Memoir Putera Lapis Mahang

Memoir Putera Lapis Mahang

Friday, December 30, 2011

TAJUK 52: AMAL IBADAH


AMAL IBADAH


Masa aku sekolah agama petang (Sekolah Agama Seri Rejo Sari) antara tahun 1969 hingga 1971, antara subjek utama yang diajar ialah Ibadah, Tauhid, Tajwid, Adab dan Tafsir. Bila masuk Darjah Dua dan seterusnya subjek akan bertambah lagi kepada Tasauf, Bahasa Arab serta pecahan kepada Ibadat iaitu Munakahat (Ilmu Perkahwinan dan Pengurusan Rumahtangga), Muamalat (Ilmu Jual beli) dan Jinayat (Ilmu Perundangan Jenayah).  Itu istilah yang digunakan pada masa itu. Bayangkan, dalam masa 6 tahun, usia baru 15 tahun sudah 'pakar' dalam pelbagai bidang agama.

Itu pun kalau naik kelas, mana-mana pelajar yang gagal dalam peperiksaan akhir tahun, tak akan naik kelas. Istilah sekarang 'repeat' atau 'relegated'.  Ada yang termasuk kategori 'lemban' akan bertahan dalam Darjah Satu sehingga 3-4 tahun.  Masa itu umur masuk sekolah agama ialah 10 tahun atau semasa dalam Darjah 4 sekolah Kebangsaan. Maknanya ada yang sampai aqil baligh masih tak naik kelas.

Subjek Ibadat itu samalah seperti subjek Ilmu Fiqah (Fiqh) atau Syari'ah (Hukum-hakam dan Perundangan Islam).  Manakala Ilmu Tauhid adalah sama dengan Ilmu Usuluddin (Mengenal Agama dan Allah) atau Ilmu Aqa'idul Iman.

Apa itu ibadah?


Ibadah ialah kata-nama yang merangkumi segala sesuatu yang disukai oleh Allah S.W.T.dan yang diredhai-Nya sama ada perkataan, perbuatan, yang zahir dan batin. Justeru itu, sembahyang, zakat, puasa, haji, jujur dalam kata-kata, menunaikan amanah, melakukan kebajikan kepada dua ibubapa, menunaikan janji, amar maaruf, nahi mungkar, berjihad menentang orang-orang kafir dan munafiqin, melakukan ehsan kepada jiran tetangga, anak yatim, orang fakir miskin dan musafir juga hamba-hamba abdi dan binatang, doa, zikir dan bacaan al-Quran, semuanya adalah ibadah.

Ibadah adalah kemuncak ketundukan dan ketaatan sebagaimana yang dikatakan oleh al-Hafiz al-Subki. Allah ta^ala berfirman:


لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنَا فَاعْبُدُونِ
Maknanya: “Tiada Tuhan yang wajib disembah kecuali Aku (Allah), maka beribadahlah (sembahlah) kepada-Ku”. [Surah al-Anbiya': 25]


Rasulullah sallaLlahu ^alayhi wasallam bersabda:

حَقُّ اللهِ عَلَى الْعِبَادِ أَن يَعْبُدُوهُ وَلا يُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا
Maknanya: “Hak Allah ke atas para hamba ialah mereka hendaklah beribadah kepada-Nya dan tidak menyekutukan sesuatu pun dengan-Nya”. [Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim].

Jenis Ibadah
  • Khusus (Khususiyah) seperti mengerjakan Solat, Puasa, menunaikan Zakat dan mengerjakan Haji dan Umrah.
  • Umum (Ammah) seperti menziarahi orang sakit/mati, memenuhi jemputan, bersedekah dan menjaga kebersihan.
Kenapa kita melakukan ibadah?.  Maklumat ini aku ambil dari catatan semasa Kuliah Subuh oleh Ustaz Kol Hj Nawawi bin Daud (KAGAT) di Sulau Luqman Hakim pada 1 Jan 2012.
  • Kerana kita ini adalah HAMBA dan ALLAH Tuhan (Tuan dan Pencipta) kita- maka kita kena buat apa yang diperintahnya.
  • Kerana kita TAKUT kepada ALLAH - maka kita tidak buat apa yang dilarang dan takut ancaman dan pembalasan jika kita buat juga.
  • Kerana kita BERSYUKUR kepada ALLAH - maka selama hayat kita hanya menumpang, meminjam hak miliknya tanpa bayaran - tapi kita angkuh, kita degil, kita sombong, kita bongkak seolah-olah muka bumi ini milik kita.
  • Kerana kita MALU kepada ALLAH - maka kita sebenar terlalu kerdil, terlalu lemah dan tak berdaya, terlalu bodoh dan terlalu sedikit ilmu.
Melakukan ibadah bukanlah satu yang semudah sebutannya.  Untuk menentukan sama ada ibadah kita diterima oleh Allah atau tidak ia tertakluk kepada keikhlasan (bukan mudah untuk dicapai), kekhusukan (terutamanya solat), tidak dicemari perkara-perkara yang batil (seperti semasa puasa mesti menjaga mata, mulut dan telinga).  Ibadah kita akan rosak atau sis-sia disebabkan oleh pencemaran atau virus.  Virus yang paling merbahaya kepada pelaku ibadah dan amalan baik kita adalah:
  • Hasad dengki. 
  • Takbur, Riak, Sum'ah dan Ujub.
Aku dah solat.  Cukup ke? - Masih jauh dari cukup - itu hanya melakukan apa yang disuruh sahaja - itu pun belum tentu solat kita diterima oleh Allah.  Eh kenapa?
  • Betul ke niat kita solat itu ikhlas - kerana Allah Taala?  -
  • Betul ke kita memulakan solat dengan rasa insaf atas tanggungjawab sebagai orang islam? - atau dengan rasa berat hati, terpaksa kerana takut dosa tak solat?
  • Betul ke pakaian kita betul-betul suci mengikut syarak?
  • Betul ke tempat solat kita tempat sujud kita suci?
  • Betul ke bacaan kita dalam solat itu betul? - atau kita syok sendiri sahaja merasa kita betul? - kalau kita tahu bacaan kita tak berapa betul? sudahkah kita berusaha atau belajar untuk memperbetulkan?
  • Betul ke kita telah khusyuk dalam solat kita?
  • Betul ke kita sahaja yang solat tapi anak-anak kita juga bersolat?
  • Betul ke kita hanya tutup aurat masa solat sahaja - lepas solat kita terbarai semula
  • Betul ke semasa solat sahaja kita sebut ayat-ayat Allah tapi selepas solat kita sebut perkataan yang tidak baik- mengumpat - mengeji dan sebagainya.
Sebenarnya. Segala amal ibadah kita, belum tentu dapat membantu kita untuk menjejak kaki ke syurga Allah.  Andainya kita diterima masuk ke syurga, ia adalah atas belas ehsan Allah sahaja.  Tapi sebegitu mudahkah kita mendapat belas ehsan Allah?

