Friday, October 1, 2010

TAJUK 18: BATU PAHAT- DAERAH AKU DILAHIRKAN


  BANDAR BATU PAHAT (PENGGARAM)  

Bandar Penggaram (kita orang kampong (Jawa) sebut 'Nggarem'. Nama asal Batu Pahat ialah dari nama perigi Batu Pahat yang terdapat di tepi pantai Kampung Minyak Beku. Perigi ini dibuat oleh tentera Siam yang menyerang Melaka di zaman Sultan Mahmud (dipimpin oleh Awi Dichu). Ketika mengundurkan diri ke kawasan ini, mereka kekurangan bekalan air lalu menggali perigi dengan memahat kawasan batu di tepi pantai (kawasan pantai di situ sememangnya berbatu).

Bandar Batu Pahat (aerial view)



Asal usul nama Batu Pahat ialah dari sebuah perigi batu, iaitu Perigi Batu Pahat yang dipahat oleh tentera Siam ketika dalam perjalanan hendak menyerang Negeri Melaka pada tahun 1456. Perigi yang berusia lebih lima abad, adalah satu-satunya peninggalan sejarah yang masih wujud di kuala sungai Batu Pahat, iaitu di Kampung Minyak Beku. 

Perigi Batu Pahat di Minyak Beku

Konon ceritanya, di sini terdapat orang Bunian berkampung. Bila ada majlis perkahwinan, orang kampung akan menyeru mereka untuk meminjam pinggan mangkuk. Orang kampung akan memulangkannya apabila telah selesai majlis (termasuk yang telah pecah). Tapi akibat sifat tamak dan tidak jujur, ramai orang kampung yang tidak memulangkannya. Akibatnya, mereka (orang Bunian) enggan lagi memberi pinjam kepada orang kampung.


Apa istimewanya Batu Pahat? Selain dari Perigi Batu Pahat dan Sungai Batu Pahat, bandar ini masyhor dengan Batu Pahat High School (STBP). Sekolah menengah yang tertua di Batu Pahat ini dibuka pada tahun 1914) yang melahirkan ramai tokoh di peringkat nasional, termasuklah Lim Kit Siang.


 


Dari bandar Batu Pahat ke arah Pontian, terdapat satu 'round-about' yang berusia lebih 100 tahun.  Kita orang panggil Simpang Rantai.  Dalam 'round-about' tersebut ada sebatang pokok yang besar.  Menurut kepercayaan orang tua-tua, usaha telah dibuat beberapa kali untuk menebang pokok besar tersebut untuk memberi laluan kepada pembangunan.  Namun usaha itu tidak berjaya kerana kononya 'ada penunggu'.


Round-about di awal tahun 50an

Antara bangunan yang menggambarkan sejarah pembangunan Batu Pahat sejak tahun 20an.








Fakta Mengenai Batu Pahat





Batu Pahat (dikenali sebagai Bandar Penggaram) merupakan sebuah daerah di pantai barat Semenanjung Malaysia, di negeri Johor. Daerah ini terletak di tenggara Muar, barat daya Kluang, timur laut Pontian dan selatan Segamat. Daerah Batu Pahat adalah salah satu daripada lapan daerah di Johor. Pada tahun 2008, Batu Pahat di tangga ke-12 di Malaysia sebagai bandar besar yang berkepadatan tinggi.

Batu Pahat terletak sejauh 239 kilometer di selatan Kuala Lumpur. Bandar terdekat dengan Batu Pahat ialah Muar yang terletak 50 kilometer ke utaranya. Bandar Kluang pula berada 52 kilometer di timur. Johor Bahru terletak lebih kurang 70 hingga 100 kilometer ke arah tenggara. Bandar Batu Pahat terletak di tepi beberapa kilometer dari kuala Sungai Batu Pahat mengalir ke Selat Melaka.

