Tuesday, October 30, 2012

SISTEM PEROLEHAN KERAJAAN: BHG 4

dari Bahagian 3

  SISTEM PEROLEHAN KERAJAAN  
  BAHAGIAN 4  



Kembali berceloteh tentang pengalaman aku mengendalikan perolehan Kerajaan. Kebanyakan kaedah perolehan yang dipohon oleh KEMENTAH semasa aku bertugas di MOF adalah prolehan secara Rundingan Terus (Direct Negotiation). 

Sejarah Perolehan Kerajaan selepas negara mencapai kemerdekaan adalah diwarisi dari sistem perolehan Kerajaan Britain.  Semua perolehan dari luar negara hanya menggunakan khidmat Crown Agents.  Sehinggalah negara telah mampu menguruskan sendiri sistem perolehan dari kontrak dengan syarikat luar negara.

Semasa aku melapor diri di MOF, terdapat satu Kontrak Perolehan dari MINDEF yang masih berjalan.  Iaitu perolehan 6 buah pesawat Super Lynx dengan Syarikat Westland Helicopters, UK.  Perolehan helikopter ini dilakn]sanakan secara Rundingan Terus. Malah aku berpeluang mengikuti satu mesyuarat Project Management Review (PMR) di Yeovil, UK.  Rombongan diketuai Timbalan KSU MINDEF, Datuk Hj Ahmad Pharmy.


Yeovil, Somerset, UK 
Super Lynx Mk 100 TLDM

Light Observation Helicopter A109 PUTD

Selepas itu beberapa perolehan besar (semuanya secara Direct Negotiation) yang mana aku terlibat secara langsung dalam pemprosesan kertas cadangan ialah perolehan Sea Skua Missiles untuk TLDM, perolehan 9 buah PC7 Mk II untuk TUDM, Program Pemanjangan (Stretched) dan Avionic Upgrade pesawat C-130H, perolehan 2 buah pesawat A109 untuk JBPM, perolehan 11 buah LOH untuk PUTD, perolehan 6 buah helikopter Fennec AS555 untuk TLDM, perolehan 10 buah Mi-17 untuk TUDM (dibatalkan di saat akhir kerana kekurangan peruntukan), perolehan radar Alenia untuk SOC 1 TUDM, perolehan tambahan 2 buah CN235 VVIP version, perolehan penggantian sebuah pesawat Global Express TUDM dan perolehan sebuah pesawat BBJ-747-700 dari MAS.

Kontrak rundingan terus bukan sahaja melibatkan perolehan pembekalan aset-aset utama dan unik bahkan turut melibatkan kontrak-kontrak dukungan seperti kontrak penyelenggaraan pesawat, kontrak pembekalan alat ganti dengan syarikat OEM, kontrak dengan MRO luar negara dan sebagainya.



JANGAN KELIRU.  Pembelian secara Rundingan Terus adalah berbeza dengan Pembelian Terus.  Pembelian terus hanya melibatkan pembelian barangan produk tempatan, boleh dibeli di mana-mana kedai di dalam kawasan pembelian, tiada kontrak pusat, tidak perlu perbandingan harga (asalka harga yang ditawarkan bersesuaian dengan kualiti dan kawasan geografi dan harga dihadkan kepada RM200,000 setahun untuk satu jenis barangan.

Perolehan Rundingan Terus tiada had nilai ditetapkan, boleh dibeli sama ada dari syarikat dalam atau luar negara dan yang paling penting mendapat kelulusan khas dari Perbendaharaan.


 DASAR PEROLEHAN SECARA RUNDINGAN TERUS 

  • Rundingan Terus bukan satu kaedah perolehan biasa. Ia dikategorikan sebagai perolehan secara luar biasa seperti mana Pembelian Darurat.
  • Perolehan cara ini dibuat secara langsung dengan mana-mana kontraktor/pembekal (MAKNANYA boleh dilaksanakan tanpa melalui proses tender atau sebutharga) setelah mendapat kelulusan khas Perbendaharaan.
  • Perolehan barangan yang unik yang hanya satu pembekal sahaja yang boleh membekalkan barangan/perkhidmatan tersebut.
  • Kriteria perolehan secara rundingan terus mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan pada tahun 2000 adalah seperti berikut:
    • Satu pembekal atau pemegang francais sahaja yang boleh membekalkan barangan.
    • Projek/keadaan terdesak yang memerlukan segera.
    • Bagi maksud penyeragaman – kesesuaian dengan barang sedia ada
    • Faktor keselamatan negara - bagi perolehan aset-aset strategik.
    • Khusus untuk syarikat Bumiputera yang bertaraf pembuat.

