Tuesday, December 27, 2011

TAJUK 50: MY VIEWS 3

.
  MY VIEWS Part 3  

Ruangan ini mengandungi 'my personal observation' ke atas apa-apa yang berlaku dalam negara ini atau di sekeliling kita yang berkaitan Politic, Economy, Social, Technology, Environment and Legal/|Government (PESTEL).

  PEMERHATIAN SATU: IMAM SURAU/MASJID KAMPONG 

Beberapa bulan Januari 2011 aku ada singgah bersolat Jumaat di sebuah masjid di daerah Port Dickson.  Apa yang menarik perhatian aku ialah Imam tua yang membaca khutbah dan menjadi imam solat Jumaat. Aku tak mau banyak komen la, tapi seolah-olah sudah tiada lagi generasi yang layak menjadi imam/khatib di situ. Bukan menghina tetapi memang dah patut sangat diganti.
  • Bacaan khutbah yang terlalu lemah dan amat membosankan.
  • Bacaan solat yang sudah tidak berapa betul kerana lidah terlalu tua- mungkin faktor gigi.
  • Pak Bilal nye pun lebih kurang juga.

Adakah pihak pegawai dari Jabatan Agama Negeri tidak pernah round, buat audit ke atas imam-imam ini?  Sudah tiada lagi kah Ustaz-ustaz atau anak-anak muda yang layak jadi Imam?  Kita ada berpuluh-puluh buah Maahad Tahfiz.  Sampai bilakah makmum di kariah tersebut terpaksa berimamkan imam yang sudah tidak dapat membaca dengan betul.






Bukan pertama kali aku melihat hal ini, sudah banyak tempat yang mempunyai masalah yang sama.  Banyak imam-imam Masjid yang bacaan tajwidnya boleh dikategorikan sebagai 'OUT'. 
Kadang pelik jugak, macam mana boleh lulus temuduga sebagai ustaz (guru agama) kalau bacaan Tajwidnya pun tak lepas?.

Solat Tarawikh

Beberapa perkara yang dapat aku komen mengenai ibadah solat sunat Tarawikh sepanjang pengalamanku saban tahun melalui bulan Ramadhan.
  • Semasa tazkirah- ustaz sibuk menasihatkan jemaah bahawa solat tarawikh bermaksud solat secara berehat-rehat- maknanya jangan gopoh, jangan terkejar-kejar nak cepat habis- baca ayat-ayat Qur'an dengan tenang dan bertajwid.
  • Apa yang berlaku- ustaz yang memberi tazkirah itu lah yang merempit semasa menjadi imam.  Aku pun tak atau apa yang nak dikejar- berbanding dengan kalau dibuat 20 rekaat.
  • Ada imam yang menggunakan Solat Tarawikh ini untuk mencuba bakat dengan membaca ayat yang panjang (yang bukan dari ayat lazim).  Bila baca ayat-ayat yang dia sendiri jarang bawa, dia jadi macam gabrah - nak laju sahaja untuk elakkan terlupa- hasilnya langgar sahaja hukum-hukum asas- ikhfak jadi idzhar.  Baca Mad Jaiz/Mad Wajib sekejap 2 sekejap 4 harkat, kadang tak cukup 2 harkat pun.
  • Kadang  Imam membaca alQur'an yang letak di depan- tapi bila membaca dia  seperti bertadarrus- terkejar-kejar dan laju juga meringankan hukum tajwid.
    • panjang pendek yang tidak berapa diberi perhatian
    • hukum harkat yang tidak konsisten
    • tersilap baca kalimah- tidak diulang tetapi diperbetulkan 'on the spot'.


