Monday, May 28, 2012

TAJUK 71: BALIK KAMPUNG 26MEI2012

BALIK KAMPUNG
RUMAH BAPAK BERWAJAH BARU


Aku mengambil cuti tahunan selama dua hari sahaja pada 28 dan 29 Mei 2012.  Rancangan awalnya nak ajak anak-anak berjalan-jalan sambil balik kampung. Tapi hasrat terbengkalai kerana masing-masing anak dah ada plan sendiri.  Hafeez balik Ipoh untuk mengambil isterinya. Aisyah ada jemputan perkahwinan kawan dia pada Ahad.  Heikal ada janji dengan rakan dia menghadiri Bantu Palestin.  Atikah dah kerja hari Isnin, dan Nurul pulak Isnin sampai Khamis ada tusyen di sekolah. Hampeh.

Pusing sana pusing sini, balik kampung tetap balik. Satu malam pun jadi. Itu yang wajib. Cuma Atikah dan Nurul sahaja yang ikut.  Yang lain akan balik minggu depan dengan Hafeez.  Elok juga tu, boleh balik sendiri.  Yang penting mereka tau mana asal-usul mereka.

Perjalanan Pulang - Pokan Tampin

Pada hari Sabtu, 26 Mei 2012 kami berempat bertolak dari rumah lebih kurang jam 1030.  Macam biasa hiway dari KL ke Seremban agak sesak, especially selepas Bangi.  Menyesal juga kerana tak ambik highway LEKAS tadi.  Selepas Seremban, perjalanan mula normal, tapi kereta memang agak banyak. Agaknya ramai yang balik kampung sempena cuti sekolah ni la kot.  Tapi, perjalanan selepas Senawang hingga ke Ayer Hitam sememangnya amat membosankan.

Dalam jam 1300 kami baru sampai exit Simpang Ampat, Alor Gajah.  Aku mengambil keputusan untuk lunch di pekan Tampin. Aku teringat pada 15 Dis 2011 aku datang ke sini kerana dijemput memberi syarahan AFNG di Seminar Pegawai Wanita di A Famosa Resort. Hari tersebut aku sampai awal dan makan tengahari di Restoran Sambal di pekan Tampin. Lauknya semua jenis podeh (pedas). Salah satu hidangan (minuman) spesel di restoran tersebut, iaitu 'air janda pulang'.  


Air Janda Pulang

Tapi, ramuan air yang aku minum di Restoran Sambal adalah berbeza dengan gambar yang aku jumpa dalam internet- kalau berdasarkan resepi yang aku jumpa ia adalah aduan air kelapa bersama isi kelapa muda, gula enau + gula putih dan daun pandan.  Kesemuannya dimasak hingga pekat.  Kemdian dituang dalam juga sehingga sejuk dan dibubuh ais.  Tapi apa yang ada di restoran ini dicampur dengan santan.

Di sini juga aku menunjukkan kepada isteri dan anak-anaku keunikan Tampin. Sempadan negeri Melaka/Negeri Sembilan terletak di tengah bandar ini.  Sebelah Melaka ialah pekan Pulau Sebang dan di Negeri Sembilan ialah Tampin.  Kalau berjalan-jalan di bandar ibni tanpa ada papan tanda ini sukar untuk menentukan kita sedang memijak tanah NS atau Melaka.


Papan tanda sempadan negeri Melaka/NS

Restoran Sambal di Jalan Besar Pulau Sebang

Selepas makan aku mengambil keputusan untuk tidak kembali ke hiway tetapi mencuba susana baru, melalui jalan yang aku belum pernah melaluinya seumur hidupku. Ia itu jalan dari Tampin ke arah Batu Pahat melalui pekan Gemas - Batu Anam - Segamat - Labis - Chaah - Yong Peng dan Ayer Hitam.

