.
Di Sebalik Nama Taufan
06 Dis 2006
Oleh AZLINARIAH ABDULLAH (WARTAWAN
UTUSAN)
KITA dihidangkan menerusi kaca
televisyen dan paparan di akhbar dengan kesan malapetaka alam yang berlaku
kepada dunia dalam dua tiga tahun kebelakangan ini. Kesannya itu, seperti
hilang harta benda, orang tersayang dan sebagainya cukup menyentuh jiwa, walaupun
di sini, kita dilindungi daripada bencana-bencana seperti itu.
Atas dasar ikatan kemanusiaan, kita
turut terpanggil untuk terlibat
sama berkongsi rasa dan duka mereka mengharungi taufan, gempa bumi, tsunami
atau banjir buruk.Pada tahun 2005, dunia menyaksikan
banyak bencana alam buruk berlaku. Ini termasuk gempa bumi di Aceh dan taufan
Katrina serta Rita di Amerika Syarikat (AS).
Apabila berlakunya bencana, lebih-lebih
lagi yang meragut banyak nyawa dan harta benda, ia menjadi lebih diingati. Itu
sebabnya tsunami di Aceh kekal menjadi ingatan selain taufan Katrina.
Tidak seperti malapetaka lain, apabila
taufan berlaku, ia membadai bersama-sama namanya. Tidak ada tsunami Aceh atau Jepun dalam
sejarahnya, tetapi kita membilang nama-nama di sebalik taufan ini. Masakan kita boleh lupa dengan nama Katrina, Mawar, Rita,
Xangsane atau Greg dan sebagainya.
Terbaru, di dada media nama Durian
semakin popular. Dengan banyak laporan mengenai kesan Durian menghempas Filipina, Vietnam
dan terkena sedikit tempias di Malaysia, ia
kini disebut-sebut ramai. Selebihnya, ia menghadapkan kepada kita
satu soalan yang bunyinya agak lucu tetapi barangkali perlu bagaimana agaknya
taufan-taufan ini mendapat nama atau siapa yang bertanggungjawab menamakan
taufan-taufan ini.
Khairiyah Hasbullah, bekas pelajar
pengkhususan bidang geografi di Fakulti Sains Kemasyarakatan, Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) memberitahu, kebiasaannya nama taufan itu diberi oleh
negara yang terjejas akibat bencana alam berkenaan. Katanya, Filipina dan Jepun banyak
memberi nama yang mempunyai unsur-unsur atau melambangkan identiti mereka
kepada taufan-taufan yang melanda.
Itu
mungkin kerana Filipina dan Jepun banyak menyaksikan taufan di kawasan mereka.
Dalam tempoh setahun, tidak kurang tiga taufan
atau ribut tropika yang melanda kedua-dua negara itu berikutan lokasi mereka
yang tidak terlindung kepada arah perjalanan angin kencang, kata Khairiyah, yang kini
bekerja di sektor awam kepada Utusan Malaysia.
Tetapi sebuah ensiklopedia bebas, Wikipedia
pula menyebut bahawa ada sebuah jawatankuasa khusus yang bertanggungjawab
menamakan taufan-taufan ini.
Ensiklopedia Britanicca pula
memperincikan sejarah sistem pengenalan nama taufan di mana pada satu ketika ia
dinamakan sempena lokasi taufan itu berlaku cara paling awal digunakan tetapi dihapuskan
kerana sukar selain rumit diamalkan. Pernah juga pada awal abad ke-19,
taufan diberi nama sempena orang keramat dalam agama Kristian. Maka sejarah
memperingati nama taufan Santa Ana dan San Filipe di Puerto Rico.
Trend memberi nama taufan ini mengalami
sedikit anjakan pada tahun 1950-an apabila sistem pemberian nama mengikut abjad
diperkenalkan oleh sekumpulan ahli kaji cuaca Amerika Syarikat (AS). Tetapi
menariknya, hanya nama-nama wanita digunakan. Maka, lahir nama taufan Able,
Barbara, Carol, Dolly dan sebagainya.
Sistem pengenalan tersebut telah
digunakan secara meluas di Barat. Bagaimanapun, kumpulan aktivis wanita di AS
menyuarakan rasa kurang senang dengan penggunaan nama orang perempuan dalam
sistem berkenaan.
Dan, demi keadilan, pada penghujung
1970-an, nama orang lelaki turut dimasukkan secara bergilir-gilir dalam senarai
tersebut. Justeru terpahat dalam sejarah adanya nama Max, Ramon, Todd, Kenneth
berselang-seli dengan nama Rita, Katrina, Veronica dan sebagainya.
Sistem berkenaan turut diguna pakai
oleh jawatankuasa siklon tropika yang terletak di Miami dan Honolulu di AS,
Fiji, India, Jepun dan pulau di Lautan Hindi.
