Thursday, October 25, 2012

SISTEM PEROLEHAN KERAJAAN: BHG 1



  SISTEM PEROLEHAN KERAJAAN  
  BAHAGIAN I  
.
Dalam penulisan aku yang lalu (Rujuk TAJUK 28), ketika berpangkat Mejar aku pernah diberi peluang bertugas lebih 4 tahun di Kementerian Kewangan Malaysia (Perbendaharaan Malaysia) dari 27 Dis 1999 (sebaik sahaja aku menamatkan kursus di Staff College) sehingga 31 Jan 2004.  Jawatan aku (secara pinjaman tidak rasmi) ialah Pegawai Khas Tentera Udara yang bertanggungjawab menguruskan segala permohonan perolehan pesawat serta kontrak-kontrak dukungan yang berkaitan dengan pesawat.  Ia tidak terhad kepada menguruskan keperluan TUDM sahaja tetapi juga PUTD, Unit Udara TLDM, Unit Udara PDRM dan Unit Udara JBPM.  Selain dari itu terdapat juga jabatan-jabatan Kerajaan lain yang memerlukan perkhidmatan sewaan pesawat seperti JPM, SPR dan JHEOA.

Empat tahun di Perbendaharaan, aku banyak menimba ilmu berkaitan perolehan Kerajaan dari pegawai-pegawai di Perbendaharaan sama ada PTD atau staf sokongan. Bidang ilmu tersebut meliputi dasar perolehan, proses kerja bagi mendapat kelulusan serta penglibatan secara langsung dalam proses rundingan kontrak.

Nama-nama seperti Dato Kamariah Hussein, Dato' Kamesah Abu Bakar, Dato' Safiah Basrah, Dato' Zalikha Hassan, Dato' Norzirah Bahari, Dato' Nursiah Arshad, Dato Hashmuddin Mohammad, Dato Farizan Darus, Dato Roslan Sakiman, Dato Mazalan Mohd Nor, Dato' Abd Ghaffar A.Tambi, Dato' Shukor Ibrahim, Datin Norlaili Ahmad, dan Puan Fatimah Daud adalah antara nama-nama yang pernah bertugas bersama dengan aku dahulu, sama ada sebagai big boss, intermediate boss, immediate boss atau officemates.

Dalam blog ini aku ingin berkongsi ilmu berkaitan dengan sistem perolehan Kerajaan.  Bagaimanapun pembaca blog perlu peka dengan dasar-dasar perolehan yang sentiasa berubah (dipinda) dari semasa ke semasa mengikut keperluan dan perkembangan.  Contoh: kuasa perolehan melalui Pembelian Terus - kalau dahulu dihadkan setakat RM10,000 untuk satu jenis barangan setahun (dalam tahun 80an), telah dinaikkan kepada RM50,000 dan kemudiannya RM200,000.

Kita juga selalu 'confused' dengan terma-terma perolehan dan pembelian.  Lebih confused lagi jika dibaca dalam bahasa Inggeris, untuk membezakan antara "procurement, acquisition, purchasing and buying''?. Ia juga akan aku terangkan di dalam blog ini.

Semasa aku mengikuti kursus asas pegawai logistik dahulu, aku diajar mengenai kaedah-kaedah perolehan dalam TUDM; antaranya ialah; direct procurement system (DPA), intermediate buying system (IBS) dan foreign military sales (FMS).  Itulah yang menjadi pegangan kami (warga Materiel TUDM) sebagai pegangan, menjadi rujukan semasa peperiksaan kenaikan pangkat dan bahan mengajar kepada generasi kemudiannya.

Bila aku bertugas di Perbendaharaan (2000-2004), dalam dokumen rasmi Kerajaan (Surat Pekeliling Perbendaharaan- SPP) hanya terdapat 3 sahaja kaedah perolehan Kerajaan iaitu Pembelian Terus, Sebut Harga dan Kontrak. Manakala pembelian secara rundingan terus disebut sebagai perolehan secara luar biasa.  Macam mana tu? lagi confused kan? Nanti akan aku jelaskan juga.


UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN
  • AKTA TATACARA KEWANGAN 1957 (Disemak 1972)Suatu Akta yang diperuntukan bagi pengawalan dan pengelolaan wang awam Malaysia, dan bagi acara pengakaunan serta kewangantermasuk acara bagi pemungutanpenjagaan dan pembayaran wang awam Persekutuan dan Negeri-Negeri dan pembelianpenjagaan dan pelupusan harta awam dan perkara-perkara yang bersangkutan dengannya.
    • SEKSYEN 6(1) AKTA TATACARA KEWANGAN 1957 (Disemak 1972) menyatakan bahawa  “Pengelolaan Kumpulanwang Disatukan Persekutuan dan penyeliaan, pengawalan dan arahan semua perkara berhubung dengan hal ehwal kewangan Persekutuan, yang tidak diserahkan khususnya kepada sesiapa oleh sebarang undang-undang lain hendaklah tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan dan Akta ini, diletak hak pada Menteri” 
  • PERINTAH MENTERI-MENTRI KERAJAAN PERSEKUTUAN (P.U. (A) 206 bertarikh 24 Jun 2004)  Menyatakan bahawa tanggungjawab Bahagian Perolehan Kerajaan di Kementerian Kewangan adalah:
    • Menggubal dasar perolehan kerajaan.
    • Menimbang dan meluluskan tender yang dirujuk ke Kementerian Kewangan
    • Menimbang dan memutuskan permohonan pengecualian daripada peraturan perolehan Kerajaan.
    • Memberi khidmat nasihat mengenai perolehan Kerajaan dan
    • Pendaftaran Kontraktor bagi bekalan/perkhidmatan dan perunding Kerajaan.
  • ORDINAN PERWAKILAN KUASA 1956 (Disemak 1988) menyatakan perihal  memberi kuasa untuk mewakilkan/menurunkan kuasa.
  • AKTA KONTRAK KERAJAAN 1949 (Disemak 1973) menyatakan perihal:
    • Memberi kuasa / membolehkan Menteri-mentri yang berkaitan yang berkaitan mengikat kontrak; dan
    • Memberi kuasa / membolehkan Menteri-Menteri menurunkan kuasa kepada Pegawai Kerajaan mengikat / menandatangani kontrak. 
  • ARAHAN PERBENDAHARAAN (AP): (AP 166 – 206 dan AP 229 – 300) menjelaskan dengan terperinci tatacara kewangan dan perakaunan dalam menguruskan wang awam/kerajaan.
  • SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN (SPP). SPP ini boleh disemak dari website Perbendaharaan- www.treasury.gov.my.  SPP ini dikeluarkan dari semasa ke semasa untuk memperbaiki, melaksana, memaklumkan, menjelaskan dan meminda dasar, peraturan dan tatacara pengurusan kewangan dan perakaunan. 
  • PEKELILING KONTRAK PERBENDAHARAAN (PKP). Dikeluarkan untuk mengumumkan barangan guna sama yang boleh diperolehi melalui kontrak pusat.
  • SURAT ARAHAN PERBENDAHARAAN. Dikeluarkan dari semasa ke semasa untuk menjelaskan dan mempertingkatkan mengenai peraturan dan tatacara perolehan Kerajaan.
Nota: Semua Agensi Kerajaan mesti mematuhinya kecuali atas kebenaran khas Perbendaharaan.


