KAD JEMPUTAN
(rekabentuk Kad Jemputan ini 100% adalah ciptaanku sendiri)
majlis akad nikah
SURAU LUQMAN HAKIM
(19.11.2011)
Majlis Akad Nikah diadakan di Surau Luqman Hakim, Jalan Perwira, Kem KEMENTAH bermula jam 0900 - dimulai dengan sarapan pagi,meehun, nasi dagang dan kueh-mueh serta teh tarik. Majlis dipengerusikan oleh Ustaz Mej Hj Mohd Rashidi bin Bujai dan Jurunikah bertauliah ialah Ustaz PW1 Haji Mohammad Noor. Aku sebagai Wali kepada pengantin perempuan menikahkan sendiri puteriku. Majlis tamat pada jam 11.00 pagi. Majlis seterusnya di Dewan Seroja KEMENTAH.
"Muhammad Noor Hafiz bin Kasim, aku nikahkan dikau dengan anak aku, Aisyahnur Abid, dengan maskahwinnya RM300 tunaiiiiiiiii......"
selamat menjadi suami isteri
Kol Hj Mohd Abu (B) (birasaku) menjadi wakil keluarga- Mej Ust Rashidi (pengacara) dan PW Ust Mohd Noor (jurunikah bertauliah)
bersama keluarga baru: dari kiri En Kasim bin Wahab dan Puan Muslimah Shariff ...
pengantin dengan emak-emak sedara sebelah uminya. dari kiri Mak Uda (Zainab), Mak Long (Datin Kamariah) dan Mak Ngah (Umi Kalsom)
Mak Long, Mak Ngah, Mak Uda dan Mak Itam
Aisyahnur bersama kawan-kawan sekolah
dua menantu sekali dalam setahun
sebelah kanan: barisan perwakilan pihak lelaki dari Kluang bersama barang-barang hantaran
majlis resepsi
DEWAN SEROJA, KEM MINDEF
(19.11.2011)
barisan penyambut tetamu lelaki yang membantu aku sepanjang majlis
ex-classmate Arch UTM (1978-79)- Ar Hj Norzam dan Ar Hj Fadzillah dan isteri
dari kiri Datin Mahani, Mej Jen Dato Mohd Sulong (B), Lt Kol Zico dan Kol Dato Selamat Bakin (B) CEO ATSC
DEWAN SEROJA, KEM MINDEF
(19.11.2011)
Majlis jamuan resepsi bermula pada jam 1200 dan berakhir pada jam 1700.
barisan penyambut tetamu lelaki yang membantu aku sepanjang majlis
barisan penyambut tetamu wanita (geng Surau Luqman Hakim yang membantu isteri)
ketibaan para tetamu
ex-classmate Architecture UTM 1978/79- Ar Hj Abdul Kahar dan isteri
SEORANG LAGI ex-classmate Architecture UTM 1978/79- Ahmad Amir bin Sibon (orang Sg Balang, Muar) dan isteri
dari kiri Lt Kol Suhaimi (MAPTU), Lt Gen Datuk Nawi (B), Datin Mani dan lain-lain
En Razak dari MediaCetak bersama isteri/anak
TETAMU YANG TAK DIDUGA. setelah aku meninggalkan kelas Lower 6 Alam Shah lebih 33 tahun lalu, aku tidak pernah menemuinya, tetiba muncul dalam majlis aku. Abdul Malek Azman, orang Parit Keroma, Muar.
