Wednesday, September 22, 2010

PLM 010: DBS ITM 1986-89

ITM DI HATIKU

DIPLOMA IN BUSINESS STUDIES 
INSTITUT TEKNOLOGI MARA (ITM) 
(JUNE 1986 - MAY 1989) 



SECOND CHANCE

Jika anda membaca tulisanku dalam tajuk-tajuk sebelum ini, perjalanan hidupku untuk menaiki tangga ke menara gading telah tersangkut dan aku jatuh ke bumi. Aku gagal dalam cita-citaku untuk menjadi seorang Arkitek. Apa pilihanku? Walaupun semangat hatiku untuk meneruskan usaha dans belajar sentiasa berkobar-kobar, terdapat faktor lain yang menghalang niat hatiku.

Aku amat malu kepada keluargaku (khususnya kedua ibu-bapaku) dengan kegagalanku di UTM. Mereka meletakkan harapan yang amat tinggi kepadaku sebagai anak pertama dari keluarga untuk menjunjung segulung diploma atau ijazah. Mereka telah berkorban tenaga dan wang ringgit untuk membolehkan aku mencapai impian mereka. Aku telah mengecewakan mereka. Dalam kepala aku pada masa itu ialah, bagaimana mencari pendapatan sendiri dan tidak menyusahkan kedua orang tuaku.

Ingin belajar di tempat lain?. Perlukan bantuan wang. Ingin kerja mengikut kelulusanku (SPM), masa itu gaji kakitangan Kerajaan (seperti Kerani, Juruteknik, Tukang Pelan) dengan kelulusan SPM hanya RM370.00 sahaja. Nak jadi cikgu, kena masuk Maktab Perguruan selama 3 tahun lagi

Lalu aku melupakan hasrat untuk sambung belajar dan mengambil keputusan untuk menceburkan diri ke alam ketenteraan dan memohon menyertai latihan Pegawai Kadet. Mulanya secara rahsia kerana aku tahu bapak tidak menggemari cita-citaku itu.

Itulah cerita asalnya.

Dan kini aku telah menjadi seorang Pegawai TUDM berpangkat Leftenan TUDM.

Semasa aku bertugas di TUDM Kuantan (1983 - 1986) aku pernah memohon mengikuti kursus luar kampus Diploma in Accountancy di ITM Kuantan. Permohonan diluluskan tetapi aku tidak mendaftarkan diri kerana masalah kewangan. Namun Allah memberi lorong perjalanan kepadaku.

Pada bulan Mei 1986, aku telah terpilih (menerima Biasiswa ATM) untuk melanjutkan pengajian ke ITM Shah Alam dalam jurusan Diploma in Business Studies. Kursus bermula pada bulan Jun 1986. Aku berpindah menyewa rumah di Seksyen 17 (Kelompok Kenanga), Shah Alam. Sebuah rumah teres dua tingkat di kawasan yang masih baru dibangunkan. 

Semasa melapor diri ke ITM, aku ingin merasai kehidupan sebagai seoranng pelajar sebagaimana freshies yang lain. I missed a student life. Walaupun sebagai matured student yang telah bekerja, apa lagi pelajar tajaan ATM aku mempunyai peluang untuk dikecualikan dari menyertai minggu orientasi. Aku ingin merasai minggu orientasi sepenuhnya dan tinggal di asrama siswa. Aku ditempatkan di Asrama Perindu. 

Aku menyamar sebagai pelajar biasa. Bersama-sama aku ada beberapa lagi pegawai ATM yang berpangkat Lt hingga Mej yang turut menyertai minggu orientasi. Ketika itu aku baru berusia 27 tahun. Tubuhku yang kurus dan perawakanku yang pendiam menyebabkan  AJK Minggu Orientasi (AJKMO) tidak dapat membezakan aku dengan pelajar-pelajar yang lain.  Hanya rakan sedomitri sahaja yang tahu siapa aku dan aku tidak membenarkan mereka menceritakan kepada sesiapa. Cuma mereka panggil aku abang sahaja.

Jadi selepas program rasmi orientasi selesai setiap malam, para AJKMO (pelajar semester dua ke atas yang semuanya jauh lebih muda dari aku) akan memeriksa dari satu bilik ke satu bilik. Jika terdapat kesalahan seperti bilik tidak teratur, ada sampah dan sebagainya, mereka akan memberi hukuman seperti tekan tubi (press up), mencium lantai, merangkak dn sebagainya. Aku buat bodoh dan ikut arahan sahaja.