OBJEKTIF PENGURUSAN PEROLEHAN
  • Menguruskan perolehan secara cekap,  berkesan dan   paling menguntungkan bagi mencapai matlamat   perolehan tersebut;
  • Mendapatkan harga yang paling menguntungkan dan   berpatutan dengan mengambilkira kualiti, kuantiti dan tempoh penyerahan/siap yang ditetapkan;
  • Mengalakkan pertumbuhan industri tempatan dan   penggunaan bahan/barangan/perkhidmatan tempatan;
  • Menggalakan pemindahan teknologi yang bersesuaian dengan kehendak semasa sektor industri negara;
  • Sebagai alat untuk mencapai dasar-dasar nasional;
  • Menggalakkan penglibatan usahawan Bumiputera; dan 
  • Memelihara dan mempertahankan kepentingan Dasar   Perolehan Kerajaan bagi mencapai objektif nasional   dalam menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi.
DASAR PENGURUSAN PEROLEHAN
  • Peraturan tender yang saksama. 
  • Mengutamakan syarikat bumiputera. 
  • Mengutamakan produk/industri tempatan. 
  • Menggalakkan pemindahan teknologi.

PRINSIP PENGURUSAN KERAJAAN
  • Akauntabiliti awam (Public Accountability). Urusan perolehan yang diamanahkan hendaklah dilaksanakan secara bertanggungjawab dengan mengikut dasar & peraturan yang ditetapkan:
    • Akauntabiliti Fiskal
    • Akauntabiliti Pengurusan
    • Akauntabiliti Program
  • Diuruskan secara telus (transparent). Semua dasarperaturan dan proses perolehan yang dilaksanakan hendaklah jelasdiketahui dan difahami umum serta mengikut dasar & peraturan yang ditetapkan.
  • Nilai faedah yang terbaik (best value for money). Pengurusan perolehan hendaklah memberi pulangan yang terabik bagi setiap ringgit yang dibelanjakan.
  • Saingan terbuka (open fair competition). Proses perolehan hendaklah memberi peluang terbuka kepada semua pihak yang layak bersaingdan
  • Adil dan saksama (fair dealing). Sesuatu perolehan itu dipelawadiproses dan dipertimbangkan dengan adil & saksama berasaskan dasar dan peraturan yang ditetapkan.


PENDAFTARAN PEMBEKAL/KONTRAKTOR
(AP 184) (SPP 16/93-MOF) (SPP 14/2002 - Kelas PKK)

Semua pembekal dan kontraktor yang ingin berurusan dengan kerajaan perlu berdaftar dengan Kerajaan seperti berikut :

  • Bekalan/Perkhidmatan: Mendaftar dengan Kementerian Kewangan (Unit Pendaftaran Kontraktor, Bahagian Perolehan Kerajaan)
  • Kerja: Mendaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK), Kementerian   Pembangunan Usahawan;   dan Lembaga Pembangunan   Industri Pembinaan   Malaysia (CIDB)
PENGGUNAAN BAHAN/BARANGAN/PERKHIDMATAN
TEMPATAN (SPP 7/2002)
  • Semua perolehan bekalan dan perkhidmatan hendaklah   diperolehi secara tempatan.
  • Bahan/barangan keluaran tempatan hendaklah   memenuhi Standard Malaysia atau Standard   Antarabangsa lain yand diiktiraf.
  • Bagi perolehan kerja, agensi wajib menggunakan   bahan/barangan/perkhidmatan keluaran tempatan yang   dinyatakan di dalam senarai bahan-bahan binaan   tempatan yang dikeluarkan oleh IKRAM QA Services Sdn.   Bhd. (Certified and Listed in the ‘Product Certification and Construction   Material List’)
  • Bagi perolehan bekalan, agensi wajib menggunakan   barangan keluarkan tempatan yang disenaraikan oleh   SIRIM QAS Sdn. Bhd.

