Friday, September 2, 2011

TAJUK 33: SYAWAL 1432

EID MUBARAK 1432


Dua puluh sembilan hari berpuasa dalam bulan Ramadhan 1432 terasa amat singkat sekali. Amat berbeza dengan masa aku kecil dulu, untuk menghabiskan bulan Ramadhan adalah sesuatu yang amat menyiksakan.  Hari ini 3hb September 2011 telah masuk hari keempat Syawal.  Aku sudah berada semula di rumahku di KPTOJ.  Sampai di KL malam tadi hampir jam 12 malam.


Aku pulang ke kampung pada hari Isnin (29 Ogos) iaitu hari terakhir Ramadhan 1432H. 


Seperti mana hari raya yang lepas-lepas, Raya pertama bermula malam raya, kami berkumpul di rumah Bapak di Kg Parit Lapis Mahang.  Tahun ini Long, Amir dan Minin tidak balik pada malam raya.  Mereka sampai di hari raya pertama kerana berhari raya di sebelah mertua.  Long pula sudah mempunyai keluarga sendiri (3 orang menantu), maka dia beraya di rumah sendiri sebelum balik ke kampung.  Namun tetap meriah.


Pada pagi raya pertama, seperti biasa seluruh ahli keluarga termasuk anak-anak almarhum Lek Shukur akan berkumpul di rumah bapak, bertakbir dan bermaaf-maafan.  Sejak tahun lepas, bapak sudah tidak boleh bercakap (memulakan ucapan ketua keluarga) dan tugas itu diambil alih oleh Amim.  Bapak sudah bertambah uzur, ingatannya amat terjejas.  Hanya kenal anak-anak atau ahli keluarga yang rapat sahaja tetapi sudah tidak mampu mengingati apa pun peristiwa yang lepas.


Pagi raya tu, rumah bapak/emak memang penuh sesak dengan anak cucu.  Bayangkan anak kalau anak ada 9, setiap anak average ada 5 anak- dah 45, anak Lek Kalimah ada 6, average anak ada 4 = dah 24, katakan cicit ada 10- semua ada 75 (yang tak balik digantikan dengan menantu dan menantu anak serta anak-anak angkat dan cucu angkat yang ikut beraya di sana.  Bayangkan lah kalau semua balik hari ut, dekat 100 orang.

Mungkin suasana seperti ini tak akan ada lagi apabila tiba masanya bapak dan emak sudah tiada.  Masing-masing dah ada anak menantu dan cucu.  Masing-masing punya keluarga besar sendiri untuk merayakan aidil fitri di rumah amsing-masing.


Kanak-kanak cukup seronok pagi itu.  Cucu dan cicit menanti saat yang paling menyeronokkan iaitu apabila selesai bermaaf-maafan, atuk-atuk sedara, bapak-emak sedara akan membahagikan duit raya.  Pastinya hasil tahun ini bertambah sebab semakin ramai yang sudah berkerja manakala kadar kelahiran lebih rendah.  Pagi itu sahaja, rasanya setiap kanak-kanak boleh mengumpul antara RM100-150.  Itulah zaman mereka.  Berbeza, masa aku dalam zaman tersebut (tahun 1960an), mungkin pagi itu, paling banyak dapat RM2 sahaja.  Apa taknya,biasa orang bagi cuma 20 sen sahaja. Pulak  tu,yang mengagihkan duit raya pun tak ramai, tak sampai 10 orang.

 
 
  
  
 
 


Emak, walaupun bulan lepas (sebelum puasa) dimasukkan ke hospital akibat masalah jantung seperti yang aku tulis dalam Tajuk DIA IBUKU, kelihatan semakin sihat.  Seronok melayani anak cucu dan cicit yang semakin ramai.  Bayangkan, cucu kakak aku sahaja (Ngah) sudah hampir 10 orang!.


Lepas bertakbir dan solat sunat Eidil Adha di Surau Tengah, kami beraya di rumah Lek Kalimah dan kemudian rumah Ngah (Kak Im).

 
 
 

Selalunya Hari Raya setiap keluarga ada warna skema untuk pakaian hari raya.  Tapi tahun ini aku bagi kebebasan warna.  So, kalau lihat gambar di bawah, anak-anak aku memakai baju pelbagai warna.

 
 
 

Tahun ini aku kurang berjalan, lebih banyak berehat di rumah emak sahaja.  Raya kedua aku ke rumah Lek Siti (Parit Lapis Seri Dalam) dan kemudian ke Kg Istana, Batu Pahat (Rumah Kak Chom).  Malam baru balik ke kampung.

