Friday, September 30, 2011

TAJUK 37: PANGGILAN HAJI 4

MUSIM HAJI 1432/2011


Semalam 29hb September 2011, jemaah Haji dari kumpulan KT 1 (kumpulan pertama) telah bertolak dari KLIA ke Madinah.


"Penerbangan pertama jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci untuk menunaikan Rukun Islam kelima bagi tahun ini ialah pada 29 September ini, kata Pengurus Besar Kanan Lembaga Tabung Haji Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman.  Syed Saleh berkata 450 jemaah haji itu akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, melalui penerbangan sewa khas haji iaitu pesawat Malaysia Airlines (MAS) dan Saudi Airlines pada hari berkenaan iaitu pada waktu pagi dan tengah hari. Mereka adalah sebahagian daripada 28,000 jemaah haji Malaysia yang dibenarkan mengikut kuota yang ditetapkan pihak berkuasa Arab Saudi pada musim haji tahun ini.


Bercakap kepada pemberita di Putrajaya malam tadi selepas menghadiri pelancaran Kursus Perdana Haji peringkat Wilayah Persekutuan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim, beliau berkata jemaah haji Malaysia ketika ini sedang mengikuti peringkat akhir kursus haji iaitu kursus perdana di peringkat negeri selepas menghadiri kursus asas dan kursus intensif.


“Persiapan sudah lengkap. Sekarang cuma tunggu nak berangkat dan surat untuk memaklumkan jadual penerbangan telah dikeluarkan secara berperingkat sejak awal September,” kata beliau. Seramai 800 petugas Tabung Haji akan bertugas kali ini untuk menjaga kebajikan para jemaah dan mereka akan berangkat ke sana secara berperingkat bermula Rabu 29 September.  Penerbangan jemaah haji balik ke Malaysia dijadual bermula 12 November dan dijangka berakhir 11 Disember. 


Sementara itu, Dr Mashitah dalam ucapannya menasihatkan jemaah haji Malaysia supaya menjaga kesihatan masing-masing, menjaga percakapan, tingkah laku dan disiplin masing-masing demi nama baik negara. Sehingga hari ini, Mashitah berkata Tabung Haji dikenali sebagai antara agensi yang berjaya melahirkan jemaah haji yang terbaik di peringkat antarabangsa dan berharap pengiktirafan itu dapat dikekalkan melalui kerjasama semua jemaah haji Malaysia."
- Bernama



Membaca berita ini, hatiku menjadi sayu dan sedih.  Masa amat pantas berlalu. Rasanya macam baru bulan lepas aku pulang dari menunaikan ibadah Haji (2010).  Rupanya dah hampir setahun. Masih terasa hawa panas tanah Arab, masih terasa laungan azan Masjidil Haram dan Masjid an Nabawi.  Masih terdengar suara talbiyah, masih terdengan suara Pak-pak Arab berniaga, masih terdengar tempik petugas Masjidil Haram menghalau jemaah yang tidak mengikut peraturan, masih tergambar jelas, ribuan gelagat manusia (jemaah haji) dari pelbagai bangsa dari seluruh pelusuk dunia.


Masih tergambar bagaimana gelagat jemaah dari Indonesia, Turki, India dan Algeria meredah kesesakan dengan kumpulan besar mereka.  Masih tergambar bagaimana kegilaan manusia islam bagaikan kehilangan akal berasak-asak untuk merebut peluang mencium Hajar al Aswad dan juga untuk masuk ke Raudhah di Madinah.

Ya Allah, walaupun semuanya menggambarkan kesukaran belaka, namun aku tetap berdoa dan menunggu waktu untuk peluang seterusnya ke sana lagi.

Perasaan rindukan Baitullah mengasak jiwa sanubariku.


Musim Haji kali ini juga, kakakku Hajjah Rahimah yang telah menunaikan ibadah haji pada tahun 1990 telah sekali lagi diberikan rezeki oleh Allah swt untuk mengunjungi tanah suci.  kali ini bersama anaknya Mohd Rahmat.  Tarikh pemergian ialah pada 19 Oktober 2011. 