PEROLEHAN BARANG-BARANG IMPORT  (SPP 6/1996, 7/2002)
  • Bahan/barangan import melebihi  RM50,000 perlu   mendapat kelulusan MITI.
  • Bahan/barangan yang bernilai melebihi RM200,000 bagi   satu kontrak hendaklah dilaksanakan secara Free on   Board (FOB).
  • Menggunakan syarikat  perkhidmatan pengangkutan   tempatan. 
  • Perlindungan insurans melalui KWIBK (Akaun Amanah  Kumpulan Wang Insurans Barang-barang Kerajaan)

PEMINDAHAN TEKNOLOGI UNTUK INDUSTRI TEMPATAN(SPP 5/2007 para 10)
  • Membantu institusi dan industri tempatan dalam   mempertingkatkan kepakaran dalam pelbagai bidang   terutamanya yang berteknologi canggih dan terkini.
  • Lazimnya dilaksanakan melalui program offset dengan   kerjasama industri tempatan terutama sekali bagi   perolehan strategik dan berteknologi tinggi.

 

KEUTAMAAN SYARIKAT BUMIPUTERA DALAM PEROLEHAN   KERAJAAN (SPP 4/1995)
  • Syarikat yang diiktiraf sebagai Syarikat Bumiputera:
    • Sekurang-kurangnya 51% dikuasai Bumiputera (Saham, Lembaga Pengarah dan Pengurusan).
    • Sijil dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan   (bekalan/perkhidmatan) atau Pusat Khidmat Kontraktor (Kerja).
Keutamaan Bumiputera Bagi Perolehan   Bekalan Dan Perkhidmatan
  • Melebihi RM50,000 hingga RM100,000 hendaklah diperolehi di kalangan Syarikat Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan sahaja;
  • Melebihi RM100,000 keutamaan harga kepada syarikat  Bumiputera.

A. Keutamaan Bagi Perolehan Bekalan Dan Perkhidmatan

     Nilai Perolehan                                       % Keutamaan
  • Melebihi RM100 ribu-RM500 ribu          10%
  • Melebihi RM500 ribu-RM1.5 juta            7%
  • Melebihi RM1.5 juta-RM5 juta                 5% 
  • Melebihi RM5 juta-RM10 juta                  3% 
  • Melebihi RM10 juta-RM15 juta                2.5%
  • Melebihi RM15 juta-                                 Tiada
(Keutamaan harga ini adalah berdasarkan kepada nilai tawaran terendah dan boleh diterima dari syarikat Bukan Bumiputera)

Langkah 1:

Harga Tawaran Pembekal Bumiputera (B)  
Harga Tawaran Pembekal Bukan Bumiputera (BB) 

B - BB = Perbezaan Harga (RM)

Contoh: 

RM10,700,000 (B) - 10,500,000 (BB) = RM200,000

Langkah 2:

Peratus Perbezaan (%) =  Perbezaan Harga  x  100 
                                              Harga Tawaran BB


% Perbezaan ≤ % keutamaan : pilih pembekal bumiputera
% Perbezaan > % keutamaan : pilih pembekal bukan bumiputera

Contoh:

Peratus Perbezaan (%) =  200,000 x 100  =  1.9%
                                              10,500,000

Nota: 1.9% (kurang dari 2.5%)


Keutamaan Bagi Pembuat atau Pengilang

Tawaran hendaklah memberi keutamaan kepada Syarikat yang bertaraf pembuat/ pengilang Bumiputera sekiranya perolehan bekalan dilaksanakan secara terbuka di       kalangan pembuat tempatan, keutamaan harga hendaklah diberi kepada pembuat Bumiputera.

                Nilai Perolehan                                     % Keutamaan
                Sehingga RM10 juta                                         10%
                Melebihi RM10 juta –RM100 juta                      5%
                Melebihi RM100 juta                                          3%         
                                                                                 
(Keutamaan harga ini adalah berdasarkan kepada nilai tawaran terendah dan boleh diterima dari syarikat Bukan Bumiputera)

Keutamaan Bagi Perolehan Kerja
  • Kerja-kerja bernilai kurang RM100,000 dikhaskan kepada Bumiputera.
  • Sekurang-kurangnya 50% bagi projek bernilai RM100,000 hingga RM350,000 dikhaskan untuk ditandingi dikalangan Bumiputera.
  • 30% dari peruntukan tahunan untuk kerja, dikhaskan kepada Bumiputera (tidak termasuk kerja-kerja kurang RM100,000).