Keesokan harinya (raya ke 3) kami sudah berkemas-kemas untuk balik kampung. Hari ini Man pun bertolak balik ke Kemaman,Terengganu.  Minin masih ada, tapi beraya ke Kluang (rumah Long) dan Johor Bahru (rumah Amim dan Acik Razikan).

Dalam perjalanan balik ke KL, kami ke Kluang beraya ke rumah bakal besan, En Kasim (ayah Mohd Noor Hafiz). Kami dijamu dengan ketupat.  Lebih kurang jam 1.30 tengahari kami bertolak pulang ke KL- singgah solat jamak Zohor + Asar di R & R Pagoh. Lebuhraya mulai banyak kenderaan selepas exit Simpang Ampat (Alor Gajah) dan kenderaan semakin banyak lebih kurang 3km dari exit Senawang.  Ada kemalangan kecil.  Aku mengambil keputusan untuk keluar exit Senawang dan mengambil lebuhraya LEKAS dari Ampangan.  Singgah di Masjid Paroi Jaya (isteri belum solat Asar). Kemudian masuk kejap ke Taman Ampangan melihat 'bakal rumah aku'.

Melalui LEKAS, kami keluar ke SILK untuk ke Bangi - singgah beraya di rumah kakak iparku (Kak Nab).  Kebetulan hanya Mazila dan suami (KZ) sahaja yang beraya di sana, yang lain (Maniza dan Azani) beraya di rumah mertua masing.  Solat jamak Maghrib + Isyak di rumah Kak Nab.  Ditaqdirkan, malam itu juga Maniza sekeluarga baru sampai dari Temerluh (kampung Khalid) dan Azani baru balik dari Rantau (kampung Ruziah). Maka malam itu kami dapat berjumpa dengan kesemua ahli keluarga kak Nab.

Dekat jam 12 malam baru kami sampai rumah di KPTOJ. Letih tapi menyeronokkan.

Jumaat pagi tidak aktif - aku mengambil kesempatan mencari peluh dengan membersihkan sekeliling rumah, menebas rumput, membakar sampah dan menanam pokok bunga dan benih anak keladi yang aku bawak dari kampung.  

Tengahari bersolat Jumaat di Masjid Muaz bin Jabal. Gerai-gerai yang selalunya memenuhi sepanjang tepi jalan depan masjid masih lengang (beraya).  Ada 2 atau 3 gerai sahaja yang beropearsi.  Kali ini aku dapat solat  saf paling hadapan.  Kebetulan di sebelah ku ialah Laksda Dato Engku Zainal Abidin (bersara), mantan AKSPA yang aku kenali akhir tahun 90an semasa aku menjawat YDP PIBG sekolah SKDTHO.  Kebetulan beliau selalu hadir ke sekolah semasa majlis-majlis anjuran sekolah kerana anakandanya adalah pelajar yang aktif- kemudiannya menerima Anugerah Tokoh Pelajar SKDTHO.

Lepas solat ke kedai mamak 'Ali Maju'  Keramat Permai beli nasi beriani, lauk ayam madu dan gulai kambing.

Selepas Asar, kami sekeluarga ke Sri Hartamas, beraya di rumah Long Atan (abang iparku).  Kat sana anak-anak Hj Mohd Abu/Kak Nab (Niza, Azani dan Zila dan keluarga masing-masing)  telah ada beraya di sana.

Pada 6hb Sep (Selasa) Yah (Khairiah) bersama suami (Safingi) dan 3 anaknya (Wana, Khairin dan Khairunnisa) telah singgah beraya ke rumahku (kali pertama mereka sampai ke rumahku). Mereka dalam perjalanan ke Tanjung Malim menghantar anak sulungnya yang akan mendaftar di UPSI esok (7hb).


JEMPUTAN RUMAH TERBUKA

10 Sep 2011
Majlis Rumah Terbuka TUDM
1200 - 1700
Mes Wira Angkasa 
PU Kuala Lumpur

24 Sep 2011
Rumah Terbuka MENHAN
2000 - 2300
Dewan Seroja
MINDEF



S

No comments:

Post a Comment

IKTIROF

←  PLURALISME GUS DUR, GAGASAN PARA SUFI Biografi KH Hasyim Asy’ari Pendiri NU Tebuireng Jombang  → Syair Doa Abu Nawas – Al I’tira...