Jawapannya- masih terlalu panjang untuk dituliskan.

Ilmu Fiqh

Apa maksud ilmu Fiqh?. Dari segi bahasa kalimah Fiqh bermaksud memahami. Pada asalnya ia bermaksud memahami agama secara keseluruhannya. Namun kemudiannya dikhususkan ulamak kepada memahami ajaran Islam yang berkaitan dengan hukum-hakam amali sahaja, iaitu percakapan, perbuatan dan hal-ehwal luaran manusia tanpa menyentuh soal aqidah dan akhlak. Secara lebih jelas, ilmu Fiqh ditakrifkan oleh ulamak sebagai; "Ilmu berkenaan hukum-hakam Syarak yang bersifat 'amali yang diperolehi dari dalil-dalilnya secara terperinci".

HuraianPara ulamak membahagikan hukum-hakam Syarak kepada tiga iaitu;

  • Hukum-hakam I’tiqad (Tauhid)
  • Hukum-hakam ‘Amali (Fiqh)
  • Hukum-hakam Akhlak (Tasauf)
Medan pengajian ilmu Fiqh ialah yang kedua di atas iaitu hukum-hakam amali. Ilmu Fiqh tidak menyentuh tentang hukum-hakam I’tiqad, begitu juga tidak menyentuh tentang akhlak. 

Perkataan Syarak bermaksud Allah dan Rasul. Dalil-dalil Syarak pada dasarnya ialah Kitab Allah (yakni al-Quran) danSunnah RasulNya. Namun secara terperinci ia merangkumi juga Ijmak, Qiyas dan sebagainya.

Apakah tujuan mempelajari ilmu Fiqh?. Tujuan mempelajari ilmu Fiqh ialah untuk mengetahui hukum-hakam Syarak mengenai setiap tingkah laku manusia dan melaksanakan hukum-hakam tersebut dalam kehidupan dalam segenap ruang dan lapisannya.

Ilmu Fiqh amat berguna sama ada kepada ulama’, mufti, qadhi mahupun orang awam biasa. Bagi para ulama, mufti dan qadhi, mereka perlu mendalami ilmu ini untuk mengajar orang ramai tentang hukum Syarak, memberi fatwa dan memutuskan hukuman terhadap sesuatu kes.
Adapun orang awam, mereka perlu mengetahui ilmu ini agar dapat menjalani kehidupan seharian bertepatan dengangaris panduan yang ditetapkan Syarak.

Apa maksud hukum Syarak?. Kita sebutkan tadi bahawa tujuan mempelajari ilmu Fiqh ialah untuk mengetahui hukum Syarak atas setiap perbuatan kita. Apa yang dimaksudkan dengan hukum Syarak? Hukum Syarak ialah "Ketetapan dari Allah ke atas perbuatan-perbuatan hamba yang mukallaf sama ada ia perlu dilakukan atau perlu ditinggalkan atau diberi pilihan untuk melakukannya atau meninggalkannya". Ketetapan ini diketahui berdasarkan penelitian terhadap dalil-dalil Syara' iaitu al-Quran, as-Sunnah, Ijma', Qias dan sebagainya oleh para ahli Fiqh atau Mujtahid.