 
Kolej Jati- terletak di Seksyen 2 (luar pintu utama Kampus Shah Alam)
Lazimnya pelajar Semester 1 akan ditempatkan di kolej ini.
(Kolej ini telah dirobohkan untuk memberi laluan kepada bangunan baru) 



 
Image result for kolej delima uitm shah alam
Kolej Perindu ITM (siswa)- sekarang

 
Kolej Perindu ITM - dulu


Kolej Seroja (untuk Siswi)


Related image
Kolej Delima (dikatakan sebagai asrama elit kerana menempatkan pelajar-pelajar yang mendapat CGPA yang tinggi dan Siswa PALAPES sahaja)

Sepanjang MO, kami ditempatkan di Asrama Perindu. Masuk hari kedua, aku dapati AJKMO ni tak pernah membuat headcount atau row-call sebelum atau selepas tamat program. Panggil berbaris dan jalan, itu sahaja. Jadi aku pun mula cari akal. Aku pilih mana-mana program yang membosankan atau tidak berkaitan dengan aku seperti peraturan di asrama (kerana aku akan tinggal di luar),  khususnya program sebelah malam, aku akan tuang. Aku akan berpakaian lengkap tapi pergi tidur dalam kereta sehingga program tamat baru aku join balik dan masuk ke bilik.

Semasa MO, kami diajar oleh senior (AJKMO) untuk menyanyi lagu Anak Kecil Main Api. Lagu pembakar semangat anak-anak Melayu.

Di hari akhir MO, majlis penutup diadakan di Dewan Seri Budiman (dewan utama ITM). Majlis disempurnakan oleh Pengarahnya pada masa itu, Prof Nik Abd Rashid (allahyarham). Ucapan beliau dipenuhi dengan kata-kata semangat dan menyentuh jiwa anak Bumiputera yang serba ketinggalan. Akhir program, kami semua dalam dewan sama-sama menyanyikan lagu Anak Kecil Main Api.  Aku masih mengingat dan menghayati lagu itu sehingga sekarang.

LAGU WARISAN: ANAK KECIL MAIN API

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi 
Air mata darah bercampur keringat 
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita 
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain 
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati 
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita hanya tinggal kuasa 
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti 
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha 
Melayukan gagah di nusantara 




NOTA: Antara pegawai-pegawai TUDM yang sama-sama terpilih bersama aku melanjutkan pelajaran ke  ITM pada semester tersebut ialah Lt M Khairul Anuar Endut (DIA), Kapt Rainizuddin Hanur (Dip in Computer Sc), Lt M Zainal Abdul Manaf (DCS) and LtM Kamarudin Kasim (CIT).



MENARA ILMU
(MENARA SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH)

 
 

DEWAN SRI BUDIMAN

Image result for dewan sri budiman uitm 
Image result for dewan sri budiman uitm 
Image result for konvo dewan sri budiman uitm 

DEWAN AGONG TUAN CANSELOR

Image result for dewan agong tuanku canselor uitm 
Related image 
Image result for dewan agong tuanku canselor uitm 
masih belum wujud semasa aku belajar di UITM


FAKULTI PENGURUSAN PERNIAGAAN
(my time)







Setelah 7 tahun meninggalkan classroom di UTM pada tahun 1979,  aku mersa janggal untuk melangkah kaki kembali ke dalam bilik kuliah/tutorial. Aku masih trauma dengan kegagalan di UTM dulu. Aku mengambil masa untuk melaraskan semula kepala otak aku untuk belajar balik. Apa lagi bila sudah bekerja, ada gaji, ada kereta, ada keluarga, perkara berkaitan pelajaran ini telah aku lupakan sama sekali. Paling menganggu jiwaku ialah pengalaman aku gagal subjek Matematik di UTM (sebab satu subjek, aku kena tendang dari UTM). Kebetulan dalam Kursus DBS ini ada subjek Business Mathematic. Adushhhhhh. 

Apa yang aku pelajari sepanjang 3 tahun di ITM?. 


