Mengimbau
Zaman Kanak-kanak
Membaca
rentetan sejarah kehidupanku semasa kecil, aku diasuh oleh kedua ibu bapaku
mengikut gaya dan cara lama, kaedah punitive, tiada kaedah psikologi. Setiap
kesalahan mesti dihukum. Kalau masa tu buat salah, tiada amaran awal atau
amaran akhir, masa tu juga akan dihukum, tanpa tangguh. Jenis hukuman juga
seperti tiada pilihan, semuanya berbentuk pukulan, tamparan atau sebatan. Tiada
masa nak tunjuk contoh terlebih dahulu sebelum menjatuhi hukuman. Setiap
larangan (JANGAN) adalah undang-undang.
Kaedah
pengajaran ini 'applicable' dalam semua perkara, sama ada untuk kerja, urusan
dalam rumah, waktu belajar, waktu mengaji sementelahan waktu bermain,
undang-undang dan peraturan yang sama akan digunapakai.
Penglibatan dalam khidmat kemasyarakatan semasa kecil hanyalah terhad kepada kerja-kerja gotong royong dikampung semasa majlis kenduri-kendara, membersihkan kawasan surau atau masjid, membersih/menebas semak tali air (jawa = mancah).
Penglibatan dalam khidmat kemasyarakatan semasa kecil hanyalah terhad kepada kerja-kerja gotong royong dikampung semasa majlis kenduri-kendara, membersihkan kawasan surau atau masjid, membersih/menebas semak tali air (jawa = mancah).
Di kampung dahulu, kalau majlis perkahwinan, tak ada istilah 'catering' seperti sekarang. Semua dibuat secara gotong royong. Bangsal tempat makan tetamu serta pinggan-mangkuk adalah hak orang-ramai (barang kongsi). Seminggu sebelum majlis diadakan, gotong royong untuk mengusung bangsal dan mengangkut pinggan-mangkuk akan bermula. Guna basikal. Dua tiga orang saja yang ada motorsikal. Setiap rumah mesti ada wakil. Kanak-kanak cukup suka masa ni, menyibuk (membantu).
Inilah rupa bangsal tempat tetamu makan dalam kenduri kahwin dulu-dulu
Semasa
majlis kenduri kahwin, paling seronok jadi penanggah. Penanggah ialah melakukan
kerja secara sukarela membantu tuan rumah semasa majlis perkahwinan. Tukang
masak biasanya telah ada orangnya, pakar masak nasi minyak dalam kampung itu.
Kerja tukang masak tak akan ada yang mengacau, dia saja yang tahu sukatannya.
Yang lain cuma bantu dia membasuh beras dan jaga kayu api sahaja.
Waktu menyembelih, menyiang (bulu), memotong dan membasuh ayam, walaupun kerja agak kotor dan bau hanyir, tetap ada keseronokannya. Kumpul tongkeng ayam untuk dibakar. Patut la orang tua-tua tak bagi budak-budak makan tongkeng ayam! Sodap rupanyeeeeee.
Kerja penanggah bermula pada malam sebelum hari kenduri. Malam itu semua pemuda
kampung akan datang untuk mengupas/memotong bawang, kentang, daging, dan
rencah-rencah bahan masakan. Kadang kala menggoreng ayam pun bermula pada malam
ini. Seronoknya malam ini ialah dapat mengintai anak-anak dara yang berkerja di
dalam rumah. Peluang untuk menatap muka adalah semasa menyerahkan dulang-dulang
minuman/kueh untuk hidangan penanggah.
Hari
sebenar, kerja penanggah bermula awal pagi. Memasak nasi dan lauk-pauk.
Penanggah dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil seperti pembuat air
minuman, pengangkat hidangan, pencuci pinggan-mangkuk, pembahagi bungkusan
untuk tetamu (Jawa = berkat). Penanggah juga bertugas membungkus berkat yang
perlu diselesaikan sebelum ketibaan tetamu.
Surau
Kampung
Sebut
pasal aktiviti agama waktu kecik, aku pernah bercerita di bawah tajuk 'KAMPONG
BOY' tentang betapa 'strict' dan 'sickening' cara bapa aku mendidik anak-anak.
Mengaji tak ada kompromi. Malah masa kami berusia 10 tahun, bapak telah
ajar kami membaca berzanji dalam bahasa Arab. Berlagu lagi. Masa tu
yang popular ialah lagi Sikah. Kalau sebut berzanji, biasanya orang dewasa
pun takut nak membaca. Bila ada majlis Maulidur rasul di surau, adik beradik
kami merupakan satu-satunya kumpulan kanak-kanak yang berani ke depan untuk
mengalunkan berzanji. Masa itu, bukan sebab kami tahu baca berzanji,
tetapi takut kepada bapak. Dia dah ajar, kalau tak diamalkan, apa lagi
mengelak diri untuk membaca, memang akan nahas lah kami malam itu.
