AMAL IBADAH
Masa aku sekolah agama petang (Sekolah Agama Seri Rejo Sari) antara tahun 1969 hingga 1971, antara subjek utama yang diajar ialah Ibadah, Tauhid, Tajwid, Adab dan Tafsir. Bila masuk Darjah Dua dan seterusnya subjek akan bertambah lagi kepada Tasauf, Bahasa Arab serta pecahan kepada Ibadat iaitu Munakahat (Ilmu Perkahwinan dan Pengurusan Rumahtangga), Muamalat (Ilmu Jual beli) dan Jinayat (Ilmu Perundangan Jenayah). Itu istilah yang digunakan pada masa itu. Bayangkan, dalam masa 6 tahun, usia baru 15 tahun sudah 'pakar' dalam pelbagai bidang agama.
Itu pun kalau naik kelas, mana-mana pelajar yang gagal dalam peperiksaan akhir tahun, tak akan naik kelas. Istilah sekarang 'repeat' atau 'relegated'. Ada yang termasuk kategori 'lemban' akan bertahan dalam Darjah Satu sehingga 3-4 tahun. Masa itu umur masuk sekolah agama ialah 10 tahun atau semasa dalam Darjah 4 sekolah Kebangsaan. Maknanya ada yang sampai aqil baligh masih tak naik kelas.
Subjek Ibadat itu samalah seperti subjek Ilmu Fiqah (Fiqh) atau Syari'ah (Hukum-hakam dan Perundangan Islam). Manakala Ilmu Tauhid adalah sama dengan Ilmu Usuluddin (Mengenal Agama dan Allah) atau Ilmu Aqa'idul Iman.
Apa itu ibadah?
Ibadah ialah kata-nama yang merangkumi segala sesuatu yang disukai oleh Allah S.W.T.dan yang diredhai-Nya sama ada perkataan, perbuatan, yang zahir dan batin. Justeru itu, sembahyang, zakat, puasa, haji, jujur dalam kata-kata, menunaikan amanah, melakukan kebajikan kepada dua ibubapa, menunaikan janji, amar maaruf, nahi mungkar, berjihad menentang orang-orang kafir dan munafiqin, melakukan ehsan kepada jiran tetangga, anak yatim, orang fakir miskin dan musafir juga hamba-hamba abdi dan binatang, doa, zikir dan bacaan al-Quran, semuanya adalah ibadah.
Ibadah adalah kemuncak ketundukan dan ketaatan sebagaimana yang dikatakan oleh al-Hafiz al-Subki. Allah ta^ala berfirman:
لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنَا فَاعْبُدُونِ
Maknanya: “Tiada Tuhan yang wajib disembah kecuali Aku (Allah), maka beribadahlah (sembahlah) kepada-Ku”. [Surah al-Anbiya': 25]Rasulullah sallaLlahu ^alayhi wasallam bersabda:
حَقُّ اللهِ عَلَى الْعِبَادِ أَن يَعْبُدُوهُ وَلا يُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا
Maknanya: “Hak Allah ke atas para hamba ialah mereka hendaklah beribadah kepada-Nya dan tidak menyekutukan sesuatu pun dengan-Nya”. [Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim].Jenis Ibadah
- Khusus (Khususiyah) seperti mengerjakan Solat, Puasa, menunaikan Zakat dan mengerjakan Haji dan Umrah.
- Umum (Ammah) seperti menziarahi orang sakit/mati, memenuhi jemputan, bersedekah dan menjaga kebersihan.
- Kerana kita ini adalah HAMBA dan ALLAH Tuhan (Tuan dan Pencipta) kita- maka kita kena buat apa yang diperintahnya.
- Kerana kita TAKUT kepada ALLAH - maka kita tidak buat apa yang dilarang dan takut ancaman dan pembalasan jika kita buat juga.
- Kerana kita BERSYUKUR kepada ALLAH - maka selama hayat kita hanya menumpang, meminjam hak miliknya tanpa bayaran - tapi kita angkuh, kita degil, kita sombong, kita bongkak seolah-olah muka bumi ini milik kita.
- Kerana kita MALU kepada ALLAH - maka kita sebenar terlalu kerdil, terlalu lemah dan tak berdaya, terlalu bodoh dan terlalu sedikit ilmu.
- Hasad dengki.
- Takbur, Riak, Sum'ah dan Ujub.
- Betul ke niat kita solat itu ikhlas - kerana Allah Taala? -
- Betul ke kita memulakan solat dengan rasa insaf atas tanggungjawab sebagai orang islam? - atau dengan rasa berat hati, terpaksa kerana takut dosa tak solat?