Berapakah pembahagian hukum Syarak?. Melihat kepada pengertian hukum di atas, dapat kita simpulkan bahawa perbuatan-perbuatan hamba mengikut hukum Syarak berada dalam tiga bahagian besar;

  • Perbuatan-perbuatan yang dituntut supaya dilakukan (yang dituntut secara jazam iaitu tuntutan mesti atau wajib buat);
  • Perbuatan-perbuatan yang dituntut supaya ditinggalkan (yang dituntut tidak secara jazam, iaitu tuntutan secara galakan sahaja, bukan tuntutan mesti atau wajib); dan
  • Perbuatan-perbuatan yang diberi pilihan (yakni terserah kepada manusia sama ada ingin melakukannya atau meninggalkannya).
Bagi bahagian pertama (iaitu perbuatan-perbuatan yang dituntut supaya dilakukan), jika jenis tuntutan adalah jazam (yakni mesti), maka ia dinamakan wajib. Adapun jika jenis tuntutan adalah tidak jazam (tidak mesti), iaitu hanya galakan sahaja, maka ia dinamakan sunat. Bagi bahagian kedua pula (iaitu perbuatan-perbuatan yang dituntut supaya ditinggalkan), jika jenis tuntutanadalah jazam (yakni mesti), maka ia dinamakan haram. Adapun jika jenis tuntutan adalah tidak jazam (tidak mesti), iaitu hanya galakan sahaja, maka ia dinamakan makruh.

Kesimpulan. Setelah memahami pengertian dan pembahagian hukum Syarak di atas, dapat kita simpulkan perbuatan-perbuatan mukallaf mengikut hukum Syarak terbahagi kepada lima jenis:

  • Yang wajib; iaitu perbuatan-perbuatan atau amalan-amalan yang mesti dilakukan di mana jika ditinggalkan akan berdosa.
  • Yang sunat; iaitu perbuatan-perbuatan atau amalan-amalan yang digalakkan melakukannya oleh Syarakiaitu diberi pahala sesiapa yang melakukannya, namun tidaklah berdosa jika ditinggalkannya.
  • Yang haram; iaitu amalan-amalan atau perbuatan-perbuatan yang mesti ditinggalkan di mana jika dilakukan akan berdosa.
  • Yang makruh; iaitu amalan-amalan atau perbuatan-perbuatan yang digalakkan meninggalkannya iaitu diberi pahala kepada orang yang meninggalkannya (kerana Allah), namun tidak dikira berdosa jika dilakukannya.
  • Yang mubah (harus); iaitu perbuatan-perbuatan atau amalan-amalan yang diserah kepada pilihan manusia samaada ingin melakukannya atau meninggalkannya di mana sebarang pilihannya tidak akan membawa implikasi dosa atau pahala.
Tidak ada perbuatan mukallaf dari sekecil-kecil hingga sebesar-besarnya melainkan tertakluk dengan salah satu dari hukum lima di atas.

Apa makna mukallaf dan siapakah yang dikatakan sebagai mukallaf?. Mukallaf ialah seorang yang telah mencukupi syarat untuk diberikan taklif Syarak (yakni tuntutan dankewajipan Syarak). Orang yang mukallaf wajib mematuhi ketetapan agama dan setiap perbuatan dan perlakuannya tertakluk dengan hukum yang telah ditetapkan oleh agama sama ada wajib, haram, harus dan sebagainya tadi. Empat syarat-syarat mukallaf ialah:



  • Telah sampai umur (yakni baligh).
  • Memiliki akal yang waras.
  • Sampai dakwah kepadanya.
  • Sempurna pancaindera, khususnya penglihatan atau pendengaran.
Siapakah orang-orang yang terkeluar dari kelompok mukallaf?.  Dari takrif dan syarat-syarat mukallaf tadi, terkeluar dari kelompok mukallaf:
  • Kanak-kanak yang belum baligh. Kanak-kanak yang mati sebelum baligh, ia akan selamat (dari siksaan Allah)sekalipun anak-anak orang kafir.
  • Orang gila atau tidak siuman.
  • Orang-orang yang tidak sampai dakwah kepadanya termasuklah ahlul-fatrah iaitu orang-orang yang hidup di antara zaman pengutusan Rasul (*yakni mereka jauh dari Rasul yang terdahulu dan tidak berkesempatan dengan Rasul yang bakal datang) atau hidup di zaman Rasul yang bukan diutuskan kepada mereka. Mereka akan selamat dari siksaan Allah kerana tidak sampai dakwah kepada mereka.
(Rujuk: Hasyiyah Imam al-Baijuri ‘ala Jauharati-Tauhid, hlm. 67-68).

Apa cabang-cabang ilmu yang terkandung dalam ilmu Fiqh?. Ilmu Fiqh merangkumi dua bahagian besar;