jiran lama di Blok 4501 (awal tahun 1994-200)- Kak Jumaah (balu Mej Hj Ismail Misran)
jiran di OMQ- Brig Jen Dato Hj Jaafar dan Datin
antara Skot TJP37- berdiri Lt Kol Ariffin dan isteri, duduk Datin Hamidah dan Lt Kol Noor Sabarina
sahabat lama (1988 - 1993) dari Surau Al Amin, Sek 17 Shah Alam- Imam Hj Mohd Noor dan isteri
Hj Kamisan bin Suja' (arkitek), isteri dan anak- beliau adalah classmate STMI (1972-74) dan classmate masa aku belajar architecture di UTM (1977-79)
bersama keluarga abang ipar dari JB, Datuk Hj Abdul Rahman Putra
bersama geng jemaah Haji pakej TMTT 2010
bersama abang sulungku sekeluarga (Hj Md Jahrom)
staf pejabat Mej Noor Azam dan isteri
keluarga anak angkat (Nor Haika Atikah) dari Cheras
alangkah sibuknya bapak pengantin, baru nak masuk posing dah kena panggil ada orang nak jumpa
(sebab tu gambar aku tak banyak dalam album ini)
keluarga Hj Supian (Kang Yan) dari Batu Pahat
Noha, anak sulung Hj Supian (Kang Yan)
keluarga sebelah isteriku
keluarga sebelah isteriku
Puan Marhamah dan suami, dari Seremban
rakan-rakan TUDM
Pazman (AIROD) dan isteri
ketibaan sebahagian lagi ahli keluarga sebelah isteriku
Mej Norazam (BPS) dan isteri
Lt Jen (B) Dato Hj Nawi ALias dan Datin Mani, merupakan mantan Jeneral TUDM yang amat prihatin memenuhi jemputan
sebahagian dari rakan-rakan sejemaah Haji 2010
Lt Kol Mohd Noh melayani Kol (B) Datuk Rosdi (CEO CTRM) dan Datin (my PS2 semasa bertugas di MPPU tahun 1990)
keluarga sepupu-sepupuku dari keluarga sebelah ibuku dari Melaka dan Bangi
Muhammad Heikal dan akwan-kawankeluarga besanku dari Seremban
Shamsul Ibrahim (Bakti Udara) dan isteri
sebahagian dari skot 37
Mej Jen Dato' Sabri Adam dan Datin
OUTDOOR PHOTO SESSION
BERTANDANG KE KLUANG
(26.11.2011)
.
MENANTU KETIGA
Petikan dari Tajuk 32.
Aku tak berapa ingat tarikh pihak lelaki datang merisik Aisyah. Tapi, lebih kurang dalam bulan Mac. Seperti sebelum ini, syarat aku untuk calun menantu tetap sama, iaitu pandai baca Qur'an dan ada kerja tetap. Pada 8 Mei 2010 (lebih kurang jam 1130) secara rasminya rombongan dari Kluang, Johor telah sampai dan Aisyah dengan rasminya ditunangkan dengan Kapten Mohd Noor Hafiz bin Kasim @ Along. Wakil keluargaku kali ini ialah Kol (B) Hj Mohd Abu bin Hj Ali (abang birasku) dan jumlah hantarannya juga RM9000.
Majlis diacarakan oleh Ustaz Mej Abd Razak (KAGAT) dan diselitkan dengan tazkirah berkaitan dengan adab-adab pertunangan.
Majlis diacarakan oleh Ustaz Mej Abd Razak (KAGAT) dan diselitkan dengan tazkirah berkaitan dengan adab-adab pertunangan.
Hafiz adalah graduan UPNM dalam bidang Kejuruteraan Elektronik dan kini sedang berkhidmat di Batalion ke 13 RAMD di Kem Pakit, Sri Aman, Sarawak.
Ayah Hafiz (Encik Kasim bin Wahab) adalah bekas tentera juga, manakala ibunya bernama Puan Muslimah Shariff. Mereka menetap di No 10, Jalan 21, Taman Kluang Barat, Kluang.
.Sebenarnya, di sudut hatiku berkata bahawa aku masih belum puas memelihara Aisyahnur, ia masih terlalu muda dan belum matang untuk menggalas tugas sebagai seorang isteri. Aku agak berat untuk melepaskan dia. Terus terang aku katakan, air mataku engalir deras ketika menulis catatan ini.
Namun segalanya telah ditentukan Allah untuk dia menggalas tugas itu dengan lebih awal. Melihat kesungguhan pihak lelaki, aku yakin bahawa bakal suaminya, Noor Hafiz sudah cukup matang untuk menjadi seorang suami dan mendidik Aisyah dan tidak mengecewakan aku. Ya Allah bantulah anakandaku untuk menjadi seorang isteri yang baik dan solehah.