Pokan Gomeh

Gemas merupakan pekan yang terletak di sempadan negeri NS dan Johor.  Sebahagian besar kawasan Gemas terletak di dalam NS.  Di sebelah Johor dinamakan Gemas Baharu.  Melalui pekan Gemas, aku teringat bekas boss aku di MOF (En Abd Ghaffar A. Tambi- sekarang Datuk- TKSU di MOTOUR) yang pernah berkhidmat sebagai ADO Gemas di awal dekad 2000.

Gemas, masih kelihatan sebagai pekan lama.  Mungkin akan lebih cepat maju dengan wujudnya sebuah Kem TD yang agak besar iaitu Kem Syed Sirajuddin. Pembangunan di sebelah negeri Johor kelihatan lebih rancak dengan kewujudan taman-taman perumahan baru.



pekan Gemas (di bahagian Negeri Sembilan)

Dari segi sejarah, Gemas menjadi titik pertemuan penting laluan Keretaapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menghubungkan pantai timur dan pantai barat Semenanjung. Stesennya dibina sejak 1922 masih beroperasi hingga sekarang dan itu cuma sebahagian daripada seribu kenangan dan sejarah negara.   Kedudukannya bersempadan dengan Johor dan Pahang dianggap strategik, malah ada yang menggelarnya Segi Tiga Emas.   Bukan setakat Segi Tiga Emas, bandar kecil ini juga sebenarnya mendapat nama sempena sejenis logam kuning yang mahal harganya iaitu emas.   

Ada yang mengatakan nama Gemas bermula apabila orang Inggeris berhujah dengan orang tempatan mengenai nama logam. Orang Inggeris menamakan `gold´ tetapi penduduk mengatakan ia ´omeh´ dan gabungan kedua-duanya menjadi Gomeh sebelum ejaannya dimuktamadkan sebagai Gemas.   Penduduk tempatan mengatakan ia sebenarnya dinamakan sempena penemuan tempat lombong emas di sebuah gua yang mereka namakan ´Gomeh´ (gua emas). Apa pun ia sebenarnya berkaitan dengan penemuan logam emas.   Kedua-duanya saling berkaitan dan mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa gua emas itu memang wujud, cuma ia sebenarnya adalah bekas tapak lombong emas di sebuah bukit. Teori awal yang mengaitkan perdebatan mengenai emas itu memang logik kerana diakui, pelombong asalnya ialah orang Inggeris yang bekerjasama dengan penduduk tempatan.


menyeberangi Sungai Gemas dan nampak mercu tanda masuk ke negeriku, Johor

papan tanda Selamat datang ke Negeri Johor

Jalan utama dari Gemas ke arah Segamat kurang elok, tak menepati jalan persekutuan. Banyak kerosakan dan bertampal di sepanjang perjalanan.  Sama ada kualiti pembinaan atau pun masalah tanah dan cuaca.  Kami berhenti rehat dan bersolat jamak  Zohor/Asar di Masjid Syed Alwee di Batu Anam.  Aku sempat ambil gambar masjid ini.



Selepas bersolat di Masjid Batu Anam, aku dapat sms dari salah seorang kenalan yang bertanyakan sama ada aku balik kampung atau tidak kerana hari itu ada majlis perkahwinan anak salah seorang saudara aku di kampung, Hj Maulan Asmuni.  Aku jawab, sekarang on the way balik ke BP tapi bukan untuk majlis tersebut kerana aku tak dapat berita pun tentang majlis itu.  Lagi pun masa itu dah dekat jam 3pm.  Paling cepat pun aku sampai kampung jam 6pm.  Biasanya majlis kenduri kawin tamat paling lewat jam 5pm.  Dari Batu Anam aku melalui jalan bandar Segamat, Labis, Chaah, Yong Peng dan Ayer Hitam.