  • Ibadah; iaitu hukum-hakam yang menyentuh hubungan manusia dengan Tuhan. Ia merangkumi ibadah solat, puasa,zakat, haji dan sebagainya.
  • Mu'amalat; iaitu hukum-hakam yang menyentuh hubungan manusia sesama manusia. Cabang mu’amalat ini merangkumi pula bidang-bidang berikut;
    • Hukum-hakam tentang kekeluargaan yang merangkumi perkahwinan, perceraian, perwarisan, nafkah dan sebagainya. (Munakahat & Faraid)
    • Hukum-hakam tentang harta seperti jual-beli, sewa-menyewa, gadaian, jaminan dan sebagainya. (Bai')
    • Hukum-hakam tentang sistem pemerintahan dan pentadbiran negara merangkumi kewajipan melantik ketua negara, tanggungjawab ketua negara/pemimpin dan hak dan kewajipan rakyat/warga negara. 
    • Hukum-hakam tentang kehakiman/pengadilan merangkumi membuat keputusan (al-qadha), pendakwaan, prinsip-prinsip hukuman, kesaksian, sumpah, keterangan dan sebagainya. (Jinayat)
    • Hukum-hakam tentang ahli Zimmah (orang bukan Islam yang mendiami dalam negara Islam) merangkumi hak-hak dan tanggungjawab mereka terhadap negara dan sebagainya.
    • Hukum-hakam tentang hubungan antarabangsa merangkumi hubungan negara Islam dengan negara-negara luar di masa damai atau ketika perang.
    • Hukum-hakam tentang kewangan negara merangkumi sumber-sumber pendapatan negara dan perbelanjaan-perbelanjaannya.
    • Hukum-hakam tentang jenayah dan hukuman; merangkumi penetapan perkara-perkara yang terlarang dan hukuman-hukumannnya, cara-cara menetapkan/ mensabit kesalahan-kesalahan jenayah dan perlaksanaan hukuman terhadapnya. (Jinayat)
Apakah sumber-sumber ilmu Fiqh?. Sumber-sumber ilmu Fiqh bermaksud dalil-dalil yang menjadi sandaran ahli-ahli Fiqh (Faqih atau Fuqahak) dalam mengeluar hukum-hakam Fiqh. Ia terdiri dari sumber-sumber asal dan sumber-sumber sokongan. Sumber asal bagi ilmu Fiqh ada dua sahaja iaitu;
  • Al-Quran
  • As-Sunnah
Sumber-sumber sokongan bermaksud dalil-dalil tambahan yang membantu ahli-ahli Fiqh untuk mengeluarkanhukum-hakam Fiqh menepati prinsip sumber asal di atas (al-Quran dan as-Sunnah). Ia terdiri dari:
  • Ijmak (Ulamak)
  • Qiyas
  • Istisyab
  • Masalih Mursalah
  • Istihsan
  • 'Uruf
  • Syari'at terdahulu
Petikan dari: www.fiqh-am.blogspot.com
.
.



7 SUNNAH PENTING

Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua
Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua

Renungan:
"REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN"
WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN..
WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK..
WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT..
WAKTU MUDA SEBELUM TUA..
WAKTU HIDUP SEBELUM MATI..
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda "Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat" (Riwayat al Bukhari). 

Yang paling kukuh keimanan ialah; berkawan kerana Allah; bermusuhan kerana Allah; bercinta kerana Allah, dan membenci kerana Allah (Hadis Riwayat Tabarani dari Ibnu Abbas r.a)
Saudara-saudara ku,

Jika hari ini aku terlalu gembira, sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah;
Jika ku bersedih tanpa kata, pujuklah aku dgn tarbiah Pencipta;
Jika ku lemah sedarkanlah agar aku berubah;
Dan jika esok ku lena tanpa terjaga, iringlah lenaku dgn kalungan doa;
Berjanjilah saudara saudariku, ukhwah kita utk selamanya.



 7 FAHAMAN UTAMA TAUHID DALAM ISLAM 

Ahli Sunnah Waljama'ah 

Golongan orang Islam yang berpegang pada Akidah ( ajaran, kepercayaan, dan amalan) yang dibawa oleh rasullullah mengikut Al-Quran, dan sunnahnya. Fahaman ini juga dijadikan penggangan para sahabat rasullullah ( Al-hadith, ajmak para sahabat, dan Al-khias). Fahaman ini dapat menjernihkan Akhidah umat Islam daripada berbagai-bagai fahaman yang menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar.

Fahaman Syi'ah

Golongan yang menganggap Saidinah Ali Radhiallahhuan dan keturunannya yang lain sebagai pengganti Rasullullah sebagai Imam (Pemimpin) yang maksum bagi umat islam. Dan golongan ini tidak mengakui khalifah yang lain sebagai pemimpin. Dan golongan ini di anggap terpesong dari landasan agama Islam. Dan golongan ini ramai berada di Asia Barat.

Fahaman Mu'tazilah

Golongan yang percaya kepada ketentuan logik akal fikiran atau di kenali dengan ahli fikir. Mereka banyak terpengaruh dengan fahaman Yunani. Mereka percaya kepada keusahaan zat Allah Taala, tetapi tidak percaya Allah Taala mempunyai sifat. (Terlalu taksub kepada logik akal sehingga segala perbuatan manusia di tentukan oleh akal fikiran dan membelakangi kudrat dan irodah Allah Taala).

Fahaman Qadariyah

Golongan  yang  mengikut fahaman Muktazilah yang berfahaman bahawa manusia mempunyai kuasa yang tersendiri dan dapat menentukan segala perbuatannya sama ada baik ataupun buruk. Allah Taala tidak ada kena-mengena dengan perbuatan manusia dan hanya mengetahui setelah perbuatan itu dilakukan oleh manusia. Menganggap perbuatan manusia  memberi kesan.

Fahaman Jabariyah

Golongan yang berfahaman bahawa manusia tidak mempunyai ikhtiar dan usaha. Segala-galanya berlaku dan di jadikan oleh Allah Taala, baik dan buruk adalah ketentuan Allah Taala semata-mata.

