Sunday, November 27, 2011

TAJUK 46: MAALHIJRAH 1433 DAN 52TH BIRTHDAY

HARI JADI KE 52

Pada 22 November yang lepas, sampailah usiaku ke angka 22.  Aku tak sempat menulis apa-apa  dalam blog ini bertepatan dengan tarikh itu.  Kebetulan, seperti yang pernah aku ceritakan dahulu, tarikh lahir aku adalah sama (tarikh/bulan) dengan DYMM Sultan Johor (baginda diputerakan pada 22 November 1958).  Jadi seorang sahabat aku dari JB mengucapkan Selamat Hari Jadi dan tahniah kerana satu Johor mendapat hari cuti umum.

Malam itu, aku menerima beratus-ratus ucapan selamat hari jadi dari rakan-rakan facebook.  Terima kasih semua kerana mengingati dan mendoakan kesejahteraan ku. Semoga Allah juga sentiasa memberkati usia sahabat dan saudaraku sekelian.

Lepas isyak malam itu, anak dan menantu aku buat suprise- birthday celebration. Mereka beli Kenny Rogers dan makan bersama-sama. Aku dapat hadiah belt dan wallet dari Hafeez/Musfirah, biskut Famous Amos dari Heikal dan handphone dari wife aku. 

Kebetulan, tarikh hari jadiku sama dengan besan aku di Ipoh (Hj Kader) dan keesokan harinya 23 November adalah harijadi dua menantuku Mohd Farihan dan Musfirah.

Semoga Allah terus memberikan hidayah dan kerahmatanNya kepada diriku, memperteguhkan IMANku dan bertambah-tambah lagi serta memelihara aku dari apa jua perkara yang Dia tidak sukai.

Kebetulan tarikh hari jadiku tahun ini berdekatan dengan dua tarikh penting dalam kalendar Islam iaitu, 1 Muharram dan 10 Muharram.

1 & 10 MUHARRAM 1433

1 Muharram adalah hari pertama dalam tahun Hijriyah.  Insan yang bertanggungjawab memulakan tahun Hijrah ialah Khalifah Islam ke dua selepas Rasulullah s.a.w, Saiyidina Umar Al Khattab.

Manakala 10 Muharram atau dikenali sebagai Hari Asyura diperingati oleh umat islam kerana banyaknya peristiwa penting pada tarikh tersebut.  Peristiwa itu menggambarkan kegemilangan, ketabahan, kemenangan dalam menghadapi perjuangan menegakkan keadilan dan kebenaran.

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri. 

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Kebetulan tarikh 30 Zulhijjah 1432 aku berada di kampong kerana hari itu adalah hari (perkahwinan anak perempuan aku, Aisyahnur) bertandang ke rumah pengantin lelaki di Taman Kluang Barat. 

Petang itu emak ajak aku ke surau (kampung) untuk majlis Doa Awal Tahun dan Akhir Tahun.  Lama tak merasai suasana berjemaah di surau yang aku tinggalkan lebih 30 tahun yang lalu.  Selalu kalau aku balik kampung aku tak berjemaah di surau.  Sempat bersembang dengan Pak Imam dan orang tua-tua kampung yang masih ada. Antaranya merupakan generasi yang telah berkeluarga semasa aku meninggalkan kampung seperti Lek Kusen Gutil, Lek Mamat (Mat Lanchor),  Usin dan Lek Bong (jiran).  Geng rapat aku masa sekolah 'Supian (Yan)' sekarang dah jadi Bilal Surau.



Doa Akhir Tahun Hijrah

Doa Awal Tahun Hijrah

Peristiwa-peristiwa penting tarikh 1 dan 10 Muharram:

Pada 10 Muharam telah berlaku:
  1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
  14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  16. Allah menjadikan 'Arasy.
  17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  18. Allah menjadikan alam.
  19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  20. Nabi Isa diangkat ke langit.

Sepanjang bulan Muharram, umat islam disunatkan melakukan beberapa amalan untuk menambah kekuatan iman kepada Allah swt. 
  • Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
  • Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
  • Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali.
  • Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali.

Masa aku kecil dulu, paling aku takut ialah apabila tiba 10 Muharram atau orang Jawa sebut 'Bulan Suro'.  Kanak-kanak takut keluar rumah bersendirian kerana KONONnya masa inilah banyak KELING KABUL (benggali) cari (sabit) kepala budak-budak untuk disajikan kepada hantu penunggu jambatan. 'MasyaAllah- KHURAFAT'.   Masa aku kecik memang bermacam-macam pantang larang (antaranya bersifat khurafat) yang dikaitkan dengan hari, bulan dan sebagainya. TAPI positifnya ialah sebagai cara untuk menguatkuasakan larangan kepada kanak-kanak supaya tidak merayau-rayau.

Manakala khusus untuk 10 Muharram (Hari Asyura) umat islam disunatkan untuk mengamalkan 14 perkara berikut:
  • Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  • Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  • Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  • Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  • Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  • Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  • Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  • Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  • Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  • Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  • Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.
  • Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
  • Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  • Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.




























.

No comments:

Post a Comment

IKTIROF

←  PLURALISME GUS DUR, GAGASAN PARA SUFI Biografi KH Hasyim Asy’ari Pendiri NU Tebuireng Jombang  → Syair Doa Abu Nawas – Al I’tira...