Sampai sahaja di kampung lebih kurang jam 1830.  Emak suruh pergi juga ke rumah Hj Maulan sebab beliau kira saudara dekat juga dengan kami. Emak cakap, kalau nak pergi majlis kawin tu masih sempat sebab di kampung ni orang tak kesah sangat, walaupun jemputan dalam kad sampai jam 4pm sahaja,  kalau datang malam pun orang terima. Tapi tak kan nak datang malam, itu dah kira mengacau namanya. Kesianlah tuan rumah dah penat sepanjang hari.

Lepas bersalaman dengan kedua orang tua aku, aku terus bergegas ke rumah Hj Maulan. Cara kampung, walau pun masa jemputan sehingga jam 4 petang, namun sampai jam 6.30 petang pun masih dibuka lagi. Walaupun di hujung petang, langkahku masih kanan lagi, makanan masih banyak. Beriani gam masakan chef kampung aku. Orang Sarawak kata 'nyaman gilak' (sedap sangat). Hj Maulan adalah pesara guru agama di kampungku. Beliau dulu amat aktif dalam politik di kawasan Parlimen Seri Gading.  Kini (2012) bertugas sebagai Pegawai Khas Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) di Kaherah bagi menjaga hal ehwal kebajikan pelajar Johor dai Masir.

KALI terakhir aku balik kampung sebelum ini ialah pada 16 Mac 2012 untuk menyelesaikan pembayaran cukai tanah Simpang Rengam di Pejabat Tanah Rengit.  Masa itu, aku sempat menziarah Lek Birin (Sabirin) sepupu bapak aku (tinggal di Parit Mahang) yang sakit kerana terjatuh di bilik air dan terus hilang ingatan.  Kena angin ahmar agaknya.   

Kepulanganku kali ini menerima berita bahawa Lek Birin telah meninggal dunia pada 17 April 2012. Lebih kurang 40 hari selepas ia terjatuh dan sakit. Aku juga dimaklumkan bahawa Lek Modhan (Hj Sarmodan), penghuni rumah paling 'darat' dikampungku juga telah meninggal dunia lebih kurang dua minggu yang lalu. Inna lillahi wa inna ilaihi rojiunn. Lek Birin sangat baik hati dan lemah lembut.  Sehingga beliau meninggal dunia (usia lebih 70 tahun), beliau masih belum berumah tangga. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ruh kedua almarhum.

Kebetulan kali ini, musim durian baru sahaja bermula.  Buang buruk kata orang. Sepanjang tempoh di kampung hanya sebiji sahaja yang boleh di makan,  Itu pun setelah ditebuk tupai satu pangsa. Alhamdulillah dapatla jugak la rasa sebiji. 

Bapak aku sendiri yang telah hampir 3 tahun telah hampir kehilangan ingatan kelihatan stabil (sihat).  Perbualan kami agak terhad kerana bapak sudah tidak dapat mengingat apa sahaja peristiwa yang lepas.  Nama anak dan cucu pun dia lupa.  Tapi ROKOK dia tak pernah lupa.  Tapi kotak rokok emak yang simpan dan jumlah hisapan juga emak yang control.  Bila dia minta baru emak bagi sebatang.  Kalau bagi sekotak nanti dia letak mana-mana dia akan lupa.  Bapak kini berusia 85 tahun merupakan penduduk yang tertua di kampung aku.

Yang paling terkini mengenai kepulanganku ke kampung ialah rumah bapak ku telah berubah wajah.  Aku difahamkan Yah yang bermodal untuk membuat renovasi rumah itu kerana dia yang mendapat pusaka tanah tapak rumah itu dan dimaklumkan akan menetap di kampung  kelak.  Dengarnya untuk membuat ubahsuai dapur dan yang terkini dah habis dekat RM120k.  Bila tenguk rumah kampung pun kena belanja sebanyak ini, aku mula terbayang berapa pula aku perlukan untuk buat renovasi rumah aku di Seremban nanti!.

