Monday, September 27, 2010

TAJUK 17: MY MBA AND TUTOR


MBA & PART TIME TUTOR

KENAPA AKU BUAT MBA?

Setelah lima tahun berehat (tamat pengajian di ITM pada Jul 1996), keinginanku untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana (Master) mula membuak semula. Rindu nak jadi student.  Melihat kepada masa depanku yang tak menentu dalam TUDM (peluang kenaikan pangkat yang agak terhad) aku berfikir untuk menyediakan diriku supaya lebih  marketable jika aku mengambil keputusan untuk bersara lebih awal. Aku telah membuat perkiraan (tahun 2000), aku telah berusia 41 tahun. Kalau mengikut senarai seniority 'Mejar' dalam Cawang Materiel, kedudukan namaku adalah lebih dari 20. Dalam masa 5 tahun, kekosongan jawatan Lt Kol yang bakal wujud tidak lebih dari 5 jawatan. Jadi, theoritically  tidak nampak peluang untuk aku meningkat lagi dalam kerjaya dalam TUDM, khususnya Cawang Logistik.  Kalau aku tunggu umur pencen wajib, lagi 10 tahun, aku akan bersara dalam pangkat Mejar.  Dalam usia 51 tahun, agak sukar rasanya untuk mencari kerjaya baru.

Aku merancang akan memohon bersara awal sebelum berusia 45 tahun untuk dapat kelayakan pencen penuh.  So, 'to prepare myself',  I have to do something to better up my academic qualification. Waktu itu, aku bertugas di Treasury terdapat juga tawaran dari PS1 SISMAT (waktu itu Mej Mohd Yunus) untuk aku mengambil kursus Masters di Australia di bawah tajaan ATM, namun aku menolak kerana tidak mahu terikat lagi (PMAT) dengan perjanjian selama 5 tahun.  Bukan aku tidak sayang lagi kepada TUDM, tapi aku tak nampak kerjayaku boleh naik ke atas lagi.  Alang-alang kena pencen Mejar, biar masa muda, bukan tunggu usia bersara wajib pada 2010 (51 tahun).

So, I applied several Masters program from UTM, UPM, UUM and UKM.  I received  3 offers, i.e:  MSC (HRD) from UPM, MSC(HRM) from UTM Skudai, MMgt from UUM (there is KL kampus for UUM) and Executive MBA program from UKM. My assessment was based on several relevant factors, namely: 

The length of the program.
The class schedule and timing. 
The location of the class.
The content of the program (subject)
The format of the program: thesis or course work program.
Course fees.

Akhirnya setelah meneliti dan menghalusi kesemua tawaran aku memutuskan untuk mengambil program Master in Business Administration (Executive) yang dianjurkan oleh Pusat Pengajian Siswazah UKM.
Program mengambil masa 18 bulan. 

Keseluruhan program mengandungi 16 kursus, 3/4 subjek setiap semester dan kelas diadakan pada waktu malam hari kerja (1900 - 1200). 
Kuliah dilaksanakan di Kampus Perubatan Jalan Raja Muda- sebelah HKL (lebih kurang 15 minit perjalanan (naik motorsikal) dari rumah.
Program ini dalam bentuk kerja kursus (lecture, mid-term test, assignment and final exam).

Yuran program ialah RM19,000 boleh dibayar secara berperingkat-peringkat. Yuran kursus pengajian adalah termasuk buku teks utama untuk setiap kursus/subjek.

Aku secara rasmi telah mendaftarkan diri pada 16 Jun 2001, di Pusat Kembangan Pendidikan, UKM Bangi.  Maka bermulalah agenda baru dalam kehidupanku menjadi pelajar pusat pengajian tinggi untuk kali keempat. ITM (1986-1989) dan (1994-1996), dan UM (1999).  No Kad Matrik UKM ialah G68268.

Pengalaman pertama mengikuti kursus secara sambilan (part time)  adalah satu pengalaman yang benar-benar mencabar kesabaran dan ketabahan diriku.  i Cabaran yang paling besar yang aku hadapi ialah dari aspek pengurusan masa.