  PEMERHATIAN DUA: BERTEMU KEJADIAN ANIH DI MAKKAH 


Kita selalu melihat TV atau membaca Majalah (khususnya Mastika) tentang cerita-cerita seseorang yang mengerjakan ibadah Umrah atau Haji - mereka menemui benda-benda ganjil sama ada perkara buruk atau baik


Tiap-tiap orang yang ke Mekah mempunyai tahap ilmu dan iman yang berbeza-beza.  Oleh itu Allah memberi rezeki dan kelebihan juga berbeza.  Apa yang kita lihat sesungguhnya adalah Allah berikan kepada kita dan tidak perlu dikongsi-kongsi kerana ia kerap 'over-stated'.  Mungkin betul, mungkin hayalan dan mungkin mimpi.  Tapi masa bercerita dengan wartawan - bukan main lagi- macam dia sorang dapat hidayah atau karamah.

Ada yang kononnya mendapat hidayah dengan diperlihatkan pelbagai kejadian ganjil- maka berceritalah dengan penuh emosi, menangs-nangis, seolah-olah telah insaf dan bertaubat nasuha.

Mungkin niat baik la, nak kongsi maklumat dengan orang lain.  Tapi seperti yang saya kata di awal tadi,lain orang lain rezekinya.  Bila cerita yang melampau-lampau- dapat balasan itu, balasan ini - balasan 'on the spot' lagi - orang pun takut nak pergi Haji- takut dapat balasan.


Tapi bagaimana orang yang memang jahat, telah banyak kali berzina, dah puas minum arak- dia dapat pergi Haji bukan kerana telah insaf atau taubat- tapi kebetulan menemani isteri atau nama dah sampai giliran.  Tapi di sana tidak dapat apa-apa balasan pun.  Jadi dia akan bertambah sombong.  Bila dengar cerita macam-macam dia akan senyum sahaja.

Lagi satu- sesiapa yang dapat hidayah atau diberi oleh Allah dengan dapat melihat benda-benda pelik dan ganjil- simpanlah untuk keinsafan diri dan meningkatkan keimanan- tidak nampak apa pun faedah kepada yang mendengar- menambah meluat ada la- kerana ia menampakkan sifat riak, ujub dan sum'ah.

Kalau nak tau dia insaf atau tidak- bukan tenguk sama ada dia lebih rajin solat setelah balik dari Mekah, tapi lihat la bagaimana keadaan anak-anaknya- adakah dia berjaya mengubah anak-anaknya untuk menutup aurat (contohnya).  Kalau dia beria-ia nak tunjuk dia dapat hidayah- Allah bagi 'special' untuk dia- tapi- bila bawa anak jalan-jalan, anak perempuanya tetap pakai seluar jean dan t-shirt ketat dan tak bertudung.  Fikir-fikirkan lah.  Jangan lah kita tertipu atau 'syok sendiri' dengan halayan dan tenggelam dalam 'keriakan' kita.



  PEMERHATIAN TIGA: ULAT DERMA 


Kali ini aku akan menyentuh berkaitan Sindiket Kutip Derma. Menderma atau infak atau memberi sedekah memang amat digalakkan dalam islam.  Menderma juga mesti diiringi dengan keihklasan.  Kalau kita menderma kerana untuk mencari nama atau menunjuk-nunjuk, ia tidak memberi apa-apa atau menjadi sia-sia.

Namun, zaman ini ramai orang yang menyalahgunakan derma dan sedekah ini untuk kepentingan peribadi atau mencari keuntungan.  Kali ini saya tidak memerhati penderma yang membuat publisiti dengan cek yang besar-besar dan pelbagai lagi.  Pemerhatian saya kali ini menyentuh tentang sindiket menggunakan kanak-kanak untuk memungut derma di stesen minyak dan di R & R (lebuhraya).

Kebanyakan pemungut derma ini adalah atas nama pembinaan surau atau maahad tahfiz.  Kadang mereka menjual kalendar islam, kadang kitab Yasin, kadang bam (ubat sapu) dan sebagainya.  



Amatlah tidak wajar- kanak-kanak dalam usia 10-15 tahun berkeliaran di R & R atau patrol station, apa lagi di waktu malam untuk memungut derma untuk sesebuah organisasi.  Tetapi BAGAIMANA kalau ia hanya satu sindiket yang didalangi seseorang untuk kepentingan diri.  Mereka menggunakan nama Sekolah Tahfiz atau pembinaan masjid untuk meraih simpati penderma- khususnya untuk orang-orang islam yang bersifat murah hati.  Apa lagi menderma kepada perkara berkaitan dengan kebajikan dan ugama.