Fahaman Wahabiat

Golongan yang berpengang pada Al-Quran dan hadith rasullullah  S.A.W serta menolak bidaah termasuk bidaah hassanah dan menganggap semua bidaah adalah sesat. Golongan  ini melarang penganutnya menziarahi makam rasullullah. Melarang penganutnya mempelajari sifat dua puluh Allah Taala.

Di atas ialah 7  fahaman yang terdapat di dalam agama Islam, kenapa saya menulis artikel ini kerana saya ingin berkongsi dengan anda semua, saya tahu ramai di antara anda semua tidak tahu yang agama Islam mempunyai fahaman-fahaman yang berlainan. Di antara semua fahaman di atas hanya satu sahaja fahaman yang berlandaskan ajaran Islam yang sebenar iaitu Ahli Sunnah Waljamaah.

Artikel ini telah di rujuk oleh sidang pengarang sinar jimiyat sdn bhd dan telah diluluskan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor.


Petikan dari: ohislam.com



Wednesday, December 28, 2011

TAJUK 51: REUNION 1 JEMAAH HAJI TMTT 1431/2010


ALBUM KENANGAN
JEMAAH HAJI TMTT 1431H

SAMBUNGAN  DARI TAJUK 192 

12 DISEMBER 2010 merupakan hari terakhir pertemuan kami pada tarikh tersebut lebih kurang jam 1000 malam tiba ke KLIA.  Setelah menyelesaikan urusan bagasi dan juga pasport (lebih kurang jam 12 malam, kami terpaksa berpisah(untuk sementara.  Kerana selepas itu masing-masing bakal menemui ahli keluarga masing-masing yang setia menunggu di KLIA.

Selepas dari tarikh itu, masing-masing sibuk dengan urusan kerja dan peribadi masing-masing.    Kami hanya berkomunikasi melalui facebook sahaja yang dimulakan oleh 4-5 orang.  Antara 
yang paling aktif dalam fb ialah Hj Osman dan Hj Matzaki.  Dari mereka berdua banyak gambar-gambar ketika di Mekah aku perolehi untuk dimasukkan dalam albumku.  

Aku telah memulakan inisiatif dengan membuka satu Group bertajuk Jemaah Haji TMTT 1431H pada 23 Mei 2011 dengan memasukkan beberapa nama jemaah yang mempunyai akaun facebook seperti Hj Osman, Hj Muzarudin, Hj Khairudin, Hj Jasmi dan isteri (Hjh Faridah), Hjh Siti Hawa, Hj Zahisham, Hj Azman, Hj Zuhairi dan isteri (Hjh Mazlina) dan lain-lain.  Dari semasa ke semasa, suasana semakin meriah  dan ahli pun bertambah ramai.  Sehingga 31 Jan 2011 jumlah ahli group telah menjadi 29 orang.  

Kini forum facebook memberi banyak faedah kepada ahli-ahlinya.  kami dapat communicate dengan cepat khususnya mengenai perkembangan semasa seperti majlis-majlis perkahwinan, masukhospital, sakit, lawatan dan sebagainya.


Toharudin Abd Rasid created the group.
 ·  ·  · May 23 at 4:02pm
Abu Bakar Hj Toha! salam, tahniah kerana create gp TMTT, Harap keahliannya bertambah...insyallah!
May 23 at 9:34pm · 

Toharudin Abd Rasid waalaikum salam abg aji, bukan apa dah mula rindu kat kwn2
May 23 at 10:19pm · 


 ·  ·  · May 23 at 10:17pm

Jasmi Arbain and 7 other members were added by Toharudin Abd Rasid

       
 ·  ·  · May 23 at 4:02pm

Pasuzi Awg Daud added Noor Aizita Hamid and Maziah Awang Daud to the group.
 
· · · June 12, 2011 at 5:33pm
Siti Hawa Ibrahim added Mazlina Rhazali and 5 others to the group.
    





Reunion pertama yang mengumpulkan ahli dalam skala yang agak besar ialah semasa majlis walimatul urus anak-anak ku Muhammad Hafeez dan Aisyahnur pada 19 Nov 2011 di Dewan Seroja KEMENTAH.  Ada jemputan menggunakan kaddan ada yang hanya menggunakan facebook.  Tapi facebookmempunyai  kelebihan tersendiri, di mana hali dapat berkomunikasi dengan lebih bebas tanpa mengira masa dan membuat persepakatan untuk menetapkan masa berkumpul.

Kehadiran di luar jangka, walaupun tidak ramai kerana kebanyakan mereka dari luar KL, tapi amat meriah kerana mereka jadikan majlis ini sebagai reunion pertama untuk mereka.  Lebih-lebih lagi dengan kehadiran Hj Azhar kerana kelainannya (hanya kami sahaja yang tau).  Yang lain ialah Hj Osman dan Hjh Hapsah (Melaka), Hj Ahmad Rosly & Hjh Dr Anita, Ar Hj Azman Bilaji (JB) dan Hj Hamim (Kota Tinggi), Hjh Siti Hawa dan suami (Melaka), Hj Mat Zaki dan Hjh Zaliha, Hj Khairuddin Khalid, Hj Khairil Anuar dan Hjh Rosni, Hj Muzaruddin dan Hjh Norma, Hj Alang Wahi dan Hjh Dahlah dan Hj Zulhairi dan Hjh Mazlina.  Riuh suasana dimeja berkenaan akibat keletah Hj Azahar yang menjadi bahan usikan rakan-rakan.