Sejarah

Asal usul nama Batu Pahat disusur kembali melalui legenda abad ke-15 apabila tentera Siam menyerang tempat batu yang dipahat di kampung Minyak Beku bagi mendapatkan bekalan air bersih semasa pengunduran mereka. Ketika itu, mereka sedang dikejar oleh tentera Melaka pimpinan Tun Perak, Bendahara dari kerajaan Kesultanan Melayu Melaka. Pada tahun 1456, tentera Siam yang dipimpin oleh Laksamana Awi Di Chu telah menduduki Batu Pahat dahulu sebelum menyerang Melaka. Menurut kisah lain, selepas Portugis menduduki Melaka, dipercayai bahawa batu-batu granit yang digunakan untuk membina Kota A Famosa diperoleh daripada muara Sungai Batu Pahat. Maka bandar Batu Pahat mendapat namanya daripada "batu yang dipahat" di muara itu.

Terkenal kerana ikan masin pada suatu ketika dahulu, Batu Pahat sebelum ini dikenali sebagai "Bandar Penggaram" yang bermaksud "bandar pembuat garam". Bandar Penggaram dibuka pada 1 Januari 1894 oleh Dato' Muhamad Salleh bin Perang, Dato' Bentara Luar Johor atas titah Sultan Abu Bakar, sultan Johor ketika itu.



"Aku disusahkan oleh dua Penghulu Rahmat dan Kitam. Dua tiga kali berjumpa dengan aku minta engkau membuka Batu Pahat. Aku jawab dengan Rahmat dan Kitam, jangan engkau semuanya sumpah dan tidak ikut apa-apa perintah dia kelak. Dia jawab pada aku, tidak sekali-kali. Aku fikir bolehlah engkau buka Batu Pahat itu, mana-mana tempat anggaran engkau hendak jadikan Bandar..."
Titah Sultan Abu Bakar kepada Dato' Muhamad Salleh bin Perang.

Kini Batu Pahat terus membangun dan muncul sebagai salah satu daerah yang termaju di negeri Johor Darul Takzim dan mempunyai potensi yang besar untuk terus maju pada masa hadapan.

Pembahagian pentadbiran dan kawasan

Mukim di Batu Pahat

Daerah Batu Pahat terbahagi kepada 14 buah mukim iaitu :
  • Mukim Lubok (Mukim I)
  • Mukim Bagan (Mukim II)
  • Mukim Peserai (Mukim III)
  • Mukim Simpang Kiri (Mukim IV)
  • Mukim Simpang Kanan (Mukim V)
  • Mukim Linau (Mukim VI)
  • Mukim Tanjung Semberong (Mukim VII)
  • Mukim Sri Gading (Mukim VIII)
  • Mukim Minyak Beku (Mukim IX)
  • Mukim Kampung Bahru (Mukim X)
  • Mukim Sungai Punggor (Mukim XI)
  • Mukim Sungai Kluang (Mukim XII)
  • Mukim Chaah Bahru (Mukim XVII)
  • Mukim Sri Medan (Mukim XVIII)

Pihak Berkuasa Tempatan

Semua mukim dan kampung ditadbir oleh Majlis Perbandaran Batu Pahat dan Majlis Daerah Yong Peng. Sebelum itu dikenali sebagai Majlis Daerah Batu Pahat dan Majilis Daerah Batu Pahat Timur msing-masing. Terdapat 525 buah kampung telah digazetkan.

Pada tahun 2008 kerajaan masih belum ada sebarang perancangan untuk menaik taraf Batu Pahat kepada sebuah Bandaraya walaupun pembangunan dan kemajuan di Batu Pahat sudah jauh meninggalkan Alor Star dan Kuala Terengganu yang mana kedua-dua sudah diiktiraf bandaraya.

Penduduknya seramai 335,368 orang terutama Melayu, Cina dan India. Lelaki seramai 169,087 dan perempuan 166,281 orang.

Antara pekan-pekan kecil dalam daerah Batu Pahat ialah:

Sebelah utara bandar Batu Pahat (jalan ke arah Muar); ialah Simpang Lima, Peserai, Parit Besar (Bagan), Semerah, Parit Sulong, Seri Medan, Tongkang Pecah,

Sebelah timur (jalan ke arah Kluang); ialah Seri Gading, Bandar Universiti, Parit Raja dan Ayer Hitam.