KAEDAH PEROLEHAN
  1. Perolehan melalui Panjar Wang Runcit.
  2. Perolehan melalui Kontrak Pusat.
  3. Perolehan Pembelian Terus
  4. Perolehan secara Gotong Royong
  5. Perolehan Darurat 
  6. Perolehan melalui Perlanjutan/Perubahan Kontrak 
  7. Perolehan melalui Jabatan Teknik (JKR & JPS) 
  8. Perolehan melalui Perkhidmatan Perunding 
  9. Perolehan melalui Penggunaan Kontrak Jabatan Lain.  
  10. Perolehan melalui Sebutharga
  11. Perolehan melalui Tender 
  12. Perolehan melalui Rundingan Terus  


PEROLEHAN MELALUI PANJAR WANG RUNCIT 
[AP97(d), 111-113 & SPP 2/2002]

  • Objektif utama perolehan melalui Panjar Wang Runcit adalah untuk kegunaan segera.
  • Pembelian tidak melebihi RM 500.00 (SPP Bil.2/2002).
    • Peringkat Ibu Pejabat Jabatan RM3,000.00
    • Pejabat Peringkat Negeri RM2,000.00
    • Pejabat Peringkat Daerah RM1,000

  • Tiada dokumen pembelian diperlukan (cukup dengan resit sahaja & Kew 50).
  • Buat rekupmen jika wang tunai tinggal sedikit.
  • Pembelian aset/barang kontrak pusat tidak dibenarkan


PEROLEHAN MELALUI KONTRAK PUSAT (AP 178.1)

Barangan gunasama.
  • Perlu rujuk Pekeliling Kontrak Perbendaharaan.
  • Guna Pesanan Tempatan sebagai dokumen pembelian.
  • Item Kontrak Pusat :
    • Perabot jenis polypropylene.
    • Perabot pejabat (kerusi berasaskan kain)
    • Kabinet, rak, gerobok besi (perabot berasaskan logam)
    • Sampul surat
    • Wardrobe berasaskan logam
    • Peluru untuk senjata kecil
    • Alat ganti proprietory kenderaan
    • Kertas komputer tidak bercetak

            (Perlu semak dengan PKP semasa)


PEROLEHAN TERUS [AP 173.1, 180.1(b)]

Bekalan/Perkhidmatan (SPP 12/2007)
  • Sehingga RM50,000 setahun bagi setiap jenis item pembelian terus dari mana-mana pembekal yang berdaftar atau tidak berdaftar dengan Kementerian Kewangan sama ada bertaraf Bumiputera atau Bukan Bumiputera.
  • Hendaklah membuat kajian pasaran supaya harga bekalan atau perkhidmatan yang diperolehi adalah berpatutan dan menguntungkan Kerajaan dan pastikan tidak tertumpu kepada Pembekal tertentu selaras dengan prinsip-prinsip perolehan.
  • Bagi bidang khusus yang memerlukan lesen/permit yang sah atau kepeluan lain yang disyaratkan mengikut peruntukan undang-undang yang ditetapkan, agensi hendaklah memastikan bahawa pembekal yang dipilih mematuhi syarat-syarat tersebut.

                        Contoh :
                        Kawalan Keselamatan – KKDN
                        Ubatan – Kem. Kesihatan
                        Papan Tanda - PBT

Kerja (SPP 2/1999)
  • Tidak melebihi RM20,000 boleh dibuat secara lantikan terus di kalangan Kontraktor Kelas F tempatan yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) di bawah kepala dan sub-kepala berkaitan.
  • Gunakan Pesanan Kerajaan atau Inden sebagai dokumen pembelian/perolehan mengikut mana yang berkaitan.