Pernah
pada suatu malam, dua abangku, Amim dan Amir telah dibawa oleh bapak ke rumah
salah seorang bapa saudaraku di selang beberapa buah kampung untuk majlis
'cukur rambut'. Bila cukur jambul, adalah selawat dan berzanji. Entah
macamana waktu sampai giliran membaca berzanji, kedua-dua mereka skip tak
membaca. Aku agak, pasal bukan di kampung sendiri, maka tak perlu lah
baca. Bapak cuma kerling je. Rupanya diam-diam bapak, dia simpan.
Bila sampai rumah, tak dan masuk rumah, malam itu juga kedua-duanya kena heret
dan dibelasah teruk oleh bapak. Isunya, sebab tak membaca berzanji itu
adalah mengaibkan air muka bapak aku. Bukan sahaja kena belasah, malam
itu kedua-duanya kena ikat di bawah pokok kayu di depan rumah sampai ke
pagi. Aku pasti Amim dan Am masih ingat peristiwa pahit ini.
Satu
perkara lagi, sejak kami kecil, kami selalu disuruh azan (oleh bapak) di surau
apabila masuk waktu Magrib atau Isyak. Khususnya dalam bulan Ramadhan.
Dulu, jarang sangat orang kampung bersolat jemaah di surau atau masjid.
Kalau ada pun malam Jumaat (majlis bacaan Yasin dan tahlil) atau jika ada
kenduri-kenduri lain seperti MaulidurRasul, Awal Muharram, Nuzul Qur'an,
Nisfu Syaaban dan Isra' Mikraj. Surau akan penuh masa bulan puasa
sahaja.
Biasanya
selepas Azan, sementara menunggu Imam datang untuk solat sunat dan iqamah, kami
akan membaca zikir yang memuji keagungan Allah atau Nabi Muhammad s.a.w.
Dalam bahasa Jawa, dipanggil 'Puji-pujian'. Antara jenis zikir, ada yang
dalam bahasa Jawa dan yang ini memamng bapak aku yang ajar kami adik
beradik. Sorang-sorang di'test'nya untuk menentukan kami semua hafal.
Sampai sekarang, setelah lebih 40 tahun dan tak pernah baca sejak aku
meninggalkan kampung pada tahun 1977, aku masih hafal.
Muhammaddun
basoru lakal basori
balhu
wakal yakuti bainal hajari
Kanjeng
Nabi Muhammad, Yo iku menuso
Angeng
ora, koyo antarane menuso
Balik
kanjeng Nabi, koyo inten rupane
dhen
campuri karo antarane watu
Sampailah
hari ini, kemana sahaja aku duduk (tinggal), pertama sekali akan cari surau
atau masjid. Lepas tu, akan cari peluang untuk azan jika muazzin surau
tersebut tidak hadir waktu masuk waktu solat. Sampai tua sekarang ni,
azan merupakan satu hobi kepadaku.
Itu
kerja-kerja kemasyarakatan masa zaman kanak-kanak dan juga zaman bujang di
kampung.
Bila
dah masuk askar, especially waktu bujang, kerja-kerja kemasyarakatan semuanya
dibuat atas nama 'detail'. Sesekali balik kampung, seronok dapat sama-sama join
kawan-kawan sekampong buat gotong-royong. Bila dah kawin, sesekali jenguk ke belakang, tenguk orang kampong buat kerja sambil layan sembang. Ye
la...kawan-kawan lama dah tak ada, ada pun sorang dua je, jadi layan sembang
dengan orang tua-tua je.
Kuching
dan Kuantan
Masa
bertugas di TUDM Kuching (1981-1983) aku dilantik menjadi Timbalan YDP Agama
Islam, membantu Lt Mazlan Mohd Noor. Tuan Guru Syed Mohamad adalah Guru Agama
Pangkalan masa tu. Beliau bersara sebagai Mejar. Masa aku duduk di mes
pegawai TUDM Kuching, aku jarang ke surau atau masjid. Selain tiada geng,
kedudukan masjid/surau yang jauh serta suasana dan situasi kehidupan masa itu
menyebabkan diriku agak jauh dari masjid. Waktu malam, selepas dinner,
tenguk tv sekejap, terus masuk bilik, sambung tenguk tv sehingga tidur. Dalam
pada itu, suasana hiburan merupakan punca utama malaikat rahmat tidak
menghampiri kami untuk menarik kami ke masjid.
Bagaimanapun,
di separuh penggal kedua perkhdiamatn di sana, aku mula menjinakkan diri kepada
kehidupan bermasyarakat. Bila bulan puasa aku akan bertarawikh di surau
rumah keluarga di Kem Penrissen, walaupun jaraknya lebih 3km dari mes. Kawan
akuialah Lt M Muhammad Shafiq. Malah pada malam raya (tahun 1982 aku tak
balik raya), aku ikut bermarhaban dari rumah ke rumah sehingga dini hari.
Di
Kinrara, aku juga agak liat. Hanya sekadar mengikuti kuliah mingguan yang
disampaikan oleh Guru Agama Pasukan (Ustaz Abdul Hadi bin Mahmud).
Semasa
berkhidmat di Kuantan dan tinggal di Taman TAS, aku juga tidak berminat
mengikuti perkembangan di surau. Baru kahwin, baru dapat anak, masa
disibukkan di rumah sahaja. Begitu juga semasa duduk di dalam quarters.