- Betul ke pakaian kita betul-betul suci mengikut syarak?
- Betul ke tempat solat kita tempat sujud kita suci?
- Betul ke bacaan kita dalam solat itu betul? - atau kita syok sendiri sahaja merasa kita betul? - kalau kita tahu bacaan kita tak berapa betul? sudahkah kita berusaha atau belajar untuk memperbetulkan?
- Betul ke kita telah khusyuk dalam solat kita?
- Betul ke kita sahaja yang solat tapi anak-anak kita juga bersolat?
- Betul ke kita hanya tutup aurat masa solat sahaja - lepas solat kita terbarai semula
- Betul ke semasa solat sahaja kita sebut ayat-ayat Allah tapi selepas solat kita sebut perkataan yang tidak baik- mengumpat - mengeji dan sebagainya.
Jawapannya- masih terlalu panjang untuk dituliskan.
Ilmu Fiqh
Apa maksud ilmu Fiqh?. Dari segi bahasa kalimah Fiqh bermaksud memahami. Pada asalnya ia bermaksud memahami agama secara keseluruhannya. Namun kemudiannya dikhususkan ulamak kepada memahami ajaran Islam yang berkaitan dengan hukum-hakam amali sahaja, iaitu percakapan, perbuatan dan hal-ehwal luaran manusia tanpa menyentuh soal aqidah dan akhlak. Secara lebih jelas, ilmu Fiqh ditakrifkan oleh ulamak sebagai; "Ilmu berkenaan hukum-hakam Syarak yang bersifat 'amali yang diperolehi dari dalil-dalilnya secara terperinci".
Huraian. Para ulamak membahagikan hukum-hakam Syarak kepada tiga iaitu;
- Hukum-hakam I’tiqad (Tauhid)
- Hukum-hakam ‘Amali (Fiqh)
- Hukum-hakam Akhlak (Tasauf)
Perkataan Syarak bermaksud Allah dan Rasul. Dalil-dalil Syarak pada dasarnya ialah Kitab Allah (yakni al-Quran) danSunnah RasulNya. Namun secara terperinci ia merangkumi juga Ijmak, Qiyas dan sebagainya.
Apakah tujuan mempelajari ilmu Fiqh?. Tujuan mempelajari ilmu Fiqh ialah untuk mengetahui hukum-hakam Syarak mengenai setiap tingkah laku manusia dan melaksanakan hukum-hakam tersebut dalam kehidupan dalam segenap ruang dan lapisannya.
Ilmu Fiqh amat berguna sama ada kepada ulama’, mufti, qadhi mahupun orang awam biasa. Bagi para ulama, mufti dan qadhi, mereka perlu mendalami ilmu ini untuk mengajar orang ramai tentang hukum Syarak, memberi fatwa dan memutuskan hukuman terhadap sesuatu kes.
Adapun orang awam, mereka perlu mengetahui ilmu ini agar dapat menjalani kehidupan seharian bertepatan dengangaris panduan yang ditetapkan Syarak.
Apa maksud hukum Syarak?. Kita sebutkan tadi bahawa tujuan mempelajari ilmu Fiqh ialah untuk mengetahui hukum Syarak atas setiap perbuatan kita. Apa yang dimaksudkan dengan hukum Syarak? Hukum Syarak ialah "Ketetapan dari Allah ke atas perbuatan-perbuatan hamba yang mukallaf sama ada ia perlu dilakukan atau perlu ditinggalkan atau diberi pilihan untuk melakukannya atau meninggalkannya". Ketetapan ini diketahui berdasarkan penelitian terhadap dalil-dalil Syara' iaitu al-Quran, as-Sunnah, Ijma', Qias dan sebagainya oleh para ahli Fiqh atau Mujtahid.
Berapakah pembahagian hukum Syarak?. Melihat kepada pengertian hukum di atas, dapat kita simpulkan bahawa perbuatan-perbuatan hamba mengikut hukum Syarak berada dalam tiga bahagian besar;
- Perbuatan-perbuatan yang dituntut supaya dilakukan (yang dituntut secara jazam iaitu tuntutan mesti atau wajib buat);
- Perbuatan-perbuatan yang dituntut supaya ditinggalkan (yang dituntut tidak secara jazam, iaitu tuntutan secara galakan sahaja, bukan tuntutan mesti atau wajib); dan
- Perbuatan-perbuatan yang diberi pilihan (yakni terserah kepada manusia sama ada ingin melakukannya atau meninggalkannya).