Dalam usia 41 (walau pun ramai lagi yang lebih tua tapi masih mampu belajar) dan 6 orang anak yang 4 darinya masih bersekolah rendah dan menengah agak sukar untuk aku memfokus kepada pengajianku.  Ye lah, masa untuk aku memantau pelajaran anak-anak amat terhad kerana aku sendiri sibuk dengan assignment yang tak putus-putus.

Antara 2002-2004 aku bertugas di Putrajaya yang jaraknya lebih kurang 30 km dari rumah aku (ulang alik naik motor Modenas Jaguh).  Keluar pejabat di Presint 2 jam1700, biasanya dalam 50- 60 minit (tenguk keadaan cuaca) baru sampai rumah (1800 atau lebih lewat), naik rumah, mandi, tukar pakaian, kalau sempat. menjamah makanan, akan makan dulu (main ragut je la apa yang ada), terus start motor pergi kelas.  Begitulah keadaannya tga kali seminggu.  Kalau kena bulan puasa, aku bawa bekal (yang isteriku sediakan) atau akan beli makanan di gerai Ramadhan di tepi Jalan Semarak (dekat Kolej Telekom).  Memang mencabar.

Tamat kelas jam 2200, terus balik.  Kalau ada assignment akan sambung buat assignment.  Tak boleh tangguh-tangguh kerana esok akan ada assignment untuk subjek lain pulak.  Kalau tak siap baru sambung masa weekend.  Kadang weekend kena pergi kampus juga kerana ada 'group assignment'.  Masa begitu terhad.

Dalam dua bulan pertama berada dalam program, aku hampir give up. Aktiviti harianku tidak terurus dengan baik. Tetapi, mengenangkan aku dah bayar RM5000 (pendahuluan), aku kuatkan semangat untuk meneruskan perjuangan.  Ditambah lagi dengan sokongan rakan-rakan sekelas serta rakan sepejabat.

Program MBA ini adalah 'compressed program'.  Setelah tamat final exam satu semester, hanya dapat cuti seminggu sahaja.  The following week, new semester akan bermula.  Biasanya  keputusan final exam semester lepas akan diperolehi dalam minggu ke 3 semester baru.

Semester 1

CA6213 - Perakaunan Pengurusan  - Prof Madya Dr Tengku Akbar Tengku Abdullah
CB6313 - Pengurusan Organisasi - Prof Madya Dr Rozhan bin Othman

CB6813 - Pengurusan Pemasaran - En Abd Aziz bin Abd Kadir

.
Prof Madya Dr Rozhan Othman 


Prof Madya Dr Tengku Akbar bin Tengku Abdullah


Semester 2

CB6343 - Sistem Maklumat Pengurusan - Puan Rosmah bt Mohd Isa (now Prof Madya Dr)
CC6613 - Pengurusan Kewangan - Dr Shamsubaridah bt Ramlee (Prof Dr)

CB6123 - Analisis Statistikdan Keputusan - Prof Madya Dr Ezani bin Mat Hassan


1
 Prof Madya Dr Shamsubaridah Mohd Ramli


Prof Madya Dr Ezani Hassan


Puan Rosmah bt Md Isa (now Prof Madya)


Semester 3

CB6433 - Pengurusan Operasi - Prof Dr Abd Aziz bin Othman
CB6333 - Ekonomi Pengurusan - Prof Madya Dr Nik Mu'tasim

CB6423 - Kelakuan Organisasi - Prof Madya Jaafar bin Muhammad


Photo of Nik Mutasim Nik Ab. Rahman
Prof Madya Dr Nik Muktasim bin Nik Ab Rahman


Semester 4

CB6443 - Pengurusan Sumber Manusia - Puan Norsiah Aminuddin (now Dr)
CB6513 - Perniagaan Antarabangsa - Dr Baharudin bin Abd Kadir
CB6733 - Etika dan Undang-undang Perniagaan - Siti Faridah Abdul Jabbar(now Prof Madya Dr)

CD6013 - Kaedah Penyelidikan dan Statistik Gunaan - Prof Madya Dr Darinah bt Ahmad



Image result for Dr Baharudin bin Abd Kadir
Dr Baharudin Abd Kadir

Image result for Prof Madya Faridah Abd Jabbar

Dr Siti Faridah (Prof Madya)


