MBA & PART TIME TUTOR
KENAPA
AKU BUAT MBA?
Setelah
lima tahun berehat (tamat pengajian di ITM pada Jul 1996), keinginanku untuk
melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana (Master) mula membuak semula. Rindu
nak jadi student. Melihat kepada masa depanku yang tak menentu dalam
TUDM (peluang kenaikan pangkat yang agak terhad) aku berfikir untuk menyediakan
diriku supaya lebih marketable jika aku mengambil keputusan untuk
bersara lebih awal. Aku telah membuat perkiraan (tahun 2000), aku telah
berusia 41 tahun. Kalau mengikut senarai seniority 'Mejar' dalam Cawang
Materiel, kedudukan namaku adalah lebih dari 20. Dalam masa 5 tahun, kekosongan
jawatan Lt Kol yang bakal wujud tidak lebih dari 5 jawatan. Jadi, theoritically tidak
nampak peluang untuk aku meningkat lagi dalam kerjaya dalam TUDM, khususnya
Cawang Logistik. Kalau aku tunggu umur pencen wajib, lagi 10 tahun, aku
akan bersara dalam pangkat Mejar. Dalam usia 51 tahun, agak sukar rasanya
untuk mencari kerjaya baru.
Aku
merancang akan memohon bersara awal sebelum berusia 45 tahun untuk dapat
kelayakan pencen penuh. So, 'to prepare myself', I have to do
something to better up my academic qualification. Waktu itu, aku bertugas
di Treasury terdapat juga tawaran dari PS1 SISMAT (waktu itu Mej Mohd
Yunus) untuk aku mengambil kursus Masters di Australia di bawah tajaan ATM,
namun aku menolak kerana tidak mahu terikat lagi (PMAT) dengan perjanjian
selama 5 tahun. Bukan aku tidak sayang lagi kepada TUDM, tapi aku tak
nampak kerjayaku boleh naik ke atas lagi. Alang-alang kena pencen Mejar,
biar masa muda, bukan tunggu usia bersara wajib pada 2010 (51 tahun).
So,
I applied several Masters program from UTM, UPM, UUM and UKM. I received
3 offers, i.e: MSC (HRD) from UPM, MSC(HRM) from UTM Skudai, MMgt
from UUM (there is KL kampus for UUM) and Executive MBA program from UKM. My
assessment was based on several relevant factors, namely:
The
length of the program.
The
class schedule and timing.
The
location of the class.
The
content of the program (subject)
The
format of the program: thesis or course work program.
Course
fees.
Akhirnya
setelah meneliti dan menghalusi kesemua tawaran aku memutuskan untuk mengambil
program Master in Business Administration (Executive) yang dianjurkan oleh
Pusat Pengajian Siswazah UKM.
Program
mengambil masa 18 bulan.
Keseluruhan
program mengandungi 16 kursus, 3/4 subjek setiap semester dan kelas diadakan
pada waktu malam hari kerja (1900 - 1200).
Kuliah
dilaksanakan di Kampus Perubatan Jalan Raja Muda- sebelah HKL (lebih kurang 15
minit perjalanan (naik motorsikal) dari rumah.
Program
ini dalam bentuk kerja kursus (lecture, mid-term test, assignment and final
exam).
Yuran
program ialah RM19,000 boleh dibayar secara berperingkat-peringkat. Yuran
kursus pengajian adalah termasuk buku teks utama untuk setiap kursus/subjek.
Aku
secara rasmi telah mendaftarkan diri pada 16 Jun 2001, di Pusat Kembangan
Pendidikan, UKM Bangi. Maka bermulalah agenda baru dalam kehidupanku
menjadi pelajar pusat pengajian tinggi untuk kali keempat. ITM (1986-1989) dan
(1994-1996), dan UM (1999). No Kad Matrik UKM ialah G68268.
Pengalaman
pertama mengikuti kursus secara sambilan (part time) adalah satu
pengalaman yang benar-benar mencabar kesabaran dan ketabahan diriku. i
Cabaran yang paling besar yang aku hadapi ialah dari aspek pengurusan masa.
Dalam
usia 41 (walau pun ramai lagi yang lebih tua tapi masih mampu belajar) dan 6
orang anak yang 4 darinya masih bersekolah rendah dan menengah agak sukar untuk
aku memfokus kepada pengajianku. Ye lah, masa untuk aku memantau
pelajaran anak-anak amat terhad kerana aku sendiri sibuk dengan assignment yang
tak putus-putus.