GAMBAR-GAMBAR MAJLIS PERTUNANGAN
(8 MEI 2010)
MAJLIS PERNIKAHAN
DI SURAU LUQMAN HAKIM
(19 NOV 2011)
"0900H - 1100H"
Beberapa hari sebelum tiba tarikh hari pernikahan, aku terpaksa mencuri-curi masa menguruskan hal ehwal rasmi perkahwinan anak aku, seperti mengisi borang-borang permohonan pernikahan, mendapat kelulusan Pendaftar Pernikahan kawasan Keramat (Ustaz Hj Abd Halim bin Mohd Yunus- Imam Masjid Al Ikram, Keramat) dan mendapatkan surat kebenaran dari pejabat JAWI di Pusat Islam. Seterusnya mendapatkan khidmat Jurunikah Bertauliah, iitu Imam Masjid Khalid al Walid KEMENTAH (Ustaz Hj Mohd Noor).
Walaupun ini kali kedua aku bakal melaksanakan majlis perkahwinan, ia mempunyai cabaran yang berbeza. Tahun lepas, aku bertugas di MLU, aku ada ramai staf yang bersukarela membantu tapi ditempat sekarang, aku hanya ada tiga staf di bawah aku, kebetulan dua darinya tinggal di kawasan Subang, dan seorang lagi wanita yang mempunyai tanggungjawab tersendiri. Maka aku tidak mahu menyusahkan mereka.
Kebetulan dalam tempoh tersebut ramai sahabat-sahabat (yang biasa sedia membantu) yang bertugas di KEMENTAH terlibat dengan banyak urusan rasmi dan tidak dapat membantu. Syukur kepada Allah, masih ada sedikit staf di MTU yang bersedia menghulurkan tangan untuk membantu aku. Kali ini komiti aku agak kurang tersusun kerana last minute pick up. Dapat jumpa dua kali sahaja, itu pun tak penuh.Jadi kebanyak keputusan dan perancangan, kira jadi je atau take for granted.
Kali ini juga, aku terpaksa menyediakan kediaman untuk bermalam rombongan dari Kluang. Pada awalnya mereka membuat keputusan untuk bertolak dari Kluang pada pagi 19hb, namun setelah membuat second thinking, mereka memberi maklumbalas agak saat akhir untuk bertolak pada malam 18hb. Last minute nak cari kediaman di KL bukan satu perkara yang mudah (apa tah lagi untuk lebih 20 orang). Setelah mencuba merata-rata, aku dapat satu homestay di Intan Apartment dan 3 bilik di Hotel Putra (sebelah Perpustakaan Negara).
Acara kemuncak ialah pada 19hb November 2011. Setelah beberapa hari lari ke sana ke mari menguruskan majlis perkahwinan, akhirnya tibalah hari bersejarah yang ditunggu-tunggu. Majlis Pernikahan dilaksanakan di Surau Luqman Hakim, Desa Tunku Osman Jewa.
Program pernikahan bermula jam 9.00 dengan bersarapan pagi. Agak simple dengan hidangan meehun goreng,nasi dagang, kueh-kueh dan teh tarik.
Majlis dipengerusikan oleh Ustaz Mej Hj Rashidi bin Bijai (KAGAT), Uurunikah Ustaz Hj Mohd Noor dan pihak keluarga aku diwakili oleh birasku, Kol Hj Mohd Abu bin Hj Ali (B). Aku menikahkan sendiri anak gadis aku dengan jejaka pilihan hatinya, Muhammd Noor Hafiz bin Kasim. Syukur alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.
MAJLIS RESEPSI
DI DEWAN SEROJA, KEM KEMENTAH
(19 NOV 2011)
"1200 - 1700H"
Acara kemuncak iaitu ialah pada 19hb November 2011. Apa yang lebih menjadi lebih GRAND ialah majlis ini turut menerima menantu dari Perak (anak sulungku Muhammad Hafeez Firdaus telah dinikahkan dengan Musfirah binti Abdul Kader di Ipoh pada 30 Okt lepas.