Antara pegawai TUDM yang akan menunaikan Fardhu Haji ialah:
  • Lt Jen Dato' Roslan Saad dan isteri
  • Mej Jen  Dato Azizan Shaari dan isteri
  • Mej Jen Dato' Mohd Noh Mohd Said dan isteri.
  • Brig Jen Wan Nor Mazlan bin Che Jaafar dan isteri.
  • Kol Mohd Tahir bin Basiron dan Mej Khadijah.
  • Kol Rashid bin Majid dan isteri
  • Lt Kol Amin bin Hj Suradi dan isteri
  • Lt Kol Zambri Ahmad dan isteri
  • Lt Kol Dr Mohd Yunus bin Masjuki dan isteri
  • Lt Kol Fadzilah Abdullah dan suami. 
Rakan jemaah Surau Luqman Hakim yang akan menyertai musim Haji kali ini ialah Laksda Dato' Nasaruddin dan isteri, Laksma Dato Syed Zahirudin Putra dan isteri, Kol Zaharin Jamil dan Kdr Jaafar Jailani dan isteri (coursemate MTAT).  Kapt Abd Jabar (KAGAT) juga akan berangkat pergi sebagai petugas TH.

Syukur kepada Allah kerana mereka telah sampai izin menyahut seruan Allah untuk melengkapkan Rukun Islam yang kelima.  Mudah-mudahan mereka diberi kemudahan dalam menghadapi segala dugaan yang pasti menanti di sana.

Bacalah doa ini: Rabbi Yassir Wa La Tu'assir


Labbaikallahumma Labbaik
Labbaika La Syarika Laka Labbaik
Innal hamda wannikmata laka wal mulk
La syarika lak


Pada 10 Oktober 2011 (aku bercuti sehari) Selepas solat asar di Surau Luqman Hakim (SLH),  jemaah solat Asar SLH pada petang itu beramai-ramai ke rumah Laksma Dato Syed Zahiruddin Putra. Beliau dan isteri (Datin Mariam Suri) akan terbang ke  tanah suci pada malam ini melalui Madinah.  Ramai jemaah surau serta warga MPAT yang mengucapkan selamat kepada mereka.


Pada 11 Oktober 2011, diadakan majlis doa selamat untuk bakal haji TUDM di Eagle Nest pada jam 1330H.


Pada 15 Okt 2011- majlis doa selamat untuk YBhg Lt Gen Dato Roslan Saad dan isteri (Datin Khairani) di Surau Luqman Hakim, KPTOJ selepas solat Maghrib.

Pada 18 Okt 2011, selepas Asar, ke rumah Laksda Dato Nasarudin Othman dan isteri (Datin Aishah) yang bertolak ke Kelana Jaya.

19hb Oktober, majlis doa selamat untuk Mej Jen Dato' Azizan di BM Nuri, jam 12.30 tengahari.


Semoga Allah mempermudahkan perjalanan Haji mereka dan mendapat Haji yang Mabrur.  Menyertai apa jua aktiviti yang berkait mengait dengan jemaah Haji dapat mengubat kerinduanku terhadap tanah Suci. 



 TAJUK-TAJUK BERKAITAN 


Saudaraku dari Jemaah Haji Pakej TMTT (2010) yang dikasihi,

TAJUK ini sebahagian dari pengkesahan (sebelum dan selepas) perjalanan hajiku (Tahun 1431 Hijriyah) bersama rakan-rakan dalam Pakej Haji Swasta TMTT yang dipimpin oleh Tuan Haji Redzuan dan isterinya Hajjah Naemah. Pakej ini mengandungi kumpulan KT 71 (turut mengandungi kumpulan KT 11 dan KT 63).  KT 71 bertolak dari KLIA pada 30 Okt 2010 dan kembali ke tanah air pada 12 Dis 2010. 

Semoga pertemuan ini akan menjadi asas persahabatan dan persaudaraan kita di dunia dan akhirat. Saudara-saudari boleh terus melayari tajuk-tajuk yang berkaitan dengan
.



.

Monday, September 12, 2011

TAJUK 36: AKU BELAJAR BAHASA ARAB اللّغة العربيّة .


 اللّغة العربيّة  

BAHASA ARAB

Kali ini sekali lagi aku ingin membuka satu tajuk yang berkaitan dengan Islam, Qur'an dan juga Syurga iaitu BAHASA ARAB.