      

INI ADALAH REKABENTUK RUMAH YANG LAMA

Hujung tahun 70an hingga pertengahan tahun 80an
pertengahan tahun 80an hingga pertengahan tahun 90an
pertengahan tahun 90an hingga 2012

GAMBAR-GAMBAR RUMAH SEMASA SYAWAL 1433








.

Tuesday, May 15, 2012

TAJUK 70: PENGHUJUNG SATU PENCARIAN

TAMAN  AMPANGAN
SEREMBAN
.
PENGHUJUNG SATU PENCARIAN

Kegagalanku membuat keputusan untuk menetap di Bukit Sentosa, Hulu Selangor menyebabkan rumahku di Bukit Sentosa yang dibeli pada tahun 1997 terbiar.  Telah aku ceritakan di dalam TAJUK 284.  Lantaran itu aku meneruskan pencarian untuk sebuah rumah untuk 'final settlement' setelah aku bersara kelak.

Aku perlu cari sebab tarikh persaraanku semakin hampir. 2017.  Maknanya (sekarang 2013) ada lagi 4 tahun sahaja untuk aku menyediakan sebuah rumah untuk keluargaku apabila bersara kelak.
.

PENEMUAN PERTAMA:
BANDAR AKADEMIA, SEMENYIH

Dalam bulan Ogos (bulan puasa) tahun 2010 aku ada berjalan-jalan mencari baju raya untuk anak-anak aku di Kompleks WARTA, Bangi. Aku tertarik dengan satu meja promosi jualan rumah. Perumahan baru dekat dengan Semenyih bernama Bandar Akademia. Pemajunya ialah the Lion Group. Pilih punya pilih, aku pun TERminat untuk book satu lot banglo. Mula-mula ambik corner lot (6000 sq/feet), tanah dan rumah (4 bilik) kosnya RM259,000. Ok juga tu. So bayar RM200. Tapi masa pergi tenguk site, dimaklumkan lot tepi tu telah ditempah orang lain, so aku ambik second lot (4000 sq/feet) harga RM222,000.


LUKISAN ARKITEK


The next day (22nd August) I went to the project site. It is about 13km from Semenyih town, via Semenyih to Broga road (passed by University of Nottingham Malaysian campus). Toward approaching Broga small township, we passed by (on our left side) one memorable hill- called Bukit Broga. See my note below.  Reaching the Selangor-Negeri Sembilan boarder at the junction of Ulu Broga small town (Police Station), turn right and drive straight, passing by Ulu Beranang small town (in sub-district of Lenggeng and about 10-15 minute (from Ulu Broga) we met the entrance of Bandar Akademia. Now entered back into the state of Selangor.  The Bandar Akademia is located in Selangor but to go there you have to go 'round the bush' through long driving in Negeri Sembilan.  Acoording to the developer, the contsruction of access road from LEKAS highway to this town is already in the plan.


Nama Bukit Broga memang alergic kepada sebahagian besar pegawai ATM sekarang, khususnya yang menjalani latihan kedet di Sekolah Pegawai Kedet, Port Dickson. Nama Bukit Broga ada nostalgik tersendiri.  So, bila lalu kat pekan Broga, nampak background Bukit Broga, maka kenangan nostalgik semasa menjalani latihan kedet di SPK tahun 1980 dulu (Exercise WIRA JAYA- conventional warfare) kembali mengimbau. Terkenang bagaimana seksa dan sukarnya memanjat bukit bukit Broga dengan 'full scale marching order (FSMO) ditambah dengan bebanan seperti GPMG, cangkul, shovel, gelungan kawat (buld]b wire) duri dan lain-lain. Terkenang juga macamana Kapt Rahmat balun kat combat helmet aku (nasib baik pakai helmet besi) dengan kayu sebesar lengan. Aduhhhh

Kat atas bukit tu, kami terpaksa menggali trenches untuk perlindungan musuh, mengisi tanah dalam karung guni untuk buat kubu. Bekalan air terhad, kalau bekalan air habis, kena hantar 'water party' cari air di bawah bukit sana. Hampir seminggu kami berkubu di puncak Broga tu. Kalau you all tengok (gambar) keadaan puncak bukit yang tiada pokok langsung, hanya lalang semata, bayangkan keadaan di waktu tengahari?