Sebelah selatan (arah ke Pontian) ialah Sungai Ayam, Sungai Suloh, Tanjung Labuh, Senggarang, Punggor, Rengit,

Batu Pahat mengalami pembangunan yang amat pesat mendahului Muar yang satu ketika dulu merupakan bandar kedua besar di Johor selepas Johor Bahru.  Beratus-ratus buat taman perumahan tumbuh sama ada di keliling bandar Batu Pahat atau di pekan-pekan kecil yang suatu ketika dahulu merupakan ‘pekan koboi’ seperti Parit Raja, Ayer Hitam, Rengit dan Parit Sulong.

Pendidikan

Kalau daerah Johor Bahru mempunyai sebuah IPTA yang ke 5 tertua di Malaysia (Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Batu Pahat merupakan daerah kedua di Johor mempunyai sebuah kampus utama dan tetap IPTA iaitu Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di Parit Raja.  Sebuah lagi daerah yang mempunyai sebuah kampus cawangan ialah Segamat iaitu UITM Kampus Johor.

Dalam daerah Batu Pahat juga terdapat Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tun Hussein Onn, Pusat Latihan Teknologi Tinggi Lanjutan (ADTEC), Kolej Polytech MARA dan Kolej Komuniti kampus Batu Pahat.

Terdapat dua buah sekolah berasrama penuh di dalam daerah Batu Pahat, iaitu Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), dan SM Sains Batu Pahat.

Berbanding dalam tahun 70an, waktu itu daerah BP mempunyai kurang dari 20 buah sekolah Menengah.  Pada masa ini (2011) terdapat 31 buah sekolah menengah yang diiktiraf oleh Kerajaan:
  1. Kolej Vokasional Batu Pahat
  2. SMK Tinggi Batu Pahat, Jalan Zaharah
  3. SMK Datuk Bentara Luar, Jalan Syed Salim
  4. SMK Dato’ Onn, Simpang Lima
  5. SMK Datin Onn Jaafar, Kg Kenangan Dato Onn
  6. SMK Seri Gading
  7. SMK Munshi Sulaiman, Jalan Kluang
  8. SMK Convent,Jalan Tan Swee Hoe
  9. SMK Perempuan Temenggung Ibrahim
  10. SMK Tun Aminah, Jalan Kluang
  11. SMK Senggarang
  12. SMJK China Batu Pahat
  13. SMK Tunku Mahmood Iskandar, Senggarang
  14. SMK Tun Ismail, Parit Raja
  15. SMK Dato Sulaiman, Parit Sulong
  16. SMK Tun Sardon, Rengit
  17. SMK Yong Peng
  18. SMK Datuk Menteri, Ayer Hitam
  19. SMK Dato Seth, Yong Peng-Muar
  20. SMK Seri Medan
  21. SMK Penghulu Saat, Parit Sulong
  22. SMK Tunku Putra, Tongkang Pechah
  23. SMK Datuk Syed Esa, Jalan Indah
  24. SMK Banang Jaya, Taman Banang
  25. SMJK China, Rengit
  26. SMK Semerah
  27. SMK Permata Jaya, Rengit
  28. SM Agama Arab Parit Raja
  29. SM Agama Arab Senggarang
  30. SM Agama Arab Parit Sulong
  31. SM Agama Arab Tarbiyyah Islamiyah Batu Pahat

Perkhidmatan

Pengangkutan

Batu Pahat tidak mempunyai jaringan keretapi. Namun demikian pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan kereta api melalui stesen KTM terdekat, iaitu Kluang, kira-kira 50 kilometer dari Bandar Batu Pahat.

Terdapat syarikat-syarikat bas yang beroperasi di Perhentian Bas Jalan Rugayah dari awal pagi sehinggalah lewat malam. Bas-bas tersebut menghubungkan pekan-pekan dalam Batu Pahat dan juga daerah-daerah lain yang menjadi jiran Batu Pahat serta ke bandaraya-bandaraya utama seperti Johor Bahru, Melaka, Kuala Lumpur, dan lain-lain bandar di semenanjung.
  • Syarikat Bas Antarabandar
  • Johore Motor Bus Co, Sdn Bhd
  • Costal Omnibus Co, Sdn Bhd
  • Syarikat Mayang Sari, Sdn Bhd
  • Syarikat Pengangkutan Maju, Bhd
  • Syarikat Tanjau Jaya Bus, Sdn Bhd
  • Syarikat Causeway Link, Sdn Bhd
  • Syarikat Intra Desa, Sdn Bhd
  • Syarikat Bas Ekspres
  • KKKL Ekspres Sdn Bhd
  • Transnasional Ekspres
  • Hasry Ekspres Sdn Bhd
  • Causeway Link Ekspres Sdn Bhd
  • S&S Internasional
  • Orchid Ekspres Sdn Bhd
  • SP Bumi
  • 707 Travel Group
  • Cepat Ekspres
  • SE Super

