Tajuk ini adalah sambungan kepada TAJUK 170 (my views (1). Sama juga, dalam ruangan ini saya menulis 'my personal observation' ke atas apa-apa yang berlaku dalam negara ini atau di sekeliling kita yang berkaitan Politic, Economy, Social, Technology, Environment and Legal/|Government (PESTEL). Tulisan saya tetap mengekalkan sikap tidak menyentuh sensitiviti kaum, agama, gender dan pertentangan ideologi politik.
PEMERHATIAN 3: DOA QUNUT
Saya nak ambil sedikit masa untuk menulis berkaitan dengan 'doa Qunut'.
Kalau solat Subuh, tak ada hal, betul atau salah sendiri tanggung. Pemerhatianku adalah kepada solat Subuh berjemaah di Masjid atau Surau.
Dari pemerhatianku, berbagai cara imam membaca doa qunut.
(1) Ada yang membaca secara kuat dari awal sampai habis.
(2) Ada yang membaca perlahan setakat di dengar makmum dari awal sampai habis.
(3) Ada yang membaca kuat dari awal, kemudian perlahan (untuk diri sendiri) apabila tiba
'fainnaka taqdhi..."sampai habis.
(4) Ada yang membaca kuat dari awal dan membaca perlahan apabila tiba di "fainnaka
taqdhi...", kemudian kuat semula apabila membaca "wanastaghfiruka wanatubu
ilaihhh" sehingga habis.
(5) Membaca seperti no 4 tetapi selepas habis ayat 'wanastaghfiruka wanatubu ilaih'
kembali perlahan apabila memulakan salawat nabi(penutup doa).
Mana satu yang betul? kalau dah imam dari KAGAT baca mesti seharusnya semua kaedah betul belaka. Semuanya berkelulusan ijazah dalam bidang agama, dalam atau luar negara. Kalau yang menjadi LLP sebelum ditauliahkan,mereka mempunyai diploma atau sekurang-kurangnya Sijil Thanawi. Jadi, kita makmum ikut sahaja.
Semasa aku tinggal di Shah Alam (1986-1993), aku pernah mengikut kelas takmir di Surau Madrasah Al Amin, Seksyen 17 dengan seorang guru pondok bernama Lebai Putih bin Lebai Ali (almarhum) yang tinggal di Paya Jaras. Sama seperti juga apa yang diajar oleh guru agamaku semasa di sekolah rendah dulu. Apabila solat berjemaah Subuh, cara imam membaca Doa Qunut adalah seperti berikut:
- Allahhummah dina fi man hadaittt (imam baca kuat) - makmum: Aminmm.
- Wa afina fi man afaitttt (imam baca kuat) - makmum: Aminnn.
- Wa tawallana..... (imam baca kuat) - makmum: Aminnn.
- Wa bariklana ...... (imam baca kuat) - makmum: Aminnn.
- Waqina birahmatika... (imam baca kuat) - makmum: Aminnn.
- Fa innaka taqdhi... (imam baca sendiri perlahan) - makmum pun baca sendiri perlahan.
- Wa innahu la.....(imam baca sendiri perlahan) - makmum pun baca sendiri perlahan.
- Wa la yaidzzuman ... (imam baca sendiri perlahan) - makmum pun baca sendiri perlahan.
- Tabarokta robbana... (imam baca sendiri perlahan) - makmum pun baca sendiri perlahan.
- Falakalhamdu... (imam baca sendiri perlahan) - makmum pun baca sendiri perlahan.
- Wanastaghfiruka... (imam baca kuat semula) - makmum: Aminnn.
- Wasallahu (salawat nabi) (imam bacakuat) - makmum: Aminnn.
Rasional kenapa salawat dibaca kuat dan diaminkan ialah kerana salawat adalah doa untuk nabi. Dalam mana-mana doa sama ada doa lepas solat, doa tahlil atau apa-apa doa dalam apa jua majlis, penutupnya adalah bacaan salawat ke atas nabi dan diaminkan. Jadi,kenapa dalam doa Qunut, imam baca untuk dirinya sendiri??
Wallahu a'alam
PEMERHATIAN 2: PERANGAI SETPOL
Saya tertarik dengan satu tajuk berita dalam akhbar Utusan Malaysia 1 Dis 2011, berbunyi "Setiausaha Politik Jangan Lebih Sudu". Kenyataan ini disebut dalam ucapan Sdr Mohd Helmy Din, perwakilan Pemuda UMNO dari Negeri Sembilan. Saya setuju 120%.