Semester 5

CB6413 - Pengurusan Strategik - Prof Madya Dr Raja Azimah Raja Omar Ainuddin (Prof)
CB6463 - Perhubungan Industri - Raja Nooraini bt Raja Mohd Noor

CC6623 - Pengurusan Pelaburan - Dr Izani bin Ibrahim 


Prof Dr Raja Azimah



Di antara nama-nama coursemates MBA ialah: (pada hari/minggu pertama kelas memang lah agak ramai, rasanya melebihi 25 orang.  Namun jumlahnya semakin berkurangan kerana masing-masing mempunyai masalah tersendiri untuk meneruskan pengajian.  Maklumlah semua dah ada kerjaya dan komitmen sendiri).  Bukan senang untuk mengorbankan masa untuk buat part time study ni).

Abd Halim bin Buyong (Telekom)
Azhan bin Abdul Hamid (Telekom)
Chu Ei Chong (Bank)
Khalid bin Mohd Dom
Azmi bin Ali
Mohd Halif Dzurhan bin Ismail
Noriani bt Ismail (Jurutera Telekom)
Subhi Menawar (Telekom)
Wan Kamaliah (Telekom)
Norfarizan Lod 
Jenny Tan Li Pei (Hong Leong Bank) 
Mohd Raswanizam Mohd Rashid (Mesiniaga)

Tew Kuan Chong 



Raswanizam Mat Rashid

Tan Li Pei

Subhi Menawar

Akhirnya setelah hampir setahun berusaha keras dengan pelbagai cabaran dan dugaan, aku berjaya menamatkan pengajian untuk menerima kelayakan pemegang Sarjana dalam bidang Pengurusan Perniagaan dari UKM.


Majlis Konvokesyen di adakan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, UKM Bangi pada 16 Ogos 2003, Eurika!



Majlis Konvo untuk MBA di adakan di sebelah petang.  Penyampaian ijazah di laksanakan oleh Pro-Canselor UKM, Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen yang mewakili Canselor, Tuanku Jaafar Alhaj, YDP Besar NS.  Jumlah penerima ijazah (termasuk ijazah pertama) pada petang itu adalah beratus-ratus.  Pro-Canselor pun dah lanjut usia, di di pertengahan majlis, mungkin beliau kepenatan berdiri menyampaikan ijazah.  

Semasa giliran graduan pasca ijazah MBA naik ke pentas, tugas menyampaikan ijazah telah diserahkan kepada Naib Canselor UKM pada masa itu, Prof Datuk Dr Mohd Salleh bin Mohd Yassin.

Jadi, pada pandangan saya, kalau untuk mengenang jasa mana-mana pemimpin yang pernah berjasa biarlah tanggungjawab yang bersesuaian. Kalau dah uzur, gantikanlah dengan orang lain.

Oleh kerana hanya dua jemputan sahaja yang dibenarkan masuk dalam dewan semasa majlis, hanya isteriku dan anakku Aisyahnur sahaja yang masuk.  Atikah, Heikal dan Nurul menunggu di luar dewan, melihat melalui screen.  Tujuanku adalah supaya Aisyah (yang masa itu dalam Tingkatan 1) mendapat motivasi untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh setelah melihat ayahnya menaiki pentas menerima segulung ijazah.

Semasa konvo itu juga pertama kali aku jumpa dengan adiknet (dikenali melalui yahoo messanger) aku yang juga menerima ijazahnya dalam bidang perubatan, iaitu Dr Norhayati binti Jamaludin yang berasal dari Muar.  Tapi selepas itu, kami hanya berhubungan dalam yahoo messanger sahaja dan lama kelamaan kami sudah putus hubungan - akhir sekali dia menjalani housemanship di Hospital Daerah Muar.

Turut dikonvokan pada hari itu adalah graduan Sarjana Pengajian Strategik dan Pertahanan di bawah program kerjasama UKM-MPAT.  Antara yang menerima ijazah petang itu ialah Brig Jen Rodzali bin Daud TUDM.