Ketua Kursus: Encik Arzmi bin Ahmad


FIRST SEMESTER (Jun 1986 - Dis 1986)
.
1.      Fundamentals of Business (MGT100)  - Pensyarah/Tutor: En Yeop Hussein bin Bidin (kemudiannya Prof Madya Dr) - aku mendapat GPA 3.33 untuk subjek ini

En Yeop Hussein bin Bidin (later Assoc Prof)


2.     Financial Accounting I (ACC100) - Pensyarah: En Mohd Johar Omar (telah meninggal dunia) dan Tutor adalah Puan Noraiza Che Awang (sweet lady - kemudiannya Prof Madya Dr), both were nice lecturers, especially Pn Noraiza- very caring. Normally I do not like the mathematical/accounting subject but she made me like this subject - aku mendapat GPA 3.67 untuk subjek in


Puan Noraiza bt Che Awang (later Assoc Prof)



3.     Business Mathematics (MAT140) - Pensyarah/Tutor: En Mohd Hanafi Tumin (kemudiannya Prof Madya Dr). Bila sebut subjek Math, aku jadi phobia, I failed Maths paper dan been kicked out form Architecture Course,  UTM in 1979 still a trauma trauma. Tapi berkat bimbingan En Hanafi yang masih muda (mungkin tua sedikit sahaja dari aku, mungkin sebaya atau mungkin lebih muda) dan aku belajar dari kelemahan lalu, Alhamdulillah, aku score GPA 4.00.



Image result for dr hanafi Tumin UITM

Mohd Hanafi Tumin (later Assoc Prof)


4.      Pendidikan Islam I (UIS101) - Pensyarah: Ustaz Abdullah Khalid /Tutor: Ustaz Hj Salleh Daud.  Subjek ini paling tidak digemari oleh para siswi moden.  Semua siswi diwajibkan memakai tudung untuk masuk ke kelas ini.  Maka kita lihat, dalam keadaan biasa (kelas-kelas lain) mereka bebas dengan pakaian (bersopan laaa) tak pakai tudung, tapi bila masuk kelas UIS, masing-masing bertukar wajah- semua ayu-ayu dan baik-baik belaka. Keluar sahaja dari dewan kuliah atau tutorial UIS, zrapppppp..tudung pun terbarai.  Walaupun ustaz/ustazah berbuih menyindir- namun mereka gagal merubah.  Tapi, alhamdulillah, bila dah grad, dah kerja, dah kawin, ramai yang berubah- aku dapat GPA 2.00 sahaja.


5.     Foundation English A1(ENL 081) - Miss Barbara Bonney.  Old (veteran) teacher, typical English teacher, reminded me when I was in my Form 2 or 3 class.   Boring class, pernah aku datang lewat class dia, tapi sudah kena sound.."why you come late? what kind of military are you?" (talk about punctuality).... pedas tu bebbbbb....tiada GPA untuk subjek ini.


GPA: 3.44 CGPA: 3.44 

SECOND SEMESTER (Jan 1987 - Mei 1987)


1.      Fundamentals of Management (MGT120) - 3.33 - Puan Loo Giok Har & En Mohd Naim Ahmad (now Dr)- Miss Loo was a typical lecturer- macam cikgu sekolah menengah- semua nota ditulis atas black board- masa tu ITM masih guna kapur putih lagi.  Paling tension masuk kelas En Naim- fearful.  Muka serius and sickening macam senior di RMC. Masuk kelas dia memang rimas sentiasa, takut dan memang akan kena soal punya

2.      Economics I (ECO100) - Pensyarah/Tutor: Pn Norizan Mohamed (kemudiannya Prof Madya)- betul-betul macam cikgu Ekonomi masa Form 6 dulu. Aku memang tak minat dengan subjek Ekonomi.  She could not change my 'dislike' on the subject of Economy.  End up I got only D, the worst result I ever get in my 3 year course in  ITM and until the end of the course became the main factor of pulling down my CGPA. Lucky it was not a course subject, otherwise I got to refer the paper to obtain the Diploma. Inilah sejarah keputusan yang paling teruk aku dapat di ITM iaitu GPA 1.67 sahaja2.   

3.     Financial Accounting II (ACC150) - Pensyarah: En Mohd Radzuan dan Tutor: Ms Chong Moi Moi. Dua-dua tak dapat merangsang untuk aku score subjek ini. Aku cuma dapat GPA 2.33.