Walaupun rumah aku lebih kurang 100 meter sahaja dari masjid, selain dari
Solat Jumaat, aku liat menunaikan solat waktu di masjid. erangai
ini berlarutan sehingga aku bertukar keluar kerana melanjutkan pengajian di ITM
Shah Alam pada tahun 1986.
.
Madrasah
Al Amin, Seksyen 17 Shah Alam
Aku mula berjinak-jinak secara serius dalam kerja kemasyarakatan ialah semasa aku duduk di Seksyen 17, Shah Alam semasa aku belajar di ITM pada tahun 1986. Aku mula mengulangkaji ilmu tajwid dan bacaan Qur'an setelah aku merasa amat malu, kerana semasa di Semester pertama, setiap pelajar perlu membaca ayat lazim secaraindividu di depan tutor. Sebagai seorang pelajar yang dewasa dan telah berkeluarga, bacaanku agak lemah dan banyak kesilapan Tajwid. Isu tersebut menimbulkan kesedaran kepadaku untuk menukar langkah.
Aku mula berjinak-jinak secara serius dalam kerja kemasyarakatan ialah semasa aku duduk di Seksyen 17, Shah Alam semasa aku belajar di ITM pada tahun 1986. Aku mula mengulangkaji ilmu tajwid dan bacaan Qur'an setelah aku merasa amat malu, kerana semasa di Semester pertama, setiap pelajar perlu membaca ayat lazim secaraindividu di depan tutor. Sebagai seorang pelajar yang dewasa dan telah berkeluarga, bacaanku agak lemah dan banyak kesilapan Tajwid. Isu tersebut menimbulkan kesedaran kepadaku untuk menukar langkah.
Aku
lebih serius aktif apabila aku berpindah ke rumah yang ke 3 dan ke 4 di seksyen
itu. Rumah sewaanku (Jalan 17/14A) berhampiran dengan surau Al Amin. Jadi aku
selalu bersolat jemaah maghrib dan isyak. Lama-lama aku menjadi rapat dengan
kariah di situ. Dengan sedikit ilmu dan keberanianku, aku mula mengazan dan
sesekali jadi imam bila Pak Imam atau Pak Bilal tak ada.
Antara
1989-1993 aku semakin aktif. Aku kemudiannya dilantik jadi Setiausaha Surau sehingga
aku berpindah keluar. Aku selalu terlibat dalam aktiviti memungut derma surau
di kawasan berkenaan, lama-lama jadi popular. Ramai kenalan. Kemudian aku
dilantik jadi Pembantu Imam (Imam II). Ketua Imam masa tu ialah Tuan Hj Mohd
Noor (kerja di MAS Subang). Imam II sebelum ini, Hj Mohammad Mokhtar
(allahyarham) agak kurang sihat selepas menjalani 'coronary by-pass'. Sebagai
imam, selalulah aku mengetuai majlis membaca Yasin, tahlil, marhaban dan doa
selamat di rumah-rumah ahli kariah. Aku turut mengimami Solat Tarawikh, Solat
Hari Raya dan juga pernah dilantik menjadi Pembantu Amil Zakat Fitrah. Kenangan
yang cukup manis dalam perjalanan hidupku.
Sehinggalah
aku berpindah ke OMQ (JKR 4501) pada bulan Januari 1993. Suasana amat memilukan
semasa keluargaku berpindah. Dimana begitu ramai jiran tetangga dan ahli kariah
surau Madrasah Al Amin yang membantu 'loading' ke atas trak dan mengucapkan
selamat jalan. Aku tak dapat menahan sedu dan tangisan semasa berucap
mengucapkan selamat tinggal.
Surau Al Firdaus DTHO
Surau Al Firdaus dibuka lebih kurang tahun 1996 atau 1997. Mulanya aku hanyalah sebagai jemaah biasa sahaja kerana surau tersebut adalah untuk kariah DTHO. Majoriti yang datang adalah LLP yang tinggal di blok-blok berhampiran. Pegawai agak jarang yang nampak. Aku juga suka bergotong-royong bersama kariah apabila ada majlis-majlis keramaian/aktiviti surau dan kerap juga mengimami solat jika ustaz bertugas tidak hadir. Lebih kurang tahun 2003 aku dilantik menjadi Timbalan Pengerusi Surau sehingga aku berpindah ke Desa Wangsa Keramat (DWK) pada tahun 2007. Pengerusinya ialah Pegawai KAGAT, Ustaz Mohd Zaini Nasir.
Antara ustaz-ustaz yang dapat aku kenali di sini (kebanyakannya telah bersara):
1. PW I Resli - bersara dan pulang ke Kelantan.
2. PW I Abdullah (Ustaz Lah) - bersara dan menetap di Kelantan.
3. PW I Mohd Irfan - bersara dan menetap di Baling, Kedah. Mendapat berita bahawa Ustaz Irfan telah meninggal dunia (lebih kurang tahun 2013/14) akibat kemalangan jalanraya.
4. PW I Mahayuddin - bersara.
5. FSjn Shahrul Amin (ditauliahkan dan sekarang berpangkat Mejar)
6. FSjn Hanapi Awang (bersara PW 1)
Sjn Shafie dan beberapa orang ustaz lagi yang aku tidak ingat namanya.