PENGALAMAN SEBAGAI TUTOR

Aku  pun tak pernah terfikir satu hari nanti aku dapat menjadi pensyarah universiti.  Masa sekolah dulu pun aku tidak pernah bercita-cita nak jadi pensyarah.  My top three ambitions were architect, airforce pilot and lawyer.  I got to be two them but I wasted the opportunity.  I did my architecture course in UTM after my SPM (1977) but I failed in 1979.  After I missed my first opportunity, I tried my  second option. I joined the RMAF in order to be a pilot.  I attended my basic helicopter flying in Kluang. Again, my rezeki (nak jadi pilot) was not there. However, I did not attempt to achieve my third option. I continue my career in the RMAF as a logistic officer.


Kembali ke kesah nak jadi pensyarah.  Selepas mendapat MBA, otak aku mula merayau nak cari 'kerjaya kedua' sebagai persediaan sebelum meninggalkan TUDM. Pada penghujung tahun 2003, aku pernah menghantar surat kepada pihak atasan Materiel untuk menamatkan perkhidmatan dalam tahun 2004 tetapi tidak diluluskan.  Sebaliknya aku dinaikkan ke pangkat Lt Kol TUDM mulai 1 Feb 2004. Kebetulan pada masa itu kerjasama antara TUDM dengan OUM agak aktif.  Aku berpeluang mengenali beberapa orang pemimpin atasan OUM seperti Naib Canselornya (Prof Tan Sri Dr Anwar Ali,  Prof Ansary (TNC) dan Prof Dr Shaari (Dekan).  Mereka menggalakkan aku untuk memohon sebagai tutor sambilan di OUM.

Setelah menghadiri temuduga di kampus OUM di Jalan Tun Ismail (oleh Prof Dr Shaari), aku berjaya dipilih sebagai Tutor dan memulakan tugas di semester Sep 2004.  jadi, mulai semester itu aku terus membuat tugas tersebut sehingga kini (Jan 2011).  Sebagai tutor sambilan, aku perlu mendapatkan tauliah dari Kementerian Pengajian Tinggi (Putrajaya). Permohonanku juga diluluskan.

Sepanjang tempoh berkhidmat sebagai tutor sambilan di OUM aku diberi tugas untuk mengambil subjek-subjek berikut:

1.  Human Resource Management.
2.  Human Resource Development.
3.  Compensation Management.
4.  Hazards Managment.

Terdapat dua jenis tutorial sepanjang aku bersama OUM; iaitu face to face dan online tutorial. Setiap tutorial class mengambil masa 2 jam dan biasanya dibuat pada hari Sabtu atau Ahad.  Kadangkala aku perlu mengambil kelas selama 6 jam (3 kelas) dalam satu hari. Memenatkan juga. 

Pada peringkat awalnya (tahun 2004 hingga 2007), selain dari tugas syarahan tutorial, tutor mempunyai 50% dari keseluruhan markah penuh. diberi tugas untuk memberikan 2  x quiz (15 markah), assignment (35 markah) dan LMS (10 markah).  Tetapi kemudiannya peratusan ini diturunkan kepada 35% sahaja (tanpa 15% kuiz) dan akhir sekali kesemuanya diambil alih oleh pihak OUM.  Tugas tutor yang memebrikan syarahan kelas.


Menjadi tutor aku berpeluang berkenalan dengan pelajar yang datang dari pelbagai latar belakang.  Antaranya guru, juruteknik, polis, tentera, staf universiti, pegawai bomba, pegawai kerajaan, pekerja pelbagai syarikat swasta seperti bank, TNB,Telekom, courier, kilang, pemilik syarikat dan berbagai lagi. Seronok. Ramai juga yang masih berhubungan sehingga kini. Ramai juga pelajar aku yang meningkat dari peringkat diploma ke peringkat ijazah pertama, malah ada yang meneruskan ke peringkat Sarjana.  Beberapa orang masih menghubungi aku untuk menjadi referee mereka semasa membuat permohonan ke peringkat Masters.  Beberapa orang lagi masih berhubung sebagai kawan.



Antara student aku ialah isteri kepada bekas Dekan aku semasa belajar di UITM dulu.


Kelas untuk pelajar-pelajar OUM pada mulanya menggunakan kemudahan kelas di kampus UNISEL di Sek 7 Shah Alam, kemudian berpindah sementara ke Politeknik Shah Alam dan mulai tahun 2010 berpindah ke bangunan sendiri di Worldwide Business Park, Sek 10 Shah Alam (berhampiran TESCO).

