.
MY VIEWS Part 1
Ruangan ini mengandungi 'my personal observation' ke atas apa-apa yang berlaku dalam negara ini atau di sekeliling kita yang berkaitan Politic, Economy, Social, Technology, Environment and Legal/|Government (PESTEL).
PEMERHATIAN SATU: MENUTUP AURAT ATAU FESYEN
Hari ini, menutup aurat bagi wanita terlalu diambil ringan.Tanyalah semua wanita dewasa, apa aurat wanita, semua tahu dan boleh menjawab dengan 95% tepat- setidak-tidaknya yang paling ringkas 'seluruh badan kecuali muka dan dua tapak tangan. Kalau diyanya apa hukum menutup aurat?, semua akan juga menjawab dengan tepat 100% - WAJIB.
Tetapi kenapa perkara wajib tidak dibuat? jawabnya, juga amat mudah iaitu 'ENGKAR PERINTAH ALLAH'. Seperti mana kita engkar perintah untuk solat (sembahyang), puasa, membayar zakat, mentaati dan menghormati kepada ibu bapa dan suami (bagi seorang isteri), larangan mengumpat, larangan berjudi, larangan minum arak. TIDAK MEMBUAT APA YANG DISURUH atau MEMBUAT APA YANG DILARANG - kedua-duanya adalah ENGKAR PERINTAH ALLAH.
KENAPA sibuk tentang menutup aurat?
Yang pertama ialah- hukum menutup aurat itu wajib - sesiapa yang mengaku dirinya ISLAM mesti mematuhi, tanpa gagal- tiada alasan untuk tidak mematuhinya sama ada atas alasan usia, penyakit atau tidak menimbulkan nafsu.
Yang kedua, penutupan aurat telah mula dipermain-mainkan oleh umat islam sendiri. Kalau kita lihatsekarang ini ramai wanita Islam sama ada tua, muda, dewasa, berkahwin atau atau anak gadis, memakai tudung hanya sebagai fesyen. Satu: tudung yang terlalu ringkas, setakat ikat dileher atau hanya memakai selendang. Dua: memakai tudung tapi pada masa yang sama memakai T-Shirt ketat yang mempamirkan benuk dan keluk badan, atau T-Shirt lengan pendek.
Yang ketiga, jika orang islam sendiri tidak mengambil berat, maka orang kafir laknatullah akan mengambil peluang. Contoh, banyak negara Eropah mengeluarkan larangan kepada wanita Islam dari memakai tudung. Malah, dalam negara Islam sendiri seperti Malaysia ada majikan yang melarang pekerja Islam memakai tudung.
PEMERHATIAN DUA: SEMAKIN TUA SEMAKIN SIBUK
Semua orang, saya dan anda, tetap akan menua (makin tua), dan pasti akan mati. Maksudnya usia kita semakin pendek. TAPI dalam kerjaya kita, kelazimannya makin kita meningkat usia, kita makin naik pangkat. Bila pangkat makin tinggi, makin sibuk, banyak mesyuarat sana sini, dua tiga mesyuarat sehari, mesyuarat berjam-jam, kadang langgar sampai ke malam. Solat pun terkejar-kejar dan jadi kurang sempurna. Kadangkala waktu solat pun langgar semacam sahaja seolah-olah kepentingan solat itu adalah perkara yang secondary kepada kepentingan solat itu.
Kalau waktu muda kita banyak alasan, selain masih belum insaf, dan sibuk dengan peningkatan kerjaya, yang jelas, semakin tua, kita jadi semakin jauh kepada untuk mengingati dan menyediakan diri untuk kematian. Sebab itu sukar untuk melihat orang berpangkat tinggi berada di surau atau masjid semasa waktu Maghrib, Isyak atau Subuh. Maknanya kalau Zuhur dan Asar sukar bersolat jemaah kerana alasan tengah bermesyuarat atau sedang menghadiri apa-apa majlis, waktu malam dan awal pagi yang sememangnya waktu lapang pun kita tetap tidak berkesempatan melakukannya.