Antara
2002-2004 aku bertugas di Putrajaya yang jaraknya lebih kurang 30 km dari rumah
aku (ulang alik naik motor Modenas Jaguh). Keluar pejabat di Presint 2
jam1700, biasanya dalam 50- 60 minit (tenguk keadaan cuaca) baru sampai
rumah (1800 atau lebih lewat), naik rumah, mandi, tukar pakaian, kalau sempat.
menjamah makanan, akan makan dulu (main ragut je la apa yang ada), terus start
motor pergi kelas. Begitulah keadaannya tga kali seminggu. Kalau
kena bulan puasa, aku bawa bekal (yang isteriku sediakan) atau akan beli
makanan di gerai Ramadhan di tepi Jalan Semarak (dekat Kolej Telekom).
Memang mencabar.
Tamat
kelas jam 2200, terus balik. Kalau ada assignment akan sambung buat
assignment. Tak boleh tangguh-tangguh kerana esok akan ada assignment
untuk subjek lain pulak. Kalau tak siap baru sambung masa weekend.
Kadang weekend kena pergi kampus juga kerana ada 'group assignment'.
Masa begitu terhad.
Dalam
dua bulan pertama berada dalam program, aku hampir give up. Aktiviti harianku
tidak terurus dengan baik. Tetapi, mengenangkan aku dah bayar RM5000
(pendahuluan), aku kuatkan semangat untuk meneruskan perjuangan. Ditambah
lagi dengan sokongan rakan-rakan sekelas serta rakan sepejabat.
Program
MBA ini adalah 'compressed program'. Setelah tamat final exam satu
semester, hanya dapat cuti seminggu sahaja. The following week, new
semester akan bermula. Biasanya keputusan final exam semester lepas
akan diperolehi dalam minggu ke 3 semester baru.
Semester
1
CA6213
- Perakaunan Pengurusan - Prof Madya Dr Tengku Akbar Tengku
Abdullah
CB6313
- Pengurusan Organisasi - Prof Madya Dr Rozhan bin Othman
CB6813
- Pengurusan Pemasaran - En Abd Aziz bin Abd Kadir
.
Prof Madya Dr Rozhan Othman
Prof Madya Dr Tengku Akbar bin Tengku Abdullah
Prof Madya Dr Tengku Akbar bin Tengku Abdullah
Semester
2
CB6343
- Sistem Maklumat Pengurusan - Puan Rosmah bt Mohd Isa (now Prof Madya Dr)
CC6613
- Pengurusan Kewangan - Dr Shamsubaridah bt Ramlee (Prof Dr)
CB6123
- Analisis Statistikdan Keputusan - Prof Madya Dr Ezani bin Mat Hassan
Prof Madya Dr Shamsubaridah Mohd Ramli
Prof Madya Dr Ezani Hassan
Puan Rosmah bt Md Isa (now Prof Madya)
Prof Madya Dr Ezani Hassan
Puan Rosmah bt Md Isa (now Prof Madya)
Semester
3
CB6433
- Pengurusan Operasi - Prof Dr Abd Aziz bin Othman
CB6333
- Ekonomi Pengurusan - Prof Madya Dr Nik Mu'tasim
CB6423
- Kelakuan Organisasi - Prof Madya Jaafar bin Muhammad
Prof Madya Dr Nik Muktasim bin Nik Ab Rahman
Semester
4
CB6443
- Pengurusan Sumber Manusia - Puan Norsiah Aminuddin (now Dr)
CB6513
- Perniagaan Antarabangsa - Dr Baharudin bin Abd Kadir
CB6733
- Etika dan Undang-undang Perniagaan - Siti Faridah Abdul Jabbar(now Prof Madya Dr)
CD6013
- Kaedah Penyelidikan dan Statistik Gunaan - Prof Madya Dr Darinah bt Ahmad
Dr Baharudin Abd Kadir
Dr Siti Faridah (Prof Madya)
Semester
5
CB6413
- Pengurusan Strategik - Prof Madya Dr Raja Azimah Raja Omar Ainuddin (Prof)
CB6463
- Perhubungan Industri - Raja Nooraini bt Raja Mohd Noor
CC6623
- Pengurusan Pelaburan - Dr Izani bin Ibrahim
Prof Dr Raja Azimah
Di
antara nama-nama coursemates MBA ialah: (pada hari/minggu pertama kelas memang
lah agak ramai, rasanya melebihi 25 orang. Namun jumlahnya semakin
berkurangan kerana masing-masing mempunyai masalah tersendiri untuk meneruskan
pengajian. Maklumlah semua dah ada kerjaya dan komitmen sendiri).
Bukan senang untuk mengorbankan masa untuk buat part time study ni).
