Wednesday, November 2, 2011

TAJUK 41: PERKAHWINAN HAFEEZ

MENANTU KEDUA

Rujukan: Tajuk 024 (Anak Pahang)

Segala-galanya berlaku begitu cepat.  Kami telah merancang perkahwinan anak ketiga kami Aisyah sejak bulan Mei 2010 (semasa pertunangan). Setelah beberapa perbincangan dan perubahan tarikh (availability dewan) akhirnya tarikh pernikahan dan majlis keraian Aisyahnur akan dilangsungkan pada 19 Nov 2011.


Bagaimanapun Hafeez yang baru pulang dari pengajian di Riyadh, tiba-tiba menyuarakan hasratnya untuk berumahtangga dengan bekas rakan sekolahnya di Kedah dulu yang bernama Musfirah binti Abdul Kader. Aku agak sangsi kerana dia baru sahaja pulang, belum mempunyai kerja tetap.   bagaimanapun setelah mengambil kira dan mempertimbangkan beberapa faktor, aku tidak dapat menolak hasratnya.  Maka tarikh untuk merisik/meminang pun ditetapkan.


Pada 1 MEI 2011, aku dan isteri bersama Hafeez, Fazeera & suami, Heikal dan Nurul Azyan pun bertolak ke Tg Rambutan membawa cincin peminangan.  Rumah pihak yang dipinang di No 7, Pesiaran Desa Jaya 3, Taman Desa Jaya, Tg Rambutan.


Kami berkenalan dengan ahli keluarga Musfirah; ayahnya Encik Abdul Kadir bin Hassan dan ibunya, Puan Badariah bt Awang.  Mereka berasal dari Kedah. Encik Kader bertugas sebagai angggota polis di Pejabat PGA Ulu Kinta.


Semua berjalan lancar, pihak perempuan bersetuju dan menetapkan hantaran sebanyak RM8888 termasuk mas kahwin sebanyak RM888.  Tarikh pernikahan pada awalnya hanya ditetapkan pada tarikh sebelum 19 Nov 2011 supaya majlis bertandang ke KL dapat diadakan bersekali dengan majlis perkahwinan Aisyahnur.


Kemudiannya, kami bersetuju supaya majlis pernikahan dilangsungkan pada 30 Oktober 2011.

PERNIKAHAN

Rombongan pengantin lelaki bertolak dari KL pada 29hb Oktober 2011 lebih kurang jam 3 petang terdiri dari 3 kumpulan:
  • Kumpulan 1: Aku bersama isteri dan anak (kecuali Fazeera dan suaminya Farihan yang tidak ikut serta kerana masih dalam pantang -bersalin pada 24 Okt 2011), serta adikku Aminin bersama isteri, anak dan anak saudaraku Wana (anak Yah).
  • Kumpulan 2: Adik aku Nor Adzim bersama isteri dan 2 anak bertolak dari Pelabuhan Klang terus ke Ipoh. Fauzan tiba dari Kuala Kurau pada malamnya.
  • Kumpulan 3: Tengku Rosman dan isteri bersama 3 anak bertolak dari Kg Melayu Subang.
  • Manakala Lt Kol Wahab Enok TUDM telah berada di Ipoh kerana ibu beliau tinggal di Chemor.
  • Zainal (abang angkat Hafeez dari Segamat bersama seorang kawan pun turut hadir)
Kesemua rombongan dari kumpulan 1-3 menginap di Homestay Seri Tanjung berhampiran dengan rumah pengantin perempuan di Taman Desa Jaya.  Terima kasih kepada besanku En Kader serta ahli keluarga yang menguruskan penginapan serta sajian malam dan sarapan pagi.

Majlis pernikahan disempurnakan di Masjid An Nur, Tanjung Rambutan, Perak pada jam 0930 pagi 30hb Oktober 2011 diwalikan oleh Jurunikah Bertauliah (Naib Qadi) bagi kawasan Tanjung Rambutan.


MAJLIS PERNIKAHAN 
DI MASJID AN NUR, TG RAMBUTAN, IPOH

KETIBAAN DI MASJID ANNUR

BARANGAN HANTARAN 5 DULANG










PENGANTIN LELAKI

  

ANTARA KELUARGA PENGANTIN LELAKI

KETIBAAN DI MASJID ANNUR

BERGAMBAR BERSAMA IBU & BAPA PENGANTIN PEREMPUAN

BERSAMA LT KOL WAHAB & ISTERI

BERSAMA KELUARGA



MAJLIS JAMUAN 
DI DEWAN CEMPAKASARI, SIVERITAGE, IPOH










Wahai anakku MUHAMMAD HAFEEZ FIRDAUS yang aku sayangi, 


Sekarang kamu telah bergelar suami, maka tanggungjawab ayah ke atas kehidupan kamu telah selesai.  Bersamaan dengan itu, amanah dan tanggungjawab kamu (DUNIA dan AKHIRAT) yang kamu pikul semakin berat.  Kamu telah berikrar bersedia mengambil tanggungjawab ke atas Musfirah dari ayah dan ibunya. Janganlah mengambil enteng ke atas tanggungjawab kamu itu.


Setelah bersama ayah dan ummi sejak kamu dilahirkan, kini tibalah masanya untuk kamu berdikari.  Belajarlah untuk bertanggungjawab.  Sentiasa berusaha untuk membahagiakan isteri kamu.  Jauhkan dari sifat ego, angkuh dan mementingkan diri sendiri.


Ayah telah berikan kamu pendidikan dunia dan akhirat melebihi dari ilmu yang ayah miliki. Tentu kamu lebih bijak membezakan antara yang baik dan buruk. Ayah dan ummi bukanlah insan yang sempurna.  Ayah mempunyai banyak kelemahan dan kekurangan. Mana-mana sikap dan perbuatan ayah yang baik, ikutilah. Andainya ada perbuatan dan tingkahlaku ayah dan ummi yang tidak baik sepanjang kamu bersama kami, janganlah jadikan ikutan, jadikan ia sebagai sempadan.  


AYAH DOAKAN SEMOGA JODOHMU BERSAMA MUSFIRAH AKAN BERKEKALAN HINGGA AKHIR HAYAT dan DIKURNIAKAN ZURIAT YANG SOLEH DAN SOLEHAH.

No comments:

Post a Comment

IKTIROF

←  PLURALISME GUS DUR, GAGASAN PARA SUFI Biografi KH Hasyim Asy’ari Pendiri NU Tebuireng Jombang  → Syair Doa Abu Nawas – Al I’tira...