Monday, November 7, 2011

TAJUK 44: HARI RAYA KORBAN 1432



RAYA KORBAN 1432

HARI INI, 10 ZULHIJJAH 1431, PAGI ITU AKU MASIH BERADA DI MUZDALIFAH, MENUNAIKAN SOLAT SUBUH DI SANA DAN MENUNGGU BAS UNTUK BERTOLAK KE MINA UNTUK MELONTAR JUMRAH.  GAMBARAN YANG MASIH JELAS DI MATAKU.

Hari Raya Haji atau Hari Raya Qurban atau Eidil Ad'ha 1432 Hijriyah jatuh pada hari Ahad 5hb November 2011.  Raya Haji tahun ini aku rasakan yang paling meriah dan aktif seumur hidup aku.  Selalunya Raya Haji di kampung kurang meriah kerana ramai yang tak balik kampung.   Bukan tak nak balik, tapi biasanya cuti Raya Haji tak panjang.


Kebetulan aku melaksanakan qurban untuk diriku dan isteriku di kampung. Manakala di Surau Luqman Hakim (SLH) terdapat 5 ekor lembu yang ditumbangkan.  Bagaimanapun AJK SLH telah memutuskan supaya majlis qurban di SLH dilaksanakan pada hari kedua, iaitu hari Isnin, 6hb Okt 2011.


Aku sekeluarga pulang ke Batu Pahat pada hari Sabtu, 4hb Okt. Kami bertolak pada jam 11 pagi.  Fazeera dan suami balik ke Seremban, manakala Hafeez tidak ikut balik kerana sibuk dengan tugas-tugas sekolah.  Dari KL, perjalanan agak lancar, tetapi trafik mula menjadi sesak (bergerak perlahan) apabila melepasi Bangi.  Berdasarkan pengalaman lepas, kesesakan ini akan berlanjutan hingga ke Seremban maka aku mengambil keputusan keluar dari laluan PLUS melalui exit Bukit Mahkota, melalui jalan Nilai keluar ke laluan LEKAS hingga ke Seremban dan keluar semula ke PLUS di exit Senawang.


Berhenti rehat, solat dan makan di R & R Jejantas Air Keroh dan meneruskan perjalanan ke kampung. Singgah beli sup kambing di R & R Parit Hamid untuk di bawa ke kampung. Sampai destinasi lebih kurang jam 4 petang. 


Seperti aku sebut tadi, raya kali ini agak meriah kerana ramai yang pulang. Masa aku sampai, Ajim. Yah dan Minin dan pun sampai. Hanya Amim dan Man sahaja yang tak balik kampung.  Ngah (Im) berada di tanah suci bersama anaknya Mohammad Rahmat.  Long sampai pada keesokan harinya, selepas solat raya.


Lembu korban disembelih lebih kurang jam 10 pagi oleh Imam Masjid Kampong, Ustaz Hj Maalom yang juga jiran aku. Kali ini bahagian korban adalah keluarga aku, Yah dan Minin.


GAMBAR-GAMBAR KERJA-KERJA KORBAN DI KAMPUNG



















.


Aku pulang ke KL lebih kurang jam 5 petang melalui PLUS Ayer Hitam.


Episod kedua adalah hari kedua.  Jam 8 pagi aku dan isteri ke SLH kerana ada 4 ekor lembu perlu ditumbangkan.  Kumpulan-kumpulan penyembelih, pelapah dan masak memasak telah ditetapkan. Aku dilantik mengetuai kumpulan menimbang dan membungkus daging untuk diagihkan. Kerja-kerja selesai lebih kurang jam 1130, dan majlis pengagihan disempurnakan sendiri oleh YB Datuk Seri Zulhasnan Rafique (Ahli Parlimen Setiawangsa).



GAMBAR-GAMBAR KERJA-KERJA KORBAN DI SURAU LUQMAN HAKIM







.

.

No comments:

Post a Comment

IKTIROF

←  PLURALISME GUS DUR, GAGASAN PARA SUFI Biografi KH Hasyim Asy’ari Pendiri NU Tebuireng Jombang  → Syair Doa Abu Nawas – Al I’tira...