Pada tahun 2010 aku mengambil rehat selama 2 semester kerana membuat persediaan untuk menunaikan Fardhu Haji dan kebetulan tahun itu banyak trip ke luar negara.

Aku memulakan tugas tutor semula pada semester Januari 2011 untuk 2 kelas subjek Pengurusan Pampasan.  Dan ini juga tahun terakhir bagi aku membuat tugas pensyarah sambilan. Ini adalah kerana beban tugasan yang semakin bertambah. Sejak naik pangkat Kolonel, banyak tugasan rasmi atau separa rasmi yang perlu dilaksanakan semasa hari Sabtu atau Ahad. Ini menyebabkan masa lapang aku menjadi semakin sedikit dan tidak mampu untuk memenuhi keperluan membuat tugas sambilan lagi.


Satu lagi faktor mengapa aku kurang berminat untuk meneruskan khidmat sebagai Tutor sambilan ialah keadaan format tutorial yang dilaksanakan oleh pihak OUM.  Tidak mencabar langsung.  Tugas tutor hanyalah sebagai pensyarah semata-mata.  Tiada weightage langsung diberi seperti dulu-dulu.  Tiada test, tiada assignment, tiada LMS tiada kuiz yang dikendalikan oleh tutor.  Student tidak berminat untuk datang tutorial kerana tutor tidak mempunyai apa-apa weight. Kadangkala hanya 3-4 orang sahaja student yang berminat hadir kelas. Ini menyebabkan semangat aku pun semakin lemah.



Apa-apa pun, pengalaman selama 6 tahun sebagai tutor telah memberikan banyak pengalaman di luar skop kerjaya aku sebagai pegawai TUDM.  Terima kasih kepada staf-staf OUM yang telah membantu aku sepanjang berkhidmat sebagai tutor khususnya Encik Izral dan Cik Adha.

TAJUK 16: IDOLAKU TAHUN 60an


my idol

"IDOLA".  Apa itu idola?? Idola adalah dari perkataan Inggeris 'idol' yang bermaksud ' is a man-made object that is worshiped in some way'.

Setiap orang ada mempunyai idola masing-masing. Kadangkala kita sebut sebagai 'role model'. Idola pun macam-macam jenis atau kategori. Idola pemimpin, idola seni/artis, idola falsafah dan sebagainya. Idola, kadangkala boleh membakar semangat untuk maju ke depan, ada juga yang sekadar jadi pujaan atau ikutan sahaja. 

siapa idola saya?

Siapa kata zaman sekarang ni je, artis jadi idola muda-mudi. I was growing up in 1960s, most of the youngsters at that time were influenced by 'Pop Yeh Yeh' syndrome. Almost every kampong had their 'KUGIRAN' acronym for Kumpulan Gitar Rancak

Pop Yeh yeh merupakan pengaruh muzik pop The Beattles di England yang mewarnai muzik tanah air dari tahun 1965 hingga 1971 sebelum muzik Hindustan meresapi seni muzik pada awal tahun 70an.