Demi ALLAH, apa yang aku buat selama ini bukanlah ada niat untuk mendapat publisiti atau anugerah. Prinsip hidup aku, yang diajar oleh bapak aku sejak aku kecil, ke mana sahaja aku berpindah, kalau nak hidup bermasyarakat, nak jumpa kawan yang baik-baik, mudah dapat bantuan bila dalam kesusahan, ada orang ziarah bila sakit, ada orang tolong uruskan bila ada kematian atau kenduri kendara, kenalah pergi surau. Itu saja. Apa jua jawatan dan kerja yang diamanahkan hanyalah satu sumbangan yang amat kecil berbanding dengan apa yang sepatutnya kita buat sebagai orang Muslim. Seperti aku tulis sebelum ini,aku jadikan ia sebagai hobi kehidupan.
Semasa bertugas di MTU-Materiel (2004-2007) aku pernah dilantik mewakili TUDM sebagai Panel Pemilih Anugerah Maal Hijrah selama 3 tahun berturut-turut sehingga aku ditukarkan ke MLU pada April 2007. Pada tahun 2008 aku diarahkan untuk mengisi borang pencalonan Tokoh Wira Maal Hijrah untuk mewakili TUDM.
Walaupun kerja pencuci pinggan kotor adalah dianggap paling kotor, tapi ia tetap seronok sebab mana-mana lauk (khususnya ayam) yang tak abis, masa tu la nak melantak puas-puas.
Persatuan
Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SKDTHO
Mula-mula
pindah ke OMQ 4501, Lorong Golok, MINDEF aku kurang bersosial dengan masyarakat
keliling. Dalam Kem tak ada surau yang dekat rumah. Kalau bulan puasa aku
bertarawikh di Surau Amirul Mukminin di Blok Bujang Rej Semboyan (dekat dengan
Guard Room Kem KEMENTAH). Pernah juga aku mengimami solat Tarawikh kalau Ustaz
absent.
Sehinggalah
DTHO dibuka dalam tahun 1994/95 dan ada surau (Surau Al Firdaus) dibina di
situ.
Di Shah Alam, Hafeez dan Fazeerra belajar di Sek Ren Islam Qurratul Ain (Darul Arqam). Masa pindah OMQ, Hafeez di Tahun 3 dan Fazeera di Tahun 2. Mereka bertukar ke Sek Ren Islam Al Amin di AU2 Keramat.
Apabila SKDTHO (dalam Kem) siap, aku pindahkan keduanya ke sekolah aliran kebangsaan lebih kurang tahun 1995. Semasa Mesyuarat Agong pertama PIBG SKDTHO aku dilantik menajdi AJK. YDPnya ialah Kol Hayata Elias (11 Bgd) dan Naibnya Lt Kol Mokhtar. Pada tahun berikutnya aku dilantik menjadi Naib YDP. YDPnya ialah Lt Kol Mohd Anuwar. Pada tahun ketiga AGM aku dipilih menjadi YDP dan kekal selama 3 tahun berturut-turut.
Di Shah Alam, Hafeez dan Fazeerra belajar di Sek Ren Islam Qurratul Ain (Darul Arqam). Masa pindah OMQ, Hafeez di Tahun 3 dan Fazeera di Tahun 2. Mereka bertukar ke Sek Ren Islam Al Amin di AU2 Keramat.
Apabila SKDTHO (dalam Kem) siap, aku pindahkan keduanya ke sekolah aliran kebangsaan lebih kurang tahun 1995. Semasa Mesyuarat Agong pertama PIBG SKDTHO aku dilantik menajdi AJK. YDPnya ialah Kol Hayata Elias (11 Bgd) dan Naibnya Lt Kol Mokhtar. Pada tahun berikutnya aku dilantik menjadi Naib YDP. YDPnya ialah Lt Kol Mohd Anuwar. Pada tahun ketiga AGM aku dipilih menjadi YDP dan kekal selama 3 tahun berturut-turut.
BLOK JKR 4501, LORONG GOLOK, KEM KEMENTAH
(aku tinggal di Blok ini mulai Jan 1993 hingga Jan 2007- rumah aku di tingkat atas sekali- No 121)
Pada
AGM tahun 1999, aku menarik diri dari dicalunkan kerana agak sibuk dengan
komitmen kerana aku sedang mengikuti kursus staf di MTAT. Setelah tamat MTAT, dalam
tahun 2000 aku dipilih lagi sebagai Naib YDP selama 2 tahun berturut-turut
sehinggalah aku tidak lagi hadir dalam AGM kerana komitmen tugas yang makin
bertambah. Pengerusinya ialah Lt Kol Hj Hamdan Mohd Salleh. Apabila
Lt Kol Hj Hamdan bersara, beliau digantikan oleh Mej Ustaz Mohd Zaini Mohd
Nasir.
Guru Besar SKDTHO mulai 1995 - 2000 ialah Encik Bahardin, kemudian digantikan oleh Encik Md Zain bin Hamzah (berkhidmat sehingga 2010).