4.     Business Statistics (QMT150) -  Pensyarah/Tutor: Ms Vani.  Macam aku cakap tadi, sebut sahaja mathematical subject, trauma datang lagi.  Kali ini walaupun Ms Vani cukup sexy (lecturer from School of Mathematics), ITM lecturer...selalu masuk kelas pakai skirt pun okay je.  Tapi, masih gagal untuk merangsang aku untuk dapat A.  Rangsang tang lain ada la. Aku dapat GPA 3.00.

5.      Arabic Language I (ARB101) - Pensyarah/Tutor: Ustaz Hassan bin Mohd Ali. Beliau dilahirkan dan dibesarkan di Makkah.  Perwatakan dan percakapannya juga macam orang Arab, kasar, cepat dan aggresif. Tapi beliau sanagt baik dan mesra dengan siswa menyebabkan kami mudah menerima pelajarannya.  Aku score GPA 4.00 flat untuk subjek ini.

6.      Foundation English IIA (ENL131) - Pensyarah: Ms Ng Seow Siong. Aku dapat GPA 4.00 untuk subjek in

6.      Pendidikan Islam II - Pensyarah: Ust Ayub bin Othman dan Tutor: Ustazah Wan Asma' binti Wan Abu Bakar (sekarang Prof Madya).  Dalam subjek UIS ini, setiap pelajar kena hafal satu surah (ayat-ayat lazim) dan untuk final exam, setiap student kena baca satu persatu (secara satu sama satu) dengan tutor.  Masa inilah aku sedar dari tidurku, kerana sudah lama meninggalkan bacaan Al Qur'an. Bacaan tajwid ku dah banyak kelemahan. Bermula dari sini aku mengorak langkah mengulangkaji semula ilmu tajwid dan belajar dengan ustaz di surau.  Atas kesedaran ini juga kemudian aku aktif di surau Al Amin, Sek 17 Shah Alam dan akhirnya aku dilantik menjadi salah seorang dari Imamnya. Aku dapat GPA 3.33.

Image result for Assoc Prof Wan Asma Abu Bakar UITM
Ustazah Wan Asma' binti Wan Abu Bakar (Assoc Prof)

GPA: 3.08 CGPA: 3.20


THIRD SEMESTER (Jul 1987 - Dis 1987)

1.     Fundamental of Marketing (MKT130) - 3.67 - Tengku Chik Melewar  bin Tunku  Nasir & Pn Ammeriah Hussein. Tengku Chik adalah NS royal family. Very soft gentleman and also very nice.  Same goes to Pn Ammeriah, she was very motherly woman.  Both lecturer and tutors made the subject can be handled easily.

.
Tengku Chek Melewar (later Prof)

2.     Fundamental of Finance (FIN150) - 3.33 - En Abd Halim bin Mohd Ibrahim (almarhum). He is a mamak, so the mamak character was there.  The voice was loud and clear. Very nice and friendly.

3.    Economic II (EC0250) - 3.00 - Pn Rosylin Mohd Yusof. She drove Citroen- a luxury car at that time. Her softness, kindness and amicability was slightly able to improve my interest in economic paper.

Image result for Puan Rosylin Mohd Yusoff  UITM
Pn Rosylin Mohd Yusof (later Prof r at UUM)

4.    Financial Accounting III (ACC205) - 3.67 - En Abd Latif Ismail & Mr Felix Wong. I couldnt recall how En Latif was, but Mr Felix yes.  Mr Felix was the man with philosophy.  He knew a lot about Qur'anic versions.  He is able to write Jawi and translate Arabic.   The way he taught us was very clear, and he always use analogy to make us easier to understand the accounting 'left and right' concept.

5.    Intermediate English A (ENL181) - 2.67 - Pn Koh Su Ling.

6.    Pemikiran Islam Semasa (UIS201) - 3.67 - Ustazah Rokiah Mohamad & Ust Zulkarnain Yussof.

7.    Arabic Language II (ARB102) - 4.00 - Ust Hassan bin Mohd Ali.


CGP: 3.41 CGPA: 3.28


FOURTH SEMESTER (Jan 1988 - Jun 1988)


1.    Fundamentals of Transport (TPT100) - 3.67 - Cik Sabariah bt Mohamamad (now Dr) & En Mohd Yusof bin Sulaiman (now Dr).  Sabariah very serious person - cannoy play-play or gurau-gurau one. But Yusof was so simple and very friendly guy.