The torturing part was not the height of the hill, it's not so high. You can see the pic above...even the primary school boy will be able to climb to the top. BUT, going up and carrying the rolls of 'bulk-wire, iron pickets and other heavy-role equipment' (plus your weapons - including Carl Gustav) was really killing you. Further more, as you can see the picture, no trees on the hilltop- only 'lalang'. It was so hot! panasssss.... 

And, another killing parts of the scene was - kalau kena punish, kena forward roll atas lalang..aduh makkk...tajammmmmm. Ada instructor yang lagi ganaz, suruh buka baju sebelum forward roll. OMG.


Itulah kenangan di Bukit Broga.
  





The show house was the old design ( different from the plan showed at Bangi). Getting satisfied with the situation and conditions (4 bedrooms, one study rooms and 2 bathrooms), I signed the booking form. Lot 4460 (land area, 4000 sq feet (50' x 80') and house floor plan, 1780.41 sq ft. Then we drove back to Warta Complex, Bangi to pay the booking fees (RM2000).  Aku dijanjikan dengan maklum balas dalam bulan Disember setelah aku pulang dari Mekah.

Inilah rumah contoh yang aku buat tempahan di Bandar Akademia.



 
Rumah contoh (jenis yang aku buat tempahan) pandangan hadapan
pandangan sisi


Namun pencarianku  tergendala lagi.  Pada 21hb Mei 2011 aku ke Bangi untuk menyemak status tempahanku.  Pihak pemaju masih gagal mendapatkan panel bank untuk menguruskan pinjaman.  Katanya pemaju hanya menerima pembeli melalui Pinjaman Kerajaan sahaja. Malang sekali aku telah gunakan kemudahan itu untuk membeli rumah di Bukit Sentosa. Dua hari lepas itu, pihak memaju (Mr Gan) menelefon aku dan memberitahu bahawa tempahanku dibatalkan dan deposit sebanyak RM2000 akan dipulangkan. Melepas aku kali ini.

Jadi pada 29hb Mei 2012, dengan sedih hati aku ke Warta Bangi untuk mengambil cek itu.  Aku GAGAL.

Pada tahun 2012 aku dimaklumkan oleh salah seorang rakan bahawa projek Bandar Akademia ini juga telah terbengkalai.

RUMAH,RUMAH, RUMAH!

PENEMUAN KEDUA:

TAMAN WIDURI, BACANG, MELAKA

Sejak awal Jun 2011, aku mula melayari iklan penjualan rumah di sekitar Selangor dan NS. Masa untuk ku semakin singkat, aku ada 3 tahun lebih sahaja untuk menyediakan sebuah rumah sebelum aku bersara.


Aku mengumpulkan maklumat dari mudah.com dan iproperty.com.  Kalau nak cari rumah di kawasan WPKL atau Putrajaya, Bangi atau Kajang memang di luar kemampuan aku.  Kalau mampu pun rumah teres 3 bilik yang tidak sesuai dengan keluarga aku yang agak besar. Aku menyenaraikan beberapa buah rumah kategori 'Semi-D' atau bungalow buruk yang terletak di lokasi yang berpotensi seperti Seremban 2, Senawang, Sendayan dan berhargaantara RM200k - 300k.  

Tapi akhirnya, pencarianku sudah merentasi sempadan selatan NS dan masuk ke Melaka.  Dan aku terjumpa dengan iklan ini.

