Monday, September 27, 2010

TAJUK 16: IDOLAKU TAHUN 60an


my idol

"IDOLA".  Apa itu idola?? Idola adalah dari perkataan Inggeris 'idol' yang bermaksud ' is a man-made object that is worshiped in some way'.

Setiap orang ada mempunyai idola masing-masing. Kadangkala kita sebut sebagai 'role model'. Idola pun macam-macam jenis atau kategori. Idola pemimpin, idola seni/artis, idola falsafah dan sebagainya. Idola, kadangkala boleh membakar semangat untuk maju ke depan, ada juga yang sekadar jadi pujaan atau ikutan sahaja. 

siapa idola saya?

Siapa kata zaman sekarang ni je, artis jadi idola muda-mudi. I was growing up in 1960s, most of the youngsters at that time were influenced by 'Pop Yeh Yeh' syndrome. Almost every kampong had their 'KUGIRAN' acronym for Kumpulan Gitar Rancak

Pop Yeh yeh merupakan pengaruh muzik pop The Beattles di England yang mewarnai muzik tanah air dari tahun 1965 hingga 1971 sebelum muzik Hindustan meresapi seni muzik pada awal tahun 70an.

Nama-nama penyanyi dan kugiran yang popular pada zaman itu adalah:
  • Allahyarham Datuk Ahmad Jais (1936-2011) & Orkes Selayang Pandang (pop asli)
  • Allahyarhamah Kartina Dahari (1941-2014) & Orkes Dendang Perindu
  • A.Halim/Nandong & The Fictions
  • Allahyarham A.Ramlie (1948-2001)/Maria Bachok & The Rythymn Boys dan D'Ramlie's
  • A.Romzi/Sanisah Huri & The Hooks, 
  • M.Fadzil/Allahyarham  Datin Orkid Abdullah (meninggal 2011) & Les Coasters (pop asli)
  • Datuk L.Ramli & Orkes Reruna Ria
  • Allahyarham M.Osman (meninggal 2007)/Afidah Es & Les Fentonnes
  • Allahyarham Jaafar O (1944-2010) & the Click Four
  • M.Ishak........
  • Kasim Selamat & The Swallows, 
  • Halim Yatim/S.Roha & The Sangam Boys, 
  • Datuk Jeffrydin & The Siglap Five
  • Salim I /Allahyarham J.Kamisah (1948-2012) & The Wisma
  • Allahyarham S.Jibeng (1942-2006) - penyanyi buta
  • A.K.Tajuddin/Norsiah A.Hamid & The Sandblues
  • Rodziah Latiff & The Jayhawkers
  • Datin Paduka Julie Sudiro & The Emeralds 
  • Fatimah M.Amin & The Clans
  • J.Sham & The Wanderers, 
  • Allahyarhamah Datin Rafeah Buang (1948-2002) 
  • Sanisah Huri, S.Rohani, 
  • Alina Rahman & The Rollers/The Batiks
  • J.Rukimin/Allahyarham Hasnah Harun (1947-2011) & Les Kafilas
  • Rickieno Bajuri & The Cliffters
  • Datuk A. Rahman Hassan/Allahyarhamah Azizah Mohamad & Orkes Nirwana
  • A.Rahman Onn & The Strangers
  • M.Said & Les Remaja
  • A.Dayang & The Families
  • Adnan Othman & The Rythymn Boys
  • A.Rymie/S.Mariam & Te Rythmn Boys
  • A.Talib & The Wanderers

Kebanyakan dari kalangan penyanyi 60an adalah dari Singapura dan Johor. Kenapa? Jadia kebiasaan, arus pemodenan yang berbentuk kebaratan lazimnya tumbuh di Kota Singa, bandaraya yang terbesar dan termoden di Asia Tenggara pada masa itu. Jadi piring hitam dan filem (movie) biasanya akan diterima di sana sebelum menjalar masuk ke negeri-negeri Semenanjung Tanah Melayu (bermula dengan Johor).

Their songs were in the air throughout the days. The only communication channel for the rural people (which I know) at that time was Radio Malaysia. No television because no electricity. One of the famous radio programme (at that time my kampong still do not have electricity, mean no TV) was 'Lagu2 Permintaan'. So, morning, noon, afternoon, evening, night and midnight were enlighted with this programme. Varieties of 'lagu permintaan', eg: dedicated for 'kaum ibu', for perajurit, open and etc.


almarhum M.Osman dengan lagu Suzana

almarhum A.Ramlie dengan lagu Oh Fatimah 

almarhum Ahmad Jais dengan lagu Gelisah

almarhum Jaafar O &

almarhumah Orchid Abdullah

almarhumah Hasnah Harun

Masa tu...ramai la orang-orang kampung yang menamakan anak-anak mereka dengan nama penyanyi atau nama-nama lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi berkenaan. Tak terkecuali nama sepupu dan anak sedaraku.  Malah ada salah seorang abang sepupuku yang tergila-gila dengan penyanyi Sanisah Huri. Gelak sendiri aku bila teringatkan cerita zaman itu.