Jadi,hari ini aku meraikan 2 pasangan mempelai, iaitu anak sulung dan anak ketiga. Anak keduaku telah berkahwin pada 25 Sep 2010 lepas dan baru sahaja melahirkan cahaya mata lelaki (Muhammad Aqeef Waqas) pada 24 Okt 2011.
Kira-kiranya aku meraikan triple celebration. Segalanya berlaku dengan izin Allah azzawwajalla.
Walaupun pada keseluruhannya kehadiran kurang memuaskan (mungkin ada komitmen lain), aku tetap bersyukur kepada Allah. Rasanya hanya 50%atau kurang dari jemputan (dengan kad) yang dapat hadir. Tetapi ramai yang dijemput melalui sms, facebook dan jemputan sambil lalu yang telah hadir. Itulah yang amat menggembirakan aku.
Namun, bilangan yang hadir cukup ramai kerana kebanyakan membawa ahli keluarga. Contohnya; beberapa keluarga yang menerima satu tapi yang hadir lebih dari sepuluh orang.
Majlis ini juga telah menjadi reunion kepada beberapa kumpulan seperti TJP 37 dan Jemaah Haji TMTT.
Pada keseluruhannya jemputan aku terdiri dari beberapa kategori berikut:
- Pesara TUDM. Ini adalah kumpulan tetamu yang amat membanggakan. Walaupun antara mereka telah lama bersara dan bukanlah rapat dengan diriku (hanya kenal atas beberapa urusan atau pernah bertugas dalam unit yang sama dan aku juga tidak pernah berkerja secara langsung di bawah mereka). Tetapi kehadiran mereka amat mengharukan. Antara bekas pegawai kanan ialah Jen (B) Dato' Seri Suleiman Mahmud (mantan PTU), Jen (B) Tan Sri Nik Ismail (mantan PTU), Lt Jen (B) Dato Nawi Alias (mantan AKS Mk ATM- my CO in Kuantan, 1983), Mej Jen Dato' Abd Razak Aziz (mantan AKSPA), Mej Jen (B) Dato Abdul Malek Sahar Harun (mantan PANGOP), Brig Jen (B) Dato' Mohd Idris Saman (mantan AKS Materiel), Brig Jen (B) Dato Othman Majid (mantan AKS Materiel), Brig Jen (B) Dato Jamaluddin Shamsudin (mantan AKS Tad) dan Kol (B) Datuk Rosdi Mahmud (CEO CTRM). Yang lain-lain yang boleh aku ingat ialah LtKol (B) Ariffin Musa, LtKol (B) A. Hamid, Lt Kol (B) Mohd Hayon, Lt Kol (B) Shafie Mahat dan lain-lain. I really salute to most of them for putting some priority to my invitation. I know most of them are already old and having a lot of other things more inportant than my ceremony. I only put 20-30% level of confident for their attendance. But they made an attempt to be here. Thank You SIRs.
- Pegawai Kanan ATM. Kehadiran lebih kurang 30% Pegawai yang terkanan yang hadir ialah Laksdya Datuk Mohamad Nordin Ali (TPTL- geng surau Luqman Hakim). Selain dari itu ialah Mej Jen Dato' Ahmad Anuar TUDM, Mej Jen Dato Mohd Sulong TUDM, Mej Jen Dato' Kamalruzaman TUDM, Mej Jen Dato Sabri Adam TUDM, Brig Jen Dato Mazlan, Brig Jen Dato Syed Salim TUDM, Brig Dato Jaafar Kasim TUDM, Brig Jen Dato Abdul Karim TUDM, Kol Kamarudin, Kol Lau I.H, Kol Asmuni, Kol Ismail Manuri, Kol Fadzil, dan Kol Md Zaki. Many more had given the confirmation to come but at last minute got to change their decision due to other commitment.
- Pegawai-pegawai TUDM. Kumpulan ini (Lt Kol/Mej) yang banyak dikeluarkan kad jemputan tetapi malangnya peratus kehadiran amat mengecewakan. I do not know where are all my friends. Selain dari komitmen tugas yang aku ketahui seperti ada mesyuarat MOU di Kuching, program pertukaran pegawai ke Indonesia, MAF golf tournament di Nilai, yanglain aku kurang pasti. But I believed they also had other things to do which was more priority.