Nama-nama penyanyi dan kugiran yang popular pada zaman itu adalah:
  • Allahyarham Datuk Ahmad Jais (1936-2011) & Orkes Selayang Pandang (pop asli)
  • Allahyarhamah Kartina Dahari (1941-2014) & Orkes Dendang Perindu
  • A.Halim/Nandong & The Fictions
  • Allahyarham A.Ramlie (1948-2001)/Maria Bachok & The Rythymn Boys dan D'Ramlie's
  • A.Romzi/Sanisah Huri & The Hooks, 
  • M.Fadzil/Allahyarham  Datin Orkid Abdullah (meninggal 2011) & Les Coasters (pop asli)
  • Datuk L.Ramli & Orkes Reruna Ria
  • Allahyarham M.Osman (meninggal 2007)/Afidah Es & Les Fentonnes
  • Allahyarham Jaafar O (1944-2010) & the Click Four
  • M.Ishak........
  • Kasim Selamat & The Swallows, 
  • Halim Yatim/S.Roha & The Sangam Boys, 
  • Datuk Jeffrydin & The Siglap Five
  • Salim I /Allahyarham J.Kamisah (1948-2012) & The Wisma
  • Allahyarham S.Jibeng (1942-2006) - penyanyi buta
  • A.K.Tajuddin/Norsiah A.Hamid & The Sandblues
  • Rodziah Latiff & The Jayhawkers
  • Datin Paduka Julie Sudiro & The Emeralds 
  • Fatimah M.Amin & The Clans
  • J.Sham & The Wanderers, 
  • Allahyarhamah Datin Rafeah Buang (1948-2002) 
  • Sanisah Huri, S.Rohani, 
  • Alina Rahman & The Rollers/The Batiks
  • J.Rukimin/Allahyarham Hasnah Harun (1947-2011) & Les Kafilas
  • Rickieno Bajuri & The Cliffters
  • Datuk A. Rahman Hassan/Allahyarhamah Azizah Mohamad & Orkes Nirwana
  • A.Rahman Onn & The Strangers
  • M.Said & Les Remaja
  • A.Dayang & The Families
  • Adnan Othman & The Rythymn Boys
  • A.Rymie/S.Mariam & Te Rythmn Boys
  • A.Talib & The Wanderers

Kebanyakan dari kalangan penyanyi 60an adalah dari Singapura dan Johor. Kenapa? Jadia kebiasaan, arus pemodenan yang berbentuk kebaratan lazimnya tumbuh di Kota Singa, bandaraya yang terbesar dan termoden di Asia Tenggara pada masa itu. Jadi piring hitam dan filem (movie) biasanya akan diterima di sana sebelum menjalar masuk ke negeri-negeri Semenanjung Tanah Melayu (bermula dengan Johor).

Their songs were in the air throughout the days. The only communication channel for the rural people (which I know) at that time was Radio Malaysia. No television because no electricity. One of the famous radio programme (at that time my kampong still do not have electricity, mean no TV) was 'Lagu2 Permintaan'. So, morning, noon, afternoon, evening, night and midnight were enlighted with this programme. Varieties of 'lagu permintaan', eg: dedicated for 'kaum ibu', for perajurit, open and etc.


almarhum M.Osman dengan lagu Suzana

almarhum A.Ramlie dengan lagu Oh Fatimah 

almarhum Ahmad Jais dengan lagu Gelisah

almarhum Jaafar O &

almarhumah Orchid Abdullah

almarhumah Hasnah Harun

Masa tu...ramai la orang-orang kampung yang menamakan anak-anak mereka dengan nama penyanyi atau nama-nama lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi berkenaan. Tak terkecuali nama sepupu dan anak sedaraku.  Malah ada salah seorang abang sepupuku yang tergila-gila dengan penyanyi Sanisah Huri. Gelak sendiri aku bila teringatkan cerita zaman itu.


  
Sanisah Huri dan Azizah Mohamad

 
Fatimah M.Amin dan almarhum J. Kamisah

 
A.Rahman Hassan & A. Rahman Onn

 
Halim Yatim & J. Sham

A.Halim

Di kampung aku (Parit Lapis Mahang) ada seorang pemuda yang sangat pandai menyanyi lagu-lagu A.Halim, suaranya pun mirip A.Halim namanya Salikin @ Masrokin @ Johnny Mas.  Tapi biar pun hanya lulus Darjah 6, akhirnya kehidupan beliau menyerlah apabila beliau menceburkan diri dalam bidang ketenteraan, bermula dengan Askar Melayu (atau Renjer), kemudian bertukar ke TUDM (ketukangan HANDAU) dan bersara di pertengahan tahun 80an dalam pangkat Pegawai Waren I.

    


Who is my favourite singer. Hehehe. A.ROMZI  from  KUGIRAN The Hooks. Among his famous songs are Lagu Tiga Kupang, Dendang Remaja, Katakan Padaku And Zunika. A.Romzi married to S.Roha (later divorced). However he was not my idola, just my favourite singer.


.

.