Britanicca seterusnya menyebut bahawa,
pemilihan nama itu akan diselaraskan oleh jawatankuasa peringkat antarabangsa
iaitu Pertubuhan Kaji Cuaca Sedunia (WMO).
Menariknya, nama taufan itu turut juga
terdedah untuk dihapuskan. Sebagai contoh jika taufan itu menyebabkan kadar
kematian atau kerosakan harta benda yang tinggi, ia tidak akan digunakan lagi.
Antara nama taufan yang telah
dihapuskan ialah Andrew, Diana, Georges, Jane dan Mitch. Di Asia pula,
nama-nama seperti Rusa, Vamei, Imbudo, Chataan dihapuskan dan masing-masing
digantikan dengan Nuri, Peipah, Molave dan Matmo.
Sudah hampir pasti bahawa Katrina,
Rita, Stan , Dennis dan Wilma akan dihapuskan namanya memandangkan mereka ini semua mendatangkan
kemusnahan yang bukan sedikit darjahnya.
Sementara itu, Jawatankuasa Taufan bagi
kawasan bahagian barat Lautan Pasifik Utara dan Laut China Selatan telah
memperkenalkan satu teknik baru menamakan taufan-taufan.
Nama-nama taufan akan diletakkan dalam
beberapa senarai dan ia akan disusun mengikut turutan abjad negara dalam
jawatankuasa tersebut. Malaysia turut menganggotai jawatan kuasa berkenaan yang
terdiri dari 14 buah negara. Selain Malaysia, anggota lain ialah Kemboja,
China, Korea Utara, Hong Kong, Jepun, Laos, Macau, Filipina, Korea Selatan,
Thailand, AS dan Vietnam.
Tugas setiap negara anggota ini ialah
menyumbang 10 nama, bermakna 141 buah nama setiap pusingan. Penggunaan nama taufan dilakukan secara
pusingan mengikut senarai-senarai yang disediakan. Jawatankuasa itu berpusat di
Jepun. Paling unik, pemilihan nama- nama taufan itu melambangkan identiti Asia
sendiri.
Malaysia turut menyumbangkan beberapa
nama seperti Jelawat, Sepat, Rusa, Nuri dan Mawar. Nama Mawar cadangan Malaysia
itu digunakan pada taufan yang melanda Filipina dan Vietnam pada Mei 2005.
Perlu diingatkan nama taufan yang dicadangkan boleh sahaja menggambarkan buah, tumbuhan,
individu, binatang dan sebagainya.
Menarik juga, Filipina, melalui sebuah
jawatankuasa meteorologi bertindak sendiri menamakan taufan yang melanda negara
mereka. Misalnya, taufan Xangsane sumbangan Laos yang bermakna gajah ditukar
menjadi Milenyo apabila ia menghampiri Filipina.
Seperkara yang penting, mungkinkah nama
Taufan Durian, yang sekarang membelasah Filipina dan Vietnam itu adalah
cadangan Malaysia memandangkan ia adalah buah yang diberi julukan Raja Buah di negara ini?
Laporan AFP dan Reuters sebelum ini
menyebut bahawa, Durian diambil sempena nama buah yang sangat popular di Asia
Tenggara. Tetapi sebenarnya, Durian itu ialah nama yang dicadangkan oleh
Thailand, bukannya Malaysia.
www.utusan,com
THE DIFFERENCES BETWEEN HURRICANE AND TYPHOON
Hurricane
|
Typhoon
|
|
Tropical cyclones in the North Atlantic Ocean, the NE Pacific
Ocean east of the Internat'l Date Line, or the South Pacific Ocean east of 160E with sustained
winds of (or those that exceed) 74 mph are hurricanes.
|
Tropical cyclones in the Northwest Pacific Ocean west of theInternational Date Line with sustained winds of (or those
that exceed) 74 mph are typhoons.
|
|
Clockwise in the southern hemisphere and counterclockwise in the northern hemisphere
|
Counterclockwise
|
|
Hurricanes are
classified into five categories according to the Saffir-Simpson Hurricane
Wind Scale. The wind speed and intensity of damage increases as
from category 1 to category 5.
|
Typhoons are generally very strong because of the Pacific’s warm
water, and therefore are more frequent. They are also classified on the
Saffir-Simpson Hurricane Wind Scale.
|
|
Caribbean Sea
|
South East Asia, China Sea etc.
|
|
North Atlantic Ocean, the NortheastPacific Ocean east of
theInternational Date Line, or the South
Pacific Ocean east of
160E.Hurricanes are found near
the tropical zone, over warm waters in the Atlantic and Pacific ocean.
|
Northwest Pacific Ocean west of the International Date Line
|
|
Heavy winds, floods, storm surge, a lot of rain, tornadoes
|
Heavy winds, floods, storm surge, a lot of rain, tornadoes
|
|
10-15 per year
|
25-30 per year
|
|
Rain
|
Rain
|
|
Usually warm areas
|
Usually warm areas
|
.
No comments:
Post a Comment