PEROLEHAN SECARA GOTONG ROYONG (SPP 4/2004)
  • Kriteria bagi menentukan projek secara gotong royong:
    • Had maksimum kewangan atau peruntukan sebanyak RM100,000.
    • Tidak memerlukan kepakaran khusus seperti mekanikal dan elektrikal.
    • Boleh dilaksanakan sendiri oleh Pihak Peneraju Projek yang terdiri daripada oleh Jawatankuasa Kemajuan dan      Keselamatan Kampung (JKKK) atau Jawatankuasa    Kemajuan Mukim/Badan/ Pertubuhan/Persatuan atau Badan-    Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang melibatkan masyarakat setempat.
    • Bebas daripada semua halangan seperti pemilikan tapak projek dan sebagainya.
    • Melibatkan tenaga penduduk tempatan dan bercorak kemasyarakatan.
    • Tempoh pelaksanaan tidak melebihi 14 hari kerja berturut-turut atau 14 hari dalam tempoh maksimum 3 bulan.
  • Syarat-syarat pelaksanaan projek gotong-royong:
    • Senarai projek dikenalpasti terlebih dahulu dan dipersetujui oleh Pegawai Pengawal.
    • Pegawai Pemegang Waran/Pemegang Waran Kecil melantik Pegawai Penyelia untuk memastikan hal-hal kewangan dan bertanggungjawab mengesahkan projek berkenaan siap.
    • Mendapat kerjasama Jabatan Teknik mengikut mana yang berkenaan.
    • Pihak Peneraju Projek bertanggungjawab memastikan keselamatan bahan-bahan dan peralatan projek sepanjang   tempoh pelaksanaan Projek.
  • Tatacara Kewangan pengendalian projek gotong-royong:
    • Pihak Peneraju Projek hendaklah membuka/mempunyai satu          akaun di bank tempatan.
    • Sumbangan kewangan daripada swasta dan dermawan/orang        perseorangan dimasukkan ke dalam akaun gotong royong berkenaan.
    • Satu penyata kewangan berasingan bagi setiap projek hendaklah disediakan dan disimpan oleh Pihak Peneraju Projek.
    • 20% daripada peruntukan pemberian Kerajaan bolehlah diperuntukkan untuk bayaran elaun sagu hati dan makan minum peserta gotong royong.
  • Laporan Pelaksanaan Projek:
    • Laporan pelaksanaan secara berkala bagi setiap separuh     tahun pertama dan kedua kepada Pegawai Pengawal masing-masing.
    • Laporan juga hendaklah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan bagi setiap separuh tahun pertama dan kedua (sebelum 31 Julai dan 31 Januari tahun berikutnya).

PEROLEHAN DARURAT (AP 55, 173.2)
  • Perolehan yang perlu dibuat segera atau serta merta.
  • Perolehan tidak melebihi keperluan semasa.
  • Prosedur biasa Perolehan dikecualikan (AP170, 171, 172, 180, 181 dan 190 ).
  • Kemukakan laporan terperinci kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan/ Pegawai Kewangan Negeri dalam tempoh 1 bulan dari tarikh Perolehan untuk tujuan penyiasatan dan audit.

 

PEROLEHAN MELALUI PERLANJUTAN/PERUBAHAN KONTRAK (AP 201 dan 202)

Bekalan/Perkhidmatan (AP201)
  • Perlanjutan /perubahan kontrak boleh dipertimbangkan dan diluluskan oleh Lembaga Perolehan atau Jawatankuasa Sebut Harga dengan syarat berikut:
    • Kontrak masih berkuatkuasa.
    • Tidak melibatkan kenaikan harga.
    • Perlanjutan hanya untuk sekali sahaja dan tempoh    maksimum  sehingga 2 tahun.
    • Tambahan kuantiti tidak boleh melebihi 50% dari nilai kontrak asal tertakluk maksimum RM7.5 juta dengan syarat jumlah tambahan dan kontrak asal tidak melebihi RM25 juta (AP201.1)

