Daripada Abu Hurairah r.a. berkata:
"Dan sesiapa yang menutup keaiban seorang muslim maka Allah ta'ala akan menutup keaibannya di dunia dan di akhirat. Dan Allah ta'ala akan sentiasa menolong seorang hamba selama ia menolong saudaranya.
(Hadith riwayat Muslim)
Tidak ada orang yang tidak berdosa, dan tidak ada orang yang tidak melakukan kesilapan. Cuma bezanya, banyak atau sedikit, besar atau kecil, teruk atau tidak, kelihatan atau tidak kelihatan. Bagi orang yang bijaksana, ia memandang ke dalam dirinya (bermuhasabah) dan bertaubat daripada dosa-dosanya dan membetulkan kesilapan-kesilapannya. Dia menutup keaiban orang lain, dia menjaga harga diri sendiri dan harga diri orang lain. Dengan cara itu dia telah mewujudkan suasana saling menghargai dan baik sangka terhadap orang lain.
Kita selalu menyebut kesalahan orang lain. Kalau kita nampak orang lain buat salah, buat dosa, kita sibuk, kita bising, seolah-olah kita adalah maksum, kita bersih dari dosa. Bukan bila lihat orang buat dosa, kita rasa insaf.
Bila orang buat buat dosa kepada kita, kita tak boleh terima, kita enggan maafkan dia. Kenapa? sebab kita ni hipokrit. Malah kita berdendam. Kita rasa seronok kalau orang yang buat salah kepada kita mendapat balasan. Kalau boleh kita tokok tambah cerita untuk mengaibkan orang itu. Kenapa? Sebab sebenarnya kita jauh lebih buruk dan hina dari dia.
Orang itu buat dosa cukuplah - biar dia jawab dengan Allah. Tapi, kita yang perasan manusia baik, kita pulak membuat dosa baru atas dosa orang lain. Dia mungkin telah insaf, memohon ampun. Tapi kita, pastikah kita sempat insaf. Apa kata kalau sewaktu kita membalas dendam, semasa kita mengaibkan orang itu, nyawa kita dicabut oleh Malaikat Izrail???
Oleh itu, jangan sesekali menghina orang yang berdosa. Kita tidak sesekali mengetahui, orang berdosa yang bertaubat, jika dengan kehendak Allah, doanya semasa ditindas semasa dizalimi dimaqbulkan Allah? Seelok-eloknya, kita harus berlapang hati, memohon doa kepada Allah agar Tuhan berikan hidayat kepada orang yang berdosa kepada kita, kita berdoa agar Allah ampunkan dosanya, dan kita juga berdoa agar setiap orang yang kita pernah berbuat dosa agar mereka juga mengampunkan kita. Yang lain-lain itu, kita serahkan kepada Allah menentukannya kerana setiap dosa walau sebesar zarah sekali pun, akan dibalas oleh Allah swt.
AMPUNKANLAH SEGALA DOSA-DOSAKU
Perkara Yang Elok Dan Tidak Elok Disebut
1. Perbanyakkan Menyebut Allah Daripada Menyebut Makhluk.
Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Sewajarnya kita lebih menyebut-nyebut nama Allah yang telah memberikan nikmat yang tidak terhitung banyaknya untuk kita.
2. Perbanyakkan Menyebut Akhirat Daripada Menyebut Urusan Dunia.
Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat.Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat.
3. Perbanyakkan Menyebut Dan Mengingat Hal-Hal Kematian Daripada Hal-Hal Kehidupan.
Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat.
4. Jangan Menyebut-Nyebut Kebaikan diri dan Keluarga.
Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan menyuruh atau membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan terhadap orang lain. Kita terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan riya’ atau bangga diri.Oleh itu eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita kepada orang lain. Kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik.
5. Jangan Sebut-Sebut dan Nampak-Nampakkan Keaiban Atau Keburukan Diri Orang Lain
Kegelapan hati dan rangsangan syaitan selalu menyebabkan terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri. Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita.Sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan yang ada pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. kita walaupun kita pernah berbuat baik.
Sembilan Sebab-Sebab Hati Tidak Bahagia
Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :
1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.
2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
3. Hasad dengki – amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia
5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut…walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak…lagipun org tamak selalu rugi..Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)
7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.
8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..
9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, …dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah… Cinta dunia merupakan “neraka dunia” kerana dunia itu “panas” akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
Oh Tuhanku
sesungguhnya aku tidak layak ke syurgamu
namun, aku tidak sanggup menanggung
seksa nerakamu
ampunkanlah dosa-dosaku
sesungguhnya aku tidak layak ke syurgamu
namun, aku tidak sanggup menanggung
seksa nerakamu
ampunkanlah dosa-dosaku
No comments:
Post a Comment