Guru Besar SKDTHO mulai 1995 - 2000 ialah Encik Bahardin, kemudian digantikan oleh Encik Md Zain bin Hamzah (berkhidmat sehingga 2010).
PUNCAK CAPAIAN -
ANUGERAH WIRA MAAL HIJRAH KEMENTERIAN PERTAHANAN 1429H/2008M
ANUGERAH WIRA MAAL HIJRAH KEMENTERIAN PERTAHANAN 1429H/2008M
KERATAN AKHBAR 1
ANUGERAH Tokoh Maal
Hijrah 1429H/2008H peringkat Kementerian Pertahanan yang diadakan minggu lalu
dianggap pencetus semangat dan perangsang kepada setiap anggota dan pegawai
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam menunaikan tanggungjawab mereka
mendaulatkan keselamatan negara, bangsa dan agama.
Melalui pengiktirafan
itu, anggota terpilih percaya sokongan moral melalui anugerah itu akan
mendorong mereka berusaha lebih gigih lagi dalam meningkatkan kualiti kerja,
sekali gus mengharumkan nama ATM melalui aktiviti agama dan sosial.
Lapan anggota terdiri
dari lima lelaki serta tiga wanita terpilih menerima anugerah
berkenaan mengikut kategori masing-masing membabitkan ketiga-tiga cabang ATM
yang disampaikan Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Zainal Abidin Zin.
Mereka ialah Lt Kol
Toharudin Abd Rashid TUDM yang bertugas di Markas Logistik Udara Pangkalan
Udara, Kuala Lumpur yang terpilih sebagai penerima Anugerah Wira Maal Hijrah
manakala Ustaz Jalal Abas daripada Markas Staf Stesen Kuantan, menerima
Anugerah Tokoh Khas Maal Hijrah.
Anugerah Bilal Ibnu Robah diterima Pegawai Waran (PW) Ahmad Termizi Hamid (Tentera Darat) ; PTI Ramli Yahaya (TLDM) ) dan Sarjan Yahaya Abdullah (TUDM).
Anugerah Bilal Ibnu Robah diterima Pegawai Waran (PW) Ahmad Termizi Hamid (Tentera Darat) ; PTI Ramli Yahaya (TLDM) ) dan Sarjan Yahaya Abdullah (TUDM).
Tiga wanita menerima
anugerah sama ialah Datin Sri Hany Lubis Raja Endamora Lubis (TDM), Siti Azanah
Mohd Diah (TUDM) dan Aminah Sidik dari Markas Staf Stesen Kuantan.
BERITA HARIAN 18 FEB
2008.
KERATAN
AKHBAR 2
Wira
Maal Hijrah Kementerian Pertahanan
Oleh
RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
DALAM
kesibukan menjaga sempadan dan keselamatan negara, Kementerian Pertahanan serta
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak lupa meraikan sambutan Maal Hijrah pada
14 Februari lalu.
Sambutan
tahun baru kalendar Islam itu disambut meriah dengan majlis penganugerahan
tokoh Maal Hijrah dijadikan acara kemuncak pada hari berbahagia tersebut.
Ternyata Kementerian Pertahanan dan ATM bersatu padu bagi menghayati sejarah
dan ajaran Islam, sebagai penyuluh hidup dan landasan warga tentera serta
kakitangan awam kementerian itu. Majlis tersebut diserikan lagi dengan
kehadiran Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Zainal Abidin Zin dan Panglima
ATM, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal. Hadir sama, Ketua Setiausaha
Kementerian Pertahanan, Datuk Abu Bakar Abdullah dan panglima-panglima dari
ketiga-tiga perkhidmatan (darat, laut dan udara).
Anugerah
tertinggi majlis itu, iaitu ‘Wira Maal Hijrah’ telah diberikan kepada Leftenan
Kolonel Toharudin Abd. Rasid TUDM berusia 49 tahun. Beliau yang berasal dari
Batu Pahat, Johor, menunjukkan kecemerlangan ketika berkhidmat di Bahagian
Perolehan, Perbendaharaan Malaysia dan antara tugas yang dipikul berkaitan
rundingan kontrak antara Kerajaan Malaysia dengan negara-negara lain. Bapa
kepada enam orang anak ini memiliki Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pentadbiran
Perniagaan (Sumber Manusia) dari ITM dan Ijazah Sarjana juga dalam bidang sama
dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Selain
kecemerlangan tugas, Toharudin yang merupakan pensyarah sambilan di Universiti
Terbuka Malaysia juga menunjukkan minat mendalam dalam bidang ilmu
dan keagamaan. Dalam kesibukan kerjaya serta menguruskan rumah tangga, beliau
masih sempat mempelajari bahasa Arab dengan mengikuti kelas malam di Universiti
Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak. Dari segi sumbangannya kepada
masyarakat setempat, Toharudin sangat aktif berkhidmat di surau-surau serta
masjid-masjid sekitar tempat tinggalnya. Sewaktu menetap di Pangkalan Udara
TUDM Kuching, Sarawak, beliau pernah dipertanggungjawabkan menjadi Timbalan
Yang Dipertua Agama di pangkalan tentera itu.