Abd
Halim bin Buyong (Telekom)
Azhan
bin Abdul Hamid (Telekom)
Chu
Ei Chong (Bank)
Khalid
bin Mohd Dom
Azmi
bin Ali
Mohd
Halif Dzurhan bin Ismail
Noriani
bt Ismail (Jurutera Telekom)
Subhi
Menawar (Telekom)
Wan
Kamaliah (Telekom)
Norfarizan
Lod
Jenny
Tan Li Pei (Hong Leong Bank)
Mohd
Raswanizam Mohd Rashid (Mesiniaga)
Tew
Kuan Chong
Raswanizam Mat Rashid
Tan Li Pei
Subhi Menawar
Akhirnya
setelah hampir setahun berusaha keras dengan pelbagai cabaran dan dugaan, aku
berjaya menamatkan pengajian untuk menerima kelayakan pemegang Sarjana dalam
bidang Pengurusan Perniagaan dari UKM.
Majlis
Konvokesyen di adakan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, UKM Bangi pada 16 Ogos
2003, Eurika!
Majlis
Konvo untuk MBA di adakan di sebelah petang. Penyampaian ijazah di
laksanakan oleh Pro-Canselor UKM, Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen yang
mewakili Canselor, Tuanku Jaafar Alhaj, YDP Besar NS. Jumlah penerima
ijazah (termasuk ijazah pertama) pada petang itu adalah beratus-ratus.
Pro-Canselor pun dah lanjut usia, di di pertengahan majlis, mungkin beliau
kepenatan berdiri menyampaikan ijazah.
Semasa giliran graduan pasca
ijazah MBA naik ke pentas, tugas menyampaikan ijazah telah diserahkan kepada
Naib Canselor UKM pada masa itu, Prof Datuk Dr Mohd Salleh bin Mohd Yassin.
Jadi,
pada pandangan saya, kalau untuk mengenang jasa mana-mana pemimpin yang pernah
berjasa biarlah tanggungjawab yang bersesuaian. Kalau dah uzur,
gantikanlah dengan orang lain.
Oleh
kerana hanya dua jemputan sahaja yang dibenarkan masuk dalam dewan semasa
majlis, hanya isteriku dan anakku Aisyahnur sahaja yang masuk. Atikah,
Heikal dan Nurul menunggu di luar dewan, melihat melalui screen. Tujuanku
adalah supaya Aisyah (yang masa itu dalam Tingkatan 1) mendapat motivasi untuk
belajar dengan lebih bersungguh-sungguh setelah melihat ayahnya menaiki pentas
menerima segulung ijazah.
Semasa
konvo itu juga pertama kali aku jumpa dengan adiknet (dikenali melalui yahoo
messanger) aku yang juga menerima ijazahnya dalam bidang perubatan, iaitu Dr
Norhayati binti Jamaludin yang berasal dari Muar. Tapi selepas itu, kami
hanya berhubungan dalam yahoo messanger sahaja dan lama kelamaan kami sudah
putus hubungan - akhir sekali dia menjalani housemanship di Hospital Daerah
Muar.
Turut
dikonvokan pada hari itu adalah graduan Sarjana Pengajian Strategik dan
Pertahanan di bawah program kerjasama UKM-MPAT. Antara yang menerima
ijazah petang itu ialah Brig Jen Rodzali bin Daud TUDM.
PENGALAMAN SEBAGAI TUTOR
Aku pun tak pernah terfikir satu hari nanti aku dapat menjadi pensyarah
universiti. Masa sekolah dulu pun aku tidak pernah bercita-cita nak jadi
pensyarah. My top three ambitions were architect, airforce pilot and
lawyer. I got to be two them but I wasted the opportunity. I did my
architecture course in UTM after my SPM (1977) but I failed in 1979.
After I missed my first opportunity, I tried my second option. I
joined the RMAF in order to be a pilot. I attended my basic helicopter
flying in Kluang. Again, my rezeki (nak jadi pilot) was not there.
However, I did not attempt to achieve my third option. I continue my career in
the RMAF as a logistic officer.
Kembali
ke kesah nak jadi pensyarah. Selepas mendapat MBA, otak aku mula merayau
nak cari 'kerjaya kedua' sebagai persediaan sebelum meninggalkan TUDM. Pada
penghujung tahun 2003, aku pernah menghantar surat kepada pihak atasan Materiel
untuk menamatkan perkhidmatan dalam tahun 2004 tetapi tidak diluluskan.
Sebaliknya aku dinaikkan ke pangkat Lt Kol TUDM mulai 1 Feb 2004.
Kebetulan pada masa itu kerjasama antara TUDM dengan OUM agak aktif. Aku
berpeluang mengenali beberapa orang pemimpin atasan OUM seperti Naib
Canselornya (Prof Tan Sri Dr Anwar Ali, Prof Ansary (TNC) dan Prof Dr
Shaari (Dekan). Mereka menggalakkan aku untuk memohon sebagai tutor
sambilan di OUM.