Tahun lepas dan tahun ini, kita dengar ada 2 kes rasuah atau penyalahgunaan kuasa dan satu kes SMS ugutan yang melibatkan 3 orang setiausaha politik. Tak payah lah sebut nama, seorang terlepas dari dakwaan kerana salah seorang saksi belot. Kalau disiasat lagi kenapa saksi itu belot, MUNGKIN akan wujud satu lagi kes rasuah. Cuma yang agak seronok didengar, kedua-dua SUPOL di MOF.
Satu kes lagi melibatkan seorang SUPOL yang memiliki selonggok wang tunai RM2 juta di rumahnya. Teringat toleh Skim Cepat Kaya, Pak Man Telo yang dikatakan memiliki wang berlonggok-longgok dalam rumah. Atau macam kes dua pegawai Kastam (suami isteri) yang diserkap bersama longgokan wang tunai ratusan ribu RM.
Seorang lagi SUPOL (kepada bekas MB) yang baru dijatuhi hukuman pulak mungkin sebab terlalu ghairah untuk mempertahankan bossnya, sampai sanggup menghantar SMS ugutan. Kenapa diasanggup hantar SMS sebegitu, kena jumpa dia untuk dapatkan sebab sebenar, sama ada dibuat secara sedar dan sukarela atau ada sebab lain. Simpati.
Mungkin banyak lagi SUPOL yang mempunyai hobi yang sama seperti ini, tapi tak kena cekup sebab mereka licik. Saya amat simpati kepada MENTERI yang berkenaan, kerana mendapat MALU akibat salah laku SUPOLnya.Harapkan PAGAR, pagar MAKAN padi.
Berbalik kepada cerita SUPOL lebih sudu. Apa sebenarnya tugas SUPOL? Saya copy dari "kudaranggi.blogspot.com" mendefinisikan peranan dan tugas SUPOL sebagai:
"Tugas utama SUPOL ialah membuat laporan bertulis mengenai apa jua hal yang berkaitan politik, sama ada politik dalaman parti bosnya atau perkembangan politik parti-parti komponen ataupun parti pembangkang. Jika bosnya seorang Menteri UMNO, maka semua hal-ehwal berkaitan UMNO di kawasan Parlimen yang diwakili hendaklah diambil tahu dan dilaporkan kepada Menteri. Ini penting kerana Menteri perlu mendapat tahu atau mendapat maklumat terkini supaya dia dapat membuat sebarang keputusan yang perlu berkaitannya."
Tapi apa yang SUPOL buat?. Aku minat politik tanah air, melalui sumber dari dinding yang bercakap, aku dapat tahu kebanyakan SUPOL berkuasa di bilik menunggu pejabat Menteri. Mereka tak buat kerja politiknya tetapi sibuk bermain politik. Mereka lebih berminat menjadi penapis ahli-ahli perniagaan yang nak buat temujanji dengan Menteri. SUPOL yang menentukan mereka boleh jumpa atau tidak. Bukan SENANG nak jumpa Menteri. Jadi, kalau dah 'MEMBANTU' untuk menentukan dapat jumpa Menteri, tak kan tak dapat apa-apa habuan!
Sebab itu banyak Menteri yang buat kenyataan tak betul, malah ditipu hingga hampir kecundang dalam PRU kerana SUPOL main kayu tiga. Dia tak turun padang, tapi sub-con tugasnya, malaun yang dapat sub-con pulak 'kaki con', maka dapatkan maklumat dari pemandu teksi sahaja. Peruntukan yang Menteri bagi habis juga, ataupun ikat bawa balik rumah.
Ada pulak SUPOL yang guna nama Menteri yang lantik dia untuk menguatkan tapak di Bahagian di mana Menteri jadi Ketua Bahagian. Dia patut sibuk tak tidur malam untuk bantu Menteri yang jarang dapat turun padang. Tapi apa yang dia buat ialah dia sibuk membina pengaruh dan sibuk nak bertanding sama. Biasanya sibuk nak jadi Ketua Pemuda Bahagian- automatik jadi Naib Ketua Bahagian.
Sapa tak sokong dia, SUPOL Menteri, banyak dia boleh buat. Bila dah kuat, dia masuk bertanding Timbalan Ketua pulak. Nasib lagi baik, terpilih jadi ADUN. Bila dah makin kuat, dia bertanding lawan Ketua Bahagian pulak. Siapa Ketua Bahagian tu? Boss dia la. Maka Menteri yang bela dia, besarkan dia, timang dia akan tersungkur dengan labu-labunya. TERLALU ramai Menteri, Timbalan Menteri, EXCO yang tersungkur akibat permainan SUPOL.
Bukan tak ramai SUPOL yang memanjat tanpa perlu melalui akar umbi untuk sampai ke atas- ramai yang dah jadi Menteri atau Menteri Besar. Bukan semua, yang bertungkus lumus pun ada juga. Cuba bayangkan kalau baru jadi SUPOL pun dan boleh simpan cash berjuta ringgit di rumah, macam mana kalau satu hari nanti dia berpeluang jadi Menteri atau Timbalan Menteri?. Tak ke hancur parti pemerintah.