Dendang Remaja


Indah alam dalam renungan
Muda-mudi berpandangan
Bersiaran di taman sana
Penuh hati dengan irama

Redup senja diselubungi mega
Namun gelap gelita
Hujan gerimis insan menangis
Tanda dosa terlukis

Bila mana cukup khayalan
Mungkin menjadi sesalan
Airmata di titiskan
Namun kesal tak berjauhan

Luasnya alam terbentang
Remaja turut berdendang
Berkhayalan di pesta sana
Dalam riang suasana

Bila mana cukup khayalan
Mungkin menjadi sesalan
Airmata di titiskan
Namun kesal tak berjauhan

Namun kesal tak berjauhan
Namun kesal tak berjauhan



Dalam tahun 70an datang pula sekumpulan penyanyi lain meneruskan popularity muzik tempatan dan peralihan dari muzik pop yeh yeh kepada irama sentimental, ala hindustan, Indonesia  dan irama Malaysia baru. Zaman 70an diungguli oleh penyanyi Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini yang berjaya mengekalkan kepopularannya melebihi 30 tahun. Antara penyanyi lain di zaman itu ialah Najib Hanif, Hasnol, Aman Shah, Allahyarham Adam Ahmad, Roy, Uji Rashid, Razis Ismail, Ibnor Reza, Shidee, Rosemaria, Suliza Salam, Ben Nathan, Hail Amir, Gaya Zakry, Muhaini Suratman, Nas Atea, Ally & Mastura, Norsheila Amin, Raffi, Herman Tino, Zaleha Hamid, Ayati Tasrip, Yusnizar Hussien, Datuk Dahlan Zainuddin (dan isterinya Effa Rizan), DayangKu Intan, Dr.Sam, Datuk D J Dave (Irwan Shah) dan lain-lain. 

Akhir tahun 70an dan 80an, lagu Hindustan dan Indonesia mula menguasai pasaran muzik tempatan, selari dengan kemasukkan filem-filem Indonesia (especially dangdut) dan Hindi yang menguasai pawagam dalam negara.  Penyanyi seperti Broery marantika, Emilia Contessa, Rhoma Irama, Bob Tutopoly, Daniel Sehulika, Elvy Sukarseh dan lain-lain menjadi pujaan pemuda-pemudi tempatan.

In 1970s, my appetite in music was also changed. From pop-yeh-yeh to sentimental. New singers made a debut. One of them was Uji Rashid (Fauziah Harun AlRashid) with his song, Tangisan Semalam, Semakin Hari Semakin Sayang, Kali Terakhir Kulihat Wajahmu, Ku Ingin Selalu Disampingmu etc. Any new record disc (piring hitam) from Uji, I will buy.  Masa itu, aku dalam Tingkatan 4, hari-hari aku akan pasang pring hitam lagu Kak Uji (masa tu mana ada CD atau kaset). 






The trade mark of Uji is her eyes. Sampaikan ada satu jenis ikan 'bermata bulat' orang namakan 'Ikan Uji Rashid'. Dulu pun ada gosip juga, Uji ni orang gosip dengan Hail Amir dan D J Dave. Tapi akhirnya Uji kawin dengan seorang yang mengaku sebagai jutawan....namanya...Harahap. Dapat lah anak bernama 'Chico'. Walaupun dah ada cucu, aku ada terserempak Uji kat pasar Keramat (2007 agaknya), Kak Uji masih cantik dan manis. 

 
   
.

.
Kali Terakhir Ku Lihat Wajah Mu

Dalam dakapan senja
Kurenungi sinar matamu
Berat rasa melepaskan
Dikau pergi

Dingin hembusan bayu
Lemah longlai langkah kakimu
Lambaianmu kian jauh
Dari mata

Malangnya...
Bencana menimpa
Kau telah pergi untuk selamanya
Tak kembali

Kumelihat paras wajahmu
Kau bisikkan hanya sayang
Kepadaku...
Pada saat terakhir


Kak Uji...tetap menawan

Selepas berakhir tahun 70an, dan aku mula memasuki TUDM pada awal tahun 80an aku tidak fokus kepada mana-mana penyanyi.  Aku mula meminati lagu-lagu barat lama seperti Air Supply, ABBA, Santana, Three Dog Night dan lain-lain. Walaupun aku tak menghafal lagu-lagu tersebut, aku suka mendengar kaset (masa tu mana ada cakera padat).