 


Kebiasaannya (berdasarkan apa yang diamalkan di KEMENTAH- khususnya TUDM) perolehan yang melibatkan proses rundingan terus dilaksanakan melibatkan syarikat-syarikat seperti berikut:
  • Syarikat pembuat atau 'Original Equipment Manufacturer (OEM)';
  • Syarikat senggaraan yang diiktiraf atau 'Maintenance, Repair and Overhaul (MRO)'
  • 'Government Link Company (GLC)' melalui program penswastaan.
  • Syarikat usaha sama antara Kerajaan dan OEM melalui 'Memorandum of Agreement'
Antara kategori kontrak yang diwujudkan secara rundingan terus adalah:
  • Foreign Military Sales (FMS) dengan 'Department of Defence of the USA' bagi mendukung pesawat F18D dan F5
  • Direct Procurement Agreement (DPA) dengan syarikat OEM, contoh;
    • British Aerospace System Ltd - mendukung pesawat Hawk
    • Indonesian Aerospace (PT Dirgantara Indonesia) bagi mendukung pesawat CN235.
    • Alenia Aermacchi SpA untuk mendukung pesawat MB339CM.
    • Sukhoi Aviation holding Co untuk mendukung pesawat SU30.
    • Thales Optronic System untuk mendukung peralatan avionik dalam pesawat SU30.
    • Syarikat Pilatus Aircraft Ltd untuk mendukung pesawat PC7.
 
  
 
 
  • Direct Procurement Agreement (DPA) dengan 'authorised repair station' atau 'MRO'. Contohnya:
    • DERCO Repair Service Inc bagi senggaraan komponen pesawat C130H.
    • Pacific Propellers Inc, Hamilton Sunstrand Ltd dan Vector Aerospace Ltd bagi senggaraan kipas pesawat C130H.
    • Piaggio Aerospace SpA bagi senggaraan enjin Viper pesawat MB339CM
    • Rolls-Royce Ltd bagi dukungan enjin Ardour pesawat Hawk.
    • PT Nusantara Turbin dan Propulsi bagi dukungan enjin GE CT7 pesawat CN235.
    • Helicopter Services inc dan Agusta SpA bagi dukungan helikopter Nuri (S61A) dan S61N1.
    • AIROD Techno Power Sdn Bhd bagi senggaraan enjin T56 pesawat C130.
  • Penswastaan (Privatization).  Antara kontrak MINDEF yang diwujudkan menggunakan konsep penswastaan, antaranya ialah:
    • AIROD Sdn Bhd- pada asalnya adalah Depot Baikpulih Kapalterbang (DEBKAT) TUDM di Subang yang dibuka pada tahun 1976 dan kemudiannya diswastakan pada tahun 1985 dan dikenali sebagai Aircraft Inspection and Overhaul Depot (AIROD) Sdn Bhd atau ASB.  ASB yang pada mulanya adalah syarikat joint-venture antara Aerospace Industries Malaysia (AIM) dengan Lockheed Aerospace System International Inc (LASI), USA kini adalah milik penuh National Aerospace and Defence Industries Bhd  (NADI).
    • PSCND Sdn Bhd- pada asalnya adalah Limbungan TLDM atau RMN Naval Dockyard di Pangkalan TLDM Lumut yang ditubuhkan pada tahun 1984 dan diswastakan pada tahun 1995 dan dikenali sebagai Penang Shipbuilding and Construction - Naval Dockyard Sdn Bhd (PSC-NDSB). Pada tahun 2005 PSCND telah dikuasai oleh Bousted Holding Bhd dan dutukar menjadi Bousted Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS).
  