Setelah
menghadiri temuduga di kampus OUM di Jalan Tun Ismail (oleh Prof Dr Shaari),
aku berjaya dipilih sebagai Tutor dan memulakan tugas di semester Sep 2004.
jadi, mulai semester itu aku terus membuat tugas tersebut sehingga kini
(Jan 2011). Sebagai tutor sambilan, aku perlu mendapatkan tauliah dari
Kementerian Pengajian Tinggi (Putrajaya). Permohonanku juga diluluskan.
Sepanjang
tempoh berkhidmat sebagai tutor sambilan di OUM aku diberi tugas untuk
mengambil subjek-subjek berikut:
1. Human
Resource Management.
2. Human
Resource Development.
3. Compensation
Management.
4. Hazards
Managment.
Terdapat
dua jenis tutorial sepanjang aku bersama OUM; iaitu face to face dan online
tutorial. Setiap tutorial class mengambil masa 2 jam dan biasanya dibuat pada
hari Sabtu atau Ahad. Kadangkala aku perlu mengambil kelas selama 6 jam
(3 kelas) dalam satu hari. Memenatkan juga.
Pada peringkat awalnya (tahun
2004 hingga 2007), selain dari tugas syarahan tutorial, tutor mempunyai 50%
dari keseluruhan markah penuh. diberi tugas untuk memberikan 2 x quiz (15
markah), assignment (35 markah) dan LMS (10 markah). Tetapi kemudiannya
peratusan ini diturunkan kepada 35% sahaja (tanpa 15% kuiz) dan akhir sekali
kesemuanya diambil alih oleh pihak OUM. Tugas tutor yang memebrikan
syarahan kelas.
Menjadi tutor aku berpeluang berkenalan dengan pelajar yang datang dari
pelbagai latar belakang. Antaranya guru, juruteknik, polis, tentera, staf
universiti, pegawai bomba, pegawai kerajaan, pekerja pelbagai syarikat swasta
seperti bank, TNB,Telekom, courier, kilang, pemilik syarikat dan berbagai lagi.
Seronok. Ramai juga yang masih berhubungan sehingga kini. Ramai juga pelajar
aku yang meningkat dari peringkat diploma ke peringkat ijazah pertama, malah
ada yang meneruskan ke peringkat Sarjana. Beberapa orang masih
menghubungi aku untuk menjadi referee mereka semasa membuat permohonan ke
peringkat Masters. Beberapa orang lagi masih berhubung sebagai kawan.
Antara student aku ialah isteri kepada bekas Dekan aku semasa belajar di UITM
dulu.
Kelas
untuk pelajar-pelajar OUM pada mulanya menggunakan kemudahan kelas di kampus UNISEL
di Sek 7 Shah Alam, kemudian berpindah sementara ke Politeknik Shah Alam dan
mulai tahun 2010 berpindah ke bangunan sendiri di Worldwide Business Park, Sek
10 Shah Alam (berhampiran TESCO).
Pada
tahun 2010 aku mengambil rehat selama 2 semester kerana membuat persediaan
untuk menunaikan Fardhu Haji dan kebetulan tahun itu banyak trip ke luar
negara.
Aku
memulakan tugas tutor semula pada semester Januari 2011 untuk 2 kelas subjek
Pengurusan Pampasan. Dan ini juga tahun terakhir bagi aku membuat tugas
pensyarah sambilan. Ini adalah kerana beban tugasan yang semakin bertambah.
Sejak naik pangkat Kolonel, banyak tugasan rasmi atau separa rasmi yang perlu
dilaksanakan semasa hari Sabtu atau Ahad. Ini menyebabkan masa lapang aku
menjadi semakin sedikit dan tidak mampu untuk memenuhi keperluan membuat tugas
sambilan lagi.
Satu lagi faktor mengapa aku kurang berminat untuk meneruskan khidmat sebagai
Tutor sambilan ialah keadaan format tutorial yang dilaksanakan oleh pihak OUM.
Tidak mencabar langsung. Tugas tutor hanyalah sebagai pensyarah
semata-mata. Tiada weightage langsung diberi seperti dulu-dulu.
Tiada test, tiada assignment, tiada LMS tiada kuiz yang dikendalikan oleh
tutor. Student tidak berminat untuk datang tutorial kerana tutor tidak
mempunyai apa-apa weight. Kadangkala hanya 3-4 orang sahaja student yang
berminat hadir kelas. Ini menyebabkan semangat aku pun semakin lemah.
Apa-apa pun, pengalaman selama 6 tahun sebagai tutor telah memberikan banyak
pengalaman di luar skop kerjaya aku sebagai pegawai TUDM. Terima kasih
kepada staf-staf OUM yang telah membantu aku sepanjang berkhidmat sebagai tutor
khususnya Encik Izral dan Cik Adha.
No comments:
Post a Comment