Terminal feri yang baru terletak di Minyak Beku menyediakan perkhidmatan pelabuhan Indonesia, seperti Tanjung Balai, Bengkalis dan Batam.

Hospital dan pusat penjagaan kesihatan utama.
  • Hospital Batu Pahat (Kerajaan)
  • Putra Specialist Hospital (swasta)
  • Pantai Specialist Hospital (swasta)

Kebudayaan

Kesenian

Lagu Joget Batu Pahat

Tanah Yang Indah Di Negeri Johor
Batu Pahat Daerah Makmur
Sungai Mengalir Ke Kuala
Dari Simpang Kanan Dan Kiri
DiHulu Sungai Kampunglah Medan
Parit Sulong, Pekan Nan Indah
Bukit Pasir dan Tongkang Pecah
Semerah Letak Di Utara

Chorus
Bandar Penggaram Tempat Berniaga
Ramai Yang Membeli Belah Disana
Pisang Salai Di Parit Raja
Air Hitam, Tempat Pelancong
Gunung Banang Tinggi Mengawan
Nampaklah Dari Bukit Soga
Istana Hinggap Sultan Johor
Raja Adil Daerah Makmur
Sri Gading Utuh Terbina
Rengit, Senggarang Tak Kurangnya
Minyak Beku Batu Di Pahat
Nama Diberi Sempenanya
Dahulu Kala Ia Dibuka
Oleh Dato' Bentara Luar
Satu Haribulan Januari
Satu Lapan Sembilan Empat

Penggubah lagu : Encik Zaidin Bin Hj. Noor (Batu Pahat)

Makanan

"Mee Bandung"

Mee Bandung Muar yang terletak berhadapan dengan Hotel Garden Batu Pahat. Untuk ke sana dari Bandar Muar, sebelum Jambatan Batu Pahat, "Benteng" terletak di sebelah kiri. Antara makanan yang popular di sini ialah "mee racun". Batu Pahat juga terkenal dengan pelbagai jenis sup yang boleh didapati di gerai yang terkenal di BP Walk.

Mee rebus dan nasi lemak
Ingin merasai kenikmatan mee rebus asli dan nasi lemak terbaik di Batu Pahat singgah ke sebuah warung kecil di Jalan Zabedah berdekatan Wisma Sing Long.

Tempat menarik
Benteng

"Benteng" merupakan suatu tempat makan yang terkenal di Batu Pahat dan terletak berdekatan dengan tebing Sungai Batu Pahat. Antara makanan yang popular adalah Nasi Beriyani Gam Mat Syah yang terletak di Benteng berhadapan dengan Hospital Pakar Putra (Putra Specialist Hospital).

BP Walk

Pada waktu malam pula, Batu Pahat terkenal dengan "BP Walk" iaitu sebuah kawasan sepanjang Jalan Rahmat yang penuh dengan bermacam-macam jenis gerai makanan termasuklah citarasa tempatan dan barat. BP walk dibuka sehingga 3 atau 4 pagi setiap hari. BP Walk ini juga telah menjadi tumpuan pengunjung dari Kluang, Muar, Pontian dan Air Hitam pada waktu malam.
Lain-lain

Terdapat juga berberapa tempat untuk membeli belah yang terkenal di sini seperti The Summit, Carrefour, The Store (Jalan Rugayah,The summit BP Mall (ke-4 terbesar di Johor) Squre One Mall, Farson Supermarket, Pacific Hypermarket, McDonald Drive Thru, dan Parkson. Terdapat juga tempat beriadah bersama keluarga iaitu BP Water Park yang terletak 2 km dari bandar Batu Pahat di sebelah kiri jalan menghala ke Tongkang Pecah.Terdapat lebih kurang 3 Pusat Bowling dengan lebih 30 lane setiap satu, terdapat 3 Panggung seperti MBO Cinaplex, Big Cinemaplex,dan GSC Cinema. Selain itu terdapat juga pusat-pusat hiburan seperti 2000 dan banyak lagi.