En Mohd Yusof bin Sulaiman (later Dato' Dr- CEO MIGHT)

2.    Fundamentals of Insurance (INS100) - 3.33 -Mr Ong Kim Huah.  This old lecturer acted like a taukeh kedai nombor ekor. Simple and cool person- take the subject very professional manner.  Always used his experience to explain the students.  I was the class leader in that semester, and he address me as Ketua Kampong. 

3.    Economic III (ECO300) - 3.33 -Pn Jan Ng Phaik Lian.... sexy lecturer.... came in to the class with skirt, perghhhh tantalizing.... anak murid yang baik-baik macam aku ni, cuma mampu menelan air lioqqq....This time, my result in Economic subject  were improving kerana ada motivational factor.

Puan Jan Ng Phaik Lian

4.    Reading & Report Writing (ENL236) - 3.33 - Puan Foong Beng Sim.

5.    Tamaddun Islam (UIS251) - 4.00 - Ust Abdullah Mohamad & Ust Azam Hamzah.  First time I got 4 flat in UIS. This semester, my interest to the Islamic subject was at the climax. I really worked for it, memorizing the Quranic version and Hadith, in fact in answer the final exam with tulisan jawi. 

Image result for Assoc Prof Azam Hamzah UITM
Ust Azam Hamzah (later Assoc Prof)

6.    Arabic Language III (ARB103) - 4.00 - Ust Tajuddin bin Mohd Noor. He replaced Ustaz Hassan Ali who transferred to other ITM branch.  Less aggresive than Hassan.  How ever my interest to Arabic was at the peak, so no problem to score 4 flat.

GPA: 3.59, CGPA: 3.36
 (the only Sem yang saya dapat Dean's List- haprak betui).


FIFTH SEMESTER (Jul 1988 - Dis 1988)

1.    Elements of Law (LAW102) - 2.33 - Pn Rohazarwati Zualcobley & En Haidar Dzyaudin

En Haidar Dzyaudin (later Prof)

2.    Data Processing (CSC105) - 2.00 - Puan Roslina Md Nawi & En Azis Othman-  at that time, computer was something 'alien' to me, so difficult to catch the knowledge PLUS both lecturers (lecture and tutorial) were so monotonous.  Like a PC.  I think the computerman is alck of 'human relations skills', so they were straight foward- did not care either your student could catch you up or not.  End up, most of the assignment, even so simple (later when I bought the PC) we just copying each other.

Image result for Puan Roslina Md Nawi UITM
Puan Roslina Md Nawi (later Assoc Prof)

3.    Investment (FIN220) - 3.00 - Tuan Hj Amir bin Zainol Abidin.

4.    Malaysian Bus Environment (MGT205) - 3.33 -Pn Zaafaran bt Hassan (later Prof Dr)

5.    Consumer Behavior (MKT311) - 2.67 -Pn Wan Juria bt Hood

6.    Marketing Research (MKT324) - 3.67 - Dr Khalifah bin Othman

7.    Sistem Ekonomi Islam (UIS302) - 3.00 - Ust Ezani bin Yaakob

Image result for Assoc Prof Ezani Yaakob UITM
Ust Ezani bin Yaakob (later Assoc Prof)

9.    Functional English (ENL238) - 2.33 - Pn Bhajan Kaur

9.    Arabic Language IV (ARB104) - 4.00 - Ust Mohd Zabawi bin Abdullah

GPA: 2.98 CGPA: 3.26
(this is my worst semester result)



SIXTH SEMESTER (Jan 1989 - Mei 1989)

1.     Production (MGT212) - 3.33 -Pn Fauziah Noordin . Met her again in my Advanced Diploma Course as my Course Tutor.



Photo of Fauziah Noordin
Puan Fauziah Noordin (later Prof  Dr)

2.    Organizational Behavior (MGT213) - 2.00 - Pn Zaafaran Hassan (now Prof Dr).  This  was the most hyper-tension class for the whole diploma course. 20/24 hours a day in serious mode.  Kalau dia senyum pun sinis je..... sebab dia buat joke, kita orang pun takut nak senyum.  Sickening betul. Masa kita orang serius pecah kepala nak jawab test atau quiz, dia pulak boleh senyum sorang-sorang. However, after the course, I found that she is a nice person.

3.    Personnel Management (MGT214) - 3.67 -Pn Loo Gaik Har-  she could not survive without chalk and blackboard.  She was explaining while writing notes on the board.