Bahasa Arab adalah bahasa yang mempunyai taraf yang paling tinggi di kalangan segala bahasa yang wujud di atas muka bumi ini.  Ia adalah satu-satunya bahasa yang digunakan sebagai perhubungan dalam tiga fasa kehidupan manusia:
  • bahasa dunia (bahasa wahyu, bahasa al Qur'an dan bahasa ibadah (solat))
  • bahasa alam barzah (digunakan oleh malaikat Munkar dan Nakir dalam soalan kubur)
  • bahasa akhirat (bahasa perhubungan di Padang Mahsyar dan dalam Syurga)
Oleh itu kalau dahulu banyak bahasa seperti Bahasa Qibti, Bahasa Ibrani, Bahasa Sanskrit Bahasa Latin (hanya digunakan sebagai bahasa saintifik) dan lain-lain yang telah pupus dan lenyap dari muka bumi bersama bangsa penggunanya, Bahasa Arab dijamin kekal sehingga hari Qiamat.  Mana tahu?  Islam adalah ugama terakhir hingga hari Qiamat, Qur'an adalah satu-satunya kitab (Kalamullah) yang digunakan oleh penganut islam sehingga hari Qiamat.

Bahasa Arab atau 'al Arabbiyah' merupakan salah satu bahasa yang mempunyai pengguna yang ke 5 terbesar di dunia selepas Cina (Mandarin), Inggeris, Hindi dan Sepanyol.  Jumlah penggunanya sekitar 300 juta orang.  Bahasa ini muncul dari daerah yang sekarang termasuk negara Arab Saudi.  Bahasa ini dalam keluarga Bahasa Semitik berkait rapat dengan Bahasa Ibrani (Hebrew) dan Bahasa Aramia (Aramhic). Bahasa Arab Moden telah dikelaskan sebagai satu makro-bahasa dengan 27 sub-bahasa dalam ISO 6389-3.  Bahasa-bahasa kumpulan Arab ini dituturkan di seluruh dunia dan dijadikan sebagai bahasa rasmi kepada hampir semua negara di Timur Tengah dan Afrika Utara. Negara-negara bukan Arab menggunakan bahasa Arab yang standard yang juga di gunakan di dalam sistem persekolahan di negara-negara Arab.






"Arab Umum" atau "Al-'Arabiyyah Al-'Ammiyah" adalah bahasa Arab yang dipakai dalam percakapan sehari-hari di dunia Arab, dan amat berbeda dengan Bahasa Arab tulisan. Perbedaan dialek paling utama ialah antara Afrika Utara (Arab Maghrib) dan bahagian Timur Tengah (Hijaz). Faktor yang menyebabkan perbedaan dialek bahasa Arab ialah pengaruh sub-strat (bahasa yang digunakan sebelum bahasa Arab datang). Seperti misalnya pada kata yakūn (artinya "itu"), di Irak disebut aku, di Palestina fih, dan di Magribi disebut kayən.
Jenis dialek utama di Arab adalah sebagai berikut:

  • Dialek Mesir (مصري) yang digunakan sekitar 80 juta rakyat Masir (Egypt)
  • Dialek Maghribi  (مغربي) yang digunakan oleh 20 juta penduduk Morocco dan Barat Afrika.
  • Dialek Levantine () juga disebut dialek Syam - diguna di Syria, Palestin, Lebanon dan Cyprus.
  • Dialek Iraq (عراقي)- mempunyai perbezaan khusus antara utara dan selatan Iraq.
  • Dialek Arab Timur (بحريني).  Dipakai di Oman dan Arab Saudi dan Iraq Barat.
  • Dialek Teluk (خليجي) yang digunakan di kawasan negara-negara Teluk seperti Qatar, UAE dan Timur Saudi.




Sementara beberapa dialek lainnya yang agak luas juga penggunaannya adalah:

  • Dialek Hassaniyah (حساني) - dipakai di Mauritania dan Sahara Barat.
  • Dialek Sudani (سوداني) yang digunakan di Sudan dan Chad.
  • Dialek Hijazi (حجازي) digunakan di daerah barat dan utara Arab Saudi dan timur Jordan.
  • Dialek Nejd (نجدي) Dipakai di wilayah Nejd, Arab Saudi. 
  • Dialek Yamani (يمني) Dipakai di Yaman.
  • Dialek Andalusi (أندلسي) Dipakai oleh penduduk keturunan Arab di Sepanyol sampai abad ke-17 sebelum ia pupus.
  • Dialek Sisilia (سقلي) digunakan oleh penduduk di kepulauan Seychelles.
.
BELAJAR BAHASA ARAB

Sepanjang pengetahuanku yang Dhaif ini, ada TIGA  kaedah belajar Bhasa Aab yang popular, iaitu:
  • belajar melalui perbualan.
  • belajar melalui kaedah nahu dan penulisan
  • belajar melalui terjemahan kalimah alQur'an (lafdziyah).
Untuk memudahkan mempelajari Bahasa Arab, syarat asasnya mestilah tahu menulis huruf Arab/Jawi.  Ini kerana bunyi (makhraj) huruf Arab dan huruf Roman adalah berbeza.