Industri

Batu Pahat turut terkenal sebagai pusat pembuatan barangan elektronik, pemprosesan makanan, pembalakkan kayu, pembuatan porselin, dan industri plastik, selain sebagai pengeksportan utama tekstil di Malaysia ke luar negara. Jeti Batu Pahat juga terkenal dengan sebagai salah satu jeti dalam "segi tiga emas" antara Indonesia dan Malaysia dalam pergerakan bahan rempah dan bahan mentah. Sebuah pelabuhan baru juga telah direncanakan untuk Batu Pahat bagi menangani permintaan pergerakan bahan mentah tersebut. Sebuah pelan yang bernilai lebih kurang RM 500.000.000 telah pun disediakan siap dengan prasarana yang sempurna.

Begitu juga dengan perusahaan dalam pembuatan makanan seperti kilang membuat biskut. Antaranya Munchy's, Hup Seng, dan Hwa Tai. Terdapat juga pelaburan asing di Batu Pahat seperti Sharp Roxy, Sony, Fujitsu, Hitachi, and Mitsumi. Dan terdapat 20 syarikat tersenarai dalam Bursa Malaysia: Harta Packaging, PCCS, Baneng Holdings, S&P, Sharp Roxy, Ramatex, Southex, Prolexus, Fujitsu, Hitachi, Yong Tai, Hwa Tai, AE, Kia Lim, Kayu Wangi, Hup Seng, Xiang Leng, Magnum, SKP, SPI Plastics, BP Plastics, Cheng Yap Sdn Bhd. dan Fast Track Solutions Bhd.

Nostalgia Sekolah Menengah di Batu Pahat


Antara sekolah menengah (selain STBP) yang agak terkenal di Batu Pahat pada tahun 70an ialah Sek Men Perempuan Temenggung Ibrahim (TIGS) dan Sek Men Dato' Bentara Luar (SDBL). Stadium Jalan Ampuan, Batu Pahat juga ada signifikannya tersendiri. Setiap tahun stadium ini merupakan gelanggang pertandingan olahraga antara sekolah-sekolah menengah (MSSD) seluruh daerah Batu Pahat. Malah, jodohku juga bermula di sini. Cinta pandang pertama (tahun 1975) di atas padang inilah yang membawa aku dan isteriku (Adibah) ke jinjang pelamin. Waktu itu, aku dalam Tingkatan 4 (lihat tajuk MY MARRIAGE).


 Image result for smk(p) temenggong ibrahim batu pahat johor
SM(P) Temenggung Ibrahim (TIGS)




  


Antara sekolah-sekolah menengah yang berentap setiap tahun ialah:
  • Temenggong Ibrahim Girl School (TIGS) - sekolah perempuan aliran Inggeris. Inilah sekolah tempat isteri aku belajar.
  • Sek Dato Bentara Luar (SDBL), Jalan Lim Poon
  • Sek Tun Aminah (STA) - sekolah perempuan aliran Melayu
  • Sek Men Munshi Sulaiman (SMS) (dulu Sek Men Inggeris), Jalan Kluang.
  • Sek Men Jalan Kolam Air (SMKA)
  • Sek Tun Ismail (STI), Parit Raja
  • Sek Tan Sri Sardon (STSS), Rengit
  • Sek Men Senggarang (SMS)
  • Sek Tunku Mahmud Iskandar (STMI)- sekolah aku laaaa... tak pernah menang pun. Bayangkan pada tahun 1970an, ketika sekolah lain (di bandar) telah jauh ke hadapan dengan pelbagai kemudahan sukan yang terbaik, STMI cuma ada satu padang bola dengan satu gelanggang bola tampar yang berkongsi dengan gelanggang bola jaring.  Gelanggang berlantaikan tanah dan PASIR sahaja. Bila bertanding di sekolah bandar, atas gelanggang simen- semua jadi hancus.
  • Sek Men Dato Onn (SMDO), Simpang Lima
  • Sek Men Semerah

Related image
SMK Tinggi Batu Pahat antara sekolah yang tertua di Malaysia


Batu Pahat juga ada tempat santai yang masyhur, iaitu Tasik Merdeka. Tasik bekas lombong ini terletak di Jalan Bukit Pasir (Jalan BP Parit Sulong). Tasik ini ada nostalgia tersendiri dalam hidupku. Di sinilah yang menjadi saksi 'dating' pertamaku dengan isteriku sekarang.