- Kumpulan Alumni Arkon 77/78. Ini adalah rakan-rakan aku semasa belajar di UTM tahun 77/78/79 dahulu. Peratus kehadiran juga amat rendah. Yang hadir hanya Ar Hj Mohd Fadzillah, Ar Abdul Kahar, Ar Norzam Darmin, Ar Abdul Haiyee & isterinya Ar Mardiah, Amat Amir Sibon dan Hj Kamisan Suja'. Yang paling aku tak sangka ialah kehadiran Norzam dan Amat Amir (kali pertama bertemu sejak berpisah pada tahun 1979). Apa lagi, Norzam yang menetap di JB, made his way to my invitation. Hanya melalui facebook invitation. Thank so much my long lost friends. Semoga nanti kita dapat berjumpa semula.
- Kumpulan Jemaah Haji TMTT 1431. Kehadiran di luar jangka, walaupun tidak ramai kerana kebanyakan mereka dari luar KL, tapi amat meriah kerana mereka jadikan majlis ini sebagai reunion pertama untuk mereka. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran Hj Azhar kerana kelainannya (hanya kami sahaja yang tau). Yang lain ialah Hj Osman dan Hjh Hapsah (Melaka), Hj Ahmad Rosly & Hjh Dr Anita, Ar Hj Azman Bilaji (JB) dan Hj Hamim (Kota Tinggi), Hjh Siti Hawa dan suami (Melaka), Hj Mat Zaki dan Hjh Zaliha, Hj Khairuddin Khalid, Hj Khairil Anuar dan Hjh Rosni, Hj Muzaruddin dan Hjh Norma, Hj Alang Wahi dan Hjh Dahlah dan Hj Zulhairi dan Hjh Mazlina. Riuh suasana dimeja berkenaan akibat keletah Hj Azahar yang menjadi bahan usikan rakan-rakan.
- Kumpulan TJP37 1980. Ini adalah kumpulan yang paling ramai hadir. Malangnya penghulu kita Lt Jen Dato Seri Ahmad Hasbullah tidak dapat hadir kerana berada di Singapura. Yang hadir ialah Brig Jen Dato Zamrose, Kol Suhaimi TUDM, Lt Kol Nordin T P K, LtKol Khairul AnnuarYaakub, LtKol Salihuddin Daud, Kapt B Azmi Hamid, LtKol Ariffin Samion, Mej B Lokman Abdullah, LtKol Hj Mohd Sabri TUDM, Kapt B Hazizan, LtKol (B) Khalid, Mej B Suhaimi Saat, Mej B Aini Hitam, LtKol Azman Daud, Mej B Sohemi Hashim, LtKol Razak Siran, Mej B Datin Hamidah, Mej B Zaleha Che Rus, LtKol Noor Sabarina @ Loly, Mej B Aminuddin Samad, PK Hazman (first time meeting him after Jan 81), Mej B Mazhar Palil, LtKol Mohd Yatim, LtKol Jasni Mohd Noor, .......dan beberapa orang lagi, nanti pelan-pelan aku ingatkan balik. Malang sekali aku tidak berpeluang untuk duduk dengan mereka di luar khemah walaupun sekejap kerana tetamu keluar masuk bertali arus. Sememangnya mereka biasanya akan menggunakan peluang seperti ini untuk reunion.
- Kumpulan HRM UITM 1994/96. Hanya Roshiza & keluarga dan Kamzaini sahaja yang hadir. Tahun lepas Anuar Din datang dari Penang (tahun ini aku pun tak jangka dia datang , bukannya dekat. Yang duduk dekat-dekat ni aku pun tak tau kenapa. Farazeta, Rosnani, Razlita, Hasan, Ainal Khairi dan Ben. Adalah problem mereka tu. Tahun lepas, Hasan tak terima kad kerana salah alamat, tahun ini tak tau kenapa. Kalau dia terima mesti dia respond sama ada datang atau tidak. Bagaimanapun seorang junior aku (Zainab bt Abd Kadir, orang BP) yang kujemput di saat akhir melalui fb followed by email telah datang dengan suami (Eddy) dan anak. TQ Nab- macam inilah orang kampong.