Kesimpulan. Setelah memahami pengertian dan pembahagian hukum Syarak di atas, dapat kita simpulkan perbuatan-perbuatan mukallaf mengikut hukum Syarak terbahagi kepada lima jenis:
- Yang wajib; iaitu perbuatan-perbuatan atau amalan-amalan yang mesti dilakukan di mana jika ditinggalkan akan berdosa.
- Yang sunat; iaitu perbuatan-perbuatan atau amalan-amalan yang digalakkan melakukannya oleh Syarakiaitu diberi pahala sesiapa yang melakukannya, namun tidaklah berdosa jika ditinggalkannya.
- Yang haram; iaitu amalan-amalan atau perbuatan-perbuatan yang mesti ditinggalkan di mana jika dilakukan akan berdosa.
- Yang makruh; iaitu amalan-amalan atau perbuatan-perbuatan yang digalakkan meninggalkannya iaitu diberi pahala kepada orang yang meninggalkannya (kerana Allah), namun tidak dikira berdosa jika dilakukannya.
- Yang mubah (harus); iaitu perbuatan-perbuatan atau amalan-amalan yang diserah kepada pilihan manusia samaada ingin melakukannya atau meninggalkannya di mana sebarang pilihannya tidak akan membawa implikasi dosa atau pahala.
Apa makna mukallaf dan siapakah yang dikatakan sebagai mukallaf?. Mukallaf ialah seorang yang telah mencukupi syarat untuk diberikan taklif Syarak (yakni tuntutan dankewajipan Syarak). Orang yang mukallaf wajib mematuhi ketetapan agama dan setiap perbuatan dan perlakuannya tertakluk dengan hukum yang telah ditetapkan oleh agama sama ada wajib, haram, harus dan sebagainya tadi. Empat syarat-syarat mukallaf ialah:
- Telah sampai umur (yakni baligh).
- Memiliki akal yang waras.
- Sampai dakwah kepadanya.
- Sempurna pancaindera, khususnya penglihatan atau pendengaran.
- Kanak-kanak yang belum baligh. Kanak-kanak yang mati sebelum baligh, ia akan selamat (dari siksaan Allah)sekalipun anak-anak orang kafir.
- Orang gila atau tidak siuman.
- Orang-orang yang tidak sampai dakwah kepadanya termasuklah ahlul-fatrah iaitu orang-orang yang hidup di antara zaman pengutusan Rasul (*yakni mereka jauh dari Rasul yang terdahulu dan tidak berkesempatan dengan Rasul yang bakal datang) atau hidup di zaman Rasul yang bukan diutuskan kepada mereka. Mereka akan selamat dari siksaan Allah kerana tidak sampai dakwah kepada mereka.
Apa cabang-cabang ilmu yang terkandung dalam ilmu Fiqh?. Ilmu Fiqh merangkumi dua bahagian besar;
- Ibadah; iaitu hukum-hakam yang menyentuh hubungan manusia dengan Tuhan. Ia merangkumi ibadah solat, puasa,zakat, haji dan sebagainya.
- Mu'amalat; iaitu hukum-hakam yang menyentuh hubungan manusia sesama manusia. Cabang mu’amalat ini merangkumi pula bidang-bidang berikut;
- Hukum-hakam tentang kekeluargaan yang merangkumi perkahwinan, perceraian, perwarisan, nafkah dan sebagainya. (Munakahat & Faraid)
- Hukum-hakam tentang harta seperti jual-beli, sewa-menyewa, gadaian, jaminan dan sebagainya. (Bai')
- Hukum-hakam tentang sistem pemerintahan dan pentadbiran negara merangkumi kewajipan melantik ketua negara, tanggungjawab ketua negara/pemimpin dan hak dan kewajipan rakyat/warga negara.
- Hukum-hakam tentang kehakiman/pengadilan merangkumi membuat keputusan (al-qadha), pendakwaan, prinsip-prinsip hukuman, kesaksian, sumpah, keterangan dan sebagainya. (Jinayat)
- Hukum-hakam tentang ahli Zimmah (orang bukan Islam yang mendiami dalam negara Islam) merangkumi hak-hak dan tanggungjawab mereka terhadap negara dan sebagainya.
- Hukum-hakam tentang hubungan antarabangsa merangkumi hubungan negara Islam dengan negara-negara luar di masa damai atau ketika perang.
- Hukum-hakam tentang kewangan negara merangkumi sumber-sumber pendapatan negara dan perbelanjaan-perbelanjaannya.
- Hukum-hakam tentang jenayah dan hukuman; merangkumi penetapan perkara-perkara yang terlarang dan hukuman-hukumannnya, cara-cara menetapkan/ mensabit kesalahan-kesalahan jenayah dan perlaksanaan hukuman terhadapnya. (Jinayat)
- Al-Quran
- As-Sunnah
- Ijmak (Ulamak)
- Qiyas
- Istisyab
- Masalih Mursalah
- Istihsan
- 'Uruf
- Syari'at terdahulu
.