Tidak
terhenti di situ, suami kepada Adibah Taha ini juga sangat mencintai seni
pengajian kitab suci Islam itu dan taranum (melagukan bacaan al-Quran).
Kecintaannya terhadap bacaan ayat-ayat suci terbukti sehingga terpilih mewakili
unit TUDM ke pertandingan tilawah al-Quran peringkat TUDM.
Semasa
menetap di kawasan perumahan awam di Shah Alam, Selangor pula, Toharudin turut
diberi kepercayaan oleh penduduk sekitar Seksyen 17 sebagai Setiausaha
merangkap Imam Surau Al-Amin di situ. Beliau pernah juga berkhidmat sebagai
Pembantu Amil di kawasan tersebut.
Dalam
skop yang lebih kecil, ketua keluarga ini dilihat telah berjaya menerapkan
ajaran Islam kepada anak-anaknya. Anak sulungnya merupakan graduan Diploma
Tahfiz Al Qur'an dari Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM),
Kuala Kubu Bahru dan dijadual melanjutkan pelajarannya ke Universiti Imam
Muhammad Bin Saud di Riyadh, Arab Saudi, Mac depan. Manakala anak keduanya
(perempuan) sekarang berada di tahun akhir Kursus Diploma Pengajian Al Qur'an
dan AsSunnah di Kolej Universiti Antarabangsa Selangor (KUIS).
Pemilihan
Toharudin sebagai Wira Maal Hijrah dilihat tepat dengan tema sambutan
Kementerian Pertahanan tahun ini, Menjana Ummah Gemilang.
Utusan
Malaysia.
Aktiviti
Selepas Menerima Anugerah
Surau
Al Islah DWK
Aku
berpindah ke Rumah keluarga di Desa Wangsa Keramat (DWK) kerana sebagai Lt Kol
aku tidak lagi layak menduduki OMQ Gred C Mod. Di DWK aku duduk di Blok G-3-1
(Tingkat 3). Sebuah kondo yang cukup besar bagi aku. Ada 5 bilik tidur dan 4
bilik air. Di OMQ ini aku dapat jumpa kembali ramai skot aku (TJP 37)
yang duduk di dalam blok yang sama seperti Lt KOl Ajman, Lt Kol Hj Azemi TUDM,
Lt Kol Badrul Hisham, Lt Kol Khairul Anuar dan Lt Kol Nazri Isa.
Semasa aku pindah ke DWK, surau Al Islah telah mempunyai struktur AJKnya (2008/2009). Aku hadir sebagai jemaah biasa. Dalam AGM keduanya pada tahun 2008 aku dipilih menjadi Pengerusi Surau untuk sessi 2009/2010. sehingga aku meletak jawatan dalam AGM ke 3 pada bulan Apr 2010 kerana setelah dinaikkan ke pangkat Kolonel aku terpaksa berpindah ke Desa Tunku Osman Jewa (DTOJ) pada bulan Disember 2009.
Semasa aku pindah ke DWK, surau Al Islah telah mempunyai struktur AJKnya (2008/2009). Aku hadir sebagai jemaah biasa. Dalam AGM keduanya pada tahun 2008 aku dipilih menjadi Pengerusi Surau untuk sessi 2009/2010. sehingga aku meletak jawatan dalam AGM ke 3 pada bulan Apr 2010 kerana setelah dinaikkan ke pangkat Kolonel aku terpaksa berpindah ke Desa Tunku Osman Jewa (DTOJ) pada bulan Disember 2009.
Special
credit untuk Sjn Zamri (telah bersara)- staf gaji aku di Markas Logistik Udara,
selaku Setiausaha Surau Al Islah. Beliau amat rajin dan dedikasi dalam
melaksanakan tugas, malahan amat ringan tangan. In fact, kalau aku buat
kenduri kat rumah pun (dan masa buat kerja kawin) dia akan muncul membantu
sehingga majlis selesai, tak kira siang atau malam. Semoga Allah berkati
hidupnya, murahkan rezekinya.
Surau Luqman al Hakim
Di
DTOJ, terdapat sebuah surau yang dinamakan Surau Luqman Al Hakim. Waktu aku
berpindah, surau ini juga telah mempunyai AJK Pentadbirannya sendiri (Sessi
2010/2011).
Pengerusi: Mej Jen Dato Dr Md Zain bin Bidin
Timbalan: Kol Nawawi bin Daud (KAGAT)
Setiausaha: Lt Kol Hj Azuha bin Shafie
Bendahari: Lt Kol Abd Hamid bin Nayan.
Antara-antara
pegawai KAGAT yang aktif berkhidmat untuk surau ini ialah:
Kol
Hj Nawawi bin Daud (sekarang Brig Jen, Dato').
Lt
Kol Mohd Idrus bin Yunus
Lt
Kol Mohamad Azmi bin Abd Wahab
Mej
Zulkifli
Kapt
Mohd Rashidi bin Bujai (sekarang Lt Kol)
Kapt
Abd Jabar (Mej)
Kapt
Mohd Azahari (Mej)
Kapt
Mohd Fauzan (Mej)
Sehingga
pada awal Mei 2011,aku diberi maklum oleh Setiausaha Surau (Lt Kol Hj Azuha)
bahawa Mesyuarat AJK telah sebulat suara bersetuju melantik aku sebagai AJK
Perhubungan.