  • Program Kontraktorisasi (Contractorization Program). Program Kontraktorisasi hanya wujud dalam TUDM. Ia dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai tahun 1997.  Sehingga kini terdapat 4 syarikat yang terlibat dalam Program Kontraktorisasi ini.
    • AIROD Sdn Bhd (ASB) bagi senggaraan pesawat PC7, PC7 Mk 2, Alouette. Blackhawk, Falcon 900, Global Express dan BBJ-747.
    • ZETRO Services Sdn Bhd (ZSSB) bagi senggaraan peralatan avionik dan sistem elektronik darat.
    • Satang Jaya Sdn Bhd (SJSB) bagi senggaraan peralatan safety and survival. Pada tahun 2010 SJSB telah distruktur semula dan dikenali sebagai Destini Prima Sdn Bhd (DPSB).
    • Sapura Technologies Sdn Bhd (STSB) bagi senggaraan peralatan simulator, CBT dan secondary trainer. Kini dikenali sebagai Sapura Defence Sdn Bhd (SDSB).
  

  • 'Memorandum of Agreement (MOA)'.  Aerospace Technology Systems Sdn Bhd telah ditubuhkan pada tahun 1995 di atas dasar MOA antara MOF Incorp (70%), MAPO MIG (25%) dan FSUE Rosboroozhenie (5%).  Kesemua ekuiti MOF Inc telah dibeli oleh NADI. Peranan utama kontrak dengan ATSC adalah untuk memberikan dukungan menyeluruh kepada pesawat MiG 29 TUDM.
  • 'Private Financing Initiative (PFI)'. Pada tahun 2010 Kerajaan telah melantik syarikat HeiTech Padu Sdn Bhd (HPSB) untuk membangun dan menyelenggara Sistem Simulator pesawat SU30MKM di PU Gong Kedak dengan kos RM258 juta melalui kaedah PFI untuk tempoh 10 tahun.  Ini adalah projek PFI yang pertama dalam KEMENTAH.
 

Selain dari yang disenaraikan di atas beberapa syarikat tempatan telah memeterai kontrak secara rundingan terus dengan kerajaan Malaysia (KEMENTAH) bagi melaksanakan fungsi kepakaran masing-masing.  Antaranya ialah:

  • Inisiatif Hati Sdn Bhd - latihan simulator juruterbang pejuang TUDM.
  • Ikramatik System Sdn Bhd - membangun dan menyelenggara peralatan Flight Training Device (FTD) pesawat PC7.
  • Caidmark Engineering Sdn Bhd - perkhidmatan analisis 'Engine Condition Monitoring System (ECMS)' pesawat TUDM.
Foreign Military Sales (FMS)


The US Dept of Defense's FMS program facilitates sales of U.S. arms, defense equipment, defense services, and military training to foreign governments. The purchaser does not deal directly with the defense contractor; instead, the Defense Security Cooperation Agency serves as an intermediary, usually handling procurement, logistics and delivery and often providing product support, training, and infrastructure construction (such as hangars, runways, utilities, etc.). The Defense Contract Management Agency often accepts FMS equipment on behalf of the US government.

FMS is based on countries being authorized to participate, cases as the mechanism to procure services, and a deposit in a US Trust Fund or appropriate credit and approval to fund services.

USAF FMS programs are assigned two-word  code names beginning with the word PEACE, indicating oversight by USAF Headquarters.  The second word in these code names is often chosen to reflect some facet of the customer, such as MARBLE for Israel or ONYX for Turkey. Code names appear in all capital letters.

Also, not all countries use this program, a notable one being Canada and most other Western nations who negotiate directly with the manufacturer.

Current US Air Force FMS cases include military sales to Pakistan, Iraq and Egypt. FMS cases that are in pre-award status (as of 2nd Quarter FY 2011) are India & Saudi Arabia.
No partner nation has yet succeeded in applying strict schedule clauses to a FMS program.
(Source: wikipedia.com)