Aku sekadar mengingati diriku sendiri, kerana aku sedar, dosa-dosa dan kelalaian aku di masa muda. Baki masa yang tinggal sejenak ini, aku baru ingin memantapkan diri, baru ingin memperbetulkan diri, aku tidak tahu sama ada ia sempurna untuk diterima sebagai ibadah dan diberi ganjaran. Bagaimana aku mampu untuk aku menyediakan bayaran kepada hutang-hutangku yang lalu.
Adakah aku dari golongan yang dilaknati Allah kerana semakin tua aku semakin jauh dengan Allah kerana masih sibuk mengejar duniawi, mengejar pangkat dan harta serta masih leka dan lalai dengan perkara yang sia-sia- masih ingin berhibur seperti aku inginkan hiburan sewaktu aku berusia 25 tahun dulu!.
Kalau waktu muda kita banyak alasan, selain masih belum insaf, dan sibuk dengan peningkatan kerjaya, yang jelas, semakin tua, kita jadi semakin jauh kepada untuk mengingati dan menyediakan diri untuk kematian. Sebab itu sukar untuk melihat orang berpangkat tinggi berada di surau atau masjid semasa waktu Maghrib, Isyak atau Subuh. Maknanya kalau Zuhur dan Asar sukar bersolat jemaah kerana alasan tengah bermesyuarat atau sedang menghadiri apa-apa majlis, waktu malam dan awal pagi yang sememangnya waktu lapang pun kita tetap tidak berkesempatan melakukannya.
Aku sekadar mengingati diriku sendiri, kerana aku sedar, dosa-dosa dan kelalaian aku di masa muda. Baki masa yang tinggal sejenak ini, aku baru ingin memantapkan diri, baru ingin memperbetulkan diri, aku tidak tahu sama ada ia sempurna untuk diterima sebagai ibadah dan diberi ganjaran. Bagaimana aku mampu untuk aku menyediakan bayaran kepada hutang-hutangku yang lalu.
Adakah aku dari golongan yang dilaknati Allah kerana semakin tua aku semakin jauh dengan Allah kerana masih sibuk mengejar duniawi, mengejar pangkat dan harta serta masih leka dan lalai dengan perkara yang sia-sia- masih ingin berhibur seperti aku inginkan hiburan sewaktu aku berusia 25 tahun dulu!.
Dalam sebuah Hadis Qudsi, disebut tiga golongan manusia yang dicintai dan paling dicintai Allah s.w.t iaitu:
Orang yang tawaduk, tetapi Allah sangat menyintai orang kaya yang tawaduk.
Orang yang pemurah, tetapi Allah sangat menyintai orang miskin yang pemurah.
Orang yang bertaubat, tetapi Allah amat menyintai orang muda yang bertaubat.
Tiga golongan yang dibenci Allah s.w.t iaitu;
Orang yang takabbur, tetapi Allah amat benci dengan orang kaya yang takabbur.
Orang yang bakhil, tetapi Allah sangat benci dengan orang kaya yang bakhil.
Orang yang tidak mahu bertaubat, tetapi Allah sangat benci dengan orang tua yang tidak mahu bertaubat.
PEMERHATIAN TIGA: SOSIAL
Artis adalah ikon masyarakat tanpa mengira usia dan gender. Artis boleh dikategorikan dalam beberapa jenis kerjaya seperti penyanyi, pelakun, pelawak, pelukis, penari, pemain muzik, komposer, penulis lirik, pengarah filem, jurufoto, peragawan/wati atau model dan lain-lain lagi.
Sama ada kerjaya artis itu satu pekerjaan yang halal di sisi islam atau tidak adalah tertakluk kepada cara bagaimana dia melaksanakan kerja itu. Seperti juga kerja bank- kerja itu halal dan fardhu kifayah kerana mesti ada orang islam yang mahir dalam hal ehwal perbankan. Bagaimana kerja di bank jadi haram, kita bincang dalam penulisan yang lain.
Berbalik kepada artis- menghiburkan orang adalah harus- melakunkan sesuatu peristiwa sebagai pengajaran adalah juga harus. melakunkan kerja sebagai pendakwah untuk menyebarkan islam dan kerja-kerja amal kebajikan adalah sunat. Tetapi bagaimana kerja artis boleh jadi haram?