KUMPULAN 1 (1200-1330)

Sahabat pertama sampai ialah Tuan Hj Osman dan isteri Hjh Hapsah dari Masjid Tanah, Melaka.  Tabik kepada Tuan Haji yang bukan sahaja sudi datang dari jauh tetapi dalam keadaan kesihatan yang agak tidak stabil.  Keadaan wajah beliau menggambarkan keadaan kesihatan beliau.  Beberapa minit kemudian sampai pula Tuan Hj Ahmad Rosly dan isterinya Hjh Dr Anita (dan anak) dari Bangi.






KUMPULAN 2 (1400-1630)

Kehadiran bertambah ramai selepas jam 2 petang. Satu demi satu pasangan yang sampai. Yang memeranjatkan ialah Tuan Hj Azman Bilaji (arkitek) dari Kulai dan Hj Hamim (cikgu) dari Kota Tinggi yang datang dari jauh.

Yang lain ialah Hj Khairudin Khalid, Hj Matzaki dan Hjh Zaliha, Hj Khairul Anuar dan Hjh Rosni, Hj Alang Wahi dan Hjh Dahlia, Hj Zuhairi dan Hj Mazlina, Hj Muzarudin danHjh Norma serta Hjh Siti Hawa dan suami (dari Melaka).  Yang paling memeranjatkan ialah ketibaan Hj Azhar.  

Beberapa hari sebelum majlis, aku ada menerima telefon dari Hj Azhar yang menyatakan bahawa beliau tidak dapat hadir kerana sekali lagi berpeluang menunaikan Haji (aku pun terperanjat kerana baru tahun lepas pergi bersama - bagus punya kontek dia ni).  Menurut beliau, di saat akhir beliau gagal mendapat visa.  Kehadiran beliau menjadikan majlis (meja alumni TMTT) menjadi riuh rendah.  Sejak di Tanah Suci lagi sememangnya Hj Azahar menjadi bahan usikan rakan jemaah kerana sikapnya yang mesra semua alam dan selamba bila kena kutuk.

 
 
 



Haji Azahar





SEDANG MENANTI REUNION KEDUA

 TAJUK-TAJUK BERKAITAN 

Saudaraku dari Jemaah Haji Pakej TMTT (2010) yang dikasihi,


TAJUK 236 ini sebahagian dari pengkesahan (seeblum dan selepas) perjalanan hajiku (Tahun 1431 Hijriyah) bersama rakan-rakan dalam Pakej Haji Swasta TMTT yang dipimpin oleh Tuan Haji Redzuan dan isterinya Hajjah Naemah. Pakej ini mengandungi kumpulan KT 71 (turut mengandungi kumpulan KT 11 dan KT 63).  KT 71 bertolak dari KLIA pada 30 Okt 2010 dan kembali ke tanah air pada 12 Dis 2010. 


Semoga pertemuan ini akan menjadi asas persahabatan dan persaudaraan kita di dunia dan akhirat. Saudara-saudari boleh terus melayari tajuk-tajuk yang berkaitan dengan perjalanan kita dalam blog ini dengan mencari tajuk-tajuk berikut:
  • TAJUK 73: PERJALANAN HAJI 1- PRA-PERJALANAN
  • TAJUK 91: PERJALANAN HAJI 2 - MAKKATUL MUKARRAMAH
  • TAJUK 120: PERJALANAN HAJI 3 - MADINATUL MUNAWARAH
  • TAJUK 192:  PERJALANAN HAJI 4 - 10 ZULHIJJAH 1432 - TERKENANG
Terkenang waktu makan malam bersama di Wadi Luqman, Jalan  ke Taif.
Dewan Makan dar al Ka'aki

Sungguh meriah

Tuesday, December 27, 2011

TAJUK 50: MY VIEWS 3

.
  MY VIEWS Part 3  

Ruangan ini mengandungi 'my personal observation' ke atas apa-apa yang berlaku dalam negara ini atau di sekeliling kita yang berkaitan Politic, Economy, Social, Technology, Environment and Legal/|Government (PESTEL).

  PEMERHATIAN SATU: IMAM SURAU/MASJID KAMPONG 

Beberapa bulan Januari 2011 aku ada singgah bersolat Jumaat di sebuah masjid di daerah Port Dickson.  Apa yang menarik perhatian aku ialah Imam tua yang membaca khutbah dan menjadi imam solat Jumaat. Aku tak mau banyak komen la, tapi seolah-olah sudah tiada lagi generasi yang layak menjadi imam/khatib di situ. Bukan menghina tetapi memang dah patut sangat diganti.
  • Bacaan khutbah yang terlalu lemah dan amat membosankan.
  • Bacaan solat yang sudah tidak berapa betul kerana lidah terlalu tua- mungkin faktor gigi.
  • Pak Bilal nye pun lebih kurang juga.