4.    Industrial & Commercial Law (LAW262) - 3.67 -Pn Baduyah bt Obeng*- Nobody likes Law class (including me), however because of the newly wed lecturer (Puan Bad) is pretty and charming lady.  Her smile made us fall in love (to the subject), so the subject become interesting, and the students were very keen to pose questions. This was the only class that we were inpatient to wait for the next class.



Puan Baduyah Obeng- my Law lecturer (final semester) Jan 1989


sentiasa senyum walaupun student terkial-kial tak faham kes

5.    Principles of Advertising (MKT323) - 3.67 -Pn Ubaidah bt Mohamed- I learned 'pot luck' from her. She liked to organize pot luck at taman Tasik Shah Alam, where we had our informal discussion about 'advertisement'.  Pious but very friendly and amicable.

6.   Business Einvironment (BUS364) - 3.33 - Puan Zairon bt Othman & Gp Advsr: Pn Ameriah Hussein.  Two lecturers with opposite character.  Puan Zairon seemed like a discipline teacher in fact like a Principal of Girls School.  Serious, garang - even everyone's note books she wanted to check and give mark to carry forward. I was the one (of many many more) who were very poor in jotting and keeping the notes in the class. On the other hand, Puan Ammeriah was very motherly and amicable.  Kelas Pn Zairon, punyalah disiplin, sampai sebelum exam dia check semua buku catitan subjek dia .

7.    Sistem Ekonomi Islam (UIS352) - 3.33 (Ghafarullahulahuddin Hj Din). Badan ustaz ni kecik je.. janggut panjang. Rupanya dia aktif kumpulan tabligh.  Simple person. Seronok belajar ekonomi islam dengan dia, he made the difficulties easy to be understood........ beberapa tahun kemudian... semasa aku kembali ke ITM untuk kursus ADBS(HRM) pada tahun 1994,  salah seorang classmate aku bernama Ainal Khairi  binti Abdul Ghani adalah isteri kepada Ustaz ini.

GPA: 3.28 CGPA: 3.26


NOTA TAMBAHAN

Kalau di lihat result  di atas, average adalah antara 2.67 dan 3.67.  Tapi diteliti lagi, ada dua keputusan yang ekstrim, iaitu Ekonomi (1.67) dan bahasa Arab (4.00 in all semesters).  Aku pun tak tau kenapa aku susah sangat nak absorb subjek ekonomi ni. Tak minat langsung. Kebetulan pulak bila lecturernya mengajar macam cikgu sekolah (walaupun pensyarahnya wanita dan muda) masih gagal untuk menarik minat aku.

Berbeza dengan Bahasa Arab, walaupun agak asing dan bukan core subject dan yang mengajar semua lelaki (tak hensem pulak tu), tapi sebab minat, cara mengajar pun menarik, aku boleh score  4 flat - straight 4 semesters .  Aku harap satu hari nanti aku boleh jumpa semula dengan Ustaz Hassan Ali.

Masa aku develop blog ni, i did my searching untuk cari gambar2 my former lecturers, ada melalui facebook, ada melalui google image search.  

Antara yang dapat aku detect ialah Puan Baduyah Obeng, my Commercial Lecturer in Semester 6. I introduced myself. Surely she could not recall or recognise me. Ye la kan, mana nak ingat every semester bertukar students, beratus-ratus mungkin beribu pulak tu, dah lah tu cuma mengajar satu sem sahaja.  Masa tu students dengan lecturers pun bukan rapat sangat, kenal gitu-gitu je.


So, after more than 25 years, dapat bersembang semula, walaupun dalam fb. Nice to meet you again Bad.  Peliknya, macam bukan dah lebih 20 tahun tak jumpa.  Typical Sarawakian seperti yang aku pernah ketahui pada tahun 1982/83 dulu- very friendly.  Masa aku jumpa dalam fb tu (2010), Baduyah  lecturing at UITM Sarawak campus.

Rezeki itu ketentuan Allah. Semasa aku membuat tugas di Kuching pada 28 July 2011, aku dapat hubungi Baduyah (cuma nak maklum yang aku ada di Kuching je, bukan apa-apa).  Dia offer nak belanja aku makan, malangnya masa tak mengizinkan kerana program untuk aku telah diatur. Walaupun kami tak sempat nak makan sama, namun beliau ingin juga berjumpa murid tua ni.  Akhirnya, beliaulah yang menjemput aku di hotel Riverside Majestic dan menghantarku ke LTA Kuching untuk pulang ke Kuala Lumpur.  Sebelum itu sempat dia bawa aku round ke seberang Sg Sarawak ke perkampungan tradisional untuk membeli kek lapis Sarawak untuk aku bawa balik. 