Di
surau ini, setiap hari akan menunaikan solat berjemaah Subuh, Maghrib dan
Isyak. Selepas menunaikan Haji pada Disember 2010, aku dan isteriku
banyak menghabiskan waktu di surau ini. Sama-sama ke surau naik
motorsikal Jaguh MODENAS buruk aku (dibeli dalam tahun 2002). Tapi nombor
platnya amat bernilai: PUTRAJAYA 1959. Kadang naik motorsikal Honda Wave: WVE 1959 dan kalau hujan kami naik kereta Perodua Viva: WVD 1959.
Oleh
kerana surau ini tiada Muazzin yang khusus maka tugas mengazan akan dilakukan oleh
sesiapa sahaja yang datang awal dan boleh azan. Jadi aku pun kerap
mengambil kesempatan untuk beramal dengan melaungkan azan setiap hari (terutama
Subuh, Maghrib dan Isya') bersilih ganti dengan beberapa pegawai lain seperti
Lt Kol Roustum Shah TUDM dan Kdr Isa Yahya TLDM.
Alhamdulillah
seperti mana petua dan prinsip yang disebutkan di atas, rajin ke surau, kita
boleh dapat ramai kawan. Ramai pegawai-pegawai kanan yang rajin solat
berjemaah di surau ini (Luqman Hakim). Antara pegawai kanan yang paling
istiqamah berjemaah setiap waktu |(terutama Maghrib, Isyak dan Subuh) ialah:
Laksdya
Datuk Nordin bin Mohammad Ali.
Mej
Jen Dato' Dr Mohd Zin bin Bidin
Mej
Jen Dato' Baharom bin Hamzah (bersara Lt Jen)
Brig
Jen Dato' Mazlan bin Abas TUDM (bersara Mej Jen)
Laksma
Dato' Nasarudin Othman (bersara Laksdya)
Laksma
Dato' Syed Zahirudin Putra (sekarang Laksdya)
Kol
Mislan bin Saiman (sekarang Brig Jen)
Kol
Zaharin bin Jamel (bersara Brig Jen, Dato')
Kol
Redzuan bin Omar (sekarang Brig Jen, Dato')
Apa
kelebihan muazzin dan apa cabarannya?
Kelebihan. Banyak
kelebihan yang diperolehi oleh seorang muazzin (atau biasanya orang
panggil sebagai 'bilal'). Semuanya boleh didapati dalam hadis-hadis
berikut:
Maksud
Hadith: “Imam-imam itu dhumana (menjamin sembahyang makmumnya) dan
orang-orang yang azan itu umana (amanah atas waktu sembahyang) maka Allah
memberi petunjuk kepada imam-imam dan mengampunkan orang-orang yang azan.” (Hadis
riwayat Ibnu Hibban).
Hadis
daripada Abu Hurairah maksudnya: “Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Seandainya manusia mengetahui tentang apa (kelebihan) dalam azan dan saf
pertama, kemudian mereka tidak akan mendapatkannya melainkan dengan mereka
berundi, nescaya mereka akan berundi.
Seandainya mereka mengetahui apa
(kelebihan) pada at-tahjir (sembahyang zohor di awal waktu) nescaya mereka akan
berlomba-lomba mendapatkannya. Seandainya mereka mengetahui apa (kelebihan) pada
al-‘atamah (sembahyang isya’) dan subuh nescaya mereka mendatanginya walaupun
dengan merangkak-rangkak.”- (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Hadis
daripada al-Bara’ bin ‘Azib, maksudnya: “BahawasanyaRasulullah s.a.w
bersabda: “Sesungguhnya Allah dan MalaikatNya mengucapkan selawat kepada
(makmum-makmum) di baris hadapan. Sementara orang yang azan akan
dipohonkan ampun baginya sejauh suaranya dan akan dipersaksikan dia oleh
sesiapa yang mendengarnya daripada tumbuhan yang hidup dan kering dan
baginya pahala seperti pahala sesiapa yang bersembahyang bersamanya.”- (Hadis
riwayat Ahmad dan an-Nasa’ie).
Hadis
daripada Abu Hurairah maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
“Apabila dilaungkan azan untuk sembahyang, syaitan akan menjauhkan dirinya sambil
terkentut-kentut (kerana lari sekuat-kuatnya) sehinggalah tidak terdengar lagi
azan. Jika selesai azan itu, syaitan akan kembali lagi sehinggalah iqamah untuk
sembahyang diserukan dia akan menjauhkan diri. Sehinggalah selesai iqamah itu
baharulah dia kembali lagi sehingga dia melintasi antara seseorang itu dengan
dirinya (mengwas-waskan). Dia akan berkata: “Ingatlah begini-begini, ingatlah
begini-begini terhadap sesuatu yang tidak sewajarnya diingati, sehinggalah
lelaki itu tidak mengetahui berapa rakaat dia bersembahyang.”- (Hadis riwayat
al-Bukhari, Muslim, Abu Daud dan an-Nasa’ie)
Hadis
daripada Mu‘awiyah maksudnya: “Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w
bersabda: “Muazzin-muazzin itu ialah orang yang paling panjang lehernya (untuk
melihat pahalanya yang banyak) di hari qiamat.”- (Hadis riwayat
Muslim).