Adakah pihak pegawai dari Jabatan Agama Negeri tidak pernah round, buat audit ke atas imam-imam ini?  Sudah tiada lagi kah Ustaz-ustaz atau anak-anak muda yang layak jadi Imam?  Kita ada berpuluh-puluh buah Maahad Tahfiz.  Sampai bilakah makmum di kariah tersebut terpaksa berimamkan imam yang sudah tidak dapat membaca dengan betul.






Bukan pertama kali aku melihat hal ini, sudah banyak tempat yang mempunyai masalah yang sama.  Banyak imam-imam Masjid yang bacaan tajwidnya boleh dikategorikan sebagai 'OUT'. 
Kadang pelik jugak, macam mana boleh lulus temuduga sebagai ustaz (guru agama) kalau bacaan Tajwidnya pun tak lepas?.

Solat Tarawikh

Beberapa perkara yang dapat aku komen mengenai ibadah solat sunat Tarawikh sepanjang pengalamanku saban tahun melalui bulan Ramadhan.
  • Semasa tazkirah- ustaz sibuk menasihatkan jemaah bahawa solat tarawikh bermaksud solat secara berehat-rehat- maknanya jangan gopoh, jangan terkejar-kejar nak cepat habis- baca ayat-ayat Qur'an dengan tenang dan bertajwid.
  • Apa yang berlaku- ustaz yang memberi tazkirah itu lah yang merempit semasa menjadi imam.  Aku pun tak atau apa yang nak dikejar- berbanding dengan kalau dibuat 20 rekaat.
  • Ada imam yang menggunakan Solat Tarawikh ini untuk mencuba bakat dengan membaca ayat yang panjang (yang bukan dari ayat lazim).  Bila baca ayat-ayat yang dia sendiri jarang bawa, dia jadi macam gabrah - nak laju sahaja untuk elakkan terlupa- hasilnya langgar sahaja hukum-hukum asas- ikhfak jadi idzhar.  Baca Mad Jaiz/Mad Wajib sekejap 2 sekejap 4 harkat, kadang tak cukup 2 harkat pun.
  • Kadang  Imam membaca alQur'an yang letak di depan- tapi bila membaca dia  seperti bertadarrus- terkejar-kejar dan laju juga meringankan hukum tajwid.
    • panjang pendek yang tidak berapa diberi perhatian
    • hukum harkat yang tidak konsisten
    • tersilap baca kalimah- tidak diulang tetapi diperbetulkan 'on the spot'.


  PEMERHATIAN DUA: BERTEMU KEJADIAN ANIH DI MAKKAH 


Kita selalu melihat TV atau membaca Majalah (khususnya Mastika) tentang cerita-cerita seseorang yang mengerjakan ibadah Umrah atau Haji - mereka menemui benda-benda ganjil sama ada perkara buruk atau baik


Tiap-tiap orang yang ke Mekah mempunyai tahap ilmu dan iman yang berbeza-beza.  Oleh itu Allah memberi rezeki dan kelebihan juga berbeza.  Apa yang kita lihat sesungguhnya adalah Allah berikan kepada kita dan tidak perlu dikongsi-kongsi kerana ia kerap 'over-stated'.  Mungkin betul, mungkin hayalan dan mungkin mimpi.  Tapi masa bercerita dengan wartawan - bukan main lagi- macam dia sorang dapat hidayah atau karamah.

Ada yang kononnya mendapat hidayah dengan diperlihatkan pelbagai kejadian ganjil- maka berceritalah dengan penuh emosi, menangs-nangis, seolah-olah telah insaf dan bertaubat nasuha.

Mungkin niat baik la, nak kongsi maklumat dengan orang lain.  Tapi seperti yang saya kata di awal tadi,lain orang lain rezekinya.  Bila cerita yang melampau-lampau- dapat balasan itu, balasan ini - balasan 'on the spot' lagi - orang pun takut nak pergi Haji- takut dapat balasan.


Tapi bagaimana orang yang memang jahat, telah banyak kali berzina, dah puas minum arak- dia dapat pergi Haji bukan kerana telah insaf atau taubat- tapi kebetulan menemani isteri atau nama dah sampai giliran.  Tapi di sana tidak dapat apa-apa balasan pun.  Jadi dia akan bertambah sombong.  Bila dengar cerita macam-macam dia akan senyum sahaja.

Lagi satu- sesiapa yang dapat hidayah atau diberi oleh Allah dengan dapat melihat benda-benda pelik dan ganjil- simpanlah untuk keinsafan diri dan meningkatkan keimanan- tidak nampak apa pun faedah kepada yang mendengar- menambah meluat ada la- kerana ia menampakkan sifat riak, ujub dan sum'ah.

Kalau nak tau dia insaf atau tidak- bukan tenguk sama ada dia lebih rajin solat setelah balik dari Mekah, tapi lihat la bagaimana keadaan anak-anaknya- adakah dia berjaya mengubah anak-anaknya untuk menutup aurat (contohnya).  Kalau dia beria-ia nak tunjuk dia dapat hidayah- Allah bagi 'special' untuk dia- tapi- bila bawa anak jalan-jalan, anak perempuanya tetap pakai seluar jean dan t-shirt ketat dan tak bertudung.  Fikir-fikirkan lah.  Jangan lah kita tertipu atau 'syok sendiri' dengan halayan dan tenggelam dalam 'keriakan' kita.