- Lower 6 Alam Syah 1977. Hanya dua orang sahaja yang hadir iaitu Kamdani Saleh serta keluarga dan Abd Malek Azman dari Shah Alam. Kamdani datang dari Batu Pahat Johor memang satu kampung dengan aku (thank you Ani) dan Abd Malek yang tak pernah kutemui sejak meninggalkan SAS Cheras 1977 tetiba muncul dan aku gagal mengenalinya. MasyaAllah. Tanpa kad, tanpa sms, tanpa facebook, dia dapat tahu, dia datang. Maha Suci Allah yang membuka hati seseorang. TQ Malek.
- Alumni MBA UKM. Tiada kehadiran. Tak pasti samada Wan Kamaliah, Ras, Azhan, Yusri dan Subhi terima kad atau tidak.
- Keluarga dan saudara-mara terdekat.
- Rakan Surau AlAmin Shah Alam. Aku tidak melupakan rakan-rakan lama dari kariah Madrasah Al Amin Sek 17 Shah Alam di mana aku tinggal antara tahun 1988-1993. Semua 4 orang yang aku jemput telah hadir; Tuan Imam Hj Mohd Noor, Tuan Hj Abu Bakar Yusof, Tuan Hj Mahdan dan Tuan Hj Sabil Md Noh.
- Rakan anak-anak. Mungkin ini adalah kumpulan teramai guest yang datang. Ye la dia cikgu (ustaz) mesti ramai anak murid. Bila murid diajak, maka yang datang ialah ayah, ibu, akak dan adik-adik. Meriah. Luar bajet. Syukur, sajian mencukupi. Subhanallah.
- Lain-lain. Anak angkat facebook pun datang dengan ayah (En Azmin), ibu (Pn Fauziah) dan adiknya. Nur Haika Atikah @ Ika yang baru bernikah bulan April lepas sedang mengandung anak sulung. TQ Ika. Semasa majlis tahun lepas (perkahwinan Fazeera), Ika tak dapat datang kerana kesesakan jalanraya yang teruk. Kalau tahun lepas adik angkat aku (Ruzita @ Gee) datang dengan suami dan anak-anak, kali ini dia tidak dapat datang kali ini kerana ada majlis perkahwinan keluarga suami di Batu Pahat. Seorang lagi tetamu jauh ialah kakak angkat kita semasa duduk menyewa di Lorong di Bukit Keramat 4, Kak Merah (Sharifah Molek) yang datang dari Kluang bersama anak lelakinya Syed Azam dan isterinya. TQ Kak Merah.
- Rakan-rakan Surau. Alhamdulillah, rakan-rakan sejemaah Surau Luqman Hakim juga ramai yang datang walaupun sebahagiannya tiada kad. Cuma ajak mulut atau melalui notice di papan kenyataan surau.
Ya AllahYa Rahman Ya Rahim,
Syukur kepadamu yang membantu melancarkan majlisku, dan perkenankanlah doaku agar anak-anakku dapat melayari bahtera perkahwinan dengan penuh kerahmatan.
Rabbi Yassir WaLa Tu'assir
Ucapan Penghargaan dan Terima kasih.
Lt Kol Mohd Noh bin Daim (CO Kem KEMENTAH) - tanpa beliau, aku tak dapat bayangkan bagaimana kesukaran yang bakal aku lalui.
Lt Kol Zainal bin Manaf TUDM (MLU)
Mej Muhammad Hood Elias (KCM PUKL)
Mej Ammadi Attan b Awang kechik (MOU) - in-charge movement
Mej Zaharin bin Zainol TUDM (SISMAT) - in-charge VIP area
Mej Joe bin Kardy TUDM (CTMK) - in-charge screen show
Kapt Hisham bin Ilias TUDM (PUKL) - in-charge coffee corner
Kapt Hasnizan Mohd Anis TUDM (BPS)- in-charge sword bearers and bagpipe.