Penswastaan vs Kontraktorisasi


Terdapat perbezaan antara privatization dengan contractorization:
  • Dalam Penswastaan, keseluruhan aset Kerajaan diambil alih oleh syarikat yang memberikan perkhidmatan melalui pembelian atau pemilikan saham MANAKALA dalam Kontraktorisasi tiada proses pengambil-alihan aset/fasilitet/bangunan oleh syarikat yang mengendalikan perkhidmatan. Syarikat dibenar menggunakan fasilitet, menjaga dan menyelenggaranya. 
  • Penswastaan melibatkan pemberian konsesi kepada Syarikat secara jangka panjang melebihi 10 tahun MANAKALA dalam Kontraktorisasi,  Kontrak antara Kerajaan dengan Syarikat untuk jangka pendek (5-10 tahun). Lanjutan kontrak adalah tertakluk kepada prestasi perkhidmatan.
  • Dalam Penswastaan, syarikat yang mengambil alih perkhidmatan boleh dijual kepada syarikat lain (atau dibeli semula oleh Kerajaan) mengikut harga pasaran semasa MANAKALA dalam Kontraktorisasi, hak Kerajaan ke atas aset yang dikontrakkan adalah kekal. Kontrak boleh ditamatkan jika tidak mencapai tahap prestasi/langgar kontrak.  Kerajaan menempatkan pegawai bagi  mengawal pelaksanaan kontrak.
  • Dalam Penswastaan, Kerajaan perlu membayar (seperti pelanggan yang lain) jika menggunakan fasilitet/perkhidmatan yang telah diswastakan MANAKALA dalam Kontraktorisasi, Kerajaan boleh mengambil atau menggunakan asetnya yang digunakan oleh kontraktor pada bila-bila masa tanpa apa-apa caj.


Berita yang berkaitan 'direct negotiation' 




Projek Limbungan TLDM Gagal

LUMUT (2005): Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menyifatkan projek penswastaan limbungan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kepada PSC-Naval Dockyard Sdn Bhd (PSC-ND), gagal dan mahu kerajaan mengambil alih pengurusannya.

Pengerusinya, Datuk Shahrir Samad, berkata PAC mendapati pengurusan dan kepemimpinan PSC-ND amat lemah hingga menyebabkan projek pembinaan kapal peronda (PV) generasi baru TLDM bermasalah kerana beban hutang kepada kontraktor, pembekal dan vendor tempatan yang jumlahnya mencecah RM80 juta.

Beliau berkata, kesimpulan itu dibuat selepas ahli PAC mendengar taklimat Unit Perancang Ekonomi (EPU) mengenai penswastaan Naval Dockyard Sdn Bhd (NDSB) pada harga RM300 juta sebelum dinamakan sebagai PSC-ND serta taklimat TLDM mengenai kesan selepas penswastaan itu dan pihak Kesatuan Sekerja PSC-ND
“TLDM tidak berpuas hati dengan khidmat diberikan limbungan selepas penswastaan manakala kesatuan sekerja mengakui penswastaan tidak mencapai matlamat.

“Hasil taklimat ketiga-tiga pihak, PAC membuat kesimpulan penswastaan limbungan ini gagal. Kita meminta kepada Kementerian Kewangan, EPU dan Kementerian Pertahanan melihat kepada pilihan yang ada pada kerajaan untuk menamatkan penswastaan ini,” katanya pada sidang akhbar selepas mengetuai sekumpulan ahli PAC mendengar taklimat dan melawat limbungan itu, semalam. Ahli PAC lain yang bersamanya termasuk Timbalan Pengerusi PAC, Dr Tan Seng Giaw, Datuk Liow Tiong Lai dan M Kulasegaran.

PSC-ND diberi kontrak bagi membina 27 PV dengan pesanan pertama enam kapal bernilai RM5.4 bilion. Bagaimanapun, PVI dan PV2 yang sepatutnya diserahkan tahun lalu, belum dapat digunakan TLDM kerana masalah teknikal.

Shahrir berkata, pilihan yang PAC mahu kerajaan lihat adalah: 
  • Mengkaji berapakah kos diperlukan kerajaan untuk mengambil alih limbungan itu berdasarkan formula perjanjian penswastaan.
  • Menetapkan satu badan bebas bagi menyiasat dan membuat penilaian keadaan limbungan sepanjang diswastakan.
  • Penyelesaian kepada syarikat PSC-ND, melalui pemegang saham mereka dan kerajaan mempunyai saham dan boleh menstabilkan keadaan dan menguruskannya dengan cara baik.
  • PAC juga mahu kerajaan menyiasat kes itu dan mendakwa jika berlaku penyelewengan. 
“Kita sudah arahkan kerajaan jika ada kes jenayah seperti pecah amanah dan penyelewengan, kami mahu pihak kerajaan tidak bertolak ansur,” katanya. 

