinya bertaut kepada masjid.
- Dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah, mereka bertemu kerana Allah dan berpisah juga kerana Allah.
- Lelaki yang digoda (untuk melakukan maksiat) oleh seorang wanita jelita lalu dia berkata 'sesungguhnya aku takut kepada Allah".
- Orang yang bersedekah hingga tangan kirinya tidak mengetahuai apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.
- Orang yang berzikir kepada Allah di tempat yang sunyi hingga mengalir air matanya.
PERJALANAN KE PADANG MAHSYAR
Suatu ketika, Muaz bin Jabal r. a menghadap Rasullullah s. a. w dan bertanya: "Wahai Rasullullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah s. a. w: "Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris" (Surah an-Naba':18)
Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis hingga basah pakaiannya. Lalu Baginda menjawab, "Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri.... Maka dinyatakan apakah 12 barisan berkenanaan iaitu:
- BARISAN PERTAMA. Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: " Mereka itu adalah orang-orang yang ketika hidupnya menyakiti hati jirannya, maka in balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
- BARISAN KEDUA. Diiringi dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah yang maha pengasih: "Mereka itu adalah orang yang ketika hidupnya meringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembalinya adalah neraka..."
- BARISAN KETIGA. Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Meraka ini adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."
- BARISAN KEEMPAT. Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka ini adalah orang yang berdusta didalam jual beli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka.."
- BARISAN KELIMA. Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah s. a. w menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Masyar. "Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah s. a. w, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
- BARISAN KEENAM. Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."
- BARISAN KETUJUH. Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Meraka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembalu mereka adalah neraka..."
- BARISAN KELAPAN. Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik degan kepala kebawah dan kaki keatas. " Meraka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."
- BARISAN KESEMBILAN. Diiringi dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara haram, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
- BARISAN KESEPULUH. Diiringi dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."
- BARISAN KESEBELAS. Diiringi dari kubur mereka dengan berkeadaan buta, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai kedada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai keperut dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
- BARISAN KEDUA BELAS. Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak berbuat baik. Meraka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah yang maha pengasih.
SYURGA DAN NERAKA
Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! "Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan"
Surah at Tahrim: ayat 6
No comments:
Post a Comment