Kapt Norisham Kadmin (PLPL)- emcee
Sjn Zamri (DWK- dalam latihan peralihan) - bekas staf gaji aku di MLU yang sejak dulu lagi amat ringan tangan tanpa mengira masa bersedia memberi bantuan. Tahun-tahun akan datang aku akan kehilangan beliau yang berpindah ke Kedah mulai Dis 2011.
Semasa hari sebenar, mereka yang membantu aku sebagai usherers dan penyelarasan tetamu ialah Lt Kol Abdul Nazar TUDM (BPA), Lt Kol Hj Abdul Wahab bin Enok TUDM (SISMAT) Lt Kol Muhammad Shafiq KheeTUDM, Lt kol Rahim Salleh TUDM (1 DU), Mej Norzaemi Che Mat TUDM, Kapt Jamaluddin TUDM, Kapt Zamili TUDM dan beberapa orang lagi.
Turut sama membantu isteriku dari mula hingga tamat majlis di ruang penerimaan tetamu adalah rakan-rakan surau beliau seperti isteri kepada Kol Hj Nawawi (Hjh Khamsiah), isteri Lt Kol Wahab (Ina), isteri Lt Kol Nasharudin (Norjannah), isteri Lt Kol Mohd Noh (Zaharah), isteri Lt Kol Razali Che Ros (Rubiah) dan isteri Mej KM Mahmud (Maimunah).
Hanya kepada Allah aku serahkan untuk membalas segala keikhlasan nada semua.
GAMBAR-GAMBAR DI PENGHUJUNG MAJLIS
Tetamu terakhir- jiran aku, walaupun bertugas dan ada tugasan, tetap hadir walaupun melebihi time frame. Alhamdulillah masih ada sajian lagi untuk beliau. Brig Gen Dato Hj Jaafar Kassim dan Datin
Sebaik sahaja majlis selesai jam 1700, walaupun masih ada tetamu, kerja mengemas terus dilakukan kerana pihak lain akan menggunakan dewan membuat persediaan untuk majlis perkahwinan keesokan harinya.
Wahai anakku AISYAHNUR ABID yang kusayangi,
Sekarang kamu telah bergelar ISTERI, maka tanggungjawab ayah ke atas kehidupan kamu telah selesai. Kini kamu akan dipertanggungkan di bawah suami kamu. Bersamaan dengan itu, amanah dan tanggungjawab kamu (DUNIA dan AKHIRAT) yang kamu pikul semakin berat. Janganlah mengambil ringan tanggungjawab kamu sebagai seorang isteri.
Setelah bersama ayah dan ummi sejak kamu dilahirkan, kini tibalah masanya untuk kamu berdikari. Belajarlah untuk bertanggungjawab. Sentiasa berusaha untuk membahagiakan SUAMI kamu. Jauhkan dari sifat ego, angkuh dan mementingkan diri sendiri. Taati suami kamu melebihi AYAH dan IBU kamu. Selagi suami kamu masih tidak mengengkari perintah Allah dan segala perintahnya tidak melanggar hukum syarak, maka WAJIB bagi kamu mentaatinya. Sesungguhnya syurga kami adalah di bawah tapak kaki suami kamu.
Ayah telah berikan kamu pendidikan dunia dan akhirat. Kamu mesti bijak membezakan antara yang baik dan buruk. Ayah bukanlah insan yang terbaik. Ayah juga mempunyai banyak kelemahan dan kekurangan. Mana-mana sikap dan perbuatan ayah dan ummi yang baik, ikutilah. Andainya ada perbuatan dan tingkahlaku ayah dan ummi yang tidak baik sepanjang kamu bersama kami, janganlah jadikan ikutan, jadikan ia sebagai sempadan.
AYAH & UMMI DOAKAN SEMOGA JODOHMU BERSAMA MUHAMMAD NOOR HAFIZ AKAN BERKEKALAN HINGGA AKHIR HAYAT dan DIKURNIAKAN ZURIAT YANG SOLEH DAN SOLEHAH.
ini cool
ReplyDelete