Satu lagi cara belajar bahasa Arab Ammiyah yang paling efektif ialah dengan duduk bersama masyarakat Arab, tiru dan ikut sahaja,  lama-lama akan fasih, seperti mana kedapatan warga Malaysia dan Indonesia yang menetap di Arab Saudi.



AKU BELAJAR BAHASA ARAB


Awal pertama mula aku mengenal Bahasa Arab ialah apabila aku mula mengaji alQur'an dengan ayahku semasa aku berusia 5/6 tahun. Peringkat ini adalah paling penting kerana tanpa mengenal huruf Arab (bermula dari alif. ba', ta'), bunyi huruf (makhraj) dan menulis perkataan (menyambungkan huruf) peringkat seterusnya untuk mengenal kalimat dan ayat Bahsa Arab tidak akan boleh diteruskan. Kata orang, kalau kita tak kenal alif, ba, ta, maka kita lupakan untuk belajar Bahasa Arab.

Ilmu ini diteruskan apabila aku memulakan persekolahan, aku diajar menulis jawi (asas tulisan Arab) dan sedikit-sedikit maksud perkatan Arab melalui pelajaran Tafsir Al Qur'an di sekolah Agama Seri Rejo Sari.  Bermula dari Surah Al-Fatihah ke surah-surah yang mudah dan mempunyai sejarah seperti Surah al Ikhlas, Surah  al Fil, Surah al Kafirun, Surah A-Asr dan lain-lain). Masa itu tiada subjek Bahasa Arab yang khusus diajar walaupun di sekolah agama.  Semua nama-nama ustaz masih aku ingati iaitu: Ustaz Aswoto Hj Saion (almarhum), Ustaz Sharif bin Omar, Ustaz Jamil bin Hj Yusof (almarhum), Ustaz Sarimin bin Hj Othman (almarhum), Ustaz Kusnin bin Munadi (almarhum), Ustaz Shukur bin Sarno (almarhum) dan Ustaz Minhad bin Paiman.

Di sekolah menengah (STMI), juga tiada pelajaran khusus Bahasa Arab, ilmu ini dipelajari secara tidak langsung dalam subjek Pengajian Islam yang terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Fiqah, Usuluddin, Sejarah (Sirah) dan Tafsir.  Semasa di Tingkatan 1 diajar oleh Cikgu Fahariah binti Hamzah, kemudian Ustaz Omar Hj Salleh (dari Perlis) semasa di Tingkatan 2 dan dari Tingkatan 3 hingga 5 diajar oleh Ustaz Sulaiman bin Abdullah (dari Kelantan).

Penglibatanku dalam pelajaran Bahasa Arab secara formal hanya bermula semasa aku berpeluang mengikuti kursus Diploma in Business Studies (DBS) di ITM Shah Alam (1986-1989).  Setiap pelajar DBS diwajibkan mengambil subjek Bahasa Asing semasa di dalam Semester 2,3,4 dan 5.  Pada masa itu antara bahasa asing yang ditawarkan ialah Mandarin, Tamil, Jepun, Arab, German dan Perancis.  Atas sebab-sebab masa depan dunia dan akhirat, Bahasa Arab menjadi pilihan aku.

Kaedah dan pendekatan pengajian bahasa Arab di ITM lebih mirip kepada 'perbualan' - bermula dengan soal-jawab antara dua orang kanak-kanak berkaitan pengenalan diri dan hobi masa lapang. Silibus ini mengambil silibus dari sistem pendidikan di Arab Saudi.  Belajar bermula dengan nahu akan menjadikan pelajar cepat bosan.  Oleh itu belajar secara perbualan menjadikan pelajar turut berinteraksi dengan guru dan sesama pelajar.  Menyeronokkan apabila ada pelajar yang menyebut merangkak-rangkak, ada yang cepat dan ada yang tergeliat lidah.  Selepas kelas, dialog itu akan menjadi permainan sesama pelajar. 


Pensyarah-pensyarah Bahasa Arab yang mengajar aku semasa di ITM ialah Ustaz Hassan Mohd Ali (dilahir dan dibesarkan di Makkah) mengajar Semester 1 dan 2.  Ustaz Tajuddin bin Mohd Nor (Sem 3) dan Ustaz Mohd Zabawi bin Abdullah (Sem 4).  Dan dengan izin Allah swt, aku dapat 4 Flat untuk subjek Bahasa Arab keempat-empat semester.