Terima kasih Cikgu.  Semoga Allah memberkati dan memberi kemudahan kepada hidupmu hingga akhir hayat.

Puan Fauziah Noordin (Puan Pau) mengajar Production Management. Kembali bertemu beliau semasa aku melanjutkan pengajian BBA(HRM) pada tahun 1994/96. Beliau adalah Ketua Kursus (Course Coordinator) kami. Kemudian beliau mengambil PhD di Australia. Sekarang Prof Dr Fauziah.


CONVOCATION DAY

Saat mendebarkan- berbaris menuruni anak tangga ke Dewan Sri Budiman
pertama kali dalam hidupku menaiki pentas untuk menerima Diploma dalam Majlis Konvokesyen

Menerima segulung Diploma dari Ahli Majlis ITM
(Tuan Ar Haji Ahmad Zahani)

ALBUM 1986- 89


 
 
 
 
 

 
 
 
 
"mencapai ke puncak jaya"


Antara nama-nama coursemates yang masih kekal ingat kerana agak rapat dengan aku sama ada kebetulan satu kelas, satu group assignment atau selalu lepak kat rumah/hostel diorang ialah:

Abd Halim Shariff
Ahmad Faizal Mohd Anuar
Mohd Sahlan Mohd Alkap
Mohd Azlan Ahmad Azizah
Mohd Azlan Dahari
Ahmad Fadili Ismail
Azli Shaari
Azman Mohd Taharim
Ahmad Fauzi Ismail (meninggal dunia Feb 2015)
Aljeffri Abd Rashid
Azman Shah Sabar
Azman Muzaffar
Abd Jabar Hj Sabli
Asri Mohammed
Ahmad Ariff Mohamed
Anizam Yahya
Aduni Amri
Aziz Dollah
Azri
Aziph Mustapha
Azmahwati Sidek
Aznan Zainalabidin
Farah faddia
Haspa Abu Hassan 
Johan Rodzi
Jasmin (telah meninggal dunia)
Jun Aida Mohd Shazili
Kamarudin Khalil
Muhammad Ibrahim
Mahanom Mohamed
Mohd Hilmi
Mohd Damanhuri
Markhaini (ke DIIA)
Marziani
Mohd Rafi Marsuk (ke ITM Dungun)
Mohd Fairuz
Mohd Zaini
Nik Hulaimi (ke DIIA)
Nik Nizam
Nor Azura Khalili
Norhanan Abd Rahman
Maizatul Akma
Nora Nordin
Nordiana Daud (meninggal dunia tahun 90an)
Mohamed Sulaiman Marjunit
Mohd Ramli Ibrahim
Mazlan Yahya (masuk DIIA)
Mohammad Khir
Mohd Din Mohamad
Hisham Yahya
Noor Hisham Abd Kadir
Rashidah Baharudin



Kalau tak silap, rakan sekelas kami semasa semester 1 (Jun-Dis 1986) yang tidak dapat CGPA yang memuaskan telah dihantar ke ITM Cawangan Dungun untuk memperbaiki keputusan mereka.


New emblem introduced in 1999 upon upgrading to University Status and change of name from ITM to UiTM

MY FAMILY LIFE AS A STUDENT

When I received an offer to further my study to ITM, I knew nothing about Shah Alam area. I was lucky, one of my Warrant Officer in Kuantan (PW (Rtd) Lokman-deceased) had bought a double-story terrace house in Sect 17, Shah Alam. So, he offered me to rent his house. In that situation, i did not negotiate further, RM280 per month -agreed. 

The house address at No 27, Jalan 17/3 (Kelompok Kenanga), Seksyen 17, Shah Alam. At that time, that area was still new, almost half of the houses were not occupied. Almost every night there was a theft case. So, the community group agreed to form up so-called 'Rukun Tetangga'. A volunteer service. So, every night we had a 'security guard shift' from 1200 am to 6am. 2 hr duty and 4 persons per shift. Unfortunately, not all of them volunteer to cooperate. The efforts was slowly not working.