 Arahan Perubahan Kerja (AP202, SPP 7/2007)
  • Arahan perubahan kontrak bagi perolehan kerja boleh diluluskan oleh pihak berkuasa sebagaimana yang ditetapkan di bawah AP 202.2 dengan syarat:
    • Tempoh kontrak masih berjalan semasa arahan perubahan kerja dikeluarkan, kecuali dibenarkan di bawah syarat-syarat kontrak.
    • Perubahan tidak menukar sebahagian besar skop kerja asal.
    • Bagi kerja tambahan, perubahannya hendaklah di tapak pembinaan.
    • Bagi kerja gantian, perubahan kerja adalah dalam skop kontrak asal dan kerja yang ditentukan dalam kontrak asal hendaklah dikenalpasti dalam kerja-kerja gantian itu.
PEROLEHAN MELALUI KONTRAK KEMENTERIAN & JABATAN LAIN (AP 178.2)

  • Kementerian/Jabatan boleh memperoleh bekalan barangan yang diperlukan dari Kementerian/Jabatan yang telah mempunyai kontrak sebagai pengguna utama sesuatu barangan atau dari pembekal.
  • Hendaklah mendapat kelulusan Perbendaharaan atau Pihak Berkuasa Kewangan Negeri terlebih dahulu

PEROLEHAN MELALUI JABATAN TEKNIK
(SPP 3/2006 PINDAAN KEPADA AP182)
  • Jabatan bukan teknik hendaklah merujuk kepada Jabatan Teknik bagi perolehan kerja bernilai RM5 juta ke atas. 
  • Semua projek kerja yang bernilai tidak melebihi RM5 juta boleh dilaksanakan sendiri oleh Agensi tanpa merujuk terlebih dahulu kepada Jabatan Teknik.
  • Sekiranya Jabatan teknik tidak berkemampuan, perolehan melalui perkhidmatan perunding hendaklah dilaksanakan.  Sesalinan ‘as built drawing’ hendaklah mengemukakan kepada Jabatan Teknik.
  • Bagi kerja-kerja yang melibatkan tambahan atau pengubahsuaian bangunan kerajaan Persekutuan kelulusan Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri hendaklah diperolehi terlebih dahulu.
  • Bagi kerja-kerja tambahan atau pengubahsuaian yang melibatkan bangunan yang disewa, kebenaran tuan punya bangunan hendaklah diperolehi terlebih dahulu.

 (Jabatan Teknik : JKR, Jabatan Pengairan & Saliran)

PEROLEHAN PERKHIDMATAN PERUNDING
(AP 186, SPP 3/2006, 8/2006, 8/2007 & SAP 4.12.2006
  • Rujuk kepada projek yang bernilai melebihi RM5 juta kepada Jabatan Teknik terlebih dahulu.  Sekiranya Jabatan Teknik mengesahkan tidak berkemampuan, agensi boleh melantik perunding mengikut tatacara yang berkuatkuasa.
  • Hendaklah mendapat kelulusan dari Perbendaharaan atau Lembaga Perolehan ‘A’ Agensi mengikut mana yang berkenaan.
  • Kelulusan bayaran perkhidmatan perunding hendaklah diperolehi dari Perbendaharaan atau Lembaga Perolehan ‘A’ Agensi mengikut mana yang berkenaan.
  • Perunding dilantik hendaklah menguruskan perolehan bagi pihak Jabatan berkenaan mengikut tatacara perolehan Kerajaan yang berkuasa.


bersambung di bahagian 2.....



.

No comments:

Post a Comment

IKTIROF

←  PLURALISME GUS DUR, GAGASAN PARA SUFI Biografi KH Hasyim Asy’ari Pendiri NU Tebuireng Jombang  → Syair Doa Abu Nawas – Al I’tira...