Batu Berendam
Bachang Melaka, Bachang, Melaka
RM250,000


QuikPro No:
UP853211
Property Type:
Bungalow House
Tenure:
Freehold
Title Type:
Individual
Built-Up:
4500 Square Feet
Asking Price
RM250,000.00
Bedrooms:
4
Bathrooms:
3
Situated:
Corner
Furnishing:
Partly Furnished
Posted Date:
6/6/2011


Agent details:

Name:
Carina Liew
Handphone:
012-219 6218

03-9284 5899

Inilah rupabentuk rumah yang menarik perhatian aku.


Aku menghubungi Ms Carina pada 15 Jun 2011 (setelah menghubungi melalui emel pada 7 Jun).  Maka satu pertemuan di atur pada 18 Jun 2011 di Ampang Park.  Pada jam 181000H Jun 2011 aku dan isteri menemui Carina di Old Town Ampang Park.  Kebetulan, tuan rumah tersebut, En Mansor Kassim turut berada di situ.  A nice and amiable person. Perbincangan (RAHSIA) berjalan lancar.   

Lawatan ke rumah (di Melaka) diaturkan pada 25 Jun 2011.  Maka pada 25hb aku sekeluarga pun ke Melaka untuk melihat lokasi rumah yang bakal aku beli itu secara fizikal.  Sebelum itu, pada 19hb aku telah membuat tempahan bilik di Harbour Inn, Melaka Raya - sambil melawat rumah aku ingin mengambil peluang membawa keluarga berjalan-jalan melawat Bandaraya Melaka Bersejarah itu.  Lebih kurang jam 1129 aku pun sampai di Taman Widuri, Bacang, Melaka.  Kawasan ok, dalam kawasan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya- dekat dengan kawasan bandar dan pusat beli belah.

Rumah itu sekarang disewa oleh keluarga seorang pesara.  Kawasan agak aman dan masih bersuasana hijau - dahulunya adalah sawah padi - bersempadan dengan sebuah kampung. Namun agak mengecewakan kerana keadaan rumah tersebut tidak dijaga dengan baik.  Aku tidak dapat menulis keadaan rumah itu kerana ia boleh menjejaskan nama baik individu berkenaan, kerana mungkin brasa aib.  Namun penyewa itu sendiri terlalu banyak bercerita berkaitan kelemahan di kawasan perumahan itu seperti kes rompakan/kecurian, banyak semut hitam, kes banyak lalat kerana berhampiran dengan kebun sayur dan ladang kambing dan lain-lain seolah-olah seperti kata 'jangan beli rumah ini'.

Sekiranya jadi beli, perlu dikosongkan, cat semula dan diperbaiki kerosakan asas. Akan aku fikirkan lagi.

Dalam perjalanan pulang ke KL- aku singgah di salah satu projek perumahan yang bernama Taman Bertam Setia (Phase 3).  Dari lebuhraya AMJ masuk ke lebuh raya Sg Udang-Paya Rumput- Air Keroh (SPA) atau masuk simpang ke Masjid Tanah  lebih kurang 5km- Kawasan cantik dan rekabentuk rumah pun memang cantik-cantik- tapi mahal sikit.  Pemajunya ialah Teladan Setia Sdn Bhd..

 


RUMAH,RUMAH, RUMAH!

SATU PENEMUAN:

TAMAN AMPANGAN, SEREMBAN


Aku meneruskan usaha mencari rumah lagi - dan pada 27hb Jun 2011 aku tertarik dengan satu lagi iklan penjualan rumah dalam www. mudah.com, kali ini sebuah Semi-D di Taman Ampangan, Seremban.  Berharga RM230k dengan keluasan 4000kp.  Rumah ini milik En Mohd Sobri bin Salamon.

Click to view the next image.


Price : RM 230 000Type: Houses, For saleArea: Seremban
Title type: FreeholdTenure: -Other info: Bumi Lot
Size: 4000 sq.ft.Bedrooms: 4Bathroom: 2

Property Type: Semi detached

Semi-D setingkat

Berdekatan LEKAS - 5 minit ke Giant Senawang,   sekolah, Masjid, Klinik, Stadium Paroi, 

10 minit ke pusat bandar.