I stayed in that house for about a year, then I moved to house belong to one 'Mak Cik' (i forgot her name). I also forgot the address of that house. Better house, a single storey terrace with awning extension in front and at the back. This house had its own story. First, the water bill was very high, suspected leaking at the pipeline. I had reported so many time but no action taken. Second, I was disturbed by the people who were coming, looking for that 'Mak Cik' asking for 'hutang'. Then I knew that 'Mak Chik' was a 'kaki kencing orang'. Macam-macam kes tipu sana sini and involved thousands. I did not stay long in this house. I myself was nearly cornered by that 'Mak Cik'.

One day, a family man came to my house and claimed that, he had purchased the house and he plan to move in that house. I got confused, because that 'Mak Cik' never told me. that she already sold the house. When the Mak Cik coming to collect the rental for that month, I asked her about it and she denied. So, I told that Mak Cik, I would not pay the rental for that month, she could take my deposit and I will move out by the end of the month. Happened that, the new owner of that house was also RMAF personnel, a AQM in No 2 Sqn (retired PW Rashid bin Buntal).

My third house was at No. 28, Jalan Pelaga 17/14A  (the owner, En Rahim stayed at Kampung Baru, KL). I was also not staying long in this house because I got the better house at the same street. So, my last house in Shah Alam was at No 20, Jalan 17/14A (i also forgot the name of the owner- he was staying at Sect 16, Shah Alam. I stayed in this house until I moved to OMQ 121, Lorong Golok, MINDEF in January 1993.



 



Inilah Masjid Seksyen 17 yang bermula dari sebuah surau bernama 'Madrasah Al Amin- di mana aku pernah menjadi AJK, Setiausaha, Bilal dan juga Imamnya antara tahun 1988-1993

I was very active in that community. I was elected to be the Secretary of 'Surau Al Amin', and later became the second Imam for that surau. I was also experienced to be the 'Pembantu Amil' during the fasting months for 2-3 years there. I felt very convenient living in that community. As a Committee Members of the Surau, every month the 'Surau' Committee will go to every house to collect 'derma surau' from the 'kariah'.

The most tearing moment was the time that i have to move out from Shah Alam to the Married Quarters in MINDEF. The whole permanent 'kariah' of the 'Surau Al Amin' were gathered at my house to assist me to load my household to the 'truck 3 ton' and send me off. I could not hold my tears.

I would not forget them. Names such as Imam Mohd Noor bin Ismail (almarhum 2013), Imam Mohammad Mokhtar (passed away), Bilal Mohamad Nasir, Bilal Shahrom, Hj Abu Bakar Yusof (Army SNCO pensioner), Haris Ahmad (former Pengerusi Surau), Pak Berahim, Pakcik Badar (almarhum), Azman Badar (Siak), Abg Sahak (Siak), Abg Musa (tukang), Abg Yunus (Nestle), Abg Sabil Mohd Noh (Army SNCO pensioner), Azhar (Siak- moved to Melaka), Pakcik Bakar Hussein (businessman), Mahdan Mohd (bank officer), Arshad  Damanhuri, Rahman, Zainal (ITM), Murugiah/Kala (my neighbour), Abg Ali (pemandu UITM), Arshad Damanhuri, Abd Rahman (kilang chat), Abg Kahar, Abg Shahrom (PPUM), Abg Mail (business)  and etc.

Even today (2011) I still maintain my contact with them.  During my (3x) daughters' wedding, they came down.

ALUMNI

Sejak aku meninggalkan UITM pada tahun 1989, hanya sekali sahaja kami adakan reunion secara agak besar-besaran.  Rasanya di Pan Pacific Hotel, tahun berapa aku kurang ingat, tapi masa tu aku masih pangkat Mejar atau Kapt la kot.

Pada 29 Sep 2012 mereka mengadakan reunion di INTEKMA Resort, tapi aku tak diberitahu.  Tau-tau dah keluar dalam fb.  Lagi pun aku masuk group fb tu selepas tarikh mereka membuat reunion.
.
REUNION DI INTEKSMA RESORT
2 SEP 10








.

No comments:

Post a Comment

IKTIROF

←  PLURALISME GUS DUR, GAGASAN PARA SUFI Biografi KH Hasyim Asy’ari Pendiri NU Tebuireng Jombang  → Syair Doa Abu Nawas – Al I’tira...