Bagi penyanyi lokal, aku berminat dengan penyanyi Francisca Peter, Sohaimi Mior Hassan dan Zubir Ali (allahyarham- semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ruhnya).  Lagu allahyarham Zubir yang paling aku minati ialah 'Penantian'.


Penantian

Berapa lama mesti kunanti
Sinar cahaya matamu
Gemerlap bagai bintang
Menghiasi malam
Malam yang menutup diriku

Memecah hening taman
Taman syurgawi
Pada sebuah hati yang sepi

Yang tidak tertanggung
Oleh tubuhku yang kering dan layu
Kepastian suatu penawar
Dalam suka dan duka
Yang meniti hidupku

Penantian suatu siksa
Lontaran suara dari bibirmu



almarhum Zubir Ali

Sohaimi Mior Hassan
.

.
Tun Dr Ismail

When i was in primary school (1966-1971), one of my favourite was collecting ministers' pictures from newspaper. At that time, the only papers available in my house was UTUSAN MELAYU in Jawi. My mother cannot read Roman, she read only Jawi. My father can read both but he preferred Jawi. The price of the paper at that time was only 25 cents!.

At that time i could remember all the ministers' name. Tunku, Tun Razak, Tun Dr Ismail, Tun Tan Siew Sin, Tun Sambanthan, Tan Sri Sardon, En Khir Johari, Rahman Yaakub, Lee Siok Yew etc. My favourite cum idola was Tun Dr Ismail (allahyarham, he died on 2nd Aug 73- i was in Form 2).

Almarhum Tun Dr Ismail bin Dato Abd Rahman

Tun Dr Ismail Abdul Rahman (November 4, 1915 – August 2, 1973) was a Malaysian politician from them UMNO. He held several Malaysian ministerial posts and was appointed as the second Deputy Prime Minister in 1970 by then Prime Minister Tun Abdul Razak. Three years later, Tun Dr Ismail died in office due to a heart attack. Ismail has been called "the man who saved Malaysia" for his actions as Home Minister after the May 13 Incident of racial rioting in 1969".


I did not know why i like him. At that age i knew nothing about integrity, incorruptible or what not. May be because of I am Johorean, and he is from Johore, and potential first PM from Johore. Anyway, later, i found out that i did choose the right person to be my idol. HOWEVER I never-never like the reality program 'Malaysian Idol'.


  

Generally, Almarhum Tun Dr Ismail has been regarded as reliable and incorruptible, "remembered for his deep dislike of incompetence and bigotry, his strict adherence to the virtues of hard work and honesty, and his belief in the principles of national independence and multi-racialism".

I bought and always willing to buy any book about him. The latest and most comprehensive' is The Reluctant Poltician, written by Ooi Kee Beng.

 

Sehingga hari ini, aku tak pernah terjumpa atau 'cross in my mind' ada mana-mana pemimpin politik Malaysia yang setanding dengan Almarhum Tun Dr Ismail. I think not even 50% of him. Semoga Allah mencucuri rahmat dan mengampunkan dosanya. Amin.

Saya akan menulis mengenai almarhum Tun Dr Ismail dalam Tajuk yang berbeza di akan datang.

After he passed away, I had a new idol; Datuk Musa Hitam who started his political career as a Political Secretary to almarhum Tun Sardon, then he became a Assistant Minister in JPM (before he expelled by almarhum Tunku Abdul Rahman).  He made a political came back  during almarhum Tun Razak period of PM.  He won the Vice Head of UMNO Youth (under almarhum Datuk Harun Idris), Deputy Minister and then full Minister (Primary Industries) before he rouse in his political career until he achieved his highest political career as a Deputy Prime Minister (1981-1986).  He resigned in 1986 due to his 'political disagreement' with his boss Mahathir.  Musa, after that played behind the screen as a government adviser such as Special Envoyto UNO for Human Rights and the first Chairman of Malaysian Human Rights Comminssion.




After Musa's retirement from the national politic, none of our political masters caught my heart for me to take them as my political idol.


Tun Mahathir? He is everybody's idol and inspiration.

IKTIROF

←  PLURALISME GUS DUR, GAGASAN PARA SUFI Biografi KH Hasyim Asy’ari Pendiri NU Tebuireng Jombang  → Syair Doa Abu Nawas – Al I’tira...