.
7 SUNNAH PENTING
Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
Pertama
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.
Kedua
Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.
Ketiga
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.
Kelima
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.
Keenam
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".
Ketujuh
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.
Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua
Renungan:
"REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN"
WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN..
WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK..
WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT..
WAKTU MUDA SEBELUM TUA..
WAKTU HIDUP SEBELUM MATI..
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda "Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat" (Riwayat al Bukhari).
Yang paling kukuh keimanan ialah; berkawan kerana Allah; bermusuhan kerana Allah; bercinta kerana Allah, dan membenci kerana Allah (Hadis Riwayat Tabarani dari Ibnu Abbas r.a)
Saudara-saudara ku,
Jika hari ini aku terlalu gembira, sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah;
Jika ku bersedih tanpa kata, pujuklah aku dgn tarbiah Pencipta;
Jika ku lemah sedarkanlah agar aku berubah;
Dan jika esok ku lena tanpa terjaga, iringlah lenaku dgn kalungan doa;
Berjanjilah saudara saudariku, ukhwah kita utk selamanya.
Petikan dari: ohislam.com
7 FAHAMAN UTAMA TAUHID DALAM ISLAM
Ahli Sunnah Waljama'ah
Golongan
orang Islam yang berpegang pada Akidah ( ajaran, kepercayaan, dan amalan) yang
dibawa oleh rasullullah mengikut Al-Quran, dan sunnahnya. Fahaman ini juga
dijadikan penggangan para sahabat rasullullah ( Al-hadith, ajmak para sahabat,
dan Al-khias). Fahaman ini dapat menjernihkan Akhidah umat Islam daripada
berbagai-bagai fahaman yang menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar.
Fahaman Syi'ah
Golongan
yang menganggap Saidinah Ali Radhiallahhuan dan keturunannya yang lain sebagai
pengganti Rasullullah sebagai Imam (Pemimpin) yang maksum bagi umat islam. Dan
golongan ini tidak mengakui khalifah yang lain sebagai pemimpin. Dan golongan
ini di anggap terpesong dari landasan agama Islam. Dan golongan ini ramai
berada di Asia Barat.
Fahaman Mu'tazilah
Golongan
yang percaya kepada ketentuan logik akal fikiran atau di kenali dengan ahli
fikir. Mereka banyak terpengaruh dengan fahaman Yunani. Mereka percaya kepada
keusahaan zat Allah Taala, tetapi tidak percaya Allah Taala mempunyai sifat.
(Terlalu taksub kepada logik akal sehingga segala perbuatan manusia di tentukan
oleh akal fikiran dan membelakangi kudrat dan irodah Allah Taala).
Fahaman Qadariyah
Golongan
yang mengikut fahaman Muktazilah yang berfahaman bahawa manusia
mempunyai kuasa yang tersendiri dan dapat menentukan segala perbuatannya sama
ada baik ataupun buruk. Allah Taala tidak ada kena-mengena dengan perbuatan
manusia dan hanya mengetahui setelah perbuatan itu dilakukan oleh manusia.
Menganggap perbuatan manusia memberi kesan.
Fahaman Jabariyah
Golongan
yang berfahaman bahawa manusia tidak mempunyai ikhtiar dan usaha.
Segala-galanya berlaku dan di jadikan oleh Allah Taala, baik dan buruk adalah
ketentuan Allah Taala semata-mata.
Fahaman Wahabiat
Golongan
yang berpengang pada Al-Quran dan hadith rasullullah S.A.W serta menolak
bidaah termasuk bidaah hassanah dan menganggap semua bidaah adalah sesat.
Golongan ini melarang penganutnya menziarahi makam rasullullah. Melarang
penganutnya mempelajari sifat dua puluh Allah Taala.
Di atas
ialah 7 fahaman yang terdapat di dalam agama Islam, kenapa saya menulis
artikel ini kerana saya ingin berkongsi dengan anda semua, saya tahu ramai di
antara anda semua tidak tahu yang agama Islam mempunyai fahaman-fahaman yang
berlainan. Di antara semua fahaman di atas hanya satu sahaja fahaman yang
berlandaskan ajaran Islam yang sebenar iaitu Ahli Sunnah Waljamaah.
Artikel ini telah di rujuk oleh
sidang pengarang sinar jimiyat sdn bhd dan telah diluluskan oleh Jabatan Agama
Islam Negeri Johor.
Petikan dari: ohislam.com