Maksud
Hadis: “Barangsiapa azan selama dua belas tahun wajiblah baginya
syurga dan ditulis untuknya dengan azannya itu pada setiap hari enam puluh
kebajikan dan pada setiap iqamah pula tiga puluh kebajikan.”- (Hadis
riwayat Ibnu Majah).
Hadis
daripada ‘Abdullah bin ‘Abdurrahman maksudnya: “Sesungguhnya Abu
Sa‘id al-Khudriy Radhiallahu ‘anhu berkata kepadanya (‘Abdullah bin
‘Abdurrahman): “Sesungguhnya aku melihat engkau menyukai kambing dan sahara.
Jika engkau berada di lingkungan kambing atau saharamu lalu engkau azan untuk
sembahyang, maka tinggikanlah suaramu ketika melaungkannya. Kerana tidak
didengar suara orang yang azan oleh jin dan manusia serta lain-lainnya
melainkan menjadi saksi baginya di hari qiamat. Berkata Abu Sa‘id: “Aku
mendengarnya daripada Rasulullah s.a.w (Hadis riwayat al-Bukhari dan
an-Nasa’ie)
Sabda
Rasulullah s.a.w maksudnya: “Jika dilaungkan iqamah untuk
sembahyang, maka dibukakan pintu-pintu langit dan dimakbulkan doa.”- (Hadis
riwayat Ahmad)
Maksud
Hadis: “Bersabda Rasulullah s.a.w: “Ada dua waktu tidak ditolak doa orang
yang berdoa, iaitu ketika iqamah sembahyang dan dalam barisan jihad pada
jalan Allah.” - (Hadis riwayat Ibnu Hibban)
Cabaran: Mengalunkan
azan apabila masuk waktu solat adalah dituntut dan orang yang mengalunkan azan
juga mendapat banyak kelebihan dari segi syariat dan sunnah. Namun
muazzin mempunyai cabaran dan dugaan tersendiri sebelum layak mendapat ganjaran
yang disebut di perenggan sebelum ini. Malah, jika tugas tersebut tidak
memenuhi kriteria dan syarat, ia akan menjadi sia-sia sahaja:
Perasaan
Bangga Diri. Biasanya muazzin mempunyai suara yang baik dan merdu.
Kadangkala mendapat pujian kerana kemerduan suaranya. Pujian akan
mewujudkan sifat atau perasaan bangga diri (ujub) dengan kelebihan
tersebut dan ini menyebabkan ibadahnya menjadi rosak dan sesia.
Mengekalkan
Peranan (Istiqamah). Jawatan muazzin di surau-surau atau sebahagian besar
masjid adalah tugas sukarela yang tidak mendapat elaun atau gaji bulanan.
Ia tertakluk kepada kelapangan masa dan rasa volunteer untuk
mengimarahkan surau/masjid. Selain dari keikhlasan, cabaran utama ialah
untuk mengekalkan prestasinya. Sebagai manusia biasa, kadangkala akan
timbul rasa malas dan jemu yang boleh menganggu istiqamah.
Cabaran Bangun
Awal Pagi. Sebagai muazzin, dia mesti sampai ke masjid sebelum masuk waktu,
sekurang-kurangnya 15 minit sebelum. Biasa la, pintu surau belum dibuka,
lampu, switch on hawa dingin dan PA System. Selalunya, tikar
solat pun bersepah atau tak straight, kalau siak ada ok la juga, kalau
tidak, pak bilal lah yang kena perbetulkan. Syaitan memang akan
meletakkan pemberat atas badan dan meletak glue pada mata serta
membisikan kata-kata romantik supaya jangan bangun awal atau supaya bangun
lewat. Syaitan akan kata 'tak kan engkau saja nak azan, orang lain kan
ada" dan pelbagai lagi ayat-ayat yang menghalang kita untuk bangun.
Semoga
Allah menerima segala sumbanganku sebagai satu ibadah.
O my lord,
I don’t deserve thy blessing,
Of paradise,
Yet, I don’t have the strength,
To withstand,
Thy torments of hell fire,
Thus, accept my repentance,
And grant me,
Thy forgiveness for my sins,
For thou art the forgiver,
Of great sins.
I don’t deserve thy blessing,
Of paradise,
Yet, I don’t have the strength,
To withstand,
Thy torments of hell fire,
Thus, accept my repentance,
And grant me,
Thy forgiveness for my sins,
For thou art the forgiver,
Of great sins.
WAHAI TUHAN
AKU TIDAK LAYAK, KE SYURGAMU
NAMUN AKU TIDAK PULA SANGGUP
MENANGGUNG SEKSA NERAKAMU
OLEH ITU
AMPUNKANLAH, DOSA-DOSAKU
SESUNGGUHNYA
ENGKAU MAHA PENGAMPUN
DOSA-DOSA BESAR
No comments:
Post a Comment