PEMERHATIAN 1 : JALAN RAYA DI KL
Petikan Berita 1:
"KUALA LUMPUR 28 Nov. – Kerja-kerja menurap dan menyelenggara jalan raya yang tidak dipantau secara serius oleh pihak berkuasa bertanggungjawab menyebabkan ia dibuat tidak mengikut spesifikasi ditetapkan. Ketua Kluster Kejuruteraan, Teknologi dan Alam Bina Majlis Profesor Negara, Prof. Datuk Dr. Ahmad Darus berkata, kerja itu perlu diteliti dan dipantau secara serius kerana ia menyumbang kepada risiko kemalangan jalan raya selain meningkatkan kos penyelenggaraan yang terpaksa ditanggung kerajaan.
Justeru, pihak berkenaan perlu membuat pemeriksaan mengejut bagi memastikan kerja dilakukan mengikut piawaian ditetapkan bagi mengelak berlaku kerosakan berulang. Laporan Khas akhbar ini hari ini mendedahkan masalah jalan rosak, berlubang dan tidak berkualiti di sekitar ibu kota terus berlaku tanpa ada kesudahan"
Petikan Berita 2:
"KUALA LUMPUR 30 Nov. - Lebih 60 peratus kerosakan jalan yang banyak berlaku di bandar raya Kuala Lumpur dikenal pasti berpunca daripada kerja-kerja pengorekan oleh syarikat utiliti bagi tujuan pemasangan kabel bawah tanah. Mendedahkan perkara itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail berkata, kerja-kerja pengorekan tanpa penurapan yang baik boleh mengakibatkan jalan menjadi mendap, beralun dan berlubang.
Bagi mengelak keadaan itu terus berlaku, jelasnya, syarikat-syarikat utiliti berkenaan seperti Tenaga Nasional Bhd (TNB), Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Telekom dan syarikat telekomunikasi lain disaran menggunakan teknologi Horizontal Directional Drilling (HDD) bagi tujuan pemasangan kabel tanpa mengorek jalan. 'Bagaimanapun penggunaan teknologi ini memakan kos tinggi sehingga tiga kali ganda daripada biasa. Setakat ini hanya Syarikat Gas Malaysia Berhad yang mengaplikasikan teknologi ini bagi mengurangkan kerosakan jalan akibat kerja-kerja pengorekan yang dijalankan.
Kerja penurapan jalan juga tidak ubah seperti kain perca apabila jalan ditampal tidak sempurna dan kelihatan daif.
Kebanyakan kerja-kerja pengorekan dibuat tanpa pengetahuan dan pemberitahuan kerana ia dijalankan pada waktu malam. Biarpun segala syarat dan garis panduan ditetapkan kepada pihak mereka, namun ia sekadar 'di atas kertas'. Di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, kesalahan mengorek jalan tanpa kelulusan atau tidak menurap kembali jalan dengan baik hanya akan dikenakan kompaun sebanyak RM1,000.
Pihak berkuasa tidak boleh halang mereka untuk mengorek jalan bagi pemasangan kabel kerana tidak mahu dipersalahkan oleh orang ramai akibat tidak dapat bekalan air atau elektrik kerana DBKL tidak benarkan mengorek jalan.
Antara punca lain yang turut menyumbang kepada kerosakan jalan adalah disebabkan tumpahan minyak diesel dan konkrit selain aktiviti pembangunan di sekitarnya.
Sebenarnya aku tak perlu lagi berleter tentang benda yang sama. Datuk Bandar pun dah arif dengan masalah ini. Sehingga kini dah ada 9 Datuk Bandar KL, aku pasti semua dah tau masalah ini dan dah tau apa jalan penyelesaian yang perlu diambil. Cuma tak mampu untuk melaksanakannya.
Isunya ialah, yang menjadi penguatkuasa ialah Kerajaan atau Pihak Berkuasa Tempatan. Yang membuat kerja (menggali dan menimbus jalan) ialah syarikat perniagaan atau kontraktor. Kenapa susah sangat kontraktor mematuhi arahan Kerajaan? Yang berlaku ialah, pegawai Kerajaan (Penguatkuasa) yang sebenarnya susah sangat nak menguatkuasakan peraturan. Semua dah masuk dalam pakej Kontraktor.
Agaknya,ada tak lagi Menteri yang seperti almarhum Tun Dr Ismail, ada tak lagi Menteri Besar seperti almarhum Datuk Rahim Bakar? ada tak lagi Pegawai Kerajaan yang seperti Tan Sri Ishak Tadin?, seperti Datuk Hassan Ibrahim?
No comments:
Post a Comment