1. Mendedah aurat - bukan setakat tidak menutup aurat asas iaitu selain muka dan tapak tangan malah pakaian yang ketat sampai nampak segala bentuk dan lekuk badan- malah mendedahkan buah dada, perut/pusat, peha dengan pakaian yang seksi dan menjolok mata bukan sahaja HARAM untuk diri sendiri malah HARAM untuk orang lain menonton.
2. Pergaulan dan lakunan - Dalam melakunkan peranan sebagai suami, isteri, anak, nenek, datuk dan sebagainya, sudahlah mereka tidak menutup aurat, mereka berpelukan (dengan isteri atau suami orang lain), bersentuhan secara bebas, berlakun atas katil (dengan isteri, suami atau anak orang lain) dan sebagainya. Hanya orang kafir sahaja yang kata perkara itu tidak HARAM.
3. Suara Lantang. Sebagai penyanyi pulak - aurat wanita adalah termasuk suaranya. Kalau dah melalak menyanyi boleh didengar satu stadium - apatah lagi dengan pakaian mendedah aurat, sambil menari lengguk - sudah tentu jadi HARAM. (TAPI hukum ke atas wanita mengaji Qur'an dalam majlis tilawah jika tidak dikhuatiri menimbulkan fitnah adalah HARUS ) Apatah lagi menyanyi dengan pakaian yang tidak menutup aurat dan menjolok mata. Itu belum masuk lagi senikata yang mengkhayalkan, membesarkan percintaan (bukan kepada Allah dan rasul dan bukan juga ibubapa/anak), kekecewaan, memuja kekasih, berpesta dan sebagainya. Ini melibatkan penulis lirik dan komposer pulak.
POKOK persoalannya. Adakah pendapatan yang diperolehi dari kegiatan dan pekerjaan yang melibatkan amalan seperti disebut di atas (setakat 3 sahaja pun cukup) boleh dikira sebagai pendapatan yang HALAL?. Rasanya tak perlu untuk mendapatkan pengesahan dari MUFTI. Tanya budak sekolah rendah Tahun 4 pun ramai boleh jawab.
DAHAN kepada pokok itu. Pendapatan itu digunakan buat rumah, berikan ekpada ibu bapa, menderma dan sebagainya. Wang itu juga yang digunakan untuk menyara keluarga, menunaikan HAJI dan UMRAH. Kalau kita ditanya apa hukum gunakan wang RASUAH, wang hasil ROMPAK, wang hasil MELACUR dan wang JUDI, EKOR untuk menunaikan HAJI? kita dapat menjawab dengan capat dan tepat. Bagaimana pula dengan wang hasil seni yang melibatkan perkara-perkara yang disebutkan di atas tadi?
Ustaz dan Ustazah susah nak jawab sebab ustaz dan ustazah, anak-anak ustaz/ustazah pun sama-sama tenguk drama dan filem.
PEMERHATIAN EMPAT: SOSIAL & ENVIRONMEN
Semasa aku mula-mula datang ke KL pada tahun 1977 dulu masalah setinggan (kita orang panggil 'Sting Garden') memang satu perkara biasa- Kg Kerinchi, Pantai Dalam, Setapak, Jalan Gurney, Jalan Klang Lama, Salak South, Sg Besi, Padang Tembak, Keramat dan banyak lagi. Alhamdulillah, sekarang banyak perkampungan setinggan tang menyakitkan mata memandang telah banyak yang hilang. Sekarang yang banyak muncul perkampungan orang asing seperti Indonesia dan Myanmar. Malah mereka sudah membawa budaya negara mereka dalam mayarakat kita.
Bagi orang Malaysia pula- walaupun telah tinggal di perumahan terancang sama ada rumah teres atau rumah pangsa, perangai setinggan sukar dikikis. Selain dari pengotor mereka suka membuka perniagaan (warung) di tepi-tepi rumah- yang teruk buka kedai pasar ikan di kawasan rumah. Bukti terbaik ialah di Jalan AUXX berhampiran Surau Aziziyah. Bau busuk- pembeli memakir sesuka hati hingga menghalang pengguna jalan raya. Ada satu gerai tu,bumbung dia dan masuk kawasan jalan- kalau silap haribulan, boleh tersangkut kepala orang.