  
Sanisah Huri dan Azizah Mohamad

 
Fatimah M.Amin dan almarhum J. Kamisah

 
A.Rahman Hassan & A. Rahman Onn

 
Halim Yatim & J. Sham

A.Halim

Di kampung aku (Parit Lapis Mahang) ada seorang pemuda yang sangat pandai menyanyi lagu-lagu A.Halim, suaranya pun mirip A.Halim namanya Salikin @ Masrokin @ Johnny Mas.  Tapi biar pun hanya lulus Darjah 6, akhirnya kehidupan beliau menyerlah apabila beliau menceburkan diri dalam bidang ketenteraan, bermula dengan Askar Melayu (atau Renjer), kemudian bertukar ke TUDM (ketukangan HANDAU) dan bersara di pertengahan tahun 80an dalam pangkat Pegawai Waren I.

    


Who is my favourite singer. Hehehe. A.ROMZI  from  KUGIRAN The Hooks. Among his famous songs are Lagu Tiga Kupang, Dendang Remaja, Katakan Padaku And Zunika. A.Romzi married to S.Roha (later divorced). However he was not my idola, just my favourite singer.


.

.

Dendang Remaja


Indah alam dalam renungan
Muda-mudi berpandangan
Bersiaran di taman sana
Penuh hati dengan irama

Redup senja diselubungi mega
Namun gelap gelita
Hujan gerimis insan menangis
Tanda dosa terlukis

Bila mana cukup khayalan
Mungkin menjadi sesalan
Airmata di titiskan
Namun kesal tak berjauhan

Luasnya alam terbentang
Remaja turut berdendang
Berkhayalan di pesta sana
Dalam riang suasana

Bila mana cukup khayalan
Mungkin menjadi sesalan
Airmata di titiskan
Namun kesal tak berjauhan

Namun kesal tak berjauhan
Namun kesal tak berjauhan



Dalam tahun 70an datang pula sekumpulan penyanyi lain meneruskan popularity muzik tempatan dan peralihan dari muzik pop yeh yeh kepada irama sentimental, ala hindustan, Indonesia  dan irama Malaysia baru. Zaman 70an diungguli oleh penyanyi Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini yang berjaya mengekalkan kepopularannya melebihi 30 tahun. Antara penyanyi lain di zaman itu ialah Najib Hanif, Hasnol, Aman Shah, Allahyarham Adam Ahmad, Roy, Uji Rashid, Razis Ismail, Ibnor Reza, Shidee, Rosemaria, Suliza Salam, Ben Nathan, Hail Amir, Gaya Zakry, Muhaini Suratman, Nas Atea, Ally & Mastura, Norsheila Amin, Raffi, Herman Tino, Zaleha Hamid, Ayati Tasrip, Yusnizar Hussien, Datuk Dahlan Zainuddin (dan isterinya Effa Rizan), DayangKu Intan, Dr.Sam, Datuk D J Dave (Irwan Shah) dan lain-lain. 

Akhir tahun 70an dan 80an, lagu Hindustan dan Indonesia mula menguasai pasaran muzik tempatan, selari dengan kemasukkan filem-filem Indonesia (especially dangdut) dan Hindi yang menguasai pawagam dalam negara.  Penyanyi seperti Broery marantika, Emilia Contessa, Rhoma Irama, Bob Tutopoly, Daniel Sehulika, Elvy Sukarseh dan lain-lain menjadi pujaan pemuda-pemudi tempatan.

In 1970s, my appetite in music was also changed. From pop-yeh-yeh to sentimental. New singers made a debut. One of them was Uji Rashid (Fauziah Harun AlRashid) with his song, Tangisan Semalam, Semakin Hari Semakin Sayang, Kali Terakhir Kulihat Wajahmu, Ku Ingin Selalu Disampingmu etc. Any new record disc (piring hitam) from Uji, I will buy.  Masa itu, aku dalam Tingkatan 4, hari-hari aku akan pasang pring hitam lagu Kak Uji (masa tu mana ada CD atau kaset). 






The trade mark of Uji is her eyes. Sampaikan ada satu jenis ikan 'bermata bulat' orang namakan 'Ikan Uji Rashid'. Dulu pun ada gosip juga, Uji ni orang gosip dengan Hail Amir dan D J Dave. Tapi akhirnya Uji kawin dengan seorang yang mengaku sebagai jutawan....namanya...Harahap. Dapat lah anak bernama 'Chico'. Walaupun dah ada cucu, aku ada terserempak Uji kat pasar Keramat (2007 agaknya), Kak Uji masih cantik dan manis. 

 
   
.