 Setelah agak lama aku meninggalkan pelajaran bahasa Arab, banyak vocabulari dah mula pupus dari ingatanku, kelancaran juga makin berkurangan. Pada tahun 1992 semasa bertugas di DU-Latih aku mengambil inisiatif menyambung balik pengajianku di kampus UIA Petaling Jaya. Kelas dijalankan di waktu malam (2000 - 2200), dua kali seminggu, Isnin dan Rabu.  Maka, bermulalah episod kelas malam aku.  Biasalah, naik motorsikal. Cabaran ialah bila musim hujan.  Bukan tak nak naik kereta, tapi area situ memang ada masalah trafik.  Jadi, motorsikal juga jadi pilihan walaupun hujan dan ribut.


Aku cuma mampu bertahan satu semester sahaja (aku terus masuk Tahap 3). Tak tahan cabaran- ye la, balik kerja dah pukul 5 lebih, sebelum maghrib dah kena bertolak, solat Maghrib di masjid UIA dan lepas solat terus masuk kelas.  Lagi satu, cabaran ialah, kewangan.  Walaupun yuran hanya RM350 satu semester, namun masa itu agak berat juga jumlah itu.


Akhirnya, dapat juga 90% dalam peperiksaan akhir.





KITA SAMBUNG LAGI NANTI.......
.
Kalimat Bahasa Arab terdiri dari 3 jenis sahaja iaitu


  • Isim (Nama - Nouns)
  • Fiil (Perbuatan - Verbs)
  • Harf (Partikal - Particles)
ISIM (NAMA)

Dalam Bahasa Arab, NAMA adalah satu nama atau yang mewakili orang (person), tempat, benda atau kualiti (honor).  Nama atau kategori substantif dalam B.Arab termasuk penamabhan kepada nama mudah seperti gantinama, sifat nama (adjectives), sifat perbuatan (adverbs) dan juga 'verbids' (participles and verbal nouns). 
  • Nama tetap (concrete name) adalah benda nama seperti Ali, Mekah dan rumah.
  • Nama abstrak adalah nama yang menggambarkan benda 'immaterial' seperti merah, cantik dan tinggi. 
Nama tetap kepada seseorang (person) atau tempat dipanggil nama betul (proper name) atau "أَسْمَاْءُ عَلَمٍ" - tidak boleh diletakkan 'preceded words' seperti sebahagian, kebanyakan, sedikit.  Contohnya sebahagian Ali, beberapa Mekah atau sedikit matahari.  manakala yang lain dinamakan nama biasa (common names) atau "أَسْمَاْءُ جِنْسٍ ".  Antara nama biasa dalam Bahasa Arab ialah 'nama bilangan (count name)' yang boleh dikira dan mempunyai nama tunggal atau nama banyak dan 'mass name' seperti pasir, air, gula dan rambut.

Jenis-jenis Isim terbahagi kepada dua iaitu Isim Mudzakkar (masculine) dan Isim Muannath (feminine). Nama-nama dalam jenis 'muannath boleh dilihat perbezaannya melalui tanda berikut dihujungnya:
  •  Ta' Marbutah (Fatimah, Shamsiah, Khadijah).
  •  Alifun Taanith al Maqsurah (Laila, Salwa, Najwa).
  •  Alifun Taanith al Mamdudah (Asma', Haifa', Najla', Hasna')
  •  Tensendiri - Tiada tanda (Mariam, Zainab, Hindun,  Manal)
Nama terbahagi pula kepada 3 bahagian iaitu:
  • Tunggal (Mufrad)
  • Berdua (Muthanna)
  • Banyak (Jamak)- terbahagi kepada tiga jenis:
    • Jamak Mudzakkar Salim
    • Jamak Muannath Salim
    • Jamak Taktsir
.FIIL (PERBUATAN)

Jenis Fiil
- Fiel Madhi
- Fiel Mudharik
- Fiel Amar


Dhamir (ganti nama)- dikaitkan dengan penggunaan perkataan 'fiel' (kata perbuatan) telah dipecahkan kepada 14 pecahan:

  1. Ana (aku)
  2. Nakhnu (kami)
  3. Hua (dia lelaki)
  4. Huma (dia lelaki dua orang)
  5. Hum (mereka lelaki)
  6. Hia (dia perempuan)
  7. Huma (dia perempuan 2 orang)
  8. Hunna (mereka perempuan)
  9. Anta (awak lelaki seorang)
  10. Antuma (awak lelaki 2 orang)
  11. Antum (awak lelaki ramai)
  12. Anti (awak perempuan seorang)
  13. Antuma (awak perempuan 2 orang)
  14. Antunna (awak perempuan ramai)

Harf atau harfun jar.....................





akan disambung nanti

Sunday, September 11, 2011

TAJUK 35: TAFSIR Q


TAFSIR AL QUR'AN
(SECARA LAFDZIAH)

Sebesar-besar nikmat dan rahmat yang Allah kurniakan kepada kita ialah kita dilahirkan sebagai anak orang Melayu yang berugama Islam (Muslim).  Kita selalu bangga kita dilahirkan sebagai orang Islam tapi tanpa kita sedari, sebenarnya kita lupakan nikmat itu.  Kita merasa 'complacent' dengan menganggap kita sudah cukup dengan keturunan agama kita, kita rasa dengan bersolat, berpuasa dan berzakat sudah mencukupi.

Tak perlu untuk pergi jauh, tak perlu ditanya lebih 'detail' tentang ilmu zakat, ilmu faraidh, ilmu munakahat, ilmu muamalat, ilmu jinayah dan perundangan islam, ilmu qiraatdan taranum.  Tanya sahaja apa makna Surah al Fatihah yang kita baca sejak kita tahu bersolat hingga kini, sudah lebih 40 tahun kita amalkan, berapa ramai yang tahu maksud atau makna ayat-ayat dalam Surah al Fatihah itu.  tak payah tanya lagi ayat-ayat yang lain.

Aku malu.....Kita patut malu.... sebenarnya kita sudah tahu, adakah kita ini dalam kategori mana apabila kita berhadapan dengan malaikatul maut nanti, apabila kita bertemu dengan malaikat Munkar (منكر) dan Nakir (نكير) di alam barzakh nanti dan keadaan kita di padang Mahsar nanti.  Kita akan gagal...

Dengan segala bentuk dosa yang telah kita buat selama berpuluh tahun, sama ada dengan Allah atau dosa sesama manusia, sama ada dosa besar atau dosa kecil, kita tidak nampak kita boleh melepasi semua alam yang dinyatakan di atas.  Kita akan gagal.

Kita selalu PERASAN, orang islam akan masuk syurga.  Begitu mudah?

Sedarkah kita, selama hidup berpuluh tahun, kita enggan belajar enggan menambah ilmu agama kita.  Kita tak pernah berusaha menambah ilmu kita untuk memahami Al Qur'an. Malah dalam usia melepas angka 50, kita masih merangkak-rangkak membaca ayat Qur'an dengan hukum tajwidnya entah ke mana.  Ya Allah, hinanya diriku ini.

Aku ada seorang rakan bernama Mohd Anas bin Hassan, dia aku kenali semasa sama-sama mengikuti kursis staf di MTAT tahun 1999.  Masa itu dia berpangkat Kapten dan dinaikkan ke pangkat Mejar semasa dalam kursus.  Aku tabik dengan penguasaan ilmu agamanya dan keberaniannya menyuarakan semangat keislamannya serta kebolehannya menyampaikan dakwah kepada rakan-rakan tanpa mengira kedudukan.  Beliau juga merupakan siswa terbaik Tentera Darat dalam kursus MTAT Siri 28/1999.

Pada tahun 2011, dia mengikuti kursus di MTAT.  Sepatutnya aku juga mengikuti kursus ini tetapi telah dibatalkan di saat akhir.  kalau aku pergi, mesti aku akan duduk sekelas dengan beliau lagi.  Semasa berkursus dia mengambil ksempatan mengadakan tazkirah di surau Luqman Hakim (tempat aku tinggal) dan mengadakan kelas tafsir al Qur'an secara percuma.  Aku sungguh kagum dengan tahap keilmuannya menguasai Bahasa Arab.  Beliau boleh menjelaskan maksud setiap ayat al Qur'an secara lafdziah dan boleh menjelaskan secara terperinci mafhum kalimah satu persatu malah mampu menjelaskan dari aspek tajwid, nahu, saraf dan asbabun nuzul ayat tersebut.  Masya Allah. 

Untuk mendatangkan 'mood' aku ingin memulakan blog kali ini dengan tafsiran ayat-ayat al Qur'an dari Surah al Fatihah dan 5 ayat pertama surat al Baqarah.  Terima kasih kepada pemilik wanrusli.net yang kini menjadi rujukan saya.





بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
"Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani"


الحَمْدُ للّهِ رَبِّ العَالَمِينَ
"Segala puji bagi allah tuhan sekalian alam"

الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
"Yang Maha Pengasih lagi maha Penyayang"

مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
" Yang menguasai Hari Agama (pembalasan)"

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
"Kepadamulah semata kami beribadah dan kepadamulah sahaja tempat kami memohon pertolongan"

اهدِنَا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
"Tunjukkanlah kami jalan yang lurus"

صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ"
Jalan yang menikmatkan engkau ke atas mereka selain golongan yang dimurkai dan golongan yang sesat"


Ayat 001

NOTA :


آلم adalah rangkaian huruf-huruf ا ل م yang belum diketahui dengan pasti rahsianya. Kebanyakan ahli tafsir kata "الله أعلم بمراده". Hanya Allah lebih tahu maksudnya. Bagi setengah ahli bahasa mengaidaikan kewujudan huruf-huruf ini adalah bukti bahawa al Quran ini bukan ciptaan Muhammad s.a.w. Kerana baginda seorang yang buta huruf. Biasanya orang buta huruf tidak tahu menahu pasal huruf-huruf begini. Wallahu 'alam.



Ayat 002

PECAHAN PERKATAAN


ذلك (itu) :
اسم إشارة yang digunakan untuk menunjuk kepada sesuatu yang jauh. Untuk dekat digunakan هذا. "Itu" di sini merujuk kepada quran itu sendiri. Kenapa tidak digunakan هذا sahaja yang bermakna "ini"? Jawabnya : Kerana perkataan ذلك lebih melambangkan keagungan dan kebesaran berbanding هذا.


ُاَلكِتَاب (buku) :
buku di sini juga merujuk kepada al Quran ini juga. Al Kitab ialah sebahagian salah satu daripada nama al Quran.


لا ريب (tiada keraguan) :
لا ini dikenali sebagai لا نافية للجنس di mana perkataan selepas dibaca baris di atas ريبَ. Samalah macam kita kata لا إله إلا الله di mana إله berbaris di atas. ريبٌ ini berasal daripada perkataan راب - يريب - ريباً dan ia adalah kata terbitan atau مصدر.


فيه (di dalamnya) :
في bermaksud di dalam. Dan هِ adalah ganti nama bersambung bagi هو yang beerti 'dia'. هِ bermakna 'nya'.


هدى (panduan) :
ِberasal daripada هَدَى - يَهْدِيْ - هِدَايَةً /هُدًى iaitu menunjuk jalan. هدى adalah مصدر.


للمتقين (bagi orang-orang bertaqwa):
ل adalah حرف جر yang mengubah baris perkataan selepasnya. Asalnya المتقون dan oleh sebab ل ia berubah menjadi المتقين


Ayat 003


PECAHAN PERKATAAN KETERANGAN NAHU


اَلَّذِيْن orang-orang yang


Perkataan ini dalam nahu dikenali sebagai اسم موصول iatu kata pengubung bermakna 'yang'. Kalau untuk manusia 'orang yang'.


يؤمنون beriman


Perbuatan yang berasal daripada asalnya آمَنَ - يُؤْمِن . Dan oleh kerana الذين yang merujuk kepada المتقين dalam ayat sebelumya dalam bentuk 'jamak', maka يؤمن ini di tambah ون di akhirnya bagi menyesuaikan dengan 'jamak' tadi.


بالغيب dengan ghaib


Perkataan الغيب ini berasal daripada perbuatan غاب - يغيب yang bermakna 'menghilang atau tidak nampak pada pandangan'. Dan غيب ini adalah kata terbitannya. Kalau hendak diterjemahan secara terus ia akan bermakna 'ketidak nampakkan'. Syurga dan neraka termasuk dalam kategori الغيب kerana tidak dapat dilihat oleh kita hari ini. Hutan di dalam bahasa Arab ialah غابة yang juga berasal daripada غيب ini, kerana bila kita berada di dalam kita sukar dilihat.


يقيمون menegakkan


Perbuatan yang berasal daripada أقام - يقيم ini digunakan dalam al Quran bagi mendirikan solat. Kata terbitan bagi perkataan ini ialah إقامة yang selalu disebut selepas azan dan sebelum solat ditunaikan.