Tasik Merdeka, Batu Pahat




Sedikit Tentang Sejarah Batu Pahat

Kiayai Salleh (Panglima Saleh Selempang Merah) yang mengetuai orang-orang Melayu Batu Pahat semasa Zaman Dharurat (1945-1960) untuk memerangi orang China (yang menyokong Komunis Malaya atau Bintang 3). Kalau tidak didamaikan oleh Dato Onn (DO Batu Pahat masa itu), keadaan amsa kini pasti amat berbeza. Kiayai Salleh amat digeruni dan dihormati oleh orang Chia Batu Pahat kerana ilmu batinnya yang tinggi. Aku ada beli buku tentang Panglima Saleh ni (1992) tapi 'somebody' dah pinjam langsung lupa nak pulang. Masa tu, aku kerja di DTU-Latih. Dia (Mejar) dah pencen pun. Aku halalkan je laaa.


u
Mat Indera (duduk 4 dari kanan) adalah bekas guru agama Sek Agama Setongkat, Muar 
Allahyarham Mat Indera

Panglima Kiayai Haji Saleh bin Karim - no 4 dari kanan

Semasa zaman Dharurat, Batu Pahat juga terkenal apabila salah seorang pemimpin Komunis Melayu bernama Mat Indera adalah berasal dari Batu Pahat. Beliau asalnya seorang guru di Sekolah Melayu Setongkat, Muar. Dikatakan, Mat Indera ini ada ilmu kebal (tak lut peluru).
Menurut cerita, kematian beliau adalah atas tipu muslihat seorang kampung yang memberikan minuman yang dicampur dengan buah kecubung. Apabila beliau mabuk, beliau diserahkan kepada pihak polis. Beliau dihukum gantung sampai mati.

Satu lagi peritiwa penting di Batu Pahat berlaku pada 16 Okt 1980 sekumpulan penganut agama sesat yang diketuai oleh seorang yang mengaku sebagai Nabi Isa telah menyerang Balai Polis BP dan mencederakan ramai orang. Dua penyerang mati ditembak.

Balai Polis Batu Pahat


LAGU JOGET BATU PAHAT
(SELAMA INI AKU TAK PERNAH TAU, RUPANYA ADA LAGU BERJODOL 'JOGET BATU PAHAT')

.
Bandar BP dari udara

Dataran Batu Pahat di Jalan Rahmat


 
Batu Pahat Mall, Jalan Kluang, Batu Pahat

Hotel Carnival, Jalan Fatimah

Hotels in Batu Pahat
Hotel Garden, Jalan Jenang

Hotel Pelican



Minyak Beku- satu-satunya pantai perkelahan berhampiran bandar Batu Pahat

Landasan terbang Batu Pahat di Tg Labuh

.
Terima kasih kepada beberapa website seperti www.batu pahat.org dan lain-lain atas gambar-gambar yang kuambil menghiasi blog aku ini.


Rujukan lain ialah: wikipedia

4 comments:

  1. Salam...
    Jemput dengar lagu Joget Batu Pahat versi akustik dari GFadz HB46 live in MK Cafe & Bistro

    http://www.cintaitumisteri.blogspot.com/2012/04/mk-lagiadmirer-jejarimu.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Pasti saya akan mendengarnya.

      Delete
    2. Assalamualaikum cik coltoras,saya nk tanya sikit boleh?

      Delete

IKTIROF

←  PLURALISME GUS DUR, GAGASAN PARA SUFI Biografi KH Hasyim Asy’ari Pendiri NU Tebuireng Jombang  → Syair Doa Abu Nawas – Al I’tira...