Tidak pernahkah Pejabat Agama atau mana-mana pihak berkuasa membuat penyiasatan mengenai perkara ini.
 
  PEMERHATIAN EMPAT: UMRAH vs HAJI 

Ini pemerhatianku tentang 'priority' antara Haji dan Umrah.  Antara Rukun Islam dengan Sunnah. Kala ini ramai betul orang Malaysia yang mempunyai kemampuan melebihi tahap mampu untuk mengerjakan Haji TETAPI masih suka menangguhkannya dan pada masa yang sama kerap ke Mekah untuk mengerjakan Umrah menggunakan pakej yang mahal-mahal.

 HAJI adalah wajib malah ia adalah RUKUN ISLAM, manakala Umrah hanya wajib sekali (Mazhab Syafie) atau sunat muakkad (mengikut mazhab Hanafi).  Umrah wajib boleh dilaksanakan semasa menunaikan ibadah haji, yang lainnya adalah sunat sahaja.  Menurut sumber, Rasulullah pun hanya empat kali sahaja mengerjakan Umrah (di luar musim Haji) sepanjang hayat baginda.



Alasan yang paling lazim diberi ialah menunggu giliran Haji dari Tabung Haji. Bagi orang yang lebih kemampuan ini, alasan ini tidak boleh digunakan kerana dia boleh menggunakan pakej swasta untuk menunaikan Haji.  Bukan satu yang pelik kalau ada jemaah Haji yang mendaftar dan pergi Haji pada tahun yang sama. Hanya dengan kos RM20k sahaja mereka sudah boleh mengerjakan Haji melalui pakej swasta.  Tetapi mereka sanggup mengeluarkan wang dua tiga kali ganda dari itu untuk membawa keluarga mengerjakan Umrah.



Alasan kedua, yang semamangnya tidak boleh diterima langsung ialah belum bersedia.  Oleh itu fikir-fikirkan lah, jika anda mampu mengerjakan haji, ada jalan untuknya tetapi anda masih mencari alasan untuk menangguhkannya, jika ANDA mati sebelum anda mengerjakan Haji.....

  PEMERHATIAN 6: PENGEDAR DADAH & ULAT TIKET  

Ulat Tiket bukan satu isu baru. Tiap-tiap kali tiba musim perayaan besar (khususnya Hari Raya Puasa) isu ini akan dibicarakan. Walaupun JPJ telah membuat operasi besar-besaran, dalam sekelip mata sahaja, JPJ hilang, ulat tiket muncul kembali. KENAPA SUSAH SANGAT menguruskannya? Siapa di belakang mereka?  Pihak syarikat bas sendiri atau mungkin juga pihak berkuasa yang berkenaan? Kalau kes yang rumit-rumit boleh diselesaikan dalam masa 2-3 hari, apa hal sangat dengan kes ulat tiket ini? 



Pada pendapat saya, ia tidak ada priority dalam senarai tugas mereka. Benda remeh.



Macam juga pengedar dadah, walaupun pemberita (orang akhbar) mampu membuat siasatan dan mereka mampu mendedahkan modus operandi mereka, di mana kawasan operasi mereka, apa signal atau kod yang mereka gunakan, tapi pihak berkuasa tetap gagal menangkap mereka.  Nampaknya orang akhbar lebih bijak dari pihak berkuasa!. Apa masalahnya yang sebenar? Siapa di belakang mereka?



Pendapat saya: wang mengatasi segala-galanya.




No comments:

Post a Comment

IKTIROF

←  PLURALISME GUS DUR, GAGASAN PARA SUFI Biografi KH Hasyim Asy’ari Pendiri NU Tebuireng Jombang  → Syair Doa Abu Nawas – Al I’tira...