الصلاة solat


Asal usul perkataan الصلاة ialah daripada صلى - يصلي yang bermakna 'doa'. Sebab itulah berdoa untuk nabi dikenali sebagai الصلاة على النبي. Oleh kerana bacaan dalam sembahyang itu kebanyakkannya adalah doa-doa, maka perbuatan tersebut dikenali الصلاة.


مما daripada apa yang


Gabungan antara من (daripada) dan ما (apa yang) membentuk مما. Dan perkataan ما mempunyai beberapa makna dan kegunaan. Antaranya ia boleh bermakna apa, apa yang,apa-apa saja dan juga 'tidak'. Nanti bila kita berjumpa dengan ما kita akan terang lebih lagi. Insya Allah.


زرقنا kami telah beri rezeki


Daripada perkataan ُرَزَقَ - يَرْزُق perbuatan yang lepas dan نا adalah kami. Rezeki perkataan Arab زِرْق ialah pemberian tuhan yang berbentuk harta atau makan minum.




ينفقون mereka membelanjakan
Mudhari' bagi perkataan ُأَنْفَقَ - يُنْفِق. Anehnya daripada perkataan ini lahirnya perkataan نَفَق yang bermakna 'terowong' atau 'lubang'. Jadi, membelanjakan harta seseolah menebuk sedikit lubang pada harta untuk diberikan kepada orang atau kepada jalan Allah.


Ayat 004


وَالَّذِيْن dan orang-orang yang
Asal الذي dan jamaknya الذين bermakna 'yang'. Tapi untuk merujuk kepada orang diterjemahkan 'orang yang'.


يؤمنون beriman
-telah diterangkan sebelum ini-


بما dengan apa yang
ب ialah kata sendi yang memberi makna 'dengan'. Dan ما pula bermakna 'apa yang'. Perkataan ما mempunyai beberapa makna bergantung kepada ayat. Nanti kita terangkan bila sampai masanya. ما di dalam ayat ini sama dengan perkataan الذي yang kita jumpa sebelum ini. Ia termasuk dalam kategori اسم موصول.


َأُنْزِل
Berasal daripada perbuataan ُأَنْزَلَ-يُنْزِل bermakna 'menurunkan'. Dalam ayat perkataan َأَنْزَل dalam bentuk pasif atau مجهول. Kalau َأَنْزَل bermakna 'menurunkan', jadi َأُنْزِل bermakna 'diturunkan'. Tidak disebut secara langsung pelakunya. Perhatikan perubahan pada baris bila perbuatan ini dipasifkan.


وما dan apa yang
Sama dengan ما yang bersambung dengan بما di atas tadi


من قبلك daripada sebelum awak
قبل dalam bahasa arab memberi makna 'sebelum'. Boleh merujuk kepada masa dan boleh juga kepada masa ' sebelum'. Jadi kalau sudah didahului من maka biasa ia terus merujuk kepada 'masa sebelum'. Samalah halnya dengan بعد yang bermakna 'selepas'.


الآخرة yang akhir


Yang akhir disini adalah merujuk kepada اليوم الآخر iaitu hari paling akhir, iaitu apa yang kita sebut hari akhirat.


يوقنون mereka yakin


Berasal daripada perkataan ُأَيٍقَنَ - يُوْقِن dari dari sini keluarnya perkataan يقين


Ayat 005

أولئك (itu)

Perkara ini dikira jamak kepada ذلك. Ramai yang salah terjemah perkataan dengan makna 'mereka'. Cukup dengan makna 'itu' atau disebut dalam bahasa Inggeris 'those'.

هدى (petunjuk)

Kata nama (مصدر) yang lahir daripada perbuatan هدى - يهدي yang bermaksud 'memberi petunjuk'.

رب (tuhan)
Iaitu tuhan yang mencipta, menjaga dan memberi rezeki.Tuhan disembah pula disebut إله. Semua perkataan ini merujuk kepada Allah.

المفلحون (orang-orang berjaya)

Kata nama empunya perbuatan اسم الفاعل ini berasal daripada perbuatan أَفْلَحَ - يُفْلِح iaitu bermakna 'berjaya'. Kata terbitannya ialah الفَلَاح bermakna 'kejayaan'. Sering kita dengar dalam azan : حي على الفلاح
Rujukan: wanrusli.net





IKTIROF

←  PLURALISME GUS DUR, GAGASAN PARA SUFI Biografi KH Hasyim Asy’ari Pendiri NU Tebuireng Jombang  → Syair Doa Abu Nawas – Al I’tira...