Ditanya punca kegagalan penswastaan limbungan itu, Shahrir berkata: “Sikap tamak, kelemahan pengurusan dan kepimpinan atasan syarikat.” 

Beliau berkata, projek itu berdaya maju jika pengurusan baik dan berhemah kerana mereka diberi jaminan projek antara RM100 dan RM110 juta setiap tahun. 

“Saya rasa kegagalannya kerana sifat tamak. Bila dia (syarikat baru) dah bayar RM300 juta, dia sudah dijanjikan kontrak RM5 bilion jangka pendek dan RM25 bilion bagi jangka panjang. 

“Dia tengok, saya akan jadi orang kaya, dia `makan cepat-cepat’, dia tidak fikir ini tanggungjawab yang berat yang patut dilaksanakan sebaik mungkin,” katanya. 

Shahrir berkata, Kementerian Kewangan dan Kementerian Pertahanan perlu mencari jalan mendapatkan peruntukan tambahan bagi ‘menyelamatkan’ PV1 dan PV2 yang mencapai tahap 95 peratus penyiapannya bagi membolehkannya diserahkan kepada TLDM

TUDM Gong Kedak Guna Khidmat Pusat Simulasi Pertama di Rantau Asia

BESUT (2010): Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kini memiliki sebuah pusat simulasi bagi kegunaan latihan operasi jet pejuang Su-30MKM (Sukhoi) berpusat di Pangkalan Udara TUDM Gong Kedak yang juga satu-satunya simulasi latihan seumpamanya di rantau Asia.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pusat simulasi itu menempatkan dua set sistem yang berupaya menjalankan misi latihan secara online seperti mana dalam persekitaran penerbangan sebenar. Katanya, sistem yang dibangunkan oleh syarikat tempatan, HeiTech Padu Berhad (HeiTech), dengan kos perbelanjaan RM258 juta itu mula digunakan sejak awal November lalu.

"Kelebihan sistem ini ialah ia mampu melatih juruterbang dan pegawai sensor persenjataan termasuk krew teknikal dengan menggunakan tahap keupayaan tinggi dalam mensimulasi model penerbangan pesawat, khususnya Sukhoi," katanya pada sidang media selepas merasmikan pusat itu dekat sini hari ini.


Dr Ahmad Zahid berkata, sistem itu dapat menjimatkan kos perbelanjaan apabila kerajaan tidak perlu lagi menghantar juruterbang berlatih di luar negara seperti yang diamalkan sebelum ini. Katanya, TUDM mendahului negara lain yang mempunyai pesawat Sukhoi di rantau ini dalam melatih juruterbang kerana negara berkenaan sehingga kini masih terpaksa mengeluarkan belanja yang tinggi untuk menghantar juruterbang mereka berlatih di Russia.

Beliau berkata, pusat simulasi itu juga dapat melonjak kemahiran juruterbang dan pegawai TUDM sesuai dengan kehendak negara untuk melahirkan pasukan yang berkemahiran tinggi dan mempunyai tahap profesionalisme yang tulen serta sentiasa ingin maju. Katanya, pusat simulasi itu dibangunkan menerusi inisiatif pembiayaan swasta (PFI) dengan HeiTech Padu Berhad dipertanggungjawab mengurus operasi serta penyelengaraan bagi tempoh 10 tahun sehingga 2020.


Beliau berkata, Malaysia juga mampu melakukan pemindahan teknologi ke negara yang memerlukan dan sistem simulasi itu bukan hanya khusus untuk pesawat tempur tetapi boleh digunakan untuk simulasi pesawat komersial.


"Sejak dibangunkan pusat simulasi itu sudah melatih 28 juruterbang dan pegawai TUDM.

No comments:

Post a Comment

IKTIROF

←  PLURALISME GUS DUR, GAGASAN PARA SUFI Biografi KH Hasyim Asy’ari Pendiri NU Tebuireng Jombang  → Syair Doa Abu Nawas – Al I’tira...