  PEMERHATIAN TIGA: ULAT DERMA 


Kali ini aku akan menyentuh berkaitan Sindiket Kutip Derma. Menderma atau infak atau memberi sedekah memang amat digalakkan dalam islam.  Menderma juga mesti diiringi dengan keihklasan.  Kalau kita menderma kerana untuk mencari nama atau menunjuk-nunjuk, ia tidak memberi apa-apa atau menjadi sia-sia.

Namun, zaman ini ramai orang yang menyalahgunakan derma dan sedekah ini untuk kepentingan peribadi atau mencari keuntungan.  Kali ini saya tidak memerhati penderma yang membuat publisiti dengan cek yang besar-besar dan pelbagai lagi.  Pemerhatian saya kali ini menyentuh tentang sindiket menggunakan kanak-kanak untuk memungut derma di stesen minyak dan di R & R (lebuhraya).

Kebanyakan pemungut derma ini adalah atas nama pembinaan surau atau maahad tahfiz.  Kadang mereka menjual kalendar islam, kadang kitab Yasin, kadang bam (ubat sapu) dan sebagainya.  



Amatlah tidak wajar- kanak-kanak dalam usia 10-15 tahun berkeliaran di R & R atau patrol station, apa lagi di waktu malam untuk memungut derma untuk sesebuah organisasi.  Tetapi BAGAIMANA kalau ia hanya satu sindiket yang didalangi seseorang untuk kepentingan diri.  Mereka menggunakan nama Sekolah Tahfiz atau pembinaan masjid untuk meraih simpati penderma- khususnya untuk orang-orang islam yang bersifat murah hati.  Apa lagi menderma kepada perkara berkaitan dengan kebajikan dan ugama.



Tidak pernahkah Pejabat Agama atau mana-mana pihak berkuasa membuat penyiasatan mengenai perkara ini.
 
  PEMERHATIAN EMPAT: UMRAH vs HAJI 

Ini pemerhatianku tentang 'priority' antara Haji dan Umrah.  Antara Rukun Islam dengan Sunnah. Kala ini ramai betul orang Malaysia yang mempunyai kemampuan melebihi tahap mampu untuk mengerjakan Haji TETAPI masih suka menangguhkannya dan pada masa yang sama kerap ke Mekah untuk mengerjakan Umrah menggunakan pakej yang mahal-mahal.

 HAJI adalah wajib malah ia adalah RUKUN ISLAM, manakala Umrah hanya wajib sekali (Mazhab Syafie) atau sunat muakkad (mengikut mazhab Hanafi).  Umrah wajib boleh dilaksanakan semasa menunaikan ibadah haji, yang lainnya adalah sunat sahaja.  Menurut sumber, Rasulullah pun hanya empat kali sahaja mengerjakan Umrah (di luar musim Haji) sepanjang hayat baginda.



Alasan yang paling lazim diberi ialah menunggu giliran Haji dari Tabung Haji. Bagi orang yang lebih kemampuan ini, alasan ini tidak boleh digunakan kerana dia boleh menggunakan pakej swasta untuk menunaikan Haji.  Bukan satu yang pelik kalau ada jemaah Haji yang mendaftar dan pergi Haji pada tahun yang sama. Hanya dengan kos RM20k sahaja mereka sudah boleh mengerjakan Haji melalui pakej swasta.  Tetapi mereka sanggup mengeluarkan wang dua tiga kali ganda dari itu untuk membawa keluarga mengerjakan Umrah.



Alasan kedua, yang semamangnya tidak boleh diterima langsung ialah belum bersedia.  Oleh itu fikir-fikirkan lah, jika anda mampu mengerjakan haji, ada jalan untuknya tetapi anda masih mencari alasan untuk menangguhkannya, jika ANDA mati sebelum anda mengerjakan Haji.....

  PEMERHATIAN 6: PENGEDAR DADAH & ULAT TIKET  

Ulat Tiket bukan satu isu baru. Tiap-tiap kali tiba musim perayaan besar (khususnya Hari Raya Puasa) isu ini akan dibicarakan. Walaupun JPJ telah membuat operasi besar-besaran, dalam sekelip mata sahaja, JPJ hilang, ulat tiket muncul kembali. KENAPA SUSAH SANGAT menguruskannya? Siapa di belakang mereka?  Pihak syarikat bas sendiri atau mungkin juga pihak berkuasa yang berkenaan? Kalau kes yang rumit-rumit boleh diselesaikan dalam masa 2-3 hari, apa hal sangat dengan kes ulat tiket ini? 



Pada pendapat saya, ia tidak ada priority dalam senarai tugas mereka. Benda remeh.



Macam juga pengedar dadah, walaupun pemberita (orang akhbar) mampu membuat siasatan dan mereka mampu mendedahkan modus operandi mereka, di mana kawasan operasi mereka, apa signal atau kod yang mereka gunakan, tapi pihak berkuasa tetap gagal menangkap mereka.  Nampaknya orang akhbar lebih bijak dari pihak berkuasa!. Apa masalahnya yang sebenar? Siapa di belakang mereka?



Pendapat saya: wang mengatasi segala-galanya.