.
Kali Terakhir Ku Lihat Wajah Mu

Dalam dakapan senja
Kurenungi sinar matamu
Berat rasa melepaskan
Dikau pergi

Dingin hembusan bayu
Lemah longlai langkah kakimu
Lambaianmu kian jauh
Dari mata

Malangnya...
Bencana menimpa
Kau telah pergi untuk selamanya
Tak kembali

Kumelihat paras wajahmu
Kau bisikkan hanya sayang
Kepadaku...
Pada saat terakhir


Kak Uji...tetap menawan

Selepas berakhir tahun 70an, dan aku mula memasuki TUDM pada awal tahun 80an aku tidak fokus kepada mana-mana penyanyi.  Aku mula meminati lagu-lagu barat lama seperti Air Supply, ABBA, Santana, Three Dog Night dan lain-lain. Walaupun aku tak menghafal lagu-lagu tersebut, aku suka mendengar kaset (masa tu mana ada cakera padat).


Bagi penyanyi lokal, aku berminat dengan penyanyi Francisca Peter, Sohaimi Mior Hassan dan Zubir Ali (allahyarham- semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ruhnya).  Lagu allahyarham Zubir yang paling aku minati ialah 'Penantian'.


Penantian

Berapa lama mesti kunanti
Sinar cahaya matamu
Gemerlap bagai bintang
Menghiasi malam
Malam yang menutup diriku

Memecah hening taman
Taman syurgawi
Pada sebuah hati yang sepi

Yang tidak tertanggung
Oleh tubuhku yang kering dan layu
Kepastian suatu penawar
Dalam suka dan duka
Yang meniti hidupku

Penantian suatu siksa
Lontaran suara dari bibirmu



almarhum Zubir Ali

Sohaimi Mior Hassan
.

.
Tun Dr Ismail

When i was in primary school (1966-1971), one of my favourite was collecting ministers' pictures from newspaper. At that time, the only papers available in my house was UTUSAN MELAYU in Jawi. My mother cannot read Roman, she read only Jawi. My father can read both but he preferred Jawi. The price of the paper at that time was only 25 cents!.

At that time i could remember all the ministers' name. Tunku, Tun Razak, Tun Dr Ismail, Tun Tan Siew Sin, Tun Sambanthan, Tan Sri Sardon, En Khir Johari, Rahman Yaakub, Lee Siok Yew etc. My favourite cum idola was Tun Dr Ismail (allahyarham, he died on 2nd Aug 73- i was in Form 2).

Almarhum Tun Dr Ismail bin Dato Abd Rahman

Tun Dr Ismail Abdul Rahman (November 4, 1915 – August 2, 1973) was a Malaysian politician from them UMNO. He held several Malaysian ministerial posts and was appointed as the second Deputy Prime Minister in 1970 by then Prime Minister Tun Abdul Razak. Three years later, Tun Dr Ismail died in office due to a heart attack. Ismail has been called "the man who saved Malaysia" for his actions as Home Minister after the May 13 Incident of racial rioting in 1969".


I did not know why i like him. At that age i knew nothing about integrity, incorruptible or what not. May be because of I am Johorean, and he is from Johore, and potential first PM from Johore. Anyway, later, i found out that i did choose the right person to be my idol. HOWEVER I never-never like the reality program 'Malaysian Idol'.


  

Generally, Almarhum Tun Dr Ismail has been regarded as reliable and incorruptible, "remembered for his deep dislike of incompetence and bigotry, his strict adherence to the virtues of hard work and honesty, and his belief in the principles of national independence and multi-racialism".

I bought and always willing to buy any book about him. The latest and most comprehensive' is The Reluctant Poltician, written by Ooi Kee Beng.

 

Sehingga hari ini, aku tak pernah terjumpa atau 'cross in my mind' ada mana-mana pemimpin politik Malaysia yang setanding dengan Almarhum Tun Dr Ismail. I think not even 50% of him. Semoga Allah mencucuri rahmat dan mengampunkan dosanya. Amin.

Saya akan menulis mengenai almarhum Tun Dr Ismail dalam Tajuk yang berbeza di akan datang.

After he passed away, I had a new idol; Datuk Musa Hitam who started his political career as a Political Secretary to almarhum Tun Sardon, then he became a Assistant Minister in JPM (before he expelled by almarhum Tunku Abdul Rahman).  He made a political came back  during almarhum Tun Razak period of PM.  He won the Vice Head of UMNO Youth (under almarhum Datuk Harun Idris), Deputy Minister and then full Minister (Primary Industries) before he rouse in his political career until he achieved his highest political career as a Deputy Prime Minister (1981-1986).  He resigned in 1986 due to his 'political disagreement' with his boss Mahathir.  Musa, after that played behind the screen as a government adviser such as Special Envoyto UNO for Human Rights and the first Chairman of Malaysian Human Rights Comminssion.




After Musa's retirement from the national politic, none of our political masters caught my heart for me to take them as my political idol.


Tun Mahathir? He is everybody's idol and inspiration.

No comments:

Post a Comment

IKTIROF

←  PLURALISME GUS DUR, GAGASAN PARA SUFI Biografi KH Hasyim Asy’ari Pendiri NU Tebuireng Jombang  → Syair Doa Abu Nawas – Al I’tira...