Plaster ceiling, Grill dan Penghawa dingin di bilik tidur utama dan ruang tamu


.

Pada 28 Jun aku menelefon tuan punya rumah itu, itu En Mohd Sobri bin Salamon dan seterusnya membuat 'site visit' pada 3 Julai 2011.  Jalan untuk pergi ke Taman Ampangan. Kalau lihat peta di atas, jaluran merah ialah Lebuhraya Kajang Seremban (LEKAS).  Di penghujung lebuhraya tersebut ialah exit Paroi ada lampu isyarat, belok ke kanan, jumpa lagi satu lampu isyarat (simpang 3), masuk kanan, sampailah ke Taman Bukit Ampangan - jalan terus arah naik bukit akan jumpa Taman Ampangan yang bersebelahan dengan Taman Margosa.  Boleh juga, dari LEKAS keluar (exit) Ampangan, akan jumpa Taman Margosa, masuk kiri- di hujung Taman Margosa, akan jumpa Taman Ampangan.

Membuat booking payment sebanyak RM3k pada 10 Julai 2011.  Pertama kali aku jumpa dengan Mohd Sobri, di sebuah kedai mamak di Desa Petaling.

Pijaman dengan Affin Islamic bank telah diluluskan sebanyak RM190,000 dan aku telah menandatangani LOA pada 12 Ogos 2011 di pejabat Cawangan Affin, MINDEF.   Pada  9 Sep 2011 aku menandatangani S&P di pejabat peguam Arizal Jailani & Co. dan pada 14 Sep 2011 aku jelaskan bayaran sebanyak RM20k sebagai 10% dari jumla harga rumah.

Selepas hari raya Syawal 1433 aku telah memesan beberapa peralatan perabut (keperluan asas) secara berperingkat-peringkat untuk mengisi rumah aku. Tak boleh isi banyak-banyak nanti susah nak buat renovasi.



Selepas ini projek aku ialah untuk membuat renovasi bahagian dapur dan bilik serta bilik air sebelah belakang rumah. Bila? Hanya WANG dan MASA akan menentukannya.  Semoga Allah memanjangkan usiaku untuk menyediakan sebuah rumah yang selesa untuk sesiapa sahaja waris yang aku tinggalkan.

IMPIAN KU

Sejarah diriku, dulu aku pernah bercita-cita menjadi seorang arkitek. Cita-citaku hampir tercapai apabila aku berjaya ke UTM mengikuti kursus Senibina.  Namun kusangka panas hingga ke petang, tiba-tiba hujan di tengahari.  Aku gagal menamatkan pengajian dan mengubah kerjaya ke alam ketenteraan.

Walaupun sudah lebih 30 tahun meninggalkan dunia senibina, sisa-sisa minatku kepada rekabentuk masih ada. 

Jadi, aku cuba merekabentuk semula rumah yang aku baru beli ini mengikut impian aku. Buat tak tentu lagi, kerana tertakluk kepada keupayaan kewangan nanti.  Cuba tengok, okay tak?


1 JAN 2013- PANGGIL KONTRAKTOR UNTUK BUAT RENOVASI

.
Click to view the next image. 
 
 
 

PROSES RENOVASI FASA 1 & 2

 
 
 
 
 
 
 
 
 

FASA 3 - MAIN GATE
 
 

RENOVASI FASA 4

 
 
 
 
 
 


RENOVASI FASA 5 - CAR PORCH dan PAGAR (2014)

 






Bayangan bahawa kemungkinan tempoh hayatku akan kuhabiskan di Nogoghi Sombilan adalah amat tinggi.
.

IKTIROF

←  PLURALISME GUS DUR, GAGASAN PARA SUFI Biografi KH Hasyim Asy’ari Pendiri NU Tebuireng Jombang  → Syair Doa Abu Nawas – Al I’tira...