Lagi satu di jalan Taman Tasik Selatan nak masuk ke Kem Tentera Darat di Sungai Besi. Sepanjang kedua-dua belah pedestrian di penuhi dengan gerai (makanan dan buah-buahan) 'haram'. Jangan salah faham- bukan haram hukum fiqah tapi tidak berlesen. Nampak sesak, semak, kotor dan mengganggu kelancaran perjalanan kenderaan.
Pertanyaan saya, ialah apa peranan penguatkuasa PBT? MALAS, TIDUR atau RASUAH? atau Penguatkuasa dah tak kuasa nak buat kerja?
PEMERHATIAN LIMA: POLITIK
Menteri Johor
Dalam rombakan kabinet Dato Sri Najib setelah beliau mengambil alih jawatan PM serta memenangi jawatan Presiden UMNO pada tahun 2009 memang MP dari Johor mendahului senarai negeri-negeri lain yang dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri Kabinet dan Timbalan Menteri. Wajarnya ada kerana Johor memberi sumbangan besar kepada kemenangan besar BN/UMNO dalam PRU 12. Bagaimanapun terdapat beberapa perlantikan yang kurang wajar seperti berikut:
Menteri Pelajaran, Tan Sri Mukhyiddin Yassin adalah Ahli Parlimen Pagoh (Johor), kebetulan kedua-dua orang timbalannya Datuk Dr Mohd Fuad Zarkhasi (Ahli Parlimen Batu Pahat, Johor) dan Datuk Dr Wee Ka Siong (Ahli Parlimen Ayer Hitam, Johor). Dan kebetulan juga, Menteri Pengajian Tinggi, Dato Seri Mohamad Khaled Nordin adalah Ahli Parlimen Teberau, juga dari Johor.
Adakah ini sememangnya dirancang? atau secara kebetulan? atau tidak disedari?
Sememangnya perlantikan Menteri dan Timbalan Menteri adalah hak mutlak YAB PM. Tapi wajarkah dalam satu Kementerian (Pelajaran), ketiga-tiga orang penerajunya Menteri dan 2 Timbalan Menteri datang dari satu negeri, iaitu Johor. Sepatutnya salah seorang Timbalan Menteri diambil dari kalangan Ahli Parlimen dari Sabah atau Sarawak, sebagai menghargai sumbangan besar mereka memenangi PRU 12. Dulu pernah MP dari Sarawak, YB Haji Salleh Jaffaruddin dan Hj Bujang Hj Ulis dilantik menjadi Timbalan Menteri Pendidikan.
Lagi satu, dalam Jemaah Menteri yang sedia ada ini ramai sangat Senator. Seolah-olah wakil rakyat yang menang dalam PRU tidak layak menjadi Menteri atau Timbalan Menteri. Malah calon PRU12 yang kalah bertanding dilantik menjadi Senator dan kemudian dilantik jadi Menteri atau Timbalan Menteri. Cuba kita lihat berikut:
- Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon - Menteri - kalah PRU12 - sudah merasa hampir 20 tahun sebagai Ketua Menteri.
- Senator Dato' Seri Jamil Khir bin Baharom- Menteri
- Senator Dato' Seri Idris Jalla - Menteri
- Senator Dato G Palanivell - Menteri - kalah PRU
- Senator Dato Seri Shahrizat Abdul Jalil- Menteri - kalah PRU
- Senator Dato Raja Nong Chik
- Senator Dato Dr Mashitah Ibrahim - Timbalan Menteri\
- Senator Gan Peng Siau - Timbalan Menteri
- Senator Heng See Kie - Timbalan Menteri
- Senator Kohilan Pillay - Timbalan Menteri
- Senator Dato Maznah binti Mazlan - Timbalan Menteri - juga ADUN Pahang.
- Senator Dato Maglin Dennis de Cruz - Timbalan Menteri
Perlantikan terlampau banyak Menteri dan Timbalan Menteri dari kalangan Senator ini menggambarkan ratusan Ahli Dewan Rakyat yang dipilih oleh rakyat dalam PRU tidak layak untuk dilantik ke jawatan itu.
No comments:
Post a Comment